You are on page 1of 36

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur.

MUKA DEPAN KERJA KURSUS

TAJUK KOD Pensyarah

Student DetailsStudent Details : TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI : TM 3113 D : TN.HJ SHAARI BIN ABDUL KARIM
Pengisytiharan

Maklumat Kerja Kursus

Saya dengan ini mengaku bahawa tugasan ini adalah kerja saya sendiri, dan tidak melibatkan pagiat.

Tandatangan Pelajar :

Tarikh :

...

HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : al azhar Nama Penulis :MOHD AL AZHAR BIN JULIO@ M.ZULKIFLIE Tarikh : 22/4/2012 Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

siti norain

Nama Penulis : SITI NORAIN BINTI SHAFFIE Tarikh : 22/4/2012 Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

izzah

Nama Penulis :NORUL IZZAH BINTI AWAB Tarikh : 22/4/2012 Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

ambiga

Nama Penulis :AMBIGAVVATHY A/P PUSHPURLINGAM Tarikh : 23/4/2012

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kami panjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah kami menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kami ucapkan kepada pensyarah pensyarah kami iaitu Tuan Haji Shaari Bin Abdul Karim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga bimbingan yang terbaik kepada kami dan juga kawan-kawan sekelas dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada suami yang selama ini telah banyak memberikan semangat dan dorongan kepada saya supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak berkongsi ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang kerjasama, bantuan dan komitmen dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberi ini dengan jayanya.

BIODATA KUMPULAN
4

OBJEKTIF KAJIAN TMK


Mengikuti perkembangan teknologi computer Menguasai perkakasan kemahiran dan mengenal pasti, memilih maklumat dan menggunakan untuk

perisian

teknologi

komunikasi

menyelesaikan masalah. Mengaplikasikan literasi maklumat ke atas sumber digital untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran dan. Menggunakan teknologi internet untuk berkomunikasi dan melaksanakan pembelajaran dalam talian

ISI KANDUNGAN

Contents

Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik ( pengiraan ) dan logik ( membuat keputusan ) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik ( tanpa pertolongan manusia ) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program ( atau aturcara ) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya. Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan ringkas supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini. Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat. Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerap menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan. Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3 bahagian untuk menggambarkan pendekatan manusia ke arah penciptaan komputer yang ada sekarang iaitu : a) Sejarah teknik merekod b) Sejarah mesin kad tebuk c) Sejarah komputer elektronik Sesetengah buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeran boleh dibahagikan mengikut zaman iaitu :

a) Zaman kaedah primitif b) Zaman kaedah mekanik c) Zaman kaedah elektronik Walaupun terdapat perbezaan dalam menyatakan sejarah perkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu manusia menggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data.

Sejarah Awal Komputer


Perkembangan awal tercetusnya kemajuan komputer bermula apabila ahliahli perniagaan dari negeri china, turki, dan yunani menggunakan abakus ( sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak, darab, dan bahagi bermula beribu tahun lepas. Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan telah Berjaya merekacipta alat yang dikenali sebagai tulang Napier ( Napiers Bones) . di sam[ing pengiraan asa campur, tolak, bahagi,dan darab, tulang Napier juga boleh mencari punca kuasa nombor . Pada tahun 1642, Blaise Pascal telah Berjaya mencipta mesin kira mekanikal pertama.Mesin ini beroperasi dengan mengerakkan gear pada roda.Pascal juga turut menyumbangkan idea dalam bidang matematik dan ilmu keberangkalian.Pada tahun 1816,Charles Babbage telah menghasilkan mesin the difference engine.Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir Matematik separti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehinggsa dua puluh digit.mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input , boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara automatic.dan tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industry tekstil pada mesin penenunan automatic ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini berkemampuan membaca data dengan manganalisis kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan pengunaan nombor binary dalam pemprosesan data. Herman Hollerith mempopularkan peggunaan kod tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang mengunakan kad tebuk telah Berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk
8

kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.pada tahun 1936, polapor komputer moden Alang Turing telah mencadang mesin turing sejagat sebagai model komputer untuk menghitung sebarang fungsi Matematik yang tidak boleh diselesaikan secara analisis.Mesin Turing terdiri daripada suatu kepala pengimbas yang mengimbas seutas pita yang mengandungi simbol atau kosong yang menentukan tindakan mesin ini dan pertukaran keadaannya dengan mengunakan suatu jadual tindakan untuk gabungan simbol dan keadaannya. Pengembangan komputer seterusnya dipacu oleh keperluan perang terutama dalam pengiraan tembakan meriam, nyahsifar, mesej sulit, dan pengiraan reka bentuk roket, KT dan bom atom. Pelopor computer moden seterusnya , Konrad Zuse membina computer sejagat yang boleh diaturcarakan dengan mengunakan sistem nombor binary Z3 pada 1941 yang digunakan untuk reka bentuk roket V2 dan kapal terbang. Pada tahun 1937, Howard Aitken dari Harvard Universiti telah membina sebuah computer elektromenikal dengan bantuan IBM untuk mengira tembakan meriam tentera yang dikenali Mark I . Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas Pada tahun 1983, sebuah computer dibina oleh Goerge Stibizs di makmal Bell untuk pengiraan tembakan, Pada 1983 ,pelopor computer John Vincent atanosoff dan Clifford dari lowa university telah Berjaya menghasilkan sebuah computer digit kecil bernama ABC (The Atanosoff Berry Computer )yang merupakan contoh pertama computer generasi pertama.

Sebelum tahun 1940


Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit. Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu. Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan. Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz. Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

10

Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output. Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data. Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta. Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

11

Selepas tahun 1940


Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan. Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran. Generasi Pertama (1940 - 1959) Generasi Kedua (1959 -1964) Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an) Generasi Keempat (awal 80-an - ?) Generasi Kelima (masa depan)

Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya. Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.

12

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan. Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England. Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.

Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan
13

tugasnya. Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah. Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain. Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

14

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.

Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.

Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri,
15

mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

Alat Alat Yang Digunakan


1. 3000 SM - ALAT PENGHITUNG ABAKUS

Alat Penghitung Abakus mungkin merupakan alat penghitung mekanikal yang pertama di dunia. Ianya telah sedia ada lebih kurang 5000 tahun yang silam. Ianya membolehkan pengguna melaksanakan pengiraan berdasarkan sistem susunan manikyang disusun di atas rak kayu atau dawai. Abakus mula digunakan di Babylon dan seterusnya merebak ke seluruh rantau Asia. Dalam pembinaan piramid misalnya, jurutera di Mesir menggunakan Abakus untuk membantu mereka menghitung berat dan tinggi batu yang diperlukan dan juga bagaimana batu tersebut perlu disususn. Kini, piramid masih tersergam indah dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Abakus merupakan sebuah mesin kira yang cukup jitu dan tepat. Sehingga kini, Abakus masih lagi digunakan oleh sebilangan peniaga berbangsa Cina di Malaysia yang masih percaya dan yakin dengan ketepatan alat tersebut. Mulai awal tahun 1994, Abakus atau kini lebih dikenali dengan nama Sempoa turut diperkenalkan kembali dalam kurikulum sistem pendidikan negara.

16

2. 1614 - TULANG JOHN NAPIER

John Napier, seorang ahli matematik Scotland telah mencipta satu alat pengiraan yang dikenali sebagai Tulang John Napier. Ianya terdiri daripada set bungkah pengiraan yang diperbuat daripada kepingan tulang dan gading. Alat ini membolehkan proses mendarab dan membahagi dilaksanakan dengan lebih pantas dan mudah.

3. 1642 - PASCAL PASCALINE

Blaise Pascal, seorang ahli Matematik dan Falsafah Perancis telah mencipta mesin penambah mekanikal yang kemudiannya dikenali sebagai Pascaline. Mesin Pascaline dikatakan sebagai mesin kira mekanikal atau kalkulator yang pertama di dunia. Walau bagaimanapun, keupayaan Pascaline agak terhad. Alat ini dikatakan cuma mampu melaksanakan operasi penambahan sahaja. Pengiraannya juga sering

17

dianggap kurang tepat. Ironinya, ciptaan Pascal merupakan satu sumbangan penting kepada penciptaan

4. 1694 - ALAT PENDARAB LEIBNIZ

Ahli Matematik dan Falsafah German, Gottfried Wilhem von Leibniz telah memperkemaskan idea Pascaline dengan mencipta alat yang mampu melaksanakan operasi penambahan tetapi juga mampu melaksanakan operasi pendaraban. Alat tersebut dinamakan Alat Pendarab Leibniz.

5. 1777 - MESIN LOGIK

Mesin Logik dicipta oleh seorang bangsawan Inggeris dari Stanhope yang bernama Charles Mahon. Mesin Logik merupakan satu alat yang mudah digunakan dan bersaiz sekecil poket kemeja. Mesin Logik boleh menyelesaikan masalah logik, perangkaan dalam bentuk logik dan juga masalah kebarangkalian.

