You are on page 1of 11

UNIT 3 PENDEKATAN SELURUH PERKATAAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar akan dapat menerangkan pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa (whole language) membezakan beberapa kaedah dalam pendekatan seluruh perkataan menyenaraikan contoh langkah-langkah pengajaran pendekatan seluruh perkataan mencadangkan aktiviti untuk kanak-kanak belajar 2M mengguna pendekatan ini.
Dalam Bab 2 yang lalu anda telah mendapat penerangan tentang pendekatan abjad-fonik untuk mengajar 2M kepada kanak-kanak. Dalam kaedah abjad-fonik, pengajaran 2M bermula dengan kanak-kanak diajar nama dan bunyi setiap huruf abjad. Dalam Unit 3 ini mari kita lihat pula pendekatan seluruh perkataan dan contoh langkah-langkah pengajarannya.

Pendekatan mengajar awal membaca seluruh perkataan (whole word) atau seluruh bahasa (whole language)
Pendekatan abjad-fonik bermula pengajaran 2M dengan mengajar kanak-kanak mengenal huruf dan bunyikan huruf-huruf itu. Pendekatan seluruh perkataan pula pada amnya bermula dengan memperkenalkan murid sesuatu perkataan secara keseluruhannya dan menyuruh murid mengecam perkataan itu dan membacanya. Ertinya pendekatan s eluruh perkataan mengajar murid sesuatu per perkataan dahulu sebelum murid kenal abjad dan membunyikan huruf. Pendekatan ini dipanggil dengan beberapa nama, antaranya: pendekatan seluruh bahasa (whole language approach) pendekatan seluruh perkataan (whole word method), kaedah pandang dan sebut (look and say), pendekatan perkataan-ke-bunyi (word to sound/simbol approach) pendekatan cerakin perkataan (word analysis), Setiap nama di atas membayangkan variasi prosedur atau teknik mengajar awal membaca pendekatan jenis ini. Ini akan dijelaskan lagi kemudian. Pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa ini dibuat berdasarkan andaian atau kepercayaan berikut:

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 19

1. Membaca ialah satu kebolehan semula jadi (natural and almost instinctive process). Sejak lahir lagi kanak-kanak belajar kemahiran berbahasa: bahasa lisan iaitu mendengar dan bercakap perkataan dengan: ibu-bapa, abang, kakak, jiran dan sebagainya. Kanak-kanak bercakap mengguna perkataan yang bermakna. Mereka tidak pun sedar yang set iap perkataan itu terdiri dari bunyi-bunyi atau fonem khusus. 2. Kanak-kanak juga belajar bahasa isyarat iaitu seperti mereka cuba membaca isyarat emaknya; dan memberi erti kepada simbol-simbol gambar dan grafik di sekeliling mereka. Misalnya kanak kanak berumur tiga tahun sudah mula cam dan kenal jenama jenis motokar, simbol jenis makanan dan minuman, tanda-tanda jalan, warna lampu isyarat dan cam jenama alat permainan mereka. 3. Jadi kanak-kanak dari awal setahun lagi harus diajar membaca seperti mereka diajar bercakap, iaitu perkataan, ayat atau cerita. 4. Jadi kanak-kanak tidak perlu diajar huruf abjad dan sebutan bunyi huruf dan suku kata untuk mengajar mereka membaca dan menulis. Kanak-kanak boleh diajar terus mengecam perkataan dan faham erti perkataan itu, kerana mereka sudah mempunyai asas untuk memberi makna apa yang mereka baca. Perkataan baru akan diberi makna mengikut konteks. 5. Kanak-kanak berumur lima atau enam tahun ke atas yang belum boleh membaca dan menulis harus diajar bermula dengan perkataan secara keseluruhan (seperti bapa meja, cawan dan cerita) yang bermakna, bukan bahagian-bahagian bunyi kecil perkataan itu. Kanak -kanak tidak perlu diajar huruf dan bunyi huruf dahulu untuk mereka belajar membaca. 6. Ejaan tidak perlu diajar kerana ia tidak penting; apa yang penting ialah supaya kanak mengecam perkataan dan faham makna perkataan secara keseluruhannya. Mengikut Lapp dan Flood (1992), a whole-language approach represents a philosophy about reading. According to this philosophy, language is a natural phenomenon and literacy is promoted through natural, purposeful language function. It has as its foundation about language development as a constructive, meaning-oriented process in which language is viewed as an authentic, natural, real-world experience, and language learning is perceived as taking place through functional reading and writing situations From this point of view, language learning cannot be broken down into myriad isolated sub-skills... (p. 458, 459). Pendekatan seluruh bahasa atau seluruh perkataan ini berasaskan falsafah konstruktivisme atau perspektif teori psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak. Perkembangan kognitif atau intelek kanak-kanak ialah proses kanak-kanak memberi makna kepada pengalaman mereka. Kanak-kanak dari mula dilahirkan hingga kira-kira lima tahun sangat cepat belajar, termasuk bahasa. Mereka belajar dari pelbagai pengalaman mereka mendengar, melihat, menyentuh, merasa, menghidu. Mereka diajar oleh ibu-bapa dan orang di sekeliling mereka secara tidak formal. Kanak-kanak belajar bahasa lisan dan tulisan melalui perkataan -perkataan dan ayat-ayat yang mereka dengar atau mereka berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka. Yang penting ialah kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai interaksi positif dan yang memperkayakan bahasa dan perbendaharaan mereka.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 20

