You are on page 1of 39

5.0 ANALISIS ANATOMI DAN FISIOLOGI ATLET LOMPAT JAUH 5.

1 ANALISIS SISTEM TULANG RANGKA FASA PENUJUAN

Humerus Radius Phalanges Matecarpal Carpal Patella Tibia Fibula Tarsal Vertebrae Ulna

Pelvis Femur

Phalanges

Metatarsal

Semasa tangan dibengkokkan, tulang ulna dan radius menghampiri tulang humerus yang disebabkan oleh pergerakan fleksor. Pergerakan ini dibantu oleh sendi ginglimus yang menghubungkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna. Penguncupan otot pada lengan akan membawa tangan rapat ke tulang humerus. Siku dibengkokkan semasa larian untuk membantu menambah daya dan kelajuan larian. Jari digenggam untuk membantu dalam mencapai kelajuan yang maksimum. Phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi kondiloid. Badan
50

direndahkan sedikit untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok. Vertebra didorong ke depan sedikit yang dibantu oleh sendi sferoidal yang di mana otot di bahagian tersebut mengalami ekstensi dan hiperekstensi. Kaki dibengkokkan dan diangkat sedikit semasa larian, tulang tibia dan fibula digerakkan oleh sendi ginglimus pada patella sehingga ianya menghampiri femur. Pergerakan sendi yang terlibat adalah ekstensi di mana otot-otot yang terlibat mengalami kontraksi isotonik. Manakala sendi sferoidal membantu dalam pergerakan antara tulang femur dan pelvis dimana penguncupan otot gluteus maximus membolehkan perlakuan berlari dilakukan. Semasa larian, tulang tarsal,metatarsal dan phalanges berfungsi menyerap daya dan menampung berat badan. Badan ditolak menggunakan daya yang telah diserap pada tulang phalanges dan metatarsal semasa larian yang dibantu oleh sendi pelana.

51

FASA PELEPASAN

Skapula Humerus Patella Tibia Fibula Metatarsal Phalanges Tarsal Vertebrae Pelvis Femur

Pada fasa ini, badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan kaki dibengkokkan untuk mengumpul daya sebelum lompatan dilakukan. Vertebrae akan mengalami pergerakan fleksi kemudian ekstensi pada fasa ini. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumithujung kaki. Phalanges dan metacarpal melakukan pergerakan pelantar fleksi yang dibantu oleh sendi ginglimus. Pergerakan yang terlibat adalah pelantar fleksi yang diakibatkan oleh penguncupan otot pada betis. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada ketika ini, kaki dibengkokkan. Tulang tibia dan fibula akan dirapatkan ke tulang femur dengan bantuan sendi ginglimus yang disebabkan oleh penguncupan otot di belakang paha yang membolehkan lutut dibengkokkan dan diluruskan. Patella membantu dalam menjadi tangkal keberkesanan penguncupan otot yang terlibat. Manakala sendi sferoidal membantu dalam pergerakan antara tulang femur dan pelvis dimana penguncupan otot pada paha membolehkan
52

perlakuan melompat dilakukan. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi. Sendi sferoidal membantu dalam pergerakan fleksi tulang humerus yang dihubungkan dengan tulang scapula yang mengalami pergerakan elevasi pada masa yang sama.

53

FASA LAYANGAN metacarpal Phalanges Ulna Radius Humerus Scapula Ribs Carpal Skull Cervical vertebrae Vertebrae Pelvis Femur Tarsal Tibia Fibula

Patella

Skull melentok ke belakang dan cervical vertebrae melengkung ke depan apabila kepala mendongak ke atas semasa fasa ini. Pergerakan hiperekstensi ini dibantu oleh sendi pivot yang menghubungkan skull dan cervical vertebrae. Tangan pula diangkat ke atas dengan jari digenggam semasa fasa layangan. Ketika tangan diangkat dengan keadaan lurus, ulna dan radius yang dihubungkan dengan humerus oleh sendi hinge membantu dalam pergerakan ekstensi pada siku. Pada masa yang sama, pergerakan abduksi berlaku pada bahu, apabila humerus bergerak ke atas dengan bantuan sendi sferoidal yang menghubungkan humerus dengan scapula. Semasa tangan digenggam, phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi kondiloid. Pada fasa layangan juga, badan akan melentik ke atas. Vertebrae akan melengkung ke hadapan dan menyebabkan ribs untuk ke hadapan dan ke atas. Vertebrae mengalami pergerakan ekstensi pada ketika ini. Kaki pula akan bengkok dan diangkat ke belakang semasa melakukan lompatan. Pada ketika itu, tulang tibia dan fibula menghampiri femur yang dibantu oleh sendi ginglimus yang terdapat pada patella
54

yang membolehkan kaki dibengkokkan. Pada masa yang sama, paha diangkat ke hadapan sedikit di mana pergerakan tersebut melibatkan tulang femur serta pelvis yang dibantu oleh sendi sferoidal.

55

FASA PENDARATAN

Humerus

Skull Cervical vertebrae Scapula

Phalanges Radius Patella Carpal

Vertebra e Pelvis Femur

Ulna Fibula Tibia

Tarsal

Pada fasa ini, kepala akan kembali pada posisi yang sebenar iaitu menghadap ke hadapan. Skull menghadap ke hadapan dan pergerakan fleksi ini dibantu oleh sendi pivot yang menghubungkan skull dengan cervical vertebrae yang berada dalam keadaan lurus semula. Tangan diturunkan semula tetapi masih dalam keadaan bengkok dan jari digenggam. Pergerakan fleksi pada siku berlaku dimana posisi tulang ulna dan radius menghampiri humerus dengan bantuan sendi ginglimus. Ketika jari digenggam, phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi kondiloid. Vertebrae akan melengkung ke belakang sedikit yang melibatkan pergerakan fleksi pada tulang belakang dan ribs masuk ke dalam ketika badan dibongkokkan. Pada bahagian bawah badan, kaki dibengkokkan untuk menyerap kembali daya dan menstabilkan tubuh badan. Pada ketika itu, paha akan berada dekat dengan badan dan betis serta paha berada dalam posisi yang dekat. Tulang femur didekatkan dengan badan bantuan sendi sferoidal pada pelvis manakala
56

tulang tibia dan fibula menghampiri femur dengan bantuan sendi ginglimus. Patella yang melindungi sendi lutut membantu dalam penguncupan otot yang terlibat. Tulang tarsal pula akan mengalami fleksi plantar selepas itu dorsifleksi ketika mendarat di mana pergerakan ini dibantu oleh sendi ginglimus.

57

5.2 ANALISIS SISTEM OTOT FASA PENUJUAN

Otot deltoid Otot biseps dan otot triseps

Gluteus Maximus

Otot hamstings Otot quadriseps Gastrocnemius

Semasa fasa penujuan, otot otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot briseps dan triseps, otot deltoid, otot gluteus maximus, otot hamstrings, otot quadriseps dan otot gastrocnemius.

58

Briseps brachii

Rajah 1.13 : Otot briseps dan otot triseps

1. Otot briseps dan otot triseps Ketika fasa larian daripada tempat permulaan ke garis lonjak, atlet akan berlari sambil menghayunkan kedua dua lengannya. Otot yang terlibat ketika atlet menghayunkan kedua dua ialah otot biseps dan otot triseps. Ketika otot bisep berkontraksi dan otot trisep berelaksasi, siku terlipat dan lengan bawah terangkat. Sebaliknya, ketika otot bisep relaksasi dan otot trisep berkontraksi, siku lurus dan ekstensor fleksor. Jadi, otot bisep berperanan sebagai otot fleksor kerana kontraksinya membengkokkan lengan. Sementara itu, otot trisep adalah otot ekstensor kerana kontraksinya meluruskan lengan.

Rajah 1.14 : Otot deltoid

59

2. Otot deltoid Serentak dengan pergerakan otot biseps dan otot triseps ini, otot deltoid akan mengecut. Pengecutan otot ini akan menyebabkan tangan di angkat ke hadapan. Pergerakan ini akan melibatkan sendi lesung di bahu dan menghasilkan sejenis pergerakan yang dikenali sebagai abduksi.

Rajah 1.15 : Otot quadriseps 3. Otot quadriseps Semasa proses berlari, otot yang terlibat sepenuhnya ialah otot quadriseps. Otot quadriseps merupakan otot manusia yang paling besar. Ia berfungsi untuk meluruskan kaki. Otot ini terletak di bahagian paha dan terdiri daripada 4 jenis otot iaitu Rectus Femoris, Vastus Intermedius, Vastus Medialis dan Vastus Lateralis. Otot rektus femoris terdapat di bahagian hadapan paha. Ia dapat berfungsi bagi kedua dua fleksi dan ekstensi lutut. Apabila lutut dibengkokkan ketika berlari ia akan menegang atau proses penguncupan otot berlaku. Begitu juga dengan otot vastus lateralis yang merupakan otot di bahagian luar peha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, apabila proses berlari otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan lutut semasa berlari. Bahkan, otot vastus medialis yang terletak di bahagian dalam peha dan otot vastus intermedialis di bahagian bawah otot rektus femoris akan turut mengendur serta pembengkokkan lutut berlaku.

60

Rajah 1.16 : Otot hamstrings

4. Otot hamstring Otot hamstring terdiri daripada 3 otot besar yang terdapat di bahagian belakang peha. Antara otot otot yang membina hamstring adalah otot bisep femoris iaitu yang kuat dan terletak di belakang peha. Dalam lakuan ini, otot ini akan berlaku penguncupan di mana mengakibatkan lutut dibengkokkan atau difleksikan. Manakala otot semitendinosus terletak di sisi otot bisep femoris dan otot semitendinosus. Otot semimembranosus juga akan menjalankan proses yang sama di mana penguncupannya akan membuat lutut dibengkokkan. Otot ini juga terletak di sisi dalam otot bisep femoris.

Rajah 1.17 : Otot gluteus maximus


61

5. Gluteus maximus Selain itu, ketika proses berlari juga otot gluteus maximus akan mengerakkan pinggul, mengangkat kaki ke arah belakang dan paha ke hadapan.

Rajah 1.18 : Otot gastrocnemius 6. Gastrocnemius Apabila otot gastronemius yang berada di betis kaki akan menguncup atau menegang penguncupannya sekaligus menyebabkan pergerakan plantar fleksi tapak kaki. Ini adalah kerana Achilles tendon memendek bersama gerakan gastronemius. Otot Achilles tendon ini berfungsi untuk menggerakkan telapak kaki manakala otot gastrocnemius.

62

FASA PERLEPASAN
Otot biseps dan otot triseps Otot quadriseps

Gastrocnemius Otot tibialis anterior Gluteus Maximus Otot archilles tendon Fibularis (Peroneus longus)

Semasa fasa perlepasan, otot otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot biseps dan triseps, otot quadriseps, otot tibialis anterior, otot gastrocnemius, otot gluteus maximus, otot fibularis (peroneus longus) dan otot archilles tendon.

Briseps brachii

Rajah 1.19 : Otot briseps dan otot triseps

63

1. Otot biseps dan otot triseps Ketika fasa perlepasan otot bisep akan berelaksasi manakala otot trisep pula akan berkontraksi bagi menambahkan daya untuk atlet tersebut berlepas.

Rajah 1.20 : Otot quadriseps

2. Otot quadriseps Otot rektus femoris terdapat di bahagian hadapan paha. Ia dapat berfungsi bagi kedua dua fleksi dan ekstensi lutut. Apabila lutut dibengkokkan ketika berlari ia akan menegang atau proses penguncupan otot berlaku. Begitu juga dengan otot vastus lateralis yang merupakan otot di bahagian luar peha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, apabila proses berlari otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan lutut semasa berlari. otot vastus medialis yang terletak di bahagian dalam peha dan otot vastus intermedialis di bahagian bawah otot rektus femoris akan turut mengendur serta pembengkokkan lutut berlaku.

64

Rajah 1.21 : Otot archilles tendon

3. Otot Archilles tendon Ketika fasa perlepasan daripada garis lonjak, otot archilles tendon pada kedua dua kaki akan berkontraksi bagi menghasilkan lompatan yang jauh.

Rajah 1.22 : Otot gluteus maximus

65

4. Otot Gluteus Maximus Otot gluteus maximus akan menegang dan mengalami penguncupan isotonik di mana otot ini akan memendek apabila lutut difleksikan secara maksimum dan mencapai fasa relaksasi. Ini berlaku semasa fasa lojakan. Semasa badan dilayangkan, kaki akan dibengkokkan dan otot ini akan menguncup.

Rajah 1.23 : Otot tibialis anterior

5. Tibialis anterior (tibia) Tibialis anterior terletak di hadapan tulang tibia. Ia merupakan otot jenis skeletal. Semasa pergerakan ini, penguncupan otot menyebabkan dorsi fleksi tapak kaki dan gerakkannya ke dalam lutut pula diektensikan.

Rajah 1.24 : Otot fibularis longus

66

6. Otot fibularis longus Otot ini terletak pada bahagian kaki bawah. Ia menggerakkan kaki dan jari kaki ketika fasa lonjakan.

Rajah 1.25 : Otot gastrocnemius

7. Gastrocnemius Otot gastrocnemius terletak di bahagian belakang bawah lutut. Ia merupakan jenis otot skeletal yang kuat. Semasa fasa layangan, penguncupannya menyebabkan pergerakan plantar fleksi tapak kaki. ia juga membantu kayuhan kaki sewaktu badan melayang di udara.

67

FASA PENDARATAN

Otot gluteus medius dan maksimus

Metatarsal Otot kuadriseps

Semasa fasa pendaratan, otot otot yang terlibat ialah otot kuadriseps, gluteus medius dan gluteus maximus dan metatarsal.

Rajah 1.26 : Otot quadriseps


68

1. Otot quadriseps Rectus femoris akan menegang semasa kaki diektensikan dan difleksikan Vastus medialis pula akan menguncup semasa kaki diekstensikan Vastus lateralis menguncup dan membolehkan lutut diekstensikan semasa gerakan dilakukan.

Rajah 1.26 : Otot gluteus medius dan gluteus maximus

2. Gluteus medius dan gluteus maximus Otot gluteus medius dan gluteus maximus adalah merupakan otot agonis. Otot otot ini akan mengalami penguncupan secara konsentrik ketika fasa pendaratan bagi membolehkan pinggul dibengkokkan.

69

Rajah 1.27 : Otot metatarsal

3. Metatarsal Apabila fasa pendaratan, otot yang melekat pada metatarsal akan menegang bagi menstabilkan badan untuk mendarat pada permukaan tanah.

70

5.3 ANALISIS SENDI DAN PERGERAKAN FASA PENUJUAN

Sendi sferoidal Sendi ginglimus

Sendi pelana

Sendi sferoidal Sendi ginglimus

sendi ginglimus

Dalam fasa penujuan, antara sendi yang terlibat ialah sendi ginglimus (engsel), sendi sferoidal dan sendi pelana. Sendi ginglimus terdapat pada siku, lutut dan buku lali. Siku dibengkokkan untuk membantu menambahkan daya dan kelajuan. Pergerakan siku yang dihasilkan oleh sendi terbabit ialah fleksi. Di samping itu, buku lali mengalami pergerakan plantarfleksi semasa larian manakala sendi pada lutut mengalami pergerakan ekstensi.

71

Sendi sferoidal yang terdapat pada bahu mengalami pergerakan ekstensi. Lengan dihayun bagi memperolehi momentum lebih ketika berlari. Sendi sferoidal pada pinggul pula mengalami pergerakan ekstensi dan hiperekstensi.

Sendi pelana pula terdapat pada bahagian tangan. Karpal dan metakarpal mengalami pergerakan ekstensi iaitu genggaman jari yang tidak terlalu ketat. Semasa berlari, atlet dinasihati untuk menggenggam tangan sedikit sahaja seolah-olah sedang menggenggam sebiji telur yang tidak boleh dipecahkan. Atlet tidak digalakkan untuk menggenggam tangan terlalu kuat kerana perlakuan tersebut boleh memberi tekanan kepada lengan, bahu dan leher.

72

FASA PELEPASAN

Sendi sferoidal

Sendi ginglimus

Sendi sferoidal

Sendi ginglimus

Dalam fasa pelepasan ini, atlet menginjakkan kakinya pada papan pelepasan. Pergerakan yang terlibat dalam fasa ini ialah lompatan. Lompatan berlaku pada satah sagital di paksi melintang dan melibatkan punggung, lutut dan sendi pada buku lali. Antara sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi sferoidal dan sendi ginglimus. Sendi sferoidal terdapat pada lengan dan pinggul. Lengan digerakkan ke atas dan membentuk pergerakan secara abduksi. Pergerakan abduksi tersebut dilakukan untuk mengumpul daya momentum yang penuh bagi memastikan atlet dapat melompat setinggi yang boleh. Manakala pinggul mengalami pergerakan ekstensi dan hiperekstensi. Atlet bersedia untuk fasa pelepasan dengan menenggelamkan punggung dan seterusnya menaikkan punggung untuk melakukan fasa pelepasan. Sendi ginglimus terdapat pada buku lali dan lutut. Buku lali mengalami pergerakan dorsifleksi kurang daripada 90 sebelum melompat untuk mengumpul kuasa dan daya dan mengalami plantarfleksi lebih daripada 100 setelah lompatan seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Pergerakan ini berlaku setelah kaki atlet menginjak pada papan pelepasan. Manakala lutut dibengkokkan dan mengalami fleksi. Tujuan lutut
73

dibengkokkan ialah untuk mengelakkan kecederaan dan menyerap daya berat badan setelah mendarat.

FASA LAYANGAN

Sendi sferoidal Sendi pivot Sendi sferoidal

Sendi ginglimus

Sendi-sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi pivot, sendi sferoidal dan sendi ginglimus. Kepala atlet mendongak ke atas. Sendi pivot pada kepala mengalami gerakan rotasi dan hiperekstensi. Namun begitu, kebolehan leher untuk membengkok ke depan atau ke belakang adalah sedikit sebanyak kesan daripada pergerakan vertebral. Sendi sferoidal yang terlibat terdapat pada bahagian lengan. Seluruh bahagian lengan digerakkan ke atas dan sendi sferoidal pada bahu mengalami ekstensi dan sirkumduksi. Bahagian lengan tersebut diangkat untuk mengumpul daya sebanyak mungkin dalam usaha untuk menghasilkan lompatan yang maksimum. Manakala sendi
74

sferoidal yang terdapat pada pinggul mengalami gerakan ekstensi ketika meledingkan badan supaya atlet dapat melompat dengan lebih jauh. Bagi sendi ginglimus pula, lutut dibengkokkan dan mengalami fleksi sebagai persediaan untuk fasa pendaratan. FASA PENDARATAN

Sendi pivot

Sendi sferoidal Sendi sferoidal

Sendi ginglimus Sendi gelungsur

Dalam fasa pendaratan, sendi yang terlibat ialah sendi pivot, sendi sferoidal, sendi gelungsur dan sendi ginglimus. Sendi pivot yang terlibat terdapat pada bahagian atlas. Setelah leher mengalami gerakan hiperekstensi ketika fasa apungan, leher atlet kemudiannya mengalami gerakan fleksi dalam fasa ini supaya atlet dapat melihat apa yang berada di hadapannya dan posisi tubuh badan ketika mendarat sekaligus mengurangkan risiko kecederaan akibat perkara yang tidak diduga . Sendi sferoidal yang terlibat terdapat pada bahagian pinggul dan lengan. Pinggul mengalami gerakan fleksi apabila ianya membengkok untuk menyerap daya hentakan
75

berat badan. Lengan yang tadinya dalam gerakan ekstensi dan sirkumduksi kemudiannya berada dalam gerakan fleksi dan juga sirkumduksi. Tangan berada di bahagian bawah badan untuk bersedia dengan apa-apa kemungkinan dengan menopang badan setelah pendaratan.

Sendi ginglimus yang terlibat terdapat pada bahagian lutut dan buku lali. Lutut yang membengkok untuk menyerap daya hentakan berat badan bagi mengelakkan kecederaan pada kaki mengalami gerakan fleksi. Gerakan dorsifleksi pada buku lali membantu menyerap daya hentakan erat badan. Sendi gelungsur pada metacarpophalangeal dan metatarsophalangeal

membantu kaki untuk mencengkam pasir setelah mendarat supaya atlet tidak tersembam atau terjatuh lebih jauh. Jenis pergerakan yang terlibat ialah fleksi, ekstensi, abduksi dan aduksi.

76

BIL. FASA

SENDI TERLIBAT

BAHAGIAN BADAN TERLIBAT Siku Fleksi Ekstensi Plantarfleksi Ekstensi Ekstensi & hiperekstensi Ekstensi Abduksi Ekstensi dan hiperekstensi Dorsifleksi < 90 & plantarfleksi Fleksi Rotasi & hiperekstensi Ekstensi & sirkumduksi Ekstensi Fleksi Fleksi Fleksi Fleksi & sirkumduksi Fleksi Dorsifleksi Fleksi, ekstensi, abduksi & aduksi > 100 JENIS PERGERAKAN

1 Ginglimus Penujuan Sferoidal Pelana 2 Sferoidal Pelepasan Ginglimus

Lutut Buku lali Bahu Pinggul Tangan Lengan Pinggul

Buku lali Lutut

3 Layangan

Pivot Sferoidal Ginglimus

Kepala Bahu Pinggul Lutut Atlas/leher Pinggul Lengan

Pivot Sferoidal

Pendaratan

Ginglimus

Lutut Buku lali

Gelungsur

Kaki & jari kaki

Jadual 4.0 Rumusan analisis bagi sendi-sendi yang terlibat dalam lompat jauh

77

6.0 KESIMPULAN Sebagai seorang guru, pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi amat perlu untuk dijadikan sebagai satu daripada cara-cara mengenal murid-murid dengan lebih rapat. Manusia merupakan organisma paling kompleks.Terdapat pelbagai sistem dalam tubuh badan manusia yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sistem badan yang lengkap dan berfungsi membolehkan manusia meneruskan kemandiriannya. Setiap sistem badan yang terdapat dalam tubuh badan manusia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan mengetahui struktur, fungsi dan kepentingan sistem yang terdapat dalam tubuh badan kita, maka kita akan berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan kita untuk memastikan sistem badan berfungsi sepenuhnya. Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan spesifik untuk otot dan sendi tertentu, menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal, memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti sukan-aktiviti sukan dan sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan. Mata pelajaran anatomi dan fisiologi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih berkesan kerana guru memhami perjalanan semua sistem dan hubungkait setiap satu di dalam tubuh badan manusia.

78

7.0 RUJUKAN

BAHAN BUKU D.T.D. Hughes & P.T. Marshall. (2000). Ilmu Kesihatan Tropika. Shah Alam: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Hilda Fronske. (2008). Teaching Cues for Sport Skills for Secondary School Students. United States of America: Pearson Benjamin Cummings Inc. Indu Khurana, Arushi Khurana, Cheng Hwee Ming, Lakhsmi Selvaratnam, Lee Wan Ling & Than Soo Nyet. (2010). Fundamentals of Anatomy and Physiology for Nursing and Allied Health. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamaludin A. Rashid. (2006). Biology for STPM Volume 1. Malaysia: Thomson Asia Pte. Ltd. Robert S. Behnke. (2001). Kinetic Anatomy. United States of America: Human Kinetics.

BAHAN INTERNET Megan Withereid G. (2007). Long Jump Analysis. Dipetik pada 4 Mac 2013 daripada pdhpecovenant.wordpress.com/2010/09/08/long-jump-analysis-2/ Tanya F. (2011) Long Jump Analysis. Dipetik pada 14 Februari 2012 daripada pdhpecovenant.wordpress.com/2010/09/08/long-jump-analysis/

79

8.0 REFLEKSI KENDIRI

80

ESTEFA DUMANG ANAK BENJAMIN (920418135474) Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur saya kepada Tuhan kerana telah memberkati perlaksanaan kerja kursus projek Anatomi dan Fisiologi (PJM 3106) ini sehingga ia telah berjaya disiapkan dalam bentuk penulisan seumpama ini. Dalam kerja kursus projek Anatomi dan Fisioloi (PJM 3106) ini, kami dikehendaki memilih satu jenis permainan untuk dianalisis kemahiran pergerakannya dengan menghuraikan jenis pergerakan yang digunakan, otot otot yang terlibat, interaksi otot rangka/skeletal dan sistem sendi yang terlibat. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan secara 3 orang di mana saya berkumpulan dengan Sonia Jeane anak Usup dan Siti Azira binti Jose. Kami telah sebulat suara untuk memilih permainan lompat jauh sebagai tajuk analisis kami untuk kerja kursus projek ini. Sepanjang melaksanakan kerja kursus projek ini, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. Pengetahuan ini amat bermakna dan penting untuk kegunaan saya pada masa hadapan. Dengan perlaksanaan kerja kursus projek ini saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas mengenai sistem dan fungsi badan saya yang saya belum ketahui sebelum ini. Anatomi dan fisiologi ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk lebih mengambil berat perihal penjagaan kesihatan dan tubuh badan saya. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan seperti penyakit tulang rapuh dan sebab sebab berlakunya kerapuhan tulang tersebut. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengenalpasti jenis jenis otot rangka, fungsi sendi dan jenis pergerakan yang terlibat dalam sukan lompat jauh. Selama ini, saya langsung tidak memahami bagaimana tulang, sendi dan otot bekerja dalam menghasilkan sesuatu pergerakan namun setelah melaksanakan kerja kursus projek ini saya mulai memahami dengan lebih terperinci konsep dan cara sistem tulang, sistem otot dan sistem sendi bekerja. Antara otot yang terlibat dalam sukan lompat jauh ini ialah otot biseps, triseps, gastrocnemius, otot hamstrings, otot quadriseps, otot gluteus maximus dan lain lain. Otot otot ini akan mengalami penguncupan konsentrik dan esentrik ketika proses pergerakan badan berlaku.

81

Dalam analisis lompat jauh ini, terdapat 3 fasa yang perlu saya analisis. Saya telah membuat penerangan mengenai sistem otot. Semasa fasa penujuan, otot otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot briseps dan triseps, otot deltoid, otot gluteus maximus, otot hamstrings, otot quadriseps dan otot gastrocnemius. Bagi fasa perlepasan, otot otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot biseps dan triseps, otot quadriseps, otot tibialis anterior, otot gastrocnemius, otot gluteus maximus, otot fibularis (peroneus longus) dan otot archilles tendon. Seterusnya, fasa pendaratan yang melibatkan otot kuadriseps, gluteus medius dan gluteus maximus dan metatarsal. Kesemua otot yang terlibat ini mengalami penguncupan konsentrik dan esentrik ketika pergerakan badan. Sehubungan dengan itu, saya juga dapat memahami hubung kait antara sistem tulang, otot dan sendi dengan lebih mendalam. Pemahaman ini saya perolehi ketika saya membuat penerangan terhadap analisis sukan lompat jauh. Sistem otot membantu mengerakkan sistem tulang manakala sistem sendi pula menghubungkan sistem otot dengan sistem tulang. Apabila satu daripada sistem ini tidak wujud maka pergerakan di dalam badan akan mengalami kesukaran. Oleh itu, timbul kesedaran di dalam hati saya untuk lebih mengambil berat terhadap tahap perkembangan kesihatan diri. Melalui perlaksanaan kerja kursus projek ini juga saya boleh mengaplikasikan ilmu yang saya pelajari mengenai sistem tulang, sistem otot dan sistem sendi kepada murid murid saya kelak agar mereka berasa lebih berminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Jasmani. Sesungguhnya, belajar Pendidikan Jasmani ini sangat

