P. 1
TGFU Dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia

TGFU Dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia

|Views: 314|Likes:
Published by Mon Alita Man Sor
Definisi,
Kepentingan,
Komponen, Kepentingan Pengajaran TGFU di dalam Pendidikan Jasmani, Perbandingan Kaedah TGFU dengan Pengajaran Tradisional, Contoh Rancangan Pengajaran Harian, Rumusan
Definisi,
Kepentingan,
Komponen, Kepentingan Pengajaran TGFU di dalam Pendidikan Jasmani, Perbandingan Kaedah TGFU dengan Pengajaran Tradisional, Contoh Rancangan Pengajaran Harian, Rumusan

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Mon Alita Man Sor on Apr 04, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $0.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

03/19/2015

$0.99

USD

pdf

text

original

1.0 Definisi TGFU Lumrahnya kanak-kanak gemar bermain. Pergilah ke mana-manapun.

Menjadi suatu perkara yang menghairankan apabila kita melihat kanak-kanak duduk termenung menongkat dagu di taman permainan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Teknik Teaching For Games Understanding (TFGU) dihasilkan daripada pemerhatian David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughborough. Setelah mendapati pengajaran pendidikan jasmani tradisional kurang menarik minat murid-murid.

Ia diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil belajar. Murid-murid akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh guru. Ini juga bermakna mereka dapat menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri secara maksimun. Ini selaras dengan ciri-ciri kurikulum abad ke 21 yang mengandungi elemen kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan sentiasa berdaya saing. TFGU memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung seperti cara berfikir, menyelesaikan masalah, berinisiatif sebelum menggunakan kemahiran yang rigid sifatnya. Teknik yang digunakan harus merangsang minda murid-murid tentang pelajaran tersebut berbanding menggunakan teknik pengajaran secara langsung. Pendekatan bersifat kemahiran lebih mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu dan bukannya kegembiraan untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. Maka ia akan mengurangkan motivasi dan keseronokan murid-murid untuk menikmati proses pembelajaran dan seterusnya menghilangkan minat mereka. Model pengajaran gabungan Bunker and Thorpe’s Teaching Games for Understanding yang menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa seronok. Ia dikategorikan kepada empat kategori utama: 1.1. Sasaran (Target)

Objek ditempatkan pada sasaran atau murid-murid mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Sasaran permainan berfokus kepada tempat sasaran. Contoh permainan adalah seperti boling, memanah dan golf. Permainan seperti ini dapat mengembangkan kemahiran taktikal seperti ketelitian dan fokus

1. Contoh permainan adalah bola sepak. pemain hendaklah masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. . Contoh permainan adalah badminton. Mata diperolehi apabila objek dihantar kepada pihak lawan dan tidak dapat disambut semula oleh pihak lawan. bola keranjang dan bola baling. Kedua-dua pihak bermain dengan alat manipulasi seperti bulu tangkis atau bola.2.1. Kemahiran taktikal seperti teknik kecergasan fizikal dan kerjasama dalam pasukan diperlukan. Dalam kerangka masa tertentu. Serangan (Invasion) Dimainkan secara berpasukan.4. 1. Striking/Fielding Perlawanan bersemuka dua pihak iaitu pasukan striking dan fielding. softball dan kriket. Kaedah pengumpulan mata adalah melalui larian yang selamat atau jumlah pukulan yang dibuat dalam satu masa atau pusingan yang ditetapkan.3. Pasukan striking perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pasukan fielding harus berhempas pulas menghalang pasukan striking mendapatkan mata. Jaring/dinding (net/wall) Permainan di atas jaring atau menghentam dinding. squash dan ping pong. Contoh permainan adalah ragbi.

Guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.2. Ini kerana kaedah ini adalah bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya dapat menguasai permainan. Fagen) . Ia dapat membebaskan muridmurid daripada rasa bosan semasa sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Membentuk persekitaran pembelajaran yang kondunsif semasa aktiviti bermain dijalankan.0 Kepentingan TGFU Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid. kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Menurut Almy (1964. . Memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat belajar. Membebaskan murid-murid mencorak tahap bekerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan. Contohnya di dalam model TGFU berbentuk serangan (invasion). Rujuk Lampiran 1 Transformasi kemahiran berasaskan teknik penyelesaian taktikal boleh dilaksanakan oleh murid-murid di dalam situasi permainan sebenar tanpa terikat dengan kekangan permainan berdasarkan corak dan pengajaran struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau skill based. Memberi murid-murid peluang membuat keputusan berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Keterlibatan sepenuhnya dalam membuat keputusan.

4. 3. Apresiasi Permainan (Game Appreciation) 3. Tambahan kepada kesedaran taktikal akan melemahkan pasukan lawan tetapi sangat terhad .2. Pendekatan taktikal diperlukan untuk faedah diri sendiri dan pasukan untuk melemahkan pihak lawan 3. Sentiasa akur dan mengingati peraturan yang diberi 3.1. Murid-murid diminta mengenalpasti masalah untuk diselesaikan 3.1.1.3. Teknik taktikal tidak static kerana akan berubah-ubah mengikut kehendak permainan 3. Berasaskan kurikulum yanag sama walaupun bentuk permainan berbeza 3.3.1.1. Permainan harus sesuai untuk semua peringkat umur 3.1.1.4.1.3.2.2.3.2. Kesedaran Taktikal (Taktikal Awereness) 3.3. Murid-murid harus memahami konsep permainan walaupun ia mudah 3.3.5.1.3. Guru membantu murid-murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah 3.0 Komponen TFGU 3. Bentuk Permainan (Game Form) 3.2.2.2.2. Diadaptasi dari permainan orang dewasa tetapi disesuaikan dengan pola permainan murid-murid berumur 11-12 tahun 3.3. Penambahan undang-undang dan tentang masa dan kawasan boleh menjadikan permainan bervariasi dan ceria. Penambahan dan pengurangan intensiti dalam sesuatu permainan menjadi tolok pengukur keseronokan atau kesusahan permainan itu 3.

Kesimpulan (Conclusion) . Pencapaian dihasilkan daripada latihan ini dapat mengukur sejauhmana potensi seorang murid dan menjadi kayu pengukur untuk menilai teknik yang paling berkesan.1. 3. Maka kaedah What. 3.3. 3. Guru akan membimbing berdasarkan peraturan dan syarat-syarat permainan. Memandangkan dalam setiap permainan sesuatu aspek sering berubah-ubah.4. 3.2. tepat dan pantas amat sukar. Ia berbeza dengan kaedah tradisional di mana keberkesanan dan hasil di nilai selepas permainan bukannya semasa proses pembelajaran dan pengajaran sambil bermain berlangsung. When. Prestasi (Achievement) 3.6.1 Kebolehan membuat keputusan dalam masa yang singkat. Apabila kemahiran sudah dikenalpasti maka murid-murid harus bersedia mempersembahkan kemahiran yang dipelajari untuk ditunjukkan hasilnya kepada guru.5.4.5. How.4.7. Membuat Keputusan (Decision Making) 3. Pencapaian diukur berdasarkan potensi murid-murid menggunakan kemahiran dan respon yang bersesuaian dengan situasi semasa di dalam permainan. diajar kepada murid-murid untuk mereka mengenalpasti situasi dan memilih tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah. 3.4.5.3 Menggunakan pendekatan BAGAIMANA dan BILA untuk mencari kaedah terbaik dan pantas pada situasi yang memerlukan. 3.5.3.1. Perlaksanaan ini juga mengukur sejauhmana kebolehan guru 3.6. Perlaksanaan Kemahiran (Skill Execution) 3. 3.2. murid-murid perlu pantas untuk menilai APA yang berlaku dan mengenalpasti petunjukpetunjuk bagi penyelesaian masalah.6.2.

