You are on page 1of 28

REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

1. Jenis Bahan

A. Kayu

Kayu merupakan bahan asas untuk pelbagai kegunaan contohnya untuk membina bangunan, membuat perabot, digunakan sebagai bahan api dan lain-lain. Kecacatan kayu disebabkan oleh: kecuaian semasa menebang pengeringan yang tidak teratur serangan serangga perosak

Beberapa k ecacatan yang biasa berlaku pada kayu adalah: retakan bulat

retakan jantung retakan bintang buku atau pusar berpiuh atau berpintal melengkung berspring

Jenis kayu, sifat dan kegunaannya.

B. Papan Lapis

Papan lapis dibuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil "vernier". Lapisan vernier ini ditindih dan diglu bersama-sama dengan perekat tiruan. Tebal papan lapis adalah antara 3 mm hingga 32 mm dan dipasarkan dalam dua saiz:

o o

91 cm x 183 cm 122 cm x 244 cm

Terdapat dua jenis papan lapis iaitu kalis air dan tidak kalis air. Antara kebaikan papan lapis ialah:

o o o o

permukaannya rata dan lebar ringan dan mudah dikerjakan tidak mudah mengecut atau meleding bahagian hujung dan tepinya tidak mudah pecah jika dipaku atau diskru

C. Medium Density Fibre (MDF)

MDF dibuat daripada serat kayu lembut dan bahan kayu terbuangyang dimampat serta diglukan. Ia boleh didapati dalam saiz 4' x 8' dengan pelbagai ketebalan.

MDF biasanya disadurkan dengan bahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang berwarna atau bercorak ira kayu. MDF digunakan dengna meluas dalam pembuatan perabot moden dan perumahan.

D. Mounting Board

Mounting board ialah sejenis kertas keras atau kadboard. Ia boleh didapati dalam berbagai warna dan dalam dua saiz:

o o

2' x 4' 2' x 3'

Ia biasa digunakan dalam binaan projek, kotak, papan hiasan dan poster.

Perbandingan antara kayu, papan lapis, MDF & mounting board.

2. Jenis Pengikat

A. Paku

Paku menjadi pengikat yang biasa digunakan dalam kerja kayu. Ia biasanya diperbuat daripada keluli lembut yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang diperbuat daripada aluminium, tembaga dan loyang. Apabila membeli paku, nyatakan:

o o o o o

saiz atau panjangnya bentuk kepala jenis bahan buatannya diameter batang kuantiti iaitu beratnya dalam kilogram

Memilih saiz atau panjang paku:

untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang paku mestilah 2 kali tebal kayu pertama.

untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3 kali tebal kayu pertama.

Jenis-jenis paku:

Paku kepala rata

kepalanya besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu digunakan untuk kerja am untuk cantuman yang lebih kukuh dan kuat

Paku panel

kepalanya berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke bawah permuakaan kayu digunakan untuk kerja halus dan kecil

Paku payung

kepalanya berbentuk payung disadur dengan zink supaya tahan karat

digunakan untuk memasang atap zink

Cara-cara memaku:

memaku tegak untuk benda kerja kayu yang nipis paku dipegang secara tegak apabila mengetuk dengan tukul memaku serong memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul

B. Skru

Skru digunakan untuk:

o o

melekatkan kepingan kayu menguatkan tanggam

memasang engsel dan kunci

Skru biasanya diperbuat daripada keluli lembut, tembaga atau loyang. Semasa membeli skru, nyatakan:

o o o o

jenis bahan jenis kepala diameter panjang

Jenis-jenis skru

skru kepala bulat


digunakan untuk meleketkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu kepalanya timbul sebagai hiasan

b.skru kepala benam

digunakan untuk mengikat kayu yang lebih tebal, memasang kunci dan engsel pada pintu kepalanya terbenam di bawah permukaan kayu

