P. 1
Melayu Baru Melayu Lama

Melayu Baru Melayu Lama

4.0

|Views: 7,448|Likes:
Published by Abi_20

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Abi_20 on Mar 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/26/2013

pdf

text

original

Sections

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 1
APA ITU “MELAYU”
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa terutamanya di Semenanjung Malaysia. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas pula menyatakan Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam orang melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya kerajaan Srivijaya. Seterusnya dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi .

1. MASYARAKAT MELAYU
Siapa yang dikatakan “melayu”?
Mereka yang dikatakan melayu secara normalnya mempunyai kulit beerwarna coklat, fizikalnya tahap sederhana tetapi gagah dan bersopan santun atau lemah lembut. Mereka juga dikenali atau dilabel sebagai “bumiputera”di Semenanjung Malaysia. Secara amnya, terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang melayu atau tidak. Ianya terdiri daripada penakrifan undang-undang dan penakrifan antropologi. Menurut penakrifan undang-undang, orang melayu di Malaysia didefinisikan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2) orang melayu ditakrifkan sebagai : • • • Seorang yang beragama Islam Bertutur bahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu

1

MELAYU BARU MELAYU LAMA • Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, di bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya, di selatan Thailand terdapat juga kelompak manusia yang berrtutur Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Manakala, penakrifan Antropologi pula menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kenegarasian yang termasuk dalam bangsa Mangoloid.

Adakah orang Kelantan orang Melayu sebenar?
Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu orang asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain? Hipotesis mengenainya mungkin berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deokrsiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka. Bagaimanapun, katanya hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi. Ketika ini, 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China. “Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah intuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.

2

MELAYU BARU MELAYU LAMA Kajian ini bukan untuk mengelirukan status Melayu dalam kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud. Penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto. Hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi “Mongoloid” dari selatan China atau “Austranasian” yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6000 hingga 8000 tahun dahulu. Manakala, populasi Melayu Proto pula wujud lebih awal iaitu kira-kira 200 000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika. Walaupun kajian ini belum dibuktikan secara keseluruhannya namun, Dr. Zafarina berharat hasil kajian ini dapat digunakan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, Sejarah awal pula menyatakan kewujudan orang Melayu di Semenanjung sebagaimana penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, masih lagi menjadi persoalan yang agak kabur. Walaubagaimanapun, dengan mengkaji satu kategori orang Asli yang masih wujud sehingga sekarang, iaitu orang Melayu Proto atau orang Asli, sedikit sebanyak persoalan tentang asal-usul orang Melayu akan terurai. Orang Melayu Asli yang masih wujud hari ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu Moden sekarang. Terdapat juga sejarawan yang mengatakan bahawa orang Melayu Dustro merupakan nenek-moyang orang Melayu hari ini. Sejarah ini bermula apabila berlakunya gelombang perpindahan suatu kumpulan baru penduduk Yunan ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira pada 300 S.M. Mereka telah merempuh masuk dan menewaskan orang Melayu Asli dan memaksa pendatang ini, yang lebih dahulu membuat penempatan, berundur ke kawasan pedalaman. Orang Melayu Dustro yang dipercayai mempunyai salurgalur keturunan Monggol mempunyai kemahiran dalam penggunaan logam dan senjata mereka diperbuat daripada besi. Di samping itu, peralatan yang lain juga diperbuat daripada besi, dan kehidupan pada zaman itu dikenali sebagai zaman besi. Mereka tidak mengamalkan amalan berpindah-randah dan membuat penempatan tetap di desa.

3

MELAYU BARU MELAYU LAMA

2. TANAH MELAYU
Kedudukan Geografi Tanah Melayu
Tanah Melayu adalah sebahagian daripada benua Asia dan kedudukan yang terletak di tengah-tengah, iaitu di antara China dengan India menyebabkannya menjadi laluan perdagangan yang strategik. Berdasarkan kedudukan geografi tersebut, Tanah Melayu amat terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua buah negara tersebut khususnya dari negara India. Tanah Melayu menjadi tempat pertembungan dua musim angin yang bertiup dari dua arah pada waktu berlainan dalam tiap-tiap tahun. Pada bulan Mei hingga Ogos, musim tiupan angin barat daya adalah dari Lautan Hindi dan Khatulistiwa, manakala pada bulan November hingga April merupakan musim tiupan angin timur laut yang bertiup dari pesisir negeri China melalui Laut China. Ini akan memudahkan kapal-kapal perdagangan untuk belayar. Tanah Melayu juga merupakan tempat persinggahan mereka sementara menunggu kedatangan tiupan dari arah yang berlainan untuk pulang ke tempat asal. Selat Melaka yang memisahkan di antara Tanah Melayu dengan Sumatera juga merupakan kawasan laluan yang strategik dan bebas serta terlindung dari ombak besar yang membolehkan banyak kapal dagang menggunakannya. Berdasarkan faktor geografi ini, Tanah Melayu dianggap sebagai “rumah separuh jalan” yang penting kepada kegiatan perdagangan sejak zaman-berzaman dan telah berjaya menemukan pelbagai kelompok manusia yang telah membawa kepada pembentukan kepelbagaian pola kebudayaan, peradaban, tamadun, agama dan corak pemerintahan.

Zaman Batu di Tanah Melayu
Sewaktu penduduk di Lembah Nil sudah membentuk satu peradaban tamadun, penduduk di Tanah Melayu masih lagi di zaman batunya. Pada waktu itu, terdapat beberapa puak manusia sedang bergerak turun dari Utara menuju ke Selatan melalui Tanah Melayu. Antara puak-puak tersebut ialah orang Negrito dan Semang. Kedatangan mereka kemudiannya disusuli oleh kedatangan orang Melayu Asli yang dikatakan berasal dari Daerah Yunan dan mereka ini dipercayai menjadi nenek-moyang orang Melayu yang mendiami Malaysia sekarang. 4

MELAYU BARU MELAYU LAMA

3. BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di Wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1000 tahun lagi. Walaupun assal usul bangsa Melayu yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempatempat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Bahasa Melayu Piawai ialah bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhirakhir ini, nama Bahasa Melayu digunakan semula. Bermula pada tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahassa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

5

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sejarah Bahasa Melayu
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah Kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah “Melayu” adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat: 1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi 2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi 3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi 4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi. Ada yang berpendapat bahasa Melayu beasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Perkembangan Bahasa Melayu
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu Kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu Moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah barat terutama sekali Inggeris.

6

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah “Bahasa Melayu” dan “ Bahasa Malaysia”. Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai bahasa rasmi.Ada pihak yang memikirkan “Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memeperkenalkan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas”. Sebenarnya istilah bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini dibukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah. Pada tahun 1986, istilah “bahasa Malaysia’ ditukar kepada “Bahasa Melayu”. Menurut Perkara 152 Perlembangan Persekutuan Malaysia, “bahasa kebangsaan [Malaysia] ialah bahasa Melayu”. Namun begitu, pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan pennggunaan “Bahasa Melayu” kepada “Bahasa Malaysia”. Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” dalam surat menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru “Bahasa Malaysia” adalah Muktamad. Namun, kuasa menukar istilah demikian bukanlah hak individu. Oleh itu, istilah bahasa Melayu tetap digunakan.

7

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pendapat ahli sejarah terhadap asal usul Bahasa Melayu
Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan bahasa. Berikut merupakan kajian mereka terhadap bahasa Melayu :

R.H. GELDERN
Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu ini.

J.H.C. KERN
J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagascar, Filipina, Taiwan dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang , pandan dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu, Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. MARSDEN
W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang rumpun.

E. AYMONEIR, A. CABATON DAN HAMY
E. Aymoneir dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Champa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Champa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.

8

MELAYU BARU MELAYU LAMA

W. HUMBOLDT
W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. FOSTER
J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

A.H. KEANE
A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

SLAMETMULJANA
Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu berasal dari Asia.

ASMAH HAJI OMAR
Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan iaitu Tanah Semenanjung melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya, asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

9

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 2
KONSEP MELAYU
Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya sebuah Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus lagi dalam Perlembagaan Malaysia yang mengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik. Pengertian itu adalah berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang Melayu. Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian daripada konsep Melayu yang luas.

10

MELAYU BARU MELAYU LAMA Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri daripada penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang digunakan dalam realiti iaitu lebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan sub budaya masingmasing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai : 1. Seorang yang beragama Islam 2. Bertutur dalam bahasa Melayu 3. Mengamalkan adat istiadat Melayu 4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawa sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia contohnya di selatan Thailand terdapat segelintir kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Bagaimanapun, menurut UNESCO pada tahun 1972 istilah "Melayu" ditakrifkan sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

11

MELAYU BARU MELAYU LAMA Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga turut dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah merupakan kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera dan juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada perkembangan budaya Melayu merupakan fenomena penting dalam pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu itu telah dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini secara umumnya dan daripada keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan kepada tradisi sejarah yang sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu tersebut. Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi budaya. Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam telah memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama. Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah menyumbang dan memainkan peranan yang begitu penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Islam juga telah membawa kepada peradaban penting dalam pembinaan peradaban Melayu. Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan peradaban Melayu. tetapi tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu. Konsep Melayu juga bukan sahaja merangkumi aspek-aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa, tetapi entiti budaya yang merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa, asalkan semua itu tercerna dan terjelma dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi iaitu berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan bertingkah laku sebagai manusia Melayu dan mengamalkan agama islam. Berdasarkan konsep Melayu sedemikian, kita telah menerima bahawa Melayu merupakan orang yang berasal atau berketurunan dari Arab atau India seperti Malik Ibrahim iaitu seorang wali songo pembuka Gerisek pada tahun 1396, Syarif Abu Bakar atau dikenali sebagai Sultan Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun 1405, Sultan Syarif Ali Brunei pada 12

MELAYU BARU MELAYU LAMA tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango pada tahun 1515, Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637, dan puluhan ulama dan pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, al-Habsyi, al-Sagot, al-Badawi, dan lain-lain.

Konsep Melayu Lama
Melayu lama merupakan sebuah warisan peninggalan nenek moyang pada zaman dahulu kala. Warisan tersebut memberikan sumbangan yang begitu penting dan berharga pada generasi pada masa kini. Secara amnya, takrifan Melayu boleh dikenal pasti berdasarkan bangsa yang tergolong dalam Rumpun Melayu-Indonesia atau Nusantara seperti Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau dan sebagainya. Berdasarkan bahasa pula takrifan Melayu terdiri daripada golongan keluarga bahasa Austronesia. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 160 Fasal 2 ialah “ Melayu ertinya seseorang yang menganuti adat-istiadat dan resam Melayu ”. Melayu lama juga bermakna ia akan mengekalkan ‘apa sahaja yang diajarkan dan diperturunkan oleh datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama seperti berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu berunsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong. Peribahasa Melayu yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat” ialah merupakan sebuah peribahasa lama yang membawa maksud yang cukup mendalam. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran orang dahulu yang sanggup mati anak semata-mata mahu mempertahankan adat. Orang Melayu lama telah membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri mereka. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. Oleh yang demikian, jika kita bertemu dengan watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu adalah budaya resam yang merosakan agama. Hal ini kerana, adat itulah merupakan agama pada bahasa Melayu Lama.

13

MELAYU BARU MELAYU LAMA Selain itu, konsep Melayu turut melibatkan pemikiran iaitu lebih dikenali sebagai konsep pemikiran Melayu yang menggambarkan keunikan pemikiran Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Orang Melayu menggunakan kaedah berfikir yang bukan sahaja bersifat emprikal dengan menggunakan kuasa inderawi atau pacaindera mereka untuk memahami realiti alam di luar diri mereka, untuk memahami kelakuan manusia dan keadaan sosial tetapi bersifat abstrak dan metafizik. Proses fikiran ini bersifat non-linear iaitu lebih banyak menggunakan kuasa imaginasi dari otak sebelah kanan iaitu akal kreatif dan kemudian digabungkan dengan proses berfikir yang menggunakan akal rasional dari bahagian otak sebelah kiri untuk melahirkan makna dan nilai yang emprikal sekaligus bersifat abstrak. Proses pemikiran ini dapat dikaji dan dibuktikan berdasarkan puisi tradisional Melayu iaitu pantun berdasarkan peribahasa serta pepatah Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam pantun 4 kerat, misalnya rangkap pertama yang disebut sebagai rangkap pembayang maksud iaitu digunakan secara kreatif untuk melahirkan maksud pada rangkap kedu berikutnya. Jikalau Shakespeare sering diagungkan sebagai manusia yang mampu berfikir atau menyatakan maksudnya melalui sajak atau puisi, pemantun atau pemikir Melayu tradisional pun tidak kurang agungnya. Stuktur pantun juga turut mengandungi rima dan rentaknya, penggunaan bahasa yang halus, tepat dan bernas. Walaubagaimanapun Shakespeare tidak mengungkapkan maksudnya melalui rangkap pembayang maksud sebagaimana yang dilakukan oleh pemantun Melayu. Struktur dan cara berfikir Melayu ini tentunya menunjukkan konsep pemikiran yang lebih kreatif dan lebih kompleks lagi.

Konsep Melayu Baru
Manusia bukannya objek statik tetapi manusia ialah makhluk ciptaan Tuhan yang terbaik dalam kalangan makhluk yang lain. Salah satu aspek yang mencerminkan kualitinya ialah tahap kebolehannya untuk membaiki dan menjadikan dirinya lebih baik daripada sebelumnya, malah lebih baik daripada manusia yang lain. Oleh yang demikian apabila merangka kelahiran manusia Melayu yang baru sebenarnya perkara tersebut bukannya merupakan tempelak atau satu sinis kepada Melayu yang sebelumnya. Hal ini adalah kerana kita berlandaskan kepada hakikat bahawa manusia pada hari esok mesti lebih baik daripada manusia pada hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa perubahan daripada Melayu Lama kepada Melayu Baru adalah merupakan satu keperluan. 14

MELAYU BARU MELAYU LAMA Melayu Baru bukanlah merupakan satu utopia tetapi Melayu Baru adalah merupakan satu jangkauan yang real atau nyata yang boleh dicapai dengan menggunakan strategi dan gerakan yang sempurna dan menyeluruh. Menggunakan strategi secara sempurna adalah bermaksud dari segi ‘ apa yang mesti dibuat ’ dan menyeluruh bermaksud ‘ komitmen daripada setiap individu ’. Konsep Melayu Baru ini telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Konsep Melayu Baru ini sebenarnya adalah penerusan daripada konsep Revolusi Mental yang dipelopori oleh sebuah panel yang ditubuhkan oleh UMNO pada tahun 70 an dan telah dipimpin oleh Dato Senu Abdul Rahman iaitu Setiausaha Agung UMNO pada masa itu. Salah seorang daripada ahli panel tersebut ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada masa sekarang konsep Melayu Baru ini disempurnakan pula oleh Wawasan Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun yang menjadi pegangan Kerajaan pimpinan Pak Lah iaitu Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Konsep Islam Hadhari ini adalah merupakan salah satu paksi yang penting dalam manifesto Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Yang Kesebelas pada tahun lalu yang memperlihatkan kemenangan yang cukup besar dan membanggakan kepada Barisan Nasional. Pilihanraya tersebut telah menghasilkan penubuhan Kerajaan Negeri Terengganu oleh BN dan tumbangnya Kerajaan PAS di Terengganu manakala Kerajaan BN yang semakin bertambah kuat di Kedah dan PAS hanya menang tipis dengan kelebihan dua kerusi di Negeri Kelantan. Pilihanraya tersebut telah memperlihatkan dan membuktikan bahawa kembalinya kekuatan UMNO dan BN di Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Faktor yang menyumbang kepada kekuatan gelombang biru ini adalah merupakan faktor Islam Hadhari dan personaliti Pak Lah sendiri yang cukup menawan hati rakyat terutamanya Orang Melayu. Konsep Melayu Baru iaitu merupakan lanjutan daripada Revolusi Mental adalah merupakan faktor yang telah membuka minda orang Melayu yang kemudiannya menjurus kepada slogan Melayu Boleh dan Malaysia Boleh. Hal ini telah membuka jalan bagi melepaskan Orang Melayu daripada sebarang limitation atau sekatan dan belenggu yang wujud dalam diri kita sendiri. Melayu Baru lebih menjurus kepada Melayu Global yang penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan lain-lain lapangan atau bidang.

15

MELAYU BARU MELAYU LAMA Selain itu, Melayu Baru berasaskan prinsip Islam Hadhari tersebut tidak akan terkongkong oleh fikiran agama yang sempit dan yang tidak mengikut peredaran masa. Sebaliknya Islam Hadhari akan menjadikan agama Islam sesuai dengan kurun yang kedua puluh satu ini bahkan Islam Hadhari juga amat sesuai untuk kehidupan umat Islam bagi generasi yang akan datang selagi dunia ini masih kekal hingga kiamat. Dengan kata lain Islam Hadhari memastikan Melayu Baru yang global serba handal lagi kebal itu tetap mempunyai aqidah dan iman didalam hatinya. Ini akan memastikan bahawa Orang Melayu bukan sahaja berjaya di dunia bahkan juga di akhirat.

16

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 3
PERUBAHAN ANTARA MELAYU BARU MELAYU LAMA
MELAYU LAMA
Kepercayaan Animisme
Dari segi kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan Islam, manusia pada umumnya mempunyai naluri ingin tahu terutama tentang alam di sekeliling yang mereka diami. Manusia melayu pada zaman purbakala juga mempunyai sifat yang sama. Tetapi kerana manusia purba tidak memahami tentang fenomena alam dan kejadian tabii, maka mereka memberi tafsiran terhadap sesuatu kejadian mengikut fahaman mereka. Menurut E.B Taylor, manusia awal yang hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi, khayalan dan peristiwa kematian. Peristiwa-peristiwa yang ditempuhi itu menjadi tanda tanya kepada mereka sehingga mereka berfikir dan meyakini tentang wujudnya roh (spirit) dalam diri manusia atau apa yang diistilahkan oleh Taylor sebagai animisme. Menurut beliau lagi, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud di kalangan suku-suku primitif. Terdapat pelbagai kepercayaan karut yang diamalkan dan dipercayai oleh masyarakat melayu lama seperti pemujaan arwah datuk nenek, hantu, hubungan dengan alam ghaib dan sebagainya.

17

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pemikiran Melayu Lama
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh agama Hindu telah tersebar di alam melayu. Oleh itu, pengaruh Hindu telah mempengaruhi pemikiran melayu lama pada masa itu. Sebelum agama Hindu tersebar di alam melayu, orang melayu dipengaruhi fahaman animisme yang diwarisi sejak zaman purba. Fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada semangat, pemujaan roh datuk nenek dan makhluk-makhluk alam ghaib. Kepercayaan kepada animisme ini adalah suatu kepercayaan yang kompleks. Kepercayaan ini mengatur tingkah laku manusia terhadap alam sekeliling kerana mereka mempercayai bahawa setiap fenomena alam mengandungi kuasa ghaib atau penunggu. Apabila agama Hindu dibawa ke daerah ini dan berkembang dengan pesat pada abad ke-4 dan ke-5 Masihi, tidak banyak pembaharuan yang dilakukan terhadap pemikiran melayu malah konsep ketuhanan agama Hindu Vidaisme yang percaya kepada kekuasaan dewa-dewa atau tuhan telah mengambil tempat dan mengisi ruang kepercayaan kepada penunggu atau kuasa ghaib yang dipercayai oleh orang melayu wujud pada setiap fenomena seperti hujan, ribut, bukit, lautan, hutan belantara dan sebagainya.

Pengaruh Hindu dalam Sistem Pemerintahan Melayu Lama
Pengaruh Hindu bukan sahaja mempengaruhi dalam kepercayaan dan agama orang melayu sahaja tetapi turut mempengaruhi dalam sistem pemerintahan. Menurut Coedes, kebudayaan Hindu yang berkembang di daerah Asia Tenggara hanya tertumpu di kalangan kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh yang demikian tidak hairan kalau banyak kesan pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan melayu tradisional. Konsep Raja dan kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu. Raja disamakan dengan konsep devaraja atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-dewa. Sistem pentadbiran melayu juga dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu. Misalnya sistem pewarisan pemerintahan adalah diasaskan kepada keturunan. Dalam pelaksanaan pentadbiran melalui undang-undang, sistem pemerintahan melayu telah meminjam beberapa aspek daripada undang-undang Hindu seperti undang-undang jenayah yang berdasarkan kitab Dharmasutra. Pengaruh Hindu juga jelas dilihat dalam peraturan-peraturan mengenai pakaian, senjatasenjata dan warna kuning yang dikhususkan untuk Raja.

18

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pengaruh Hindu dalam Bahasa dan Sastera Melayu Lama
Selain itu, pengaruh Hindu juga mempengaruhi dalam bahasa dan sastera melayu. Bahasa sanskrit telah mempengaruhi bahasa melayu sejak pengaruh di kebudayaan Hindu berkembang di daerah Nusantara dari awal kurun Masihi hingga zaman kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi. Di samping bahasa, pengaruh sastera dari India telah banyak berkembang dalam sastera melayu. Epik-epik Ramayana dan Mahabrata telah melahirkan berbagai-bagai prosa atau hikayat-hikayat dalam sastera melayu. Unsur sastera Hindu juga turut mempengaruhi cerita-cerita penglipur lara, cerita jenaka dan lain-lain. Di samping itu, Hindu juga mempengaruhi puisi melayu seperti seloka dan gurindam.

Kepercayaan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam
Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman Hindu kepada kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa (Allah). Di samping itu, mereka itu mempercayai nabi-nabi, rasul, malaikat, kitab-kitab suci seperti Injil, Zabur dan Al-Quran, percaya kepada hari akhirat dan kepada qadak dan qadar. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti yang tersebut dalam Rukun Islam yang berbentuk sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai Rasul-Nya. Walaupun unsur-unsur dewa-dewa masih lagi diwarisi dalam sastera melayu, namun fungsi mereka tidak lagi sebagai tuhan-tuhan, tetapi hanya sebagai makhluk-makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih lagi mempengaruhi pemikiran orang melayu hingga ke dewasa ini.

19

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam
Sebelum kedatangan Islam, bahasa melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Jawa kuno. Menurut Winstedt, bahasa melayu pada zaman Hindu itu ditulis dalam bentuk huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Selepas kedatangan Islam, bahasa Arab sebagai bahasa rasmi agama Islam mulai mengambil alih tempat bahasa sanskrit di kalangan orang melayu. Huruf Arab telah digunakan untuk penulisan bahasa melayu yang dipanggil huruf jawi. Huruf baru yang berasal daripada al-Quran ini telah menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Selepas kedatangan Islam ini, bahasa melayu telah mengalami perubahan yang pesat dengan peminjaman kata-kata Arab sehingga bahasa melayu menjadi media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika dan lain-lain. Pengaruh Islam telah membawa pinjaman kata-kata Arab dalam bahasa melayu dengan begitu luas sekali meliputi semua aspek dalam bidang kehidupan orang melayu seperti dalam aspek agama, pemikiran, pendidikan mahupun undang-undang. Dalam segi kesusasteraan pada zaman permulaan Islam, pemyebar-penyebar Islam telah menulis risalahrisalah agama yamg menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam. Di samping tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu telah turut mengisahkan tentang pembawa ajaran tersebut iaitu Nabi Muhammad. Cerita-cerita tentang Nabi Muhammad dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain. Menurut R.O Winstedt, hikayat-hikayat bercorak Islam dalam kesusasteraan melayu klasik diterjemahkan dari sumber Islam yang asal. Sebagai contoh, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Khoja Maimun, Hikayat Khoja Mubarak dan Cerita Taifah diterjemah dari Parsi sungguhpun berasal dari kesusasteraan Sanskrit yang bernama Sukasaptati. Menurut S. Sontoso pengaruh Islam juga memberi kesan terhadap penulisan melayu klasik seperti Sejarah Melayu yang mengandungi unsur-unsur Islam yang dimasukkan oleh penulis melayu. Gaya penulisan dalam Sejarah Melayu dan kebanyakan persoalannya menunjukkan buku Sejarah Melayu itu berdasarkan tradisi penulisan Islam.

20

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Politik Melayu Tradisional
Dalam sistem politik melayu tradisional, perpaduan di kalangan masyarakat melayu pada masa lampau berdasarkan kepada asas kekeluargaan dan kesukuan. Kepentingan ramai lebih diutamakan daripada kepentingan individu dan individu itu terikat pula dengan peraturan dan adat istiadat serta kepercayaan yang dianuti oleh masyarakatnya. Sementara itu, anggota masyarakat tersebut tidak pula menentang dasar perpaduan dalam masyarakat kerana perpaduan dapat menjamin keamanan dan keselamatan setiap anggota di dalam masyarakat. Masyarakat alam melayu pada peringkat awalnya adalah sebuah masyarakat yang hampir tertutup, tidak mudah bagi seseorang itu melepaskan hubungannya dengan suku atau kelompok masyarakatnya. Orang luar pula tidak mudah dterima menjadi anggota dalam kelompok atau sesuatu suku itu. Sebelum orang asing diterima menjadi anggota dalam sesuatu kelompok masyarakat atau suku itu ia harus menjalani upacara penerimaan masuk ke dalam satu-satu kumpulan atau initiation. Dalam upacara ini, individu yang menjalani upacara itu mengumumkan peninggalannya daripada ikatan yang lama dan ia diperkenalkan dengan suasana yang baru. Ia diibaratkan sebagia sudah mati dan dilahirkan kembali dalam suku yang baru. Sebenarnya upacara ini dianggap sebagai satu ujian untuk menghadapi hari dewasa dan sebagai anggota masyarakat yamg bertanggungjawab. Oleh itu, upacara ini dilakukan juga kepada semua anak di dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Pemimpin Masyarakat
Dalam kelompok keluarga terdapat seorang ketua atau pemimpin yang mengetuai upacara adat dan bertanggungjawab tentang kebajikan dan keselamatan keluarga. Pada peringkat yang lebih luas diwujudkan organisasi yang bercorak kawasan. Seseorang yang ingin memimpin perkumpulan yang bercorak kawasan atau daerah ini perlu memenuhi syarat utama iaitu memiliki kepandaian yang tertentu seperti pandai bermain senjata untuk memimpin peperangan atau mempunyai kuasa yang sakti atau ghaib yang menjadikan pengikutnya patuh kepadanya dan tidak barani bertindak menentangnya. Walau bagaimanapun, dalam urusan masyarakat, anggota-anggota suku sering mengadakan perbincangan atau permesyuaratan di kalangan mereka tentang kerja-kerja yang dilakukan, sementara pekerjaan mereka dilaksanakan dengan cara gotong-royong.

