You are on page 1of 128

Kandungan

PENGHARGAAN PRAKATA

1.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


K. Jantan, M.J.Y. Md Sufian Yek

2.

RACUN MAKHLUK PEROSAK


D. Subramaniam

3.

KESELAMATAN
S. Abbas

4.

APLIKASI RACUN MAKHLUK PEROSAK


A.R. Mohd Azmi, Dr. Dzolkifli

5.

PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK Anai-anai


G.K. Laurence

Serangga Pengorek Kayu


G.K. Laurence

Lalat Rumah
W.A. Nazni

Lipas
C.Y. Lee

Nyamuk
J. Zairi, C.R. Adnan

Makhluk Perosak Iringan Lebah dan Penyengat


C.Y. Lee

Pinjal
H.L. Lee

Makhluk Perosak Di Tempat Penyimpanan


A.R. Mohd Azmi, Dr. Dzolkifli

Semut
C.Y. Lee

Tikus dan Mencit


T.H. Chia

Rumpai
Y.W. Chan

Penghargaan
Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasihnya kepada Zairi Jaal, Lee Chow Yang dan Adnan Che Ros dari Universiti Sains Malaysia; Dzolkifli Omar dari Universiti Pertanian Malaysia; Lee Han Lim dan Nazni Hj Wasi Ahmad dari Institut Penyelidikan Perubatan; Laurence G Kirton dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia; Chia Tio Huat dari Syngenta Crop Protection Sdn Bhd, Malaysia; Mohd Azmi Ab Rahim dari Persatuan Kawalan Makhluk Perosak Malaysia dan tidak lupa juga kepada Abbas Salleh, Md Sufian Yek Md Juni Yek, Chan Yeng Wai, dan Subramaniam David dari Jabatan Pertanian, Malaysia kerana sumbangan serta pemberian maklumat yang amat berguna dari segi teknikal dan sokongan dalam penyediaan dan penulisan nota-nota pengajaran ini. Kami juga sangat terhutang budi kepada semua ahli-ahli dalam pelbagai Jawatankuasa dan Kumpulan kerja yang telah melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam urusan memberi bantuan, sokongan intelektual, dan kritikan berguna sehingga terhasilnya manuskrip yang lebih baik. Akhir sekali, penghargaan juga diberi kepada Mohd Yunus Ismail serta Ismail Muhammed serta kepada semua kakitangan mereka di Jabatan Pertanian, Malaysia atas kerja-kerja menyunting dan memformatkan semula berbagai-bagai versi yang diterima sehingga terhasilnya manual yang sempurna ini.

PRAKATA
Manual ini merupakan satu set bahan rujukan yang padat dan lengkap untuk membantu pusat-pusat latihan yang ingin mengendalikan kursus penyediaan bagi calon-calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan pembantu pemakai kawalan racun makhluk perosak. Ia mengandungi maklumat-maklumat penting termasuk prinsip-prinsip asas berguna yang dapat memenuhi keperluan semasa dalam industri yang penuh mencabar ini. Maklumat-maklumat yang sediakan adalah hasil dari penulisan pakar-pakar dalam bidang masing-masing yang telah mengolahkannya sedemikian rupa supaya dapat mewujudkan dalam diri calon-calon yang berpotensi kemampuan untuk melaksanakan tugas sebagai pembantu pemakai kawalan racun makhluk perosak dengan sempurna. Modul yang disediakan ini mengandungi lima bahagian dan memerlukan sekurang-kurangnya 22 jam pengajaran. Ia menumpukan khususnya kepada ilustrasi mudah dan pengetahuan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawalan makhluk perosak yang begitu berkait rapat dengan setiap individu yang bergelar pembantu pemakai. Penekanan harus diberikan terhadap latihan praktikal yang melibatkan banyak aktiviti hands-on terutamanya tentang keselamatan dan teknik penggunaan yang betul yang berkaitan dengan aktiviti kawalan makhluk perosak. Lima bahagian itu ialah: Bahagian A Undang-undang dan Peraturan Menerangkan secara ringkas pelbagai undang-undang dan peraturan negeri, persekutuan dan kawasan setempat. Ini merangkumi Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004): Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (Pindaan 1995); Akta Kualiti Persekitaran 1974 (Pindaan 1985 dan 1996); Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994; Akta Pewasapan Hidrogen Sianida 1953 (Semakan 1981) dan Peraturan (Pengendali Kawalan Makhluk perosak) Racun Makhluk Perosak, 2004, selain surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Tumpuan seharusnya pada: Pelabelan Penguatkuasaan Hukuman

Penekanan harus diberikan pada pelbagai undang-undang dan syarat yang berkaitan dengan pembantu aplikator racun makhluk perosak di bawah Undang-undang (Operator Kawalan Makhluk Perosak) Racun Makhluk Perosak 2004. (1 jam) Bahagian B Racun Makhluk Perosak Gambaran menyeluruh tentang racun makhluk perosak secara umum termasuk jenis jenisnya (contoh OP, OC, carbamate, pyrethroid sintetik, IGR, racun perosak biologi dsb), cara-cara bertindak, kesesuaian, keberterusan dan ketahanan. Pengetahuan asas tentang formulasi racun makhluk perosak. Jenis-jenis bahan pembantu dan bahan tambahan yang boleh digunakan. (2 jam) Bahagian C Keselamatan Maklumat berkenaan penggunaan selamat racun makhluk perosak oleh aplikator termasuk keperluan label, pengangkutan, pemuatan, pembuangan, pembersihan peralatan, cara mengendalikan tumpahan, penyimpanan, aplikasi dan langkah-langkah mencegah bagi mengelak pendedahan dan kecederaan. Kesan racun makhluk perosak terhadap kesihatan manusia selain daripada memahami bagaimana pendedahan boleh berlaku, gejala keracunan yang disebabkan racun makhluk perosak.

Sampel bagi pelbagai jenis formulasi racun makhluk perosak haruslah ditunjuk.

Jenis-jenis kelengkapan pelindung diri (PPE) termasuk pemilihan, penjagaan dan penyelenggaraan. Membiasakan diri dengan prosedur pertolongan cemas, dan tindakan kecemasan apabila berlaku pendedahan racun makhluk perosak dan kecederaan lain yang berkaitan. Prosedur kecemasan. Tanggungjawab para pembantu aplikator racun makhluk perosak yang berlesen.

Beberapa bentuk demonstrasi praktikal tentang cara penggunaan pelbagai PPE dan rawatan pertolongan cemas yang betul perlu diadakan. (5 jam) Bahagian D Amalan Biasa Aplikasi Racun Makhluk Perosak Memahami pelbagai prosedur yang perlu dipatuhi dalam mana-mana aplikasi racun makhluk perosak, termasuk teknik-teknik mencampur dan memuat yang betul. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan mengaplikasi racun makhluk perosak seperti penentuan masa, liputan, dos dsb. Pengiraan mudah untuk mendapatkan dos optimum yang diperlukan dalam keadaan setempat dan formulasi yang biasa. Membiasakan diri dengan peralatan dan aplikator yang biasa digunakan dalam manamana operasi kawalan makhluk perosak, termasuk maklumat berkenaan menggunakan peralatan yang betul, penyelenggaraan asas dan penjagaan selain daripada menyelesaikan masalah-masalah kecil. Maklumat berguna berkenaan teknik-teknik aplikasi yang betul dan selamat.

Ilustrasi praktikal tentang aplikasi dan pengendalian pelbagai kelengkapan aplikasi secara selamat merupakan sesuatu yang sangat ditekankan dalam modul ini. (5 jam) Bahagian E Pengurusan Makhluk Perosak Mengenal pasti dan memahami makhluk perosak di bandar yang biasa termasuk kitar hidup, peringkat rentan, mengenal pasti tempat/habitat selain daripada kerosakan dan gejala-gejala yang disebabkan oleh makhluk perosak. Ia seharusnya juga merangkumi kaedah-kaedah mengawal serangan termasuklah demonstrasi praktikal tentang: Anai-anai and serangga pengorek kayu lipas nyamuk lalat rumah semut makhluk perosak di tempat penyimpanan (misalnya. kumbang, kumbang belalai dan ramarama) tikus/mencit rumpai makhluk perosak sampingan (misalnya, pijat, pinjal termasuk kumbang dan penyengat) Satu gambaran menyeluruh tentang Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu perlu lebih diberikan penekanan, berbanding dengan rawatan berjadual. (9 jam ) Calon-calon juga digalakkan banyak membaca bahan rujukan lain yang sesuai bagi mempertingkat dan meluaskan asas pengetahuan.

Sekretariat Lembaga Racun Perosak Malaysia Kuala Lumpur

Bahagian A: KAEDAH-KAEDAH DAN PERATURAN-PERATURAN

Md Sufian Yek Md Juni Yek


Bahagian Kawalan Racun Perosak Jabatan Pertanian MALAYSIA

Panduan Mengajar
Jumlah masa yang diperuntukkan - 1 jam (60 minit) Pengenalan Akta Racun Makhluk Perosak Peraturan Operator Kawalan Makhluk Perosak Penguatkuasaan & Hukuman Akta & Peraturan Yang Berkaitan Kuiz - 5 minit - 10 minit - 20 minit - 15 minit - 5 minit - 5 minit

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


1.0 TUJUAN i. Untuk memahami secara ringkas undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pembantu pemakai racun makhluk perosak; ii. Untuk mengetahui beberapa agensi penguatkuasaan yang berhubung dengan undangundang dan peraturan-peraturan; iii. Untuk memastikan bahawa semua langkah keselamatan diambil untuk melindungi pekerjapekerja, orang ramai dan alam sekitar daripada terdedah kepada bahan kimia secara tidak sengaja.

2.0 PENGENALAN
Terdapat beberapa undang-undang, peraturan dan pengawalan yang mengawal racun makhluk perosak di Malaysia. Ini termasuk: a. Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Akta Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 b. Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (dipinda pada tahun 1995); c. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Dipinda pada tahun 1985 dan 1996); d. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; e. Akta (Pengasapan) Hidrogen Sianid 1953 (Disemak pada tahun 1981).

3.0 AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 (AKTA 149), (PINDAAN) 2004
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149) (Pindaan) 2004, iaitu Akta utama bagi kawalan racun makhluk perosak di Malaysia telah dilaksanakan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak, dan mempunyai urus setianya di Jabatan Pertanian.

3.1 Objektif.
Untuk memastikan bahawa racun makhluk perosak yang diimport, dikilang dan dijual di negara ini adalah bermutu tinggi dan ianya tidak memberikan kesan buruk kepada manusia, tanaman dan alam sekitar.