Kebaikan menggunakan skru

memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh berbanding paku skru boleh ditanggalkan dan tidak merosakkan benda kerja kepala skru boleh digunakan sebagai hiasan

Cara memasang skru:

pilih dan gunakan skru yang sesuai panjangnya berdasarkan ketebalan kayu yang dicantumkan panjang skru kepala benam seharusnya 2 kali tebal kayu cantuman yang pertama gerudi satu lubang kecil yang sama saiz dengan diameter batang skru pada kayu cantuman benamkan lubang yang telah digerudi dengan gerudi benam uji saiz lubang benam denagn skru kepala benam pasang dan ketatkan skru kepala benam dengan pemutar skru sehingga kepalanya terbenam

C. Glu

Glu digunakan untuk mencantumkan dua kepingan kayu supaya menjadi kukuh dan kekal. Ia juga digunakan untuk:

o o o

melekatkan kayu papan lapis menguatkan tanggam kayu melekatkan MDF dan mounting board

Glu boleh didapati dalam dua jenis iaitu:

o o

glu haiwan glu tiruan

Glu tiruan lebih meluas penggunaannya dan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

o o

glu PVA (Polyvinyl Acetate) glu sentuh

Kebaikan glu PVA:

o o o o

sesuai untuk cantuman kepingan kayu amat sesuai untuk menguatkan tanggam kayu sesuai untuk kerja pemasangan kecil lebih kuat dan kukuh daripada lekatan glu sentuh

Kebaikan glu sentuh:

o o

amat sesuai untuk melekatkan bahan-bahan yang berlainan jenis seperti logam dengan kayu atau plastik dengan kayu menjadi keras dan melekat dengan cepat apabila pelarutnya kering

Langkah mengglu dengan glu PVA:

o o o

bersihkan kedua-dua permukaan kayu yang ingin dicantumkan sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kayu dengan berus apit dengan ketat bahagian yang dicantumkan dengan apit G

o o

bersihkan lebihan glu pada cantuman dengan kain basah biarkan glu kering pada cantuman sebelum menanggalkan apit G

Langkah mengglu dengan glu sentuh

o o o o

bersihkan kedua-dua permukaan kepingan loagam dan kayu yang ingin dicantumkan sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kepingan logam dan kayu dengan pengikis biar glu sentuh kering selama 2 hingga 5 minit sebelum dicantum tekan rapat bahagian cantuman untuk memastikan cantuman yang kekal

3. Alatan Tangan

A. Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli.

Pita pengukur biasanya berukuran antara 3 hingga 6 meter.

B. Pembaris Keluli

Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta memindahkan ukuran. Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan biasanya berukuran 300 mm (12") panjang.

C. Sesiku L

Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya. Bilah dan tonggak dibina bersudut 90. Ia berfungsi untuk:

membuat garisan bersudut tepat (90)

o o

menguji kepersegian menguji kerataan permukaan kayu

D. Tolok

Penanda

Digunakan untuk:

o o

membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu

Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:

o o o

taji sentiasa tajam skru tangan diketat dengan betul muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila menggunakannya

E. Tolok

Serong

Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90. Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong. Untuk mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau badan sentiasa bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

F. Gergaji Tangan

Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah. Ada dua jenis :

o o

mengerat kayu memotong melintangi urat kayu membelah kayu memotong selari dengan urat kayu

Saiz gergaji di tentukan oleh:

o o

panjang bilah bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)

Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

G. Gergaji

Puting

Digunakan untuk:

o o

memotong kayu bersaiz kecil memotong tanggam kayu

Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

H. Gergaji Lengkung

Halus

Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji. Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.

I. Tukul Kuku Kambing

Digunakan untuk menukul dan mencabut paku. Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

J. Tukul Warrington

Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan. Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

K. Pahat Tepi Serong

Digunakan untuk :

o o o

kerja menatal tanggam membersihkan bucu tanggam kerja meraut

Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong. Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga 25mm. Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi. Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25 - 30 supaya sentiasa tajam.

