You are on page 1of 20

1

MEDIA DAN PILIHANRAYA : KAJIAN KES DI PARLIMEN


PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
Ismail Sualman, Prof. Madya Ilias Md. Salleh, Norsham Firdaus
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
Universiti Teknologi MARA
SHAH ALAM

ismail_su61@yahoo.com

Abstrak

Kajian kes yang dijalankan di Permatang Pauh semasa Pilihanraya


Umum 2008, mendapati enam sumber utama yang dianggap berkesan adalah ceramah,
poster gambar calon, manifesto parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber yang
kurang berkesan dalam penyampaian mesej pilihanraya adalah adalah sms / mms, surat
layang, persembahan / nyanyian / karaoke, e mel, video / VCD / DVD, dan acara
keagamaan di rumah ibadat. Majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara
2 hingga 4 kali sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Bagaimana pun peratusan
mereka yang tidak pernah hadir ceramah agak kecil. Ini menunjukkan bahawa media
ceramah masih lagi mendapat tempat di hati para pengundi.

Faktor yang paling utama mendorong responden menghadiri ceramah pilihan


raya adalah untuk mengetahui isu yang dibincangkan dalam pilihan raya. Mereka juga
mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat sebagai pendorong. Namun
ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dan popular mendapat sambutan
pengundi dan juga dilihat menjadi faktor mereka menghadiri cermah ketika pilihan raya.
Manakala responden mengakui mendapat maklumat tambahan mengenai pemilihan calon
yang bertanding melalui kempen yang dijalankan mereka juga menganggap bahawa pola
pengundian banyak berdasarkan ketokohan atau personaliti calon. Juga kajian mendapati
mereka mengundi berdasarkan kepada parti yang mereka anggotai.

Ditinjau dari pemerhatian responden, mereka mengatakan isu ekonomi menjadi


tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Ini
diikuti isu kenaikan harga petroleum isu kenaikan harga barang pendidikan, isu rasuah
dan penyelewengan dan isu HINDRAF. Begitu juga mereka mendakwa mempunyai
pilihan calon sendiri tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Ini sesuai
dengan kenyataan bahawa untuk melihat keberkesanan sesuatu kempen perlu dilihat di
kalangan khalayak penerima bukan kepada kekerapan kempen media. Kajian ini juga
mendapati bahawa mengundi adalah penting dan bukan hanya membuang masa sahaja.
Ini disokong dengan hujah bahawa pengundi banyak membawa perubahan dalam
kehidupan mereka. Malah mereka tidak merasa bosan mendengar ceramah mengenai
kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Mereka juga seterusnya memberi tumpuan dan
dan perhatian mengenai kempen pilihanraya seperti yang dinyatakan oleh media massa.
Ternyata bahawa media massa memberi kesan kepada pengundi.

Keywords : Media. Pilihanraya, Permatang Pauh


2

1. PERNYATAAN MASALAH

Walaupun media massa disebut sebagai media yang amat berpengaruh dalam
mempengaruhi pengundi menjelang pilihanraya, namun pemilihan seseorang calon bukan
hanya bergantung kepada pengaruh media semata-mata. Ciri-ciri seperti ketokohan atau
personaliti calon, pemilihan berdasarkan parti politik dan isu yang dimainkan dalam
pilihanraya juga dilihat bersaing dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Ini
kerana factor penentu adalah individu iaitu pengundi dan bukan kekerapan kempen media
yang berbaur politik.
Media massa di Malaysia merupakan saluran media yang mampu mempamerkan
keupayaan untuk menyaingi media tradisi yang sedia wujud. Radio, televisyen, kaset
audio dan video, surat khabar, majalah, makalah, risalah, poster dan pelbagai jenis media
cetak, merangkumi media tradisi, telah memainkan peranan tertentu untuk mempengaruhi
para pengundi semasa pilihanraya. Kini, internet melalui leman web dan blog wujud
dan mewarnai dan memperhebatkan peranan media tradisi, dan ada kalanya mencabar
kedibiliti media tersebut.
Internet merupakan medium terkini yang juga telah diambil kesempatan oleh
pihak-pihak tertentu terutama untuk menyalurkan ideologi, pendirian, mesej serta
maklumat tertentu agar rakyat dapat mengikutinya. Sejauh manakah rakyat telah
mengikuti mesej-mesej ini, dan apakah rakyat akan terpengaruh dengan maklumat-
maklumat tertentu yang terpapar menerusi laman web masing-masing, adakah semua
mdia dianggap berkesan dan dipecayai di kalangan pengundi, merupakan soalan-soalan
pokok kajian ini.
Walau pun berbagai-bagai laman web telah wujud yang menjadi premis untuk
pihak pemerintah dan pembangkang menyuarakan pendirian masing-masing, namun
sejauh mana laman web dan blog menjadi faktor kepada corak pemilihan pengundian
semasa pilihan raya? Laman-laman web ini juga telah memuatkan maklumat yang
berbeza daripada apa yang lazimnya disiarkan oleh akhbar-akhbar utama di Malaysia.
Kandungan berita dan pendapat tentang isu-isu politik dan pilihanraya semasa yang
siarkan oleh media arus perdana di Malaysia dilihat bergantung kepada pemilikan media
tersebut. Di samping itu, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan atau NGOs juga telah
mengambil kesempatan untuk menghebahkan pendirian masing-masing menerusi laman-
laman web yang telah diwujudkan dengan kehadiran kemudahan komunikasi ala siber
yang bergelar Internet dan world wide web ini.
Persoalanya ialah apakah media massa dan bahan-bahan yang disalurkan
menerusi pelbagai saluran telah mempengaruhi para penggundi untuk membuat
keputusan parti mana dan calon mana yang mereka akan pilih? Adakah media massa
meransang pengundi untuk memilih calon dalam pilihanraya atau calon mempunyai
pendirian tersendiri dalam menentukan calon mereka tanpa memerlukan “kuasa “ media?
Mampukah media baru menambat hati para pengundi dan bersaing dengan media cetak
dan elektronik terutama akhbar dan televisyen?. Oleh itu kajian ini ingin melihat
pemilihan media dan sikap pengundi terhadap media dalam pilihan raya.
3

2. OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui sejauh mana media massa memainkan peranan dalam proses


demokrasi dan sebagai sumber maklumat kepada para penggundi;
2. Mengkaji apakah faktor-faktor yang menentukan pemilihan calon dalam
pilihanraya.
3. Mengkaji sejauh mana media massa telah mempengaruhi keputusan para pengundi
dalam memilih calon mana dan parti mana semasa pilihanraya
4. Mengkaji sejauh mana pengaruh media massa terhadap pembentukan pilihan para
pengundi (choice) dan keputusan mereka (decision) untuk mengundi seseorang
calon dan/atau sesebuah parti.