3.2 Definisi Racun Makhluk Perosak


Racun makhluk perosak bermaksud apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya, tetapi tidak termasuk makanan yang tercemar atau apa-apa barang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua.

3.3 Racun Makhluk Perosak Berlainan


Mengikut Akta ini, sesuatu racun makhluk perosak harus dianggap sebagai suatu racun makhluk perosak yang berlainan daripada racun makhluk perosak lain jika: i. ii. Nama kimia bagi racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama kimia bagi racun makhluk perosak yang satu lagi itu; Nama dagangan atau cap dagangan racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama dagangan atau cap dagang bagi racun makhluk perosak yang lain;

iii. Perawis-perawis racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada perawis perawis racun makhluk perosak yang satu segi itu, pada jenis, bilangan, kadar, kepekatan, atau pada lain-lain hal; iv. Racun makhluk perosak itu dirumuskan secara yang berlainan daripada cara racun dirumuskan racun makhluk perosak yang satu lagi itu; v. Racun makhluk perosak itu dikilangkan oleh seorang pengilang bukan pengilang racun makhluk perosak yang satu lagi itu; atau vi. Racun makhluk perosak itu adalah berlainan pada kualiti, jenis, sifat, atau khasiatnya daripada kualiti, jenis, sifat, atau khasiat racun makhluk perosak yang satu lagi itu.

3.4 Racun Makhluk Perosak Salah Jenama


Suatu racun makhluk perosak mesti disifatkan sebagai salah jenama jika:
.

i.

ii. iii.

Labelnya mengandungi, berkenaan dengan racun makhluk perosak suatu penyataan, reka bentuk, atau pernyataan grafik yang palsu atau mengelirukan pada apa-apa butir mustahak, atau jika bungkusannya adalah selainnya memperdayakan berkenaan dengan kandungan bungkusan itu; Ia adalah suatu tiruan, atau adalah dijual bawah nama, suatu racun makhluk perosak lain; Labelnya tidak mengandungi apa-apa amaran atau ingatan yang perlu dan, yang jika dipatuhi, adalah memadai bagi mengelak risiko kepada manusia atau binatang; Apa-apa perkataan, pernyataan, maklumat atau lain-lain perkara yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan supaya ditunjukkan atas labelnya tidak sedikit pun ditunjukkan atasnya atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan; Ia tidak dipek atau dilabelkan sebagaimana yang ditetapkan; Ia mempunyai suatu kebisaan yang berlainan daripada kebisaan yang dikatakan ia mempunyai; Ia dicampur atau dipek dengan sesuatu bahan supaya jenis atau kualiti asalnya akan berubah kemudiannya; atau Ia mengandungi suatu bahan lain daripada bahan atau bahan-bahan yang dikatakan ia mengandunginya

iv.

v. vi. vii. viii. 3.5

Penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Seorang pegawai yang diberi kuasa boleh pada semua masa yang munasabah memasuki mana-mana tempat di mana racun makhluk perosak disimpan atau mungkin disimpan dan merampas atau memindahkan racun makhluk perosak yang secara munasabah telah melanggar peraturan Akta ini. 3.5.1 Kesalahan & Penalti. Sesiapa sahaja yang melanggar Akta, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan itu atau mana-mana syarat kelulusan boleh dihukum bersalah atas kesalahan itu seperti yang diperuntukkan. a) Penalti umum: Hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda sebanyak lima ribu ringgit bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua atau kesalahan seterusnya, satu tahun penjara atau denda sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. b) Mengimport, mengilang racun makhluk perosak yang salah jenama, atau racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan, atau racun makhluk perosak yang tidak mengikut syarat pendaftaran:Kesalahan kali pertama, lima tahun penjara atau denda lima puluh ribu ringgit. Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, sepuluh tahun penjara atau denda seratus ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

c)

Menjual dan menyimpan untuk dijual racun makhluk perosak tanpa lesen yang sah. Bagi kesalahan kali pertama, hukuman tiga tahun penjara atau denda sepuluh ribu ringgit. Enam tahun penjara atau denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan ke atas kesalahan kali kedua atau seterusnya. Memiliki atau menggunakan racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan dan penggunaan racun makhluk perosak yang tidak diluluskan. Tiada sesiapa pun boleh memiliki atau menggunakan racun makhluk perosak yang belum lagi didaftarkan di bawah Akta ini, atau menggunakan racun makhluk perosak secara lain daripada yang disyaratkan pada label, seperti yang diluluskan oleh Lembaga; dan sesiapa yang bersalah melakukan kesalahan dan disabitkan dengan kesalahan kali pertama, boleh dihukum penjara satu tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, boleh dihukum penjara tiga tahun atau didenda dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

d)

3.6

Kaedah-Kaedah Dan Peraturan Di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Beberapa Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan telah diluluskan dan dilaksanakan untuk memastikan objektif Akta tersebut dapat dicapai. Sehingga kini, 7 Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan utama yang berikut telah pun dilaksanakan iaitu:I. II. III. IV. V. VI. VII. Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pendaftaran) 1976; Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengimportan bagi Maksud-Maksud Pelajaran dan Penyelidikan) 1981; (Pindaan) 1987 Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984; Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi jualan dan Penyimpanan untuk jualan) 1988; Peraturan Racun Makhluk Perosak (Iklan) 1996; Peraturan Racun Makhluk Perosak (Racun Makhluk Perosak yang Amat Berbisa) 1996; (Pindaan) 2004 Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004

Antara undang-undang dan peraturan yang berkait rapat dengan pembantu pemakai racun makhluk perosak ialah: (a) Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984; dan (b) Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004: A. PERLEBELAN. Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 memperuntukkan jenis maklumat yang diperlukan pada label, telah dilaksanakan untuk memastikan label racun makhluk perosak yang diluluskan oleh Lembaga adalah dibuat dengan baik untuk menggalakkan penggunaan racun makhluk perosak secara yang betul. Pengguna harus boleh tahu daripada label apa yang mereka beli, apa kegunaan produk itu dan bagaimana menggunakannya dengan betul. Maklumat label yang diliputi di bawah peraturan ini termasuk: Nama dagangan produk Perawis aktif, kepekatan dan formulasi; Aturan penggunaan dan kadar yang disyorkan; Pengelasan bahaya; Pernyataan dilarang mengutip hasil;

Tanda-tanda keracunan; Rawatan kecemasan dan rawatan perubatan; kenyataan amaran dan hemat; Pernyataan pembuangan bekas racun makhluk perosak; Tarikh mengilang. B. PENGENDALI KAWALAN MAKHLUK PEROSAK Di bawah Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004, seseorang yang mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah, hendaklah memiliki suatu lesen pengendali kawalan makhluk perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga iaitu:i. kawalan makhluk perosak rumah secara am; ii. kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain; iii. kawalan rumpai awam secara am; atau iv. kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam. B1 Lesen. Terdapat tiga jenis lesen yang dikeluarkan:i. Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak: Lesen ini membolehkan seseorang itu mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendali kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah. Untuk mendapatkan lesen ini, seseorang itu perlu mengajikan sekurang-kurangnya seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen yang bekerja di bawahnya yang menjalankan atau menyelia penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain. ii. Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak: Lesen ini adalah bagi membolehkan seseorang menjalankan kerja kawalan makhluk perosak utama atau menyelia perjalanan pengendalian kawalan racun perosak oleh seorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen. Contoh kerja-kerja kawalan makhluk perosak yang utama yang boleh dijalankan oleh pemakai racun makhluk perosak berlesen atau pembantu pemakai racun makhluk perosak diseliakan sendiri oleh seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen ialah : kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain; kawalan makhluk perosak rumah secara am premis komersial; kawalan makhluk perosak kesihatan awam.

iii. Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak: Lesen ini adalah bagi membolehkan seseorang menjalankan tugas kawalan makhluk perosak kecil di bawah pernyeliaan sendiri; atau tugas kawalan makhluk perosak yang utama di bawah pernyeliaan, seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen. Tugas kawalan

makhluk perosak yang kecil termasuklah kawalan makhluk perosak rumah secara am di premis kediaman persendirian atau kawalan rumpai awam secara am. Untuk mendapat Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak atau Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk, seseorang itu adalah tertakluk kepada keperluan peperiksaan. B2 Peperiksaan. Lembaga boleh mengendalikan peperiksaan sekurangkurangnya sekali setahun bagi mereka yang berminat mendapat kelayakan sebagai Pemakai Racun Makhluk Perosak atau Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak. i. Kelayakan.Permohonan bagi Lesen Pemakai Racun Makhluk perosak mesti sekurang-kurangnya tamat minimum tahap pendidikanTingkatan Lima atau setaraf dengannya atau sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja sebagai pembantu Pemakai racun makhluk perosak. Pemohon bagi Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak mesti memiliki sekurang-kurangnya lulus Darjah Enam atau dua (2) tahun pengalaman kerja sebagai pekerja di syarikat kawalan makhluk perosak. Lulus peperiksaan ini akan menjadi prasyarat untuk permohonan sesuatu lesen. B3 Pengecualian. Pengecualian daripada mempunyai sebarang lesen adalah diberikan kepada: seseorang yang Mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang kegiatan utama atau biasanya tidak melibatkan penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah; dan tidak menanggap dirinya sebagai seorang pengendali kawalan makhluk perosak di khalayak ramai; atau seseorang yang menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta persendirian yang semata-mata digunakan untuk tujuan bukan komersial.