L. Kikir Parut

Digunakan untuk:

o o

merata dan mengikir kayu dengna cepat membentuk lengkuk pada tepi kayu

Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya. Ada empat jenis:

kikir rata

o o o

kikir separuh bulat kikir bulat kikir tiga segi

M. Gandin Kayu

Digunakan untuk:

o o

kerja pemasangan projek menukul pahat

Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya. Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:

o o

gandin kepala segi empat gandin kepala bulat

Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik atau kulit.

N. Mesin Gerudi Mudah Alih

Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter kecil.

Ia mempunyai tiga bahagian utama:

o o o

Suis - menghidup dan mematikan putaran motor Motor - memutar bindu Bindu - mencengkam dan memutar mata gerudi

Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi lubang secara menegak atau mendatar.

Kemasan merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek. Kemasan dilakukan dengan menyapukan bahan kemasan pada permukaan projek yang telah siap. Tujuan kemasan ialah:

supaya projek kelihatan cantik dan menarik

o o o

permukaan projek licin dan mudah dibersihkan projek tahan lebih lama projek selamat digunakan

Alatan kemasan terdiri daripada berus syelek, berus cat dan pengikis. Bahan kemasan yang biasa digunakan ialah syelek, lekar, cat licau, cat sembur, tona kayu, lekar jernih dan pelekat. Sebelum kemasan dilakukan, permukaan benda kerja harus diratakan dengan tepung penyumbat dan dilicinkan dengan kertas las.

4. Kemasan
A. Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak rata. Ia boleh didapati dalam dua bentuk:

o o

tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan pewarna sebelum digunakan siap bancuh dengan pewarna

Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek. Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan kertas las.

B. Kertas Las

Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir. Digunakan untuk: merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11"). Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling kasar). Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1 dan untuk permukaan lebih licin, gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00. Langkah menggunakan kertas las:

o o o

balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut. mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan urat kayu. kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindih-tindih dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.

C. Cat Licau

Digunakan sebagai lapisan penyudah projek supaya kelihatan cantik dan berkilat. Ia juga memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat. Cat licau disapu menggunakan berus cat setelah benda kerja disapu dengan cat alas. Turpentin digunakan untuk membersihkan berus cat, mencairkan cat dan bertindak sebagai pelarut cat.

D. Cat Sembur

Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik dan berkilat berbanding dengan cat licau yang disapu dengan berus cat. Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering. Cat sembur biasa digunakan pada kemasan badan motosikal, kereta dan lain-lain kenderaan. Cat sembur dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.

E. Syelek

Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu jelas kelihatan. Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama. Spirit metil digunakan untuk:

o o

membersihkan berus syelek mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek

5. Bahan-bahan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Mencantikkan Projek

A. Tona Kayu

Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal. Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna kayu.

B. Semburan Lekar Jernih

Lekar yang disembur pada permukaan bahan lebih cantik dan berkilat berbanding dengan lekar yang disapu dengan berus. Lekar untuk kerja menyembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya menjadi lekar jernih. Lekar jernih lebih cair dan boleh disemburkan dengan mudah serta cepat kering. Lekar jernih dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.

C. Pelekat

Terdapat 2 jenis pelekat, iaitu jenis keras seperti formika dan jenis lembut seperti sticker. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. Kemasan ini dibuat secara menampal pada permukaan bahan.

6. Langkah Kemasan Cat

Bersihkan permukaan kayu dengan kertas las diikuti dengan berus. Sapu satu lapisan cat alas selari dengan urat kayu dan biarkan kering. Gunakan kertas las gred halus untuk meratakan dan melicinkan lapisan cat alas. Bersihkan permukaan dengan kain.

Sapukan cat licau dan biarkan kering.

7. Langkah Kemasan Syelek dan Lekar

Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu, kemudian bersihkan dengan berus atau kain. Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan biarkan kering. Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan kering. Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu. Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering sebelum memulakan lapisan lain. Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan tidak mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.

You might also like