2.1 KEPENTINGAN PROJEK :

Kajian secara kuantitatif dan kualitatif mengenai pilihanraya banyak membantu dalam
pembentukan dasar berkaitan dengan media dan komunikasi. Juga amat berguna untuk
pihak parti-parti politik dalam merangka strategi pilihanraya dan media pada masa akan
datang.

2.2 LIMITASI KAJIAN

Kajian kes ini hanya bertumpu di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang sahaja.
Pemilihan Parlimen ini kerana ia merupakan kawasan yang menjadi tumpuan ramai
pemerhati politik apatah lagi pertandingan di antara Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail, Presiden Parti Keadilan yang dijangka bertanding dengan Dato Firdaus Hj Ismail,
seorang bekas Imam Besar Masjid Negara. Pada masa pilihanraya tahun 2004, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan perbezaan
jumlah undi iaitu 500 menjadikan Parlimen ini menjadi tumpuan “panas” dan menarik
untuk dikaji.

3. KAJIAN LITERATUR

Pendekatan Penggunaan dan Pemuasan (Uses and Gratification) mengandaikan bahawa


perbezaan individu di kalangan audien menyebabkan setiap individu berusaha
mendapatkan mesej yang berlainan, menggunakan mesej berkenaan untuk pelbagai
kegunaan dan memberikan pelbagai respon. Ini kerana mesej yang disampaikan oleh
media merupakan salah satu faktor sosial atau psikologi yang menyebabkan khalayak
memilih media yang berbeza untuk merasai kelainan jika tidak kerana impak media
terhadap kelakuan khalayak (idionsinkratik). Pendekatan ini mengandaikan bahawa
faktor sosial dan psikoloi yang terbentuk pada setiap individu adalah tanggungjawab
untuk menghasilkan impak tertentu seperti mesej yang disampaikan oleh media itu
sendiri (Bryant dan Thompson,2002)

Bagi memahami mengapa individu menggunakan media, adalah penting untuk


mengetahui mengapa masyarakat menggunakan media, Lasswell (1984), mengenalpasti
tiga fungsi utama media terhadap masyarakat:

1. Media membuatkan khalayak menyedari apa yang berlaku di seluruh dunia


dengan mengkaji persekitaran
4

2. Membekalkan pandangan umum terhadap pelbagai komponen di dalam


persekitaran keseluruhan
3. Mesej yang disampaikan oleh media berfungsi untuk menghantar norma-norma
sosial dan budaya kepada generasi baru khalayak

Menurut pengkaji media dan pilihan raya, pengundi yang terdedah dan menggunakan
media akan mempengaruhi pendapat dan sikap mereka. Media dianggap sebagai
penyalur propaganda parti politik untuk memenangi hati dan mendapat sokongan
pengundi. Namun faktor media bukanlah penentu dalam memastikan pemilihan
seseorang calon atau parti.

Hasil kajian oleh Syed Arabi Idid sejak tiga pilihanraya iaitu 1990, 1994
dan 1999 jelas menunjukkan terdapat satu aliran kepada peranan media sebagai
medium dalam pilihanraya. Perkembangan tersebut terus berkembang dengan ada
media massa corak baru seperti internet, sistem pesanan ringkas (sms).
Perbincangan penulisan masa memberikan pelbagai konotasi dan fahaman
berkaitan impak dan peranan media terutamanya dalam pilihan raya umum di
Malaysia. Penulisan masa lalu serta teori yang diguna pakai boleh dikaitkan
dengan kajian ini. Oleh itu, kajian ke atas peranan media adalah amat penting
dalam mengetahui impak media kepada pilihan raya umum di Malaysia dan juga
kesan kepada masyarakat.

3.1 Parlimen Permatang Pauh

Kemampuan Barisan Nasional mengurangkan kemenangan undi majoriti Parti Keadilan


Rakyat daripada 9,077 pada tahun 1999 kepada hanya 590 undi pada pilihan raya 2004,
merupakan entiti yang menarik dalam kajian ini. Pada pilihan raya 2004, Dato’ Pirdaus
Ismail tewas kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan majoriti 590 undi.

Pada pilihan raya berkenaan Wan Azizah memperoleh 21,737 undi manakala
Pirdaus berjaya meraih 21,147 undi. Dengan kemenangan tersebut, Wan Azizah berjaya
mempertahankan kawasan itu bagi tempoh dua penggal berturut-turut. Sementara itu,
14,000 pengundi Cina di Permatang Pauh menjadi penentu dalam memilih BN dalam
pilihan raya berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pembangkang ketika itu. Pada
pilihan raya umum tahun 1999, Wan Azizah memperoleh 23,820 undi menewaskan calon
Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Ibrahim Saad yang mendapat undi 14,743. Majoriti
undi 9,077.

Dilihat dari segi media massa di Malaysia lazimnya terbahagi kepada dua
kategori; media yang dimilki oleh Kerajaan dan media swasta. Namun jika ditinjau
dengan teliti, bukan sahaja media kerajaan malah media swasta secara tidak langsung
juga dimiliki oleh parti-parti politik pemerintah atau pemilikannya mempunyai kaitan
dengan pemimpin parti politik pemerintah. Di samping itu, parti-parti politik
pembangkang juga telah menerbitkan lidah rasmi masing-masing seperti Harakah, Roket
dan Keadilan. Malah menjelang pilihanraya umum 2008 muncul pula akhbar tabloid
Siasah dan Kempen yang mewarnai media dan politik semasa.

Perkembangan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa parti-parti


politik sama ada parti yang memerintah atau parti pembangkang masing-masing
5

menggunakan kekuatan yang ada pada media massa bagi tujuan membantu agenda politik
mereka. Penerbitan-penerbitan ini diharap dapat menarik perhatian pembaca dan objektif
yang tersirat adalah untuk mengharapkan pembaca akan terpengaruh dengan kandungan
yang telah disiarkan dan seterusnya mengundi parti tersebut.

Satu kajian mengenai peranan media massa dalam pilihanraya l990 telah
mendapati bahawa hampir 70 peratus daripada responden yang ditemui dalam kajian
tersebut merasa media arus utama tidak memberi liputan yang seimbang kepada parti-
parti yang bertanding di dalam pilihanraya tersebut (Sankaran Ramanathan dan
Baharuddin Aziz, l995).

Namun jika ditinjau dari sudut perkembangan teknologi media yang semakin
berkembang pesat dan dasar langit terbuka tetapi terhad (limited open-sky policy) akhir-
akhir ini telah membolehkan masyarakat mempunyai lebih banyak alternatif dalam
membuat pemilihan terutamanya yang berkaitan dengan politik semasa. Melalui Internet
rakyat dapat melayari laman-laman web dan blog dan akhbar “on-line” setiap masa yang
mengandungi berita atau rencana mengenai isu-isu pilihanraya. Dan melalui siaran TV
satelit Astro, rakyat yang berupaya untuk melanggannya, boleh menonton berita CNN
yang membolehkan mereka mendapat berita yang berlainan daripada apa yang disiarkan
di stesen-stesen television di Malaysia. Sesungguhnya, kehadiran media alternatif ini
telah mencabar kedudukan, kewibawaan serta kredibiliti media utama di negara ini.