B4

Kewajipan Pengendali Kawalan Makhluk Perosak Berlesen: i. SeseorangPengendali Kawalan Makhluk Perosak berlesen hendaklah menyediakan dan memastikan bahawa pakaian perlindungan peribadi dan kelengkapan yang sesuai dipakai dan digunakan dalam semua pengendalian kawalan makhluk perosak yang dijalankan oleh seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen dan pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen.

ii. Seorang Pengendali Kawalan Makhluk Perosak berlesen hendaklah menyediakan bagi semua pekerjanya yang terlibat dalam pengendalian kawalan makhluk perosak, termasuk pemakai racun makhluk perosak berlesen dan pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, kemudahan untuk pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya sekali setahun, yang rekod pemeriksaan sedemikian hendaklah disimpan untuk lima tahun dan hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh Lembaga, apabila diperlukan.

iii. Apabila selesai pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta seorang a) Pemakai racun makhluk perosak berlesen atau pembantu Pemakai racun makhluk perosak berlesen hendaklah dengan segera memberi orang itu suatu laporan bertulis tentang pengendalian kawalan makhluk perosak itu sebagaimana dalam Borang H; b) Rekod laporan bertulis dalam Borang H hendaklah disimpan oleh pengendali kawalan makhluk perosak berlesen selama tempoh dua tahun dari tarikh selesainya pengendalian kawalan makhluk perosak yang dirujuk dalam laporan itu, dan hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh Lembaga, apabila diperlukan. iv. Sesuatu kemalangan atau kejadian yang melibatkan racun makhluk perosak semasa pengendalian kawalan makhluk perosak dijalankan, hendaklah dilaporkan kepada Lembaga oleh Pengendali kawalan makhluk perosak berlesen dalam Borang I dalam tempoh tujuh hari dari tarikh berlakunya kemalangan atau kejadian itu,.disebabkan oleh sesuatu operasi kawalan makhluk perosak haruslah dilaporkan kepada Lembaga oleh Pengendali kawalan makhluk perosak berlesen dalam Borang I dalam tempoh 7 hari daripada tarikh berlakunya kemalangan atau kejadian itu. B5 Pengangkutan, Penyimpanan Atau Pelupusan Racun Makhluk Perosak Atau Bekas Racun Makhluk Perosak Tiada seseorang pun boleh mengangkut, menyimpan atau melupuskan manamana racun makhluk perosak atau bekas racun makhluk perosak melalui apa-apa cara yang boleh menyebabkan kecederaan kepada manusia, tumbuhan berfaedah, tanaman, binatang ternakan, hidupan liar atau serangga berfaedah, atau yang boleh mencemarkan alam sekitar atau manamana jalan air melalui cara yang boleh mendatangkan bahaya kepada manamana hidupan liar dalam alam sekitar atau jalan air itu, kecuali menurut syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen dan kaedah-kaedah agensi Kerajaan berkaitan yang lain., B6 Penguatkuasaan. Seorang pegawai yang diberi kuasa boleh pada bila-bilamasa yang munasabah, memasuki,memeriksa dan menyiasat premis pengendali kawalan perosak berlesen, atau mana-mana harta awam atau persendirian yang ke atasnya pengendalian kawalan makhluk perosak telah dijalankan(a) (b) (c) Untuk memerhati, memeriksa atau menyiasat penggunaan dan pemakaian racun makhluk perosak; untuk memeriksa mana-mana kelengkapan atau mesin yang berkaitan dengan pengendalian kawalan makhluk perosak; untuk memeriksa dan mendapatkan contoh daripada harta, yang sebenarnya atau yang dilaporkan, terdedah kepada racun makhluk perosak; untuk memeriksa tempat simpanan atau pelupusan bagi mana-mana racun makhluk perosak; untuk memeriksa atau menyiasat aduan mengenai kecederaan kepada manusia atau kerosakan kepada mana-mana harta akibat daripada pemakaian racun makhluk perosak; untuk mendapatkan contoh racun makhluk perosak yang sedang dipakai atau yang akan dipakai; atau

(d) (e)

(f)

(g)

untuk menggeledah, menyita dan memindahkan i. racun makhluk perosak dan apa-apa bahan yang lain yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk digunakan sebagai racun makhluk perosak; atau mana-mana kelengkapan, rekod, laporan, invois dan dokumen yang lain yang berhubung dengan pengendalian kawalan makhluk perosak

ii.

B7

Kesalahan dan penalti. Sesiapa yang melanggar mana-mana syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen atau mana-mana peruntukan dalam Kaedah-Kaedah ini melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan kali pertama dipenjarakan selama enam bulan atau didenda satu ribu ringgit, dan apabila disabitkan kali yang kedua atau kali kemudiannya, dipenjarakan selama satu tahun atau didenda dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

4.0

AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN 4.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1985 dan 1996. Akta Kualiti Alam Sekeliling yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar mempunyai objektif utama untuk mencegah dan mengawal pembuangan sisa-sisa kimia termasuk racun makhluk perosak dalam jumlah, komposisi atau cara tertentu supaya tidak memberikan perubahan buruk kepada alam sekitar di samping kesan buruk kepada kesihatan manusia. 4.2 Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994. Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 memperuntukkan rangka kerja perundangan untuk mempromosikan, merang sangkan dan menggalakkan piawai yang tinggi tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Matlamat jangka panjang Akta ini ialah untuk membentuk suatu budaya kerja yang sihat dan selamat di kalangan semua pekerja dan majikan Malaysia.

. 4.2.1 Tugas Majikan: Memastikan tempat kerja selamat dan sihat:loji dan sistem kerja yang selamat dan bebas risiko; kegunaan, operasi, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan-bahan yang selamat menyediakan maklumat, arahan, penyeliaan dan latihan serta kemudahan kebajikan yang mencukupi. 4.2.2 Menetapkan organisasi yang selamat dan sihat. Melaporkan kemalangan-kemalangan dan penyakit-penyakit.

Tugas Pekerja: ambil langkah yang wajar untuk keselamatan dan kesihatan diri sendiri; ambil langkah yang wajar bagi kesan-kesan lain kerana tindakannya; bekerja sama dengan majikan atau orang lain dalam pelepasan sebarang tugas yang dikenakan oleh Akta itu; memakai dan menggunakan PPE;

mematuhi mana-mana arahan atau sukatan pada OSHA.

Bahagian B: RACUN MAKHLUK PEROSAK

Subramaniam David Bahagian Kawalan Racun Perosak Jabatan Pertanian MALAYSIA.

Panduan Mengajar
Jumlah masa yang diperuntukkan 2 jam (120 minit) Pengenalan Jenis-jenis Racun Makhluk Perosak Racun Serangga Racun Roden Racun Herba Racun Kulat Formulasi Racun Makhluk Perosak Demonstrasi Kuiz 20 minit 20 minit 5 minit 5 minit 70 minit

RACUN MAKHLUK PEROSAK

1.0

OBJEKTIF Untuk memberikan pemahaman secara ringkas tentang jenis, pengelasan dan cara tindakan pelbagai racun makhluk perosak dalam mengawal makhluk perosak demi kepentingan kesihatan umum.

2.0

PENGENALAN Racun makhluk perosak bermakna sebarang bahan yang digunakan untuk mengawal, mencegah, memusnah, menghalau sebarang makhluk perosak.

3.0

JENIS-JENIS RACUN MAKHLUK PEROSAK DAN KAWALANNYA 3.1 RACUN SERANGGA. sebagai contoh: Racun-racun ini biasanya dikelaskan mengikut sifat kimianya,

(a) Sebatian tak organik. Racun serangga tak organik ialah racun yang tidak mengandungi karbon, seperti Sulfur, Boric Acid, Sodium borate, Silica Gel dsb. (b) Sebatian organik. Sebatian-sebatian organik ialah racun makhluk perosak yang terdiri daripada karbon, hidrogen dan elemen-elemen lain. Antara kumpulan yang utama ialah: i. Botanica - Ini adalah sebatian-sebatian yang diperoleh daripada bahanbahan tumbuhan misalnya, ekstrak neem (azadirachtin), daun tembakau (nicotine), bunga kekwa (pyrethrum) dll Organoklorin - Lazimnya dikenali sebagai Ocs Organofosforus Lazimnya dikenali sebagai Ops, seperti malathion, dan Clorpyrifos. Clorpyrifos digunakan dengan meluas sebagai racun anai-anai. Carbamates - Carbamates merupakan sebatian yang sangat serupa dengan organofosfat dari segi aktiviti biologinya. Ia merencatkan enzim kolinesterase yang diperlukan dalam pemfungsian saraf haiwan. Ia biasanya merupakan racun serangga spektrum luas Piretroid ialah sebatian sintetik seperti permethrin cypermethrin dan deltamethrin,yang merupakan antara racun makhluk perosak yang biasa digunakan. Nicotinoids. - Nicotinoids ialah sejenis kelas racun serangga yang baru. Imidacloprid merupakan yang paling diketahui umum dan sering digunakan dalam mengawal serangga tanah, anai-anai, dan serangga rumput. Fiproles. - Fipronil merupakan satu-satunya racun serangga dalam kelas yang baru ini pada masa ini dan kini ia digunakan dalam sektor kesihatan awam dan sektor pertanian. Ia diformulasikan sebagai umpan bagi lipas, semut dan anai-anai.

ii. iii. iv.

v.

vi.

vii.

(c) Bahan pewasap. Bahan pewasap digunakan untuk membunuh serangga, telur serangga, nematoda, dan mikroorganisma tertentu dalam bangunan, gudang, gudang bijirin, tanah, rumah hijau dan dalam produk yang dibungkus seperti buahbuahan kering, kacang, biji-bijian, dan bijirin. Kebanyakan produk di bawah kategori ini adalah amat toksik. Dengan itu, pengendalian produk perlu dilakukan dengan amat berhati-hati.

Methyl bromide merupakan bahan pewasap yang paling banyak digunakan. Ia boleh digunakan dalam perawatan tanah pada peringkat penanaman di samping bagi tujuan mengkuarantin produk yang tidak tahan lama seperti bunga dan buah-buahan serta produk yang dapat tahan lama seperti bijian dan kayu. Walau bagaimanapun, menurut Protokol Montreal, Malaysia perlu menghentikan penggunaannya menjelang 2015 kecuali bagi tujuan kuarantin. Satu alternatif dalam penggunaan tertentu ialah menggunakan Phosphine dalam bentuk gas

(PH3). (d)
Biokimia. Ia terjadi secara semula jadi dan disintesiskan dengan struktur kimianya serupa dengan bahan kimia yang terjadi secara semula jadi. Beberapa contoh bahan kimia dalam kumpulan ini ialah: 1. 2. 3. feromon:- contohnya, bahan penarik seks (contohnya metil eugenol) alomon :- contohnya, penghalau (contohnya Citronella) IGR:- contohnya, hormon juvenil atau IGR (pengawal atur pertumbuhan serangga).

Heksaflumuron ialah sejenis IGR yang digunakan untuk mengawal anai-anai dan diformulasikan sebagai umpan. (e) Mikrob. Beberapa contoh racun serangga mikrob biasa yang terdapat di pasaran ialah: Bt (Bacillus thuringiensis) sub sp kurstaki, Bt sub sp aizawai, Bt sub sp israelensis dan Bt sub sp sphaericus.

