Elektrik Dan Elektronik

Pengenalan Elektrik dan Elektronik akan membantu anda melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dengan lebih berkesan mengikut matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahagian ini merangkumi enam tajuk iaitu Asas dan Prinsip Elektrik, Konsep Asas Elektrik, Sumber Tenaga Elektrik, Komponen Elektronik, Litar Elektronik Asas serta Penyambungan Pemasangan Dan Pengujian Projek.

Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. 2. mengenal pasti jenis, fungsi dan simbol komponen elektronik; mentafsir dan menterjemahkan litar skematik kepada litar bergambar dan sebaliknya; memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah; menghasilkan projek elektronik mudah berpandukan litar skematik; dan lukisan bergambar. mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja penyambungan dan pemasangan projek elektronik. melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakan meter pelbagai

3. 4.

5.

6.

1-1

1.1

Asas dan Prinsip Elektrik a. Struktur atom pengalir dan penebat

Semua jirim terdiri daripada atom. Rajah 1.1 menunjukkan struktur asas suatu atom. Ianya terdiri daripada nukleus di bahagian tengah dan dikelilingi oleh elektron. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Proton bercas positif manakala neutron tidak bercas. Kedua-dua zarah ini sentiasa kekal pada kedudukannya.

elektron proton (+) neutron P N orbit nukleus

Rajah 1.1: Struktur asas atom

Atom mempunyai elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit (juga dikenali sebagai shell). Elektron membawa cas negatif dan beratnya ialah 1/1840 berat proton. Bilangan elektron bergantung kepada jenis atom, misalnya karbon mempunyai 6 elektron, kuprum mengandungi 29 elektron dan sebagainya. Dalam keadaan biasa bilangan elektron sesuatu atom adalah sama dengan bilangan proton. Atom mempunyai orbit berlapis-lapis. Setiap orbit mempunyai bilangan elektron dan paras tenaga yang tertentu. Orbit-orbit ini ditandakan dengan huruf K, L, M, N dan seterusnya. Orbit yang paling hampir dengan nukleus ialah orbit K dan orbit yang paling luar sekali dikenali sebagai orbit valensi. Elektron yang terdapat dalam orbit valensi dikenali sebagai elektron valensi. Bilangan maksimum yang boleh ditampung oleh setiap orbit ditentukan dengan menggunakan formula 2n2, di mana n mewakili nombor orbit mengikut kedudukan dari nukleus. Mari lihat satu contoh untuk memahami struktur suatu atom dengan lebih mendalam. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan elektron bagi setiap orbit bagi atom kuprum yang mempunyai 29 elektron. Rajah 1.2 menunjukkan taburan elektron dalam atom tersebut

Orbit K L M N

Bilangan Elektron Setiap Orbit 2x(lxl)=2 2x(2x2)=8 2x(3x3)=18 1

Jadual 1.1: Taburan elektron atom kuprum Rajah 1.2: Atom

1-2

Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbitnya. Elektron-elektron ini kekal beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proton dengan elektron. Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih kuat terikat. Ianya sukar dikeluarkan dari orbit berbanding dengan elektron yang berada jauh dari nukleus. Jika elektron di orbit valensi dikenakan tenaga luar, ia akan keluar dari orbitnya dan menjadi elektron bebas. Terdapat berbagaibagai cara mengeluarkan elektron dari orbitnya. Antaranya adalah secara aruhan magnet, tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik. Bilangan elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri elektrik atom itu. Pertalian ciri elektrik dengan bilangan elektron valensi ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Bilangan elektron valensi
1, 2 atau 3 4,5 5, 6 atau 7

Ciri elektrik
Pengalir Bahan separuh pengalir (Semikonduktor) Penebat

Contoh unsur
kuprum, emas aluminium karbon, silikon, germanium posforus, sulfur

Jadual 1.2: Kategori bahan berdasarkan bilangan elektron valensi Jika dua objek yang berlainan cas dihampirkan, objek tersebut akan menarik antara satu sama lain. Sebaliknya, jika dua objek mempunyai cas yang sama, ianya akan menolak antara satu sama lain Hukum ini digambarkan dalam Rajah 1.3. Hukum ini dikenali sebagai hukum cas elektrik dan menjadi asas penting untuk memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi.

Rajah 1.3: Hukum Cas Elektrik

1-3

b.

Sifat Pengalir dan Penebat

Pengalir

Ialah bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Aliran arus dalam suatu pengalir tidak dapat bergerak bebas kerana halangan daripada elektron dan atom-atom dalam pengalir ini. Dalam bidang elektrik dan elektronik halangan ini dikenali sebagai rintangan.

Suatu bahan pengalir dengan rintangan yang rendah adalah pengalir yang baik. Kebanyakan logam seperti kuprum, aluminium, emas besi dan plumbum adalah bahan pengalir elektrik yang baik.

Rintangan yang diberikan oleh pengalir bergantung kepada empat faktor penting: (1) (2) (3) (4) Panjang bahan; semakin panjang suatu bahan, semakin tinggi rintangannya, Luas muka keratan bahan; semakin besar luas permukaan suatu bahan, semakin rendah rintangannya Jenis bahan; bahan yang berlainan mempunyai kerintangan yang berbeza Suhu; kebiasaannya semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintangannya

Adalah bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu bahan penebat yang baik mempunyai rintangan yang sangat tinggi. Contoh bahan penebat ialah plastik, kertas, getah, PVC dan kain. Kebanyakan penebat digunakan sebagai bahan untuk menghindarkan kebocoran arus elektrik. Namun begitu, arus masih boleh melalui suatu bahan penebat jika dikenakan voltan yang cukup tinggi.

Penebat

1-4

Terdapat satu lagi kelas bahan yang dinamakan bahan separuh pengalir (semikonduktor). Sifat rintangan bahan ini adalah di antara pengalir dan penebat. Silikon dan Germanium adalah contoh bahan separuh pengalir dan sering digunakan dalam pembuatan komponen seperti diod dan transistor.

Jawab soalan dibawah

Latihan 1.Pernyataan manakah yang benar mengenai atom? (A) Nukleus bergerak mengelilingi atom (B) Proton bergerak mengelilingi nukleus (C) Elektron bergerak mengelilingi nukleus

(D) Elektron dan proton berada dalam nukleus
2. Kumpulkan maklumat berkaitan struktur asas suatu atom. Bina satu alat bantu mengajar struktur atom berdasarkan maklumat yang diperolehi.

3.