Kajian mengenai pengaruh media massa terhadap keputusan pengundi dalam


pilihanraya-pilihanraya yang lepas seperti yang pernah dibuat pada tahun 1986 oleh
pengkaji-pengkaji dari Universiti Teknologi MARA, mendapati bahawa secara
keseluruhannya media massa tidak mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap para
pegundi terutamanya dalam membuat keputusan untuk menentukan calon yang dipilih.
Manakala pengkajian yang sama yang dibuat pada tahun 1990 pula telah menyokong
hasil yang diperolehi pada tahun 1986 (Sankaran Ramanathan & Baharuddin Aziz, 1995).

Hasil daripada kajian yang meninjau pengaruh media massa dan pilihanraya
1990 oleh pengkaji-pengkaji seperti Sankaran Ramanathan dan Baharuddin Aziz telah
mendapati bahawa suratkhabar adalah sumber utama berita-berita mengenai pilihanraya
diikuti oleh televisyen. Manakala ceramah politik (small group communication) dan
saluran komunikasi antara individu (interpersonal communication) seperti pengundi
dengan calon, atau antara pengundi dengan pemimpin tempatan, rakan, jiran dan saudara,
dianggap sebagai sumber penting apabila ia berkaitan dengan pilihanraya (Abdullah @
Kassim Mohamad, l995). Ini disusuli pula dengan hasil yang diperolehi yang dikatakan
agak memeranjatkan, bagaimana sebilangan besar para pengundi mengatakan mereka
tidak dipengaruhi oleh kandungan media massa dalam membuat keputusan calon yang
dipilih.

Selain daripada itu hasil kajian Ismail Sualman (2004) yang melihat peranan
media di Parlimen Permatang Pauh juga menunjukkan bahawa majoriti pengundi tidak
begitu berminat untuk menjadikan, sama ada kaset mahupun video, sebagai bahan untuk
mendapatkan maklumat mengenai pilihanraya ataupun calon yang bakal dipilih.
Walaupun demikian, media cetak sama ada media arus perdana atau media parti
pembangkang seperti poster, akhbar dan majalah mempunyai kredibiliti yang tinggi di
kalangan pengundi. Dari segi komunikasi antara perseorangan pula, kebanyakan
pengundi merasakan bahawa mereka pada dasarnya tidak dipengaruhi secara langsung
oleh mana-mana kumpulan atau orang perseorangan dalam membuat sebarang keputusan.
6

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pengundi yang merasakan bahawa ketua-
ketua tempatan, ketua parti politik, dan aktivis parti sedikit sebanyak telah mempengaruhi
mereka.

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Aspek kuantitatif dalam kajian
ini pula merangkumi kajian lapangan (field study) yang bertujuan untuk mengumpul
pendapat serta maklum balas para pengundi tentang sejauh mana media massa telah
berperanan dalam proses demokrasi dan pembuangan undi. Para pengundi ditanya
mengenai sejauh mana media massa mempengaruhi mereka dalam memilih calon dan
parti semasa pilihanraya yang pada 8 Mac 2008. Responden yang dipilih berdasarkan
tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.
Begitu juga kajian ini menentukan responden berdasarkan jantina, bangsa dan kawasan
iaitu kuat kubu BN dan Barian Alternatif (BA).

4.1 Soal selidik

Soalan kajiselidik dibahagikan kepada enam bahagian iaitu:

Bahagian A – responden dikehendaki menjawab sumber media atau faktor yang mana
pada pendapat dipercayai boleh memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai
pilihan raya. Sebanyak 29 soalan telah dikemukakan kepada responden untuk mereka
menanda pada ruang ‘sangat percaya’, ‘percaya’ dan ‘tidak percaya’ pada setiap jawapan.

Bahagian B – responden ditanya mengenai sumber media atau faktor mana yang pada
pendapat mereka berkesan dalam menentukan kemenangan seseorang calon dalam
pilihan raya. Responden dikehendaki menanda pada ruang ‘sangat berkesan’, ‘berkesan’
dan ‘tidak berkesan’. Sebanyak 29 soalan mengenai media dan faktor yang berkesan
menentukan kemenangan seseorang calon pada pilihan raya di kemukakan kepada
responden untuk dijawab. Responden juga ditanya mengenai kekerapan mereka
menghadiri ceramah kempen pilihan raya, yakni soalan daripada tidak pernah menghadiri
ceramah sehingga menghadri lebih daripada lapan kali.

Bahagian C – responden dikehendaki menjawab faktor-faktor yang mendorong mereka


untuk menghadiri ceramah sesuatu kempen pilihan raya. Bagi bahagian ini responden
menanda ‘ya’ atau ‘tidak’ pada 11 ruang faktor yang mendorong mereka menghadiri
ceramah sesuatu kempen pilihan raya.

Bahagian D – responden ditanya mengenai pemerhatian mereka terhadap isu-isu yang


sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya umum 2008. Sebanyak
28 isu telah dikemukakan untuk ditanda ‘ya’ atau ‘tidak’ oleh responden.

Bahagian E – responden ditanya mengenai sikap mereka terhadap pilihan raya dan media
dengan bertanyakan soalan sejauh mana mereka ‘bersetuju’, ‘kurang setuju’ dan ‘tidak
setuju’ dengan 16 kenyataan yang diberikan. Antara kenyataan tersebut adalah mengenai
calon pilihan raya, sebab-sebab responden mengundi, sama ada mereka mengikuti
perkembangan isu dalam media, sama ada mereka menyertai kempen pilihan raya, sama
7

ada mendapat maklumat tambahan mengenai pilihan raya, sama ada berbincang
mengenai pemilihan calon bersama ahli keluarga serat rakan-rakan, dan lain-lain lagi.

Bahagian F – bahagian ini cuba mendapatkan latar belakang demografi responden dari
segi umur, kelulusan, jantina, serta pekerjaan.