Ringkasnya: Mengikut pendekatan seluruh bahasa ini kanak-kanak atau murid perlu diajar membaca dengan mendedahkan mereka kepada perkataan supaya mereka mengecam perkataan (recognize word by sight) secara keseluruhannya. Ini bererti cara untuk mengajar kanak-kanak tidak bermula dengan mengenal huruf atau bunyi huruf, tetapi bermula dengan mengajar mereka melihat dan mengecam seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.

Beberapa variasi pendekatan mengajar 2M seluruh perkataan


Walaupun terdapat prinsip am dalam pendekatan seluruh perkataan, terdapat beberapa variasi kaedah dan teknik dalam pengajaran 2M pendekatan ini. Berikut ialah beberapa kaedah dan variasinya. 1. Kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman Salah seorang pengkaji dan penganjur kuat kaedah ini sejak 1964 ialah Glenn Doman. Beliau banyak menulis dan menerbitkan buku, pakej dan program membaca untuk kanak-kanak mengguna pendekatan seluruh perkataan ini. Glenn Doman menyatakan kanak-kanak boleh diajar membaca oleh ibu bapa mereka pada umur dua tahun lagi melalui teknik pandang perkataan ( recognize word by sight). Kanak-kanak ditunjukkan perkataan, memandang perkataan itu dan mengecam perkataan. Kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman ini ialah dengan mendedahka n kanak-kanak kepada perkataan yang ditulis pada kad dalam huruf kecil yang jelas seperti perkataan bahasa Inggeris di bawah, dan ibu atau guru mengajar satu perkataan satu sesi supaya kanak-kanak mengecam dan membaca perkataan itu. mummy nose daddy hair hand foot

Langkah-langkah asas 1. Apabila kanak-kanak dalam keadaan yang ceria, tunjukkan kepadanya kad sesuatu perkataan, misalnya kad perkataan mummy (bahasa Inggeris yang bererti ibu). mummy Ibu menunjukkan perkataan mummy kepada anaknya dengan membaca perkataan itu kepada anaknya. Kanak-kanak melihat perkataan itu dan menyebut perkataan itu bersama ibunya. Ibu beri pujian kepada anaknya itu.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 21