Takrifkan istilah: (i) pengalir (ii) penebat

1-5

Bina projek “Penguji keterusan litar” berpandukan litar bergambar dalam Rajah 1.2 menggunakan hasil projek “Penguji keterusan litar” yang telah anda bina.Penguji Keterusan Litar .4 Gunakan alatan tangan yang bersesuaian Lakukan ujian keterusan bahan dalam Jadual 1. Tandakan ( √ ) dalam ruangan berkaitan untuk menunjukkan sama ada bahan tersebut pengalir atau penebat bahan ujian prob A prob B 1kΩ Komponen dan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: Bongkah penyambung (5 A) Pemegang bateri 9V Diod pemancar cahaya (LED) Perintang tetap 1kilo ohm Wayar teras tunggal Bateri 9V Pena ujian + LED Rajah 1.4: Projek Penguji Keterusan Litar Bahan kaca getah udara emas karbon perak Pengalir Penebat Bahan kuprum tembikar plastik air kertas kain Pengalir Penebat Jadual 1.2: Kategori bahan pengalir dan penebat . 1-6 .

pengalir tersebut membawa arus sebanyak 1 ampere. Berapakah jumlah cas yang terdapat dalam wayar tersebut? Penyelesaian: Diberi: bilangan elektron ialah 24. ianya dikatakan neutral.96 x 1018 elektron 1 coulomb ialah 6. Q dalam coulomb dan t dalam saat .2 Konsep Asas Elekktrik a. Jika 1 coulomb cas mengalir melalui satu titik pada pengalir setiap saat. I disukat dalam ampere. dan bercas negatif jika mempunyai lebih bilangan elektron. Hubungan tersebut boleh ditulis dalam bentuk persamaan berikut: Cas (Q) Arus = Masa (t) = 4 coulomb I = Q t di mana. Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unit coulomb (C).24 X 10 18 elektron Oleh itu: 24. Contoh: Seutas dawai tembaga mempunyai 24.24 x 1018 proton (atau elektron).24 X 1018 elektron = Arus Arus elektrik (I) disukat dalam unit ampere (A).96 X 1018 elektron bebas. Jika objek itu mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama banyak. Kuantiti elektrik Cas Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yang dibawa oleh proton dan negatif oleh elektron. Satu coulomb cas ialah jumlah cas yang dipunyai oleh 6. Kuantiti cas elektrik yang dibawa oleh satu proton dan satu elektron adalah sama besar.1.96 X 1018 elektron Cas (Q) = 6. Suatu objek dikatakan bercas positif jika mempunyai lebih bilangan proton.

Contoh: Hitung nilai arus yang mengalir dalam satu litar elektrik apabila 75 coulomb cas elektrik melalui titik tertentu selama 30 saat. Satu bahan dikatakan mempunyai nilai rintangan 1 ohm apabila ianya dapat membenarkan arus 1 ampere mengalir dalam litar apabila voltan 1 volt dikenakan kepadanya. Bagi satu nilai voltan (V) yang dikenakan pada suatu litar elektrik. merentasi kedua-dua terminal bateri itu. b.5.5 A = Q t Voltan Apabila dua terminal suatu bateri disambungkan oleh pengalir. Pertalian ketiga-tiga kuantiti ini dinyatakan dalam Hukum Ohm. Kuantiti rintangan (R) disukat dalam unit ohm (Ω). semakin tinggi voltannya. Rintangan Rintangan ialah suatu ciri bahan pengalir yang menghalang pengaliran arus elektrik di dalamnya. Satu terminal akan membekalkan elektron melalui pengalir tersebut manakala terminal yang satu lagi menerimanya. atau beza upaya. Arus Terus dan Arus Ulang Alik Arus Terus (AT) Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas. Semakin banyak elektron yang boleh dibekal dan diterima oleh terminal bateri tersebut. Penyelesaian Diberi: Q = 75 C dan t = 30 s Cas (Q) Formula: Arus (I) = Masa (t) 75C Oleh itu: Arus = 30s = = 2. kuantiti rintangan (R) dalam litar tersebut akan menentukan jumlah arus (I) yang mengalir. Voltan diukur dalam unit volt (V).5 C/s 2.5 Litar asas arus terus . Pengaliran arus ini disebabkan oleh voltan (V). arus elektrik akan mengalir. Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan menyambung satu mentol kepada kutub positif dan negatif satu bateri melalui wayar kuprum seperti di dalam Rajah 1. Arus akan mengalir melalui wayar Rajah 1.

Rajah 6menunjukkan keadaan pergerakan ini. elektron bebas dalam wayar pengalir (seperti kuprum) bergerak secara rawak. Keadaan ini menghasilkan gelombang arus terus berbentuk garis lurus.dan filamen mentol menyebabkan mentol menyala.7: Aliran Kuantiti arus dalam litar seperti dalam Rajah 1. Rajah 1. Rajah 1. Mengikut satu ketentuan lain. Arus (I) 0 Masa (t) Perhatikan arah aliran arus yang digambarkan dalam Rajah 1. arus lazim (arus konvensional) mengalir daripada kuitub ke kutub negative. Dalam keadaan biasa. pergerakan elektron sehala wayar kuprum arah pergerakan elektron Rajah 1.4 adalah tetap sepanjang masa.8: Bentuk Gelombang Arus Terus (AT) . Aliran arus seperti ini dikenali sebagai arus elektron. Apabila kutub negatif dan positif suatu bateri disambungkan kepada hujung wayar tersebut.8 menunjukkan gelombang arus terus melawan masa.4 dan Rajah 1. Mari kaji kejadian arus terus dengan lebih mendalam.6 Dalam kedua-dua rajah ini arus mengalir daripada kutub negatif ke kutub positif bateri.6: Pergerakan elektron secara rawak arah aliran arus + bateri Rajah 1.7. Arus yang terhasil daripada bateri ini mengalir dalam satu arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT). elektron bebas bergerak dari satu atom ke atom lain dalam satu arah seperti yang digambarkan oleh Rajah 1. Aliran elektron ini menghasilkan arus elektrik yang dikenali sebagai arus terus (AT).

Arus seperti ini dinamakan arus ulang alik (AU).10 boleh membantu anda mengingati formula tersebut. Hubungan V. Arah aliran arus ini sentiasa bertukar fasa dari positif ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang. Perubahan arah aliran arus ulang alik disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan secara berselang-seli.Arus Ulang Alik (AU) Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa ke rumah. sekolah. c. Rajah 1.10: Segi Tiga VIR . Hukum ohm Hukum ini menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui satu beban dalam tertutup adalah berkadar terus dengan voltan (V) yang merentasi beban dan berkadar songsang dengan rintangan (R) beban tersebut dengan syarat suhunya tetap. V dalam volt dan R dalam ohm. Contoh Pengiraan: Rajah 1. I dan R ini dinyatakan oleh formula berikut: V I = R di mana: I dalam ampere. Rajah 1. Seterusnya.9 menunjukkan bahawa nilai arus meningkat dari sifar ke maksimum pada fasa positif dan kemudian menurun ke sifar. Arus (I) maksimum positif 0 Masa (t) maksimum negatif Rajah 1.5 menunjukkan gelombang arus ulang alik. kilang dan sebagainya mempunyai ciri aliran arus yang berlainan.9 Gelombang Arus Ulang Alik Aktiviti: Buat bacaan lanjutan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis-jenis gelombang arus ulang alik selain daripada gelombang sinus. nilai arus ini akan menuju tahap maksimum pada fasa negatif dan kemudian kembali ke sifar. Rajah 1. Bentuk gelombang seperti ini dikenali sebagai gelombang sinus.