Soal selidik telah diprauji (pre-test) pada hari 28 Feb. 2008 di Permatang Pasir
Bukti Mertajam, Pulau Pinang dan beberapa pembetulan telah dibuat. Nilai
kebolehpercayan yang lazim digunakan untuk menilai sesuatu kontruk adalah nilai alpha
Cronbach. Tahap nilai alpha Cronbach yang telah diuji untuk konstruk soalan adalah
seperti dalam jadual 1.
Satu set soal selidik telah ditanya terhadap 1,080 pengundi dan digunakan oleh
kumpulan penyelidik untuk mendapatkan maklum balas tentang peranan dan pengaruh
media massa daripada kelompok sampel para penggundi di Permatang Pauh. Kerja
lapangan ini dilakukan pada 1 hingga 8 hb. Mac 2008 di tiga Dewan Undangan Negeri di
Parlimen Permatang Pauh iaitu DUN Permatang Pasir DUN Penanti, dan DUN Seberang
Jaya.
Responden yang ditanya terdiri daripada pengundi yang berdaftar di Parlimen
Permatang Pauh yang ditemu bual di markas dan pondok-pondok parti yang bertanding
dan juga sebelum atau selepas ceramah oleh parti Barisan Nasional dan Parti Keadilan
Rakyat. Penemuduga terdiri daripada 10 graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian
Media yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan diawasi oleh penyelidik.
JADUAL 1: Indeks kebolehpercayaan konstruk

Nilai alpha
Media atau faktor yang dipercayai boleh memberi 0.89
maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya
Media atau cara manakah yang berkesan dalam menentukan 0.78
kemenangan sesuatu calon dalam pilihan raya.
Sebab-sebab mereka terdorong untuk menghadiri 0.87
atau mendengar ceramah kempen pilihan raya
Isu-isu yang sering disampaikan atau dibincangkan 0.85
dalam kempen pilihan raya umum 2008

4.2 Persampelan

Persampelan responden berdasarkan Persampelan Kelompok Berlapis atau Proportionate


Stratified Sampling telah dijalankan dengan penuh teliti berlandaskan fokus kajian yang
mempunyai kaitan dengan penggunaan media massa. Beberapa garis panduan
persampelan dalam kaedah penyelidikan telah diterima pakai seperti yang telah
disarankan oleh Steve Jones (l999) dan Wimmer dan Dominick (2000). Kelompok
berlapis berdasarkan lima angkubah bebas yang telah dikenal pasti sebagai penting dalam
penyelidikan ini, iaitu: jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan kawasan
berlandaskan ciri-ciri para penggundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia dengan
8

SPR yang berjumlah hampir lapan juta (7,968,417) orang. Berlandaskan jumlah ini,
nisbah bangsa diperhitung secara purata sebagai 5:3:1. manakala jantina pula diperhitung
sebagai 60:40 menurut nisbah daftar pemilih.
Berpandukan garis-garis panduan (parameters) ini, maka jumlah responden yang
menjadi sasaran ialah 1080, iaitu dibahagikan sama banyak antara tiga Dewangn
Undangan Negeri. Ini bermakna, setiap kawasan akan diwakili oleh 360 responden yang
akan mewakili nisbah yang mencerminkan umur, bangsa, kawasan dan jantina yang telah
dibentuk khusus untuk kajian ini. Setelah di analisa hanya 1049 sahaja set soal selidik
yang diterima kerana tidak lengkap atau dianggap rosak. Semua soalan yang lengkap
dipindahkan ke helaian pengekodan atau coding sheet yang mengandungi data akan
melalui proses kemasukan data atau data entry dengan menggunakan program SPSS
(Statistical Package for the Social Sciences).

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Taburan responden mengikut umur


Sejumlah 1,049 responden memberikan respon yang sah untuk dinalisis. Merujuk kepada
Jadual 2, majoriti responden terdiri daripada 48.3 peratus mereka yang berumur 31
hingga 40 tahun (507 orang) dan 34.9 peratus mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun
(366 orang). Manakala responden yang berumur lebih 61 tahun adalah 0.6 peratus.
5.2 Mengikut kelulusan
Merujuk kepada jadual tersebut, majoriti responden (36.3 peratus atau 381 orang) adalah
berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Pelajaran Agama Malaysia, diikuti dengan
mereka yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran / Lower Certificate or Education /
Penilaian Menengah Rendah (258 orang). Jumlah responden yang ketiga terbesar dikaji
adalah mereka yang berkelulusan Diploma / STPM (238 orang), manakala yang
berkelulusan ijazah seramai 113 orang, dan selebihnya berkelulusan Sijil Agama
Thanawi dan sekolah rendah.
5.3 Mengikut jantina
Merujuk kepada jadual tersebut, responden wanita adalah seramai 563 orang atau 53.7
peratus manakala responden lelaki adalah seramai 486 orang atau 46.3 peratus.
5.4 Mengikut bangsa
Kajian juga mendapati majoriti responden terdiri 79.5 peratus daripada bangsa Melayu
(834 orang), diikuti dengan 14.5 peratus bangsa Cina (152 orang), seramai 5.5 peratus
bangsa India (58 orang) dan selebihnya adalah lain-lain bangsa (0.5 orang).
5.5 Mengikut pekerjaan
Merujuk kepada jadual tersebut, seramai 43.4 peratus responden bekerja di sektor swasta
(455 orang), diikuti oleh 34.3 peratus mereka yang bekerja dengan kerajaan (360 orang)
dan seramai 12.3 peratus bekerja sendiri (133 orang). Selebihnya terdiri daripada
responden yang tidak bekerja, surirumah serta para pelajar.
5.6 Kepercayaan Terhadap Sumber Media

Responden ditanya pendapat mereka mengenai sumber media atau faktor yang dipercayai
boleh memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya umum 2008.
9

Merujuk kepada Jadual 3, responden memilih gambar calon sebagai sumber yang boleh
dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya umum
2008 Peratusan yang ‘sangat percaya’ kepada sumber ini adalah 30.8% dan yang
‘percaya’ adalah sebanyak 53%. Ini diikuti dengan bendera parti di mana 22.9% ‘sangat
percaya’ dan 63.1% menjawab ‘percaya’ kepada sumber ini.

JADUAL 2 : Demografi Responden

Umur Kekerapan Peratusan

21- 30 Tahun 366 34.9


31 - 40 Tahun 507 48.3
41 - 50 Tahun 157 15.0
51 - 60 Tahun 13 1.2
Lebih 61 6 0.6
Kelulusan

Sekolah Rendah 13 1.2


Sijil Agama Thanawi 46 4.4
SRP/LCE/PMR 258 24.6
SPM/SPM A 381 36.3
Diploma/STPM 238 22.7
Ijazah 113 10.8
Jantina

Lelaki 486 46.3


Perempuan 563 53.7
Bangsa

Melayu 834 79.5


Cina 152 14.5
India 58 5.5
Lain-lain 5 .5
Jumlah 1049 100.0

Pekerjaan
Kerajaan 360 34.3
Swasta 455 43.4
Kerja Sendiri 133 12.7
Tidak Bekerja 24 2.3
Surirumah 53 5.1
Pelajar/Siswa/Siswi 24 2.3
Jumlah 1049 100.0
10

