You are on page 1of 13

BENGKEL PEMBELAJARAN

Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan

Pengenalan
Pengelolaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap orang guru. Pengelolaan pengajaran bahasa ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Pembelajaran Secara Individu


Cara pembelajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan yang dikhaskan. Pengajaran ini sesuai kerana setiap murid berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan kebolehan lain.

kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu. belajar untuk mengembangkan kebolehan individu. guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan individu.

Pembelajaran Secara Individu


Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid boleh belajar mengikut kemampuan. Guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada murid berkenaan dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Aktiviti pengajaran hendaklah terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Pembelajaran Secara Berpasangan


Satu strategi yang melibatkan dua orang murid merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian. Dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan pasangan secara formal.

Pembelajaran Secara Berpasangan


Berfikir dan berbincang mengenai teknik pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran berpasangan ini juga dapat mencetuskan inovasi dan meningkatkan kreativiti murid berkenaan.

Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara berkumpulan. Pergerakan guru lebih mudah dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.

Pembelajaran Secara Berkumpulan


Pengajaran jenis ini memerlukan murid dibentuk dalam kumpulan kecil, iaitu 3 hingga 5 orang satu kumpulan. Murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka.

Pembelajaran Secara Berkumpulan


Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P. Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan. Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf. Ada dua kumpulan akan dibentuk, iaitu mengikut kebolehan dan mengikut pelbagai kebolehan murid.

Kumpulan Mengikut Kebolehan


Murid-murid lebih kurang sama tahap kebolehan. Pengumpulan murid-murid ini mengikut kebolehan biasa digunakan dalam P&P kemahiran asas seperti lisan, membaca dan menulis.

Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan


Kumpulan ini dibuat setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas. Murid-murid yang cerdas diminta dapat membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktivitiaktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya. Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan dan mengembangkan bakat kepemimpinan mereka.

http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/kaedahdan-teknik-pengajaran.html

You might also like