Anda juga akan mempelajari cara menganalisis suatu litar khususnya yang berkaitan dengan tiga kuantiti elektrik yang telah dipelajari dalam Tajuk 3. Langkah seterusnya ialah memahami cara bagaimana sekumpulan beban dalam suatu litar disambung – adakah ianya disambung secara siri atau selari.5 A Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0. R= 24 Ω V Formula: I = R 12V Oleh itu. mari pelajari apakah yang dimaksudkan dengan litar elektrik.Contoh 1: Hitung arus yang mengalir melalui beban 24 Ω jika sebuah bateri 12 V disambung merentasinya. Formula Hukum Ohm juga akan digunakan dalam tajuk ini. Sesetengah pelajar mendapati tajuk ini membingungkan kerana banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan melibatkan kerja-kerja pengiraan.1. Berapakah nilai rintangan beban tersebut? Penyelesaian: Diberi: V = 12 V. Sebagai permulaan.4 A d. tajuk ini tidaklah sukar untuk dipelajari. = 30 ohm . Litar Siri dan Selari Dalam tajuk ini anda akan pelajari jenis-jenis litar elektrik dan ciri-ciri penting setiap jenis litar. Kemudian membuat analisis atau pengiraan kuantiti-kuantiti mengikut jenis litar yang terlibat. Rintangan (R) = 0. anda perlu memahami ciri-ciri litar siri dan selari termasuk yang berkaitan dengan kuantitikuantiti elektrik. I = 0. Pada hakikatnya.4 A V Formula: R = I 12V Oleh itu. Sebagai langkah pertama. Arus (I) = 24 Ω = Contoh 2: 0. Penyelesaian: Diberi : V = 12V.4 A.

beban tidak boleh berfungsi.11 ialah litar yang terputus dan tidak lengkap. Tenaga elektrik dapat dimanfaatkan jika ianya ditukar kepada bentuk tenaga lain seperti tenaga cahaya. Arus tidak dapat mengalir melalui litar terbuka. dan mentol. Arus dapat mengalir dalam litar dan beban dapat berfungsi. wayar. Contoh beban ialah perintang. suis. Sambungan antara sumber elektrik dengan beban* adalah lengkap. kepada satu atau lebih beban dan kembali semula ke sumber bekalan melalui dawai pengalir. elemen pemanas.13). Sumber elektrik mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan beza upaya merentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis di tutup. Keadaan ini menyebabkan arus pengalir bersentuhan suis sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. (arus mengalir tanpa melalui beban). Sekarang mari pelajari istilah-istilah penting berkaitan dengan litar elektrik asas. mentol. haba.11: Litar Terbuka Litar tertutup suis Litar Rajah 1.12: Litar Tertutup Litar pintas Litar pintas berlaku apabila terdapat sentuhan di antara dua wayar terdedah (Rajah 1. Anda boleh rujuk Rajah 4 .Litar elektrik ialah laluan untuk arus mengalir daripada sumber elektrik. Sebab-sebab litar terbuka: (a) suis terbuka (b) wayar terputus (c) beban terbakar (d) sambungan yang longgar Nilai rintangan dalam litar ini adalah infiniti.13: Litar Pintas . Satu contoh litar yang asas adalah terdiri daripada sel. Oleh itu. Contoh beban ialah: * peintang lampu alatan-alatan elektrik sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. pembesar suara dan sebagainya. suis sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. bunyi dan sebagainya oleh beban dalam suatu litar. Penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan harian adalah bergantung kepada litar elektrik.12 dikatakan litar tertutup. Litar terbuka Litar terbuka Rajah 1. Setiap beban mempunyai rintangan. Arus tidak melalui jalan asalnya.

Sambungan litar siri membolehkan arus mengalir melalui setiap komponen. S1 IR1 Vj Ij IR2 R1 VR1 Vj R2 VR2 Rajah 1. Litar siri Litar siri adalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus. Arus elektrik tidak dapat mengalir dan litar tidak berfungsi jika mana-mana bahagian pada litar terputus atau terbuka.14: Litar selari .yang mengalir menjadi terlalu besar kerana wayar pengalir mempunyai rintangan yang sangat rendah. Arus elektrik tidak ada jalan lain kerana semua komponen elektrik disambungkan secara berurutan atau bersiri. dan beban atau perintang. Litar pintas sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan wayar pengalir dan kebakaran. Rintangan dalam litar siri Jumlah nilai rintangan bagi perintang yang disambung secara siri dalam satu litar adalah jumlah semua rintangan. Arus yang terlalu besar boleh meningkatkan suhu wayar. Bagi mendapatkan jumlah rintangan dalam litar siri. Ianya terdiri daripada sumber elektrik. formula berikut digunakan: Rj = R1 + R2 + R3 + … + Rn Rj ialah jumlah rintangan R2 ialah perintang 2 R1 ialah perintang 1 R3 ialah perintang 3 Contoh: Suis. Litar elektrik yang mudah terdiri daripada sel. wayar. Litar elektrik ialah laluan untuk pengaliran arus. dan mentol. wayar penyambung. Litar elektrik penting kerana tanpanya tenaga elektrik tidak dapat digunakan dalam kehidupan harian. suis.

nilai voltan pada beban adalah sama dengan nilai voltan pada setiap laluan arus. formula berikut digunakan: Vj = V1 + V2 + V3 + … + Vn Rintangan dalam litar selari Apabila perintang disambung secara selari. aliran arus masih boleh mengalir melalui laluan yang lain. nilai voltan pada setiap perintang akan susut..+ IRn Ij ialah jumlah arus Voltan dalam litar selari Dalam sambungan litar selari. Arus dalam litar selari Dalam litar selari. Kadar susutan bergantung kepada nilai rintangan dalam beban tersebut. terdapat beberapa laluan arus. Jumlah susutan voltan pada setiap beban itu adalah sama dengan voltan punca bekalan. Bagi mendapatkan jumlah arus melalui perintang dalam litar siri. Kuantiti arus yang mengalir melalui setiap laluan bergantung kepada nilai rintangan pada laluan yang berkenaan. jumlah rintangan dalam litar itu akan berkurangan kerana tendapat lebih laluan arus. semakin kurang jumlah rintangan. Jika satu laluan terputus. Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar. litar selari digunakan untuk litar elektrik rumah. arus yang mengalir meningkat. litar siri-selari digunakan di dalam radio. dan dalam perusahaan elektrik dan elektronik Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar selari. televisyen. Jumlah arus dalam litar selari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:: Ij = IR1 + IR2 + …. Litar selari Litar selari adalah sambungan litar elektrik dengan dua atau lebih laluan arus. arus yang mengalir berkurangan tetapi jika rintangan itu rendah. arus yang melalui mana-mana bahagian dalam litar adalah sama. Jika rintangan laluan itu tinggi. In Voltan dalam litar siri Dalam litar siri. Semakin banyak laluan arus. formula berikut digunakan: IJ = I1 = I2 = I3 …. Nilai voltan adalah sama pada setiap laluan arus dalam litar selari. formula benikut digunakan: Vj = V1 = V2 = V3 . Oleh itu.Arus dalam litar siri Dalam litar siri.

1 = Rj = 1 + 20 5 1 = 30 1 = 60 12 3 + 60 2 Rj = 12 Ω (ii) Beza upaya dalam litar selari adalah sama: V1 = V2 = Vj Oleh itu.15.Contoh pengiraan kuantiti-kuantiti elektrik dalam litar selari Berpandukan Rajah 1. S1 Vj Ij IR1 R1 VR1 IR2 R2 VR2 Vj Rajah 1. V1 = V2 = 5V . R2 = 30 Ω dan Vj = 5 V Jumlah rintangan: Formula: 1 = Rj R1 1 + R2 1 + … + Rn 1 Oleh itu. tentukan: (i) jumlah rintangan Rj (ii) beza upaya VR1 dan VR2 (iii) jumlah arus Ij arus IR1.15 Litar selari Penyelesaian: Diberi: (i) R1= 20 Ω. Suis. R2 = 30 Ω dan Vj = 5V. dan IR2 jika R1 = 20 Ω.