3.1.1 Cara Tindakan racun perut masuk ke dalam serangga perosak semasa makan dan menyebabkan keracunan perut. racun sentuhan masuk ke dalam serangga perosak apabila bersentuhan dengan kakinya atau bahagian-bahagian luarnya. bahan pewasap masuk ke dalam serangga menerusi sistem pernafasannya. sistemik masuk ke dalam tumbuh-tumbuhan melalui akar, batang atau daun. Berkesan menentang nematod atau serangga yang menghisap, menggerek dan melombong. pengawal atur pertumbuhan menjejaskan pertumbuhan serangga semasa peringkat larva. (Catatan: Sesetengah racun serangga mempunyai lebih daripada satu sifat yang dinyatakan di atas). 3.2 RACUN RODEN. Racun roden boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: a. Akut Kumpulan racun roden ini adalah sangat berbahaya. Seekor haiwan akan mati dalam masa beberapa jam sahaja setelah mengingesnya. Apabila diinges, ia bertindak balas dengan asid perut lalu menyebabkan gas fosfin yang beracun dibebaskan. Ini diikuti oleh rasa loya, muntah dan akhirnya kematian. Contohnya, zink phosphide.

b. Kronik Ia merupakan racun roden yang bertindak dengan perlahan dan memerlukan berbilang dos. Kematian daripada racun roden anti-bahan penggumpal adalah disebabkan oleh pendarahan dalaman dan boleh mengambil masa selama 1 - 10 hari selepas keracunan awal. Ia tidak menyebabkan roden menolak umpan.

Warfarin, diphacinone, coumachlor, coumatetralyl dan chlorophacinone ialah beberapa contoh dalam kategori ini. Ia bertindak dengan lambat dan biasanya dikenali sebagai anti-bahan penggumpal generasi pertama. Ketoksikan yang ada padanya adalah lebih rendah daripada toksin akut. Antidot (vitamin K1) boleh digunakan jika berlaku keracunan yang tidak sengaja. Generasi kedua yang diperkenalkan pada tahun 1970-an boleh menyebabkan kematian dengan sekali makan. Kebolehtelapan kapilari bertambah di seluruh badan dan menyebabkan haiwan cenderung mendapat perdarahan dalaman yang meluas. Ini biasanya berlaku pada roden beberapa hari selepas menginges umpan, atau selepas beberapa kali makan, walau bagaimanapun umpan yang lebih baru boleh menyebabkan kematian selepas hanya sekali makan. Contoh-contoh generasi dalam kumpulan ini ialah brodifacum, bromadiolone dan difenacoum. 3.2.1 Jenis-jenis Formulasi. Biasanya racun roden dijual dalam dua jenis formulasi, iaitu: Serbuk pengesan. Serbuk pengesan biasanya digunakan dalam bangunan atau struktur. Ia diletakkan khususnya di sekitar perimeter sarang roden. Serbuk akan melekat kepada bulu roden ketika ia bergerak di sepanjang laluan di mana serbuk itu telah diletakkan. Racun kemudiannya diinges apabila roden itu membersihkan bulunya. Warfarin biasanya digunakan dalam formulasi ini. Umpan. Hidangan blok, until, dan bijian ialah antara beberapa bentuk umpan racun roden yang digunakan. Umpan-umpan ini biasanya terdiri daripada bahan kandungan yang aktif yang disaluti oleh bijian atau pes berperisa yang dapat menarik roden. Formulasi umpan lebih lazim digunakan berbanding dengan serbuk pengesan kerana ia lebih serba guna. Ia boleh digunakan di dalam dan juga di luar rumah. 3.3 RACUN HERBA. Racun herba atau racun rumpai merupakan bahan kimia yang digunakan Untuk membunuh tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini atau untuk merencatkan pertumbuhan biasanya. 3.3.1 Cara Tindakan Memilih - sangat khusus kepada jenis rumpai tertentu sahaja, misalnya sama ada daun lebar, rumput atau Cyperus sp. sahaja. Tindakan tak memilih - membunuh kebanyakan jenis tumbuh-tumbuhan. Tindakan sentuhan - membunuh bahagian tumbuh-tumbuhan yang bersentuhan dengannya. Tindakan sistemik diserap oleh akar atau bahagian atas tanah tumbuhtumbuhan dan ditranslokasi ke semua bahagian tisu. Pramuncul berkesan terhadap biji benih rumpai sebelum ia bercambah.

Pascamuncul - berkesan terhadap rumpai yang sudah bercambah. (Catatan: Sesetengah racun herba mempunyai lebih daripada satu sifat yang dinyatakan di atas) 3.4 RACUN KULAT. Racun kulat merupakan bahan kimia yang mampu mencegah atau mengawal penyakit yang disebabkan oleh kulat. Ia juga boleh dikelaskan kepada dua kumpulan kimia yang utama iaitu sebatian tak organik (sulfur dan kuprum) dan organik ( mancozeb, benomyl, metalaxyl dsb).

4.0 FORMULASI RACUN MAKHLUK PEROSAK Formulasi racun makhluk perosak melibatkan pemprosesan sebatian kimia yang dapat memperbaiki sifat-sifatnya dari aspek penyimpanan, pengendalian, penggunaan, keberkesanan dan keselamatan. 4.1 Komponen-komponen formulasi. Biasanya bahan-bahan kandungan berikut digunakan dalam proses formulasi: bahan teknikal ( bahan kandungan aktif) Ia adalah bahan kimia yang menghasilkan aktiviti misalnya , racun serangga, racun kulat atau racun.

Pelarut Pembawa agen aktif permukaan atau surfaktan penambah atau bahan tambah

4.2 Jenis-jenis Formulasi 4.2.1 Formulasi yang perlu dicairkan. a. Kepekatan yang boleh diemulsi (EC) ialah suatu larutan bahan kandungan aktif dalam pelarut yang boleh campur dengan bahan bukan air. Ia bersifat bendalir, homogen dan boleh dilarutkan oleh air untuk membentuk suatu larutan. b. Kepekatan ampaian (SC) ialah suatu ampaian bahan kandungan aktif yang stabil (biasanya yang tidak larut dalam minyak atau air) dalam bendalir yang perlu dicairkan dengan air sebelum digunakan. Granul termikrokapsul (MG) ialah sejenis granul yang mempunyai satu lapisan perlindungan dan pengawalan pelepasan. Pelepasan yang beransur-ansur bahan toksik boleh mengurangkan ketoksikan akut mulut dan kulit kepada mamalia. Kepekatan yang boleh dilarut (WSC) Formulasi cecair ini perlu dicairkan dalam air sebelum digunakan sebagai larutan bahan kandungan aktif yang sebenar. Formulasi ini mudah disimpan, diangkut dan biasanya mengandungi kepekatan bahan kandungan aktif yang tinggi.

c.

d.

e. Serbuk yang boleh dibasah (WP) ialah formulasi dikisar halus yang kering yang kelihatan seperti debu. Biasanya dibubuh sebagai ampaian selepas disebarkan dalam air. f. Granul yang boleh disebarkan oleh air (WG) ialah untilan kecil bergranul. Ia tidak bersifat debu; tidak membentuk ketulan semasa penyimpanan dan tidak perlu mempracampurkannya. Larutan akues formulasi cecair di mana pelarutnya ialah air kebanyakannya racun herba.

g.

4.2.2

Formulasi yang dapat digunakan tanpa dicairkan a. Butir (GR) ialah produk pepejal yang sedia untuk digunakan dan mudah berterbangan. Biasanya ia merupakan racun serangga dan kepekatannya adalah kurang daripada 10%. b. Debu (DP) ialah serbuk yang mudah berterbangan dan sedia untuk digunakan. Biasanya mempunyai kepekatan AI yang rendah. Namun demikian, ia mudah berterbangan dan boleh mencemari pembubuh dan kawasan bukan sasaran.

c. Isipadu ultra rendah (ULV) ialah cecair homogen pekat yang sedia untuk digunakan atau perlu dicairkan dengan sedikit pelarut tertentu. Ia perlu dibubuh dengan peralatan ULV. Biasanya ia berkepekatan sangat tinggi, misalnya > 90% dan kebanyakannya adalah untuk penggunaan di luar rumah seperti dalam kawalan nyamuk. 4.2.3 Formulasi lain i. Bait - Umpan racun serangga dihasilkan dengan mencampur suatu bahan kandungan aktif dengan bahan penarik makanan atau pembawa bahan penarik. Kadang kala, bahan kandungan tambahan yang lain ditambah untuk merangsangkan makanan agar serangga perosak akan tertarik kepadanya. Umpan mungkin adalah dalam bentuk granul, until, gel, cecair, atau diletakkan dalam stesen kawalan yang lazimnya dikenali sebagai stesen umpan. Umpan sangat berguna dalam pengawalan serangga seperti lipas, semut, penyengat dan anai-anai. Serangga sosial yang makan umpan itu bergantung kepada jenis a.i. yang digunakan dalam umpan, akan berkongsi umpan itu dengan individu-individu lain dalam koloni, dan seluruh koloni itu akhirnya akan dihapuskan. Sesetengah umpan lipas mampu menyebabkan kesan keracunan sekunder di mana toksikannya boleh dipindahkan kepada individu lain melalui memakan bahan tinja dan memakan karkas haiwan, walaupun individu ini tidak bersentuhan dengan umpan. Antara bahan-bahan kandungan aktif yang popular dalam produk umpan ialah hidrametilnon, fipronil, imidakloprid, klorpirifos dan fenitrotion. Aerosol biasanya mengandungi satu atau lebih bahan kandungan aktif dengan peratusan yang rendah dan pelarut. Ia terdiri daripada unit-unit serba lengkap yang biasanya kecil dan sedia untuk digunakan yang melepaskan racun serangga perosak apabila injap muncung dipetik.

ii.

4.3 Keserasian: Dua atau lebih racun serangga perosak yang boleh dicampur bersama untuk mengawal lebih banyak jenis serangga perosak dengan sekali penggunaan dikatakan saling serasi. Adalah penting untuk mengetahui bahawa tidak semua racun serangga perosak berfungsi dengan baik apabila dicampurkan. Ilmu berkaitan Racun Makhluk Perosak adalah terhad kepada dinyatakan. Maklumat akan sentiasa berubah berdasarkan pada penemuan-penemuan baru. Adalah penting untuk sentiasa membaca label dan mengikut arahan pada label sebelum menggunakan sebarang racun makhluk perosak. Rujukan: Barlow, F. 1985. Chemistry and Formulation, Pesticide Application,: Principles and Practices. Oxford Science Application. Chavasse, D.C. and Yap, H.H. (Ed) (1997). Chemical Methods for the Control of Vectors and Pests of Public Health Importance. WHO/Control of Tropical Diseases/WHO Pesticide Evaluation Scheme. Thomson, W.T. (1998). Agricultural Chemicals, Book 1:Insecticides. Thomson Publication, Fresno (California). Tomlin, C.D.S. (Ed) (2000). The Pesticide Manual 12th Edition. BCPC Publication (UK). Ware, G.W. (1991). Fundamentals of Pesticides, A Self-instruction Guide. Thomson Publication, Fresno (California). Ware, G.W. (1994). The Pesticide Book, 4th Ed. Thomson Publication, Fresno (California).