18

6. 1801 - MESIN KAD TEBUK JACQUARD'S LOOM

Joseph Marie Jacquard dari Perancis telah berjaya mencipta mesin yang kemudiannya dikenali sebagai Jacquard's Loom yang beroperasi berasaskan sistem kad tebuk.

7. 1820 - MESIN KIRA DE COLMAR

Pada tahun 1820, Charles Thomas de Colmar telah mencipta sejenis mesin yang dinamakan Arimometer. Mesin ini berasaskan konsep yang digunakan oleh Alat Pendarab Leibniz yang telah diperkemas dan dipermudahkan.

19

20

8. 1821 - ENJIN PERBEZAAN BABBAGE

Sejarah asal komputer yang kita kenali masa kini sebenarnya bermula dengan hasil daya usaha seorang profesor matematik berbangsa Inggeris iaitu Charles Babbage. Babbage telah mencipta Enjin Perbezaan Babbage pada tahun 1821 yang dijana menggunakan kuasa stim. Mesin tersebut mampu melaksanakan pengiraan dan juga mencetak hasilnya secara automatik.

21

9. 1842 - ENJIN ANALYTICAL BABBAGE

Seterusnya Enjin Perbezaan Babbage dikemas kini dan akhirnya pada tahun 1842, Enjin Analytical Babbage dilancarkan yang juga merupakan komputer pelbagai guna yang pertama. Enjin ini juga dikatakan mampu melaksanakan operasi penambahan, penolakan, pembahagian dan juga pendaraban dengan kadar 60 operasi penambahan seminit. Walau bagaimanapun, Babbage cuma sempat membina hanya sebahagian sahaja daripada model Enjin Analytical tersebut. Ini disebabkan teknologi pada masa itu tidak canggih seperti yang diperlukan oleh Babbage. Enjin Analytical mempunyai ciri-ciri komputer moden yag terdapat pada hari ini. Enjin Analytical mempunyai 5 bahagian iaitu :

Unit Input Unit Storan Unit Pemproses Unit Kawalan Unit Output

Bahagian-bahagian inilah yang terdapat dalam sistem komputer moden pada hari ini. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya beliau digelar Bapa Komputer atau Arkitek

22

Komputer Moden. Fungsi setiap bahagian ciptaan beliau adalah sama seperti fungsi bahagian komputer yang ada dewasa ini.

10. 1890 - MESIN TABULASI HOLLERITH

Mesin Tabulasi Hollerith mula dibangunkan pada tahun 1890 bagi membantu melaksanakan pengiraan kertas undi di Amerika Syarikat. Sebelum ini, proses tersebut mengambil masa selama lebih daripada 7 tahun pada tahun 1880 dengan menggunakan pengiraan secara manual dengan tangan. Dengan menggunakan mesin ini, kadar masa pengiraan undi bagi tahun 1890 dapat dikurangkan kepada hanya 6 minggu sahaja.

23

JENIS-JENIS SISTEM KOMPUTER


Komputer terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada saiz, sistem operasi dan keupayaan kerja.

1. KOMPUTER SUPER (SUPER COMPUTER)

Dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar. Mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak (multitasking) pada satu pemproses mikro yang sama.

Berupaya membahagikan satu tugas kepada beberapa pemproses mikro (multiprocessing).

Kelajuan Komputer Super diukur dalam unit nanoseconds dan ia berupaya beroperasi sepantas 128 gigaflops.

Sistem komputer yang terpantas. Berharga dalam lingkungan RM 2 juta hingga beberapa ratus juta Ringgit Malaysia.

Antara tugas yang sering memerlukan penggunaan Komputer Super meliputi ramalan keadaan cuaca, grafik dan animasi, pengiraan fluid dynamic, kajian
24

tenaga nuklear dan pencarian petroleum serta ketenteraan dan pertahanan negara.

Contoh Komputer Super yang utama antaranya ialah Option Red dan CRAY.

OPTION RED

CRAY

2. KERANGKA UTAMA (MAINFRAME)

Mampu menyokong sehingga ribuan pengguna dalam satu masa yang sama. Saiznya lebih kecil dan kurang keupayaan berbanding Komputer Super.
25

Digunakan terutamanya di bank-bank, syarikat-syarikat besar dan di pusatpusat pengajian tinggi.