17 A Kebaikan litar selari (a) (b) (c) (d) Semua lampu menyala dengan kecerahan yang sama terang. Dalam contoh ini. Setiap lampu dan alat elektrik dapat dihidupkan dan dimatikan secara berasingan.(iii) Jumlah arus Ij: Formula: Ij = Vj/Rj Oleh itu. Rintangan dalam litar siri-selari . Kerosakan atau kebakaran sesuatu lampu atau alat elektrik tidak memberi sebarang kesan kepada perkakas yang lain. arus I1 = 5 V/20 Ω = 0. Ij = 5 V/12 Ω = 0. perintang R2 dan R3 bersambung secara selari.16 menunjukkan bentuk asas suatu litar siri-selari.42 A Arus I1: Formula: I1 = V1/R1 Oleh itu.25 A Arus I2: Formula: I2 = V2/R2 Oleh itu. arus I2 = 5 V/30 Ω = 0.16 Litar siri selari Litar siri-selari merupakan gabungan litar siri dengan litar selari dalam satu litar yang sama. Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama. Kedua-duanya bersambung secara siri pula dengan perintang R1. Rajah 1. Formula berikut digunakan untuk mendapatkan jumlah rintangan dalam litar selari: i. jumlah arus. Litar siri-selari R2 R1 R3 Rajah 1.

. Cari rintangan dalam litar selari dahulu. Beza upaya merentasi setiap perintang 2. Vj = V1 + V2 + V3 + ………… + Vn 3. 4. Perbandingan antara litar siri dan litar selari Litar siri 1.Rintangan dalam litar siri-selari dikira berdasarkan sambungan yang dibuat. Kira rintangan dalam litar selari dahulu dan kemudian campurkan nilainya dengan rintangan dalam litar siri. bahagikan litar siri-selari itu kepada litar siri dan litar selari.…. . Rj = R1 + R2 + R3 + ………… + Rn 4. 1. Rajah 17 menunjukkan contoh cara tiga perintang dapat digabungkan dalam litar siri-selari. Beza upaya yang sama merentasi semua cabang. Untuk pengiraan. + 1/ Rn Litar siri-selari Litar siri-selari terdiri daripada litar siri dan litar selari yang digabungkan bersama.. R ialah I x R. 3. oleh itu 10 ohm + 5 ohm = 15 ohm. iaitu jumlah rintangan R2 dan R3 di atas Gunakan formula: 1 = Rj 1 = Rj 1 = Rj Rj 20 20 2 R2 1 + 20 1 + R3 1 1 = 20 / 2 Rj = 10 ohm (b) Kemudian campurkan 10 ohm itu dengan rintangan R1 = 5 ohm. +In 1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 + …. Ij = 11 + 12 + 13 + ……………. Litar selari Arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah bergantung kepada rintangan masing masing. 2. Arus yang sama mengalir melalui semua perintang.

R4 = 4Ω dan R5 = 3Ω hitungkan nilai jumlah rintangan bagi litar Rajah 18(a) dan 18(b). suis digunakan untuk menyambung atau memutuskan aliran arus elektrik. R3 = 4Ω.4.(a) (b) Rajah 1. R2= 2Ω. Contoh 6: Jika R1= 2Ω. Rajah 1. Dalam penyambungan litar.3 Komponen – komponen Asas Sambungan Litar Elektrik Suis 1. (c) gabungkan RjA dan RjB untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan Rj. langkah berikut boleh diikuti: (a) kenal pasti kumpulan perintang yang bersiri dan selari.17 Gabungan tiga perintang dalam litar siri selari Untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan setara litar siri-selari.18(a) Rajah 1. Suis juga digunakan untuk menukar aliran . R3 = 4Ω dan R4 = 4Ω Formula: Rj = RjA + RjB 1/RjA = 1/R1 + 1/R2 R1 R2 Rintangan setara: RjA = ----------R1 + R2 2X2 = ----------.= 1Ω 2+2 3.18(b) Penyelesaian (a) Diberi: R1 = 2Ω. R2 = 2Ω. (b) gunakan formula untuk menentukan nilai setara rintangan siri dan rintangan selari (RjA dan RjB).

2.arus melalui berbagai-bagai litar. Perbezaan Arus terus Arus ulang alik Sumber Pengaliran arus Bentuk Gelombang Kebaikan . voltan dan rintangan dalam liatar siri dan selari. Suis disambung secara bersiri kepada beban dalam litar dan dipasang pada wayar hidup. Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada dua punca berasingan pada masa yang sama. Kuantiti Cas Arus Voltan Rintangan Simbol Unit Aktiviti 2 Senaraikan perbezaan antara arus terus dan arus ulang alik. Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada satu punca. Contoh suis pisau mengikut kegunaan tertentu adalah seperti berikut: Untuk mengawal hanya satu litar sahaja. Untuk mengawal dua litar berlainan pada masa yang sama. Aktiviti 1. antaranya ialah suis pisau dan suis togol. Terdapat berbagai-bagai suis. Suis pisau Suis pisau biasanya digunakan untuk penyambungan litar voltan rendah sahaja seperti membuat eksperimen di makmal. Anda dikehendaki memahami konsep aasas elektrik dan menghitung kuantiti arus.

Litar tutup ialah litar yang lengkap dan arus elektrik dapat mengaliur melaluinya. Litar pintas berlaku apabila arus mengalir secara terus dalam litar tanpa melaui beban atau jalan asalnya.g. Rumusan 1. kepada murid. 3. 8. 4. 5. 2. Bagi mencapai keinginan ini.Arus elektrik tidak dapat mengalir melaluinya. 2. beri satu contoh aktiviti di mana anda mengingkatkan kesedaran unsur keselamatan dalam sebuah bengkel. aliran arus masih boleh mengalir melalui lauan yang lain. rintangan dan arus . (a) Huraikan kosep struktur atom and hubungannya dengan penebat dan pengalir. terangkan cara penyambungan meter pelbagai di dalam litar untuk mengukur voltan. Litar selari adalah sambungan litar elektrik yang mempunyai dua atau lebih laluan arus elektrik. Arus yang mengalir dalam litar siri adalah sama pada mana-mana bahagian dalam litar. (b) Bagaimanakah konsep ini memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran elektrik? Selaku guru KH. 3. 1. tenaga elektrik juga perlu .3 Sumber Tenaga Elektrik Selain daripada keperluan asas untuk hidup. Suis digunakan dalam litar untuk menyambung atau meutuskan aliran arus elektrik. Jika satu laluan terputus. Litar siri selari adalah gabungan litar siri dan litar selari.Latihan 1.e. Suis disambung secara bersiri kepaada beban dan dipasang pada wayar hidup. 6. Mengikut pengalaman anda. Di samping barangan pengguna. pelbagai barangan termasuk perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik telah direkacipta. manusia ingin meningkatkan keselesaan hidup. Litar siri selari digunakan dalam kebanyakan perkakas seperti radio dan televisyen. Voltmeter mesti disambungkan secara selari dengan beban.) atau beza upaya di antara dua titik dalam unit volt. 7. Litar buka ialah litar yang tidak lengkap dan terputus. Bincangkan. Litar pintas sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen dan menyebabkan kebakaran. Voltmeter digunakan untuk mengukur daya gerak elektrik (d. Litar siri aadalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus. Perkembangan ini menyebabkan permintaan terhadap tenaga elektrik meningkat dan menjadi semakin penting.