JADUAL 3: Peratusan Sumber Yang DiPercayai

Sumber Sangat Percaya Tidak Min


Percaya Percaya
1 2 3
Ceramah 16.2 66.9 16.9 2.007
Poster 23.1 62.2 14.7 1.916
Risalah 16.1 53.8 30.1 2.140
Brosur / Makalah 5.6 54.1 40.3 2.347
Blog di Internet 15.1 50.4 34.4 2.193
Akhbar 19.7 50.6 29.9 2.099
Majalah 14.0 65.0 21.0 2.069
Televisyen 30.2 46.4 23.4 1.931
Manifesto Parti 21.8 60.4 17.7 1.959
Radio 9.0 72.9 18.1 2.091
Poster2 16.8 58.2 25.1 2.083
Risalah2 12.1 59.7 28.2 2.161
Kaset / CD 7.8 47.0 45.2 2.374
Video/ VCD / DVD 14.0 29.2 56.8 2.428
Pengumuman Pembesar Suara 9.9 38.4 51.7 2.417
Sepanduk parti 14.4 63.4 22.2 2.078
Billboard / Papan Kenyataan 4.2 73.8 22.0 2.178
Surat Layang 0.7 29.2 70.2 2.695
SMS / MMS 2.2 16.1 81.7 2.795
Lawatan rumah ke rumah 13.6 52.8 33.6 2.199
Bendera parti 22.9 63.1 14.0 1.911
Gambar Calon 30.8 53.0 16.2 1.854
Kumpulan Kecil Parti 15.6 54.3 30.0 2.143
Perarakan Parti 19.9 48.8 31.3 2.113
Sukan 10.0 57.3 32.7 2.226
Persembahan / Nyayian / Karaoke 8.0 29.1 62.9 2.549
Logo Parti di T-shirt / Topi / Air Mineral /dsb 12.5 43.7 43.9 2.313
Acara keagamaan di rumah ibadah 15.4 55.4 29.2 2.137
E-mail (internet) 16.4 33.1 50.5 2.341

Jadual tersebut juga menunjukkan poster merupakan sumber ketiga terbesar


dipilih sebagai sumber yang dipercayai dengan peratusan 23.1% ‘sangat percaya’ dan
62.2% menjawab ‘percaya’. Seterusnya responden memilih televisyen sebagai sumber
media keempat terbesar yang dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat
mengenai pilihan raya, di mana 30.2% menjawab ‘sangat percaya’ dan 46.4% menjawab
‘percaya’.

Seterusnya jadual tersebut menunjukkan manifesto parti menjadi sumber yang


kelima terbesar yang dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai
pilihan raya, di mana 21.8% menjawab ‘sangat percaya’ dan 60.4% menjawab ‘percaya’.
Akhbar merupakan sumber media yang keenam terbesar yang dipercayai oleh responden
dapat memberi aklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya di mana 19.7%
menjawab ‘sangat percaya’ dan 50.6% menjawab ‘percaya’.

Manakala sumber yang mendapat kepercayaan paling endah dalam memberi


maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya adalah sms / mms. Hanya 2.2%
daripada responden menjawab ‘sangat percaya’ dan 16.1% menjawab ‘percaya’ kepada
sumber ini. Sumber-sumber lain yang mendapat kepercayaan rendah adalah surat layang
11

di mana 0.7% menjawab ‘sangat percaya’ dan 29.2% menjawab ‘percaya’, video (VCD /
DVD) dengan 14% responden menjawab ‘sangat percaya’ dan 29.2% menjawab
‘percaya’, pengumuman pembesar suara dengan 9.9% responden menjawab ‘sangat
percaya’ dan 38.4% menjawab ‘percaya’, kaset / CD dengan 7.8% menjawab ‘sangat
percaya’ dan 47% menjawab ‘percaya’, serta e mel dengan 16.4% menjawab ‘sangat
percaya’ dan 33.1% menjawab ‘percaya’.

Dapat dirumuskan daripada jadual tersebut bahawa enam sumber media atau
faktor yang dipercayai dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan
raya mengikut susunan dari atas yang paling dipercayai adalah gambar calon, bendera
parti, poster, televisyen, manifesto parti dan akhbar.

Manakala sumber yang mendapat kepercyaan rendah dalam memberi


maklumat yang betul dan tepat mengenai pilihan raya mengikut susunan dari terbawah
adalah sms /mms, surat layang, video (VCD / DVD), pengumuman pembesar suara, kaset
/ CD dan emel.

5.7 Sumber Berkesan

Responden juga ditanya mengenai sumber media atau faktor mana yang pada pendapat
mereka berkesan dalam kempen pilihan raya umum 2008. Merujuk kepada jadual 4, ceramah
merupakan sumber yang paling berkesan dalam menentukan kemenangan seseorang calon.
Daripada keseluruhan, 40.3% responden mengatakan ceramah adalah ‘sangat berkesan’, dan
49.4% lagi mengatakan ‘berkesan’.

Poster pula merupakan sumber yang kedua paling berkesan dalam menentukan
kemenangan seseorang calon, di mana 35.7% menjawab ‘sangat berkesan’ dan 55.6%
menjawab ‘berkesan’. Seterusnya gambar calon dinyata berkesan dalam menentukan
kemenangan seseorang calon. Seramai 31.3% responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan
58.5% menjawab ‘berkesan’.

Di tempat keempat sumber yang berkesan dalam menentukan kemenangan calon


adalah manifesto parti, di mana 27.5% menjawab ‘sangat berkesan’ dan 58.9%
menjawab ‘berkesan’. Sumber berikutnya yang berkesan adalah televisyen, iaitu 28%
responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan 56.2% menjawab ‘berkesan’. Ini diikuti radio
di mana 20.8% responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan 60.2% menjawab ‘berkesan’
dalam menentukan kemenangan seseorang calon.

Responden juga memberi pendapat bahawa sms / mms adalah paling kurang memberi
kesan dalam dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Hanya 1.8% responden
mengatakan ‘sangat berkesan’ dan 25.2% menjawab ‘berkesan’ bagi sumber media ini.
Dalam susunan kurang berkesan juga adalah surat layang di mana hanya 8.5% responden
mengatakan ‘sangat berkesan’ dan 22.4% menjawab ‘berkesan’. Seterusnya sumber yang
kurang berkesan menentukan kemenangan calon adalah persembahan / nyanyian / karaoke.
Sebanyak 16.2% responden menjawab ‘sangat berkesan’ dan 30.1% mengatakan sumber ini
‘berkesan’. Emel juga adalah sumber media yang kurang berkesan menentukan kemenangan
calon di mana 13.3% responden mengatakan ‘sangat berkesan’, manakala 38.9% lagi
mengatakan ‘berkesan’.
12

