You are on page 1of 1

Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan

Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD (sebanyak 2000 jawatan Perajurit Muda Lelaki dan 200 jawatan Perajurit Muda Wanita ditawarkan). Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir dan seterusnya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut: KELAYAKAN AKADEMIK
* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM. * Diploma Pembantu Perubatan, Kejururawatan sila sertakan bersama Sijil Pengakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) oleh Lembaga Jururawat Malaysia), Farmasi, Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Pemulihan Carakerja, Fisioterapi, Radiografi/Radioterapi, dan Sains Veterinar) dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM. * Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

DOKUMEN & SIJIL YANG DIPERLUKAN


Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut: * Kad Pengenalan Malaysia (MyKad). * Sijil Daftar Kelahiran. * Sijil SPM/SPMV atau Slip Peperiksaan bagi calon yang menduduki SPM/SPMV pada tahun 2012 sahaja. * Diploma dan Transkrip (CGPA). * Diploma Kejururawatan sila sertakan bersama Sijil Pengakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) oleh Lembaga Jururawat Malaysia. * Sijil Berhenti Sekolah. * Fotostat Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia. * Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan (bagi yang telah berkahwin). * Sekeping gambar berwarna berukuran pasport yang terkini (tidak dikembalikan). * Sampul Pos Ekspres (Pos Malaysia berharga RM3.00) saiz sampul 220mm x 110mm beralamat sendiri. * Sila bawa bersama ball pen hitam/biru.

PUSAT-PUSAT PEMILIHAN
Sila hadir dengan berpakaian kemas di Pusat-Pusat Pemilihan yang tercatat di bawah : Masa Pendaftaran: 0800 pagi hingga 0900 pagi
TARIKH LOKASI PUSAT PEMILIHAN

ZON UTARA

6&7 Apr 13 6&7 Apr 13

Jitra Ipoh

Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, 06000 JITRA, Kedah Darul Aman Kem Syed Putra, 30450 IPOH, Perak Darul Ridzuan
ZON TENGAH

6 &7 Apr 13

Kem Sungai Buloh, 47000 Sg. Buloh SUNGAI BULOH, Selangor Darul Ehsan
ZON PANTAI TIMUR

6&7 Apr 13 KEMUDAHAN & KEISTIMEWAAN


* Pakaian Seragam Percuma. * Penginapan dan Sajian Percuma. * Rawatan Perubatan dan Pergigian Percuma. * Perkhidmatan Dobi dan Jahitan Percuma. * Kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan, Kenderaan, Pendidikan dan Komputer. * Kemudahan Rumah Keluarga. * Elaun Sara Hidup. * Elaun Khidmat. * Cuti Tahunan. * Insuran Kelompok ATM. * Lembaga Tabung Angkatan Tentera. * PERNAMA. * Waren Perjalanan Cuti Tahun Bersama Keluarga. * Bayaran Elaun Malaysia Timur bagi yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. * Bayaran Insentif Semenanjung. * Peluang Melanjutkan Pelajaran Tajaan ATM.

LAIN-LAIN KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah pada 24 Ogos 2013. * Diperakui sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta kecederaan teruk seperti patah anggota tubuh badan sebagainya. * Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna. * Taraf Perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja). * Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/juvana/dadah. * Syarat minima ukuran fizikal: Ukuran Tinggi Berat * BMI Ukuran Dada Biasa Ukuran Dada Kembang *BMI = Berat Tinggi x Tinggi
L W

6&7 Apr 13

Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu 16100 KOTA BHARU, Kelantan Darul Naim Pangkalan Udara Kuantan, Kuantan 25990 KUANTAN, Pahang Darul Makmur
ZON SELATAN

6&7 Apr 13 6&7 Apr 13

Gemas Kluang

Kem Syed Sirajuddin, 74300 GEMAS, Negeri Sembilan Kem Mahkota, 86000 KLUANG, Johor Darul Takzim
SARAWAK

6&7 Apr 13

Kem Muara Tuang, Kota Kuching Samarahan, KUCHING, Sarawak

1.62m 47.5kg 18-25 76sm 81sm

1.57m 44.5kg 18-25 -

GAJI DAN ELAUN


Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras dengan Skim yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2197 Atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my www.mod.gov.my http://www.jobsmalaysia.gov.my

You might also like