21

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Pemerintahan
Menurut Koentjaraningrat bermula daripada organisasi-organisasi desa, suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Kumpulan yang menang menggunakan tenaga tawanan mereka untuk dijadikan buruh paksa atau hamba. Maka dengan itu timbullah satu sistem kenegaraan dengan golongan yang menang memegang kuasa dan menikmati faedah yang lebih daripada masyarakat. Sistem pemerintahan seperti yang tersebut diatur amat rapi sehingga orang yang ditakluk tidak dapat memberontak menentang mereka yang berkuasa melalui penanaman kepercayaan tentang kekuasaan luar biasa yang dimiliki oleh golongan pemerintah dan hukuman berat yang dikenakan terhadap orang yang menentang. Dalam sistem pemerintahan yang terawal diadakan pasukan tentera yang bertujuan untuk menakluki kawasan yang lain dan meluaskan daerah kekuasaannya. Pasukan tentera itu dikerah daripada rakyat biasa, sedangkan keluarga para pemimpin menjadi golongan bangsawan dan raja merupakan pemimpin tertinggi yang mempunyai kekuasaan mutlak dan memiliki kewangan yang banyak. Istana raja menjadi pusat pendidikan dan budaya untuk melatih pemimpin dan pentadbir negara. Dengan itu, struktur organisasi politik melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar-pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organsasi politik pada peringkat negeri. Pusat pemerintahan negeri adalah di bandar-bandar yang terletak di kualakuala sungai yang mudah dihubungi melalui sungai atau lautan. Kedudukan pusat pemerintahan di kuala-kuala sungai bertujuan membolehkan raja mengawasi orang ramai yang keluar masuk di dalam negerinya bagi menjamin keselamatan dan pertahanan daripada musuh. Di samping itu, kedudukan tersebut juga memudahkannya mengutip cukai yang menjadi sumber kewangan negara yang terpenting. Jajahan atau daerah merupakan unit pentadbiran di dalam negara yang diketuai oleh pembesar negeri. Jajahan yang bersempadan dengan sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan yang penting. Oleh sebab sistem perhubungan yang sukar dengan jajahan-jajahan dalam negara, maka pembesar-pembesar daerah menjadi amat berkuasa di daerah masing-masing.

22

MELAYU BARU MELAYU LAMA Menurut Ralph Linton, organisasi politik penduduk alam melayu sebelum dipengaruhi oleh peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketuai oleh pemimpin mereka yang bernama penghulu. Sering kali permasalahan pentadbiran pada peringkat desa tersebut dibincangkan melalui permesyuaratan di kalangan anggotanya terutama di kalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada peringkat unit yang terkecil itu penduduk-penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau berasal daripada suku yang sama. Wertheim pula berpendapat bahawa ciri organisasi politik tradisional di daerah alam melayu pada peringkat awal terbahagi kepada tiga jenis seperti berikut: 1. Di daerah-daerah di mana terdapat penanaman padi yang menjadi asas kehidupan atau sumber rezeki penduduknya, maka sistem politiknya adalah bercorak sistem beraja yang berpusatkan sistem pentadbiran di istana atau keraton yang dikelilingi oleh perkampungan petani yang bekerja di sawah. 2. Unit politik melayu tradisional yang kedua bercorak sebuah negara kota yang kebanyakannya terletak dipesisir pantai di seluruh kepulauan melayu. Bentuk negara kota ini diketuai oleh seorang raja dan sumber rezeki dan kewangan penduduknya bergantung kepada aktiviti perdagangan. 3. Unit politik melayu tradisional yang lain ialah dalam bentuk negara-negara kecil yang berpusat di pedalaman yang mengandungi rakyat yang melakukan aktiviti perekonomiannya melalui penanaman padi huma.

Pengaruh Hindu
Apabila pengaruh Hindu-Buddha mulai memasuki alam melayu organisasi politik pada awal masihi, mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah dipinjam oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan berbagai-bagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin kerajaan dipanggil raja iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat melayu adalah sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu, raja juga dikatakan berketurunan daripada dewa-dewa.

23

MELAYU BARU MELAYU LAMA Raja-raja seperti yang disebut dalam Hikayat Pendawa Lima (karya saduran daripada Kitab Mahabrata) dikatakan sebagai berketurunan daripada dewa-dewa atau tuhan-tuhan yang dipanggil devaraja. Sistem politik yang menerima pengaruh Hindu memberi kedudukan yang tinggi kepada raja sehingga mempunyai kekuasaan mutlak tanpa boleh dipersoalkan lagi. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdarah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka di tempat-tempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung. Sistem perlantikan raja dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan adalah berdasarkan keturunan. Raja-raja hanya dipilih daripada putera yang dipanggil gahara iaitu putera raja daripada permaisurinya yang sah. Sementara pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga dilantik berdasarkan keturunan seperti jawatan bendahara yang bersamaan dengan perdana menteri. Selain itu, perlantikan orang besar untuk membantu perjalanan pentadbiran negara pula adalah berdasarkan sistem astrologi Hindu seperti orang besar berempat, orang besar lapan, orang besar enam belas, orang besar tiga puluh dua sebagaimana yang diamalkan di negeri Perak dan Pahang hingga ke hari ini.

Zaman Islam
Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam kerajaan Sriwijaya telah diubah kepada gelaran sultan seperti yang digunakan oleh raja-raja Islam di India dan di Asia Barat. Pemikiran Hindu yang beranggapan bahawa raja sebagai berketurunan daripada dewa (devaraja) telah dihapuskan. Sebagai gantinya sultan dikatakan sebagai berasal dari keturunan pahlawan Islam, iaitu Zulkarnain dan sultan itu sebagai bayangan tuhan di atas muka bumi (Zillullah Fil alam). Untuk mengekalkan sifat keistimewaan sultan sebagai pemerintah maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa yang luar biasa yang dipanggil sebagai daulat. Seorang yang melakukan kesalahan kepada raja seperti tidak bertutur dengan menggunakan bahasa raja di hadapannya akan mendapat tulah (kecelakaan) akibat daripada kekuasaan daulat yang dimiliki oleh setiap sultan itu.

24

MELAYU BARU MELAYU LAMA Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi pengaruh kebudayaan Hindu. Sultan dibantu dalam menjalankan pemerintahannya oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh sultan menurut sistem yang lama. Misalnya bendahara masih menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri seperti dalam sistem kesultanan melayu Melaka. Sistem politik melayu tradisional adalah berbentuk piramid. Raja diletakkan di atas puncak dan diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada keluarga diraja, diikuti pada peringkat bawahan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain, sementara golongan rakyat jelata terletak pada peringkat paling rendah. Sistem pentadbiran seperti ini adalah bercorak sistem feudal kerana sistem ini membahagikan golongan-golongan rakyat di dalam negara mengikut susun lapis yang tertentu.

Pendidikan Melayu Lama
Sebelum perkembangan pengaruh peradaban luar di alam melayu, orang melayu mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka sendiri yang bercorak informal dan formal. Sistem pendidikan yang tidak formal berlaku dalam peringkat keluarga yang mengajar nilai-nilai budaya masyarakat tradisional melalui tradisi cerita-cerita lisan. Kanakkanak juga mempelajari segala pantang larang, adat istiadat dan adab kesopanan melalui proses sosialisasi. Salah satu media pendidikan yang berkembang dalam masyarakat melayu tradisional ialah melalui institusi bercerita atau sastera lisan. Cerita-cerita lisan dituturkan kepada anak-anak secara perseorangan atau perkumpulan oleh orang dewasa sebagai memainkan peranan dalam pendidikan budi dan tatasusila. Pendidikan melalui bercerita merupakan cara pendidikan yang paling berkesan kepada kanak-kanak. Pendidikan bentuk ini masih diteruskan hingga ke zaman moden ini. Cerita-cerita lisan ini memainkan peranan yang penting untuk pendidikan anak-anak dalam masyarakat melayu tradisional. Selain itu, masyarakat melayu tradisional juga menyampaikan pendidikan melalui peribahasa, pantun, teka-teki dan lain-lain. Jila kita mengkaji segala puisi melayu lama akan temui unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk memberi pendidikan secara informal khususnya kepada orang muda yang tidak berpengalaman. Pendidikan bercorak formal dalam masyarakat melayu pula berlaku dalam bentuk mempelajari seni mempertahankan diri seperti permainan silat dan teknik peperangan. Sistem pendidikan seperti ini bercorak sistematik dengan mempelajari ilmu daripada guru-guru yang ahli dalam

25

MELAYU BARU MELAYU LAMA bidang ini dan dikenakan pula syarat dan keperluan yang tertentu. Pengajian yang bercorak separuh formal juga berlaku dalam mempelajari berbagai-bagai cabang seni termasuk kemahiran dalam pertukangan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu dalam bidang-bidang seperti ini biasanya diperturunkan kepada ahli keluarga sahaja. Pengajian yang bercorak separuh informal juga diamalkan dalam mempelajari ilmu perubatan atau perbomohan serta berbagaibagai kepakaran yang lain.

Zaman Hindu
Pada zaman Hindu-Buddha, bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keraton kerana golongan bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa. Kebijaksanaan yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai ilmu kependetaan. Dongeng-dongeng daripada kebudayaan Hindu langsung tidak membicarakan kehidupan rakyat jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan bangsawan yang didakwa sebagai golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan dengan dewa-dewa dari alam kayangan. Akibat daripada sistem agama tersebut maka golongan raja dan kaum bangsawan sahaja diberikan pendidikan demi membolehkan mereka memerintah negeri dan menjalankan pentadbiran negara. Oleh itu, pendidikan formal diadakan di istana atau keraton. Pendidikan ini diberi oleh guru yang ditugas khas untuk menyampaikan pengajaran kepada bakal-bakal pemerintah dan pegawai-pegawai negeri.

Zaman Islam
Kedatangan Islam ke alam melayu membuka lembaran baru dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan yang bercorak formal mulai berkembang dengan pesatnya pada zaman ini di kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem pendidikan ini lebih bercorak keagamaan. Antaranya seperti pengajian di rumah khusus untuk mempelajari bacaan al-Quran, institusi pendidikan masjid dan surau yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agama Islam, institusi pendidikan madrasah atau pondok yang merupakan perkembangan daripada sistem pendidikan di masjid atau surau, pengajian di Mekah yang merupakan lanjutan daripada pengajian di peringkat sekolah pondok dalam masyarakat melayu tradisional dan pendidikan di istana.

26

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Ekonomi Melayu Lama
Masyarakat melayu lama mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Penempatan dan kegiatan ekonomi orang melayu pada umumnya terletak di kawasan tanah yang subur seperti di tepi sungai dan di pinggir laut. Usaha ekonomi cukup hidup atau ekonomi sara diri hanya setakat untuk keperluan penggunaan peribadi dan keluarga. Lebihan pula ditukarkan untuk mendapatkan barang keperluan yang tidak dapat mereka hasilkan sendiri. Sistem ekonomi sara diri tidak menggunakan teknologi moden. Tenaga ahli keluarga adalah penting dari peringkat penanaman sehingga ke peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan unit pengelur dan unit pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga unit ekonomi. Masyarakat melayu tradisional adalah masyarakat pertanian dan bidang pengeluarannya bergantung kepada unit keluarga sebagai satu unit asas pengeluaran. Dengan ini, jumlah hasil mereka bergantung kepada keluasan tanah yang dapat diusahakan dan jumlah keperluan mereka sendiri. Dalam sistem ekonomi sara diri, telah wujud sistem gotong-royong, berderau atau bentuk kerjasama yang lain. Institusi kerjasama dan gotong-royong dalam masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan yang rapat dengan nilai-nilai masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi. Semua penduduk kampung mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dalam menjalankan satu tugas secara bersama terutama dalam pertanian padi sawah. Masyarakat melayu tradisional yang merupakan masyarakat agraria sudah pandai menyesuaikan diri dengan kebolehan mereka menguasai alam bagi kepentingan penanaman padi dan perairan sawah mereka.

Nilai Etika Masyarakat Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam
Untuk mengkaji nilai-nilai asli masyarakat melayu tradisi amatlah sukar kerana masyarakat melayu sejak zaman silam menghadapi berbagai-bagai proses difusi dan akultrasi, bermula dengan kebudayaan Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orang melayu termasuk nilainya sekali. Oleh yang demikian, sukar sekali untuk menentukan yang manakah nilai-nilai melayu tradisi. Antara sumber yang dapat menyingkap kembali nilai-nilai masyarakat melayu tradisi ialah daripada warisan kesusasteraan melayu lama. Seperti yang diperkatakan kesusasteraan mencerminkan masyarakat yang melahirkannya.

27

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Untuk melihat nilai-nilai asal masyarakat melayu tradisi, kesusasteraan rakyat merupakan pengucapan kesusasteraan orang-orang melayu yang terawal. Dalam masyarakat melayu, nilai berbudi dan berbahasa dianggap suatu nilai yang disanjung tinggi. Sifat berbudi dan berbahasa dianggap ukuran ketinggian peribadi. Berbudi dan berbahasa adalah sifat yang dimiliki oleh seseorang yang pandai mengguna tutur katanya dengan sempurna dan melayan tetamu dengan baik. Pantun dan peribahasa melayu sering mengungkap sifat yang terpuji ini. Contoh-contoh nilai berbudi dan berbahasa adalah seperti nilai budi, niai rendah diri, nilai pemurah, nlai kebenaran, nilai kesabaran dan banyak lagi. Contoh pantun nilai berbudi dan berbahasa: Makan sirih berpinang tidak Pinang ada dari Melaka Makan sirih mengenyang tidak Sebab budi dengan bahasa. Yang kurik ialah kundi Yang merah ialah saga Yang baik ialah budi Yang indah ialah bahasa. Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa. Pucuk pauh sedang terjela Penjuluk bunga gelundi Agar jauh silang sengketa Perhalus bahasa dan budi.

28

MELAYU BARU MELAYU LAMA

MELAYU BARU
Kepercayaan dan Agama Melayu Baru
Pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan Islam di Malaysia. Hampir semua masyarakat melayu kini telah menganuti agama Islam kerana di atas pengiktirafan tersebut. Berbeza dengan sistem kepercayaan dan agama yang diikuti oleh masyarakat melayu lama yang mempercayai kepada kepercayaan animisme iaitu mempercayai kepada alam sekeliling. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat melayu sekarang masih mempercayai kepada alam sekeliling tetapi hanya ada sesetengah sahaja yang masih mempercayai perkaraperkara karut tersebut. Hal ini kerana telah banyak penerapan Islam yang telah diberikan dalam pelbagai aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam Hadhari.

Konsep dan Falsafah Islam Hadhari
Islam hadhari telah digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya al-Muqaddimah dan pemikir al-Jazair, iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang mempunyai maksud hampir sama dengan keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Islam hadhari merupakan satu pendekatan Islam yang syumul atau komprehensif yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa melayu, khususnya dan umat Islam, amnya. Islam Hadhari menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan. Justeru, Islam Hadhari merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan asas perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, wawasan 2020 yang telah dijadikan matlamat negara selama ini harus berpaksikan pendekatan Islam Hadhari.

29

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Maksud Islam Hadhari
Islam Hadhari ialah gabungan dua perkataan bahasa Arab, iaitu ’Islam’ dan ’Hadhari’ (sifat). Perkataan ’Hadhari’ berasal daripada istilah hadharun-hadharatun (hidup di bandar) yang membawa maksud ’membangun, maju atau bertamadun’, iaitu berlawanan dengan perkataan badawah (’pedalaman atau kemunduran’). Bertolak daripada kata dasar tersebut, perkataan hadharah atau hadhari boleh ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia untuk memperbaiki kualiti hidup di dunia dengan mencapai keseimbangan antara rohani dengan kebendaan mengikut keperluan dan peredaran masa. Pengertian hadharah semakin luas bagi komuniti manusia yang jauh meninggalkan corak hidup pedalaman dan mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah atau tamadun merupakan hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi sumber alam yang ada di sekitarnya. Tujuannya adalah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluaskan faktor kebaikan dan kebahagiaan dalam kalangan manusia sejagat.

Sebab Islam Hadhari diperkenalkan
Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia ketika dunia Islam dan umatnya telah dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai masyarakat pengganas, huru-hara, miskin dan mundur. Sebahagian besar umat Islam sendiri gagal menjadikan diri mereka sebagai umat yang maju, membangun dan bertamadun dari pandangan masyarakat dunia. Setelah sekian lama negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan umat Islam masih melihat ketamadunan Islam dari sudut akidah dan ibadah semata-mata. Mereka lebih suka membahaskan perkara remeh-temeh yang akhirnya memecahbelahkan umat Islam itu sendiri. Sehingga kini, tiada sebuah negara Islam pun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa umat Islam ialah umat yang terbaik dan umat contoh. Antara faktor yang yang menjadi penyebab kepada kelakuan dan kelesuan umat Islam yang amat berbeza daripada sifat umat Islam semasa zaman kegemilangan Islam pada masa dahulu adalah seperti berikut :

30

MELAYU BARU MELAYU LAMA a) Ketaksuban dan kebelengguan gerakan pemikiran dan ijtihad dalam kalangan alim ulama. b) Perluasan pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi rendah diri dan mudah menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan penyebaran fahaman yang menyimpang daripada ajaran sebenar Islam. c) Kegagalan menghayati dan melaksanakan panduan al-Quran berkaitan dengan pembinaan tamadun dan tidak mendapat petunjuk daripada rahsia hakiki kegemilangan tamadun Islam masa lalu. d) Kecetekan dan kedangkalan umat Islam terhadap petunjuk al-Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan yang menyebabkan mereka gagal memakmurkan dunia ini. Walaupun Islam Hadhari menjurus pada pengamalan cara hidup Islam secara menyeluruh, namun ini tidak bermakna kepentingan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diabaikan sama sekali. Oleh itu, konsep Islam hadhari amat relevan dan sesuai dipraktikkan di negara ini.

Pemikiran Melayu Baru
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kita telah meneliti perkembangan budaya fikir melayu dan fahaman-fahaman yang telah terbentuk dalam akhir abad ini. Penelitian ini adalah penting kerana evolusi pemikiran melayu semasa ada kaitannya dengan pergolakan yang wujud jauh dalam sejarah sosio intelektual melayu. Bahkan boleh dikatakan bahawa bentuk-bentuk pemikiran yang wujud kini adalah manifestasi dan kesan daripada pergolakan masa-masa yang baru berlalu. Kerangka pemikiran melayu telah mengalami proses pembaratan melalui pendedahan kepada konsep sains dan falsafah moden semenjak zaman kolonial dan berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Proses pembudayaan tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan pasca-merdeka. Program tersebut telah berjaya melahirkan satu masyarakat melayu yang mempunyai budaya fikir sains. Di kalangan mereka ini wujud keadaan di mana konsep sains dan kosmologi sekular moden seolah-olah telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi tradisional. Nilai-nilai asas, estetik, sosial dan juga kepercayaan melayu lama digantikan dengan kosmologi dan semiotik sains moden. Dari kelompok ini juga timbul satu fahaman baru yang kini lebih dikenali sebagai Mahathirisme. Satu fahaman yang menjadi subur di kalangan orang melayu kelas menengah dan atasan pada tahun-tahun 80-an dan 90-an.

31

MELAYU BARU MELAYU LAMA Walaupun kita cenderung untuk membahagikan minda melayu sebagai berpaksi kepada dua pola pemikiran yang ekstrem iaitu rasionalis dan tradisionalis. Mereka yang tergolong dalam kelompok rasionalis, biasanya mereka adalah daripada kalangan kelompok kelas menengah dan atasan, berpendidikan moden ala barat. Manakala mereka yang terdiri daripada kelompok tradisionalis ialah daripada kalangan kelas buruh, petani dan nelayan atau berpendidikan tradisional. Pendidikan rasionalis dicirikan oleh objektiviti, sekularisme, empirisme dan materialisme. Pemikran rasionalis cenderung kepada pemikiran saintifik, kualitatif dan logik tertib Aristotelian. Manakala pemikiran tradisional cenderung kepada pemikiran magis, metafizis dan logik bebas tertib yang kabur. Namun begitu, kita telah perhatikan bahawa gambaran sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Kita dapati paradoks dan kontradikasi dalam sejarah perkembangan pemikiran melayu. Misalnya, di kalangan mereka yang kononnya mewakili kelompok rasionalis masih lagi berleluasa kepercayaan terhadap ilmu mistik dan sihir. Kita dapati tokoh-tokoh politik, terutamanya, walaupun yang berpendidikan barat, bermain sihir. Kita hairan sekiranya ilmu mistik dan sihir berleluasa di kalangan kelompok tradisionalis. Sebaliknya yang kita dapati ialah sering sekali mereka yang berada dalam kelompok tradisionalis berkhidmat dan mendokong citacita keduniaan material mereka dari fahaman kelompok tradisionalis. Oleh demikan, terdapat bermacam interaksi atau kekaburan antara dua alam fikir yang dianggap sebagai terpisah, dalam konteks yang agak aneh. Senario yang kompleks ini terserlah pada tahun-tahun 1970an dengan kebangkitan fahaman Islam rasionalis di kalangan pemuda terpelajar melayu dan penubuhan badan ilmiah seperti Akademi Sains Islam (ASASI). Antara manifestasi tersebut ialah dalam bentuk ilmiah dan usaha ”islamisasi” ilmu sains oleh para profesional melayu berpendidikan barat dan sekular. Hal tersebut jelas merupakan paradoks dalam sejarah budaya fikir melayu. Namun begitu, terdapat beberapa fahaman moden yang timbul dalam kelompok rasionalis seperti Mahathirisme lebih mudah difahami. Mahathirisme, misalnya telah mewujudkan keadaan di mana penyuburan pemikiran digital dan orang turing melayu suatu kemungkinan yang amat mudah diwujudkan. Kontrakdiksi dalam budaya fikir melayu yang digambarkan di atas tidak menjadi masalah besar dalam konteks kerangka fahaman moden seperti Mahathirisme. Bahkan penyuburan kontrakdiksi seperti itu dapat dicapai dengan efisien dalam alam fikir maya yang berteraskan konsep digitalisasi. Dalam alam maya dunia mistik dan khayalan dengan dunia objektiviti, empiris dan fizis sains seolah-olah wujud secara harmoni dalam dunia alam maya dan digital perkomputeran.

32

MELAYU BARU MELAYU LAMA Dalam alam maya dan dunia digital perkomputeran, Mahathirisme mendapati kerangka fikir yang amat serasi, bahkan mampu mengukuhkan teras ideologi dan fahamannya. Kerana itulah migrasi kepada pemikiran digital boleh dianggap satu langkah yang hampir mesti. Ditambah pula dengan faktor luaran yang berkebetulan pula menjadikan pemikiran digital dam komputesi sebagai arus perdana dunia semasa. Ditambah pula juga dengan manifestasi teknologi dan material dengan bantuan pengiklanan ”hype” yang agresif mempromosikan teknologi digital dan perkomputeran sebagai teknologi dan wahana kemajuan alaf baru berjaya menambat hati sebahagian besar orang melayu. Selain itu, pembudayaan teknologi maklumat (IT) juga telah meluaskan teknologi perkomputeran dengan penggunaan komputer di kalangan orang awam. Pembudayaan IT bukan semata-mata terlaksana dengan sektor-sektor awam seperti pendidikan, kesihatan, perniagaan dan media massa yang beroperasi berteraskan teknologi perkomputeran. Pembudayaan IT juga bererti bahawa idea pembangunan iaitu satu konsep moden yang diterima oleh orang melayu, amnya serta objektif kesejahteraan sekelompok mungkin tercapai dalam lingkungan waktu tertentu melalui meditasi Technology Mapping (TM). Budaya fikir individu dan masyarakat semasa harus diselaraskan dengan pemikiran TM. Pembudayaan TM bererti komputer digunakan secara meluas dan maksimum oleh setiap peringkat orang awam bagi tujuan insaniah. Sektor awam menggunakan TM bagi tujuan peningkatan khidmat dan kecekapan untuk rakyat terbawah dan terbiar. Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami perubahan sama ada akibat daripada proses dalaman atau pengaruh dari luar. Budaya melayu tidak terkecuali daripada proses dan pengaruh tersebut terutamanya yang dicetuskan oleh idea-idea baru dan inovasi teknologi terkini.

Politik Melayu Baru
Dari sudut politik adalah diakui bahawa penjajah telah membawa unsur demokrasi dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Kerajaan British telah memperkenalkan institusi pilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta pilihan raya persekutuan pada 1955. Dewan perundangan secara moden juga telah diperkenalkan oleh kerajaan British di samping proses dan pentadbirannya. Demikian juga dalam bidang perundangan, pentadbiran awam dan pendidikan. Kontruksi di sini tidak terbatas dari sudut sosial semata-mata tetapi juga di dalam ruang politik dan undang-undang.