Bahagian C: KESELAMATAN

Abbas Salleh Bahagian Kawalan Racun Perosak Jabatan Pertanian MALAYSIA.

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan 5 jam (300 minit) Pengenalan Keracunan Racun Makhluk Perosak dan Rawatan Pertolongan Cemas Pentingnya Label Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) Pengendalian Selamat Racun Makhluk Perosak Demonstrasi Kuiz 5 minit 40 minit 20 minit 30 minit 160 minit 40 minit 5 minit

KESELAMATAN

1.0

OBJEKTIF Memberi dan mewujudkan kesedaran dan pemahaman tentang cara selamat mengendalikan racun makhluk perosak, pemilihan dan pemakaian pakaian perlindungan dan kelengkapan selain berupaya mengenali gejala-gejala umum akibat keracunan racun makhluk perosak.

2.0

PENGENALAN Racun makhluk perosak sememangnya dicipta agar bersifat toksik dan boleh mendatangkan bahaya sekiranya disalahgunakan ataupun dikendalikan dalam cara yang tidak betul. Oleh itu, penggunaan racun makhluk perosak secara selamat dan berkesan perlu dititikberatkan oleh setiap orang. Perlindungan daripada pendedahan yang tidak sepatutnya memerlukan penggunaan pakaian perlindungan yang sesuai, teknik-teknik aplikasi yang betul, kelengkapan aplikasi yang baik, penyimpanan, pengangkutan, dsb. yang betul. Ia juga melibatkan pengetahuan tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan tumpahan..

3.0

RACUN MAKHLUK PEROSAK DAN KESANNYA TERHADAP MANUSIA Keselamatan merupakan satu perkara penting semasa mengendalikan racun makhluk perosak. Walaupun kita berhati-hati, kemalangan masih boleh berlaku. Amatlah penting bagi pekerja benar-benar mengetahui kejadian keracunan disebabkan oleh racun makhluk perosak serta mengetahui cara-cara menanganinya. Mereka perlukan maklumat tentang dos, masa serta kaedah-kaedah aplikasi, dan langkah-langkah keselamatan. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan langkah berjaga-jaga yang berkaitan dengan penggunaan racun tersebut. Maka itu, mereka seharusnya diberikan bungkusan yang selamat dan arahan-arahan label yang betul untuk mengelakkan pencemaran dan kesilapan. Racun makhluk perosak adalah berguna kerana ia membantu mengawal dan membunuh makhluk perosak yang merosakkan tanaman dan harta benda. Walau bagaimanapun, sebagaimana racun makhluk perosak boleh membunuh makhluk perosak, ia juga boleh meracuni atau membunuh manusia. Para ahli sains mempunyai satu cara untuk mengkelaskan racun makhluk perosak mengikut tahap keracunan atau ketoksikan masing-masing. Bahan kimia ini disapukan sama ada pada kulit, diberi melalui makanan, atau disedut masuk (pernafasan) oleh haiwan kajian (biasanya tikus atau arnab). Daripada maklumat ini, mereka boleh menentukan jumlah racun makhluk perosak yang diperlukan untuk membunuh separuh (atau 50%) haiwan kajian. Jumlah ini dinamakan dos maut sehingga 50% atau LD50. Nilai LD50 adalah lebih rendah bagi racun makhluk perosak yang lebih beracun kerana kurang jumlah racun makhluk perosak diperlukan untuk membunuh haiwan-haiwan ini. Dengan itu, lebih rendah nilai atau nombor LD50, lebih toksik atau beracun sesuatu racun makhluk perosak itu. LD50 ialah jumlah bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh separuh daripada haiwan yang diuji. 3.1 Bagaimana racun makhluk perosak memasuki badan? boleh memasuki badan melalui empat cara iaitu: 3.1.1 Menerusi kulit Ini merupakan cara yang paling biasa racun makhluk perosak memasuki badan. Racun makhluk perosak mungkin terpercik atau tertumpah ke kulit semasa mencampur, mengangkat atau membuang bekas-bekasnya. Racun makhluk perosak

Racun makhluk perosak boleh memasuki badan dengan lebih cepat di sesetengah bahagian badan berbanding dengan bahagian badan yang lain. Bahagian-bahagian ini dikatakan mempunyai tahap resapan yang tinggi.

3.1.2

Menerusi mulut Menuang racun makhluk perosak ke dalam botol atau bekas lain adalah tidak dibenarkan. Orang mungkin terlupa dan meminum racun makhluk perosak itu kerana menyangka yang ianya air. Racun makhluk perosak boleh juga memasuki mulut apabila seseorang pekerja itu makan, minum atau menghisap rokok selepas dia menguruskan racun makhluk perosak.

3.1.3

Menerusi hidung Keracunan boleh berlaku sekiranya kita tersedut wap atau debu racun makhluk perosak, atau apabila racun makhluk perosak memasuki hidung lalu terus ke tekak atau paru-paru. Apabila para pekerja tidak menggunakan alat keselamatan yang betul, mereka mungkin akan menyedut racun makhluk perosak. Bekerja menggunakan racun makhluk perosak di kawasan-kawasan yang mempunyai pengalihan udara yang tidak baik di dalam bangunan juga boleh menimbulkan masalah yang sama.

3.1.4

Menerusi mata Racun makhluk perosak yang memasuki mata boleh menyebabkan buta atau kematian. Racun makhluk perosak boleh memasuki mata dengan mudah sekiranya para pekerja tidak menutup atau melindungi mata mereka semasa operasi. Sekiranya seorang pekerja menggosok mata dengan tangannya selepas dia menguruskan racun makhluk perosak, risikonya adalah lebih tinggi.

3.2

Tanda-tanda dan Gejala.Terdapat dua jenis petanda keracunan racun makhluk perosak: Keracunan racun makhluk perosak mempunyai tanda-tanda sakit (sesiapapun boleh nampak), dan gejala-gejala sakit (hanya orang yang keracunan boleh menyatakannya). Gejala-gejala adalah rasa yang hanya boleh diketahui oleh orang yang keracunan, seperti sakit perut atau sakit kepala. Tanda-tanda, seperti pengsan atau muntah, boleh dilihat oleh orang lain.

3.3

Jenis-jenis Keracunan. Seseorang itu mungkin mengalami keracunan selepas menyentuh racun makhluk perosak sekali sahaja. Ini dinamakan keracunan akut. Seseorang itu juga boleh mengalami keracunan sekiranya dia terdedah berulang kali kepada jumlah kecil racun makhluk perosak. Jumlah yang kecil ini pada mulanya tidak berbahaya, tetapi kemudian akan berkumpul dalam sistem badan lalu menyebabkan kesakitan. Ini dinamakan keracunan kronik. Biasanya racun makhluk perosak dalam kumpulan yang sama menimbulkan tanda-tanda dan gejala-gejala yang sama. Tanda-tanda dan gejala-gejala sakit keracunan mungkin tidak muncul sehinggalah beberapa jam selepas terkena racun tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya tanda-tanda atau gejala timbul selepas lebih daripada 12 jam setelah pekerja itu terdedah pada suatu racun makhluk perosak, dia mungkin mengalami sakit yang lain. Periksa dengan doktor untuk memastikannya.

Bergantung pada jenis racun makhluk perosak dan jumlah yang diserap, gejala-gejala boleh dikategorikan sebagai: 3.3.1 Keracunan yang Tidak Teruk: sakit kepala, letih, rasa loya, lemah, pening, resah, gementar, kerengsaan pada kulit, mata, hidung dan tekak, cirit-birit, berpeluh, hilang selera makan, berat badan menyusut, berkeadaan murung, sakit pada bahagian sendi. Keracunan Sederhana: : rasa loya, cirit-birit, air liur yang berlebihan, kekejangan perut, berpeluh dengan banyak, menggigil, tiada koordinasi otot, otot menggerenyet, terlalu lemah, letih, menderitai rasa gementar, kekeliruan mental, penglihatan kabur, sukar bernafas, batuk, denyut nadi yang pantas, kulit muka menjadi merah atau kuning, menitiskan air mata, muntah, anak mata mencerut. Keracunan yang Teruk: demam, terlalu dahaga, kadar pernafasan meningkat, muntah, gerenyet otot yang tidak dapat dikawal, anak mata mengecil, menggigilgigil dan terkejang-kejang, tidak berupaya bernafas atau gagal untuk bernafas, tidak sedarkan diri, dan nadi tidak berdenyut. Dalam sesetengah kejadian, keracunan boleh membawa maut.

3.3.2

3.3.3

3.4

Rawatan Pertolongan Cemas. Sebaik sahaja tanda-tanda dan gejala keracunan racun makhluk perosak dikenal pasti, kita perlu cepat bertindak. Tahu apa yang patut dilakukan dapat menentukan antara hidup dan mati! Rawatan pertolongan cemas bukanlah pengganti bagi rawatan perubatan. Pertolongan cemas hanya bertujuan untuk melegakan pesakit sehingga bantuan perubatan tiba! Langkah segera dan umum yang perlu diambil bagi semua jenis keracunan daripada racun makhluk perosak ialah: 1. Segera hentikan daripada bersentuhan dengan racun makhluk perosak dan alihkan mangsa. 2. Basuh kulit atau mata, bergantung pada tanda-tanda keracunan. 3. Sekiranya boleh, beritahu doktor, hospital atau klinik dengan segera dalam semua kes keracunan yang disyaki. Baca label pada racun makhluk perosak yang terlibat dengan memberikan lebih perhatian pada kenyataan tentang Rawatan Pertolongan Cemas yang akan memberitahu perkara yang perlu dilakukan. 4. Simpan bekas racun makhluk perosak dan sebarang bahan yang ada. Bawanya kepada doktor atau klinik. Sekiranya jenis racunnya tidak diketahui, simpan sampel bahan muntahan dan bawanya kepada doktor. 3.4.1 Racun Makhluk Perosak pada Kulit. Sekiranya berlaku pencemaran racun makhluk perosak pada kulit, bahan kimia tersebut perlu dibasuh dengan segera dengan air yang banyak.. Ingat, basuhlah rambut dan kuku. Mana-mana pakaian yang tercemar perlu ditanggalkan. Jangan gunakan sabun atau pencuci komersil untuk membasuh kulit mangsa kerana ini boleh meningkatkan penyerapan sesetengah racun makhluk perosak menerusi kulit. Selepas dibasuh, mangsa perlu dikeringkan, dibalut dengan selimut dan dibawa berjumpa doktor.