2. Ulang beberapa kali. Ulang pula waktu lain. Setiap sesi pelajaran ini mengambil masa kira-kira lima minit saja. 3. Setelah ibunya yakin anaknya sudah cam, kenal dan boleh membaca perkataan mummy ibunya mengajarnya pula perkataan daddy. daddy Proses yang sama diulang. Ibu menunjuk anaknya perkataan daddy dalam kad dan menyebut daddy kepada anaknya. 4. Setelah ibu yakin anaknya sudah kenal dan boleh membaca perkataan daddy ibunya mengajarnya pula perkataan hand. Proses yang sama diulang. 5. Seterusnya kanak-kanak diajar pula perkataan nose, foot dsb. Tidak ada masa tertentu yang terbaik untuk kanak-kanak diajar membaca. Mengikut Glenn Doman bagi kanak-kanak perkataan mummy daddy hand dan nose itu lebih konkrit dan bermakna berbanding dengan huruf abjad a b c. Jadi kanak-kanak lebih mudah belajar membaca (mengecam) perkataan, dan faham apa yang dibaca, jika kanakkanak diajar seluruh perkataan. Kanak-kanak tidak perlu diajar huruf dan bunyi huruf seperti pendekatan abjad/fonik. Dalam program mengajar membaca Glen Doman ini terdapat tujuh aras dan set perkataan yang diajar. Ini termasuk perkataan dan frasa seperti..... Kata Doman, dengan kanak-kanak diajar membaca sepatah perkataan setiap hari, atau beberapa patah perkataan dalam seminggu, kanakkanak akan dapat membaca banyak perkataan dan ayat dalam beberapa bulan. Mereka akan dapat membaca sendiri cerita setelah ia mengenal 120 patah perkataan dan ayat yang bermakna. Selepas itu, iaitu pada peringkat ketujuh iaitu terakhir barulah kanak-kanak diajar huruf-huruf abjad. Glenn Doman menyatakan A word about the alphabet. Why have we not begun by teaching this child the alphabet? ...The basic tenet of all teaching that it should begin with the known and the concrete, and progress from this to the new and the unknown, and last of all to the abstract. Nothing could be more abstract to the five year ald than the letter A. (p. 114-115) Pada suatu ketika dahulu (1980an dan awal 90an) pendekatan dan program Glenn Doman ini telah diguna oleh KEMAS di bawah program NURI untuk mengajar 2M Bahasa Melayu kepada kanakkanak prasekolah di Malaysia. Perkataan Bahasa Melayu digunakan terjemahan dari bahasa Inggeris, seperti ibu untuk mummy. bapa untuk daddy, tangan untuk hand, hidung untuk nose, dan sebagainya. Oleh sebab ramai guru prasekolah KEMAS mendapati kaedah Glen Doman kurang berkesan, kaedah ini telah diberhentikan penggunaannya.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 22

Aktiviti

Terangkan langkah-langkah asas pengajaran membaca yang dicadangkan oleh Glenn Doman. Buat demonstrasi pengajaran membaca mengguna kaedah ini.

2. Kaedah cerakin perkataan (word-analysis) Satu lagi variasi pendekatan seluruh perkataan ialah kaedah cerakin. Kaedah ini mencadangkan setelah murid diajar mengecam dan membaca sesuatu perkataan, mereka hendaklah diajar mencerakinkan atau menganalisis perkataan itu supaya mereka tahu bunyi setiap huruf dalam perkataan itu. Kaedah cerakin ini dipopularkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam 1980-an, untuk mengatasi masalah 2M murid sekolah rendah. Kaedah Cerakin ini telah diguna sebagai kaedah asas dalam Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1 KBSR (1981) untuk Sekolah Kebangsaan dalam tahun 1980-an. Langkah-langkah asas kaedah cerakin perkataan (word -analysis) 1) Guru memperkenalkan kepada murid suatu perkataan, misalnya perkataan meja dan menunjukkan perkataan itu dalam kad imbasan atau di papan tulis. (Gambar meja juga mungkin diletak di sebelah perkataan meja). meja Murid disuruh melihat perkataan meja dan guru menyebut meja dan diikuti oleh murid. Proses ini diulang beberapa kali untuk menentukan murid boleh mengecam dan membaca perkataan meja. 2) Guru mencerakinkan perkataan meja menjadi suku kata me ja Guru tunjuk dan sebut suku kata me dan ja, diikuti oleh murid. Murid mengulang menyebut suku kata ini beberapa kali sebagai latihan. 3) Guru mencerakin lagi suku kata supaya menjadi huruf. m e j a 4) Guru mengajar murid mengeja meja, supaya murid mengenal huruf dan bunyi setiap huruf meja . Perhatikan. Dalam Langkah 1 murid disuruh melihat perkataan meja secara keseluruhan supaya mengecam bentuk perkataan itu. Ini dibuat dengan bantuan kad imbasan perkataan meja dan gambar meja. Langkah 2, 3 dan 4 ialah proses mencerakin atau membuat analisis perkataan itu. Murid mengenal huruf dan bunyi huruf dalam konteks perkataan itu.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 23