33

MELAYU BARU MELAYU LAMA Namun pada masa yang sama dasar pecah dan perintah ini telah merenggangkan hubungan antara kaum yang berbeza yang kemudiannya memberi kesan kepada perkembangan politik tanah air. Kini masyarakat tradisinal juga telah mengalami percampuran idea dan budaya, khususnya di dalam politik. Kesetiaan kepada autoriti tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan amalan politik moden. Nilai-nilai tradisional tidak pupus sepenuhnya secara serentak. Dalam kata lain, ia berada di dalam satu tahap transisi dari sifat tradisi kepada suatu bentuk yang baru. Pendidikan moden sudah diperkenalkan, namun sebenarnya masih belum menyeluruh. Masyarakat telah diperkenalkan dengan pendidikan asas, namun bilangan yang ketinggalan tidak sedikit jumlahnya. Pendidikan tradisi yang sudah sebati selalunya berorientasikan keagamaan masih kekal di dalam fikiran. Sejak sebelum merdeka media sudah mula berkembang dengan penerbitan beberapa akhbar tempatan, namun pengedarannya masih terbatas dan bilangan pembaca juga tergolong kepada golongan inteligensia di bandar. Mobilisasi dan migrasi baru bermula tatapi pada kadar yang sangat perlahan. Di dalam keadaan serba kekurangan ini, sistem politik demokrasi yang kompetitif cuba diamalkan secara menyeluruh. Masyarakat baru ini terlalu terpengaruh dengan cara pemerintahan bekas penjajahnya. Pilihan raya bebas telah diadakan. Persaingan dibenarkan dan kempen serta manipulasi isu juga tidak dihalang. Media memainkan banyak peranan di dalam melaksanakan demokrasi ini dengan menyiarkan berita tanpa tapisan. Dengan keadaan perbezaan kaum yang ketara, maka media dengan topeng demokrasi dan hak bersuara tidak dapat disekat dari memanipulasikan isu yang berbau perkauman. Dengan itu, sentimen perkauman menjadi lebih hangat. Pertembungan ini tidak menghasilkan percampuran yang baik. Sesuatu yang sesuai bagi masyarakat moden yang bersifat organik dilaksanakan kepada masyarakat tradisional atau belum penuh matang. Bagaimanapun masyarakat ini tidak menolak secara sepenuhnya sistem politik moden ini, sebaliknya cuba mengamalkannya dengan kapasiti dan latar belakang yang ada. Maka terjadilah suatu bentuk persaingan yang tidak sepenuhnya demokrasi dan tidak juga sepenuhnya tradisional.

34

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Baru
Bahasa adalah alat yang digunakan oleh anggota masyarakat sebagai saluran untuk menyatakan fikiran dan perasaan. Selagi masyarakat itu berkembang, maka bahasa turut berkembang. Selain itu, bahasa juga suatu simbol yang berfungsi sebagai wahana perhubungan. Ia membolehkan dan melicinkan pemindahan maklumat, pertukaran makna serta interaksi sosial antara pelaku-pelaku berkenaan. Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.

Cabaran Teknologi Maklumat (IT) Terhadap Bahasa
Teknologi maklumat dengan segala macam ragam dan perkakasan penyebar maklumatnya memudahkan kita memperoleh, menyebar luas malah menguruskan maklumat dengan canggih. Ruang kehidupan kita tidak lagi terbatas kepada ruang tradisional iaitu berhubung secara bersemuka saja malah sudah dikuasai oleh ruang penumpuan maklumat yang dinamakan siber ruang. Ada kemungkinan tidak lama lagi kertas yang digunakan tidak lagi berfungsi kerana masyarakat kita sedang menuju kepada masyarakat tanpa kertas. Ada kemungkinan masyarakat kita menjadi semakin digital. Di pejabat, sudah ada rangkaian komputer yang digunakan kerajaan dalam usaha memaklumatkan seluruh sektor kerajaan. Jelaslah kerajaan sedang menuju ke arah kerajaan elektronik. Dalam dunia korporat demikian juga. Hal yang terjadi ialah revolusi yang cukup drastik dalam semua aspek dunia korporat, misalnya dunia pengurusan yang memasuki ruang korporat digital dan maya (virtual). Dalam bidang pemasaran, kita sudah membicarakan malah mungkin menerapkan siber pemasaran dan mulai difikirkan mengenai adanya jenayah siber yang memungkinkan digubal undang-undang siber. Dunia elektronik di tanah air kita sudah mulai dimasuki konsep logik fuzi (fuzzy logic). Begitulah hampir semua aspek kehidupan mulai diterkam oleh teknologi maklumat. Pendek kata, berbekalkan teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya, kita sedang memasuki ruang kehidupan yang dinamakan ruang kehidupan maya (virtual life).

35

MELAYU BARU MELAYU LAMA Kehadiran ruang kehidupan maya berkat munculnya teknologi maklumat mempunyai kesan terhadap pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu. Tegasnya bahasa Melayu diterjah oleh kehadiran teknologi maklumat secara drastik. Kesannya dapat dilihat terhadap beberapa aspek pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu. Pembinaan korpus bahasa Melayu harus menjadi bahagian malah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat mutakhir. Dengan teknologi maklumat, bahasa Melayu tidak lagi boleh dilihat secara konvensional. Tegasnya IT mencabar kita melihat bahasa Melayu dalam konteks lebih proaktif dan inovatif. Pengembangan istilah bahasa Melayu sekali gus bergerak sejajar dengan epistemologi pengembangan teori dan pengembangan bahasa Melayu. Lebih penting bahasa Melayu mulai terdedah kepada dunia proses pengantarabangsaan supaya mencapai tahap bahasa antarabangsa. Penubuhan Majlis Antarabangsa Pengembangan Bahasa Melayu (MAPBM) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini cukup signifikan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu ke tahap bahasa antarabangsa. MAPBM akan dikendalikan oleh sebuah sekretariat tetap di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pengerusi tetapnya iaitu A. Aziz Deraman yang juga Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. MAPBM akan memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat mutakhir untuk mendedahkannya ke arena antarabangsa. Pada pihak lain, DBP cukup terpanggil dengan perkembangan teknologi maklumat dalam erti kata bahawa DBP sudah ada lamannya (homepej) tersendiri yang membawa DBP berada di Internet. Usaha pengkomputeran, kehadiran halaman DBP dan Internet terhasil berkat kerjasama Jabatan Bahasa, Bahagian Komputer dan Pusat Dokumentasi Melayu. Penyediaan halaman DBP bertujuan: • • • Memperkenal organisasi DBP, kegiatan serta peranannya kepada masyarakat setempat, serantau dan antarabangsa. Menyebar luas maklumat kebahasaan dan sastera Melayu. Mempromosi penerbitan DBP, menggalakkan pembacaan di

36

MELAYU BARU MELAYU LAMA kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan masyarakat penutur dan pengkaji bahasa dan budaya Melayu amnya. • • Menyediakan perkhidmatan PDM dalam talian untuk keahlian dan untuk mengakses koleksi PDM. Menyebarkan maklumat kegiatan penyelidikan dalam bidang bahasa dan sastera Melayu. Saluran Internet bukan saja dapat memperkenalkan DBP ke peringkat antarabangsa malah menjadi alternatif kepada pemasaran penerbitan untuk maju data pasaran yang lebih luas. Pengumuman judul buku yang akan terbit mengikut bidang dan judul buku semasa, judul majalah terbitan DBP, fokus artikel majalah yang akan terbit dan senarai pengedar adalah sebahagian promosi penerbitan DBP. Pertanyaan mengenai penerbitan dan pesanan serta Rakan Dewan-MBF yang menawarkan kemudahan diskaun buku dan majalah terbitan DBP di samping memberi peluang kepada ahlinya menyertai kegiatan semasa anjuran DBP turut diperkenalkan. Pusat Dokumentasi Melayu sebagai perpustakaan yang mempunyai koleksi khusus dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu berusaha memperluas penyebaran dan perkhidmatan maklumat melalui Halaman DBP. Antara maklumat yang disediakan ialah kemudahan perkhidmatan untuk pengguna, pendaftaran keahlian dan kemudahan mengakses pangkalan data bibliografi, indeks dan direktori melalui Katalog Awam Dalam Talian (KADT). Pengguna boleh membuat pilihan untuk mendapatkan maklumat mengenai: • • • • • • Katalog monograf dan audio visual. Indeks akhbar dan majalah. Penerbitan karya. Biodata. Persatuan (Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembinaan antara muka cerian yang menghubung Halaman DBP dengan sistem komputer PDM menggunakan perisian BRSSLOIS yang sedang dilaksanakan untuk membolehkan pengguna mengaksesnya secara telus.

37

MELAYU BARU MELAYU LAMA Potensi Internet memberi peluang kepada PDM memperkenalkan pembekalan dokumen elektronik melalui rangkaian jarak jauh pada masa akan datang. Ia merangkumi teks penuh artikel majalah terbitan DBP dan laporan penyelidikan. Perkhidmatan pembekalan dokumen akan dapat membantu PDM memenuhi keperluan pelanggan untuk mendapatkan bahan dengan cepat dan penyebaran dokumen yang cekap dan berkesan. Sumbangan halaman DBP turut menambah statistik pembekalan maklumat Malaysia kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Hal ini bermakna lebih banyak produk baru yang dapat memberi nilai ekonomi kepada bahasa Melayu di samping mewujudkan produk premium yang mampu menjana pendapatan organisasi. Pada pihak lain DBP menghasilkan alat teknologi penyemak ejaan dan tesaurus yang dinamakan Dewan Eja. Dewan Eja adalah perisian yang dapat membantu pengguna komputer menyemak ejaan atau mencari perkataan sinonim. Dewan Eja dapat mengesan kesilapan ejaan yang dalam surat, esei, laporan dan sebagainya dan mencadangkan perkataan yang betul. Dewan Eja menggunakan dua sumber utama yang berwibawa iaitu Kamus Dewan dan Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Kedua-dua buku itu diterbitkan oleh DBP. Perisian hasil gabungan teknologi dan budaya itu mempunyai keistimewaan khas kerana ia dapat berinteraksi dengan beberapa pemproses perkataan yang lain digunakan iaitu Microsoft, Word, Corel, WordPerfect mahupun Lotus Ami Pro.

Pendidikan Melayu Baru
Mengimbau sejarah pendidikan seabad yang lalu, kita tidak dapat lari untuk membuat kesimpulan bahawa tidak ada elemen lain yang lebih layak yang boleh bertanggungjawab untuk memacu perkembangan negara sehingga menjadi seperti apa yang kita nikmati sekarang. Pendidikan bertanggungjawab menyatupadukan tiga rumpun bangsa di negara ini yang ketika awal penubuhan Malaysia, seolah-olah mahu membawa haluan masing-masing. Bangsa Melayu ketika itu tebal dengan sifat prejudisnya yang begitu takut pendidikan akan menyebabkan anak-anak mereka berfikiran sekular. Menarik juga jika dilihat pemikiran masyarakat Melayu terhadap pendidikan terutamanya terhadap anak-anak perempuan mereka, seperti mana yang dinyatakan dalam laporan tahunan seorang pegawai British, F.J. Morten pada 1935 iaitu : 38

MELAYU BARU MELAYU LAMA Ibu bapa Melayu menganggap bahawa pengetahuan menulis dan membaca itu akan menggalakkan penulisan surat cinta dan berlaku percintaan rahsia...,". Malah, bangsa Melayu ketika itu juga menolak pendidikan yang cuba diberikan oleh penjajah kerana cemburukan kehilangan tenaga perkhidmatan anak-anak mereka di rumah. Elemen pendidikan bagi masyarakat Melayu ketika itu lebih tertumpu kepada mendalamkan ilmu agama di sekolahsekolah pondok dan sekolah agama Madrasah. Bagaimanapun, masyarakat Cina menampakkan minat yang lebih tinggi terhadap pendidikan. Kedatangan mereka secara beramai-ramai pada pertengahan abad ke 19 hinggalah menjelang 1940 memberikan minat kepada bangsa ini melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuan-persatuan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular Cina. Langkah ini adalah bagi memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka di negara ini. Justeru, kurikulum sekolah-sekolah Cina ini adalah berkiblatkan Tanah Besar Cina. Malah buku teks dan guru-guru juga didatangkan dari negara China. Murid-murid sekolah Cina diajar bahan-bahan klasik secara hafalan, mengira dengan sempoa dan tulisan Cina. Bagi masyarakat Tamil pula, kemasukan buruh-buruh India secara beramai-ramai di antara pertengahan abad ke 19 hingga Perang Dunia Kedua di ladang-ladang kopi, gula, kelapa dan getah telah menyebabkan kewujudan sekolah-sekolah Tamil di kawasan ini. Malangnya, bilangan murid-murid di sekolah Tamil amatlah rendah kerana kekurangan infrastruktur, sikap tidak mementingkan pelajaran di kalangan masyarakat India ketika itu dan kesan tarikan sekolah Inggeris di bandar-bandar. Bangsa Inggeris sebagai penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan sekolah Inggeris yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kurikulum sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan untuk peperiksaan 'Cambridge Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak melibatkan campur tangan penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan penyatuan di antara kaum di negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam bidang pendidikan. Dasar ini telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan penjajah. Lima sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina, Vernakular Cina, Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah. (Vernakular bermaksud bahasa pengantar bahasa ibunda). 39

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Perubahan
Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksana kini. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam dasar pendidikannya telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh pemilik ladang kopi dan getah. Apa yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah sememangnya tidak mempunyai objektif dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya adalah sekadar memenuhi tuntutan dan desakan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk kepentingan peribadi kaum yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan bersama. Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan benihbenih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun. Selama tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera turut memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu. Kesan paling ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot sekali. Memandangkan kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan semasa serangan Jepun, kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat digunakan untuk tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan Jepun juga menyebabkan tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar berpandukan kurikulum lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun. Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan

40

MELAYU BARU MELAYU LAMA sikap kaum pendatang di Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri mustahaknya pendidikan moden dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial mereka. Ini menjadikan orang Melayu mula meminta kerajaan Inggeris membaiki keadaan pendidikan di sekolah Melayu dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu. Keadaan ini mendorong kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan untuk menyemak dan membaiki keadaan pendidikan untuk orang Melayu. Laporan Barnes kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji masalah pendidikan Cina. Laporan-laporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha untuk menukarkan sistem pelajaran penjajah kepada sistem pelajaran kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Laporan Razak yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi menghasilkan sebuah dasar pendidikan yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan laporan ini seterusnya menjadi tulang belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga kini. Cadangan Laporan Razak ini dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata Rahman Talib, 1960 boleh disifatkan sebagai pelaksana penyata Razak. Antara pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan dalam sebuah sistem pendidikan negara yang merdeka ialah peperiksaan penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Malaysian Certificate of Education (MCE), 'Higher School Certificate (HSC). Sejak merdeka sehingga tahun 1960, corak dan struktur sistem pendidikan di Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan Sarawak pula, corak dan struktur sistem pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955) sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur pendidikan di Semenanjung mengalami perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib (1960) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur dasar besar dalam laporan Rahman Talib yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan sejagat percuma untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur berhenti dinaikkan dari umur murid 12 tahun kepada umur murid 15 tahun.

41

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun 1960an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya dalam bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967 ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa ikhtisas yang perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut Teknologi Mara (ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar (1969), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan di negara ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara. Tumpuan khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan bagi membina sebuah masyarakat yang bersatu padu. Satu perubahan penting dalam pendidikan era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran dikemukakan pada November 1979. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mendapat berbagai-bagai kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang tahun. Hasilnya, jawatankuasa memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di peringkat menengah dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dimulakan. Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80 menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pertambahan universiti ini adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan sekolah menengah aliran Melayu yang lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan cara amalan kuota pelajar bumiputera. Pada tahun 1980-an pula, dua buah universiti lagi ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) (1984).

42

MELAYU BARU MELAYU LAMA Perkembangan rancak pendidikan dalam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990) bolehlah dianggap sebagai zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Tahun 1990 pula menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan pelbagai anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan keperluan semasa. Kurikulum futuristik yang diperkenalkan pada tahun 1996 umpamanya diperkenalkan di peringkat sekolah bagi mewujudkan satu matlamat pendidikan yang tidak semata-mata berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, kurikulum futuristik ini akan memasukkan unsurunsur kreatif, pemikiran literal, rasional dan kreatif dalam peperiksaan. Kurikulum ini akan berorientasikan pelajar dan bukan lagi guru. Konsep futuristik ini juga telah menggerakkan penubuhan konsep Sekolah Bestari yang bermula secara rasmi pada tahun ini. Sekolah Bestari merupakan persediaan negara ke arah pendidikan alaf baru yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat (IT). Konsep pendidikan terbuka juga menjadi antara asas pendidikan era 90-an. Pendidikan terbuka menitikberatkan pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasan bersuara di kalangan pelajar. Konsep pendidikan terbuka ini juga membawa bersamanya penjanaan dan pembudayaan ilmu tulen dan juga prinsip ilmu merentasi disiplin. Konsep pendidikan terbuka ini menyaksikan pendidikan tinggi di universiti-universiti awam mengamalkan sistem pendidikan terbuka ini dengan membenarkan pelajarnya mengambil subjek-subjek di luar disiplin pengajiannya. Lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara ini semakin ketara dengan kelulusan lima akta baru pada 1995 dan 1996. Akta-akta tersebut ialah Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Akta Universiti dan Kolej Universiti (1995), Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara. Lulusnya akta ini terutamanya Akta Pendidikan Tinggi dan AUKU juga membawa satu dimensi baru kepada era pengurusan dan pentadbiran universiti awam di negara ini. Buat pertama kalinya bermula 1996, semua pengurusan universiti awam termasuk Institut Teknologi Mara (ITM) dikorporatkan. Sementara itu, Akta IPTS dan juga LAN serta sokongan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi kecemerlangan pendidikan di rantau ini membuka lembaran baru dalam pendidikan tinggi. 43

MELAYU BARU MELAYU LAMA Pintu pendidikan kini semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di negara ini, tetapi juga kepada rakyat asing. Penubuhan lebih 500 IPTS dan juga tujuh universiti swasta di negara ini serta penubuhan universiti-universiti cawangan di negara ini secara terus menjadikan negara ini pilihan pelajar daripada luar negara terutamanya daripada negaranegara Asia untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini. Pendidikan negara seabad yang lalu iaitu daripada sebuah sistem pendidikan yang hanya berasaskan kepentingan kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang mampu membawa negara dan juga bangsanya ke arena global.

Ekonomi Melayu Baru
Sistem Residen yang diperkenalkan oleh penjajah British di negeri-negeri melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan permulaan perubahan dari segi politik, malah juga melibatkan bidang ekonomi dan sosial. Langkah tersebut berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat perebutan kuasa dalam kalangan pembesar melayu dan pergaduhan antara kongsi gelap. Perubahan tersebut telah mewujudkan satu suasana yang membolehkan ekonomi tanah melayu berkembang dengan pesat dan seterusnya memberi peluang kepada British untuk mengubah ekonomi Tanah Melayu daripada kegiatan pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi yang bercorak komersial secara beransur-ansur. Selain mendapat modal tempatan daripada golongan saudagar di Negeri-negeri Selat, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi yang sedang berkembang seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport. Perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa seperti keperluan memperoleh bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat, pengggunaan kapal wap yang mengurangkan masa pelayaran serta pembukaan terusan suez yang memendekkan jarak dan masa pelayaran turut mempengaruhi perubahan ekonomi di Tanah Melayu. Kedudukan negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah menarik minat kuasa Barat, khususnya pihak British untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri melayu. Usaha ini diperkukuhkan oleh kesediaan sultan atau raja dan para pembesar untuk membina pengaruh dan teknologi dari luar. Perkembangan ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah serta penemuan beberapa sumber galian yang lain seperti emas, arang batu, bauksit dan bijih besi. Pada masa yang sama, berlaku kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran, terutama dari China dan India untuk bekerja dalam sektor perlombongan dan perladangan. 44

MELAYU BARU MELAYU LAMA Walaupun ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat, namun penjajah British terus membiarkan orang melayu kekal dalam kegiatan pertanian bercorak tradisional tanpa diberi peluang untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi moden seperti sektor perlombongan dan perladangan. Penjajah British lebih mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi dapat bergerak dengan cekap dan teratur. Mereka merasakan struktur masyarakat melayu yang sedia ada tidak perlu diganggu. Akibat dasar ini, orang melayu terus terpisah daripada arus kepesatan ekonomi yang sedang berlaku. Dasar ’pecah dan perintah’ penjajah ini telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara ketiga-tiga kaum yang utama. Sebahagian besar orang melayu kekal dengan kegiatan ekonomi di luar bandar sebagai petani dan nelayan. Orang cina yang tertumpu di kawasan bandar menjadi peniaga dan pelombong, manakala orang India yang menetap di ladang getah bekerja sebagai penoreh getah. Melalui dasar ini, kaum bukan melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi moden. Keadaan ekonomi moden berkembang pesat di kawasan bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan dan pada masa yang sama, ekonomi tradisional dan sara diri turut berkembang pesat di kawasan luar bandar.

Sistem Perbankan dan Insurans Islam
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengembangkan sistem ekonomi Islam melalui institusi-institusi kewangan Islam dengan fungsi dan peranan tersendiri. Institusi-institusi kewangan Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad telah diperkenalkan. Sistem perbankan Islam boleh didefinisikan sebagai satu sistem perbankan yang menjalankan operasi berlandaskan hukum syarak. Penubuhan sistem perbankan ini telah menunjukkan bahawa melayu baru sekarang telah maju dan penerapan Islam dalam bidang ekonomi telah meningkat.

Nilai-nilai Melayu baru
Masyarakat Melayu di seluruh dunia Melayu sudah semakin terdedah dan dirempuh oleh nilai-nilai hidup dari luar merata dunia. Tanpa kekuatan minda dan ilmu yang kental serta sistem nilai diri yang utuh, rempuhan nilai-nilai pelbagai arah yang saling bercanggah ini menyebabkan kita mengalami krisis kekeliruan nilai. Generasi muda Melayu memerlukan panduan dan pemupukan nilai yang lebih jelas Membina Minda dan Budaya Melayu Baru dan teratur, sama ada dari institusi keluarga, sekolah atau pertubuhan sosial yang lain. Lantas, inilah salah satu punca rentetan masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sistem nilai dan penilaian kita perlu dibetulkan. 45

MELAYU BARU MELAYU LAMA Selain penekanan pada nilai ilmu, perlu juga kita mengenal pasti nilai-nilai murni Melayu yang progresif untuk pembinaan budaya seterusnya. Jika diteliti, nilai-nilai Melayu memang banyak yang baik dan murni. Namun, pemilihan dan huraian yang positif perlu dilakukan terhadap sistem nilai yang telah diwarisi ini untuk dinilai semula dan disesuaikan dengan keperluan hidup kini dan pada masa depan. Misalnya, nilai menuntut ilmu, nilai tanggungjawab, berusaha gigih, nilai merantau ke alam baru, nilai kebenaran, nilai keluarga, nilai gotong royong dan lain-lain. Langkah seterusnya, ialah suatu program penyemaian dan penyaluran nilai yang lebih terarah dan teratur serta mekanisme untuk memantau dan memastikan pendidikan nilai ini dapat dilaksanakan dan dicapai dengan berkesan. Apa dapat dilihat daripada nilai yang dimiliki oleh melayu baru tidak banyak mengalami perubahan kerana unsur-unsur nilai melayu lama masih dapat dikekalkan.

PENDAPAT PENULIS TERHADAP PERUBAHAN YANG BERLAKU DI ANTARA MELAYU LAMA MELAYU BARU
Pada pandangan kami, perubahan yang berlaku antara Melayu lama kepada Melayu baru menunjukkan satu perubahan yang baik. Perubahan-perubahan yang berlaku ialah perubahan dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan agama dan kepercayaan. Perubahan yang paling ketara yang dapat kita lihat di sini ialah perubahan dari segi ekonomi. Kita boleh lihat ekonomi Melayu lama dahulu hanya bergantung kepada kegiatan pertanian semata-mata. Masyarakat Melayu lam juga hanya menggunakan sistem ekonomi sara diri. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi ini hanya untuk keperluan diri mereka dan keluarga. Berbeza dengan ekonomi masyarakat Melayu baru yang berkembang pesat seperti kegiatan perlombongan dan perladangan. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk dieksport. Akibat daripada perkembangan inilah, pendapatan masyarakat Melayu baru telah meningkat dan ini menunjukkan taraf hidup masyarakat Melayu turut meningkat. Perubahan yang berlaku dalam ekonomi masyarakat Melayu telah memberi satu perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Melayu sekarang.

Selain itu, perubahan dalam sistem politik pula juga menunjukkan satu perubahan yang baik. Sistem politik Melayu lama dahulu bermula daripada organisasi-organisasi desa, 46

MELAYU BARU MELAYU LAMA suku-suku yang kecil kemudian berkembang menjadi sebuah negara iaitu melalui penaklukkan. Struktur organisasi politik Melayu lama juga bermula dari desa dan kampong, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Di samping itu, unit politik Melayu lama bercorak sebuah negara kota yang kebanyakkan terletak di pesisir pantai di seluruh kepulauan Melayu. Sistem politik Melayu lama juga telah dipengaruhi oleh pengaruh hindu. Pada masa itu, ketua negara dipanggil raja. Dalam sistem politik, pengaruh hindu ini, raja dianggap sebagai berdarah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan dengan agama Islam. pada zaman Melayu baru, sistem politik ini telah berubah. Akibat daripada penjajahan, penjajah telah membawa unsur demokrasi dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta pilihan raya persekutuan pada 1955. Di samping itu, Dewan Perundangan secara moden juga telah diperkenalkan oleh pihak British di samping proses dan pentadbirannya. Namun begitu, kesetiaan kepada autoriti tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan amalan politik moden. Itulah apa yang dapat kita lihat, perubahan dari segi politik Melayu lama kepada Melayu baru. Perubahan ini telah membawa kepada keamanan negara serta perpaduan kaum dan tiada perbalahan serta perpecahan kaum sepertimana yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969. Perubahan dari segi pendidikan pula, apa yang dapat kita lihat pada zaman Melayu lama, orang Melayu hanya mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka semdiri yang bercorak informal dan formal. Sistem pendidikan dahulu telah dipengaruhi oleh agama hindu iaitu bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keratin kerana golongan bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa. Kebijaksanaan yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai ilmu kemerdekaan. Dalam kebudayaan hindu, langsung tidak membicarakan kehidupan rakyat jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan bangsawan yang didakwa sebagai golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan dewa-dewa dari alam kayangan. Pada zaman Islam, sistem pendidikan bercorak formal telah berkembang dengan pesatnya pada zaman ini dalam kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem

47

MELAYU BARU MELAYU LAMA pendidikan ini lebih bercorak keagamaan seperti pengajian di rumah khusus untuk mempelajari al-quran, institusi pendidikan di masjid dan surau. Berbeza dengan pendidikan Melayu baru kerana sistem pendidikan pada zaman ini telah berkembang tanpa banyak melibatkan campur tangan penjajah. Pada zaman Melayu juga, konsep pendidikan terbuka telah menjadi asas kepada pendidikan era 90-an. Pendidikan terbuka menitikberatkan pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasab bersuara dalam kalangan pelajar. Selain itu, lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara ini semakin ketara. Pintu pendidikan kini, semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di negara ini tetapi juga kepada rakyat asing. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pendidikan Melayu lama dahulu ialah sebuah sistem pendidika yang hanya berasaskan kepentingan kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang mampu membawa negara dan juga bangsanya ke arena global. Perubahan dalam aspek kepercayaan dan agama juga telah menunjukkan perubahan yang ketara. Pada zaman Melayu lama, masyarakat Melayu dahulu mempercayai kepada kepercayaan animisme kerana pada masa itu, Islam belum datang ke Tanah Melayu. Masyarakat Melayu terdahulu sangat taksub dan percaya dengan benda-benda karut serta benda-benda yang ada di sekeliling mereka. Pada zaman Melayu baru pula, pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembangan Persekutuan. Hampir semua masyarakat Melayu kini telah menganuti agama Islam. memang tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sekarang masih mempercayai alam sekeliling tetapi hanya ada sesetengah sahaja yang masih mempercayai perkara-perkara karut tersebut. Hal ini kerana, telah banyak penerapan Islam yang telah diberikan dalam pelbagai aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam Hadhari. Perubahan dalam kepercayaan dan agama telah membawa satu perubahan terhadap kehidupan bangsa Melayu kini dan pada masa ini, knsep Islam yang baru telah dapat dibentuk iaitu Islam Hadhari. Ini telah menunjukkan satu kemajuan dalam pembangunan Isalm di negara kita.

