Professional Documents
Culture Documents
من يهده ال فل مضل له و من يضلل ال، إن الحمد ل نستعينه و نستغفره و نعوذ بال من شرور أنفسنا
1
أشهد أن ل إله إل ال و أشهد أن محمدا عبده و رسوله, فل هادي له
2
أما بعد3 :
28
- Tahun 18 Ogos 1992 : Satu perhimpunan secara aman diadakan di medan letak
kereta Fakulti Sains UM bagi membantah keganasan Serbia ke atas rakyat Bosnia di
samping mendesak PBB melindungi umat Islam di negara tersebut.
Begitu juga dalam satu wawancara, seorang wartawan bertanya kepada Prof
Dr Atan Long berhubung tujuan seorang pelajar belajar, beliau menjelaskan :
5
Tidak dinafikan juga peranan PMRAM dengan pelbagai Persidangan yang dianjurkan selama
ini yang melibatkan kepimpinan pelajar di Timur Tengah mahupun di peringkat
antarabangsa.
6
Sdr Noor Amin bin Ahmad, Naib Yang Dipertua MPPUPM
7
Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi Pelajar, terbitan Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia ( PKPIM ), tahun 1989 , halaman 22.
29
Di dalam al-Qur’an persoalan mahasiswa adalah persoalan penting. Ini
kerana mahasiswa di dalam al-Qur’an digolongkan sebagai golongan yang
menuntut ilmu. Lantaran itu, di dalam membincangkan persoalan
Yang bermaksud : ” Dan tidaklah ( betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar
semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap
puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara
mendalam ilmu agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar
berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan
mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) ”.9
Selain itu, ayat ini juga sebenarnya telah meletakkan dengan jelas bentuk
menuntut ilmu yang disarankan oleh Islam dengan kalimah ‘tafaqquh’. Imam
Jamaluddin al-Qasimi di dalam kitab tafsirnya menjelaskan makna tafaqquh sebagai
: “ Ilmu yang berbekas di hati, bersebati pada jiwanya dan tertera kesannya pada
tingkah laku, sehingga tidak mungkin bagi yang memilikinya melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan ilmu tersebut. Jika tidak, maka sudah tentu dia tidak
dianggap berilmu”.12
30
1. Menyediakan diri untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baik persiapan
Justeru, kita dapati Islam meletakkan definisi yang lebih luas bagi golongan
mahasiswa dan peranannya. Mahasiswa mengikut definisi Islam tidak bermakna
sekiranya mereka tidak beramal. Apabila mahasiswa
beramal dengan ilmunya, maka semua aspek yang berlegar di sekelilingnya akan
dilihat menurut neraca ilmu. Sebeginilah sepatutnya mahasiswa mendepani sesuatu
isu.
Isu semasa yang ingin dibincangkan oleh mahasiswa bukanlah hanya isu-isu
yang disensasikan, isu-isu yang tertera di dada akhbar, terpampang di kaca
televisyen atau berkumandang di corong radio malah bukan juga isu politik semata.
Bahkan, mahasiswa membincangkan semua isu sekelilingnya tanpa mengambil kira
aspek bangsa, agama, sempadan geografi, politik antarabangsa dan
seumpamanya. Mahasiswa menjadikan kebenaran sebagai kayu ukur sesuatu isu.
Inilah faktor yang menjadikan gerakan mahasiswa sesuatu yang amat digeruni para
diktator, watak protagonis universal di dunia ini.
31
Suara mahasiswa pada pandangan awam bukan seperti bicara ahli politik
atau ulasan-ulasan akhbar. Mahasiswa tidak mempunyai kepentingan politik atau
dijanjikan imbuhan oleh mana-mana pihak. Mahasiswa bersuara dalam keadaan
jiwa yang bersih dan tidak dicemari dengan virus-virus pemikiran yang ditabur Iblis
apabila manusia tenggelam dalam kekayaan dan kekuasaan. Justeru, gerakan
mahasiswa adalah gerakan yang paling ideal dalam memperjuangkan hak asasi
manusia, keadilan dan kebenaran.
13
Pembentang memohon agar pembaca tidak salah faham terhadap maksud pembentang
dalam isu murtad. Pembentang bahkan barisan mahasiswa Jordan sama sekali tidak
memandang remeh permasalahan murtad yang melanda masyarakat Malaysia kini.
32
Saudara Helman b Sanuddin14, seorang aktivis mahasiswa menyatakan dalam
satu wawancara : “ .. harus diingat bahawa gerakan mahasiswa bukan bertujuan
untuk menumbangkan kerajaan. Mahasiswa bukan agen anarki. Mahasiswa
hanyalah speaker hati rakyat. Dasar – dasar kerajaan yang baik harus disokong,
idea – idea buruk dari pembangkang harus ditegur dan begitulah sebaliknya.
Mahasiswa perlu berdiri di tengah – tengah dan memegang belati kebenaran,
antara keduanya, jika ada yang tersasar dan menyusahkan rakyat maka belati
mahasiswalah yang akan mengajarkan mereka erti sebuah perjuangan. Sebagai
golongan terpelajar yang tidak mempunyai kepentingan peribadi, rakyat
kebiasaannya mudah mempercayai semangat juang mahasiswa berbanding parti
politik dan rakyat menjadikan mahasiswa sebagai ikon perjuangan massa dalam
membangkitkan perjuangan rakyat seperti yang berlaku dalam peristiwa Revolusi
Iran, Kebangkitan Taliban dan sebagainya. Justeru itu, peranan mahasiswa tidak
boleh dipandang remeh. Mahasiswalah yang menjadi suara yang menyemarakkan
revolusi perjuangan rakyat.”
dengan alasan persatuan melekakan dan merugikan masa. Namun apa yang
dikesali, mereka boleh pula mengisi masa dengan berhibur.
