You are on page 1of 8

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013- SATU PANDUAN

Panduan ini hanyalah untuk calon PMR SMK Agama Kuala Lumpur sahaja. Lain-lain calon jika sesuai bolehlah dijadikan panduan untuk buat kajian masa cuti. 1. Tajuk kajian umum : Kegiatan ekonomi tradisional Langkah/Panduan: i. Kenalpasti aktiviti ekonomi tradisional di tempat anda. ii. Banyak: Mungkin ada peniaga jual sate tepi jalan, buat kuih tradisional, buat belacan, jual air cendol, buat tempe, tukang urut, tukang gunting rambut tradisional, pekebun, pesawah, ternak ikan, buat sagu, nelayan, tukang besi, tukang emas, buat wau, buat labu sayong, buat batik, buat bakul, peniaga pasar malam atau pelombong emas tradisional. Sebenarnya banyak lagi. iii. Pastikan kegiatan ekonomi tidak dilakukan secara besar-besaran atau bersifat komersial atau tidak mengeluarkan hasil pengeluaran yang berskala besar iv. Pilih satu kegiatan ekonomi tradisional sahaja. Boleh pilih mana-mana kegiatan ekonomi tradisional seperti langkah nombor ii. v. Bila dah pilih, buatlah kajian dengan menggunakan kaedah temuramah.Buat temurammah dengan pengusaha bukan pekerja atau orang yang bekerja di situ. vii. Bila nak buat temuramah, bina dahulu soalan- soalan yang berkaitan dengan hasil kajian supaya anda dapat maklumat tentang kajian. viii. Bila dah bina soalan, bolehlah buat temuramah pengusaha ekonomi tradisional yang dipilih. Kemudian tulislah hasilkan dialog temuramah tersebut. viii. Jika buat temuramah di tempat pengusaha itu bekerja, ambillah gambar anda dan berlatarbelakangkan kawasan kajian. viiii. Bila ambil gambar, anda dah ada dua kaedah iaitu Kaedah Temuramah dan Melawat Tempat Kajian. x. Simpan gambar dan semua sumber yang diperolehi kemudian bawa ke sekolah bila buka sekolah nanti. Bagaimana nak buat temuramah// dialog? 1. Beri salam/ sapaan/ khabar 2. Minta pengusaha ceritakan sejarah kegiatan ekonomi tradisional yg dikaji 3. Bagaimana pengusaha itu boleh terlibat 4. Apakah tujuan kegiatan ekonomi dilakukan 5. Ada tak apa-apa proses kegiatan ekonomi tersebut. Contoh pengusaha membua sate, mesti ada proses buat sate, jadi boleh tanya. Ekonomi tradisional lain pun tetap ada proses. 6. Tanya juga peralatan yang digunakan 5) dan lain-lain soalan yang boleh dibina berdasarkan urutan hasil kajian (Lihat soalan kerja kursus yang diberi oleh guru)

6. Penutup/ terimakasih. 7. Tulis ikut format dialog/ atau buat dalam bentuk transkrip/ rumusan. Dicadangkan buat dialog. Dapatkan maklumat asas: Jangan lupa maklumat pengusaha: 1. Nama penuh 2. Umur 3. Alamat 4. No k/pengenalan Katakan Syoknya Sejarah

KERJA KURSUS SEJARAH 2013- sedikit perubahan maklumat

Ana dah tengok soalan kerja kursus sejarah PMR 2013. Sekali baca macam senang. Dua kali baca macam susah aje. Tiga kali baca pening juga nak bimbing murid nih. Empat kali baca memang senang. Tugasan kali ini melibatkan kegiatan ekonomi tradisional dan ada kaitan dengan melawat tempat kajian. Kalau murid yang tinggal di Kuala Terengganu bolehlah mereka ke Losong, untuk kajian pengusaha keropok lekor. Kalau yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar, bolehlah membuat kajian pengusaha Labu Sayong yang banyak di sekitar K.Kangsar. Kicap Tamin bolehke? Jawapannya tak boleh sebab pengeluarannya berskala besar. Sate Kajang juga tak bolehsebab dah popular dan berskala besar dan ada cawangan lagi. Apa yang boleh? Sebenarnya banyak yang boleh dikaji dan tempat kajian ada disekeliling anda. Betul ke?

Jadi ana turunkan sedikit panduan untuk mendapatkan produk tempatan yang ditetapkan: 1. Hasil keluaran seseorang pengusahabukan berskala besar.

2. Memadai hasil pengeluaran secarakecil-kecilan. 3. Hasil keluaran tidak dieksport keluar negara. Itu berskala besar. 4. Bukan berjenama terkenal. Kalau terkenal, ada kaitan dengan skala besar hasil pengeluaran. 5. Pengusaha tepi jalan/ pasar malam/ gerai majlis daerah atau kiosk layaksebab berskala kecil.