Kesimpulannya, perubahan-perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, politik, pendidikan dan agama dan kepercayaan ini telah membawa kepada satu masyarakat Melayu

48

MELAYU BARU MELAYU LAMA yang ada masa depan serta terus maju ke hadapan. Jika perubahan ini tidak berlaku, masyarakat Melayu akan terus digelar sebagai Melayu mundur dan lemah. Akibat perubahan inilah, masyarakat Melayu telah mencapai kejayaan terutamanya kejayaan dalam bidang ekonomi kerana banyak bidang dan teknologi yang telah diterokai oleh masyarakat Melayu sekarang. Oleh hal yang demikian, melayu kini tidak lagi digelar sebagai Melayu mundur kerana Melayu sekarang telah mencapai kemajuan serta dapat meningkatkan taraf hidup mereka secara perlahan-lahan. Maka, jelaslah di sini bahawa perubahan-perubahan yang berlaku telah membawa kepada kemajuan masyarakat Melayu itu sendiri seterusnya pembangunan negara juga turut meningkat.

BAB 4
49

MELAYU BARU MELAYU LAMA

TOKOH-TOKOH MELAYU
TOKOH-TOKOH MELAYU LAMA
i) ii) iii) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (PendetaZa’ba) Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

TOKOH-TOKOH MELAYU BARU
i) ii)
iii)

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad Datuk Sri Anwar bin Datuk Ibrahim Dato' Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Biodata tokoh melayu lama
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1955, dan menjadi Perdana Menteri yang pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu pencapaiannya yang teragung. Biasanya, beliau dikenali sebagai “Tunku” dan juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.

50

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan pada tanggal 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Star, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara ialah anak perempuan seorang pegawai daerah Thailand.

Pendidikan dan Kerjaya
Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah melayu di Jalan Baharu, Alor Setar, Kedah. Beliau biasa berbahasa siam di rumah, belajar bahasa melayu di sekolah dan seorang guru akan datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa inggeris. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di Penang Free School dan ketika berumur 16 tahun beliau mendapat Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama yang menerima pendidikan di United Kingdom di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Pada mulanya, beliau mengambil jurusan undang-undang tetapi kemudiannya bertukar kepada jurusan sastera (sejarah) dan memperoleh ijazah pada pada tahun 1925. Selapas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British pada sewaktu itu. Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani disamping bertindak sebagai Hakim Daerah dan Pengurusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama beliau. Pada tahun 1938, beliau melanjutkan semula pelajarannya di England dalam jurusan undang-undang dan kembali pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. sekembalinya, beliau dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah pada tahun 1940. Beliau menyambung semula pengajiannya di Inner Temple pada tahun 1947 dan sewaktu tempoh itu beliau dipilih sebagai presiden untuk

51

MELAYU BARU MELAYU LAMA Persatuan Pelajar Melayu Britain. Semasa itu juga, beliau telah menyertai Persatuan Pelajar India Islam yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Beliau akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Keluarga
Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan Mariam iaitu seorang wanita kacukan cina-siam yang merupakan anak tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah dan isterinya meninggal dunia pada tahun 1934. Selepas kematian Mariam, beliau berkahwin dengan Violet Coulson iaitu bekas tuan rumahnya di England. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kepten Francis Light yang merupakan seorang inggeris. Selepas itu, beliau dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah dan beliau kemudiannya berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana Sharifah Rodziah berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Beliau juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya Politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, beliau ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta berpindah ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat dalam kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan beliau menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan beliau dilantik sebagai presiden yang baru serta memegang jawatan itu selama 20 tahun.

52

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Laluan ke Kemerdekaan
Pada tahun 1954, beliau mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, beliau membuat satu lagi perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, beliau mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar beliau dengan tangan yang diangkat naik dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan.

Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, beliau mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian beliau yang teragung. Beliau merupakan orang yang pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai

53

MELAYU BARU MELAYU LAMA gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini membangkitkan kemarahan beliau yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, beliau mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parlimen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak menunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Pada tahun 1961, beliau menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang mengumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina. Kumpulan ini kemudian digantikan dengan kumpulan yang lebih besar iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967. Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh beliau dan MAGERAN sebuah jawatan kuasa darurat mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kemudian beliau meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentangpenentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudiannya masingmasing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, beliau mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM) iaitu sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

54

MELAYU BARU MELAYU LAMA Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan beliau sewaktu beliau mengadakan pertandingan peringkat negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Beliau juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Kehidupan Terkemudian
Pada 1977, beliau menjadi pengerusi sebuah syarikat surat khabar iaitu The Star iaitu akhbar yang memaparkan ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan. Pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu dan ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO. Beliau dan bekas Perdana Menteri yang ketiga Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia" tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. beliau kemudiannya menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990 tetapi pada waktu itu kesihatannya telah merosot. Dalam tahun-tahun terakhirnya, beliau tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 tahun dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.

55

MELAYU BARU MELAYU LAMA Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.

Biodata dan keluarga
Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau telah berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1917 tetapi hubungan mereka tidak kekal lama. Mereka talah dikurniakan seorang anak perempuan. Selepas itu, beliau telah berkahwin dengan isteri keduanya yang bernama Fatimah binti Umar. Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika beliau berusia 78 tahun.

Pendidikan
Semasa beliau berumur tujuh tahun, beliau telah khatam Al-Quran, menghafal Surah Yassin dan menyertai aktiviti berzanji. Beliau memulakan alam persekolahnya ketika berusia 12 tahun iaitu di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada tahun 1915, beliau berjaya tamat (Senior Cambridge) dan menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun. Ketika berumur 59 tahun, beliau menduduki peperiksaan akhir kursus luar di Universiti Of London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower). Pada tahun 1973, beliau mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia

56

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kerjaya
Beliau mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan beliau adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Beliau juga tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, beliau kekal bergiat aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Beliau meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keagamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932. Pada tahun 1947, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti of London. Beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun. Perkhidmatan beliau masih diperlukan dan pada tahun 1953 dan beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Ketika itu, beliau bersama-sama dengan Ungku Aziz mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Politik
Beliau turut aktif dalam khidmat kemasyarakatan. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937 dan pada tahun 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan.

57

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sumbangan
Beliau dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era Jepun, belaiu diberi tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

Anugerah
Pada tahun 1956, beliau menerima gelaran Pendeta sacara rasmi dalam bentuk songkok dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang beliau curahkan dalam hasil kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan bahasa Malayu diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah, beliau pernah menolak bintang penghormatan Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Dato' dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri").

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan juga seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

58

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Biodata dan Keluarga
Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922 dan merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Laftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah binti Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Azah binti Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudiannya menyambung pengajiannya di Raffles College. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada tahun 1951. Pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda Universiti, Tokyo.

Perkhidmatan
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951, kemudian menjawat jawatan sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura dari tahun 1952 hingga 1961. Pada tahun 1961 hingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. kemudiannya, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut iaitu kira-kira 20 tahun.

Anugerah
Pada tanggal 17 Jun 1978, beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja. Beliau juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada tahun 1971. Pada tahun 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kini, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi Kolej Cosmopoint. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama bagi Anugerah Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei 2005.

59

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sumbangan
Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Biodata tokoh melayu baru
Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia ke-empat. Beliau juga digelar Dr. M. ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menjuruterakan modenasasi yang pantas sekali dan menyebabkan kemakmuran dalam semua lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaiannya yang utama ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang melayu. Walaubagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan bersifat kronisma. Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berterus terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur yang gagah dengan nilai-nilai Asiakapitalisma autokratik. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sbuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada tahun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara. 60

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Biodata dan Keluarga
Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Bapa beliau bernama Encik Mohamad bin Iskandar dan ibunya bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau mempunyai sembilan adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Empat dari mereka adalah saudara sebapanya iaitu hasil perkahwinan Mohamad bin Iskandar dengan isteri yang pertama. Beliau telah berkahwin dengan Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos 1956. Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah. Beliau menyambung pelajarannya di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya di Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Star, Jitra, Langkawi dan Perlis dari tahun 1954 hingga 1957. Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan membuka kliniknya sendiri iaitu Maha Clinic di Alor Star, Kedah.

Kerjaya politik
Beliau telah bergiat aktif dalam politik sejak tahun 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah terhadap golongan yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum tahun 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. 61

MELAYU BARU MELAYU LAMA Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff bin Rawa dengan 989 undi sahaja. Selepas beliau mengumumkan behawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, beliau dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969 selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan pada 26 September pada tahun itu beliau juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Semasa di luar parti, beliau mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas beliau menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, beliau masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu dalam Pilihan Raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada tahun 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn. Pada masa itu, Datuk Hussein Onn melantik beliau sebagai timbalannya danl masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya serta tidak lama selepas itu beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan beliau sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan lapan hari selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, beliau bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

62

MELAYU BARU MELAYU LAMA Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia antara tahun 1994 sehingga 1998. Beliau juga adalah bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau merupakan bekas aktivis dalam pergerakan pelajar dan belia serta merupakan pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Institut Kajian Dasar. Beliau pernah menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Biodata dan Keluarga
Belaiu dilahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia manakala ibunya Che Yan binti Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO dan ibunya sentiasa membawa beliau ke majlis-majlis ceramah wanita. Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Dr Wan Azizah binti Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, England. Isteri beliau bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata yang terdiri daripada 5 orang puteri dan seorang putera.

Pendidikan
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Kemudiannya beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 .

63

MELAYU BARU MELAYU LAMA Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, beliau mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad . Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera ).

Zaman belia
Pada tahun 1968, beliau dilantik menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melau dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1969, beliau berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain. Pada tahun 1971, beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama–sama dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu serta dilantik menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Pada tahun 1973, beliau menjadi penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Pakistan iaitu Zia Ul Haq pada tahun 1979 dan beliau menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan kemudiannya dari Sultan Selangor.

Penglibatan dengan politik UMNO
Beliau menceburi dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar dan kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun yang sama beliau menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin iaitu penyandang untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987, beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993, beliau menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 64

MELAYU BARU MELAYU LAMA Malaysia. Beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Oleh kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University. Pada 29 Mac 1982, beliau bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa beliau berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur. Dalam Pilihan raya umum 1982, beliau mendapat 18,849 undi di parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini (1978) calon PAS memenangi kawasan tersebut. Kemasukan beliau telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid , Abdullah Ahmad Badawi dan lainlain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh beliau sendiri. Pada tahun 1984, perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO . beliau mendapat 226 undi dan Suhaimi Kamaruddin dapat 137 dengan membawa slogannya iaitu 'Pemuda Penggerak Zaman'. Pada dua tahun berikutnya iaitu tahun 1986, beliau menewaskan Syed Hamid Jaafar Albar. Beliau mendapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi. Pada 24 April 1987 pula beliau menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad. Pada tahun 1990, beliau mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak iaitu 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi. Beliau sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba pada tahun 1993 yang membawa isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej beliau tercalar. Kemasukan beliau dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu. Beliau adalah bukti UMNO sebuah parti Islam dan bukannya parti sekular. Selepas beliau masuk dalam parti ini, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan iaitu Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini, umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam. 65

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Jawatan dalam kerajaan
Pada tahun 1982 hingga 1983, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tahun berikutnya iaitu tahun 1983 hingga 1985 beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 1985 hingga 1986, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan seterusnya pada tahun 1986 hingga 1990 memegang jawatan Menteri Pendidikan. Pada tahun 1990 hingga 1998 beliau menjadi Menteri Kewangan serta dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 dan jawatannya itu berakhir pada tahun 1998.

Penyingkiran
Dr Mahathir Mohamad menyingkir beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1997 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Faktor utama penyingkiran beliau kerana kemaraan beliau tidak dapat dibendung lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak, kemungkinan Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Isu 'Grand Design' diperkatakan di mana-mana dan wawasan Islam dibandingkan dengan Wawasan 2020. Dr Mahathir semakin malap.Peluang terbaik menyingkirkan beliau apabila tersebarnya surat layang 30 halaman di Perhimpunan UMNO dan kemudian terbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri atau Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah.

Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO
Beliau dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas itu, beliau ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah tiga kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah beliau disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan. Beliau kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

66

MELAYU BARU MELAYU LAMA Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet. Keputusan itu bermakna beliau telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut. Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain iaitu tuduhan beliau cuba mempengaruh penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan beliau dan politiknya. Dalam tahun 2004, Mahkamah Persekutuan menerima rayuan beliau terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO iaitu parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri telah dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir dan pada tahun 2003 beliau akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. 67

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Biodata dan keluarga
Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, isteri beliau telah meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang dari 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Pendidikan dan kerjaya
Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang dan kemudiannya beliau memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, beliau berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Kerjaya politik
Pada tahun 1964, beliau menyertai UMNO. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990 serta dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi tahun 2000 hingga tahun 2003. 68

MELAYU BARU MELAYU LAMA Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kumpulan. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab beliau seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam iaitu mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Beliau dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga tahun 1987, beliau pernah menjawat jawatan seperti Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1978 hingga tahun 1980, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1980 hingga tahun 1981, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 1984, Menteri Pelajaran dari tahun 1984 hingga tahun 1986, Menteri Pertahanan dari tahun 1986 hingga tahun 1987 dan Menteri Luar Negeri dari 15 Mac 1991 hingga Januari 1999. Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999 iaitu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, beliau juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri
Sejak menjadi perdana menteri, beliau telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir dan merupakan satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Beliau juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.

69

MELAYU BARU MELAYU LAMA Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung beliau sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampirhampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya. Pada September 2004, sewaktu dibebaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dikurung oleh Dr Mahathir memuji beliau di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya. Pada 10 September 2004, beliau sebagai Menteri Kewangan mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir. Beliau juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis. Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar. Bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, beliau sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari tahun 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

70

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 5
PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH TERHADAP MELAYU
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - (Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia)
Beliau digelar Bapa Malaysia disebabkan oleh peranannya menubuhkan Malaysia dengan menggabungkan sebelas buah negara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan pada satu ketika Singapura. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 sebagai sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Tanah melayu yang merdeka itu juga bukan lagi eksklusif sebuah negara berdaulat yang dihuni oleh bangsa melayu, tetapi uga menjadi negara berbilang bangsa. Malaysia menjadi satu kenyataan politik pada 16 September 1963. Rakyat menyanjung tinggi beliau kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat. Sebelum mencapai kemerdekaan, beliau sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman. Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk merdeka. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti. Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah. 71

MELAYU BARU MELAYU LAMA Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia, atas persetujuan bersama

kepimpinan Malaysia dan Singapura iaitu pada 9 Ogos 1965. Dua negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina membantah projek Malaysia ini. Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai projek imperialisme Barat yang bertujuan untuk menggagalkan cita-cita Presiden Sukarno untuk membina Indonesia Raya yang meliputi Indonesia, Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Filipina pula menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnyayang pada suatu ketika dimiliki oleh Kesultanan Sulu yang kini merupakan wilayah Selatan Filipina. Bagaimanapun, beliau dengan bantuan Inggeris, Australia dan Amerika Syarikat berjaya mengharungi bantahan negara jiran itu dengan jayanya. Akhirnya Jakarta dan Manila mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tunku Abdul Rahman mengambil alih kepimpinan Malaya yang merdeka ketika iklim hubungan antarabangsa ditadbirkan oleh era Perang Dingin antara blok kapitalis di satu pihak oleh blok komunis yang lain. Negara juga berada dalam keadaan darurat yang diisytiharkan oleh inggeris pada 1948. Tanah Melayu hanya diisytiharkan bebas daripada ancaman pemberontakan komunis pada 1960. Malaya seperti aktor antarabangsa yang lain juga diheret dalam perbalahan ideologi kapitalis-komunis itu. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajh oleh Inggeris dan setelah merdeka menjalin hubungan yang baik dengan negara yang pernah menjajah adalah logikal bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengamalkan dasar luar yang pro72

MELAYU BARU MELAYU LAMA Barat dan antikomunis. Tanah Melayu itu sendiri adalah sebuah negara kapitalis. Di dalam negara pula, Kuala Lumpur menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948 untuk mengambil alih pemerintahan negara. Dalam senario itu, untuk menjamin kelangsungan Malaya, maka Tunku Abdul Rahman menjalin hubungan baik dengan London. Melalui Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA), bekas kuasa penjajah itu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Malaysia jika diancam dan siserang oleh kausa luar. Di Asia Tenggara pula, Tunku Abdul Rahman memainkan peranan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dianggotai olehnegara-negara serantau yang bukan komunis. Pada mulanya beliau mencadangkan penubuhan ASA atau Association of South East Asia. Filipina dan Indonesia diundang untuk menyertai ASA. Tetapi projek itu berkubur berikutan pembentukan Malaysia yang dibantah oleh Jakarta dan Manila. Maphilindo kemudian dirancang, tetapi ia juga tidak menjadi kenyataan. Hanya selepas perubahan kepimpinan di Jakarta dan Filipina barulah sebuah persatuan negara-negara Asia Tenggara dapat dilahirkan. Dikenali sebagai ASEAN (Association of South East Asia), selain Malaysia, Indonesia dan Filipina, ia turut dianggotai oleh Singapura dan Thailand. Di peringkat antarabangsa pula, Tunku Abdul Rahman mengambil sikap anti-aparteid dan memainkan peranan penting dalam menghalang kemasukan Afrika Selatan di dalam Commonwealth. Tunku Abdul Rahman juga mendayausahakan penubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Selepas bersara daripada politik, beliau sendiri menjadi Setiausaha Agung OIC pada 1971 yang beribupejabat di Jeddah. Malah sewaktu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pernah mencadangkan agar tiga tempat suci bagi umat islam iaitu Makkah, Madinah dan Baitulmukadis yang diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa Islam antarabangsa. Tetapi jasa Tunku Abdul Rahman dalam membina sebuah Malaysia yang berjaya hari ini tidak akan dapat dipendamkan oleh sesiapa. Beliau adalah pengasas Tanah Melayu yang demokratik. Di bawah kepimpinan beliau juga, wilayah Tanah Melayu dibesarkan untuk meliputi Sabah dan Sarawak. Beliau juga bertanggungjawab membina tapak yang kukuh untuk perkongsian kuasa yang diterima oleh kaum-kaum utama di negara ini.

73

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (PendetaZa’ba)
PEMIKIRAN DAN SIKAP ZA'BA TERHADAP BANGSA MELAYU Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali Za’ba adalah seorang pemikir Melayu dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan pembangunan orang melayu. Usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk mengatasinya. Antaranya ialah orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan British. Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara" yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu adalah relevan iaitu "....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan demikian dan tiada faedahnya..." Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang pemimpin Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa "kegagalan pergerakan orang melayu sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber". Segelintir sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba Golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa terabai.

74

MELAYU BARU MELAYU LAMA Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya disebabkan ilmunya terbatas . dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu, "....i do not like the idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people who were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai, bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan ini telah benar-benar mengesani jiwanya dan Sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri. Za’ba berusaha menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim 1924. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Menurut penulis "setiap orang melayu yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu mengetahui dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau inggeris". Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk Senu iaitu "jika ciriciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan.

75

MELAYU BARU MELAYU LAMA Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan tuduhan demikian. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada siapa dapat menentukan . Za'ba sendiri ada menjelaskan kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917 dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh Islam. Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba telah jelas dan tegas iaitu membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di dalam berbagai lapangan sesuai dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha dalam bentuk apa cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adanya beliau dalam pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu khususnya dalam menyediakan pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting didalam perjuangan untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan Barat. Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran penulis mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi

76

MELAYU BARU MELAYU LAMA sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba menymbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya. Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa "Saya tidak percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus, bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan." Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan Guru-Guru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga 1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu. Sukar membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak dalam cara yang berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British bagaimana pula hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan Jepun dan dalam masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan ini digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang terbaik untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Antara di SITC mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The Malay Scholl Series ) terjemah dokumen penting dan sediakan enakmen untuk pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu Bahasa (1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ).

77

MELAYU BARU MELAYU LAMA Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya 29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Ramai mengakui Za'ba adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba "To me a man's value is only estimated by grandeur of his ideas and his achievement as influencing the thought and destinies of mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself.....". Secara kesimpulannya ialah pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba merupakan idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar serta orang melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat ( 1924 -1950 ), pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih sederhana dan pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea pemikirannya terhadap bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya usahanya dan sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu.

78

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

Tragedi pemikiran Melayu Prof. Diraja Ungku Aziz terlibzt aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat melayu sejak zaman sebelum merdeka lagi. KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar. Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah. Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa? Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu. Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan

79

MELAYU BARU MELAYU LAMA tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul. Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya. Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini. Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang. Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka

80

MELAYU BARU MELAYU LAMA sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit. Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu. Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

81

MELAYU BARU MELAYU LAMA Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan. Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap. Tetapi itulah minda Melayu sekarang. Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Tun Dato’ Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad
Pengasas negara maju Beliau akan dikenang sebagai arkitek pembangunan sebuah Malaysia yang moden dan mampu mengamalkan demokrasi dengan ekonomi yang berjaya. Di bawah beliau juga Malaysia dianggap sebagai negara model dalaman dimana warga melayu dan bukan melayu boleh hidup dengan harmoni. Beliau berjaya menguruskan masalah-masalah mentadbir penduduk pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan dengan baik. Selama dua dekad menerajui negara, beliau telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang moden dalam kalangan dunia membangun. Dalam kalangan negara OIC (Persidangan Negara Islam), Malaysia dianggap sebagai sebuah negara islam contoh. Dalam tempoh itu juga, ekonomi Malaysia yang dari segi tradisi bergantung kepada getah dan bijih timah berjaya ditranformasikan. Sektor perkilangan, industri dan perkhidmatan berjaya dibangunkan untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara bersama dengan sawit, patroleum dan gas. Beliau turut membangunkan sektor industri berat. Pada 1984 beliau

82

MELAYU BARU MELAYU LAMA melancarkan pembuatan kereta nasional, proton dan diikuti dengan perodua. Dasar penswastakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kerajaan juga diperkenalkan secara agresif. Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom adalah antara yang awal diswastakan, diikuti dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain selepas itu. Beliau juga memperkenalkan dasar-dasar yang mesra perniagaan yang menekankan bahawa bisnes perlu mengalami pertumbuhan, nilai perlu ditokok tambah dan daya saing perlu dipertahankan di peringkat antarabangsa.untuk membantu matlamat ini semua, kerajaan membuat pelaburan besar dalam sektor pendidikan iaitu dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bidang pendidikan juga diliberalkan dengan menggalakkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta dan pengenalan program ijazah tinggi kembar dengan universitiuniversiti ternama di luar negara.universiti-universiti tempatan pula diberi rangsangan untuk meningkatkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi. Hasratnya adalah untuk mengeluarkan pekerja berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran. Sebuah Taman Teknologi bernilai berbilion ringgit dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) ditubuhkan. Sebagai persiapan untuk masa depan, beliau membangunkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Sebuah lapangan terbang bertaraf dunia KLIA (Kuala Lumpur International Airport) juga dibina. Infrastruktur bertaraf kelas pertama seperti Lebuh Raya Utara Selatan, kemudahan-kemudahan pelabuhan turut dibangunkan. Rancangan beliau yang terakhir ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada 2020. Tetapi belaiu mahu Malaysia maju dengan acuan sendiri seperti yang digariskan di bawah wawasan 2020. Semilan ciri khas dikenalpasti seperti berikut: maju sebagai sebuah negara yang bersatu padu, memiliki sebuah masyarakat yang bebas, teguh, terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga dengan keadaan-keadaannya, membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral etikanya dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur, membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta, berpandangan jauh ke hari muka, membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

83

MELAYU BARU MELAYU LAMA Beliau juga menyuntik semangat Malaysia Boleh dalam kalangan warganya untuk mencipta pelbagai rekod dunia. Hasilnya, pelayar Azhar Mansor mengelilingi dunia secara solodengan kapal layarnya. Sekumpulan anak muda yang mendaki gunung tertinggi dunia iaitu Gunung Everest, perenang Malek Mydin menjadi anak Malaysia pertama yang menyeberangi Selat Inggeris tanpa henti. Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir pula melakukan ekspidisi solo merentasi Kutub Selatan. Dalam hubungan antarabangsa pula, beliau mengamalkan dasar luar yang proaktif. Beliau menjalinkan hubungan yang akrab dengan negara-negara membangun yang lain melalui Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan OIC. Beliau menjadi jurucakap memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun daripada penindasan negara-negara maju atau dunia pertama. Beliau secara berani dan lantang menelanjangi ketidakadilan, kepura-puraan dan sikap talam dua muka kuasa-kuasa besar yang cakap lain buat lain. Perbuatan tidak bertanggungjawab Amerika menceroboh Iraq dan menggunakan Majlis Keselamatan BangsaBangsa Bersatu dikritik. Beliau adalah antara yang lantang mengesyorkan supaya struktur kuasa badandunia itu disusun semula untuk mencerminkan realiti hari ini supaya ia selari dengan amalan-amalan demokrasi. Sebagai Perdana Menteri, beliaumemulakan tugasnya dengan langkah yang pasti. Beliau mewajibkan pegawai kerajaan memakai tanda nama, mengetip perakam waktu datang dan pulang dari kerja. Beliau kemudiannya menyeragamkan waktu antara semenanjung denga sabah dan sarawak, memperkenalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah. Nilai-nilai islam diterapkan di dalam sektor awam secara sistematik. Secara berani beliau melaksanakan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh pembangunan. Pada waktu yang sama beliau melancarkan dasar memulaukan pembelian barangan British menerusi dasar “buy British last”, walaupun buat seketika.