Ia akan terus dinilai semula untk penambahbaikan bagi memenuhi kehendak syarat permainan baru tersebut.7. 3. Maka menjadikan perlaksanaan kemahiran dan pencapaian mejadi faktor respon teratas.7. . Pengubahsuaian dalam permainan juga akan berlaku untuk penyempurnaan kepuasan bagi setiap takah.1. 3.3.3.2. Permainan dan peraturan telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran taktikal danmembuat keputusan. Aspek berturutan di dalam model ini sentiasa berubah-ubah dan menjadikan ia kritikal.7.

di mana ia adalah salah satu daripada bahagian fokus pendidikan jasmani. tanggungjawab kendiri dan interaksi sosial semasa menjalankan aktiviti. .d) memberi definisi bahawa Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran dan pengajaran menyeluruh merangkumi aspek domain psikomotor. Pendidikan Jasmani menjurus kepada empat objektif utama iaitu : (a) (b) (c) (d) Pembangunan fizikal atau organik Pembangunan neuro otot atau motor Pembangunan kognitif Pembangunan sosial. ketenangan. emosi dan afektif. sosial dan emosi. kognitif. di bawah bimbingan guru untuk dikembangkan ke arah permainan dewasa yang lebih canggih. Tanggungjawab kendiri juga terhasil apabila murid-murid mula memandang positif terhadap permasalahan di dalam permainan. Penekanan TFGU pada permainan dan mengarah pelajar untuk menganalisis permainan itu. Membolehkan ia diserap masuk ke dalam pelbagai jenis sukan. ‘Target games’ seperti boling atau boling padangmisalnya memerlukan murid-murid menggunakan fokus. Lee & Thomes 1988 ) Aktiviti yang melibatkan kuasa fizikal di dalam individu untuk membangunkan sistem organ di dalam tubuhnya Pettitor (n. Almy (1964: Fajen) menyatakan bahawan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. (Thomes. Kaedah permainan dalam TGFU berkonsepkan perkongsian masalah taktikal yang menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentasi permainan di antara murid-murid. Ia juga membentuk kemahiran murid-murid secara tuntas dan fleksibel. Ia mengutamakan pengajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Seterusnya menyiapkan kefahaman taktikal. Bahagian-bahagian itu adalah memupuk elemen keselamatan.4. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Ia dapat melahirkan murid-murid yang aktif dan mahir di dalam bidang sukan khusus. Di mana pelajar diberi ruang mencuba dan mengalami sendiri pengalaman aktiviti fizikal. Thorpe meletakkan psikologi sebagai teras utama konsep ini. Konsep TGFU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan.0. afektif. Kepentingan Pengajaran Pendidikan Jasmani Menggunakan Kaedah TGFU Secara tradisional. Murid-murid juga boleh menilai penampilan dan perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan.

Mary O Sullivan. Thorpe. Modification through Representation Permainan disimulasikan daripada permainan orang dewasa. sifat-sifat positif di dalam target games akan terbentuk. Doune Mcdonald. Ketika aktiviti dilakukan. pengurangan bilangan pemain untuk disesuaikan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. peraturan. 4. Seterusnya memberi kekuatan mental yang membentuk personaliti pemain yang mantap dan hebat. 4. 4. .3. Untuk lebih mencabar minda kanak-kanak. Tactical Complexity Menyarakan guru mendedahkan kepada murid-murid pendedahan taktikal yang lebih kompleks semasa proses sampling. Sampling Merujuk kepada permainan mengikut kategori. Modification through Exaggeration Keputusan segera perlu dibuat apabila undang-undang asas tidak lagi boleh digunapakai atau beberapa aspek di dalamnya memerlukan penambahbaikan. Bunker dan Almond (David Kirk. Model permainan diambil daripada kategori yang sama dan didemonstrasikan untuk melihat persamaan di dalam setiap kategori.4. 2006: 629) juga kemudiannya memperkenalkan empat dasar prinsip pendidikan yang diserap masuk ke dalam model kurikulum TGFU iaitu 4.1.konsentrasi dan ketelitian yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran taktikal untuk keluar sebagai pemenang.2. Bagaimanapun ia diadaptasi keada peralatan.