3.4.2

Racun Makhluk Perosak di dalam Mulut. Suruh mangsa berkumur-kumur. Baca label racun makhluk perosak untuk mengetahui sama ada mangsa patut dirangsang supaya muntah. Jangan cuba membuatkan mangsa muntah, sekiranya mangsa: a. Tidak sedarkan diri, ATAU b. Menggigil-gigil dan terkejang-kejang, ATAU c. Tertelan bahan petroleum (minyak tanah atau gasolin), DAN d. Apabila racun makhluk yang ditelan menyebabkan sakit yang teruk dan rasa terbakar di dalam mulut dan tekak. e. Sekiranya bahan asid atau alkali yang ditelan, berikan mangsa susu atau air. Jangan rangsang muntah. Rangsangkan agar mangsa muntah hanya jika mangsa: a. Sedar diri, DAN b. Tidak menggigil-gigil dan terkejang-kejang, DAN c. Tidak tertelan bahan petroleum (minyak tanah dan gasolin), DAN d. Racun makhluk perosak yang ditelan tidak menyebabkan sakit yang teruk dan rasa terbakar di dalam mulut dan tekak, DAN e. Bahan yang ditelan bukannya merupakan asid atau alkali yang kuat. Mula-mula, berikan pesakit susu atau air untuk diminum. Rangsang muntah dengan memasukkan satu jari di belakang tekak mangsa. Pesakit perlu diletakkan dengan mukanya menghadap ke bawah dan kepalanya direndahkan untuk mengelakkan muntahan daripada memasuki paru-paru. Ambil sedikit muntahan untuk dibawa kepada doktor.

3.4.3

Racun yang Disedut Menerusi Hidung dan Mulut. Mangsa, yang mengalami kesukaran bernafas ataupun apa-apa tandatanda atau gejala keracunan, pertamanya perlu dialihkan daripada punca racun makhluk perosak. Hanya seseorang yang mempunyai alat bantuan pernafasan yang betul yang seharusnya menyelamatkan mangsa. Mangsa yang telah tersedut racun makhluk perosak perlu dirawat mengikut langkah-langkah berikut: a. b. c. Mangsa perlu diletakkan di kawasan terbuka yang mempunyai udara segar. Sebarang pakaian ketat yang dipakai oleh mangsa perlu dilonggarkan. Mangsa perlu dibalut dengan selimut untuk mengelakkan daripada kesejukan, tetapi jangan pula sampai terlampau panas.

d. Mangsa perlu baring dan ditenteramkan. Lehernya perlu diluruskan dengan dagu dinaikkan untuk membiarkan saluran udara terbuka untuk bernafas. Jangan beri apapun jenis alkohol. Panggil doktor dengan segera. 3.4.4 Racun di dalam Mata Sekiranya seseorang terkena racun di mata, buka kelopak matanya dan segera basuh dengan aliran air berterusan yang perlahan selama 15 minit atau lebih. Jangan tambah apa-apa pada mata atau air. Bawa mangsa untuk rawatan perubatan.

4.0

KEPENTINGAN LABEL RACUN MAKHLUK PEROSAK Label racun makhluk perosak mengandungi maklumat asas yang betul, penting serta ringkas yang penting diketahui oleh pengguna. Dari segi ketoksikan dan bahaya, semua racun makhluk perosak TIDAK sama dan kita harus berhati-hati semasa menentukan racun makhluk perosak yang ingin digunakan . Antara maklumat yang ada pada label ialah : 1. nama syarikat atau proprietari:; 2. formulasi racun makhluk perosak; 3. kegunaan racun makhluk perosak; 4. kandungan bersih; 5. kenyataan bahan; 6. nama biasa bagi bahan (bahan-bahan) aktif, diikuti dengan bahan lengai beserta peratusan berat masing-masing; 7. satu kenyataan ringkas tentang gejala keracunan dan pertolongan cemas yang disarankan atau kenyataan antidot atau penawar termasuklah rawatan perubatan; 8. nama dan alamat syarikat yang mendaftar; 9. tarikh sebenar pembuatan racun makhluk perosak; 10. nombor pendaftaran; 11. kelas yang telah diberikan pada racun makhluk perosak itu serta kenyataan amaran dan berjaga-jaga bagi kelas yang diberikan; 12. jalur warna; 13. kenyataan amaran atau berjaga-jaga; 14. cara-cara mengguna; 15. gejala keracunan;

16. pertolongan cemas; 17. rawatan perubatan; 18. pernyataan tentang selang pre-harvest; 19. pernyataan tentang selang kemasukan semula; 20. pernyataan tentang cara pembuangan dan penyimpanan bekas. 4.2 Maklumat yang Berkaitan dengan Penggunaan Selamat. 4.2.1 Pengelasan Racun Makhluk Perosak berdasarkan Bahayanya kepada Pengguna. Lembaga Racun makhluk perosak telah menerima pakai cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan pengelasan ketoksikan berdasarkan bahayanya kepada pengguna, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Pengelasan ini membezakan antara bentuk yang lebih berbahaya dan kurang berbahaya bagi setiap racun makhluk perosak berdasarkan ketoksikan sebatian teknikal dan berdasarkan formulasi-formulasinya. Ada empat kelas semuanya yang mana risiko kepada pengguna bagi produk Kelas 1 adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan produk Kelas 4 (risiko yang rendah). Apabila, secara perbandingannya, ada produk racun makhluk perosak yang serupa dan sama-sama berkesan terhadap haiwan perosak tertentu yang hendak dikawal, selalunya adalah lebih baik memilih produk yang berisiko rendah kepada pengguna (Kelas IV) dan bukannya Kelas I.

4.2.2

Maklumat Mencegah. Ia menerangkan bahaya yang berkaitan dengan produk tersebut kepada manusia, haiwan termasuk alam sekitar. Kesan buruknya, jenis kelengkapan pelindung yang seseorang itu harus pakai semasa mengendalikan bungkusan, mencampur dan mengaplikasi racun makhluk perosak serta maklumat tentang cara untuk mengelak pencemaran alam sekitar diterangkan dengan jelas.

Jadual 1: Pengelasan racun makhluk perosak berdasarkan bahayanya kepada pengguna Kelas Jalur Warna Hitam Amaran TERSANGAT BERACUN Lambang Tengkorak dan Tulang Bersilang SANGAT BERACUN Lambang Tengkorak dan Tulang Bersilang BERACUN Langkah Berjaga-jaga JAUHKAN DARIPADA BARANG MAKANAN DAN KANAK-KANAK JAUHKAN DARIPADA BARANG MAKANAN DAN KANAK-KANAK JAUHKAN DARIPADA BARANG MAKANAN DAN KANAK-KANAK JAUHKAN DARIPADA BARANG MAKANAN DAN KANAK-KANAK JAUHKAN DARIPADA BARANG MAKANAN DAN KANAK-KANAK

Ia

Ib

Merah

II

Kuning

III

Biru

BERBAHAYA

IV

Tiada

Tiada

4.2.3

Gejala keracunan dan rawatan perubatan. Maklumat tentang gejala-gejala keracunan, pertolongan cemas dan rawatan perubatan disusun dengan baik. Ia menghuraikan langkah-langkah penting yang harus diambil jika berlaku kemalangan. Cara-cara Mengguna. Arahan yang terdapat di bawah tajuk cara-cara mengguna memberitahu tentang cara menggunakan racun makhluk perosak agar dapat mencapai keberkesanan yang optimum selepas mengambil kira keperluankeperluan yang perlu bagi mengendali racun makhluk perosak dengan cara yang selamat. Pernyataan Kemasukan Semula. Ini merujuk kepada tempoh masa yang harus dibiarkan berlalu sebelum seseorang itu dapat memasuki suatu kawasan yang telah dirawat dengan racun makhluk perosak. Jarak waktu Kemasukan yang Terbatas (REI) ditera pada label racun makhluk perosak dan mungkin berbezabeza mengikut ketoksikan dan bahaya tertentu yang berkaitan dengan racun makhluk perosak tersebut.

4.2.4

4.2.5

4.2.6. Cara-cara Menyimpan dan Membuang. Cara-cara betul menyimpan dan membuang racun makhluk perosak dan bekas-bekas racun makhluk perosak yang kosong menjadi satu lagi bahagian penting pada label itu. Cara menyimpan yang tidak betul menyebabkan racun makhluk perosak hilang keberkesanannya atau bahkan boleh menyebabkan letupan atau kebakaran. Cara yang betul membuang racun makhluk perosak yang tidak digunakan dan bekas-bekas racun makhluk perosak adalah penting bagi mengurangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar. 4.3 Pentingnya Membaca Label. Sentiasa BACA LABEL!, setiap kali timbul masalah atau soalan, atau sedikit keraguan pun tentang bagaimana untuk menggunakan produk racun makhluk perosak tertentu. Kemungkinan besar persoalan ini boleh terjawab dengan cepat.. Hanya baca label pada bekas racun makhluk perosak!

Ada lima keadaan yang memerlukan kita membaca label. 1. Sebelum membeli racun makhluk perosak. Keputusan tentang jenis racun makhluk perosak yang harus dibeli mungkin boleh dibuat lebih mudah sekiranya label yang betul dibaca! Label membolehkan seorang pengguna mengenal pasti dengan cepat racun makhluk perosak yang diperlukan untuk merawat masalah tertentu. Pengguna perlu diberitahu tentang sebarang bahaya khusus/tertentu sesuatu racun makhluk perosak sebelum membeli atau mengguna. Baca label sebelum membeli. Ia akan membantu kita memastikan yang kita membeli produk yang diperlukan .

2.

Sebelum mencampur dan mengaplikasi racun makhluk perosak. Memandangkan label mengandungi arahan penggunaan dan juga amaran keselamatan, sentiasa baca label sebelum mencampur dan/atau mengaplikasi produk. Ini akan memastikan yang kita menggunakan racun makhluk perosak dengan cara yang selamat dan berkesan. Sebelum menyimpan racun makhluk perosak. Pada label, tersenarai apa-apa arahan khusus penyimpanan bagi racun makhluk perosak tertentu yang digunakan. Ia juga mengandungi satu bahagian tentang bahan kimia atau bahaya fizikal khusus yang akan menyedarkan kita tentang sebarang bahaya penyimpanan yang mungkin timbul. Sebelum membuang bekas-bekas kosong. Maklumat pada label akan memberitahu kita cara untuk membuang bekas-bekas kosong dengan cara yang selamat agar ia tidak membahayakan kita, orang lain, haiwan dan alam sekitar . Sebarang masa apabila berlaku kecemasan atau sebarang situasi yang melibatkan racun makhluk perosak tertentu yang kita tidak tahu cara menguruskannya. Ini merangkumi kejadian keracunan, kebocoran atau tumpahan, atau sebarang bencana alam sekiranya melibatkan racun makhluk perosak tersebut.