JADUAL 4: Peratusan Sumber Yang Berkesan

Sumber Sangat Berkesan Tidak Min


Berkesan Berkesan
1 2 3
Ceramah 40.3 49.4 10.3 1.699
Poster 35.7 55.6 8.7 1.729
Risalah 13.9 52.8 33.3 2.193
Brosur / Makalah 6.0 68.3 25.7 2.197
Blog di Internet 14.3 53.4 32.3 2.180
Akhbar 23.9 55.4 20.7 1.967
Majalah 19.4 67.2 13.3 1.939
Televisyen 28.0 56.2 15.7 1.877
Manifesto Parti 27.5 58.9 13.6 1.861
Radio 20.8 60.2 19.0 1.981
Poster 13.3 72.2 14.5 2.011
Risalah 15.8 69.2 14.7 1.988
Kaset / CD 16.2 45.0 38.8 2.225
Video/ VCD / DVD 11.2 43.9 44.9 2.336
Pengumuman Pembesar Suara 8.1 42.4 49.5 2.413
Sepanduk parti 11.0 68.3 20.8 2.098
Billboard / Papan Kenyataan 9.7 72.3 18.0 2.082
Surat Layang 8.5 22.4 69.1 2.606
SMS / MMS 1.8 25.2 73.0 2.712
Lawatan rumah ke rumah 22.3 55.4 22.3 2.000
Bendera parti 16.8 66.7 16.5 1.997
Gambar Calon 31.3 58.5 10.2 1.789
Kumpulan Kecil Parti 16.9 48.5 34.6 2.177
Perarakan Parti 16.2 53.1 30.7 2.144
Sukan 8.1 62.1 29.8 2.217
Persembahan / Nyanyian / Karaoke 16.2 30.1 53.7 2.374
Logo Parti di T-shirt / Topi / Air Mineral /dsb 4.9 61.1 34.0 2.291
Acara keagamaan di rumah ibadah 10.2 49.1 40.7 2.305
E-mail (internet) 13.3 38.9 47.9 2.346

Selain itu video / VCD / DVD adalah dalam senarai bawah yang kurang berkesan
menentukan kemenangan calon, iaitu 11.2% menjawab ‘sangat berkesan’ dan 43.9%
menjawab ‘berkesan’. Dalam senarai keenam dari bawah adalah acara keagamaan di rumah
ibadat. Sebanyak 10.2% responden mengatakan acara keagamaan di rumah ibadat ‘sangat
berkesan’ dan 49.1% lagi menjawab ‘berkesan’ dalam menentukan kemenangan seseorang
calon.

Daripada jadual tersebut, dapat dirumus enam sumber bermula dari atas yang
berkesan menentukan kemenangan calon adalah ceramah, poster gambar calon, manifesto
parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber dari terbawah yang kurang berkesan
dalam menentukan kemenangan calon adalah sms / mms, surat layang, persembahan /
nyanyian / karaoke, emel, video / VCD / DVD, dan acara keagamaan di rumah ibadat.
13

JADUAL 5: Kekerapan Menghadiri Ceramah

Kekerapan Hadiri Ceramah Jumlah Peratusan


1 kali 269 25.6
2 hingga 4 kali 570 54.3
5 hingga 8 kali 119 11.3
Lebih dari 8 kali 25 2.4
Tidak Pernah sekali pun 66 6.3

5.8 Kekerapan responden hadir ceramah

Berdasarkan Jadual 5, majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara 2 hingga 4
kali sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Jumlah ini mewakili 54.3% daripada
keseluruhan jumlah responden. Bagaimana peratusan mereka yang tidak pernah hadir
ceramah adalah 6.3% atau 66 responden.

JADUAL 6 : Faktor Dorongan Menghadiri Ceramah

Faktor Dorongan Menghadiri Ceramah Jumlah Peratusan


jawab Ya
Atas ajakan kawan 317 30.2
Dipengaruhi oleh anggota parti 476 45.4
Keinginan untuk mendapat maklumat 509 48.5
Penceramah terkenal / popular 500 47.7
Tanggungjawab sebagai anggota parti 476 45.4
Untuk mengetahui isu yang dibincangkan 608 58.0
Memang berminat dan seronok mendengar 391 37.3
ceramah pilihanraya
Memudahkan untuk membuat keputusan dalam 351 33.5
mengundi calon
Untuk mengisi masa lapang 265 25.3
Menyokong parti yang menganjurkan 403 38.4
Terpaksa / dipaksa 295 28.1

5.9 Faktor Dorongan hadir ceramah

Merujuk kepada Jadual 5, faktor yang paling besar mendorong responden menghadiri
ceramah pilihan raya adalah untuk responden mengetahui isu yang dibincangkan dlam
pilihan raya. Sebanyak 58% daraipada jumlah keseluruhan responden mengatakan faktor
ini sebagai pendorong mereka menghadiri ceramah. Sebanyak 48% responden pula
mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat sebagai pendorong, manakala
faktor yang paling kecil sekali dikatakan sebagai pendorong responden menghadiri
ceramah adalah faktor untuk mengisi masa lapang. Sebanyak 25.3% daripada responden
mengatakan faktor ini sebagai dorongan kepada mereka menghadiri cermah.
14

JADUAL 7 : Isu-Isu Pilihan Raya

Isu Jumlah Peratusan


jawab
Ya
Rasuah / Penyelewengan 402 38.3
Pekerjaan / Pengangguran 301 28.7
Pendidikan 412 39.3
Kesihatan 162 15.4
Ekonomi 590 56.2
Moral Pemimpin 205 19.5
Personaliti calon 222 21.2
Masalah sosial / moral 286 27.3
Pembangunan insan 339 32.3
Agama 270 25.7
Kehakiman 199 19.0
Kenaikan harga barang 458 43.7
Kenaikan Harga petroleum / minyak 505 48.1
Kelemahan BN 138 13.2
Kelemahan Barisan Alternatif (PAS, Keadilan, DAP) 209 19.9
Kekuatan BN 258 24.6
Kekuatan Barisan Alternatif (PAS, Keadilan, DAP) 215 20.5
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) 120 11.4
Kecemerlangan kerajaan yang memerintah 376 35.8
Jasa-jasa kerajaan kepada rakyat 256 24.4
Islam Hadhari 313 29.8
Wanita 240 22.9
Pertahanan 61 5.8
Perkauman 272 25.9
Masalah Dalaman Komponen BN 273 26.0
Masalah Dalaman Parti Barisan Alternatif (PAS, 302 28.8
Keadilan, DAP)
Kekecohan / kekacauan yang timbul semasa berkempen 314 29.9
HINDRAF 381 36.3
Lain-lain

5.10 Isu-isu yang dibincang dalam kempen

Berdasar pemerhatian responden, mereka juga ditanya mengenai isu-isu yang sering
disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya umum 2008. Berdasarkan
Jadual 6, majoriti responden, iaitu 56.2% daripada keseluruhan responden mengatakan
isu ekonomi menjadi tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen
pilihan raya kali ini.