5 volt. Tenaga elektrik boleh dihasilkan daripada beberapa sumber tenaga lain seperti cahaya. tindakan kimia berlaku di dalam sel. Sel kering boleh didapati dalam berjenis bentuk dan saiz. Apabila sel kering digunakan. b. Digunakan untuk alat-alat yang tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak . Sel basah .19 Sel Kering a. Tenaga elektrik untuk kegunaan harian banyak dihasilkan dengan tindakan kimia dan kemagnetan. e. dan kimia. Tindakan kimia Tindakan Kemagnetan Tindakan Cahaya Tindakan Haba Tindakan Tekanan Tindakan Geseran Tenaga elektrik daripada tindakan kimia I. haba. f. c. Voltan sel kering yang biasa ialah 1. e. d.dalam bidang industri dan perniagaan. d. b. f. a. Terdapat sel kering dan sel basah ii. Jenis arus elektrik sel kering ialah arus terus. c. Dalam tajuk ini anda akan belajar mengenai pelbagai cara menghasilkan tenaga elektrik. Sel kering Rajah 1. Berikut adalah beberapa cara menjana tenaga elektrik Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui proses a.

Roda berpusing di dalam dinamo memutarkan magnet b. Putaran ini mengaruhkan tenaga elektrik di dalam gelung dawai yang . boleh dipenuhkan dengan air suling. Plat positif berbilangan ganjil dan plat negatif berbilangan genap. c. f. Tenaga elektrik daripada kemagnetan: i. Arus elektrik boleh dijanakan apabila a. e. Apabila paras elektrolit berkurangan. Sel asid plumbum ialah sejenis sel basah. medan magnet bergerak memotong pengalir yang tidak bergerak Arus yang dihasilkan boleh ditambahkan sekiranya a. iii. Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah. bilangan lilitan pengalir ditambah c. b. Voltan sel asid plumbum biasa ialah 2 volt. g. satu pengalir memotong medan magnet yang tidak bergerak b. Penghasilan arus melalui aruhan ialah prinsip yang digunakan di Dalam sebuah dinamo: Rajah 21 Dinamo basikal a.Rajah 20 Sel basah a. b. d. Sel basah dapat menghasilkan tenaga elektrik yang banyak. kelajuan pemotongan di antara pengalir dengan medan magnet ditambah ii. magnet yang lebih kuat digunakan b. h.2 menunjukkan sel itu perlu dicas semula. Sel basah boleh dicas apabila tenaga elektrik menjadi lemah. Bacaan meter tumpat kurang daripada 1.

Sel-sel solar digunakan dalam kalkulator dan kamera. Tenaga elektrik daripada cahaya i. ii. Sedikit arus elektrik boleh dihasilkan apabila tekanan dikenakan pada sejenis hablur seperti kuartz dan garam Rochelle . Rajah 21 Sel Solar a. iv. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas hablur yang terkapit di antara dua plat logam.dililit di sekeliling teras besi c. natrium. Tenaga elektrik yang dihasilkan seperti ini digunakan di dalam satelit. ii. Teras besi meningkatkan lagi arus yang dijanakan d. Sel solar digunakan untuk menukar cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik daripada haba: i. alat pemain piring hitam dan mikrofon. Arus elektrik boleh dihasilkan oleh dua logam berlainan yang dibelit dan dipanaskan. Alat ini disebut termokupel dan digunakan sebagai termometer untuk menyukat suhu haba dalam relau gas automatik dan oven. Tenaga elektrik daripada tekanan i. iii. b. Arus yang dijanakan oleh dinamo adalah arus ulang alik c. selenium dan kalsium. . Sedikit arus elektrik terhasil apabila cahaya memancar ke atas permukaan bahan tertentu seperti kalium. Prinsip ini digunakan dalam alat penyala gas. ii. iii.

iii. kaca. iv.23Tenaga elektrik daripada geseran Latihan 1. Apabila benda-benda tertentu seperti getah keras. Apabila dua bahan yang berlainan cas disambungkan. lilin. bulu binatang dan nilon digeserkan. elektron berpindah dari satu bahan ke bahan yang lain. Bahan yang menerima elektron itu menjadi cas negatif dan yang menghilangkan elektron menjadi cas positif. Rajah 22 Tenaga elektrik daripada tekanan Tenaga elektrik daripada geseran: i. Pergerakan cas elektrik ini dipanggil elektrik statik. ii.Jangka galvani c. Rajah1. Nyatakan perbezaan antara sel primer dan sel sekunder Sel Primer Sel Sekunder . cas elektrik bergerak.

pemuat dan pearuh. binaannya dan pelbagai soalan lain mengenai komponenkomponen berbagai-bagai itu. Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Contoh komponen pasif ialah perintang. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Apakah tenaga yang terhasil apabila arus mengalir melalui elemen pemanas? Apakah sebuah motor elektrik berputar.1 a. simbol dan fungsi beberapa komponen elektronik. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi.4 Komponen Elektronik Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω). dan arus. anda mungkin kebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papan litar. 1.4. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. diod dan litar bersepadu.2. Komponen Pasif Perintang Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Contoh komponen aktif ialah transistor. apakah tenaga yang dihasilkannya? Apakah tenaga yang terhasil daripada diod pemancar cahaya? . dan arus kepada suatu litar. Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan an gandaan voltan. Terdapat dua jenis perintang: Perintang tetap – perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap Perintang boleh ubah – perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah Rajah 24: Contoh-contoh Perintang . Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepada gandaan voltan. Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkan dengan jenis. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama. 4. 1. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. 3. kegunaan.

01 Jalur 4 Had Terima ± 1% ± 2% ±5 ± 10 ± 20 Rajah 1. 25.mewakili had terima Warna Hitam Perang Merah Oren Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih Emas Perak Tiada warna Jalur 1 Digit Pertama 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jalur 2 Digit Kedua 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 10 2 10 3 10 4 10 5 10 6 10 7 10 8 10 9 10 -1 10 -2 10 0 Jalur 3 Pendarab 1 10 100 1000 10000 100000 1000000 10000000 100000000 1000000000 0.mewakili digit pertama Jalur 2 .1 0. Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yang terdiri daripada 4 jalur warna.Contoh perintang tetap dan boleh ubah serta simbol skematiknya ditunjukkan dalam Rajah 1. Jalur 1 . Rajah 1. Suatu perintang tetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna pada badannya.25: Kod Warna Perintang Contoh: Terjemahkan kod warna perintang berikut: hijau 5 hitam kuning 0 104 emas ± 5% .mewakili nilai pendarab Jalur 4 .25 menerangkan maksud jalur-jalur warna dan nombor yang diwakili oleh setiap warna. Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk kod warna.mewakili digit kedua Jalur 3 .

27: Binaan Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Had terima maksimum Had terima minimum = = 500000 + 25000 = = 500000 – 25000 = = 525000 Ω 525 kΩ 475000 Ω 475 kΩ = = (50 X 10000) Ω ± 5% = 500000 ± 5% 500000 X 5% = ± 25000 Ω b.25: Warna hijau mewakili nombor 5 Warna hitam mewakili nombor 0 Warna kuning mewakili pendarab 104 atau 10000 Warna emas mewakili had terima ± 5% Oleh itu. Ia boleh dicas dan dinyahcas. Binaan Pemuat Rajah 1. Anda perlu pastikan pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul. Jenis Pemuat Rajah 1. Jenis dan simbol pemuat ditunjukkan dalam rajah 1. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti . nilai rintangan nilai had terima Maka. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Sebaliknya pemuat membenarkan arus ulang–alik mengalir dalam litar. mika. Bahan dielektrik adalah jenis penebat elektrik seperti udara. kertas.Penyelesaian: Berdasarkan Rajah 1. dan seramik. Pemuat Jenis pemuat Simbol Pemuat merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik. Pemuat tetap Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap.26. Pemuat mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya.27.26: Jenis dan simbol pemuat Pemuat dibina daripada dua plat pengalir yang dipisahkan oleh bahan dielektrik seperti ditunjukkan dalam rajah 1. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