6. Kantin sekolah tak dibenarkan. 7. Antara makanan yang berskala kecilseperti pengusaha apam balik, putu mayam, karipap, roti canai, bahulu, akok, pisang goreng, keropok lekor, putu perak, putu piring dan sebagainya yang dijual di sekitar kawasan rumah/ taman/ kediaman murid. 8. Jika memilih kraf, pengusaha membuat grill juga boleh dibuat kajian. 10. Jangan lupa ambil gambar anda dengan pengusaha di tempat kajian. Ambil juga gambar di kawasan sekitar. Gambar penting untuk kaedah melawat tempat kajian. 11. Jangan lupa segala soalan yang anda tanya hendaklah dicatat, kemudian buat dialog untuk kaedah Temuramah. Dapatkan juga maklumat pengusaha melalui salinan kad pengenalan atau business card. Makluamat itu penting untuk menulis rujukan.

12. Dapatkan juga maklumat di internet, tentang pengusaha yang dikaji. Jangan save dalam thumb drive. Jangan ditukar kepada word. Ingat.. terus print dari internet. Jika anda print dari internet, maklumat itu penting untuk kaedah melayari internet. 13. Dapatkan juga maklumat melalui buku, akhbar, majalah. Maklumat itu penting untuk kaedah Penyelidikan Perpustakaan. 14. Jika semua itu dilakukan, anda berhak untuk mendapat 4 markah penuh untuk Elemen 1 sebab anda ada 4 maklumat/sumber yang berbeza. Waktu yang sama anda dah ada 4 kaedah yang berbeza. Apa tunggu lagi.. cepatlah cari sumber yang terdekat. 'KATAKAN SYOKNYA SEJARAH'

p/s: lihat cara menulis hasil kajian dalam blog ini yang telah diedit bertarikh 23.3.2011. Boleh dijadikan panduan menulis hasil kajian 2013.

Hadapi masalah sumber dan kaedah kajian?


Jangan bimbang, cuma dapatkan 4 sumber kajian dan 3 kaedah sahaja. Dari mana sumber kajian yang mudah boleh diperolehi? 1. Orang sumber - pastikan 4 maklumat asas pengusaha diperolehi/ atau salinan kad pengenalan

2. Melawat tempat kajian - pastikan ada gambar anda bersama pengusaha di tempat ekonomi tradisional itu berlaku- gambar hendaklah diambil semasa tempoh kajian 3. Photostat lesen perniagaan penjaja atau sijil kursus pengusaha atau sijil kejayaan pengusaha dalam ekonomi tradisional. Cukuplah satu. Contoh, pengusaha pasar malam ada permit kebenaran dari majlis daerah. Jadi minta photostat satu. Atau ada petani yang dapat apa-apa sijil kejayaan yang diikhtiraf juga boleh photostat. 4. Carilah satu lagi sumber tentang ekonomi tradisional yang dikaji sama ada buku, akhbar, internet dan lain-lain. Jika anda hanya ada 3 sumber pun tak mengapa. Anda dah ada 3 markah untuk 3 sumber Apakah kaedah mudah yang boleh diperolehi? 1. Jika ada orang sumber, dan buat dialog anda ada kaedah TEMURAMAH 2. Jika ada gambar tempat kajian, anda dan ada kaedah MELAWAT TEMPAT KAJIAN 3. Jika ada salinan lesen atau sijil, anda ada kaedah ANALISIS DOKUMEN 4. Jika ada cetakan internet, anda ada kaedah MELAYARI INTERNET Minima kaedah hanyalah 3 sahaja. Rumusan: Jika anda ada sumber nombor 1,2 dan 3, anda dah ada kaedah 1,2 dan 3. Senangkan. Syoknya Sejarah.

Format Menulis Kajian Sejarah Tempatan 2013

kiranablogspot

Format Kajian Sejarah Tempatan boleh diguna pakai untuk menyiapkan projek sejarah 2013. Semua pelajar Tingkatan 3 boleh menjadikan format berikut sebagai panduan menyiapkan projek sejarah. Format ini adalah untuk ELEMEN 2 @ hasil kajian. Pastikan SUMBER/ ELEMEN 1 telah mencukupi.