Isu-isu lain yang dinyatakan responden yang sering disampaikan atau


dibincangkan adalah kenaikan harga petroleum / minyak (48.1% responden), isu
kenaikan harga barang (43.7 responden), pendidikan (39.3% responden), isu rasuah /
penyelewengan (38.3% responden), dan isu HINDRAF (36.3%).
15

5.11 Persetujuan Mengenai Sikap

Berdasarkan Jadual 7, penyataan “Saya mendapat maklumat tambahan mengenai


pemilihan calon yang bertanding melalui kempen yang dijalankan” merupakan
penyataan yang paling disetujui ramai oleh responden. Sebanyak 78% daripada
keseluruhan responden ‘setuju’, 11.7% ‘kurang setuju’, dan 10.3% ‘tidak setuju’
mengenai penyataan ini. Penyataan “Saya mengundi berdasarkan ketokohan atau
personaliti calon” juga disetujui ramai responden, di mana 64.7% responden
mengatakan ‘setuju’, 31.5% ‘kurang setuju’, dan 3.8% ‘tidak setuju’ mengenai
penyataan ini. Penyataan lain yang disetujui ramai responden adalah “Saya mengundi
berdasarkan kepada parti yang saya anggotai”. Sebanyak 67% daripada responden
mengatakan ‘setuju’, 18.3% menjawab ‘kurang setuju’ dan 14.3% tidak setuju bagi
penyataan ini.

Begitu juga dengan penyataan “Saya mempunyai pilihan calon saya sendiri
tanpa memerlukan kempen oleh mana-mana pihak” disetujui ramai responden, di mana
55.8% menjawab ‘setuju’, 21.5% menjawab ‘kurang setuju’ dan 22.7% ‘tidak setuju’
dengan penyataan ini.

Penyataan yang paling tidak disetujui oleh ramai responden adalah “Saya
berpendapat mengundi hanya membuang masa sahaja”, di mana hanya 4.9% responden
saja yang ‘setuju’ dengan penyataan ini, 4.4% ‘kurang setuju’, manakala 90.5%
mengatakan ‘tidak setuju’ dengan penyataan ini.

Begitu juga penyataan “Saya berpendapat mengundi tidak banyak membawa


oerubahan dalam kehidupan saya”. Bagi ini sebanyak 11.8% responden ‘setuju’, 49.9%
‘kurang setuju’ dan 38.3% responden lagi ‘tidak setuju’ dengan penyataan ini.

5.12 Korelasi Antara Pembolehubah

Kajian ini juga membuat hubungan korelasi antara media komunikasi yang dipercayai,
media yang diganggap berkesan dan kekerapan menghadiri ceramah dengan
pembolehubah-pembolehubah dorongan ke ceramah kempen, isu-isu pilihan raya, sikap
pengundi. Secara keseluruhan terdapat hubungan yang positif dan signifikan kecuali
hubungan antara kekerapan mengahadiri ceramah dengan isu-isu pilihan raya dan sikap
pengundi.

Berdasarkan jadual 9, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang


signifikan antara media yang dipercayai dengan dorongan untuk menghadiri ceramah (r =
0.35. p <.05). Ini menunjukkan bahawa semakin kerap seseorang itu mempercayai sesuatu
media, maka ia mempertingkatkan keinginan untuk menghadiri ceramah atuu kempen
yang dianjurkan. Ini kerana media telah mendorong untuk mendapat maklumat yang
lebih lanjut dalam ceamah yang dianjurkan oleh parti politik.
16

JADUAL 8: Persetujuan Mengenai Sikap

Item Persetujuan Setuju Kurang Tidak Min


Setuju Setuju
1 2 3

Saya mempunyai pilihan calon saya 55.8 21.5 22.7 1.669


sendiri tanpa memerlukan kempen oleh
mana-mana pihak
Saya mengundi berdasarkan ketokohan 64.7 31.5 3.8 1.390
atau personaliti calon
Saya mengundi berdasarkan kepada parti 67.4 18.3 14.3 1.469
yang saya anggotai
Saya mengundi berdasarkan isu yang 44.1 36.8 19.1 1.749
wujud semasa pilihanraya
Saya sering membaca atau mendengar 45.6 33.0 21.4 1.758
atau menonton maklumat atau isu
mengenai pilihanraya setiap kali
disiarkan atau diterbitkan oleh media
massa
Saya tidak peduli mengenai kempen 14.7 51.7 33.7 2.189
pilihanraya seperti yang dinyatakan oleh
media massa
Saya akan sertai ceramah mengenai 53.8 28.6 17.6 1.638
kempen pilihanraya yang sering
dianjurkan di tempat tinggal saya
Saya sering mengikuti kempen 46.2 33.4 20.4 1.741
pilihanraya dan saya menyukainya
Kempen pilihanraya merangsang saya 53.3 44.1 2.6 1.492
untuk mengundi calon pilihan saya
Saya mendapat maklumat tambahan 78.0 11.7 10.3 1.323
mengenai pemilihan calon yang
bertanding melalui kempen yang
dijalankan
Saya mudah merasa bosan apabila 9.8 59.8 30.4 2.205
mendengar ceramah mengenai kempen
pilihanraya kerana ia lebih merupakan
janji-janji untuk memenangi pilihanraya
Saya merasa puas hati dengan maklumat 43.8 36.2 20.0 1.762
mengenai kempen pilihanraya kali ini
Saya sering berbincang mengenai 36.6 47.3 16.1 1.795
pemilihan calon bersama rakan
Saya kerap berbincang mengenai 31.6 60.3 8.0 1.763
pemilihan calon bersama ahli keluarga
Saya berpendapat mengundi tidak banyak 11.8 49.9 38.3 2.265
membawa perubahan dalam kehidupan
saya
Saya hanya akan mengundi pada calon 12.8 54.1 33.2 2.204
yang saya kenali sahaja
Saya berpendapat mengundi hanya 4.9 4.7 90.5 2.856
membuang masa sahaja
17

JADUAL 9: Korelasi Antara Pembolehbuah

Dorongan ke Isu-isu pilihan raya Sikap


ceramah pengundi
Media yang 0.35* 0.24* 0.31*
dipercayai
Media yang 0.41* 0.29* 0.41*
berkesan
Kekerapan Hadiri 0.44* 0.36 0.25
Ceramah

Begitu juga kajian mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara
media yang dipercayai dengan isu-isu mengenai pilihan raya (r = 0.24, p < .05). Ini
menunjukkan bahawa pengundi yang mempercayai media semasa pilihan raya mempunyai
kaitan dengan isu-isu semasa pilihan raya. Ini jelas menunjukkan isu-isu pilihan raya
diperolehi dari media yang dipercayai oleh pengundi. Semakin kerap pengundi
mempercayai media berkenaan, semakin rancak sesuatu isu dibincangkan oleh pengundi
dan menjadi agenda publik.

Seterusnya hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan
antara media yang dipercayai dengan sikap pengundi (r = 0.31, p < . 05). Ini membuktikan
bahawa jika pengundi mempercayai sesuatu media akan mempengaruhi sikap pengundi
Trend yang sama dapat dilihat di mana media yang dianggap bekesan akan
mempengaruhi seseorang untuk menghadiri ceamah dan media juga merupakan gelanggan
untuk mendapat dan menyalurkan sesuatu isu semasa pilihan raya dan seterusnya akan
membentuk sikap pengundi dalam membuat keputusan dalam pemilihan calon.