menjangka kemungkinan dan membuat tindakan sesuai berasaskan penilaian tadi.0 Perbandingan dan Perbezaan antara kaedah Pengajaran Secara Tradisional dengan TGFU 5.5. Guru hadir sebagai pembimbing.3. Aspek peraturan atau undang-undang diubahsuai dan dipelbagaikan untuk memberi warna kepada permainan sekaligus menarik minat pemain. Bagaimanapun ia diubahsuai berdasarkan kemampuan pemain dari pelbagai aspek seperti fizikal. Pendekatan TGFU Kaedah ini mencadangkan permainan diklon daripada permainan sebenar.1.2. 5.4 .1.2. Berdasarkan prinsip pengajaran tradisional di mana guru memberi arahan dan murid menurut arahan.1. 5. Pendekatan Tradisional 5. sosial. 5. Kesedaran taktikal dikuasai sedikit demi sedikit semasa permainan berlangsung dalam usaha untuk muncul sebagai pemenang. Termasuklah menilai dan mengenalpasti situasi. intelek dan infrastruktur yang bersesuaian.1.2. 5. Ciri-ciri pendekatan tradisional (a) kurikulum ditetapkan (b) pengajaran diutamakan (c) guru adalah pembuat keputusan dan menentukan tugasan (d) pelajar harus menerima tugasan (e) piawaian ditentukan dan berfokus kepada guru (f) pencapaian murid diukur mengikut gred 5.2.2. Murid-murid dibantu menguasai kemahiran membuat keputusan. Pembelajaran berbentuk aplikasi sehala di mana guru bertindak sebagai pengajar.1.2. Kebaikannya ialah guru mudah merancang dan sesuai untuk kegiatan bahaya atau yang memerlukan kemahiran khas.2. 5.

masquarademuslimah@blogspot.com . Kemahiran pula lebih berbentuk permainan berbanding latih tubi yang membosankan.Ia berkonsep ansur maju dengan praktis kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid.

3.Gelanggang Langkah-langkah Perlaksanaan .Menyerang dan Menahan Pengabungjalinan.5. 7. 7. 1. Penerapan Nilai .1. 7.Menyatakan taktik yang digunakan .4.Membina motivasi. 7. 0. Afektif .Yakin diri.6. Objektif Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran 90% murid dapat menguasai 7.tunjang kemahiran membuat keputusan Kesepaduan . Alatan .1.7. tanggungjawab kepada kumpulan dan kemahiran komunikasi 7.2.8. 7.1.7.1.3. Contoh Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Tunjang Tajuk Kemahiran Tarikh Masa : : : : : Pendidikan Jasmani Kemahiran Asas Koordinasi Taktikal Striking/ Fielding 30 minit satu pusingan 6 orang/ pusingan Bilangan Murid: 7.Kemahiran melepaskan diri dan mempertahankan kawasan untuk mendapatkan mata. jujur dan bekerjasama KBKK . Psikomotor – Melepasi halangan sekurang-kurangnya peringkat dua 7. Kognitif 7.2. Pengalaman Sedia Ada Murid-murid biasa dengan permainan galah panjang 7.