Setiap hari murid diperkenalkan satu atau dua perkataan baru lagi, terutama perkataan berasaskan benda-benda di sekeliling mereka yang terdapat dalam bilik darjah murid. Misalnya setelah murid tahu membaca dan menulis perkataan meja mereka diajar pula perkataan kerusi. Guru mengguna langkah-langkah yang sama 1 4 di atas untuk mengajarnya. Murid akan diajar mencerakin perkataan kerusi: kerusi ke ru si k e r u s i Pada hari berikutnya guru memperkenalkan pula perkataan buku. Guru menyuruh murid membaca perkataan buku; kemudian mencerakinnya menjadi suku kata dan huruf untuk murid mengejanya. Selepas itu guru mengajar pula perkataan almari pembaris pemadam dan sebagainya. Ringkasnya langkah-langkah pengajaran kaedah cerakin boleh digambarkan sebagai berikut: perkataan

suku kata

huruf dan bunyi Kanak-kanak diajar mencerakin setiap perkataan yang diperkenalkan. Proses ini dibuat sehingga murid dapat mengecam dan mencerakin berpuluh patah perkataan. Guru mengharap murid boleh membaca sendiri buku cerita mudah selepas itu. Perhatikan setelah murid mengecam dan boleh membaca sesuatu perkataan seperti meja, murid tidak boleh membaca perkataan baru kerusi. Setelah murid boleh membaca perkataan meja dan kerusi dia tidak boleh dengan sendiri membaca perkataan buku jika guru tidak mengajarnya. Ertinya setiap perkataan yang murid membaca tidak membantunya membaca perkataan baru seterusnya. Kaedah Cerakin ini dipopularkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam tahun dalam KBSR (1980-an) untuk mengatasi ramai murid tidak boleh 2M. PPK telah memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru sekolah kebangsaan untuk mereka menggunanya bagi mengajar 2M murid Tahun 1. Kaedah ini juga digunakan oleh maktab-maktab perguruan pada masa itu sebagai salah satu kaedah untuk melatih guru mengajar 2M Bahasa Melayu KBSR di sekolah kebangsaan dalam tahun 1980-an. Dalam perlaksanaannya, ramai guru mendapati kaedah ini kurang berkesan, dan ramai murid tidak boleh membaca dan menulis Bahasa Malaysia. Guru kembali mengguna kaedah abjad untuk mengajar 2M kepada murid Tahun 1. Kaedah cerakin tidak digunakan lagi.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 24

Aktiviti

Terangkan langkah-langkah asas pengajaran membaca kaedah cerakin. Beri contohnya.

Variasi lain kaedah dan teknik mengajar pendekatan seluruh bahasa atau seluruh perkataan Ada beberapa variasi lain pendekatan seluruh perkataan ini. Ia berpunca dari soalan: apakah perkataan yang harus guru pilih dan mengajar murid membaca pada pengajaran awal membaca? Bagaimanakah guru harus mendapat dan memilih perkataan atau ayat untuk murid diajar membaca? Variasi kaedah seluruh perkataan ialah variasi dari segi sumber untuk memilih perkataan atau frasa yang hendak diperkenalkan kepada murid dalam pengajaran awal membaca. Ada beberapa pendapat tentang sumber dan cara mendapat perkataan untuk diajar murid membaca. Antara sumbernya ialah: a) Perkataan berasaskan gambar b) Perkataan berasaskan tema yang dibincangkan bersama murid. c) Perkataan dari cerita yang diceritakan oleh murid d) Perkataan dari cerita yang dibaca kepada murid (literature-based) Mari kita bincang dua punca di atas (a) dan (b). Sumber (c) dan (d) akan dihuraikan dalam Bab 4. 3. Kaedah gambar: perkataan berasaskan gambar Salah satu teknik guru mendapatkan perkataan untuk guru mengajar murid membaca ialah perkataan berasaskan benda yang murid lihat dalam sesuatu gambar atau foto yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka. Langkah-langkah asas Langkah 1: Guru tunjuk kepada murid sebuah gambar atau foto besar yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai objek. Misalnya gambar di sebuah ladang ternakan, atau pemandangan di tepi laut. Langkah 2: Guru menyuruh murid melihat gambar itu dan menyoal murid Apakah yang kamu lihat ada dalam gambar ini? Murid akan menyatakan misalnya, kambing. lembu, pokok sungai dan sebagainya. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang haiwan atau benda yang disebut oleh murid. Langkah 3: Guru menulis beberapa perkataan yang disebut oleh murid di papan tulis, misalnya perkataan kambing. lembu, pokok, sungai. Atau guru melekatkan kad perkataan itu di tepi objek itu.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 25

