You are on page 1of 28

POLITIK & KERAJAAN HNP 3023

BUDAYA POLITIK Dihantar kepada individu menerusi: SOSIALISASI POLITIK

PARTISIPASI POLITIK

TINGKAH LAKU POLITIK

SISTEM POLITIK

Bagaimana masyarakat belajar mengenai politik? Bila mereka belajar mengenai politik? Di mana mereka belajar mengenai politik? Nilai dan pandangan politik yang dipegang oleh masyarakat itu diperolehi menerusi suatu proses yang dikenali sebagai sosialisasi politik. Sosialisasi politik bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan melalui putaran hidup bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua. Menerusi proses sosialisasi politik, masyarakat akan memahami, menerima dan menyokong sistem politik yang sedia ada.

Herbert Hyman merupakan sarjana pertama yang mengemukakan pendekatan sosialisasi politik secara sistematik di dalam bukunya yang bertajuk Political Socialization: A Study in the Psychology of Political Behaviour.

Definisi : Satu proses sepanjang hayat bagaimana seseorang manusia itu belajar mengenai politik dan memperoleh nilai-nilai politik. Michael Rush (1992:92) : The process by which individuals in a given society become acquainted with the political system and which to a certain degree determines their perceptions and their reactions to political phenomena. Langton (1969:4) : Sosialisasi politik merupakan cara bagaimana masyarakat mentransmisikan budaya politik dari suatu generasi ke generasi yang lain. Almond & Verba (1963) : Proses di mana budaya politik dikekalkan atau berubah. Easton & Dennis (1969) : Satu proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi individu atau masyarakat dalam sistem politik.

Agen-agen

sosialisasi politik dibahagikan dalam dua kumpulan :

boleh

i.

Kumpulan Primer : Ibu Bapa & Keluarga, Pendidikan Formal dan Rakan Sebaya Kumpulan Sekunder : Media massa, Pemerintah, Parti Politik dan Agen-agen lain.

ii.

i.

IBU BAPA & KELUARGA Merupakan agen sosialisasi utama dan paling berpengaruh khususnya ketika seseorang itu masih lagi di peringkat kanak-kanak. Kajian Easton & Hess (1962) mendapati, kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan telah memberi gambaran autoriti yang sama antara bapa mereka dengan presiden, iaitu sebagai ketua atau penguasa. Easton & Dennis (1969) telah mengemukakan empat tahap dalam sosialisasi politik diri kanak-kanak : Tahap Pertama Kanak-kanak diperkenalkan dengan autoriti yang terdapat dalam negera seperti presiden atau polis. Tahap Kedua - Pengetahuan mereka berkembang dengan perbezaan antara autoriti internal dan eksternal seperti jabatan awam dan jabatan swasta. Tahap Ketiga - Kanak-kanak diperkenalkan dengan institusi politik seperti Parlimen, Mahkamah dan pilihan raya. Tahap Keempat Pengetahuan mereka diperkembangkan lagi dengan mengenali perbezaan antara institusi-institusi politik dan individu-individu yang terlibat dalam institusi tersebut.

a.

b.

c.

d.

ii.

PENDIDIKAN FORMAL (SEKOLAH/UNIVERSITI) Aspek pendidikan yang merangkumi orientasi persekolahan dan orientasi kampus merupakan agen sosialisasi politik yang terpenting ketika para remaja atau golongan muda sedang menuntut di pusatpusat pengajian. Misalnya, kajian Almond & Verba (1963) mendapati bahawa semakin tinggi tahap pendidikan seseorang individu, semakin tinggi kesedaran mereka tentang hal ehwal politik dan kenegaraan.

Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan formal merupakan agen sosialisasi paling berpengaruh dalam membekalkan sumber maklumat tentang politik kepada pelajar. Manakala agen-agen lain iaitu institusi keluarga pula dilihat semakin kurang berpengaruh.
RAKAN SEBAYA Merupakan unit sosial yang penting dalam membentuk sikap politik. Individu-individu yang tinggal dalam masyarakat yang berkembang maju didapati semakin ramai merujuk dan berbincang sesuatu perkara tertentu dengan rakan sebaya berbanding dengan golongan yang lebih tua daripada dan agen-agen sosial yang lain.

iii.

i.

