You are on page 1of 10

PENUBUHAN DAN PERANAN BADANBADAN BUKAN KERAJAAN

BADAN BUKAN KERAJAAN

Environment Protection Society of Malaysia (NPSM)

World Wide Fund (WWF)

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Nature Society (NS)

WORLD WIDE FUND (WWF)


Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan bertaraf antarabangsa. Dahulu dikenali sbg Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada. Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita.

Peranan World Wide Fund


Melindungi jenis genetik, spesies dan ekosistem

Mengekalkan spesies alam semula jadi yang semakin pupus


Pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan habitat alam semula jadinya Menjalankan penyelidikan terhadap hidupan yang musnah dan berusaha mengatasi masalah tersebut

WWF Malaysia ditubuhkan pada 13 Januari 1972. WWF-Malaysia memberi tumpuan kepada penyelidikan saintifik hidupan liar dan habitat semulajadi yang penting. Ini kemudiannya diperluaskan kepada pihak pengurusan kawasan perlindungan. Hari ini, peranan WWF meliputi isu-isu yang lebih luas alam semula jadi, yang menggabungkan aspek-aspek seperti kerja dasar, pendidikan alam sekitar, kesedaran awam dan kempen.

NATURE SOCIETY (NS)


Persatuan Pencinta Alam Malaysia adalah organisasi bukan kerajaan alam sekitar yang terbesar dan tertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. Merupakan badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940.

MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur, cawangan Singapura telah menamakan semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore) pada tahun 1991.

Peranan Nature Society


merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara Endau-Rompin

Usaha untuk mengazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986

Sebagai sebuah badan, MNS menerbitkan dua majalah berkala yang berbahasa Inggeris. Dua majalah tersebut adalah Malaysian Naturalist dan Malayan Nature Journal. Malaysian Naturalist ditujukan kepada khalayak ramai dan Malayan Nature Journal bersifat lebih saintifik.

You might also like