You are on page 1of 10

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS


SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KANDUNGAN ISI

Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna yang tinggi. mempunyai Pandangan nilai dan kesahan pendapat dan yang

kebolehpercayaan

berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Definisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,

pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas

menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial Bincangkan bentuk komunikasi

Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Perbincangan Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh

Definisi Komunikasi
satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain

Berasal daripada bahasa Latin communicatus yang bermaksud berkongsi sesuatu.

Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam

menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan, laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Latihan 2 Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi.

Komunikasi

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial Bincangkan ciri-ciri komunikasi

Membuat nota tentang ciri-ciri komunikasi.

Layari Internet

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Rehat

Tamat

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tamat

You might also like