3.

4.

5.

5.0

KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI Pembancuh dan aplikator merupakan dua kumpulan orang yang mempunyai risiko khusus terhadap keracunan racun makhluk perosak. Semasa membancuh atau mencampur dan mengaplikasi, sering berlaku hubungan terus dengan bahan kimia. Pada masa-masa inilah bahan kimia atau racun yang digunakan berada dalam bentuk yang paling pekat dan bahaya. Pengendali racun makhluk perosak perlu tahu mengurangkan risiko keracunan racun makhluk perosak. Ada dua sebab mengapa pembancuh dan aplikator racun makhluk perosak mempunyai risiko khusus terhadap keracunan racun makhluk perosak: Mereka sering menguruskan racun makhluk perosak sebelum ianya dicairkan (dilemahkan) dengan mencampurkannya dengan air atau bahan-bahan lain dan sememangnya terdedah kepada bahaya mengalami keracunan akut; dan Mereka sering bersama-sama dengan racun makhluk perosak untuk tempoh masa yang lama dan menghadapi bahaya menjadi mangsa keracunan kronik. Punca keracunan racun makhluk perosak yang paling biasa bagi pembancuh dan aplikator ialah menerusi sentuhan dengan kulit. Tetapi, ini adalah bentuk hubungan yang paling mudah untuk dihalang! Dengan pakaian yang betul serta beberapa kelengkapan keselamatan yang mudah, seorang pekerja boleh melindungi diri sendiri daripada risiko tinggi keracunan.

5.1

Pakaian Pelindung Kaki dan Tangan

Kasut but getah tak berlapik perlu dipakai untuk melindungi kaki. Baju senyawa atau kaki seluar perlu dipakai di luar kasut but. Memandangkan tangan dan lengan digunakan untuk mengangkat, membawa, dan menyembur bahan kimia racun makhluk perosak, mereka ini berhubungan secara langsung dengan racun. Oleh sebab inilah, penting untuk melindungi mereka. Sarung tangan getah perlu dipakai. Ia tidak seharusnya dilapisi dan sekiranya mungkin, panjangnya sehingga siku. Sarung tangan kain atau kulit tidak boleh dipakai sama sekali. Periksa sarung tangan sekiranya ada lubang dengan mengisi sarung tangan dengan air dan memicitnya. Sebarang lubang yang boleh ditembusi keluar oleh air juga adalah lubang yang boleh ditembusi masuk oleh racun makhluk perosak beracun. Sekiranya terdapat sebarang lubang, sarung tangan itu tidak boleh dipakai!

5.2

Pakaian Pelindung Badan Baju berlengan panjang atau baju senyawa berlengan panjang perlu dipakai. Lengan baju seharusnya berada di luar sarung tangan untuk mengelakkan daripada bahan kimia racun makhluk perosak daripada memasuki sarung tangan. Baju lindung kalis air atau apron plastik atau sekeping plastik besar yang mempunyai lubang untuk kelapa boleh melindungi daripada percikan atau tumpahan.

5.2

Pakaian Pelindung Muka

Memandangkan bernafas melalui hidung dan mulut merupakan satu daripada laluan masuk racun makhluk perosak, hidung dan mulut perlu ditutup dengan pelindung muka atau alat pernafasan. Sejenis pelindung muka atau alat pernafasan perlu dipakai semasa mencampur dan mengaplikasi racun makhluk perosak dan ia perlu betul-betul padan. Pelindung muka atau alat pernafasan perlu cukup ketat untuk dipakai untuk membentuk pengadang sekeliling muka, tetapi tidaklah terlalu ketat sehingga menyakitkan. Alat pernafasan kartrij menutupi muka dan hidung dan menapis udara yang melaluinya untuk menyingkirkan wap beracun. Sesetengah alat pernafasan kartrij menutupi seluruh muka mulut, hidung dan mata. Alat pernafasan berbekalkan udara mengepam udara bersih melalui satu hos ke pelindung muka. Pekerja menyedut udara ini dan bukannya wap bahan kimia yang beracun. Alat pernafasan yang lengkap membekalkan pemakainya dengan udara bersih dari silinder yang dibawa di belakang.

5.3

Pakaian Pelindung Mata Memandangkan adalah sangat berbahaya jika terkena pada mata, kerana mata adalah sangat sensitif, sesuatu perlu dipakai untuk melindunginya. Gogal yang ketat yang mempunyai tali getah akan melindungi mata daripada terkena racun.

5.4

Pakaian Pelindung Kepala Topi getah atau plastik yang boleh dibasuh yang mempunyai tepi lebar merupakan pelindung kepala yang sangat baik. Selain daripada melindungi kepala, ia juga melindungi rambut, kulit leher dan muka. Topi kain atau jerami perlu dielakkan kerana ia cenderung untuk menyerap partikel.

6.0

PENGENDALIAN SELAMAT RACUN MAKHLUK PEROSAK 6.1 Arahan-arahan Umum 1. 2. 3. 4. 5. Sentiasa baca label racun makhluk perosak dan ikut arahannya dengan teliti. Pilih racun makhluk perosak yang paling selamat yang ada dan pekerja yang terbaik untuk melakukan sesuatu tugas. Pakai pakaian pelindung yang bersih dan sesuai dan pakai alat pernafasan apabila disarankan. Jangan tinggalkan racun makhluk perosak tanpa jagaan di tempat-tempat yang tidak selamat. Jangan ubah racun makhluk perosak ke dalam bekas lain.

6. 7. 8. 9. 10. 11.

Jangan bekerja bersendirian apabila mengendalikan racun makhluk perosak yang sangat toksik. Elakkan dedahan kepada bahan kimia racun makhluk perosak dengan menjauhi campuran sejauh mungkin. Letakkan racun makhluk perosak di bawah paras mata semasa membancuh.. Lalukan operasi membancuh di luar bilik dan gunakan alat yang panjang untuk mengacau campuran racun makhluk perosak. Amalkan penjagaan yang teliti apabila mengangkut racun makhluk perosak daripada satu tempat ke tempat lain. Uruskan bekas-bekas racun makhluk perosak dengan hati-hati dan periksa bekas-bekas ini dengan kerap sekiranya ada kebocoran atau tanda-tanda karat. Jangan simpan makanan, minuman, rokok atau perkakas makan di manamana di kawasan kerja atau dalam baju kerja. Jangan makan, minum, merokok, gosok mata atau sentuh mulut semasa bekerja menggunakan racun makhluk perosak. Elakkan aliran, semburan dan limpahan. Jangan gunakan mulut untuk mengeluarkan terutamanya muncung yang tersumbat. sumbatan pada alat

12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

Patuhi peraturan kemasukan semula selepas menyembur atau mengaplikasi racun makhluk perosak. Sentiasa sediakan sabun dan air yang banyak serta pakaian salin yang bersih. Perlu sentiasa membasuh tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air sebelum maka, minum atau merokok. Perlu membasuh diri, pakaian dan peralatan sehingga bersih setiap kali selesai menggunakan racun makhluk perosak. Perlu sentiasa membasuh peralatan jauh dari sumber air dan kawasan perumahan. Buang pakaian yang tercemar teruk dan alat pelindung yang rosak, terutamanya sarung tangan dan alat pernafasan. Sekiranya berlaku kebocoran atau tumpahan, segera bersihkan kawasan yang tercemar. Jauhkan orang yang tidak diberikan kebenaran, terutamanya kanak-kanak dan haiwan peliharaan dari racun makhluk perosak.

24.

Sentiasa merancang dulu sebelum menggunakan racun makhluk perosak; mengetahui cara terbaik mengelakkan kemalangan dan tahu perkara yang patut dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. Merancang juga merupakan satu cara untuk mengelakkan daripada mempunyai lebihan apabila anda membeli atau membancuh bahan kimia.

6.2

Amalan Membancuh yang Baik. Pembancuh sering mengalami dedahan terhadap racun makhluk perosak menerusi kulit (dermis) dan dedahan menerusi pernafasan juga boleh berlaku. Sememangnya penting untuk membancuh racun makhluk perosak dengan betul. Pembancuhan yang betul akan memastikan bahawa racun tersebut boleh digunakan dengan selamat dan berkesan. Memandangkan pada peringkat pembancuhanlah racun makhluk perosak dikendalikan dalam bentuk yang paling kuat atau pekat, pembancuh sering menjadi mangsa keracunan racun makhluk perosak. Maka, adalah penting untuk mematuhi langkah-langkah pembancuhan yang betul untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan. Antara langkah-langkah itu adalah seperti: 6.2.1 Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sebelum pembancuhan sebenar racun makhluk perosak dimulakan. Satu daripadanya ialah mencari tempat yang sesuai yang seharusnya mempunyai pengalihan udara yang baik, terang, dan jauh daripada orang lain, haiwan peliharaan dan haiwan ternakan. Pakai pakaian dan kelengkapan pelindung yang perlu dan pastikan pakaian dan kelengkapan ini berada dalam keadaan baik. Akhir sekali, baca label racun makhluk perosak untuk mengetahui cara-cara membancuh sebelum bekas racun itu dibuka. Ada langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa pembancuhan. Pisau tajam perlu digunakan setiap kali membuka bekas racun makhluk perosak yang diperbuat daripada kertas. Ini akan menghalang daripada terbentuknya hujung-hujung yang bergerancang yang mungkin berbahaya. Racun makhluk perosak perlu dipegang di bawah paras mata pada setiap masa. Sukat dengan cermat dengan mengikuti arahan-arahan pada label. Elakkan pengaliran keluar dengan memegang hos di luar tangki semburan semasa menambah air untuk membancuh. Campurkan larutan racun makhluk perosak dengan mengocak larutan yang di dalam tangki semburan yang telah ditutup, dan bukannya dengan mengacau menggunakan tangan menerusi bukaan tangki semburan. Berdiri agar angin tidak meniup racun makhluk perosak ke muka atau badan semasa membancuh. Sekiranya berlaku kemalangan, BERHENTI! dan uruskan keadaan.

