You are on page 1of 1

Pengenalan

ALGEBRA Sebagaimana yang kita sedia maklum, algebra ialah cabang matematik yang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan, dan kuantiti. Asalnya, algebra dapat dikesankan kepada orang Babylon, yang membangunkan sebuah sistem aritmetik maju yang dapat membantu mereka membuat perkiraan dalam gaya algebra. Dengan kegunaan sistem ini, mereka dapat mengunakan rumus dan mengira penyelesaian untuk nilai yang tidak diketahui bagi kelas masalah yang diselesaikan hari ini dengan menggunakan persamaan linear. Berbanding dengan hanya menggunakan nombor-nombor, seseorang boleh menggunakan unsur yang tidak diketahui yang terdiri daripada simbol, pemboleh ubah, atau unsur set. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan. Bersama-sama dengan geometri dan analisis, algebra merupakan salah satu daripada tiga cabang utama matematik. Secara amnya, algebra boleh dibahagikan kepada kategori-kategori yang berikut. Algebra asas, iaitu mencatat sifat-sifat operasi pada sistem nombor nyata sebagai "pemegang tempat" dengan simbol-simbol untuk mewakili pemalar serta pemboleh ubah, dan petua-petua untuk ungkapan matematik dan persamaan yang melibatkan simbol-simbol tersebut dikaji (perhatikanlah bahawa ini sering merangkumi isi kandungan kursus yang digelarkan sebagai "algebra pertengahan" dan "algebra kolej"). Kategori yang seterusnya ialah algebra niskala yang juga dipanggil sebagai "algebra moden", yang mengkaji struktur-struktur algebra seperti kumpulan, gelanggang, dan medan yang diberikan definisi aksioman. Algebra linear mengkaji sifat-sifat khusus untuk ruang vektor (termasuk matriks) manakala algebra semesta mengkaji sifat-sifat sepunya dalam semua struktur algebra.

You might also like