C. nilai kemuatan akan berkurangan. Dua digit pertama kod ini adalah nombor asas dan digit ketiga ialah pendarab. Unit bagi kemuatan ialah farad. Pemuat boleh ubah Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. jarak di antara dua plat – jika jarak di antara plat bertambah.28: Kod nombor 10 X 102 = 1000 piko Farad = 10 nano Farad = 0. Kemuatan Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan. F. Jadi. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat. Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah: • • • luas permukaan plat – jika luas permukaan plat bertambah. nilai yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah 28 ialah: Rajah 1.pemuat seramik. nilai kemuatan juga bertambah. mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya.001 mikro Farad. jenis bahan dielektrik – bahan dielektrik yang berbeza mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat Penggunaan pemuat : Jenis Litar Litar Penapis Litar motor Litar penalaan Penggunaan pemuat Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk mendapatkan voltan malar Pembaik faktor kuasa litar Mengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lain Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio Spesifikasi pemilihan pemuat . Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut: • • • Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan dengan kod nombor ditunjukkan dalam contoh berikut: Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 28 ialah 102.

Pearuh / Gelung / Induktor Pearuh dibina daripada dawai pengalir yang dililit dalam bentuk gegelung.4. spesifikasi berikut perlu diberi perhatian: Spesifikasi Nilai kemuatan Had terima pemuat Voltan kerja Keterangan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan kod tercetak atau kod warna pada badan pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenar pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui.2 Komponen Aktif Diod • • • • Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah.30: Diod simpang dan simbol skematik • dengannya. Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N. Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya.Semasa memilih sesuatu pemuat untuk menyediakan sesuatu projek elektronik. XL. . Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran Rajah 1. Kebanyakan pearuh mempunyai rintangan yang rendah. Rajah 1.29: Simbol skematik jenis-jenis pearuh 1. Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Teras udara Teras ferit Teras besi Pearuh boleh ubah Pearuh praset Rajah 1. Nilai kearuhan sesuatu pearuh disukat dalam unit Henry. H. Penentangan ini dinamakan regangan induktif. Pearuh menentang arus ulang-alik. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-).29 menunjukkan simbol skematik pelbagai jenis pearuh. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan.

c. b. Rajah 1.5V). Rajah 32: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED • Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED: a. Bagi LED yang baru.32 menunjukkan bentuk fizikal dan simbol skematik LED.• Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1. kaki anod lebih panjang dari kaki katod Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah katod Transistor (Simpang DwikKutub) . dan yang jauh adalah anod. Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.BJT • • • dicipta pada 1948 membuka era baru dalam bidang elektronik sumbangan transistor kepada bidang elektronik: litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak Binaan dan Simbol transistor BJT Terdapat dua jenis transistor BJT • . LED biasa digunakan sebagai penunjuk. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod. Lihat rajah 31 pincang hadapan pincang balikan Rajah 31 Cara memincang diod Diod pemancar cahaya (LED) • • • • • • Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala.

PNP --.pincang balikan Memincang Transistor NPN • Cara memincang transistor NPN dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1.33: Struktur asas dan simbol skematik transistor • • setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin) nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1: Nama Kaki tapak (base – B) pengeluar (emitter – E) pemungut (collector – C) Fungsi mengawal arus pemungut membekalkan cas-cas kepada pemungut mengumpulkan cas daripada pengeluar Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT • Memincang Transistor ► pengeluar dan dasar --. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi).33. Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada setiap kaki transistor.satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P NPN --.pincang hadapan ► pemungut dan pengeluar --.satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 33 dasar dasar pengeluar pengeluar Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN Rajah 1. .

99% arus IE mengalir ke pemungut menjadi arus pemungut. Pertalian matematik bagi IE. arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE). IB dan IC ialah IE = IB + IC .5% arus IE mengalir ke tapak menjadi arus tapak. Pergerakan elektron ini menghasilkan aliran arus tapak (IB).34: Cara memincang transistor NPN Kendalian transistor NPN apabila dipincang dengan betul dapat diterangkan seperti berikut: Lapisan tapak sangat nipis (0.E C B VCE pincang hadapan pincang balikan Rajah 1. Sebahagian kecil daripada elektron ini diresap oleh lohong di dalam tapak manakala majoriti elektron di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikan cas positif punca bekalan VCE. IC. proses berikut akan berlaku: Elektron dari sumber bekalan VBE akan menolak elektron pada pengeluar ke arah simpang. Sejumlah 1 .0025 cm) dan mempunyai sedikit sahaja lohong Lapisan pengeluar dan pemungut lebih tebal dan mempunyai lebih banyak elektron. IB dan 95 . Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam rajah 34).

perhatikan bahawa: arus dalaman transistor melibatkan pengaliran lohong arus luaran transistor melibatkan pengaliran elektron Fungsi Transistor Transistor berfungsi sebagai suis elektronik Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus. Sebahagian kecil daripada lohong bergerak ke punca bateri VBE melalui tapak. Manakala majoriti lohong di simpang di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikan cas negatif punca bekalan VCE. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi). pemungut (C) disambung kepada punca bekalan negatif VCE. Kaki pengeluar (E) disambung kepada punca bekalan positif VBE.35: Cara memincang transistor PNP Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam rajah 1. proses berikut akan berlaku: Lohong pada pengeluar ditolak ke arah simpang oleh sumber bekalan VBE. voltan atau kuasa . Pergerakan lohong ini menghasilkan aliran arus tapak (IB).Memincang Transistor PNP cara memincang transistor PNP dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1.35 Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada setiap kaki transistor. • Merujuk kepada rajah 35.35). E C arus lohong B pincang hadapan pincang balikan Rajah1. arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE).

Apabila suis S1 ditutup.Transistor sebagai suis • Rajah 1.36 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai suis.37 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai penguat. Rajah 1.37: Taransistor sebagai penguat . Rajah 1. Ketika ini transistor beroperasi dan menyebabkan arus besar mengalir dalam litar output. Kesimpulannya: Transistor akan off jika tapak-pengeluar tidak dipincang hadapan Voltan yang mengawal arus tapak menentukan nilai arus output Transistor sebagai penguat (amplifier) Rajah 1. Keadaan ini menyebabkan arus yang mengalir dari pengeluar ke pemungut menjadi terlalu kecil. tiada output dari transistor dihasilkan dan lampu dalam litar output tidak menyala. Kesannya. Aliran arus output menyebabkan lampu menyala dan transistor bertindak sebagai suis tutup.36: Transistor sebagai suis Apabila suis S1 terbuka. arus dapat mengalir dalam litar input dan menyebabkan rintangan simpang pengeluar-pemungut berkurangan. simpang pengeluar-pemungut mempunyai rintangan yang sangat tinggi dan menyebabkan transistor berada dalam keadaan tidak beroperasi.

