You are on page 1of 2

Jenis gaya bahasa dalam penulisan Keris Mas (1990:113) mengkategorikan gaya bahasa kiasan kepada 11 jenis, iaitu

simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan, perbilangan, metafora, simile, personafikasi, alegori, fable, alusi, sindiran dan ironi. Gorys Keraf (1985:112-145) telah memperbincangkan jenis-jenis gaya bahasa dengan sangat terperinchi dalam bukunya Diksi dan Gaya Bahasa. Beliau juga menyenaraikan bahasa kiasan yang terdiri daripada simile, metafora, alegori, alusi, personafikasi, eponym, epitet, sinekdoki, metonimia,antonomasia, hipalase, ironi, sinis, sakasme, satire, innuendo, antifrasis dan paronomasia. Beliau menyenaraikan jenis gaya bahasa tersebut dalam golongan gaya bahasa berdasarkan tiada makna. Dalam konteks bahasa kiasan, Pradopo (1993:61-78) menyenaraikan perbandingan, metafora, perumpamaan, epos, alegori, personafikasi, metonomia dan sinekdoki. Walau bagaimanapun, Rahman Shaari (1993) pula tidak menetapkan pembahagian gaya bahasa kiasan kepada beberapa jenis. Beliau hanya membandingkan antara satu gaya bahasa kiasan dengan gaya bahasa kiasan yang lain. Contohnya metafora dan personafikasi (1993:1), sinekdoki dan metonimi (1993:12), ironi dan paradoks dalam puisi (1993:17), eufeisme dan litotes (1993:44), bahasa bombastik dan hiperbola (1993:49) dan gaya yang tidak bergaya (1993:83). Dalam analisis kajian ini penelitian jenis-jenis gaya bahasa kiasan dan bukan kiasan yang berdasarkan ilmu linguistik, bersifat kesusasteraan dan popular sahaja yang akan dikemukakan oleh penulis. Gaya bahasa kiasan perbandingan tersebut ialah metafora, personafikasi, simile, hiperbola, dan gaya bahasa bukan kiasan seperti eufemisme, litotes, dan gaya yang tidak bergaya. Mohd Sofri Hj Md Said (1990:48) melakukan analisis tentang gaya bahasa puisi lima orang penyair dalam antologi puisi Lagu Hari Depan. Beliau telah membahagikan kepada dua unsur gaya bahasa yang utama iaitu, unsur perulangan dan unsur diksi (pemilihan kata-kata). Berdasarkan dapatan beliau membahagikan unsur-unsur perulangan dalam puisi-puisi lima orang penyair ini kepada dua bahagian kecil, iaitu unsur perulangan pada bunyi dan perkataan. Hasil dapatan pada unsur perulangan pada bunyi dibahagikan kepada tiga, iaitu homoioteleuton, asonansi dan aliterasi. Manakala unsur perulangan pada perkataan pula dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu paralelisme, simplok dan responsif. Gaya bahasa perbandingan pula yang didapati oleh pengkaji dalam puisi lima orang penyair ini ialah simile, metafora, personifikasi dan simbolik. Dalam analisis terhadap gaya bahasa karya sastera novel dan sajak, Rahman Shaari (1993:143-154) menganalisis gaya bahasa novel Tok Guru, novel Konserto Terakhir dan sajaksajak T. Alias Taib, Marzuki Ali, Puzi Hadi, Usman Awang, Amir Hamzah dan Baha Zain. Menurut beliau, penyair-penyair ini sangat mengambil berat soal teknik dan gaya, dan mereka telah berjaya memaparkan gaya yang memuaskan. Manakala bagi kajian gaya bahasa dalam penulisan novel, Mohd Azhar Su (2005) mengkaji gaya bahasa dalam novel remaja karya Khairuddin Ayip iaitu Guruku Ibuku Jua, Bukan Untukku, Songket Berbenang Emas, Sayangnya Jauh Di Kota, Jalan Masih

Berliku danTeguh. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian gaya bahasa. Kajian dijalankan melalui kaedah penyelidikan kepustakaan untuk mendapat bahan, maklumat, keterangan dan penyataan. Tinjauan terhadap kajian tentang gaya bahasa yang pernah dilakukan bertujuan untuk menganalisis aspek pendekatan yang sering digunakan dalam kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati novel remaja karya Khairuddin Ayip mempunyai ciri keindahan universal dari segi gaya bahasa, nilai intelek dan nilai etika. Penulis menggunakan secara maksimum kesemua aspek gaya bahasa untuk mengolah dan menjalin cerita terutama dalam pelukisan jiwa, perasaan, suasana atau latar dengan menggunakan bahasa asing, kata pinjaman, dialek, bombastik dan apostrophe, gaya bahasa perulangan, perbandingan dan pertentangan untuk mencernakan novel remaja tersebut. Penemuan ini dapat mencerminkan kemantapan serta kematangan novelis tersebut. Keseluruhannya, penulis berjaya mengeksploitasi sepenuhnya gaya bahasa untuk menyampaikan pemikiran dan gagasan ke arah wawasan pembinaan dan penyatuan golongan remaja. Dalam kajiannya terhadap gaya bahasa yang terkandung di dalam novel Sumbangsih Seni, Rozaiman Makmun (2011) telah mengaitkan gaya bahasa yang dikaji dengan aspek gaya bahasa berdasarkan aliran sastera dan bukan dikaitkan dengan gaya bahasa yang dianuti pengarang. Antara gaya bahasa yang dapat dikenal pasti dalam novel tersebut adalah berasaskan gaya bahasa aliran pascamoden dan aliran gaya bahasa aliran romantis. Novel tersebut juga bukan menggambarkan gaya idiosinkrasi peribadi pengarang. Hal ini terbukti melalui penggunaan kedua-dua aliran pasca moden dan romantisisme yang diusahakan dengan sengaja oleh pengarang. Gaya peribadi pengarang mungkin terdapat dalam karya sasteranya yang lain dan tidak digunakan dalam novel ini. Oleh itu, penulis berpeluang untuk menggunakan gaya bahasa yang disukai semasa proses penulisan kreatif bagi memastikan karya mereka mengandungi nilai estetik

You might also like