Sesuai terutamanya bagi keperluan operasi intensif input dan output yang juga sering mempunyai "front-end processor", yang merupakan komputer berasingan yang khusus bagi tujuan input dan output dari terminal.

Dalam keadaan tertentu, Kerangka Utama (Mainframe) lebih berkemampuan berbanding Komputer Super kerana ia menyokong lebih pemprosesan atau perlaksanaan program secara serentak. Namun, Komputer Super pula mampu melaksanakan arahan sesebuah program lebih pantas.

Berharga dalam lingkungan ratusan ribu ringgit sehingga beberapa juta ringgit.

Mempunyai kepantasan pemprosesan yang diukur dalam unit megaflops. Kini, penggunaan Kerangka Utama (Mainframe) menjadi kurang popular kerana kemunculan Komputer Mini serta Komputer Mikro yang juga boleh dirangkaikan.

Unisys dan IBM merupakan antara pengeluar komputer Kerangka Utama yang utama di dunia.

26

3. KOMPUTER MINI (MINI COMPUTER)

Saiz yang lebih kecil berbanding Kerangka Utama tetapi mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Kerangka Utama cuma dalam skala yang lebih kecil.

Mampu menyokong antara 4-200 pengguna yang berkongsi terminal dalam satu masa.

Komputer Mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada Komputer Mikro serta ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar.

Komputer Mini yang paling popular antaranya ialah VAX dari Digital Equipment Corporation. IBM, Data General dan Prime Computer juga merupakan pengeluar Komputer Mini yang utama.

VAX
27

4. STESEN KERJA (WORKSTATION)

Komputer berteknologi tinggi, pantas dan sering digunakan dalam bidang reka bentuk komputer (computer aided design), geographic information system(GIS), animasi komputer dan sebagainya.

Merupakan sistem komputer yang utama dalam kalangan para jurutera, arkitek dan ahli profesional yang memerlukan paparan grafik yang jelas dan mendalam.

Kebanyakan Stesen Kerja menggunakan teknologi REDUCED INSTRUCTION SET COMPUTER(RISC).

SILICON GRAPHICS Stesen Kerja yang paling popular antaranya ialah Silicon Graphics daripada Sun Microsystem.

28

5. KOMPUTER MIKRO ATAU KOMPUTER PERIBADI (PC)

DESKTOP

Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri komputer. Kecil, tidak mahal dan dibina khususnya bagi tujuan peribadi. Walau bagaimanapun, PC juga boleh digunakan secara rangkaian komputer.

Merupakan sistem komputer yang beroperasi berasaskan pemproses mikro.Selain itu, PC juga mempunyai papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan (monitor) bagi memaparkan maklumat dan peranti storan untuk menyimpan data.

NOTEBOOK dan SUBNOTEBOOK

29

PALMTOP Contoh PC ialah Komputer Desktop , Notebook , Subnotebook dan Komputer Palmtop atau PDA (personal digital assistants).

6. KOMPUTER MASA HADAPAN

WEB-TV SET TOP BROWSER : Lebih dikenali sebagai WEB-TV (gabungan teknologi TV dan komputer). Muncul di pasaran pada pertengahan tahun 1997. Selain daripada digunakan sebagai televisyen atau TV biasa, ia juga boleh digunakan bagi tujuan capaian internet.

KOMPUTER RANGKAIAN : Atau Network Computer (NC) juga berteraskan konsep rangkaian seperti Set Top Browser. NC merupakan mesin yang mencapai program daripada server (komputer pelayan). Ianya beroperasi seperti mana terminal tetapi ia juga mampu melaksanakan pelbagai operasi seperti komputer biasa. Ia juga agak menjimatkan bagi kegunaan tertentu terutamanya bagi syarikat-syarikat yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Sun Java Station merupakan contoh NC yang popular.

30

PDA : Memperlihatkan arah tuju komputer masa hadapan yang semakin kecil namun mampu melaksanakan pelbagai arahan seperti mana komputer biasa. Ianya boleh digunakan bagi tujuan pemprosesan perkatan, hamparan elektronik, internet, emel dan sebagainya.

SUN JAVA STATION Kini terdapat juga ciri-ciri komputer yang telah diserapkan ke dalam sistem telefon selular (handphone). Ini membolehkan pengguna melakukan operasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, menghantar atau menerima emel serta kemudahan internet lain dengan hanya menggunakan telefon selular.