Bagaimanapun semakin besar gelanggang.10. Apabila berlaku sentuhan terhadap pasukan striking oleh pasukan fielding.8. semakin ramai murid-murid boleh dilibatkan.1.8. .7. Pemain striking tidak boleh keluar dari garisan tepi semasa permainan berlangsung 7.10. Peraturan dan Syarat-syarat Permainan 7.9. Sistem permarkahan 7.9. Pasukan fielding pula perlu menilai situasi dan membuat keputusan bagaimana untuk menghalang kemaraan pasukan striking 7. Satu pasukan untukstriking dan satu pasukan untuk fielding 7.2.2.3. Guru akan membuat balingan syiling untuk menentukan kedudukan striking dan fielding serta pasukan mana yang akan memulakan permainan 7.3 Apabila arahan diberi pasukan striking perlu mengenalpasti situasi dan membat keputusan bagaiman untuk menyerang bagi melepasi 3 atau lebih halangan di setiap petak 7.8.8. Pasukan striking perlu melepasi 3 atau lebih halangan fielding dan berpatah balik untuk mendapatkan mata 7.4.1 Pasukan dikira kalah jika.9.1.9. 6 orang murid dibahagikan kepada dua kumpulan. pemain pasukan striking dikira gagal dan hendaklah meninggalkan gelanggang 7.

Guru haruslah menjadi pembimbing dan bukan pengajar. 8.2.(a) semua ahli pasukan striking gagal menghabiskan permainan sama ada disentuh oleh pasukan lawan atau terkeluar dari garisan tepi gelanggang. Sesekala guru boleh membiarkan muri-murid bereksperimen dengan permainan tersebut mengikut kreativiti dan kefahaman mereka tentang konsep. Terutama aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor. Rumusan Kanak-kanak dan permainan tidak boleh dipisahkan. Jadi TGFU memang sesuai untuk kanak-kanak. peraturan dan syarat-syaratnya. Kaedah ini memanfaatkan waktu belajar kanak-kanak dengan pengajaran berbentuk permainan. Melalui kertas kerja ini. Murid-murid harus diberi kebebasan belajar dalam keadaan yang santai dan gembira melalui kaedah TFGU ini. Dengan itu pasukan fielding akan mendapat 1 mata sekiranya dapat menghalang keseluruhan pasukan striking daripada melepasi halangan dan berpatah balik. murid-murid juga dapat memupuk nilai positif seperti bekerjasama.10. Mereka lebih cergas dan gembira semasa bermain dibandingkan dengan aktiviti pengajaran tradisional yang lebih mengongkong minda mereka. dengan menggunakan taktik sesuai dengan peraturan permainan. (b) Pasukan fielding gagal menghalang pasukan striking melepasi halangan terakhir (apabila pasukan striking tiba di tempat mula) 7. Oleh kerana kenyanyak permainan melibatkan kumpulan yang ramai. . saya memahami bahawa syarat dan peraturan permaian haruslah pendek supaya murid-murid dapat menguasai konsepnya dengan mudah dan cepat.

com/2012/03/model-teaching-games-forunderstanding.pdf .penz.com/2011/11/pengenalan-tgfu-perkembangan-tgfu.ciklaili.cfm?p=720 – Rod Thorpe http://julismahjani.uvic.gov. Mary O Sullivan & Doune Mcdonald (2006) Handbook for Physical Education : Game-centred approaches to teaching phsyicall education.edu. 1989) http://www.nesacenter. London.9.ipgmksm.org/page.my/?p=83 Pendekatan.au/sportscoachmag/coaching_processes/teaching_games_for_understand ing http://www. Kaedah.blogspot. Werner.com/2012/07/kepentingan-teaching-games-for. Teknik dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani http://notakuliahpismp.org/blog/?p=1934 http://whatta. BIBLIOGRAFI http://education2.blogspot. & Oslin.org. Sage Publication Ltd http://www.(Griffin.0.blogspot. Mitchell. http://www. 1997.ca/Faculty/thopper/web/articles/advante/tgfumotorlearn.scribd.html http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.html http:/ http://www.com/doc/100272795/TGFU-Satu-Pembaharuan-Dalam-PendidikanJasmani http://tebalik.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.html David Kirk.com/2012/02/test-otak-anda-otak-kiri-dan-otak-kanan.pdf) .ausport.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->