MEDIA MASSA
Media massa berupaya menyebarkan mesej politik secara konsisten dan standard kepada sekumpulan manusia dan mampu memainkan peranan penting dalam transformasi masyarakat. Misalnya, kajian Atkin & Gants (1978) mendapati bahawa kanakkanak yang menonton berita televisyen juga berminat terhadap pengetahuan hal ehwal politik. Malah, berita televisyen turut menjadi penghubung yang pertama antara kanak-kanak dengan dunia politik sehinggalah mereka mencapai usia remaja. Pada peringkat ini, tingginya pendedahan seseorang individu itu terhadap program berita televisyen seringkali dikaitkan dengan tingginya tahap pengetahuan politik mereka. Media baru atau media siber dilihat telah menjadi agen penting dalam menyampaikan sumber maklumat politik dengan lebih pantas dan efektif berbanding dengan agen lain.

ii.

PEMERINTAH Pemerintah turut memainkan peranan dalam proses sosialisasi politik khususnya menerusi pendidikan politik yang diterapkan kepada masyarakat. Misalnya, mereka memperkenalkan pelajar kepada sistem politik negara menerusi beberapa mata pelajaran di sekolah seperti sejarah, pengajian am dan lagu kebangsaan. Hal ini secara tidak langsung membentuk idea dan persepsi politik masyarakat. PARTI POLITIK Parti politik kebiasaannya mempunyai matlamat dan kepentingan yang ingin dicapai. Namun begitu, parti politik juga turut memainkan peranan sebagai penyebar mesej politik kepada masyarakat menerusi ceramah-ceramahnya, kempen dan persidangannya. Melalui kegiatan parti politik ini, individu dapat mengetahui kegiatan politik negara, pemimpin dan institusi-institusi politik yang ada.

iii.

iv.

AGEN-AGEN LAIN
Contoh: Institusi Agama, jiran tetangga, organisasi atau badan-badan bukan Kerajaan.

Rush dan Althoff (1971) menyenaraikan tiga cara bagaimana seseorang individu menerima sosialisasi politik daripada agen sosialisasi : Imitasi Seseorang individu meniru tingkah laku individu lain menerusi imitasi. Kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak. Arahan (Instruction) Melalui arahan, seseorang individu itu diberitahu oleh orang lain untuk belajar mengenai posisinya dalam politik dan tanggungjawabnya sebagai warganegara. Motivasi - Seseorang individu itu belajar menerusi pengalaman dan kesilapannya, yang akhirnya akan membentuk pandangan politik mereka.

1)

2)

3)

Dari segi etimologi, partisipasi berasal daripada perkataan Latin Pars yang bermakna bahagian dan Capere yang bermaksud mengambil. Maka, partisipasi politik membawa maksud mengambil bahagian atau menceburkan diri dala sesuatu aktiviti. Dari segi sejarah, konsep partisipasi politik bermula sejak zaman Greek dan berkembang sejajar dengan tradisi pemikiran Barat. Aristotle telah membincangkan konsep partisipasi dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Menurutnya, warganegara mempunyai hak untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan pemeliharaan komuniti, undang-undang dan keadilan (Mulgan 1990:195).

Bagi John Locke pula, faktor material (kebendaan) telah mendorong kelompok masyarakat untuk melibatkan diri dalam politik demi melindungi harta dan kepentingan mereka. Namun begitu, Locke juga berpendapat bahawa masyarakat mempunyai hak untuk memberontak sekiranya kerajaan mengkhianati kepercayaan yang rakyat berikan (Laslett 1960:135).