Dato’ Seri Anwar bin Datuk Ibrahim
Reformasi Pendidikan Reformasi pendidikan ini telah dibuat pada tahun 1989 iaitu semasa datuk sri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan. Dalam merumuskan dan menentukanFalsafah Pendidikan Negara (sekarang FPK) kita, selain mengikat diri kita dengan faktor sejarah dan ketuanan bangsa, bagi menjamin kesinambungan yang harus tekal, maka gagasan dan

84

MELAYU BARU MELAYU LAMA wawasan yang harus kita kembangkan haruslah asli, sesuai dengan iklim, suasana dan persekitaran politik, sosial dan ekonomi setempat. Inilah yang disebut gagasan idea pendorong bagi kita. Dan dalam konteks ini pulalah harus kita lihat reformasi pendidikan negara. Sejak sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan perakuan-perakuan Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961), beberapa perkembangan telah berlaku sehingga telah berlaku sehingga kajian semula perlu dibuat ke atas sistem tersebut dari semasa ke semasa. Dalam tahun 1979, umpamanya, jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran , yang dipengerusikan olah Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad selaku Menteri Pelajaran pada ketika itu, telah membuat beberapa perakuan penting ke arah memperkemas pelaksanaan sistem pendidikan. Sebahagian besar perakuan itu telah dilaksanakan. Pada tahun 1987, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh ke arah menentukan apakah reformasi yang perlu dilaksanakan untuk memperkukuh pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan kita. Kajian semula Akta Pelajaran 1961 itu sedang giat kita lakukan. Kajian semula itu perlu merangkum beberapa isu pokok yang kini menjadi keprihatinan kita bersama. Isu pertama yang beliau kaji pada waktu itu ialah melibatkan penyataan Falsafah Matlamat Pendidikan Negara. Dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, kita perlu pula mencari strategi yang sesuai bagi merealisasikan hasrat falsafah tersebut untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis. Falsafah pendidikan itu juga menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan kita supaya semua program dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam falsafah tersebut. Falsafah Pendidikan Negara kita bukanlah semestinya sesuatu yang baru. Falsafah tersebut harus diikat dan dihubungkan dengan asas kekuatan falsafah yang sedia ada. Falsafah Pendidikan Negara dalam bentuknya yang baru ini berasaskan penyataan matlamat dalam Penyata Razak (1956), yang dikembangkan dalam Penyata Rahman Talib (1960) dan diperluas dalam Penyata Mahathir (1979). Tugas kita ialah merumuskan matlamat dan idea-idea dibelakangnya secara keseluruhan. Rumusan itu harus menggabungkan keperluan sejarah ketuanan bangsa, keperluan semasa itu termasuklah keperluan yang disebut ‘utility’ iaitu keperluan melatih generasi muda dalam bidang 85

MELAYU BARU MELAYU LAMA kemahiran dan ketrampilan untuk memungkinkan anak-anak kita bekerja dan bertugas sebagai tenaga terlatih dan tenaga mahir dalam sistem ekonomi yang pesat berubah dalam masyarakat teknologi dan industri. Isu kedua, sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan. Kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar perlu dimantapkan supaya mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa pengantar yang berkesan di semua peringkat. Di samping itu, penguasaan bahasa inggeris oleh murid-murid perlu diperkukuhkan supaya bahasa itu menjadi bahasa kedua yang berkesan. Kita perlu juga menentukan bahawa murid-murid diberi peluang yang lebih untuk mempelajari bahasa Cina, Arab, Tamil, Perancis, Jepun dan lain-lain. Isu bahasa ini berhubungan pula dengan isu yang ketiga reformasi pendidikan ialah perpaduan. Tidak dapat dinafikan bahawa kita telah mencapai kemajuan dalam usaha untuk memupuk perpaduan negara dan integrasi kaum. Walau bagaimanapun, cara-cara dan strategi baru perlu difikirkan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi ini. Umpamanya, usahausaha memupuk dan meningkatkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran sejarah perlu dipergiatkan lagi. Strategi-strategi lain perlu juga difikirkan bagi mencapai hasrat ini. Asas yang telah dilelapkan sejak tahun 1956 yang menekankan soal penyatuan negara dan perpaduan kaum melalui sistem pendidikan dengan bahasa pengantar utama, akan tetap dipertahankan. Dengan demikian, tidaklah perlu ditimbulkan perbincangan, polemik dan perbahasan yang acapkali terkeluar daripada dasar yang telah ditetapkan itu iaitu sitem pendidikan hendaklah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dengan tujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Soal ini, dengan kata lain, merupakan dasar yang sudah selesai. Apabila kita membicarakan soal reformasi , yang kita maksudkan reformasi yang harus terpisah daripada asas yang sudah diterima tadi. Isu keempat sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah pendidikan ke arah membentuk insan. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bertujuan untuk membina masyarakat yang bertaqwa, berdisiplin dan progresif.namun begitu, strategi pengajaran yang berkesan perlu diadakan supaya nilai-nilai yang hendak diterapkan benar-benar dapat dihayati dan diamalkan. Bagi mengimbangi ciri universal dengan kekuatan induk. Kita mewajibkan mata pelajaran sejarah bagi semua pelajar dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum sejarah harus cukup menyakinkan untuk membina asas pemahaman yang kukuh mengenai negara, sejarah pertubuhannya dan 86

MELAYU BARU MELAYU LAMA rationale penggubalan perlembagaan dan dasar-dasar utama negara. Kita juga menginsafi kenyataan bahawa falsafah murni jika tidak diterjemahkan ke dalam kurikulum secara terperinci, perancangan yang teratur, kaedah latihan guru yang cukup baik dan pengurusan sekolah yang berkesan, akan tinggal sebagai penyataan falsafah sahaja. Oleh itu, yang perlu ditekankan juga ialah penyediaan beberapa strategi pada peringkat pelaksanaan. Isu kelima ialah berhubung dengan reformasi pendidikan ialah pendemokrasian pendidikan daripada segi peluang dan mutu di semua peringkat pendidikan. Ini memerlukan pengagihan peruntukan secara adil dengan memberikan tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di semenanjung, kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta kawasan-kawasan yang sesak dan miskin di bandar-bandar. Apabila disebut ‘pendemokrasian pendidikan’ maksudnya bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah ‘democratization of access to quality education’ atau “peluang mendapat pendidikan bermutu”. Daripada segi kemudahan dan prasarana atau infrastruktur pendidikan luar bansar, Malaysia boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus berpuas hati kerana kita tidak wajar mencatat rekod kejayaan berbanding dengan negara-negara yang lebih mundur dan dhaif. Tetapi apabila kita katakan pendemokrasian, kita harus melihatnya daripada segi perbandingan di antara bandar dan luar bandarserta daripada segi Malaysia dengan negara-negara yang lebih maju lagi, termasuk negara maju di rantau ini. Jika kita enggan melihat tahap pencapaian negara kita berbanding dengan negara-negara ini kita akan menjadi lebih jumid, terkongkong dalam kepompong atau ‘cocoon’, terselubung seperti kata pepatah Melayu hidup bagai katak di bawah tempurung. Isu keenam dalam reformasi pendidikan ialah hasrat untuk membangun negara dengan lebih pesat melalui Dasar Pertanian Negara dan Pelan Induk Perindustrian. Untuk memenuhi hasrat ini, keupayaan generasi muda dalam bidang sains dan teknologi perlu ditingkatkan.dengan itu, peluang dan kemudahan pendidikan vokasional dan teknologi perlu diperbanyak dan diperluaskan. Sistem pendidikan harus sesuai dengan tuntutan persekitaran dan keperluan semasa serta masa hadapan. Oleh yang demikian, kita dituntut juga supaya memperkenalkan bidang ilmu baru, termasuklah yang kini ditekankan seperti informatik, yang di dalamnya termasuk komputer. Bidang ini harus diajarkan dan harus diperkenalkan di universiti dan di sekolah-sekolah. Pendidikan ialah pelaburan jangka panjang untuk menyediakan tanaga mahir generasi baru yang akan menjawab cabaran yang akan datang.

87

MELAYU BARU MELAYU LAMA Sebenarnya, pendidikan dihubungkan dengan usaha menyongsong dan melihat kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan dianggap gagal atau separuh gagal. Apakah persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi hari muka? Persediaan itu meliputi usaha membina ketrampilan murid untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan industri. Ini bermakna kita pelu memberikan pengajaran yang berkesan dalam bidang-bidang sains, teknologi, informatik, yan antara lain meliputi matematik dan komputer. Selain menambah bidang ilmu, pendidikan dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikao perlu juga ditambah. Isu terakhir sehubungan dengan gerakan reformasi pendidikan ialah pelepasan diri dari kongkonganvpemikiran yang sempit. Pemikiran sempit kita itu mestilah diubah supaya kita dapat melihat gejala dalam persekitaran kita dengan sikap keterbukaan atau ‘globalisation’. Oleh sebab itulah dalam falsafah pendidikan, kita masukkan matlamat pembinaan insan dalam konteks yang sarwajagat atau global sifatnya. Amatlah tidak benar jika dikatakan bahawa sikap keterbukaan itu bermaksud kita mengetepikan Melayu atau mengetepikan Malaysia. Yang kita maksudkan ialah kesejagatan yang berpijak pada suasana Malaysia. Pernah diungkapkan kata-kata: manusia Melayu itu hendaklah berakar nasional dan berakal global. Kita harus menerima kenyataan bahawa sistem pendidikan perlu berubah mengikut masa. Ertiya,reformasi pendidikan harus berlaku. Sementara itu, kita hendaklah memastikan bahawa peluang yang ada digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kenyataan bahawa peluang sekarang adalah jauh lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Dan mempergunakan peluang kini bermakna menghadapi persaingan yang lebih sengit. Kita tidak hidup dalam satu kekosongan. Sebaliknya kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan. Dalam konteks Malaysia, persaingan itu terutamanya ialah antara bandar dengan luar bandar dan antara kaum. Tugas kita adalah memastikan bahawa kita menggunakan peluang-peluang yang disediakan dengan sebaik mungkin. Bukan hanya sekadar daya saing atau ‘competitiveness’ dalam kalangan kia sesama sendiri. Daya saing itu harus diperluas dalam konteks kawasan, dalam konteks rantau dan dalam konteks dunia yang menjadikan persaingan itu global sifatnya iaitu persaingan yang ada hubungkaitnya dengan ‘competitive advantage’ negara kita dengan negara-negara lain.hal-hal ini paling kitikal untuk menjamin

88

MELAYU BARU MELAYU LAMA masa depan Malaysia dengan negara-negara serantau dan sedunia. Persaingan dan kecemerlangan ditekankan sebagai persediaan mengharungi dekad-dekad yang leih mencabar. Pendidikan dalam konteks ini adalah bersifat futuristik. Kita mewajibkan pelajaran sejarah supaya pelajar-pelajar kita mempunyai kesedaran sejarah dan memahami the unic Malaysian experience, pengalaman Malaysia yang unik supaya kita tidak terlalu terlalu terpesona dengan pengalaman orang lain sehingga melupakan kekayaan pengalaman masyarakat sendiri. Tetapi memahami pengalaman sejarah bukan bermakna kita mengambil langkah untuk kembali ke zaman lampau atau dibelenggu oleh rasa nostalgia sehingga mengambil sikap yang tidak realistik dalam persoalan sosial, ekonomi dan teknologi yang berubah begitu pantas. Sebagai bangs dan umat yang merdeka, sistem pendidikan kita harus melahirkan jiwa merdeka yang berani melihat masa depan berdasarkan perspektif dan nilai umat kita, bukan pandangan yang dipaksakan kepada kita. Benar bahawa kita harus bersifat realistik dan memahami situasi global dan hakikat interdpendence, dengan kita merupakan bahagian dalam global village itu. Tetapi kita perlua ada keberanian untuk menenukan masa depan umat kita. Perubahan yang amat pesat dalam alam teknologi harus dijadikan cabaran daya fikir untuk merumuskan dasar-dasar penggunaan teknologi yang sesuai dengan nilai hidup dan untuk menjamin kestabilan alam sekitar.

Dato' Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pendekatan islam hadhari Selaras dengan islam sebagai agama rasmi Malaysia kerajaan telah memperkenalkan “Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baharu dalam memacu agenda pembangunan negara ke arah merealisasikan negara maju berdasarkan acuan sendiri sebagaimana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Pendekatan Ialam Hadhari diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agong UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran atau mazhab baharu tetapi iaitu satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang kesempurnaan ajaran islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, pendekatan Islam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian hubungan etnik ini telah pun wujud pada zaman awal islam lagi.

89

MELAYU BARU MELAYU LAMA Pada zaman islam tersebut Nabi Muhammad SAW telah memeterai perjanjian dengan pelbagai kumpulan etnik yang mendiami kota Madinah sebagaimana yang digambarkan dalam Piagam Madinah (sebuah perlembagaan negara bertulis yang pertama di dunia). Di samping itu, Islam Hadhari juga merupakan satu pendekatan yang ingin membawa kemajuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan agama mereka. Oleh itu, islam hadhari sebagai satu pendekatan juga harus difahami oleh semua lapisan masyarakat terutamanya di negara seperti Malaysia yang bersifat multietnik agar tidak disalahtafsirkan sehingga menjadi isu yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pendekatan islam hadhari bertujuan menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Sepuluh prinsip yang diperkenalkan dalam Pendekatan Islam Hadhari akan memberi kebaikan kepada semua masyarakat tanpa mengira agama. Bagi mereka yang beragama islam, prinsip-prinsip tersebut menepati maqasid syariat (tujuan-tujuan syariah) terutama dalam menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Pendekatan Islam Hadhari akan memberi kebaikan seperti Kerajaan Adil dan Beramanah, Rakyat berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan Kekuatan Pertahanan perlu dihayati bagi melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Pendekatan Islam Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan menyeluruh dan sewajarnya dilaksanakan secara jujur dan berterusan dalam dunia ini sekiranya manusia sejagat ingin hidup dalam satu dunia yang sejahtera dan aman. Keadaan ini selari dengan kehendak dan hikmah kejadian manusia yang dicipta dalam kepelbagaian bangsa, kaum dan suku, lelaki dan wanita agar saling mengenali, berkasih sayang, tolong menolong antara satu dengan yang lain bukan untuk berpecah belah dan bermusuh-musuhan. Untuk mencapa hasrat dan aspirasi ini, maka seluruh umat manusia perlu mempelajari dan memahami sosiobuudaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara lebih mendalam. Sekalipun perkongsian ilmu dan kerjasama dalam segala bidang pengetahuan antara manusia telah dapat mewujudkan kemajuan manusia sejagat selari dengan konsep Pendekatan Islam

90

MELAYU BARU MELAYU LAMA Hadhari, namun begitu sikap tamak dan mementingkan diri sendiri sesetengah pihak boleh mencetuskan pergeseran, permusuhan dan perpecahan. Hal ini akan membantut usaha memaju dan membangunkan negara. Pendekatan Islam Hadhari yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, bukan hanya untuk kelompok dan golongan tertentu sahaja, malah perlu dikuasai oleh semua bangsa tanpa dibatasi oleh sempadan geografi. Hal ini menunjukkan sikap akomodatif Islam dalam mendapatkan ilmu tanpa ada perbezaan antara masyarakat islam dan bukan islam. Selain itu, prinsip kerajaan yan adil dan amanah enjadi pemangkin dan pendorong ke arah tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan saksama. Tindakan ini merupakan satu instrumen penting bagaimana pembahagian kekayaan dan harta dapat diwujudkan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu. Walaupun prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ditekankan dalam masyarakat Hadhari, ini tidaklah bermakna kebebasan agama disekat. Manusia yang berilmu seharusnya tahu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kefahaman terhadap konsep patriotisme yang membawa maksud sayang akan bangsa dan negara adalah selari dengan prinsip rakyat yang berjiwa merdeka sebagaimana saranan dalam Pendekatan Islam Hadhari. Sekiranya masyarakat tidak memiliki jiwa yang merdeka, akan menyebabkan berlakunya penjajahan sama ada secara langsung atau tidak ke atas sesebuah negara. Akibatnya masih banyak negara di dunia ini terjajah dab terbelenggu dengan krisis ekonomi dan politik yang begitu serius dan dengan mudah mencetuskan kekacauan kaum, perang saudara serta kehadiran kerajaan boneka penjajah dengan segala kekejaman dan dasar kuku besinya. Kehadiran penjajah pada hakikatnya tidak disenangi terutamanya dalam kalangan anak watan yang mempunyai semangat cinta kepada negara atau tanah air mereka.

91

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 6
KESAN PERUBAHAN MELAYU LAMA KEPADA MELAYU BARU
Kesan perubahan berlaku apabila bangsa Melayu mulai melupakan tradisi atau budaya sendiri dalam usaha hendak menjadi bangsa yang maju dengan melihat proses globalisasi yang berlaku sekarang sebagai cabaran utama, padahal cabaran yang lebih serius datangnya dari dalam diri bangsa Melayu itu dan dari dalam negera sendiri. Kita sering mendengar orang berkata bahawa manusia hendaklah berubah mengikut zaman. Hal ini timbul kerana implikasinya terhadap masalah perubahan dan kemajuan manusia sangat luas dan kompleks mengikut zaman. Perubahan yang berlaku menyebabkan pelbagai kesan yang timbul dari Melayu lama ke Melayu baru. Terdapat pelbagai kesan dari perubahan tersebut iaitu dari segi pemikiran atau kepercayaan manusia, poltik, ekonomi, budaya, pendidikan dan bahasa.

Pemikiran
Pemikiran merupakan suatu bidang baru dalam ilmu sejarah. Setiap masyarakat memiliki aliran pemikiran yang tersendiri dan ia berkembang mengikut peredaran masa. Masyarakat Melayu mengalaminya dan perubahan secara evolusi bermula dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu-Budha, Islam dan Sekularisme. Dalam perkembangan dari segi pemikiran ini, didapati perubahan dalam pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep tersebut. Setiap alam pemikiran, ini membawa kepada pegangan dan amalan yang berbeza-beza, menyebabkan berlakunya pertembungan pemikiran dalam budaya Melayu. Namun kebaikannya ialah masyarakat Melayu mengalami proses perubahan minda atau disebut anjakan paradigma. Daripada sebuah alam pemikiran yang tertutup kepada sebuah alam pemikiran yang lebih liberal. Sebagai contoh, seniman dan pemikir Melayu dahulu kala mampu menggunakan bahasa Melayu dengan betul maka kita pada hari ini dapat mengetahui kebijaksanaan dan pemikiran Melayu yang original, yang kreatif melalui karya seperti pepatah, peribahasa dan puisi tradisional Melayu itu. Hari ini nampaknya orang

92

MELAYU BARU MELAYU LAMA Melayu sedang mengalami pelbagai masalah pemikiran kerana orang Melayu terpengaruh dengan ideologi bahawa untuk maju seterusnya mereka diseru supaya berfikir dan menuntut ilmu dalam bahasa asing untuk menjadi ‘bangsa yang maju’. Akhirnya, ilmu yang mereka perolehi dalam bahasa sendiri, walaupun tinggi dan bermutu, tidak akan diiktiraf layak untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta di negara ini. Proses perubahan pemikiran sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja dan ia turut dialami dalam semua masyarakat manusia. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan juga bahawa dalam proses perkembangan pemikiran tersebut, sedikit sebanyak akan mewujudkan konflik antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pada kebiasaannya konflik ini akan berlaku antara golongan pembaharuan dengan golongan tradisional atau antara golongan moden dengan golongan konservatif. Ia turut dialami oleh masyarakat Melayu. Setakat mana budaya fikir ini telah mendatangkan kesan kepada pemikiran Melayu merupakan persoalan yang mugkin maseh belum dijawab dengan memuaskan. Namun, apa yang jelas ialah budaya fikir tersebut dianggap sebagai tidak memainkan peranan yang besar dalam membentuk ciri-ciri utama Weltanschauung Melayu tradisional (lama). Orang Melayu tradisional menghayati satu pandangan alam yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna halus, simbolisme transenden, gurindam dan syair. Pandangan mereka tidak hanya terhad kepada manifestasi material alam. Bahkan bagi mereka dimensi fizikal, dimensi yang amat penting bagi sains dan teknologi moden, hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam yang amat luas. Bagi mereka kewujudan alam fizikal yang telus kepada pandangan kasar ini sebenarnya bergantung kepada dimensi alam hakikat dan ruh yang maha seni. Penghayatan pandangan ini, jelas dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan amalan kemasyarakatan mereka. Ciri keunggulan lain yang wujud dalam budaya fikir orang Melayu tradisional ialah kepentingan kehidupan harmoni dengan alam tabii. Prinsip keharmonian ini dihayati melalui ritual dan manisfestasi kebudayaan. Ritual dan manifestasi kebudayaan tersebut biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi generasi. Pemantapan ini dicapai melalui pemeliharaan adat resam dan petua kemasyarakatan.

93

MELAYU BARU MELAYU LAMA Kita telah perhatikan bahawa perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut juga dimantapkan melalui penyerapan pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Pengaruh Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan antara yang menyumbang kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara. Pada asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan kepelbagaian dimensi yang wujud pandangan alam Melayu. Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik. Dalam kosmologi Melayu, misalnya, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik. Haiwan, tumbuhtumbuhan, dan bahkan batu-batan cenderung dilihat daripada sudut simbolisme transendentalnya berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya. Oleh itu dalam "alam Melayu," tidak hairanlah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batubatan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Walaupun dalam dongeng masyarakat barat alam seperti itu wujud, namum senario dalam alam Melayu itu bukan sekadar gambaran dongeng bagi tujuan hiburan. Ia merupakan satu kenyataan yang diterima oleh pandangan alam Melayu. Sebab itulah dalam alam Melayu, manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular. Ilmu bertinterkasi tersebut juga merupakan antara yang sangat dihargai kerana ia membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanya mungkin berlaku dalam cerita dogeng. Dalam dunia Melayu, hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen semata-mata. Kepercayaan dan pandangan alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains, namun hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi mereka. Pada umumnya orang Melayu masih terikat dengan Weltanschauung tradisional dan gagasan budaya fikir Melayu. Gagasan iniboleh disimpulkan sebagai melihat alam tabii ini penuh dengan simbolisme semantik, gurindam dan syair. Penghayatanpandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam penghayatan ritual dan manisfestasi kebudayaan

94

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Politik
Jika kita memerhatikan suasana politik sedunia hari ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa negara bangsa masih merupakan perkelompokan politik yang paling dominan di kalangan masyarakat dunia. Kesedaran politik orang Melayu ini kemudiannya diperkembang terus dalam badan-badan yang berusaha menggembleng sentimen kemelayuan dan keislaman. Dalam bidang politik, kuasa demokrasi Melayu tidak lagi sekuat dahulu. Dalam pilihan raya 1955, 85% kerusi Dewan Perundangan Persekutuan berada dalam tangan UMNO ( satu kerusi Parti Islam SeMalaya atau Pas hari ini ). Hari ini jumlah kerusi Parlimen yang dipegang oleh UMNO atau orang Melayu hanya lebih kurang 55% sahaja. Para pemimpin politik Melayu sendiri mengakui keadaan ini apabila mereka berkata bahawa orang Melayu terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk terus berkuasa atau berkongsi kuasa di negara ini, padahal lebih 65% daripada penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah orang Melayu. Dalam Barisan Nasional (BN), hanya ada sebuah sahaja parti Melayu, iaitu UMNO, tidak ada parti Melayu lain. Ini bererti, merosotnya kuasa politik UMNO dan menurunnya ‘kuota’ kuasa pemerintahan Melayu, lemahlah kuasa politik bangsa Melayu di Malaysia. Perubahan sistem kepimpinan bangsa Melayu dari sistem lama yang dikatakan bercorak ‘feudal’ kepada sistem baru yang boleh disebut ‘sistem kepimpinan politik’ yang berlaku dalam persekitaran baru, iaitu persekitaran demokrasi dan ekonomi kapitalisme yang mementingkan persaingan, lalu keadaan ini menjadikan manusia lebih bersifat individualistik, mementingkan diri sendiri,menggantikan struktur sosial ‘tradisional’ berdasarkan kesedaran dan tanggungjawab bersama, tanggungjawab komuniti. Dari sudut politik, perkembangan terkini yang berlaku di Cambodia amat menarik. Cambodia bergerak ke arah satu sistem politik hasil campuran antara tradisi Inggeris dan Amerika. Selepas memperkenalkan sistem pilihanraya tiga penggal yang lepas, Cambodia bukan sahaja telah mengembalikan demokrasi tetapi juga sistem monarkinya. Perubahan ke arah sistem demokrasi yang relatif pantas selepas Cambodia di bawah cengkaman regim komunis Pol Pot adalah sesuatu yang memberangsangkan. Mengikut sistem yang diamalkan di Amerika Syarikat, Cambodia memilih ahli–ahli senat dan parlimen mereka. Ini sesuatu yang menarik dan agak menyimpang dari sistem Inggeris seperti yang diramalkan di Malaysia di mana ahli – ahli senat adalah dilantik. Cabaran politik yang bersifat ideologikal yang boleh membantut pertumbuhan ekonomi yang stabil, nampaknya sudah berkurangan kerana secara umunya negara – negara sedang membangun seperti Asia Tenggara sudah pun

95

MELAYU BARU MELAYU LAMA bergerak dan lebih selesa dengan nilai politik yang dikenali sebagai ‘pendemokrasian’ yang dianggap oleh Huntington sebagai ‘gelombang ketiga’ (Hungtington, 1991). Penyatuan Vietnam Utara dan Selatan dan gerakan pendemokrasian di Myanmar nampaknya semacam membenarkan tesis Hungtington.