31

KESIMPULAN
Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh mahasiswa demi memartabatkan pendidikan ke arah kecemerlangan. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul melalui penggunaan TMK,namun begitu masalah tersebut mungkin dapat diatasi sekiranya mahasiswa mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan TMK dalam sistem pendidikan. Selain itu, kerajaan juga telah membuat pelbagai rancangan dan pelaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 hingga 2010 dalam memartabatkan TMK di Malaysia. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan TMK khususnya di peringkat sekolah, prauniversiti dan institut pendidikan tinggi awam mahupun swasta supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah".

32

REFLEKSI
Pertama sekali kami amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus Kemahiran Generik Teknologi Maklumat dan komunikasi iaitu kerja kursus secara berkumpulan.kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Tuan HJ Shaari Bin Abdul Karim kerana telah membimbing kami dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Rasanya tanpa tunjuk ajar beliau kerja kursus ini pasti tidak dapat di selesaikan dengan baik. Selain itu,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kami kerana memberi sokongan moral dan dorongan dalam menyelesaikan tugasan ini. Bukan itu saja, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara lansung ataupun tidak semasa kami menyiapkan tugasan kami ini.

Daripada kerja kursus ini,kami telah dapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan. Sebelum ini, kami hanya fikir bahawa teknologi maklumat tidak begitu penting dalam penggunaan sebagai seorang pendidik kelak. Tetapi setelah mempelajari dan melaksanakan kerja kursus,kami menyedari bahawa seorang pendidik haruslah mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat kerana ianya boleh membantu seseorang untuk menyelesaikan tugasan dengan segera.

Dalam menyelesaikan

tugasan ini memang amat susah bagi

kumpulan

kami.Tetapi setelah di beri tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah pembimbing,kami boleh memahami bagaimana cara untuk menyiapkan kerja tugasan ini. Bukan itu saja, kami membahagi-bahagikan tugasan untuk disiapkan bagi memudahkan kerja kursus ini di selesaikan dengan secepat mungkin dan meringankan beban antara ahli kumpulan kami.

Walaubagaimanapun,tugasan kami ini telah diserah balik kepada kami kerana terdapat kesilapan yang kami buat dalam tugasan.Namun, hasil daripada perbincangan kami sekumpulan kami dapat menyiapkan tugasan kami yang di kembalikan.kami berharap 33

tugasan kami kali ini memenuhi apa yang telah di inginkan oleh pihak pensyarah pembimbing. Kesimpulannya,kami telah dapat sedikit sebanyak pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat sekali gus dapat menambah kemahiran dalam mencari maklumat untuk di masukan kedalam tugasan kami. kami juga berharap agar pensyarah pembimbing dapat memperbetulkan dan menegur kumpulan kami jika terdapat kesalahan pada tugasan yang telah diberikan. Sekian terima kasih.

34

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIK A N GURU K AMPUS BAHA SA MELAYU LEMBA H PANTAI 59990 K UA LA LUMPUR PPISMP PENDIDIKAN RENDAH PENDIDIKAN KHAS AMBILAN J ANUARI

2 0 1 2

Di sediakan oleh : Siti norain binti shaffie Norul izah binti awab Mohd al azhar bin m.zulkiflie Ambigavathy pushpurlingam

35

RUJUKAN
hadi, s. (2011, May 5). http://faesshuhada.blogspot.com. Retrieved March 20, 2012, from http://faesshuhada.blogspot.com/2011/05/sejarahgenerasi-dan-jenis-jenis-sistem.html: http://faesshuhada.blogspot.com/2011/05/sejarah-generasi-danjenis-jenis-sistem.html hamidon, h. b. (n.d.). hussin. Retrieved March 22, 2012, from http://tienee.tripod.com/sejarah_dan_perkembangan_komputer.htm .
HYPERLINK %20Technology.html" "http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information

http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information %20Technology.html
HYPERLINK "http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/1993/9%283%29.pdf"

http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/1993/9%283%29.pdf
HYPERLINK "http://jtpkrajang.files.wordpress.com/2011/06/bab1-pengenalankepada-tmk-bahagian-2.pdf"

http://jtpkrajang.files.wordpress.com/2011/06/bab1-pengenalan-kepadatmk-bahagian-2.pdf
HYPERLINK "http://books.google.com.my/" http://books.google.com.my HYPERLINK "http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm

%20tanggungjawab%20internet.pdf"

http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota

%20tm3923/mm%20tanggungjawab%20internet.pdf

36

You might also like