Hiburan kini umpama barah atau wabak yang boleh menyerang sesiapa. Lebih
parah lagi jika yang diserang itu adalah golongan agamawan. Apabila mahasiswa
leka dengan hiburan, musnahlah harapan ummah. Hiburan sebenarnya menutup
14
Beliau merupakan mantan Setiausaha Agung MPPUiTM 1999 / 2000 dan merupakan antara
mangsa tahanan ISA
33
mahasiswa dari berfikir secara waras, matang dan rasional. Hiburan menjadikan
mahasiswa memandang isu-isu semasa hanyalah perkara normal, yang akan berlalu
dan berputar mengikut edaran zaman, tanpa menyedari isu-isu itu juga sebenarnya
akan mencorakkan diri dan keperibadiannya.
Tidak dinafikan sistem pengajian kini lebih maju dibandingkan dengan ratusan
tahun dahulu. Namun peliknya mengapa kita masih gagal melahirkan ulamak
sehebat ulamak dahulu sedangkan institusinya masih sama. Ringkasnya, sistem
pendidikan kita kini telah mengalami perubahan yang merugikan. Kita didoktrinkan
untuk belajar kerana sijil, malah ditawarkan dengan pekerjaan yang membolehkan
kita tidak beramal dengan ilmu dan pelbagai kepincangan lagi. Malah kadangkala
manhaj di universiti bertentangan dengan prinsip Islam. Keadaan ini sebenarnya
memaksa kita mahasiswa keluar dari budaya ‘disuap’. Kita sewajarnya berdikari dan
rasa bertanggungjawab untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu walaupun tidak
dimasukkan dalam silibus pengajian universiti. Ilmu-ilmu tambahan inilah biasanya
lebih banyak membantu kita mendepani isu semasa.
Sekiranya dialog antara Islam dan ahli Kitab dianjurkan oleh Islam, maka
sudah tentulah dialog di kalangan cendekiawan dan ulama’ Islam keluaran Timur
34
Tengah ini lebih utama untuk dilaksanakan. Kita yakin dengan mengamalkan sikap
berlapang dada, bersangka baik, amanah ilmu dan takutkan kemurkaan
Mahasiswa Timur Tengah bukan sahaja Mesir bahkan di Arab Saudi, Jordan, Sudan ,
Yaman, Syria perlu bergabung dan bersatu dalam menyuarakan pandangan
bersama mereka terhadap isu-isu semasa samada di peringkat mahasiswa,
peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Gabungan ini sudah tentu
akan memberi impak yang hebat kepada masyarakat Malaysia. Kita juga yakin isu-
isu yang diutarakan mahasiswa melalui gabungan ini pasti akan mencelikkan mata
rakyat dan membangkitkan mereka dari lena.
Malah mendepani isu semasa dengan cara sebegini lebih bijak sebenarnya.
Kelompok mahasiswa Timur Tengah mampu menjadi moderator rasmi rakyat untuk
membincangkan isu-isu rakyat terutamanya yang berkait rapat dengan agama
Islam. Tambahan rakyat cukup teruja dan yakin dengan kenyataan ustaz dan
ustazah keluaran Timur Tengah , maka bagaimana jika suara-suara para ‘ustaz’ dan
‘ustazah’ ini disatukan. Begitu juga suara golongan profesional di Timur Tengah,
khususnya penuntut bidang perubatan sewajarnya disekalikan agar mampu
mencelikkan mata golongan intelektual dan profesional di Malaysia.
35
kezaliman ( akta ISA ) dan penyelewengan harta negara dan wang rakyat , isu
kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang kritikal, isu Hedonisme yang semakin
melampau , serta keperluan berdakwah kepada Non-Muslim di Malaysia.
Penutup
Firman Allah21 :
Yang bermaksud :
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal
UIAM, PMIUPM & PMIUTM dan mengadakan Persidangan Akhbar berkenaan isu Murtad di
Petaling Jaya.
18
Rujuk cadangan isu yang boleh diutarakan berkaitan Palestin berdasarkan kitab al-Irhab,
Ta’rifuhu Nasya’atuhu, Anwa’uhu, Tarikhuhu, ‘Ilajuhu, Dr Muhammad ‘Abdul Qadir Abu Faris,
cetakan 1, 2006 M, Darul Furqan , Amman. ( Halaman 229 – 245 : Keganasan Yahudi di
Palestin dan Penyelesaiannya )
19
Isu ini sebaiknya dijalankan bersama dengan mahasiswa Negara lain
20
Kita semua berusaha untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah ke tampuknya semula,
namun antara langkah praktikal yang boleh dijalankan pada masa kini ( langkah awal )
adalah menggesa disatukan negara-negara Arab di samping menguatkan peranan OIC, serta
diwujudkan sistem kewangan yang seragam antara Negara-negara Islam.
21
Surah Fussilat, ayat 33
36
yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam
(yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Dibentangkan oleh :
Timbalan Presiden
* Kertas kerja ini disediakan oleh Majlis Tertinggi ( MT ) Majlis Perwakilan Pelajar
Malaysia Jordan ( MPPM ) sesi 2006 / 2007 berdasarkan permintaan penganjur
PERMIT 2007. MPPM merupakan badan induk mahasiswa Jordan yang
bertanggungjawab mentadbir dan menyelaras 4 persatuan zon mahasiswa Malaysia
( PZ ) dan 11 Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ). MPPM berdaftar di bawah
Jabatan Penuntut Malaysia Jordan ( JPMJ ).
37