Sementara itu, terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kekerapan
menghadiri ceramah dengan dorongan untuk menghadiri ceramah, isu-isi pilihan raya dan
sikap pengundi. Namun kajian juga membukti bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara kekerapan menghadiri ceramah dengan isu pilihan raya dan sikap
pengundi. Ini berkemungkinan sesuatu isu bukannya diperolehi melalui media ceramah
sahaja, namun disalurkan melalui pelbagai media. Kajian kes di Permatang Pauh ini
juga membuktikan bahawa walaupun seserang pengundi kerap menghadiri ceramah
politik, namun ia tidak mempengaruhi sikap dan tidak menjamin sebagai faktor penentu
kemenangan dalam pilihanraya.

Rumusan

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan di Permatang Pauh dapat dirumus enam sumber
utama yang dianggap berkesan menentukan kemenangan calon adalah ceramah, poster
gambar calon, manifesto parti, televisyen dan radio. Manakala enam sumber yang kurang
berkesan dalam menentukan kemenangan calon adalah sms / mms, surat layang,
persembahan / nyanyian / karaoke, emel, video / VCD / DVD, dan acara keagamaan di
rumah ibadat.

Majoriti responden menghadiri ceramah pilihan raya antara 2 hingga 4 kali


sepanjang kempen pilihan raya berjalan. Bagaimana peratusan mereka yang tidak pernah
hadir ceramah agak kecil. Ini menunjukkan bahawa media ceramah masih lagi mendapat
18

tempat di hati para pengundi. Faktor yang paling utama mendorong responden
menghadiri ceramah pilihan raya adalah untuk mengetahui isu yang dibincangkan dalam
pilihan raya. Mereka juga mengatakan faktor keinginan untuk mendapat maklumat
sebagai pendorong. Namun ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dan
popular mendapat sambutan pengundi dan juga dilihat menjadi faktor mereka
menghadiri cermah ketika pilihan raya.

Manakala responden mengakui mendapat maklumat tambahan mengenai


pemilihan calon yang bertanding melalui kempen yang dijalankan mereka juga
menganggap bahawa pola pengundian banyak berdasarkan ketokohan atau personaliti
calon. Juga kajian mendapati mereka mengundi berdasarkan kepada parti yang mereka
anggotai.

Ditinjau dari pemerhatian responden, mereka mengatakan isu ekonomi menjadi


tajuk yang sering disampaikan atau dibincangkan dalam kempen pilihan raya kali ini. Ini
diikuti isu kenaikan harga petroleum isu kenaikan harga barang pendidikan, isu rasuah /
penyelewengan dan isu HINDRAF.

Begitu juga mereka mendakwa mempunyai pilihan calon sendiri tanpa


memerlukan kempen oleh mana-mana pihak. Ini sesuai dengan kenyataan bahawa untuk
melihat keberkesanan sesuatu kempen perlu dilihat di kalangan khalayak penerima bukan
kepada kekerapan kempen media.

Kajian ini juga mendapati bahawa mengundi adalah penting dan bukan hanya
membuang masa sahaja. Ini disokong dengan hujah bahawa pengundi banyak membawa
perubahan dalam kehidupan mereka. Malah mereka tidak merasa bosan mendengar
ceramah mengenai kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Mereka juga seterusnya
memberi tumpuan dan dan perhatian mengenai kempen pilihanraya seperti yang
dinyatakan oleh media massa. Ternyata bahawa media massa memberi kesan kepada
pengundi dari segi menambah pengetahuan mengenai sesuatu isu, namun media dan
ceamah baukan factor penentu dalam pemilihan calon atau parti.

Batasan Kajian

a. Kajian ini dijalankan ketika pilihan raya yang menuntut kami banyak bersabar
kerana agak susah untuk mendapat kerjasama daripada para pengundi di
Permatang Pauh. Malah sebahagian daripada mereka menganggap pembantu
penyelidik kami sebagai berkempen, walaupun kami menunjukkan pengenalan
diri.
b. Oleh kerana faktor kekangan masa, kertas ini hanya menghuraikan kekerapan
dan peratusan terhadap pemboleh ubah yang dikaji.

Rujukan

Abdul Ghani Karim. l994. “Content analysis of Malaysian radio and television coverage
during the l990 General Elections”. Forum Komunikasi. Vol.4, No.1 & 2, Disember
1994.

Abdullah @ Kassim Mohamad. l995. "Political Campaign Activities in the 1990 General
Election". Kertas kerja Seminar Media & Politics Kajian Sebaran Am, ITM - Media
19

Performance in Malaysia's 1990 General Election: Lessons & Predictions, April, l995,
ms. 1-10.

Asher, Herbert. l980. Presidential Elections and American Politics. Homewood, Illinois:
The Dorsey Press.

Ben Adam. 1999. "TV3 Bohong – Pas, Undang-undang fitnah terus subur”. Massa, 24
Julai 1999.

Bryant, J dan Thompson, Susan. 2002. Fundamentals of Media Effects. New


York McGraw – Hill

Butler, David dan Cavenagh, Dennis. l983. The British General Elections of l983.
London: McMillan & Co.

Fishbein, Martin, and Ajzen, I., 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior, Reading,
MA: Addison-Wesley.

Ismail Sualman, 2004. Media dan Pilihan raya : Kajian Kes di Parlimen Permatang
Pauh. Laporan Penyelidikan IRDC, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Jones, Steve. (l999). Doing Internet Research: Critical Issues and Methods for
Examining the Net. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Katz, E., Blumer, G. J., dan Gurevicth. 1974. The uses of mass communication. Sage
Publication. Beverly Hills.

Kessel, John. l980. Presidential Campaign Politics. Homewood, Illinois: The Dorsey
Press.

Kotler, Philip, and Andreasen, Alan R., 1987. Strategic Marketing for Nonprofit
Organizations, 3rd Edition, Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall,.

Lazarfeld, Paul; Berelsen, Bernard; dan Gaudet, Hazel. l968. The People's Choice. {edisi
3}. New York: Columbia University Press.

McGuire, William, 1981. "Theoretical Foundations of Campaigns,'' in Rice, R.E., and


Paisley, W.J. (Eds.), Public Communication Campaigns, Beverly Hills: Sage
Publications, pp. 41-70.

McLuhan, Marshall. 1964. Understanding media, the extensions of man. London :


Routledge & Kegan Paul.

Negrine, R. 1994. Politics and the mass media in Britian. London : Routledge & Keegan
Paul.

Rogers, E. M. 1976. Communication and development critical perspectives, Baverly


Hills: Page Publications.

Rogers, Everett, M., 1983. Diffusion of Innovations, New York: Free Press.
20

Syed Arabi Idid, Agenda Setting: The Role of the Media in Elections 1999

Wimmer, Roger D. dan Dominick Joseph R. (2000). Mass Media Research: An


Introduction. Belmont, CA: Wadsworth.

You might also like