IC boleh dikelaskan dengan berbagai cara (seperti bentuk pakej. (Contoh: IC Pentium III mengandungi 6 juta transistor di dalamnya).38: Contoh pakej IC Rajah 1.Isyarat input a. Isyarat output yang dihasilkan adalah sebanyak 3V p-p (disukat menggunakan osiloskop).u.litar pensuisan 'on' atau 'off' Contoh pakej IC ditunjukkan dalam rajah 1.). VLSI.seperti amplifier radio IC digital .39 Fungsi pin dan simbol skematik IC 555 . sebesar 0. diod yang disepadukan menjadi sekeping cip. Gandaan voltan. IC juga boleh dikategorikan sebagai: ▪ ▪ • • IC analog . Litar Bersepadu (IC) • • • • Litar bersepadu ialah komponen yang mengandungi transistor perintang.02V p-p dikenakan kepada tapak transistor Q1. kapasitor. Rajah 39 pula menunjukkan fungsi pin IC 555 dan simbol skematiknya. AV a.38.02V p-p 150 Ini bermakna transistor Q1 mempunyai faktor penguatan sebanyak 150 kali ganda. bilangan komponen . Rajah 1. yang diperolehi dari litar tersebut ialah : AV = = = (V keluar) /(V masuk) 3V p-p/0. Pemproses mikro adalah satu jenis IC yang sangat besar dari segi bilangan komponen yand ada di dalamnya.LSI.u. dsb.

. Rajah 1. Alat tangan yang diperlukan untuk memasang komponen kepada bongkah penyambung ialah pemutar skru mata rata bersaiz kecil atau pena ujian sahaja. Kelebihan menggunakan bongkah penyambung dalam pemasangan projek ialah pemasangan komponen boleh diubah-ubah dengan mudah.Bahan Bongkah Penyambung • • • Bongkah penyambung (rajah 1.40) digunakan untuk menyambung dawai dan komponen elektronik dalam pemasangan projek.40: Bongkah penyambung.

Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang.Rumusan 1. Jumlah rintangan dalam litar siri adalah hasil tambah setiap rintangan dalam litar tersebut. 3. 6. 2. . 5. Jumlah rintangan dalam litar selari adalah lebih kecil daripada nilai rintangan yang terkecil dalam litar tersebut. 4. Saiz perintang menunjukkan kadar kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang. Nilai rintangan bagi sesuatu perintang bergantung kepada kod warna perintang dan juga kod tercetak. Perintang yan mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.

isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon diadun oleh PENGADUN AUDIO. a. Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisangarisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian di antara blok-blok. sumber bekalan AU Unit bekalan kuasa mikrofon 1 Pengadun audio mikrofon 2 Rajah 1. simbol skematik dan kegunaan komponen-komponen elektronik. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkat-peringkat dalam suatu sistem elektronik. Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok. Rajah blok juga memudahkan kerja-kerja mengesan kerosakan. UNIT BEKALAN KUASA menukarkan bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus yang diperlukan oleh sistem tersebut. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya. rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak (PCB).41: Rajah Blok Sistem Penguat Kuasa Audio Penguat kuasa audio pembesar suara Dalam rajah 1. Dengan demikian. Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks dengan mudah. jika tiada isyarat keluaran daripada pembesar suara sedangkan isyarat keluaran daripada pengadun dapat dikesan. hanya bahagian penguat kuasa atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki.4 anda telah mempelajari jenis. Pemasangan dan Pengujian Projek Dalam Tajuk 1.41.1. Lukisan Litar Rajah Blok Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atau peringkat.5 Penyambungan. . rajah litar bergambar. Rajah 41 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari caracara bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan lukisan litar. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun (masih beraras rendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT KUASA AUDIO. maka bahagian yang mungkin rosak ialah sama ada penguat kuasa atau pembesar suara. Contonya. Penguat ini mengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat membunyikan pembesar suara.

Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks.43: Rajah Litar Skematik mempersembahkannya. pertalian di antara komponen-komponen semakin sukar dilihat. Rajah Litar Skematik Apabila sesuatu projek menjadi semakin besar. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan.42 menunjukkan rajah litar bergambar suatu projek yang di pasang menggunakan bongkah penyambung. . ruang yang diperlukan untuk melukisnya lebih besar. Tambahan pula. Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakili sesuatu komponen tertentu. Oleh itu. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen.Rajah Litar Bergambar Binaan sesuatu sistem elektronik boleh dipersembahkan dengan menggunakan rajah litar bergambar. rajah litar skematik kelihatan membingungkan. kesabaran dan ketelitian. Dalam rajah ini komponen-komponen dilukiskan menyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil.43 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam rajah 1. Bilangan dan jenis komponen yang terlibat juga bertambah banyak dan berbagai-bagai. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu. Sebenarnya. Rajah 1. Rajah 1. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan Rajah 1. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal. Jika litar kompleks dilukis menggunakan rajah litar bergambar.42 Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik. rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya dilukis menggunakan simbol-simbol. Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang elektronik. Selain daripada simbol.42 Rajah Litar Bergambar susun atur fizikal sebenar sesuatu litar. litarnya akan menjadi semakin kompleks. rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk Rajah 1. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah. komponenkomponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta nombor) tertentu. Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen.

Rajah Papan Litar Bercetak Peralatan elektronik komersial biasanya dipasang menggunakan papan litar bercetak. Ciri utama PCB ialah penggunaan balapan kuprum ‘tercetak’ menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung komponen-komponen. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar penyambung.44menunjukkan satu contoh projek elektronik yang dipasang menggunakan papan litar bercetak. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak.Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut: 1. 5.44: Papan Litar Bercetak 1. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat – cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan pateri. 2. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.45 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik. Beberapa kebaikan PCB: Rajah 1. . Rajah 1. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi 3. Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan banyak. Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbol skematiknya. kefahaman anda terhadap sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah. Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yang menyambungkannya. anda perlu menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar dan sebaliknya. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz. 4. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. Dengan cara ini. Rajah 1. bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza walaupun saiz simbolnya sama Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang 2. (Papan litar bercetak seringkali dipanggil PCB singkatan bagi Printed Circuit Board).

2. . Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai. 8.45 Rajah Papan Litar Bercetak Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak. 3. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis. 5. Langkah selanjutnya selepas rajah litar berkaitan disediakan ialah pemasangan dan penyambungan. 6. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB. 7. Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut: 1. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan litar bercetak yang akan dihasilkan.Rajah 1. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner) 9. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod. Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. 4. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida.

48. Sesetengah cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta pengujian dan pembaikan yang kerap. ujian dan kajian makmal.b. Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal. Komponen-komponen boleh digunakan berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan.48: Pemasangan Projek Menggunakan Verobod . Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Kayu Berskru Atau Paku Rajah 1. Dalam tajuk ini anda akan pelajari cara pemasangan projek elektronik.46 . latihan. Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalam penghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Penyambungan dan pemasangan Menghasilkan Projek Elektronik Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara menyambung dan memasang komponen-komponen elektronik. Rajah 1. Ada pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.46 dan Rajah 1.47: Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Penyambung Rajah 1. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian.47 hingga Rajah 1. Pemasangan ini selalunya digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar.

Anda perlu merancang susun atur komponenkomponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. Setiap kali suatu komponen dipasang. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen. Anda perlu melakukan kerja pengujian litar. b. 3. Sambungan yang longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum di pasang. goyangkan badan komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen tersebut. penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier – SCR dan litar bersepadu .IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek. 4. Perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar): a. Jika perlu. Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesa untuk mengenakan sumber voltan. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Setelah semua komponen dipasang. ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar.Susun Atur Komponen Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut: 1. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih. 2. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Jika perlu. semak semula susun atur komponen berdasarkan rajah litar. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor. 6. pastikan kaki komponen itu disambung dengan mantap. 5. Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit. .