Langkah 4: Kemudian guru memilih beberapa perkataan misalnya kambing untuk diajar kanak-kanak membaca secara lihat-dan-sebut. Guru menulis perkataan itu pada kad dan mengajar murid melihat dan menyebut perkataan itu beberapa kali. Langkah 5: Guru mengajar murid mengeja perkataan kambing. Langkah 6: Guru menunjuk huruf k dan sebutan bunyi k; murid ikut guru menyebut nama huruf k dan bunyinya khh. Langkah 7: Kemudian guru mengajar pula bunyi huruf a, m, b seperti yang terdapat dalam perkataan kambing. Huruf dan bunyi huruf diajar dalam konteks perkataan setelah perkataan itu dieja dan dicerakinkan. Langkah 8: Murid diajar untuk mengguna perkataan yang dipelajari itu dalam ayat. Langkah 9: Guru memilih dan mengajar perkataan-perkataan lain pula. Kaedah menggunakan gambar atau foto untuk menarik perhatian murid dan mendapatkan perkataan untuk diajar dipanggil Kaedah Picture-Word Inductive Model (PWIM). Kaedah ini dipopularkan oleh Emily Calhoun, 1999. Langkah-langkah yang beliau cadangkan adalah seperti di bawah. Steps of the PWIM 1) Select a picture. 2) Ask students to identify what they see in the picture. 3) Label the picture parts identified. (Draw a line from the identified object or area, say the word, write the word; ask students to spell the word aloud and then to pronounce it.) 4) Read and review the picture word chart aloud. 5) Ask students to read the words (using the lines on the chart if necessary) and to classify the words into a variety of groups. Identify common concepts (e.g., beginning consonants, rhyming words) to emphasize with the whole class. 6) Read and review the picture word chart (say the word, spell it, say it again). 7) Add words, if desired, to the picture word chart and to the word banks. 8) Lead students into creating a title for the picture word chart. Ask students to think about the information on the chart and what they want to say about it. 9) Ask students to generate a sentence, sentences, or a paragraph about the picture word chart. Ask students to classify sentences; model putting the sentences into a good paragraph. 10) Read and review the sentences and paragraphs. (Sumber: Calhoun, Emily F. (1999).Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model, Washington, ASCD, p. XX) Sediakan satu rancangan mengajar berdasarkan suatu gambar besar. Tunjukkan langkah-langkah mengajar membaca dan menulis beberapa patah perkataan kepada kanak-kanak berasaskan gambar ini, seperti yang disarankan oleh Calhoun.

Aktiviti

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 26

4. Kaedah tema: Perkataan berasaskan tema Sekarang Kementerian Pelajaran dan agensi kerajaan cuba menggalakkan guru prasekolah mengguna kaedah tema sebagai fokus pelajaran 2M di pra sekolah. Antara tema ini yang dicadangkan ialah diri saya, haiwan, pengangkutan, buah-buahan, bunga, pekerjaan, dsb. Ia berasaskan anggapan bahawa kanak-kanak akan senang dan bermakna belajar perkataanperkataan berhubung dengan sesuatu perkara atau tema. Perbendaharaan kata mereka juga mudah diperluaskan. Langkah-langkah pengajaran sama seperti yang lalu. Contoh untuk tema buah-buahan 1. Guru memulakan pelajaran dengan bertanya dan berbincang dengan murid mengenai buah yang mereka suka makan. 2. Kemudian guru boleh menunjuk gambar buah-buahan, dan menyuruh murid menyebutnya: pisang, betik, durian, manggis, rambutan, epal, oren 3. Guru bersama murid berbincang rasa, warna, bentuk buah itu, misalnya betik, pisang dan rambutan. 4. Guru menulis perkataan betik dan pisang dan mengajar murid membacanya, dan mengejanya. 5. Murid menyalin perkataan ini dalam buku atau lembaran kerja. Murid mewarnakannya. Kaedah gambar 3 di atas boleh juga diguna kepada sesuatu tema, misalnya tema haiwan. Untuk tema haiwan guru boleh mengguna gambar sekumpulan haiwan. 1. Guru menunjukkan gambar sekumpulan haiwan. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang jenisjenis haiwan yang mereka lihat dalam gambar itu. Guru berbincang tentang ciri-ciri setiap haiwan yang murid sebut. 2. Guru menyuruh murid bermain melakonkan perangai beberapa haiwan seperti kucing, kera, anjing, ayam, burung dan sebagainya. Ini memberi pengetahuan kepada murid tentang ciri tingkah laku dan bunyi sesuatu haiwan itu, dan menyeronokkan murid 3. Guru menunjukkan murid gambar haiwan yang terdapat di zoo, dan menyuruh murid menamakan binatang-binatang yang mereka lihat itu. 4. Guru menulis perkataan binatang yang disebut oleh murid, misalnya, kera, buaya harimau, gajah dan sebagai. 5. Murid diajar mengeja setiap perkataan itu beberapa kali. 6. Murid menulis menyalin perkataan itu beberapa baris dalam buku mereka. Murid juga mewarnakan gambar-gambar haiwan yang mereka baca. Murid sangat suka mewarnakan gambar.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 27

Aktiviti

i.

Terangkan perbezaan variasi pendekatan seluruh perkataan berikut. Kaedah gambar: perkataan berasaskan gambar Kaedah tema: perkataan berasaskan tema. Kaedah pengalaman murid: perkataan dari cerita murid. ii. Terangkan perbezaan Pendekatan Seluruh Perkataan dan Pendekatan Abjad/Fonik.

Perbincangan
Kekuatan pendekatan seluruh perkataan Kekuatan pendekatan ini ialah kanak-kanak dengan mudah tertarik dengan perkataan-perkataan yang bermakna yang diperkenal oleh guru kepada mereka, seperti buku, meja atau haiwan seperti harimau, gajah dan pengalaman murid seperti bermain bola di padang yang murid sudah alami. Murid boleh diajar mengecam dan membaca perkataan-perkataan ini satu persatu. Soalnya berapa banyakkah perkataan yang perlu murid cam atau lihat dan sebut, sebelum mereka boleh membaca sendiri perkataan baru? Kelemahan pendekatan ini Kelemahan utama pendekatan ini ialah murid tidak dapat mengguna kemahiran apa yang mereka belajar yang lalu untuk membaca perkataan baru. Mereka terpaksa cam dan hafal banyak perkataan sebelum mereka boleh membaca sendiri perkataan-perkataan dan ayat baru. Kelemahan kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman dan kaedah cerakin dalam KBSR yang diamalkan di Malaysia dalam 1980-an telah didapati kurang berkesan, bahkan mengakibatkan ramai murid lemah 2M. Kedua-duanya telah ditinggalkan. Bagaimanakah kedudukan kaedah tema yang diguna di beberapa pusat prasekolah, terutama di Sekolah Kebangsaan? Adakah ia memudahkan murid belajar 2M? Kajian di California Amerika Syarikat (1995) dan di United Kingdom (2004) mendapati pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa dan pendekatan cerakin (word analysis) ini kurang berkesan sebagai kaedah untuk mengajar murid awal membaca dan menulis bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan tinggi peratus murid lemah atau tidak boleh membaca bahasa Inggeris mengguna pendekatan ini. Negara-negara ini mencadangkan pendekatan synthetic phonics (kaedah fonik) digunakan sebagai asas untuk mengajar kanak-kanak mula membaca. Pendekatan seluruh perkataan ini lebih sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis bahasa yang sistem ejaannya logografik (sistem tulisan berasaskan bentuk gambar) seperti sistem bahasa Cina.
Soalan Perbincangan

Adakah kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk mengajar awal membaca bahasa Melayu kepada kanak-kanak prasekolah? Kenapa?

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 28

RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN


Calhoun, Emily F. (1999).Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model, Washington, ASCD Doman, Glenn (1981). Teach your baby to read, London, Pan Books Lapp, D. & Flood, J. (1992). Teaching reading to every child. (3rd ed.). New York: Macmilliam Publishing Company. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1 KBSR (1981) untuk Sekolah Kebangsaan.

You might also like