P. 1
Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia

Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia

|Views: 113|Likes:
Published by Ly Dia
maklumat kerja kursus
maklumat kerja kursus

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Ly Dia on Apr 04, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/04/2013

pdf

text

original

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia

Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British. A. Pengenalan (3/2 markah) Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan. B. Isi 1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah) Kegiatan Ekonomi Saradiri a. Penanaman Padi. Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar. Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi. b. Tanaman-tanaman Lain. Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek. c. Hasil hutan . Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buahbuahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasilhasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli. d. Memburu binatang

Alatalat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat. Kegiatan pertanian dagang. dan sungai. Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah . Hasil Hutan Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. itik. Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. damar. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. tali kail. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. f. sungai atau laut. Selain menjadi sumber makanan. tombak. Di Kedah . Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial.Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. jala. jala. rusa. e. Padi dan beras.di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. kancil. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. lembu dan kerbau. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Penduduk di Kelantan. Perikanan Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai. a. pancing. tangguk. seladang dan ayam hutan. Kopi . Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk. a. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. jaring kelong dan rawai. bubu. b. tasik. Penternakan Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam. Perak dan Terengganu. ii. jaring. gawai. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang. serkap dan lukah. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat. binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu. Lada hitam dan gambir Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. kelong. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan. Kegiatan ekonomi komersial. pukat. jermal. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. gading gajah dan sebagainya.

Negeri Sembilan dan Johor. Diusahakan secara bergotongroyong. b. d. Perikanan. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta. Tanaman jualan lain Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Kegiatan Perlombongan a. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Emas. a. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Diusahakan di Pahang. e. b. Bidayuh dan Kenyah.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. dan Dinding di Perak. Padi huma diusahakan oleh orang Iban. Perdagangan. Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu. Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19. Kegiatan ekonomi komersial . Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah ) Kegiatan Ekonomi Sara diri. Saribas dan Batang Lupar. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Terengganu. pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. c. Selangor dan Negeri Sembilan. Bijih Timah Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor. Penanaman Padi. Negeri Sembilan dan Johor. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor. Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka. Larut.Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Perlombongan Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh. b. Tanaman-tanaman lain. B.

menenun kain dan memacu kuda. tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil. c. itik dan khinzir. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. d. Penternakan Binatang yang diternak ialah kerbau. Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. b. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebunpekebun kecil. Tembakau SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Gambir. buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang” c. Sagu. ubi kayu. peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Pertukangan Dijalankan oleh kaum Bajau. Perlombongan. Tanaman-tanaman lain Jagung. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan. Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. C. Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. ( 5 markah ) Kegiatan ekonomi sara diri a. Pada . Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Selepas tahun 1884. d. Perikanan Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Lada hitam Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura. b. Pada awal abad ke-20. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Keningau dan Tambunan. Penampang dan lembah bukit di Ranau. Penanaman Padi Tanaman makanan utama. ayam. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Papar. e. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Emas dilombong di Bau oleh orang Cina.a. keledek. Kegiatan Ekonomi Komersial a. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau. Kegiatan ekonomi di Sabah.

kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. C. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. Setelah kedatangan Barat. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. b. Penutup ( 2/3 markah ) Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Perlombongan. Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->