Verba & Nie (1972:2) : ..those legal acts by private citizens that are more or less directly aimed at influencing the selection of governmental personnel and the actions that they take. McClosky (1968:252) : Kegiatan-kegiatan sukarela warga masyarakat dengan cara mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menentukan pembentukan polisi awam. Parry, Moyser & Day (1992:1) : Actions by citizens which is aimed at influencing decision which are in most cases ultimately taken by public representatives and officials. Barnes & Kaase (1979:4) : Aktiviti-aktiviti sukarela yang dilakukan oleh warganegara dengan niat untuk mempengaruhi pilihan politik dalam pelbagai peringkat sistem politik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Justeru, partisipasi politik boleh ditakrifkan sebagai kegiatan ahli masyarakat yang bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan dalam proses pembuatan keputusan.

Terdapat pelbagai bentuk partisipasi politik yang dikemukan oleh para sarjana, antaranya : Barnes & Kaase (1979) menyenaraikan dua bentuk partisipasi politik.

I.

Kegiatan Konvensional cabang aktiviti yang biasa disertai oleh masyarakat bagi memelihara kepentingan awam. Contoh : Mengundi, kempen politik dan menyertai pertubuhan politik
Kegiatan Bukan Konvensional Aktiviti yang disertai oleh masyarakat apabila mereka disekat daripada menggunakan pengaruh politik melalui saluran-saluran konvensional. Contoh : Demonstrasi, boikot dan revolusi.

II.

Dahl (1975) mencadangkan partisipasi politik.

dua

hierarki

I.

Golongan apolitikal (tidak politikal) golongan masyarakat yang tidak berminat menyertai proses politik. Golongan Politikal Terbahagi kepada 2 jenis golongan politikal : a) Golongan pencari kuasa/berminat untuk mendapatkan kuasa politik untuk mempengaruhi dasar. b) Golongan kepimpinan politik iaitu golongan yang mempunyai kuasa formal untuk mempengaruhi dasar.

II.

Rush & Althoff (1971:23) telah mengenalpasti sebelas bentuk partisipasi politik :
Memegang jawatan politik dan pentadbiran negara Mencari dan berusaha mendapatkan Jawatan Politik Keanggotaan aktif dalam organisasi politik Keanggotaan pasif dalam organisasi politik Keanggotaan aktif dalam suatu organisasi separa politik Keanggotaan pasif dalam suatu organisasi separa politik Menyertai demonstrasi dan mesyuarat umum Mengambil bahagian dalam diskusi politik Mempunyai minat dalam politik Mengundi dalam pilihan raya Apati tidak mengambil kisah mengenai politik.

a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k)

Milbarth (1965) juga mengemukakan bentuk kegiatan politik yang sering disertai oleh masyarakat: Kegiatan Gladiator Partisipasi aktif individu dalam politik Contoh : Memegang jawatan politik, menjadi calon Kegiatan Transition - Peringkat menuju ke kegiatan aktif Contoh : menghadiri mesyuarat politik, memberi sumbangan kewangan kepada parti Kegiatan Spectator Individu hanya terlibat dalam mengundi Apati Individu yang tidak terdedah kepada rangsangan politik dan tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan politik.

i.

ii.

iii.

iv.

Terdapat tiga faktor asas yang mempengaruhi penglibatan individu dalam politik : Jenis personaliti seseorang individu itu.

i. ii.

Orientasi, rangsangan dan pengaruh awal yang didedahkan kepada individu- termasuklah sosialisasinya di dalam keluarga, sekolah, rakan sebaya, media dan pendedahan kepada maklumat politik disekeliling mereka.
Corak sistem budaya, ekonomi dan politik masyarakat.

iii.

Budaya politik pada asasnya banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang telah dilalui oleh seseorang. Jika proses sosialisasi yang telah dilalui adalah tinggi, kebiasaannya corak budaya politik adalah bersifat peserta, di mana masyarakat akan mengambil tahu terhadap isu-isu dan perkara-perkara politik yang terjadi atau berlaku disekeliling mereka. Leeds (1981:194) misalnya percaya bahawa kepercayaan politik seseorang individu merupakan sebahagian daripada tindakbalas personalitmya serta beberapa pengaruh sosial dan persekitaran lain yang semuanya menyumbang kepada budaya politik semasa

Budaya politik adalah sistem nilai dan keyakinan terhadap sistem politik yang dimiliki bersama oleh masyarakat. Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku, kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu kelompok (Almond & Powell 1966:50).

Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik (Pye &Verba 1965: 513).
Menurut Ahmad Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik masyarakatnya. Diamond : Budaya politik adalah sikap, kepercayaan, nilai, idea, sentimen dan penilaian masyarakat tentang sistem politik mereka dan peranan individu dalam sistem itu.

i.

Sejarah - Semua peristiwa bersejarah mempengaruhi pembangunan negara. Dalam konteks Malaysia, peralihan daripada Hinduisme kepada Islam; Sistem Kesultanan; pembangunan petempatan; Kemerdekaan dan sebagainya mempengaruhi budaya politik. Geografi - Misalnya sifat lokaliti; iklim; topografi; geologi dan sebagainya. Struktur Sosio-Ekonomi - Penggunaan polisi afirmatif (seperti DEB), kadar urbanisasi, taraf pendidikan rakyat, pengagihan kekayaan serta pembangunan ekonomi. Adat-Istiadat & tradisi politik - Melayu - Muslim sebagai budaya dominan dan dijelmakan dalam kepemimpinan tertinggi negara; Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara; Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sosialisasi Politik - Peranan pemimpin politik dalam mempromosi dan dan menerapkan pemikiran mengenai budaya politik.

ii.

iii.

iv.

v.

i.

Almond & Verba mengemukakan 3 bentuk budaya politik : Budaya Politik Partisipan merupakan tingkat budaya politik yang paling tinggi di mana terdapat orientasi masyarakat terhadap keempat-empat komponen politik iaitu output, input, sistem politik dan peranan diri. Masyarakat mempunyai kesedaran politik yang tinggi sehingga mendorong mereka untuk melibatkan diri dan memainkan peranan aktif dalam kegiatan politik. Masyarakat berupaya mengkritik dan menyuarakan pandangan kepada pemerintah, tetapi masih tiada jaminan untuk mewujudkan kestabilan. Contoh : Amerika Syarikat

ii.

Budaya Politik Subjek Tingkat budaya politik yang kedua.

Merujuk kepada masyarakat yang sudah relatif maju tetapi masih pasif.
Masyarakat mempunyai beberapa orientasi terhadap output dan sistem politik, tahu mengenai mekanisme pembuatan keputusan dan mempunyai kesedaran politik, tetapi mereka tiada keyakinan untuk menyuarakan pandangan politik.

Masyarakat tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik tetapi mereka taat dan patuh terhadap undang-undang. Contoh : Malaysia

iii.

Budaya Politik Parokial


Merupakan tingkat partisipasi politik yang paling rendah. Tidak terdapat orientasi terhadap semua komponen politik (input, output, sistem politik dan peranan diri). Budaya politik ini wujud dalam masyarakat tradisional yang tiada peranan politik khusus, tiada struktur politik dan tidak mempunyai kesedaran terhadap sistem politik. Contoh : Masyarakat suku Afrika

i.

Sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu: Masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah (Gullick 1978).

Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata. Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan martabatnya.
Sistem Daulat - Budaya politik Melayu tradisional adalah Pasif, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemerintah.

Selepas

kedatangan kolonial, budaya politik dikatakan telah memasuki tranformasi baru iaitu timbulnya beberapa ideologi dan pemikiran politik yang dikatakan boleh menggugat budaya politik yang sedia ada. Antaranya wujud aliran ideologi sosialis, komunis, keagamaan dan juga nasionalisme. politik bersifat sederhana.

Budaya

Pada tahap ini perkembangan nasionalisme dalam budaya politik Melayu semakin meningkat apabila tindakan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union 8 pada 10 Oktober 1945. Buat pertama kalinya, kesemua pemimpin gerakan nasionalisme Melayu telah mengenepikan sengketa dan perbezaan ideologi masing-masing untuk bersatu menentang Malayan Union.

Budaya politik berada pada tahap yang tinggiWalaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.

You might also like