Ekonomi
Demi melemahkan kedudukan orang Melayu supaya tidak dapat bangun menentang penjajah, mereka telah disisihkan dalam proses pembangunan ekonomi dan perdagangan di tanah air mereka sendiri pada zaman penjajahan, orang Melayu secara terhormat mendiami kawasan luar bandar untuk melakukan pekerjaan pertanian sekadar cukup untuk keperluan dalam kehidupan seharian. Sementara segala sektor ekonomi diberikan kepada pekerjapekerja asing yang dibawa dari luar. Oleh kerana tersisih jauh di pedalaman orang Melayu tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi. Kesan terhadap ekonomi turut berlaku sama ada positif atau negatif. Masalah yang sering dihadapi oleh manusia dalam zaman Melayu baru melalui ekonomi bebas hari ini ialah masyarakat tidak tahu lagi bagaimana hendak menjaga pintu rumahnya atau sempadan budayanya daripada dimasuki atau dicerobohi. Melayu lama tidak menjadi kaum pedagang kerana mereka ditolak ke pendalaman menjadi kaum petani dan pekebun kecil oleh dasar kuasa luar British. Dasar British juga menyekat orang Melayu daripada melibatkan diri dalam ekonomi pasaran. Perkara ini malang buat bangsa Melayu dan ia berulang sehingga hari ini. Dalam hal ini, ia tidak menunjukkan kebodohan orang Melayu, tetapi suatu peristiwa penjajahan ekonomi Melayu. Peristiwa ini masih lagi berlaku iaitu kuasa ekonomi ‘pasaran bebas’ barat masih terus melakukan perkara yang sama di peringkat perdagangan antarabangsa, misalnya melalui WTO dan IMF, dan melalui ugutan senjata. Dasar ekonomi baru yang dijalankan oleh kerajaan merupakan satu cara untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Kerajaan berharap jumlah penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi negara dapat meningkat hingga mencapai kadar 30%. Untuk mencapai matlamat tersebut, kaum bumiputera telah diberi kemudahan latihan serta peluang perniagaan dan perdagangan. Jelasnya, Dasar Ekonomi Baru itu bertujuan untuk memberi kedudukan yang lebih adil khususnya kepada orang Melayu yang telah tertindas dan tertinggal jauh di belakang akibat

96

MELAYU BARU MELAYU LAMA penjajahan. Melalui kemerdekaan tanah air, orang Melayu berharap dan berpendapat bahawa mereka seharusnya mendapat kedudukan yang adil dan seimbang dengan kaum-kaum lain yang menjadi warganegara di tanah air mereka dalam sektor-sektor yang telah direbutkan. Golongan yang berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan penguasaan ekuiti Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu kaum melayu , cina dan india. Sudah 446 tahun negara kita dijajah dan kini sudah 50 tahun negara kita merdeka maka semestinya berlaku perubahan ekonomi dalam kalangan hubungan etnik di negara ini. Ekonomi kaum melayu didapati bertambah baik dan maju jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu. Jika dahulu kita sebut sahaja petani dan nelayan maka kebiasaannya dirujuk kepada kaum melayu tetapi pada hari ini kita sudah ada ramai usahawan, peniaga dan juga golongan professional yang terdiri daripada kaum melayu. Namun begitu, bilangan sedia ada kaum melayu dalam pekerjaan yang membanggakan masih kurang memberansangkan. Kita memang tidak dapat menafikan bahawa kehidupan dan ekonomi kaum Melayu jauh lebih baik berbanding dahulu tetapi secara keseluruhannya ekonomi melayu masih berada di paras sederhana. Hakikatnya kita telah mempunyai ramai golongan melayu yang berjaya tetapi sekiranya bilangan ini dibandingkan dengan bilangan Melayu yang kurang berjaya amat ketara jurang perbezaannya. Kehidupan orang Melayu bertambah baik disebabkan oleh revolusi ekonomi yang dilancarkan oleh Bapa Pembangunan kita iaitu Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kita yang kedua. Tun Abdul Razak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru untuk memajukan kehidupan dan ekonomi kaum Melayu di negara kita. Secara realitinya sememangnya Dasar Ekonomi Baru ada pencapaiannya. Namun begitu , sekiranya kita lihat dari sudut statistik ekuiti Melayu masih tidak berubah. Jika Dasar Ekonomi Baru ini dilaksanakan 20 tahun yang lalu menunjukkan kaum Melayu mencapai ekuiti negara sebanyak 18.9% maka hari ini iaitu pada tahun 2007 data terbaru masih menunjukkan kaum Melayu tetap menguasai ekuiti sebanyak 18.9% dari segi statistik. Natijah daripada statistik ini menunjukkan beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan ekonomi Melayu kini. Antara pendapatnya ialah kaum Melayu masih mundur dan tidak meningkat ekonomi mereka sedikit pun sekiranya hendak dinilai dari segi statistik. Seterusnya ada juga yang beranggapan orang melayu masih mundur tetapi sudah berlaku peningkatan dan maju dari segi ekonomi. Pada masa yang sama , ada juga sesetengah pihak yang tidak mahu lihat dari sudut statistik tetapi bentuk fizikal yang membuktikan kaum

97

MELAYU BARU MELAYU LAMA Melayu sudah sangat berjaya dan tidak mundur lagi. Ada pula yang berfikiran kaum Melayu sebenarnya masih berada dalam paras sederhana yang bermaksud tidak semundur yang difikirkan dan pada masa yang sama juga tidak semaju yang dianggap. Golongan yang berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan penguasaan ekuiti Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju tetapi peningkatan dalam ekonomi Melayu juga diikuti dengan perkembangan ekonomi hubungan etnik lain di negara kita khususnya pelabur asing dan kaum Cina. Oleh yang demikian, kumpulan kita merasakan satu pelan ekonomi yang baharu dan lebih baik perlu digubal untuk memantapkan lagi ekonomi kaum Melayu di negara kita. Mengikut kajian dan tafsiran yang dilakukan oleh kumpulan kita pula adalah kurang elok sekiranya kita masih hendak melabelkan kaum Melayu sebagai kaum yang mundur dari segi ekonomi. Realitinya secara holistik ekonomi Melayu kini berada dalam paras sederhana dan semakin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam pada itu, kesukaran ekonomi orang Melayu berkembang dengan pesat mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya mentaliti sesetengah atau mungkin majoriti Melayu yang kurang berani untuk mengambil risiko. Majoritinya masih memilih jalan yang selamat iaitu saling berebut–rebut sesama sendiri untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Sekiranya seseorang itu bercadang bekerja dalam sektor kerajaan disebabkan ingin berbakti kepada negara mahupun ingin memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat mahupun apa–apa sebab yang baik sememangnya merupakan sesuatu yang baik tetapi sekiranya niat bekerja dengan kerajaan kerana ingin mengambil jalan selamat, mahukan lebih masa bersama keluarga, idamkan pekerjaan yang kurang sibuk dan mudah, tidak berani mencuba sesuatu dan baru dan sebagainya maka amat sukar untuk kaum Melayu maju dengan cepat dalam sektor ekonomi negara. Tidak mustahil sekiranya Melayu tetap dengan mentaliti sebegini dan masih mampu untuk maju tetapi mengambil masa yang amat lama dan sukar sedikit untuk maju. Ekonomi Melayu dalam sesebuah keluarga pada masa ini juga akan lebih kurang berbanding dengan hubungan etnik yang lain walaupun mungkin pendapatan Ketua Keluarga amat tinggi. Hal ini disebabkan mengikut kajian kumpulan kita majoriti kaum Melayu biasanya melahirkan anak minima 4 hingga 6 orang anak dalam sesebuah keluarga. Sebagai contoh ketua keluarga berpendatan RM 5000 sebulan sekali pun tetapi hendak dibahagikan kepada pendapatan per kapita keluarga seramai 7 orang maka seorang hanya RM 714 sebulan dalam setiap bulan tanpa menolak perbelanjaan dan kos tanggungan yang lain lagi.

98

MELAYU BARU MELAYU LAMA Kemungkinan ini juga merupakan antara sebab perkembangan ekonomi Melayu masih lembab. Perkembangan lembab tidak bermaksud tidak maju tetapi meningkat dengan kadar yang amat perlahan. Disebalik cerita–cerita yang menunjukkan kelembapan orang Melayu dalam sektor ekonomi kini kita juga tidak boleh menafikan terdapat juga sesetengah golongan Melayu yang sudah berani keluar mengambil risiko dan menjadi usahawan dan seorang peniaga yang amat berjaya. Kini, banyak juga golongan Melayu yang sudah berumah dan berkereta besar. Melalui hasil kajian juga mereka yang keluar menjual pisang goreng, karipap, kuih-muih dan sebagainya mampu memperoleh pendapatan antara RM2 hingga 10 ribu walaupun hanya sekadar gerai yang kecil. Oleh itu, di negara yang begitu aman dan damai ini sekiranya seseorang itu rajin bekerja maka mustahil seseorang individu itu akan mati kelaparan. Melalui kajian juga didapati majoriti penjual burger sebenarnya merupakan pekerja sambilan golongan Melayu. Majoritinya merupakan pelajar yang inginkan pendapatan yang lebih. Anggaran keuntungan biasanya antara RM 300–1500 sebulan. Keadaan ini jelas menunjukkan ada juga golongan pelajar yang rajin mencari duit. Kajian kita mengenai ramai dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang menganggur pula disebabkan oleh sikap dan mentaliti graduan yang malas, ego dan selalu ingin memilih jalan yang mudah dan pintas. Mereka kadang–kala hanya memohon untuk bekerja di sektor kerajaan dan apabila permohonan tidak dapat maka mereka sudah tidak berinisiatif mencuba rezeki di sektor swasta. Mungkin ada dalam kalangan kategori tersebut yang mencuba tetapi selepas gagal sekali atau dua kali sudah berputus–asa. Mutakhir ini, walaupun menjadi petani dan nelayan tetapi pekerjaan ini sudah berbeza dengan 50 tahun yang lepas. Didapati daripada hasil kajian lebih sesetengah petani dan nelayan berpendapatan lebih tinggi daripada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan kadang–kala juga lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bekerja di swasta. Petani moden sebenarnya mengaut keuntungan yang tinggi. Malangnya, walaupun pekerjaan ini menjanjikan pendapatan yang baik tetapi dipandang serong oleh graduan yang beranggapan pekerjaan ini tidak setaraf dengan sijil mereka.

99

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Budaya
Budaya Melayu sudah terdedah kepada budaya global atau sudah menjadi ‘Melayu moden’ atau ‘Melayu baru’ yang mengamalkan cara hidup moden, mendapat pendidikan di barat, bertutur dan berfikir dalam Bahasa Inggeris. Memakai pakaian seperti orang barat di pejabat atau di tempat kerja telah menjadi trend orang Melayu sekarang ini malah memakan makanan ‘bukan Melayu’ di restoran, misalnya makanan fast food (makanan segera) dan meminum kopi di kedai kopi Starbuck, Dome, Coffee Bean dan San Francisco sudah menjadi kebiasaannya. Bagi mereka, budaya tradisional beerti budaya lama, budaya warisan nenek moyang yang sudah ketinggalan zaman, budaya tidak moden dan tidak maju lagi. Mereka menyatakan bahawa orang Melayu hendak menjadi bangsa yang maju di dunia hari ini, dunia ilmu sains dan teknologi, dunia pasaran bebas yang mendesak manusia menjadi tenaga ekonomi berdaya saing, maka budaya lama itu tidaklah boleh dijadikan alat untuk memajukan keadaan hidup materialistik bangsa Melayu. Orang Melayu hari ini nampaknya makin lama makin ditenggelami oleh pelbagai pengaruh yang tidak diwarisi dari pengalaman bangsanya sendiri sejak dahulu kala. Maka itulah kita melihat pelbagai masalah, misalnya krisis budaya dan moral yang sedang dialami oleh bangsa Melayu dalam zaman pembangunan hari ini. Ini adalah disebabkan mereka semakin lama semakin tidak memahami sistem nilai bangsa Melayu islamnya sendiri untuk dijadikan asas atau pedoman hidup mereka dalam proses pembangunan itu. Namun ini tidak bererti bahawa nilai budaya Melayu lama itu mesti ‘kaku’, tidak boleh berubah-ubah. Bangsa Melayu dapat kekal hingga hari ini kerana mereka sanggup melakukan perubahan sepanjang zaman, tetapi perubahn itu tidak meliar, melainkan berdasarkan struktur atau sistem nilai teras yang sudah terbentuk kukuh dalam budaya Melayu itu. Teknologi maklumat mutakhir memang ada kesannya kepada budaya Melayu. Budaya Melayu yang sedia kita fahami yang kita pegang selama ini berpaksikan kesantunan, kelembutan dan kehalusan akhlak kini berdepan dengan segala macam ragam maklumat dari seluruh dunia terutama Barat. Maklumat itu banyak yang baiknya, tetapi tidak kurang juga yang jahatnya. Parabola cuma wahananya saja, tetapi ia mempunyai makna yang besar kepada budaya popular kita khususnya yang memanfaatkan televisyen. Tidak cukup dengan Metrovision, muncul pula Astro, rangkaian TV digital stereo yang menawarkan hiburan dan rancangan canggih lagi mutakhir. Selanjutnya melalui Internet, dapat diketahui fesyen baru di

100

MELAYU BARU MELAYU LAMA seluruh dunia yang dapat kita akses. Keadaan ini akan mempengaruhi corak fesyen remaja kita sehingga mereka dapat mengetahui sekurang-kurangnya apakah fesyen atau hiburan digital terkini. Keadaan ini mungkin mengubah cara hidup masyarakat daripada suatu masyarakat konvensional, yang serba sederhana kepada sebuah masyarakat yang serba canggih dan mewah. Teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya boleh menjadikan kita, melalui penggunaan teknologinya, manusia yang lebih materialistik dan individualistik. Dunia hiburan menjadi jauh lebih canggih dengan penggunaan teknologi hiburan digital dan penggunaan CD-ROM yang berhasil mengubah tumpuan remaja kepada hiburan yang pada mereka jauh lebih canggih daripada hiburan yang lebih konvensional. Begitulah sekelumit daripada sekian banyak daripada cabaran yang ditampilkan oleh teknologi maklumat terhadap nilai budaya kita. Maka dapatlah disimpulkan bahawa teknologi maklumat mutakhir ada baiknya, tidak kurang juga keburukannya. Tujuan kita memperoleh maklumat, membangunkan maklumat dalam bahasa Melayu adalah untuk kebaikan. Tujuannya yang tertinggi ialah meneruskan kelangsungan hidup manusia yang beradab dan berbudaya tinggi. Jadi tujuan tertinggi dari sudut falsafahnya ialah untuk memperoleh kebahagiaan yang kita idamkan. Teknologi maklumat melalui penggunaan alat perkakasnya dapat mengubah nilai budaya masyarakat Islam untuk memanfaatkan maklumat yang baik jika ia digunakan secara yang betul. Jika alat perkakas teknologi maklumat ini disalahgunakan maka ia akan mendatangkan akibat buruk. Oleh itu teknologi maklumat yang betul bukan saja harus berwajahkan manusia seperti yang diwarwarkan oleh ahli falsafah Martin Heiddeggar dan EF Schomacher, malah harus bertanggungjawab kepada manusia (dalam konteks hablumminannas) dan kepada Allah (dalam konteks hablumminallah). Hanya ketahanan dalaman yang kuat saja iaitu dalam konteks keteguhan iman sajalah yang membolehkan kita berdepan dengan cabaran teknologi maklumat yang tiada tepiannya.

Pendidikan
Pada zaman Melayu lama, perkembangan Islam di Alam Melayu adalah melalui peranan para ulama dan intelektual Islam yang waktu itu mendapat tempat dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat istana mahupun di peringkat masyarakat bawahan. Hubungan mereka begitu akrab sehingga ada antara mereka dilantik sebagai pegawai istana, guru istana, mubaligh negara, pembesar dan juga pakar rujuk bagi memainkan peranan untuk menjelaskan Islam di Alam Melayu. Hubungan pihak pemerintah dan para da’i islam itu amat rapat dan 101

MELAYU BARU MELAYU LAMA terdapat semacam suatu keistimewaan antara mereka dalam usaha mencorakkan pemikiran masyarakat Melayu dengan nur Islam. Melihat akan fakta sejarah bahawa peranan ulama dalam sistem pendidikan pondok telah berjaya melahirkan ramai intelektual Melayu Islam di rantau Nusantara. Sistem pendidikan pondok amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum perang dunia. Melalui institusi ini, banyak generasi baru dilahirkan, generasi baru yang lebih berilmu dan lebih luas pemikiran serta pandangan terhadap alam kehidupan. Malah ia juga berjaya melahirkan aliran-aliran pemikiran Islam di Tanah Melayu yang lebih bersikap terbuka dan rasional sehingga melahirkan kesatuan pemikiran dan perpaduan dalam kalangan umat Melayu Islam di Alam Melayu nanti. Institusi-institusi pondok ini menjalankan sistem pendidikan pondok yang merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang dikuasai oleh para ulama dan berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Ia merupakan wahana yang menghubungkan antara masyarakat Melayu dengan Islam. Lantaran itu, para pelajar Melayu yang menamatkan pengajian di dalam sistem pendidikan pondok meneruskan pengajian ke peringkat yanh lebih tinggi di Timur Tengah seperti ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan Universiti Madinah, Madinah, Arab Saudi bagi mendalami ilmu Islam. Di sini, bermula satu era baru dalam arus pemikiran dan kebangkitan Islam di Alam Melayu. Sekembalinya mereka itu sebagai pendakwah serta penyambung warisan pendidikan pondok yang tumbuh subur di Tanah Melayu. Malangnya, bilangan murid-murid di sekolah Tamil amatlah rendah kerana kekurangan infrastruktur, sikap tidak mementingkan pelajaran di kalangan masyarakat India ketika itu dan kesan tarikan sekolah Inggeris di bandar-bandar. Bangsa Inggeris sebagai penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan sekolah Inggeris yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kurikulum sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan untuk peperiksaan 'Cambridge Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak melibatkan campur tangan penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan penyatuan diantara kaum di negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam bidang pendidikan. Dasar ini telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan penjajah. Lima sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina, Vernakular Cina, Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah. (Vernakular bermaksud bahasa pengantar bahasa ibunda).

102

MELAYU BARU MELAYU LAMA Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita lakeana kini. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filinina telah mengubah pandangan dan sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam dasar pendidikannya telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh pemilik ladang kopi dan getah. Apa yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah sememangnya tidak mempunyai objektif dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya adalah sekadar memenuhi tuntutan dan desakan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk kepentingan peribadi kaum yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan bersama. Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan benihbenih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun. Selama tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera turut memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu. Kesan paling ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot sekali. Memandangkan kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan semasa serangan Jepun, kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat digunakan untuk tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan Jepun juga menyebabkan tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar berpandukan kurikulum lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun. Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan sikap kaum pendatang di Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri mustahaknya pendidikan moden dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial mereka. Ini menjadikan orang Melayu mula meminta keraiaan Inggeris membaiki keadaan pendidikan di sekolah Melayu

103

MELAYU BARU MELAYU LAMA dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu. Keadaan ini mendorong kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan untuk menyemak dan membaiki keadaan pendidikan untuk orang Melayu. Laporan Barnes kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji masalah pendidikan Cina. Laporanlaporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha untuk menukarkan sistem pelajaran penjajah kepada sistem pelajaran kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji keduadua laporan tersebut. Laporan Razak yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi menghasilkan sebuah dasar pendidikan yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan laporan ini seterusnya menjadi tulang belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga kini. Cadangan Laporan Razak ini dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata Rahman Talib, 1960 boleh disifatkan sebagai pelaksana penyata Razak. Antara pembaharuanpembaharuan yang diperkenalkan dalam sebuah sistem pendidikan negara yang merdeka ialah peperiksaan penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Malaysian Certificate of Education (MCE), 'Higher School Certificate (HSC). Sejak merdeka sehingga tahun 1960, corak dan struktur sistem pendidikan di Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan Sarawak pula, corak dan struktur sistem pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955) sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur pendidikan di Semenanjung mengalami perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib (19.60) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur dasar besar dalarn laporan Rahman Talib yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan sejagat percuma untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur berhenti dinaikkan dari umur murid 12 tahun kepada umur murid 15 tahun. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun 1960an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya dalam bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967 ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa ikhtisas yang perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut Teknologi Mara (ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar (1969),

104

MELAYU BARU MELAYU LAMA Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan di negara ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara Tumpuan khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan bagi membina sebuah masyarakat yang bersatu padu. Satu perubahan penting dalam pendidikan era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran dikemukakan pada November 1979. Jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mendapat berbagai-bagai kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang tahun. Hasilnya, jawatankuasa memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di peringkat mene-ngah dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai; Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80 menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pertambahan universiti ini adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan sekolah menengah aliran Melayu yang lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan cara amalan kuota pelajar bumiputera.Pada tahun 1980an pula, dua buah universiti lagi ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) (1984). Perkembangan rancak pendidikan daam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990) bolehlah dianggap sebagai zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Tahun 1990 pula menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan pelbagai anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan keperluan semasa.

Bahasa
Pada zaman permulaan Islam penyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-risalah agama yang menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukn Islam. Di samping tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu turut mengisahkan tentang

105

MELAYU BARU MELAYU LAMA kisah pembawa ajaran tersebut, iaitu Nabi Muhammad.cerita-cerita tentang Nabi Muhammad dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain. Lagipun cerita-cerita seperti ini tiba bersama-sama kedatangan Islam ke daerah ini. Cerita- cerita tentang Nabi Muhammad ini memaparka ketokohannya, sifat-sifatnya yang ideal, peristiwa-peristiwa yang luar biasa tentang dirinya sebagai pesuruh Allah dan lain-lain. Cerita-cerita ini telah disadur oleh penulis-penulis Islam setempat dari kesusasteraan Arab dan Parsi seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Muhammad dengan iblis dan banyak lagi karya yang dihasilkan. Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembarapengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Pada amnya proses evolusi Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris. Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang telah dipercepatkan oleh perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT), meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-cabaran baru kepada masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain. Sehubungan itu, karangan prosa ini akan membincangkan aspek-aspek umum yang menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengupasan dan penghuraian yang dibuat oleh penulis merupakan satu bentuk pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat yang berbahasa Melayu (masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang memungkinkan berlakunya bais kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada pembaca. Bahasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

106

MELAYU BARU MELAYU LAMA perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu? Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat bahasanya. Kesimpulannya, Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawanusahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.

107

MELAYU BARU MELAYU LAMA Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama. Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di raung siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.

108

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 7
MODEL MELAYU PADA MASA HADAPAN

MINDA MENGABU NG JALIN

MINDA MENCIP TA

MINDA DISIPLI N

MINDA MENGHORMAT I
109

A D I IN T M RE BE A K

MELAYU BARU MELAYU LAMA Dalam tubuh manusia, terdapat dua “rahsia” besar untuk manusia mencapai kejayaan. Iaitu dari otak yang menghasilkan minda dan hati yang menhasilkan perasaaan dan emosi. Kedua-dua organ ini sangat penting dalam individu mencapai kejayaan yang besar dari segi duniawi dan akhirat. Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea baru dan berfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan atau hambat oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini. Sebagai manusia kita perlulah berfikir sesuatu yang lebih kreatif berbanding dengan orang lain. Hal ini kerana, faktor inilah menunjukkan perbezaana atau kelebihan diri kita berbanding dengan orang lain. Lebih penting lagi ialah minda sebeginilah yang kita perlukan kepada model Melayu pada masa hadapan. Minda mencipta secara langsungnya dapat menyumbang kepada kemajuan sesebuah masyarakat serta kepada ekonomi negara kerana minda jenis dapat menghasilkan pelbagai ciptaan baru sama ada dalam bidang pendidikan mahupun bidang sains dan teknologi. Selain itu, jenis minda mencipta ini juga diperlukan dalam zaman era moden yang mempunyai pelbagai cabaran kerana model seperti inilah boleh dicontohi oleh orang lain. Bagi memajukan bangsa Melayu pada masa hadapan kita perlu mengekalkan tradisi “Melayu Baru Melayu Lama” dan pada masa yang sama kita juga berusaha untuk “Melayu Universal” pada masa hadapan dengan memiliki jenis-jenis minda seperti minda mencipta. Minda mencipta bukan sahaja menyumbang kepada bangsa tetapi juga kepada pembangunan negara. Melayu Universal ialah Melayu yang mempunyai dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan ahli-ahli dalam lain-lain lapangan. Selain itu, Melayu Universal akan diiktiraf serta dinobatkan sebagai hebat di dalam negara kerana kejayaannya serta jati dirinya yang tetap berpaksi kepada Islam. Melayu Universal ini juga merupakan budaya Melayu dan warisan pribumi kita yang bertunjangkan dan berpaksikan kebolehan akal dan nilainya yang kuat di peringkat antarabangsa dan berperanan besar dipersada antarabangsa. Hal ini dapat dicapai dan direalisasikan melalui transformasi budaya dalam kalangan orang Melayu. Tranformasi budaya dapat diselaraskan selari dengan perkembangan ekonomi

110

MELAYU BARU MELAYU LAMA dan teknologi moden, penawaran bahan-bahan budaya yang didatangkan khas daripada negara-negara maju yang mendapat pasaran baik di rantau ini, sebagaimana yang telah dinyatakan atas kepentingan nilai-nilai kemodenan. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada perubahan yang berlaku itu terdapat usaha untuk membina industri budaya Melayu yang lebih baik dengan meggunakan teknologi dan pengurusan moden. Bahan-bahan warisan budaya Melayu dengan menggunakan teknologi moden turut dihasilkan sebagai bahan-bahan pengguna moden, misalnya muzik dan nyanyian, filem dan bahan-bahan kepenggunaan yang lain seperti batik, kraftangan, penjagaan kesihatan, dan seumpamanya turut tersebar luas sebagai usaha komersial tempatan. Dalam perkembangan itu bahan-bahan budaya warisan itu disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Misalnya, muzik dan nyanyian Melayu dihasilkan dalam bentuk teknologi moden sebagaimana perkembangan industri muzik negara-negara maju. Berdasarkan pada Melayu berdisiplin (kepakaran dan kesarjanaan), masyarakat Melayu mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Masyarakat Melayu dalam model ini perlu mempunyai kepakaran dan kesarjanaan. Seseorang insan itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah atau bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematik, sains dan kesenian. Dengan adanya kepakaran dan kesarjanaan, masyarakat Melayu dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Melalui bidang kesarjanaan, mereka akan sentiasa memperolehi ilmu pengetahuan secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya. Melalui melayu menggabungjalinan (menguasai, memanfaat maklumat, ‘open minded’ atau perpaduan) ini, masyarakat Melayu akan terdedah kepada jumlah informasi yang disampaikan bukan sahaja dalam negara kita malah di serata dunia. Informasi yang masyarakat terima akan mengubah fikiran masyarakat dari tahap yang kuno kepada tahap yang lebih terbuka ke arah menuju Wawasan 2020. Oleh itu kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana yang lebih penting dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri sendiri dan orang lain dengan mengguna informasi ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat lain sehingga semuanya menjadi sebati (automated) dalam diri. Dengan ini, masyarakat Melayu pada masa akan datang dapat memberi kerjasama dalam berinteraksi dengan masyarakat yang berbilang kaum. Melayu Menghormati (hormati kelainan) ini pula akan menjangkau tahap toleransi bukan sahaja antara masyarakat Melayu tetapi ia juga dapat bertoleransi dengan pelbagai 111

MELAYU BARU MELAYU LAMA jenis masyarakat pada masa yang akan datang. Bagi masyarakat Melayu yang mempunyai sikap hormat-menghormati ini akan dipandang mulia oleh masyarakat lain iaitu terdiri daripada kaum Cina, India dan lain-lain. Melayu menghormati ini mengalu-alukan kepelbagaian manusia atau insan tidak kira asal-usul masyarakat tersebut. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang memahami serta bekerjasama dengan orang lain tanpa menimbulkan perasaan benci di antara satu sama lain dan seterusnya memupuk suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity). Oleh yang demikian, masyarakat Melayu Universal akan melahirkan insan yang bertamadun selaras motto negara Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Melayu beretika (warga dunia atau Pembina kemanusian sejagat) ini adalah dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak dan moral yang tinggi. Masyarakat Melayu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pewaris kepada generasi yang bakal menjadi pemimpin untuk meneruskan pejuangan yang berterusan. Mereka akan melaksanakan tugasannya dengan baik dan sempurna sehingga mencapai kerjaya yang lebih cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai warga masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul dan sahsiah yang tinggi bukan sahaja di Tanah Air malahan ke serata dunia. Secara tidak lansung, masyarakat Melayu Universal yang akan datang ini dapat bertindak secara membina bukan dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways). Sehubungan dengan ini, ia dapat melahirkan generasi yang lebih beretika dan berakhlak tinggi di samping mempunyai tahap pendidikan mereka yang cemerlang. Kesimpulannya, hidup ini adalah ibarat sungai, kebanyakan kalangan kita terjun ke sungai kehidupan ini tanpa ada matlamat yang jelas dengan arah tuju kehidupan akhir kita. Jadi ada yang terperangkap dengan arus seperti arus ketakutan, arus cabaran, arus kesakitan dan tanpa sedar mereka mengikut arus tersebut tanpa arah tujuan dan tidak dapat keluar dan membuat sebarang keputusan yang betul. Ingatlah jika anda tidak membuat keputusan anda sebenarnya telahpun membuat keputusan iaitu untuk membiarkan suasana membentuk diri anda dan juga bangsa anda. Oleh itu, untuk mencapai objektif model Melayu iaitu “Universal” menggunakan jenis minda mencipta ini untuk menghasilkan idea-idea yang bernas.

BAB 8
112

MELAYU BARU MELAYU LAMA

PANDANGAN PELAJAR TENTANG MELAYU BARU MELAYU LAMA
Soalan : Pada pandangan anda terhadap Melayu Baru Melayu Lama. Responden 1 Jantina : Perempuan

Semester : 4 “Pada pandangan saya perbezaan antara 'Melayu Lama Melayu Baru' cukup luas untuk dijelaskan tetapi apa yang saya faham tentang Melayu Lama ini ialah sesuatu tempoh masa yang dikatakan sebagai tamadun Melayu tradisional terdahulu. Manakala Melayu Baru pula merujuk kepada tamadun Malaysia yang sedang membangun pada masa kini. Bagi saya perbezaan yang dapat dilihat adalah melalui kesan peninggalan kedua-dua tamadun 'Melayu Baru Melayu Lama'. Keadaan ini dapat dilihat dari segi politik dan sistem pemerintahan, dimana sistem tersebut pada zaman Melayu Lama adalah lebih bersifat tradisional dan kurang menyerlah tetapi Melayu Baru sistem ini sudah dicapai dan sedang mengalakkan proses pemantapan dengan kejayaanya. Hal ini kerana, kejayaan dalam sistem politik dan pemerintahan adalah merupakan satu lanjutan dan kemunculan kerajaan Melayu Lama terdahulu. Maka paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia hari ini adalah daripada sejarah tanah Melayu Lama. Dari segi sistem perundingan pula semua kerajaan Melayu Lama iaitu negeri-negeri Melayu pada masa tersebut mempunyai kanun perundangan yang berasaskan kepada adat Melayu dan Hukum Islam tetapi pada masa kini sistem perundangan Melayu baru hasil daripada kemerdekaan yang dicapai telah membawa rakyat yang berpegang dan berdiri di atas tunjang Rukun Negara. Kesimpulannya, pada pandangan saya kelangsungan sesuatu tamadun itu terletak kepada kekuatan masyarakat, perkembangan budaya, agama, sosial, ekonomi, politik dan sains dan teknologi adalah menjadi aspek penting dalam kewujudan tamadun yang gemilang. Sesuatu tamadun tidak akan berkembang selagi masyarakat tidak memiliki tahap pemikiran yang inginkan satu perubahan kepada yang lebih global.

Responden 2

Jantina

: Perempuan

Semester : 2 113

MELAYU BARU MELAYU LAMA

“Pada pandangan saya, jika tidak ada Melayu lama maka tidak mungkin wujudnya Melayu Baru yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan pada masa kini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Melayu Lama memainkan peranan penting dalam pelagai aspek untuk membangunkan Melayu Baru pada zaman moden ini. Melayu Lama diibaratkan sebagai tunjang atau akar kepada pembentukkan sesebuah Melayu Baru yang serba lengkap dalam semua aspek. Demi memberikan Melayu Baru berkembang dengan lebih jauh lagi. Melayu Baru tidak boleh melupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Melayu Lama dan bersikap individualistik disebabkan oleh kemodenan yang dikecapi dan melupakan Melayu Lama ini betungkus lumus dan bermati-matian untuk membangunkan Melayu Baru”. Soalan : Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa Melayu Baru yang diperkenalkan dan dipraktikan pada masa kini tidak akan mampu menjadikan golongan Melayu lebih maju, berdikari, dan berdaya saing khususnya bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Responden 3 Jantina : Perempuan

Semester : 5 “Ya. Saya bersetuju bahawa Melayu Baru pada masa kini tidak akan membentuk dan melahirkan golongan Melayu yang mampu berdikari, maju dan berdaya saing sepenuhnya terutamanya dalam mencapai dan merealisasikan Wawasan 2020. Hal ini kerana, Melayu Baru, yang diperkenalkan masih belum mampu menghapuskan satu-satunya masalah atau penyakit kronik yang dihadapi oleh golongan melayu. Rasuah adalah penyakit kronik yang dihadapi oleh golongan Melayu. Rasuah merupakan penyakit kronik yang melanda golongan Melayu yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya walaupun Melayu Baru kononnya digunakan dan dipraktikkan pada masa sekarang. Oleh yang demikian, konsep Melayu Baru harus dikaji, ‘dibedah siasat’ dan dilakukan ‘post mortem’ semula untuk menghapuskan sifat atau penyakit rasuah dalam kalangan orang Melayu daripada terus menjadi kronik dan akhirnya akan memakan diri golongan Melayu itu sendiri. Apabila masalah ini berlaku dan tidak ditangani dengan segera walaupun Melayu Baru telah diperkenalkan, ini tidak akan mampu untuk mencapai serta merealisasikan Wawasan 2020”.

114

MELAYU BARU MELAYU LAMA Soalan : Pada pandangan anda adakah Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai persamaan setelah diperkatakan bahawa berlakunya perubahan daripada zaman Melayu Lama kepada Melayu Baru? Responden 4 Jantina : Lelaki

Semester : 2

“Pada pendapat saya, Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Persamaan ketara yang dapat dilihat walaupun berlakunya perubahan atau transisi daripada Melayu Baru kepada Melayu Lama adalah dari segi adat tradisi. Adat tradisi yang diamalkan dalam kalangan orang melayu masih tidak berubah contohnya dalam adat istiadat perkahwinan seperti amalan persandingan, amalan menepung tawar, amalan menyambut menantu, merisik, melamar, bertunang dan bernikah yang diamalkan sejak dahulu lagi masih diamalkan pada masa sekarang. Perbezaan yang ada apabila berlakunya perubahan daripada zaman Melayu Lama kepada Melayu Baru adalah dapat dilihat dari segi aspek pemikiran atau mentaliti orang Melayu itu sendiri. Pada masa sekarang boleh dikatakan orang Melayu sudah mampu untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa bantuan orang lain dalam pelbagai aspek berbanding pada zaman dahulu. Malahan, orang Melayu pada masa sekarang sudah mampu menghasilkan sesuatu produk, penemuan ciptaan baru dan mempunyai pemikiran yang inovatif selaras dengan kemampuan negara-negara barat hasil daripada perubahan yang dilaksanakan”. Soalan : Pada pandangan anda, di antara faktor politik, ekonomi, agama dan sosial, faktor manakah yang paling ketara perubahannya? Responden 5 Jantina : Perempuan

Semester : 3 “Pada pandangan saya, kesemua faktor di atas merupakan faktor penting dalam menggerakkan era malayu lama kepada dunia melayu baru tetapi bagi saya, faktor ekonomi adalah paling jelas memperlihatkan kekuatan perubahannya. Hal ini dapat diperhatikan pada zaman melayu lama, terutama sebelum kedatangan Islam dan negara belum mencapai kemerdekaan, tahap ekonomi amat kurang menyerlah. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya tahap negeri melayu pada masa itu masih kurang membangun di samping negeri

115

MELAYU BARU MELAYU LAMA melayu menghadapi masalah penjajahan daripada pihak asing. Keadaan ini berbeza pada masa ini kerana negara telah mencapai kemerdekaan dan memiliki sistem pemerintahan yang mantap. Di samping itu juga, pencapaian dalam aspek ini didorong oleh kewujudan bidang sains dan teknologi yang memberi kesan yang cukup hebat dalam sistem ekonomi negara untuk mencapai kejayaan dalam aspek ini. Faktor politik juga memainkan peranan penting seperti sokongan daripada pelbagai badan kerajaan mahupun NGO telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, saya tidak dapat memilih manakah faktor yang paling ketara perubahannya kerana semua faktor-faktor tersebut berkaitan antara satu sama lain. Justeru itu, rakyatlah yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat negara ke arah yang lebih moden dan berjaya”.

Soalan : Pada pandangan anda, apakah kesan yang dapat dilihat daripada perubahan melayu lama kepada melayu baru? Responden 6 Jantina : Perempuan

Semester : 3 “Pada pandangan saya, kesan daripada perubahan dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negatif. Kesan positif dapat diperhatikan apabila rakyat saling bersatu padu tidak mengira lapisan umur, kaum mahupun jantina. Di samping itu juga, penglibatan masyarakat dalam pembangunan negara dapat menggambarkan perubahan drastik yang berlaku selepas tamadun melayu lama. Selain itu, kesan positif yang dapat dilihat sekarang ini ialah dari aspek ekonomi. Hal ini kerana ekonomi negara kita sedang membangun setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai contohnya dari segi pendapatan rakyat pada masa kini telah mencapai tahap yang memuaskan berbanding dahulu yang hanya bergantung kepada kegiatan pertanian sahaja. Oleh itu, perubahan yang berlaku memberi kesan baik kepada seluruh rakyat. Namun, disebalik pembangunan yang mapan, terdapat kesan negatif yang dapat diperhatikan. Pada pandangan saya, keadaan yang jelas nyata lagi bersuluh adalah masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat sekarang. Masalah sosial yang tidak terkawal ini seakan-akan memberi gambaran bahawa masih terdapat masyarakat melayu yang tidak bertamadun dari segi pemikiran. Sebagai contohnya, kadar kes pembunuhan, rogol dan sebagainya semakin hari semakin bertambah. Adakah ini yang menjadi tanda kepada kemajuan negara? Selain itu, antara kesan yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini disebabkan oleh faktor negara yang mengamalkan dasar

116

MELAYU BARU MELAYU LAMA terbuka menyebabkan rakyat melayu mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak mempunyai pegangan hidup. Penerapan unsur-unsur negatif amat mudah dan cepat diterima oleh masyarakat melayu. Oleh hal demikian kemajuan yang dicapai oleh negara tidak seharusnya dicemari dengan perkara-perkara yang tidak elok itu. Secara peribadinya, saya berpendapat negara pada masa ini hanya mencapai kemajuan dari segi pembangunan sahaja tetapi tahap mentaliti masyarakat melayu boleh dianggap tidak mencapai perubahan yang diinginkan seiring dengan pembangunan negara pada hari ini”.

Soalan : Apa pandangan anda tentang melayu baru melayu lama? Responden 7 Jantina : Perempuan Semester : 2 “Pada pandangan saya melayu baru lebih banyak mengikut budaya barat yang jauh berbeza dengan adat dan budaya timur. Masyarakat melayu baru kini lebih cenderung mengamalkan kehidupan mengikut arus permodenan dan peredaran zaman yang lebih banyak menggunakan teknologi moden berbanding melayu lama yang lebih suka mengamalkan kehidupan secara tradisional. Contohnya dapat dilihat kebanyakan melayu lama atau lebih dikenali generasi lama lebih cenderung untuk tinggal di kampung, desa-desa dan kawasan luar bandar sebaliknya melayu baru lebih gemar tinggal menetap di bandar-bandar besar. Selain itu, semangat kejiranan dan perpaduan dalam masyarakat melayu lama lebih kukuh dan utuh sehingga kini berbanding melayu baru. Perkara ini dapat dilihat melalui majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis berkhatan dan sebagainya dilakukan secara bergotong royong dan beramai-ramai antara penduduk setempat, segala aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan dan kerjasama dari penduduk setempat yang secara tidak langsung dapat mengeratkan silatulrahim antara penduduk. Sebaliknya jika di lihat melayu baru kini lebih cenderung mengamalkan kehidupan bersendirian tanpa menghiraukan jiran disebelah apatah lagi penduduk setempat dan dalam melakukan sesuatu majlis lebih suka melakukannya secara bersendirian dan segala kelengkapan majlis hanya ditempah melalui khidmat ‘catering’. Penduduk setempat hanya dijemput untuk menghadiri majlis pada hari majlis berlangsung sahaja. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan sikap masyarakat melayu baru yang kurang mengamalkan sikap perpaduan”.

117

MELAYU BARU MELAYU LAMA Responden 8 Jantina : Perempuan

Semester : 2 “Pada pandangan saya melayu lama ini masyarakatnyal ebih mengamalkan adat resam, lebih kolot dalam cara pemikiran mereka berbanding me layu baru iaitu mereka menganggap perempuan tidak perlu belajar tinggi dan mereka hanya digalakkan menerima pelajaran hanya menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) kerana mereka hanya digalakkan duduk di dapur sahaja. Semangat perpaduan masyarakat dalam melayu lama ini ada juga tapi hanya sedikit sahaja tetapi semangat nasionalismenya lebih kukuh seperti mereka sanggup mengadaikan nyawa demi memperjuangkan tanah air. Bagi melayu baru pula, pemikiran mereka lebih bersifat terbuka iaitu lelaki dan perempuan adalah sama taraf dalam segala hal bagaikan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bilangan masyarakat yang mengamalkan semangat nasionalisme pada zaman ini adalah sedikit dan kebanyakkannya nak muda tidak mempunyai semangat dalam mempertahankan negara. Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat sekumpulan anak muda sanggup membakar bendera negara kita dan ini menandakan mereka tiada semnagat dalam cintakan tanah air yang rata-rata masyarakatnya adalah golongan melayu”. Soalan : Benarkah dakwaan sesetengah orang yang menyatakan bahawa golongan orang Melayu ini adalah merupakan satu bangsa yang pelik. Jika mereka sudah berpangkat, mereka mudah lupa daratan dan hilang pendirian kerana mabuk dengan kuasa sehingga akhirnya bangsa sendiri menjadi mangsa?.

Responden 9

Jantina

: Perempuan

Semester : 2

“Benar, Bagi pendapat saya, ini adalah kerana mereka yang sudah berpangkat ini merasakan diri mereka cukup bagus berbanding dengan orang bawahan. Hal ini kerana kemewahan yang beliau ada mungkin beliau menganggap beliau dapat memiliki semua benda yang ada di dunia ini. Oleh yang demikian, perasaan megah dan meninggi diri yang sangat menebal pada golongan itu, mereka memilih jalan yang mudah dengan melakukan penindasan terhadap golongan bawahan dalam membuat sesuatu kerja hanya sekadar untuk kepentingan mereka

118

MELAYU BARU MELAYU LAMA sahaja. Perasaan benci dan hina terhadap golongan bawahan menjadikan golongan atasan lupa daratan dan asal-usul mereka. Selain itu, mungkin beliau berfikir dan merasakan bahawa berkawan dengan golongan bawahan tidak mendatangkan apa-apa faedah malah menimbulkan kesusahan kepada mereka. Sebagai contoh, kesusahan golongan bawahan dari segi kewangan, jika golongan atasan mempunyai saudara bermasalah seperti ini, mereka menganggap perkara itu menyusahkan mereka kerana terpaksa menanggung derita yang dialami oleh saudaranya tersebut. Oleh yang demikian, mereka mengambil jalan yang mudah untuk berkawan dengan golongan yang setaraf dengan mereka seperti mana yang kita ketahui bahawa kebanyakkan golongan ini terdiri daripada kaum Cina. Hal ini menyebabkan golongan bawahan menjadi mangsa (dimonopoli oleh bangsa Melayu). Pengaruh budaya atau anasir-anasir barat turut mempengaruhi fikiran manusia seperti mengubah sikap ketimuran yang dahulunya ada pada mereka sudah lenyap disebabkan oleh pangkat dan kedudukan yang dimiliki. Hal ini menyebabkan golongan ini lupa akan asal-usul nenek moyang mereka yang sentiasa menjaga tingkah laku dan sikap berbudi kepada orang sejak turun temurun lagi agar kita sebagai penyambung warisan mengikut jejak langkah mereka. Kebanyakkan golongan atasan sangat terpengaruh denagn golongan bangsawan di negara asing yang lebih mementingkan diri sendiri. Hal ini menyebabkan golongan bawahan terkena dengan tempias tersebut disebabkan oleh bangsanya sendiri. Oleh itu, bagi golongan atasan yang telah lupa daratan sepatutnya berfikir secara rasional atau waras supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya yang boleh merosakkan minda manusia dari yang baik kepada minda yang terpesong. Perkara ini terjadi adalah untuk kepentingan bangsa dan negaranya sendiri. Adakah beliau mahu melihat bangsa mereka sendiri ditindas oleh bangsa sendiri disebabkan perbezaan darjat dan pangkat. Hal ini kerana sebagai rakyat berpangkat, seharusnya membantu dan memberi contoh serta dorongan kepada golongan bawahan supaya mereka berjaya seperti golongan atasan”.

119

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Soalan : Secara umumnya, golongan Melayu lebih dikenali sebagai ‘Melayu mudah lupa’, ‘Melayu hilang maruah’ seperti rasuah, sifat yang cepat menuding jari, terlampau bergantung kepada bantuan orang lain, tidak mampu berdikari, dan terlampau mendapat bantuan daripada orang lain. Adakah dengan sifat-sifat ini akan membolehkan golongan Melayu berjaya mengubah sikap negatif tersebut dan kesan ke atas anjakan paradigma yang dilakukan? Responden 10 Jantina : Lelaki

Semester : 3 “Tidak. Hal ini kerana golongan Melayu terlampau dimanjakan oleh banyak pihak di Malysia seperti mendapat bantuan dari kerajaan dari segi kewangan. Perkara ini menimbulkan kesan yang negatif dan menyebabkan sikap masyarakat yang dimanjakan ini sukar diluntur dalam kalangan orang Melayu kerana mereka masih lagi tidak sedar akan sifat sebegitu hanya membawa kerosakkan akhlak pada masa akan datang. Segelintir orang Melayu masih lagi merasakan mereka berada dalam takuk yang selesa, padahal kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Masyarakat hendaklah sentiasa merasa bimbang dan takut akan sejarah lama berulang kembali. Sebagai contoh, Tanah Melayu akan dirampas oleh pihak penjajah semula akibat sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri tanpa memikir akan keamanan negara yang kita rasai pada masa kini. Sepatutnya golongan Melayu perlu mengambil anjakan paradigma yang lebih positif agar tanggapan negatif masyarakat terhadap golongan Melayu akan terpadam jua suatu hari nanti. Golongan Melayu hendaklah bangun dan sedar akan keamanan yang kita rasai. Oleh yang demikian, kita sebagai golongan Melayu yang prihatin terhadap bangsa dan negara, sepatutnya berusaha sendiri agar kita turut merasa akan kesusahan yang ditanggung oleh golongan Melayu pada zaman penjajahan. Melalui cara ini, ia dapat mengubah fikiran masyarakat dari sifat yang negatif kepada positif supaya golongan Melayu dikenali dengan golongan yang mampu berubah menjadi masyarakat yang bersatu padu dan bersemangat mencapai kemajuan negara. Selain itu, ia juga dapat membentuk jati diri masyarakat yang tinggi dan akan dapat memartabatkan Melayu di mata dunia sekaligus menjadi golongan Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang”.

120

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 9
KAJIAN KES I.
Monday, August 13, 2007 Perangai bergantung kepada diri sendiri

Penulis : Pendita Za'ba Tahun : 2005, cetakan ketiga Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Muka surat : 103

121

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Lemah peribadi adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Pendita Za'ba dalam buku ini melihat kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantung harapan kepada orang lain. Melayu juga cenderung meminta bantuan dan mencari pertolongan orang lain. Bab pertama buku ini dimulai dengan petikan maksud ayat 2 dari surah Al-Mulk yang bermaksud, "Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana Dia hendak menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." Kecenderungan Za'ba melihat perkaitan agama dan perangai dalam masyarakat Melayu mungkin kerana pengaruh reformasi Islam Mesir dan pergerakan Turki Muda ketika itu. Beliau bermula dengan menulis artikel-artikel yang pendek untuk majalah Lembaga Melayu, Pengaruh dan al- Ikhwan pada 1917. Antara kandungan yang menarik dalam buku ini ialah pendapat beliau megenai sikap bergantung kepada diri sendiri yang menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau mundur. Kejayaan dan kemenangan bergantung kepada diri sendiri dari segi amal usaha dan Tuhan tidak pernah menyuruh manusia untuk berharap kepada sedekah tahlil dari orang yang masih hidup apabila telah mati nanti. Za'ba menilai Melayu ketika itu masih kurang sifat kuat berusaha, bekerja dan membuat sendiri usaha sesuatu pekerjaan berdasarkan kebolehan sendiri. Mengakui kelemahan diri tetapi tidak pula berusaha untuk keluar daripada keadaan tersebut. Contohnya, jika hendak memasukkan anak ke sekolah, kerapkali hendakkan perkhidmatan yang percuma, mengaku miskin, tidak tahu berusaha dan tidak pandai berjimat-cermat mengumpulkan wang untuk menyekolahkan anak-anak. Perkataan yang amat popular ialah "Tolonglah!" Perbandingan Melayu dan bangsa-bangsa lain amat mempengaruhi keadaan ketika itu hinggakan Za'ba menyifatkan bangsa-bangsa lain sanggup berusaha dengan bersungguhsungguh melalui berkebun sayur, menjual kayu api, air batu, mengayuh beca, menahan lapar dan membayar pendidikan anak-anak mereka bagi setiap yang diminta. 122

MELAYU BARU MELAYU LAMA Ketika mereka ini datang sebagai 'sengkek" - tanpa ada wang dan harta, hanya tulang dan akal ikhtiar serta kebolehan diri lalu mengumpul wang, membuka kedai sehingga memenuhi pekan kecil dan besar. Semua keadaan tersebut disebabkan bangsa-bangsa ini berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa mereka boleh melakukannya sendiri. Ulasan Editor Buku : Za'ba adalah salah seorang pejuang Melayu yang ingin melihat bangsanya berubah dan maju. Pengamatannya terhadap kelemahan dan tertinggal di belakang disebabkan oleh sikap dan perangai yang ada pada mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri," demikian maksud dari surah Ar-Raad ayat 11. Profesor Diraja Ungku Aziz kerap merujuk buku ini dalam ucapan atau tulisan beliau apabila memperkatakan mengenai perubahan sikap orang Melayu. Biar apa pun yang dikatakan oleh Za'ba, perubahan sikap sangat berkait dengan pemikiran. Jika perubahan hendak dibuat, pemikiran harus menjadi fokus. Pelaksanaan perubahan yang paling berkesan ialah pendidikan. Justeru, memperkasa pendidikan adalah syarat membentuk bangsa yang berfikir.