Pematerian Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Hujung bit pemanas – bermuncung tajam atau rencung di satu sisi 3. Timah pateri boleh didapati dalam beberapa saiz mengikut diameter. Kebolehan untuk menukar ganti bit apabila perlu Rajah 1. Elakkan timah pateri lebur daripada terkena sambungan lain kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas. Alat pemateri digunakan untuk meleburkan timah pateri.50 Alat Pemateri dan Pemegang . Fungsi bahan ini ialah: membantu mengalirkan timah pateri lebur mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika kerja memateri mengasingkan lapisan oksida pada tempat yang dipateri Rajah 1. Tetapi jika pematerian tidak dilakukan dengan sempurna. Timah pateri ialah satu aloi yang terdiri daripada campuran timah dan plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40% plumbum). Rajah 1. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan.50 menunjukkan satu contoh alat pemateri elektrik yang sering digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik. Rajah 49 menunjukkan contoh timah pateri berserta bahan lakur. Oleh itu. Kadar kuasa – 20 hingga 40 watt 2.49 Timah Pateri Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC). Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara berikut semasa memilih alat pateri: 1. Timah pateri yang baik mengandungi bahan lakur atau fluks di bahagian tengahnya. kegagalan untuk sesuatu projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Alat ini diletakkan pada pemegang khas yang disertakan dengan sejenis span apabila digunakan. berusahalah untuk menguasai kemahiran memateri dengan baik. timah pateri bertukar menjadi cecair yang kemudiannya melekatkan bahagian-bahagian logam yang hendak dicantum.

52 Hasil Pematerian Langkah-langkah memateri: 1.span telah lembabkan dengan air . Kenakan timah pateri pada kaki komponen yang telah dipanaskan dan biarkan timah melebur (Lihat Rajah 51) 4.kaki komponen yang hendak dipateri digosok sedikit dengan kertas las 2.52 untuk mendapat sambungan yang baik. Alihkan timah pateri dan kemudian alat pemateri.timah pateri disediakan secukupnya .53 dan kegunaannya adalah seperti berikut: Playar Muncung Tirus memegang benda kerja kecil. Buat persediaan berikut: . Beberapa alat tangan yang sering digunakan adalah seperti dalam Rajah 1.Rajah 1. Dapatkan hasil pematerian yang baik seperti dalam Rajah 1. Amalan tabiat kerja yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapat memastikan alatan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik untuk satu tempoh yang lama. membentuk dan menyerap haba semasa memateri memotong dawai elektrik Rajah 1. Di samping alat kelengkapan pematerian. 5. Panaskan kaki komponen dan balapan kuprum dengan hujung bit secara serentak kira-kira 2 hingga 3 saat. anda juga perlu mengenali dan menggunakan beberapa alat tangan lain dengan cara yang selamat dan betul. 3.53 : Alat Tangan Pemotong sisi memotong dawai elektrik dan kaki komponen .51: Teknik Memateri Rajah 1.alat pemateri dipanaskan secukupnya .

Pengujian Litar Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara: a. Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut: . Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahan rujukan lain. Ujian Keterusan Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat mempunyai keterusan. Langkah ini perlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap dipasang. tanda-tanda tertentu yang mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan mata kasar.Penjalur Wayar Spring menanggalkan penebat dawai elektrik Pemutar Skru melonggar dan mengetatkan skru dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata rata dan pemutar skru philip Penyedut Timah Pateri menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litar setelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri) Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik dan elektronik. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian kefungsian. Pemeriksaan Visual Semasa membuat pemeriksaan visual. Pada masa yang sama. ujian ini juga dilakukan untuk mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.

Keadaan ini menyebabkan projek gagal berfungsi. Litar pintas . Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. 2. projek mempunyai litar terbuka. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih. projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti. Jika bacaannya sifar. pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagianbahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm. Jika projek dipasang dengan suis. Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada sesuatu litar. Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti.Tanda-tanda visual Sambungan kaki komponen longgar Kesan Kerosakan fizikal pada komponen yang dipasang Litar terbuka (seperti tanda hangus pada perintang tetap) Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu sama lain Timah pateri yang melimpah melepasi balapan lain Timah pateri menyambungkan dua komponen yang tidak sepatutnya bersambung Litar terbuka atau Komponen berkutub disambung dengan kekutuban litar pintas atau yang salah kerosakan komponen Apabila litar terbuka. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga b. Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini: 1. Meter pelbagai adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Oleh yang demikian.

Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi. litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2. Jika bacaan sifar ohm diperolehi. ada kalanya pemeriksaan secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul. pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). 6.3. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada balapan bersebelahan. 8. lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan. 5. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung menggunakan wayar pelompat). Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar negatif (-). Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar pintas. Keadaan ini boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut: Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm. barulah projek tersebut boleh dikenakan punca voltan. anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek: 4. Walau bagaimanapun. Jika projek dipasang menggunakan verobod. 7. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik. . .

rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak. rajah litar bergambar. bahan dan teknik yang betul supaya sambungan komponen mempunyai keterusan yang dikehendaki dan tidak pintas. Pemasangan kekal dibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak. • • • • • . Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul supaya projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak. Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat.Rumusan: Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan isi-isi pelajaran yang berikut: • Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok kayu berskru/paku dan bongkah penyambung digunakan. Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak. Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah blok. Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang dengan melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetak berdasarkan rajah litar skematik. Komponen yang mempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan kedudukan yang betul dalam litar.

01 µF Transistor CS 9013 (NPN) Litar bersepadu 555 Diod pemancar cahaya (sebarang warna) Suis SPST Pembesar suara (8Ω ½ W) Penyambung Bateri 9V Bateri 9V Plat sentuh Verobod Soket IC 8 pin . Rajah ini sesuatu untuk melukis litar yang besar dan lebih bersifat teknikal. PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah dilukis dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida. Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi menggunakan simbol-simbol skematik. • • • • Litar Skematik Pengesan Lembapan Senarai Komponen: R1 & R2 R3 R4 R5 C1 TR1 IC1 LED1 S1 SP1 Perintang tetap 1 kΩ ½ W Perintang tetap 100 kΩ ½ W Perintang tetap 10 Ω ½ W Perintang tetap 220 Ω ½ W Pemuat seramik 0. Rajah ini mudah difahami dan digunakan dalam kerja memasang litar mudah. Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik menggunakan bentuk fizikal komponen.• Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan. Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk mencetak bod litar PCB.

.

Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris) S1 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X + J2 LED 1 a − k J1 1 TR e J3 b c 1 8 IC 1 5 J5 R1 C1 R2 J4 R3 4 R5 R4 SP 1 Plat Sentuh 1 5 10 15 Arah balapan kuprum Nota: Bahagian bertanta ‘x‘ menunjukkan balapan kuprum perlu dipotong .

NAMA: ________________________________________________ PROGRAM: _____________________________________________ NAMA PROJEK: _________________________________________ TARIKH: _________________________________________ Rajah Litar Bergambar (menggunakan verobod 14.5 cm X 6.5 cm) 1 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X .

.

Gunakan bahan-bahan multimedia. Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran). Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN Gunakan pita rakaman audio atau radio. . Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Rujukan surat khabar. Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. . Buatkan catatan atau nota-nota penting. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD. Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah. isu-isu penting dengan membuat ulasan. Senarai semak.Buatkan ujikaji.

SELAMAT BERJAYA. lukisan)..... Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep.. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. rajah. Aktiviti Tutorial Itu saja yang perlu anda lakukan. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. Fikir mengenai soalan yang diberikan.Panduan kepada pengguna. jadual. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful