You are on page 1of 2

REFLEKSI Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, saya menjalankan eksperimen secara koperatif dalam kumpulan .

Amali 4 bertajuk redoks, yang mengkehendaki saya menyiasat tindakbalas pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan elektron pada jarak tertentu . Saya dapati bahawa kemahiran mengaplikasi pengetahuan dijalankan

sepenuhnya apabila saya dikehendaki untuk menjalankan eksperimen. Semasa menjalankan amali, terdapat beberapa kekuatan yang saya peroleh misalnya, saya dapat mengetahui dengan tentang tindakbalas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku serta agen pengoksidaan dan penurunan bagi tindakbalas tersebut. Disamping itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mengenai jenis elektrolit yang digunakan memberikan kesan terhadap terminal serta pemindahan elektron yang berlaku dalam tindak balas tersebut. Selain itu, semasa menjalankan eksperimen saya mampu mengendalikan peralatan dengan cara yang sepatutnya, seperti semasa memasukan larutan dengan menggunakan penitis ke dalam tiub-U. Bagi membuktikan tindakbalas berlaku jarum galvanometer bergerak. Jenis terminal bagi litar tersebut juga bergantung terhadap pesongan jarum galvanometer, samaada ke arah negatif bagi terminal negatif (anod) manakala ke arah positif bagi terminal positif (katod). Tiada masalah yang besar berlaku, namun terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan kami masih tidak dapat memperoleh penukaran warna larutan

sepertimana teori kerana beberapa langkah berjaga-jaga tidak dikawal dengan baik. Bagi mengatasi masalah seperti ini berlaku, saya harus lebih bersedia dengan pengetahuan berkenaan langkah berjaga-jaga yang boleh mempengaruhi keputusan ujikaji. Kesimpulannya, sepanjang menjalankan amali ini, pelbagai kelemahan dan kekuatan yang saya peroleh selain pengetahuan yang boleh saya gunakan pada masa akan datang. .

You might also like