Setiap elemen 2 WAJIB mengandungi 9 perkara iaitu: 1. Tajuk Kajian: tajuk kajian hendaklah ditulis besar dalam 1 muka surat A4. contoh: KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL (BIDAN KAMPUNG) PENJUAL NASI KERABU MAK JAH 2. Senarai Kandungan mengandungi 3 ruang iaitu bilangan/ Perkara / Halaman senarai disusun secara urutan iaitu bermula dengan: Contoh: Bil Perkara Halaman 1. Tajuk Kajian i 2. Senarai Kandungan ii 3. Penghargaan 1 4. Objektif Kajian 2 5. Kaedah Kajian 3 6. Hasil Kajian 4 - 20 1. Maklumat asas pengusaha 2. Latar belakang 3. Sumbangan @ pengaruh kepada keluarga / masyarakat 4. Prospek 7. Rumusan 21 8. Lampiran 22 - 24 9. Rujukan 25 3. Penghargaan Helaian ini ditulis dalam 2 atau 3 perenggan Mengandungi kata-kata terima kasih kepada 3 pihak yang membantu pelajar. Setiap pihak itu, nyatakan alasan mengapa perlu berterima kasih Kebiasaan, pihak yang perlu diberi penghargaan seperti berikut (ambil 3 sahaja) ibu-bapa (nyatakan nama penuh ibu dan bapa dan beri alasan/ sumbangan) pengetua/ guru sejarah (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan) rakan-rakan (nama penuh rakan-rakan dan alasan/ sumbangan) Orang yang ditemuramah (nama penuh dan alasan/ sumbangan) pihak institusi (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan) 4. Objektif Kajian Ditulis dengan huraian terperinci / ada perenggan. Kaitkan dengan HASIL KAJIAN.

Huraian objektif pertama IAITU TENTANG TAJUK KAJIAN Huraian objektif kedua tentang iktibar Huraian objektif ketiga tentang pengalaman - apa yang calon dapat dari kajian 5. Kaedah Kajian Tulis 3 kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi;kebiasaannya: Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuklaman sesawang. Nyatakan juga sedikit maklumat yang diperolehi dari laman sesawang tersebut.

Temu ramah: Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan

temuramah

Pastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh, nombor kp, umur dan alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan. Tuliskan dialog

Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, jurnal buku, dll. pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar. Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap. Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk, nama majalah/penerbit/tarikh/tajuk Melawat Tempat Kajian: seperti melawat Gerai nasi lemak/ Kedai menjahit pakaian/ Kedai membuat labu sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-lain Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan atau apa yang diperolehi. Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen 1. 6. Hasil Kajian penting dan perlu menepati kehendak soalan rujuk contoh senarai kandungan. hasil kajian mesti betul Jika tak betul, calon tak boleh dapat markah penuh. 7. Rumusan pilih tiga unsur patriotisme yang sesuai dalam senarai unsur patriotisme yang diberikan oleh guru sekolah anda. Berdasarkan tiga unsur patriotisme yang dipilih tadi, huraikan kepentingan satu nilai kepada diri anda, kepentingan nilai kedua kepada bangsa, dan kepentingan nilai ketiga kepada negara. Contoh: Setelah menjalankan kajian, saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ......(kaitkan dengan tugasan anda) Jadi, contoh di atas adalah untuk rumusan diri dengan menggunakan salah satu nilai yang telah dipilih. Binalah dua lagi rumusan untuk baki dua nilai terhadap kepentingan untuk masyarakat dan negara. 8. Lampiran- Kebiasaan pelajar memilih: Contoh 1: Peta jalan ke kedai pengusaha/ pasar malam/ dll

ambil daripada laman sesawang atau mana-mana sumber potong peta tampal pada kertas lain tulis sedikit maklumat ( kapsyen) pada bahagian bawah peta yang telah contoh; Peta menunjukan arah untuk sampai ke _________________ Contoh 2; Gambar tempat kajian potong gambar dari mana-mana sumber / gambar yg dicuci dikedai - kategori

dilekatkan.

sama

tampal pada kertas lain tulis sedikit maklumat (rujuk contoh 1) Contoh 3: Ilustrasi atau lukis gambar berkaitan dengan produk. Contoh 4: Cara membuat produk - dalam bentuk rajah/ urutan INGAT: SETIAP LAMPIRAN MESTI DITULIS KAPSYEN 9. Rujukan Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1. Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah: Akhbar Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15. Internet Cara: tajuk, alamat laman sesawang Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my Melawat Tempat Kajian Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat.... Majalah Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbit Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang sumber Nama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.

Wallahualam. Mudah-mudahan dapat markah penuh IAITU 4 MARKAH. 'KATAKAN SYOKNYA SEJARAH'

Tajuk
Panduan Penskoran

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut: Konsep pengangkutan awam Jenis-jenis pengangkutan awam Kepentingan perkembangan pengangkutan awam Masalah perkembangan pengangkutan awam Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian Tajuk Pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian yang dipilih. Nota Lokasi termasuk kawasan kajian, bandar/ daerah dan negeri Contoh penulisan tajuk yang betul KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DESA, SEPUTEH, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
http://gemilanggeografivi.blogspot.com/2013/03/tajuk.html

You might also like