You are on page 1of 5

Kertas Kerja Program Guru Penyayang.

1. Tujuan pelaksanaan. Agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. Konsep. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3. Objektif. 3.1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

4. Jawatankuasa Pengelola. Penasihat : En. Ruslan bin Ali ( Guru Besar SKLC) Pengerusi : : Pn. Norliza bt. Mustaffa ( PK HEM) Naib Pengerusi 1 : En. Ismadi bin Ismail ( PK 1) Naib Pengerusi 2 : En. Md Shahrum Nizam bin Abu Bakar ( PK Ko) Setiausaha : En. Shazuri bin Saad. Ahli Jawatankuasa : 1. En. Mohd Najid bin Wi 2. En. Asrul bin Zakaria

3. Cik Sarah Najwa bt. Zainon Jawatankuasa Kerja : Semua guru Sek. Keb. Lubuk Chempedak.

5. Sasaran Semua murid Sek. Keb. Lubuk Chempedak 6. Tempoh pelaksanaan. Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2012. 7. Aktiviti. Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut; 7.1 Mengalu-alukan kehadiran murid. 7.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee. 7.3 Memberi penghargaan kepada murid. 8. Anggaran perbelanjaan. Sumber: Peruntukan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling Sek. Keb. Lubuk Chempedak. Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2012 adalah dianggarkan sebanyak RM 130.00 ( Seratus tiga puluh ringgit sahaja ) 1. Banner Guru Penyayang / mengalukan kedatangan murid RM 90.00 2. Perbelanjaan Runcit Mentor Mentee RM 20.00 3. Perbelanjaan runcit penghargaan kepada murid-murid RM 20.00 Jumlah : 130.00 9. Penutup Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan. Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah,malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebihdaripada itu. Semoga segala impian Sek. Keb. Lubuk Chempedak akan bertukar realiti. Disediakan oleh: (En. Shazuri bin Saad ) Setiausaha Program Guru Penyayang Unit Bimbingan dan Kaunseling SEk. Keb. Lubuk Chempedak. Disemak oleh: . (En. Ruslan bin Ali) Guru Besar Sek. Keb. Lubuk Chempedak

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG SESI 2013 Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut: 1. MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID. a. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah. i. ii. iii. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru. Semasa murid datang ke sekolah. Semasa murid pulang dari sekolah.

b. Menyambut kedatangan murid: i. Penampilan guru yang kemas dan ceria. ii. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid. iii. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid. c. Membuat Sapaan i. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: Selamat pagi,Selamat datang ,Jemput masuk ii. Lambaian pulang. Contoh: Selamat pulang,Jaga diri baik-baik,Jumpa lagi d. Bertanya khabar. Contoh: Apa khabar hari ni?, Dah makan ke belum ? e. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah. Contoh: a. Membetulkan tali leher. b. Mengenakan butang baju. f. Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang. Contoh: Kehadiran Anda Impian Kami g. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah. i. Semasa di bilik darjah ii Semasa di kantin iii Semasa aktiviti kokurikulum iv. Semasa perhimpunan Interaksi Guru (rapport ) i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa. ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid iii. Membuat sapaan. iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid.

2. MENTOR MENTEE. a. Pelaksanaannya bertujuan untuk: i. ii. iii. Membangunkan sahsiah diri murid. Membina jati diri murid. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid.

b. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) Sesi ramah mesra. Meraikan hari lahir. Bimbingan hala tuju hidup. Sesi perkongsian masalah.

c. Strategi pelaksanaannya: i. ii. Seorang guru(mentor) bagi empat atau lima orang murid ( mentee ). Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun dandiselaraskan dalam jadual waktu harian

d. Pengisian semasa perjumpaan: i. ii. iii. iv. v. Membuat sapaan serta beramah mesra untuk mengeratkan hubungan mentor mentee. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee. Membimbing serta memberi motivasi mentee mengatasi masalah peribadi mahu pun pelajaran. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya masa depan. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri.

MENTOR Guru terpilih MENTEE Semua murid

3. PENGHARGAAN MURID. a) Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui: Aktiviti meraikan murid: i) ii) iii) Hari Lahir Murid Sambutan Hari Kanak-Kanak Perayaan-perayaan utama seperti HariRaya Aidil Fitri.

b) Pengiktirafan kepada murid melalui : i) Menampal hasil kerja murid di sudut yang bersesuaian. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai, dengan penuh kasih sayang

ii. Antara kaedah yang digunakan : a. Mengumumkan ucapan selamat . b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan. Contoh: Lagu Hari Lahir Lagu Perayaan Utama c. Membaca doa selamat kepada murid yangmenyambut Hari Lahir pada setiap kali bacaan Yasin diadakan pada setiap hari Jumaat. d. Aktiviti meraikan Hari Lahir murid dilaksanakan semasa perhimpunan pagi.

You might also like