123

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN I.
Setelah mengkaji isu ini, kita tidak dapat dinafikan bahawa kebenaran yang dinyatakan oleh Pendita Za'ba dalam penulisannya. Hal ini kerana, memang segolongan masyarakat Melayu masih terpinggir dalam kehidupannya walaupun ada disediakan pelbagai kemudahan untuk memajukan tahap kehidupan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor diri mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak ada niat untuk maju dalam hidup mereka dan terpaksa menjalankan hidup sebagai miskin. Isu ini juga pernah dikatakan oleh Ybhg Dato' Reezal Merican Naina Merican Presiden GPMS semasa berucap dalam majlis Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPSM), dengan tajuk ucapan 'Memperkasa Pendidikan Mempertahan Kemerdekaan'. Beliau juga menegaskan bahawa sebagai masyarakat kita perlu berjuang untuk memantapkan pendidikan anak bangsa dalam menempuh hambatan dan cabaran baru. Seperti pepatah Melayu, 'ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama hanyut, terendam sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai serai'. Sementara itu, kita juga tidak dapat menafikan kekuatan yang dimiliki oleh anak Melayu pada zaman ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan kecemerlangan akademik mereka serta yang ingin menceburi bidang-bidang yang lebih profesional seperti sains dan teknologi, ekomomi dan undang-undang. Selain itu, mereka juga tidak berminat dalam bergantung diri kepada orang lain. Sekiranya, kita mengkaji pernyataan ini tentu kita dapat banyak maklumat dari segi positif. Sebagai anak bangsa, anak-anak muda haruslah menghayati objektif Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kesimpulannya, kemajuan dan perkembangan sesebuah bangsa terutamanya orang Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. Semua orang mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas sikap dan kebodohan akal budaya yang ditunjukkan oleh Pendita Za'ba dalam penulisannya . Kita beranggapan, ada had kepada senda gurau; ada batas yang perlu kita jaga saat kita berbicara.

124

MELAYU BARU MELAYU LAMA

KAJIAN KES II.
TONGKAT
Melayu yang sudah ke pucuk harus mengenal akar melihat reranting memandang dedaunan tidak melupakan tanah. Melayu yang menuju ke puncak jangan mengharap baja subsidi atau mengharap agihan anak benih percuma belajarlah membuat klorofil sendiri dengan cahaya mentari, air dan angin. Melayu yang sudah reranting jadilah reranting yang kukuh biar kecil bersatu, agama, teguh, utuh yang tidak mudah patah semangat yang tidak lemah yang tidak putus asa yang tidak jemu usaha Melayu yag sudah jadi pepohon jadilah pepohon yang tegak kerana kekuatan jati asli yang tidak pantas melatah yang tidak gopoh menunding jari yang tidak kaya hasad dengki yang tidak cepat yang tidak cepat keji caci Melayu tangan lagi berdiri dengan tongkat cemas tetapi jadilah pembuat emas.
Zharulnizam Shah Z.A Kota Segamat, Johor Mingguan Malaysia 7 Jul 2002

125

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN
II
Karya penulisan sajak oleh Zharulnizam Shah Z.A ialah merupakan sebuah sajak yang dihasilkan oleh beliau sejurus selepas menonton siaran Perhimpunan Agung UMNO ke-56. Sajak hasil karya beliau ini ialah bertajuk “ Tongkat ”. Sajak ini berkisar atau mengulas sedikit sebanyak mengenai keadaan golongan Melayu khususnya pada masa kini. Rangkap pertama memberikan peringatan dan nasihat kepada golongan Melayu mengenai corak kehidupan yang dijalani oleh mereka. Nasihat yang diutarakan dalam rangkap pertama ialah memberi peringatan kepada golongan Melayu mengenai diri mereka terutamanya ketika mereka sudah pun berada di tahap atau kedudukan teratas, ditangga kejayaan dan mempunyai pangkat serta darjat yang tinggi. Golongan Melayu tersebut haruslah tidak melupakan orang-orang Walaubagaimanapun rangkap kedua menerangkan mengenai sikap orang Melayu apabila mereka sedang berusaha untuk menuju ke puncak bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Golongan ini diperingatkan dan dinasihatkan agar tidak terlalu berharap dan bergantung kepada bantuan atau sumbangan orang lain dalam mencapai sesuatu kejayaan tersebut. Hal ini sebagai contohnya, mereka tidak perlu mengharapkan dan bergantung seratus peratus kepada bantuan serta pertolongan daripada orang lain contohnya bantuan baja subsidi dan anak benih percuma daripada pihak kerajaan apabila ingin melaksanakan sesuatu pekerjaan. Mereka dinasihatkan agar belajar berdikari dengan hasil keringat dan daya usaha mereka sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara. Golongan Melayu juga diingatkan agar menjadi sesorng insan yang mempunyai kelengkapan yang sempurna dalam pelbagai aspek. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang kukuh, bersatu padu pada agama, teguh dan utuh dalam setiap perkara yang dilakukan oleh mereka walaupun pada masa tersebut mereka berada pada kedudukan yang rendah dan tidak mempunyai pangkat serta darjat. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai semangat yang kuat seperti tidak mudah berputus asa, lemah dalam segala hal serta tidak mudah jemu dalam melaksanakan usaha walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang.

126

MELAYU BARU MELAYU LAMA Rangkap yang terakhir menyentuh mengenai keadaan orang Melayu apabila mereka sudah menjadi dan mempunyai kuasa atau pangkat darjat yang kukuh mereka hendaklah menjadi ketua yang bertanggungjawab. Mereka haruslah berani dengan kekuatan yang imiliki oleh mereka dan tidak akan cepat melatah apabila sesuatu masalah melanda. Selain itu, mereka juga tidak boleh menunding jari menyalahkan mana-mana pihak dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Perasaan negative dalam kalangan orang Melayu seperti hasad dengki dan sifat yang keji seperti mencaci haruslah dielakkan apabila mereka berada di tangga atau di mercu kejayaan. Golongan Melayu turut dinasihatkan agar tidak dikenali oleh bangsa-bangsa lain dengan kelemahan tetapi golongan Melayu seharusnya menunjukkan serta menggambarkan diri mereka sebagai bangsa yang kaya dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, jika tiada ajakan paradigma Melayu, bangsa Melayu akan menjadi sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan tidak bersempadan. Kita perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bagi melayakkan diri kita untuk memainkan peranan ini, kita perlu memperkuatkan diri serta bangsa kita dan bekerjasama rapat dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita.

127

MELAYU BARU MELAYU LAMA

KAJIAN KES III Melayu terus bergayut dengan bantal busuknya
oleh Lanh sumber: Harakahdaily.net Thursday, July 21 @ 14:51:17 MYT

MANUSIA lahir dengan tangan kosong. Manusia juga akan kembali dengan tangan kosong. Sepanjang perjalanan kehidupan daripada saat lahir ke detik kematian, seseorang itu menghimpun segala-galanya – daripada harta benda, anak pinak, ilmu pengetahuan, amal baik dan buruk, dosa serta pahala. Antara harta seorang bayi ialah botol susunya, kemudian pada zaman kanak-kanak ada bantal busuk, seterusnya ada permainan, beg sekolah, waktu bujang ada bilik sendiri, kemudian kereta, rumah, saham dan akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan harta bernilai berjuta-juta ringgit. Sesetengahnya pula meninggalkan dunia tanpa apa-apa selepas diisytiharkan muflis. Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idolanya. Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya. Keperluan orang Melayu untuk bergantung kepada legendanya, tergambar daripada perbualan penulis dengan beberapa orang pelawat Perigi Hang Tuah ketika berehat-rehat di 128

MELAYU BARU MELAYU LAMA beranda Masjid Duyong, Melaka selepas solat zuhur baru-baru ini. Mereka bertanya, adakah penulis orang tempatan, dan kemudian memuji, berkata orang Kampung Duyong adalah keturunan Hang Tuah, pahlawan Melayu termasyhur itu. Secara kebetulan sumur lama yang digelarkan ‘Perigi Hang Tuah’ ada di kampung itu. Kehebatan dan kemasyhuran Hang Tuah menjadi idola orang Melayu, dulu dan sekarang, terutama kepada yang berpegang kepada slogan ‘dulu, kini dan selamanya’. Penulis tersenyum sendirian, teringat satu kisah yang ditulis berdasarkan satu tinjauan sendiri di 'kampung Hang Tuah' itu hampir 20 tahun lalu. Berdasarkan tinjauan dan daripada perbualan orang-orang tua kampung itu, apa yang dinamakan ‘Perigi Hang Tuah’ itu sebenarnya tidak wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan. Telaga dihebohkan sebagai ‘Perigi Hang Tuah’ itu hakikatnya hanyalah tempat mandian dan sumber air penduduk bernama Mat Segel dan keluarganya pada zaman sebelum merdeka. Ia menjadi masyhur selepas airnya dikatakan menjadi penyebab sembuhnya penyakit seorang pelawat dan bertambah terkenal apabila dikepung dan dibina tembok di sekitarnya oleh seorang tabib Cina yang digelar penduduk kampung sebagai ‘Nyonya Lilin’ pada tahun 60-an dan 70-an. Tetapi disebabkan orang Melayu bagaikan kanak-kanak yang memerlukan bantal busuknya, maka perigi lama itu ‘dinaik taraf’, sekali gus diiktiraf sebagai ‘Perigi Hang Tuah’, dan dicatatkanlah kononnya di perigi itulah Hang Tuah mandi-manda manakala di kawasan sekitarnya adalah tempat Hang Tuah membesar. Hang Tuah adalah idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar hidup atau wujud sebagaimana yang digambarkan (keperkasaan dan kehebatan), perkara itu tidak dapat dibuktikan. Tetapi Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang dan Mahameru. Zaman berubah, sepanjang sejarahnya, Melayu berusaha mendekatkan diri dengan idolanya. Idola Melayu turut berubah daripada Hang Tuah yang digambarkan sentiasa berkeris kepada ‘pahlawan’ Melayu berkot dan bertali leher atau berpakaian Melayu bersampin dengan ‘brief case’ dan ‘hand set’nya. Melayu baru adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang Tuahnya (perhatikan bagaimana Melayu baru tetap bangga dengan keris seperti yang dipertunjukkan dalam perhimpunan agung sebuah parti Melayu), dan juga sikap PhDnya (perasaan hasad dengki) tetapi mencari idola sampingan untuk disesuaikan dengan zamannya. Melayu baru mungkin menjadikan tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad sebagai idola. Tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor universiti.

Melayu dambakan wira, idola, mentor

129

MELAYU BARU MELAYU LAMA Melayu baru yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan ‘apa-apa yang diajarkan datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu unsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong. Dalam pencarian Melayu terhadap hero (wira), mentor,idola, tokoh korporat dan politik sanjungan untuk menjadi payung dan sandarannya, ada sejenis lagi Melayu yang mencari pelindung di kalangan manusia sesat bertopengkan agama; ada yang mengaku Rasul, Nabi umat Melayu, Ayah, Penyelamat dan sebagainya. Mungkin Melayu yang begitu sibuk mencari hero, idola dan mentor inilah menjadi penyebab mengapa rancangan realiti TV kini macam 'pisang goreng panas'. Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat, nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu. Tidak hairanlah jika banyak Melayu baru ‘kaki ekor’ (tahi judi) dan ramai pula membiarkan banyak masjid besar dan indah, kosong pada kebanyakan waktu. Slogan-slogan seperti ‘hanya……saja mampu buat itu dan ini. Hanya ……saja yang mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu kepada idola dan pujaannya (ini termasuklah parti politik). Slogan berbentuk indoktrinasi inilah sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap kepada bantal busuknya. Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu. Kebanyakan menggunakan alasan, ‘itu adalah ajaran datuk-nenek (budaya) kita’ sedangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,’ mereka menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.’ “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?” Indoktrinasi ke atas orang Melayu begitu berkesan sehingga sebahagiannya tidak bergerak akal fikiran mereka – asyik memikirkan laba dunia – dengan semata-mata berpegang kepada idola, tidak lebih daripada kanak-kanak yang mahukan bantal busuk mereka sekalipun ia hapak, busuk dan meloyakan. Jika tiada ajakan paradigma Melayu, orang Melayu dikhuatiri akan terus kekal hanyut dengan idolanya itu tidak kira dalam apa bidang pun, sama ada politik, ekonomi, budaya dan sebagainya sekalipun parti Melayu terbesar di dunia terus bersidang saban tahun. Selagi Melayu tidak meninggalkan slogan ‘……dulu, kini dan selamanya’, jangan harap Melayu lama akan bertukar Melayu baru yang hidup bertunjangkan al-Quran dan hadis, bukannya menghunuskan keris lama ke udara seperti idola lamanya, Hang Tuah!

ULASAN
130

MELAYU BARU MELAYU LAMA

III
Artikel ini menerangkan tentang perubahan Melayu mengikut perubahan zaman. Contoh yang dikemukakan dalam artikel ini adalah idola yang menjadi contoh kepada masyarakat melayu pada zaman dahulu dan kini. Pada zaman melayu lama, idola yang menjadi contoh ialah Hang Tuah. Hal ini terjadi kerana Hang Tuah merupakan seorang yang popular pada zaman dahulu. Sifat yang ada pada diri Hang Tuah ingin ditiru oleh masyarakat melayu zaman dahulu. Hal ini sesuai dengan keinginan setiap insan yang mengkehendaki idola dalam perjalanan hidup mereka. Masyarakat melayu lama menjadikan Hang Tuah sebagai idola mereka mungkin disebabkan oleh sifat kepahlawanan yang ada pada diri Hang Tuah. Sifat kepahlawanan ini telah mempengaruhi masyarakat melayu lama dan telah mengubah pemikiran mereka. Hal ini bermakna pemikiran melayu adalah mudah berubah dan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang ditunjukkan oleh orang-orang yang berpengaruh dan popular seperti Hang Tuah. Masyarakat melayu mendambakan idola dan mereka merasakan tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idola ibarat ’kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya’. Hal ini menyebabkan masyarakat melayu terlalu bergantung dan suka meniru sifat yang ada pada seseorang itu contohnya sifat yang ada pada Hang Tuah seperti kehebatan dan keperkasaannya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa dengan adanya idola, masyarakat melayu lama akan mencontohi idola-idola yang dipujanya dalam kehidupan masing-masing. Dalam Masyarakat melayu baru pula, pengikutan budaya memuja idola telah diteruskan ibarat ’melayu terus bergayut dengan bantal busuknya’. Masyarakat Melayu baru pula mungkin menjadikan tokoh seperti Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola. Tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor universiti. Sekarang ini, Mawi iaitu artis yang lahir dari program realiti tv iaitu Akademi Fantasia 3 adalah seorang artis yang dipuja-puja oleh masyarakat melayu kini.

131

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Seperti yang sedia maklum, AF3 kali ini, ada sedikit kelainan. Kelainannya mungkin kerana kepopularitian seorang peserta yang kini mendapat undian tertinggi, dikatakan mempunyai karisma yang boleh dijadikan idola. Seperti yang kita tahu juga, Mawi merupakan qari dan dikatakan mempunyai sedikit imej Islam yang dibawanya. Buat masa sekarang, gelombang ’tsumawi’ telah melanda minda masyarakat sekarang. Bagi pandangan saya, saya menyifatkan Mawi, peserta akademi fantasia 3 sebagai role model generasi muda melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri melayu dan keagamaan ke dalam dunia hiburan. Hal ini kerana saya melihat Mawi adalah sebagai seorang yang bersahsiah Islam dan melayu yakin dan selesa dengan dirinya serta berorientasikan ”world” yang disukai anak muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru tetapi menjadi cerminan sebahagian daripada anak muda. Bagaimanapun, Mawi perlu kekalkan penampilan ikhlas yang ada sekarang seperti berketayap, pakai kain pelekat, berzanji, kental ajaran agama termasuk menjadi qari. Hal ini perlu supaya melayu baru dapat mengekalkan budaya timur dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat. Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, saya akui Mawi juga boleh dijadikan idola yang baik untuk generasi muda melayu yang umumnya memang asyik dengan dunia hiburan. Selain itu, penampilan Mawi yang membawakan unsur keagamaan ini boleh menerapkan atau membangunkan budaya positif dalam kehidupan masyarakat melayu sekarang. Maka dengan ini, jelaslah bahawa idola memainkan peranan penting dalam mengubah pemikiran masyarakat melayu sekarang mahupun masyarakat melayu dahulu. Jadi, betullah apa yang dijelaskan oleh artikel ini bahawa ’melayu terus bergayut dengan bantal busuknya’ kerana melayu baru masih mengekalkan corak cara hidup melayu lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang melayu itu, ia masih mengekalkan apa yang diajar oleh datuk neneknya. Namun begitu, persepsi ini perlu diubah supaya melayu tidak terus hanyut dengan idolanya semata-mata tidak kira dalam apa bidang pun sama ada politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.

KAJIAN KES

132

MELAYU BARU MELAYU LAMA

IV
IMPIAN SAYA
"Saya mempunyai satu impian Apabila seorang pelajar dapat menyumbangkan satu laman Berkenaan apa-apa bidang ilmu Dalam bahasa Melayu Maka bertambahlah satu lagi bidang ilmu dalam bahasa Melayu. Dalam impian saya Sekiranya pelajar tersebut Mengajak seluruh 40 rakan sekelas Membina laman web berbahasa Melayu Maka terdapatlah empat puluh laman web ilmu dalam bahasa Melayu. Impian saya seterusnya Sekiranya pelajar tersebut Mengajak seluruh rakan tingkatan 4 kelas dalam satu sekolah Membina laman web berbahasa Melayu Maka terdapatlah seratus enam puluh laman web ilmu dalam bahasa Melayu. Mungkinkah impian saya berkembang Sekiranya pelajar tersebut Mengajak 1,000 sekolah melakukan perkara yang sama Membina laman web berbahasa Melayu Maka terdapatlah seratus enam puluh ribu laman web ilmu dalam bahasa Melayu. Maka tidak hilanglah bahasa Melayu Maka tidak lenyaplah bangsa Melayu

ULASAN
133

MELAYU BARU MELAYU LAMA

IV
Penulis dalam puisi ini menerang tentang beliau mempunyai satu impian dalam membina laman web berbahasa melayu dan berharap bahasa melayu ini tidak akan hilang dan lenyap begitu sahaja. Penulis ini juga mengatakan bahawa apabila seorang pelajar dapat menyumbangkan satu laman tentang apa-apa bidang ilmu dalam bahasa melayu dan ia dapat menambahkan lagi bidang ilmu dalam bahasa melayu ini. Sekiranya pelajar itu mengajak kawan sekelasnya seramai 40 orang dalam membina laman web dan laman web berbahasa melayu ini akan bertambah. Laman web ini juga dapat bertambah sekiranya pelajar itu mengajak semua rakan tingkatannya itu membina laman web ini dan ia juga akan bertambah sekiranya pelajar ini mengajak 1000 buah sekolah melakukan perkara yang sama. Maka bahasa melayu ini tidak akan lenyap dan hilang begitu sahaja.

KAJIAN KES
134

MELAYU BARU MELAYU LAMA

V
Lirik - Warisan (Versi Tanpa Potongan)

Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Peribumi merintih sendiri. Kita rumpun bangsa Melayu, Menganut agama yang suci, Semangat bangsa berlandaskan Islam, Teras capai kemerdekaan. Masa depan sungguh kelam, Kan lenyap peristiwa semalam, Tertutuplah hati terkunci mati, Maruah peribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa, Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati, bersama berbakti, Pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa, Bangunlah dengan gagah perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara

ULASAN
135

MELAYU BARU MELAYU LAMA

V
Secara keseluruhan, sajak ini berkait rapat mengenai penjajahan yang berlaku terhadap Tanah Melayu sebelum merdeka. Penyajak mengimbas kembali zaman penjajahan yang dikuasai oleh pihak penjajah atau kuasa asing. Beliau menyatakan bahawa pelbagai jenis penindasan yang dilakukan oleh penjajah dalam menguasai Tanah Melayu. Rakyat di Tanah Melayu tidak terbela malah dianaktirikan dan melakukan penzaliman terhadap rakyat Melayu. Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar. Sebagaimana dalam penyataan seperti ini, kenapa nak tolong pelajar melayu atau Islam. Kenapa nak manjakan mereka? Kenapa nak suap? Kenapa perkara yang sama orang cina buat, kita tak cakap apa, memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila nak tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini. Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri. Kadang-kadang menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan kerja. Pelajar Melayu akan berubah sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguhsungguh, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kiranya ia adalah satu dorongan yang positif. Orang Melayu cuma akan sedar atau insaf bila datang dari keluarga susah. Mak ayah penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup. Bila masuk dunia pekerjaan, walaupun kita sama kelayakan dengan mereka, mimpilah kita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka. Bila kena tipu dengan Cina, pernah tidak kena tipu dengan Cina bila beli barang? Ya, banyak kali pula tu. Beli rumah pun kene tipu. Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya. Bila diri sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang Cina. Melayu adalah bangsa individualism. Bila tengok orang lain kena pukul, biar sahaja. Bukan keluarga aku yang kena. Orang Melayu perlu menjadi bangsa yang berani dan jangan takut pada bangsabangsa lain kerana masing-masing ada hak sendiri. Orang Melayu memang senang dipijak, pijak banyak kali pun tidak kisah. Apabila mengimbas kembali pada zaman jajahan, Parti

136

MELAYU BARU MELAYU LAMA Komunis Malay ditubuhkan untuk tujuan macam mana. Adakah untuk memerdekakan Tanah Melayu? Inilah persoalan yang sentiasa bermain oleh rakyat di Tanah Melayu pada zaman dahulu. Betapa seksanya hidup yang mereka tanggung tanpa belas kasihan dari pihak penjajah. Kesimpulannya, setelah sekian lama menahan derita yang ditanggung, rakyat Melayu sepatutnya mengubah minda menjadi berani dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan agar kita memperolehi hidup yang aman tanpa kuasa penjajah. Oleh itu, rakyat perlu bersemangat dan sedar dengan adanya keyakinan dan keberanian, tidak mustahil Tanah Melayu dapat bebas dari kuasa asing. Maruah yang telah tergadai hendaklah kembali semula untuk melahirkan generasi yang lebih terbuka mindanya. Orang Melayu hendaklah bangkit menentang penjajah supaya segala Tanah Melayu dapat dikuasai oleh pihak dalam negara kita sendiri. Rakyat digesa supaya tidak terus ditindas oleh pihak penjajah malah terus berusaha dan yakin Melayu akan megah bersemi di persada Tanah Melayu.

BAB 10
137

MELAYU BARU MELAYU LAMA

KESIMPULAN
Bangsa Melayu ialah sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan tidak bersempadan. Oleh yang demikian, bangsa Melayu perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bangsa Melayu perlu memperkuatkan diri dan bangsa serta bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita dalam negara ini. Benteng dan pertahanan yang kuat dalam diri bangsa Melayu ialah penting untuk menjamin kelangsungan bangsa Melayu di atas muka bumi ini. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu itu sendiri yang berbunyi “Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”. Agama islam harus dijadikan asas atau tunjang dalam kehidupan masyarakat Melayu bagi menjamin kelancaran hidup di dunia mahupun di akhirat. Hal ini demikian kerana pegangan agama islam yang utuh dalam diri masyarakat Melayu akan menjadi petunjuk dalam menemukan jawapan ke atas segala persoalan hidup. Transformasi daripada Melayu lama kepada Melayu Baru akan banyak memberikan kesan dan pengaruh ke atas bangsa Melayu dalam pelbagai aspek. Kesan positif dan negatif daripada perubahan tersebut perlu ditangani dan diuruskan dengan memggunakan pemikiran berorientasikan akal yang bijak dan rasional. Oleh yang demikian, bangsa Melayu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam segala aspek tidak mustahil akan terlaksana dan mampu direalisasikan suatu hari nanti.

.

BIBLIOGRAFI
138

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1931, Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kementerian Kebudayaan, Keceriaan dan Warisan Malaysia. Anwar Ibrahim, 1989, Anwar Ibrahim Menangani Perubahan, Berita Publishing Sdn. Bhd. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Dawana Sdn. Bhd, Selangor. Chamil Wariya, 2007, 50 Ikon Bangsa, Media Global Matrix Sdn. Bhd. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2006, Ke arah Melayu Glokal, Alaf 21 Sendirian Berhad, Selangor. Hashim Hj. Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Penerbit Universiti Malaya. Ishak Saat, 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Production Sdn. Bhd, Selangor. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie, 1997, Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Jawatankuasa Kolokium, 1991, Masyarakat Melayu Abad Ke-19, Percetakan Saufi, Kuala Lumpur. Kho Kay Kim, 1984, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof, 1983, Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Mohd. Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor. Mohd Yusof Hasan, 2004, Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu, Universiti pendidikan Sultan Idris, Perak. Muhammad Haji Muhd Taib, 1996, Melayu Baru, Visase Comunication Petaling Jaya. Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor. Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan1982. INTAN.

139

MELAYU BARU MELAYU LAMA Panel Penulis, 2002, Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Dawama Sdn. Bhd Selangor. Rahim Syam dan Norlie, 1985,. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti. Samri Sainuddin, 2003, Titas Tamadun Melayu, Quantum Books, Perak. S. Hashim Ahmad, 2005, Abdullah Badawi Menuju Kecemerlangan Hakiki, Juz’ Art, Kuala Lumpur. Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Shamsul Bahrin 1960, Malaya dalam Taw arikh Dunia. Saudara Sinaran Bros Berhad. Tan Ding Eing ,1975, Sejarah Malaysia dan Singapura. Fajar Bakti Tokoh-tokoh Melayu Lama. Diperoleh pada Mac 14,2008 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/ Hussein_Onn. Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripadahttp://ms. wikipedia.org/wiki/melayu pakaian tradisional melayu. Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripada http://ms.wikipedia. org/wiki/ Bahasa_Melayu_ berasal_ dari_Asia_Tengah. Wan Hashim Wan Teh, 1997, Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Zahidi Dato’ Zainol Rashid, 2003, Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Cetakan Ketiga Perpustakaan Negara Malaysia.

Internet (Akses 2008)
140

MELAYU BARU MELAYU LAMA http://web5.bernama.com/events/umno2005/news.my
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Art http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20wan%20Abd%20K adir.doc. http://www.stormloader.com/qsmjam/politik/rem22o.htm

http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=498
http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/aug2005/11aug02.html

http://wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawi http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad http://ms.wikipedia.org/wiki/Za%27ba http://hembusan.blogspot.com/2006_10_01_archive.html http://w3.spancity.com/yosri/Pengenalan.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/tunku_abdul_rahman http://ms.wikipedia.org/wiki/ungku_aziz

141

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->