menyeronokkan kerana saya berpeluang memaham setiap pergerakan yang kita lakukan seharian sebenarnya mengaplikasikan sistem otot, sistem tulang dan sistem sendi tanpa kita sedari akan kehadirannya. Justeru itu, amatlah wajar bagi kita untuk menghargai tubuh badan kita ini kerana setiap pergerakan tersebut melibatkan banyak sistem dalam tubuh badan untuk bekerja. Akhir kalam, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang menolong saya dan ahli kumpulan yang lain secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyempurnakan perlaksanaan kerja kursus projek ini. Banyak
82

pengalaman dan input input yang berguna yang saya pelajari dalam kerja kursus ini. Segala input input terbaru ini amat membantu saya meningkatkan penguasaan diri terhadap subjek Pendidikan Jasmani yang memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai sistem di dalam tubuh badan manusia.

83

SONIA JEANE ANAK USUP (920630-13-5252) Sebagai seorang pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), saya telah diberikan satu tugasan projek bagi subjek Anatomi Dan Fisiologi (PJM 3103) bagi memenuhi syarat subjek tersebut. Dalam tugasan ini, saya dan dua ahli kumpulan saya iaitu Estefa Dumang Anak Benjamin dan Siti Azira Binti Jose dikehendaki untuk menganalisis sistem tulang, sistem otot dan sendi yang teribat dalam sesuatu pergerakan. Saya berasa sangat beruntung kerana melalui tugasan ini saya telah didedahkan kepada banyak perkara yang sangat bermakna bagi saya terutamanya sebagai seorang manusia dan bakal guru. Melalui tugasan ini, saya dapat melatih diri saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini, terdapat beberapa kefahaman yang telah saya perolehi mengenai bagaimana sesuatu pergerakan tubuh badan manusia berlaku. Saya telah menganalisis secara mendalam dan kritis mengenai sistem-sistem tulang, otot dan sendi yang terlibat semasa tubuh badan bergerak. Selepas itu, kami dikehendaki untuk mempersembahkan hasil analisis tersebut mengikut kreativiti sendiri. HaI ini sedikit sebanyak telah menjana pemikiran ke arah lebih kreatif dan kritis. Sebagai seorang bakal guru, pemikiran secara kritis dan kreatif amat penting bagi menangani cabaran kerjaya guru yang semakin hari semakin mencabar. Di samping itu, saya dapati bahawa saya telah mengetahui dan memahami sedikit sebanyak mengenai tubuh badan manusia melalui tugasan ini. Saya berupaya untuk mengenalpasti nama-nama tulang, otot dan sendi yang ada dalam tubuh badan manusia. Melalui pembacaan, saya telah mengetahui apa nama dan fungsi setiap tulang, otot dan sendi yang ada dalam tubuh badan manusia. Saya juga dapat menambah ilmu mengenai penyakit-penyakit yang melibatkan tulang, otot dan sendi serta apa kesan kepada badan manusia sekiranya salah satu daripada mereka tidak berfungsi atau mengalami kerosakan. Oleh itu, melalui tugasan ini saya dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sistem tubuh badan manusia yang merupakan asas penting sebagai seorang bakal guru terutama bagi guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Hal ini kerana kita dapat menjalankan sesuatu aktiviti secara selamat dan keselamatan serta kesihatan pelajar dapat kita pantau selalu.
84

Pembacaan dan analisis yang dijalankan secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dilahirkan sempurna. Semasa menjalankan tugasan ini, terselit rasa kagum saya terhadap ciptaan Tuhan yang bernama manusia. Setiap apa yang ada dalam tubuh badan manusia ada fungsi dan kepentingannya yang membawa maksud bahawa setiap apa yang Tuhan ciptakan ada sebabnya. Sebagai manusia, kita haruslah menghargai setiap ciptaan-Nya tidak kira sempurna atau tidak serta menjaga dan menggunakan tubuh badan kita kepada perkara-perkara yang baik. Melalui tugasan ini, saya dapat memupuk rasa bersyukur dalam diri di mana perkara tersebut amat penting dalam membantu saya memupuk jati diri seorang guru dan peranan saya sebagai seorang manusia di atas bumi ini. Selain itu, saya sedar bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu kerja dengan sendirinya dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana, pandangan dan cara seseorang individu melihat sesuatu perkara adalah berbeza. Semasa saya menjalankan tugasan ini, saya telah berkolaborasi dan meminta pendapat daripada pensyarah dan rakan-rakan bagi memastikan penerangan sesuatu pergerakan tersebut adalah betul dan mudah difahami. Saya juga dapati bahawa perbezaan individu adalah sesuatu yang perlu diambil kira. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kemampuan masing-masing dan disebabkan itu, kami diberi peluang memilih pergerakan atau sukan yang kami mampu lakukan dengan selesa. Perkara ini sangat penting agar saya tidak membandingkan pelajar saya kelak kerana setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Kesimpulannya, kerja kursus pendek ini serba sedikit telah memberi impak kepada diri saya terutama sekali dari segi mental dan rohani. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya pelajari di sepanjang kerja kursus pendek ini dijalankan. Antara perkara yang saya pelajari adalah kepentingan berfikiran kritis dan kreatif serta membaiki kemahiran berkomunikasi saya. Sebagai seorang bakal pendidik, perkaraperkara tersebut amat penting bagi membantu saya dalam membentuk akhlak dan cara pemikiran seorang guru. Oleh itu, saya berasa berbesar hati kerana dapat menjalankan tugasan projek ini setelah menilainya dari sudut yang positif.

85

SITI AZIRA BINTI JOSE (921202-13-5832) Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah melunaskan tugasan ini dengan jayanya bersama-sama ahli kumpulan yang sangat berdedikasi dan memberikan sepenuh komitmen dalam melakukan tugasan

berkumpulan ini. Saya bersyukur dan gembira kerana rakan-rakan sekumpulan sangat bertanggungjawab walaupun kami menghadapi kekangan jarak yang beribu batu memandangkan semasa tugasan ini dilaksanakan, salah seorang rakan sekumpulan pulang ke kampung oleh sebab cuti sekolah. Namun begitu, hal tersebut tidak menjadi halangan besar buat kami kerana kami masih dapat berkomunikasi melalui laman sosial Facebook dan emel. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi. Rupa-rupanya, setiap pergerakan yang manusia lakukan berkait rapat dengan setiap sistem tulang rangka, otot-otot dan sendi. Jika salah satunya tidak ada, maka seseorang individu tidak akan mampu melakukan aktiviti seperti manusia normal yang lainnya. Malah, melalui tugasan ini, saya telah dapat menghafal kebanyakan nama sendi, tulang dan otot. Di samping itu, saya juga kagum melihat mekanisme badan manusia ketika melakukan aktiviti tertentu. Seperti di dalam tugasan ini, saya telah memilih sukan lompat jauh untuk menganalisis anatomi dan fisiologi atlet. Semasa menjalankan analisis, saya begitu kagum apabila menyedari Allah S.W.T maha bijaksana dalam menjadikan umat manusia maka dengan itu saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang kerana saya tahu Allah S.W.T. telah menjadikan kita manusia sebaik-baik kejadian. Selain itu, melalui tugasan ini juga saya belajar untuk menguruskan masa dengan lebih efisyen. Pada masa tugasan ini diserahkan, terdapat banyak lagi tugasan lain yang berlambak-berlambak belum diselesaikan. Jadi, saya telah merancang masa saya dengan baik dan kali ini, saya bernasib baik kerana tidak ada tugasan yang dilakukan pada saat-saat akhir. Pada semester-semester yang sebelumnya, saya telah menghadapi masalah ketika melaksanakan tugasan kerana gagal merancang masa
86

dengan bijak. Saya banyak membuang masa dengan perkara yang tidak penting jadi kali ini, terbukti bahawa kesalahan pada masa lalu menjadi pengajaran terbaik buat saya. Selain itu juga, melalui pelaksanaan tugasan ini saya telah sedar bahawa hubungan erat sesama ahli kumpulan menentukan jatuh bangunnya sesuatu kumpulan. Saya bersama rakan-rakan sekumpulan sangat rapat dan oleh sebab itulah tugasan kami berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah walaupun pada ketika saya menulis refleksi ini, rakan saya masih berada di kampung halaman. Akhir kata, pelaksanaan tugasan ini ternyata telah memberikan saya banyak input dari segi subjek Anatomi dan Fisiologi (PJM 3106) dan juga kesedaran kemanusiaan. Saya berasa tidak sabar untuk menanti tugasan bagi Pendidikan Jasmani yang akan datang.

87

LAMPIRAN

88

You might also like