6.2.2

6.3

Membersihkan Tumpahan Racun Makhluk Perosak. Dengan tatacara pengurusan yang baik serta pengendalian yang cermat, bekas-bekas boleh tahan untuk tempoh yang lama. Namun, bekas-bekas akan rosak disebabkan oleh pengendalian yang tidak sempurna dan mula bocor. Apabila menemui bekas-bekas bocor, ataupun berlakunya kemalangan atau tumpahan, saranan am yang berikut ini boleh diikuti: Sekurang-kurangnya perlu ada dua orang yang memakai pakaian pelindung yang sesuai semasa satu bekas bocor disiring ke dalam dram kosong yang bersih. Jika tidak, letakkan bekas-bekas bocor ke dalam dram yang penutupnya boleh dibuka-buka dan labelkan dengan jelas supaya boleh dibuang dengan selamat. Setiap orang yang menguruskan tumpahan perlu membasuh bersih tangan dan bahagian kulitnya yang terdedah dengan sabun dan air secepat mungkin dan sebelum makan, minum, merokok dan menggunakan tandas. Sekiranya bahan kimia itu tertumpah ke atas seseorang, tanggalkan pakaian serta merta dan basuh kulit dengan sabun dan air. Jangan masuk ke kawasan berlakunya tumpahan dan jauhkan semua orang yang tiada kena mengena. Lakukan pengalihan udara sepenuhnya di dalam bangunan sebelum dan semasa kerja-kerja pembersihan. Sekiranya di luar bangunan, ikut arah agin di kawasan yang terlibat Sekiranya tumpahan cecair adalah sedikit dan anda boleh membersihkannya sendiri, batasinya dengan menaburkan pasir atau tanah di sekelilingnya. Gunakan pasir, kapur atau bahan peluntur, arang, tanah atau habuk kayu untuk menyerap tumpahan cecair. Tuang pasir atau tanah ke atas larutan yang

tumpah sehingga menjadi cukup pekat untuk disodok ke dalam bekas kalis bocor untuk dibuang. Jangan curahkan air ke kawasan itu! Ini hanya akan menyebarkan lagi tumpahan.

Membersihkan tumpahan kering (contohnya debu, serbuk) boleh dipermudahkan dengan menaburkan habuk kayu pada debu/serbuk yang tumpah. Ini akan menghalang debu/serbuk daripada berterbangan semasa disapu perlahan ke dalam penadah sampah. Penggunaan habuk kayu yang berlebihan adalah lebih baik daripada menghadapi risiko tersedut debu/serbuk sekiranya habuk kayu yang digunakan tidak mencukupi. Pembersihan menggunakan air boleh dilakukan selepas semua bahan kering telah disapu dan dibuang. Sekiranya tumpahan berlaku di permukaan keras seperti konkrit, serapnya sebagaimana yang tidak dijelaskan untuk tumpahan cecair atau kering. Kemudian basuh permukaan itu menggunakan larutan sabun. Sekiranya tumpahan berlaku di tanah atau batu-batu kerikil, kawasan tercemar perlu digali dan dibuang tanah atau batunya.

6.4

Pembuangan (i) Lebihan Racun Makhluk Perosak 1. 2. Rujuk pihak berkuasa tempatan di kawasan anda untuk mengetahui prosedurnya. Rujuk label untuk mendapatkan arahan untuk atau langkah berjaga-jaga semasa pembuangan. Sekiranya anda mempunyai lebihan racun makhluk perosak: Guna habis ia sebagaimana yang diarahkan pada label. Sekiranya anda tidak boleh membuangnya terus, simpan racun tersebut dengan selamat sehinggalah anda berpeluang membuangnya.

(ii) Bekas Bekas-bekas racun makhluk perosak mempunyai berbagai bentuk dan saiz dan diperbuat daripada kertas, kaca atau logam. Ia harus dibuang mengikut caracara tertentu untuk melindungi manusia, haiwan dan alam sekitar, dengan mematuhi peraturan-peraturan racun makhluk perosak dan alam sekitar. 1. Bag kertas perlu dikosongkan betul-betul dan diletakkan bersama-sama sampah lain yang akan diangkut ke tempat pelupusan sampah. Jangan gunakan bekas kertas ini untuk menyimpan barang makanan! Bekas keras (plastik atau logam) perlu dibilas tiga kali atau dibias menggunakan tekanan dan air bilasan dimasukkan ke dalam tangki semburan. Bekas yang telah dibilas ini bolehlah diletakkan bersama-sama dengan sampah pepejal yang akan dibawa ke tapak pelupusan.

2.

3. 4. 5. 6.

Bekas-bekas plastik boleh dikitar semula. Mengambalikan bekas kepada vendor atau pengilang adalah penyelesaian yang baik. Bekas-bekas, yang boleh terbakar, perlu dibakar di dalam pembakar khas. Bekas-bekas yang tidak boleh terbakar boleh ditanam. Penyekkan bekas untuk memudahkan pengendaliannya.

6.5

Penyimpanan A. Ada tiga sebab penting untuk menyimpan racun makhluk perosak dengan betul. 1. 2. 3. Penyimpanan yang betul akan membantu menghalang kejadian keracunan, Penyimpanan yang betul akan membantu alam sekitar, dan Penyimpanan yang betul akan membantu melanjutkan hayat simpanan racun makhluk perosak.

B.

Peraturan am bagi menyimpan racun makhluk perosak secara selamat: 1. Adakah satu tempat khusus yang terasing daripada kawasan kediaman atau tempat tinggal haiwan, sebaiknya satu bangunan atau bilik berasingan, atau sekurang-kurangnya satu almari yang boleh dikunci dan dilabelkan dengan amaran. Kawasan penyimpanan seharusnya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak serta jauh daripada makanan, biji benih dan air. Ia seharusnya kering, sejuk, jauh daripada cahaya matahari, dan dilindungi daripada keadaan yang terlalu sejuk atau terlalu panas dan harus mempunyai pengalihan udara yang baik. Bekas-bekas yang sesuai seharusnya digunakan untuk menyimpan racun makhluk perosak. Bekas-bekas perlu mempunyai tutup. Bekas-bekas perlu diletakkan lebih tinggi daripada lantai, misalnya di para-para atau blok-blok. Jika bekas pecah atau berlaku kebocoran, kandungannya perlu diubah dengan cermat ke dalam bekas lain yang mengandungi racun makhluk perosak yang sama. Alat pembersihan untuk membersihkan tumpahan perlu disediakan. Kebakaran perlu dipadamkan dengan hati-hati memandangkan racun makhluk perosak mencetuskan kebakaran dan mempunyai risiko khusus. Benda-benda yang tinggal selepas kebakaran perlu dikendalikan dengan hati-hati dan baki racun makhluk perosak yang ada selepas kebakaran perlu dibiarkan sejuk sebelum memasuki kawasan tersebut. Sediakan pemadam api serbuk kering untuk memadam kebakaran kecil.

2.

3.

4.

5.

6.

Satu inventori racun makhluk perosak perlu disimpan. Oleh itu, sekira berlaku banjir atau keadaan kecemasan lain, kita akan tahu sekiranya ada mana-mana bekas racun makhluk perosak yang hilang. Beri amaran kepada orang yang menggunakan bekalan air yang mungkin dicemari racun makhluk perosak yang dibawa air banjir.

6.6

Pengangkutan Perhatian berat perlu diambil semasa mengangkut racun makhluk perosak, bermula dengan pemandunya mengetahui kandungan kargonya, kesesuaian kenderaan yang digunakan, prosedur pengangkutan seperti penjagaan dan perhatian terhadap perkaraperkara terperinci tentang masa kenderaan dimuatkan, memastikan muatan selamat dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Jika berlaku kemalangan, pemandu kenderaan perlu: i. ii. iii. iv. Matikan enjin dan padamkan api rokok (jangan merokok). Telefon polis dan bomba, juga maklumkan kepada pejabat. Jika berlaku tumpahan, cuba kawalnya dengan menutup dengan pasir, atau tanah, dengan memastikan diri tidak terkena tumpahan. Jangan tinggalkan kenderaan tetapi jauhkan orang ramai.

Memandangkan ada kemungkinan pemandu cedera semasa kemalangan, adalah juga penting untuk: i. ii. iii. 6.6.1 Simpan inventori terperinci dalam kenderaan. Periksa untuk memastikan yang semua bekas dilabel dengan betul dan dipek di dalam bekas asal. Letakkan pelekat/poster amaran tentang bahan-bahan berbahaya di belakang tempat duduk pemandu di kenderaan jika perlu. Kesesuaian kenderaan pengangkut i. Cara paling selamat mengangkut racun makhluk perosak ialah dengan trak terbuka (lori mini), trak pikap atau van yang tiada penyaman udara. Elakkan penggunaan kenderaan membawa penumpang. Perlu membawa pemadam api, kotak pertolongan cemas, dan bahanbahan untuk mengawal tumpahan. Kemudahan keselamatan untuk memastikan bekas-bekas tidak jatuh semasa kenderaan bergerak. Perlu kerap dibasuh.Should be regularly washed.

ii. iii. iv.

Rujukan:
AGCARM [Agricultural Chemical and Animal Remedies Manufacturers' Association of New Zealand Inc.] (1983). Safety with Pesticides A Guide To The Safe and Efficient Handling of Pesticides In New Zealand. AGCARM P.O. Box 27-283, Wellington, New Zealand; November 1983. Asian Development Bank (1987). Handbook on the Use of Pesticides in the Asia-Pacific Region. Information Office, Asian Development Bank, P.O. Box 789, Manila, Philippines; November 1987. Chavasse, D.C. & H.H. Yap (1997). Chemical Methods For The Control Of Vectors And Pests Of Public Health Importance. World Health Organization Division of Control of Tropical Diseases WHO Pesticide Evaluation Scheme. WHO/CTD/WHOPES/97.2.

GIFAP [International Group of National Associations of Manufacturers of Agrochemical Products] (1987). Guidelines for the safe transport of pesticides. GIFAP, Avenue Albert Lancaster 79A, 1180 Brussels, Belgium; 1987 GIFAP [International Group of National Associations of Manufacturers of Agrochemical Products] (1984). Guidelines for emergency measures in cases of pesticide poisoning. GIFAP, avenue Hamoir 12, 1180 Brussels, Belgium; November 1984. Maibach, M.D., R.J. Feldman, T.H. Milloy, & W.F. Serat (1971). Relative absorption rates of pesticides or chemicals through the skin. Arch. Environ. Health 23:208-211; 1971. Oudejans, J.H. (1991). Agro-Pesticides: Properties and Functions in Integrated Crop Protection. Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (EXCAP), United Nations Building, Rajdamnern Avenue, Bangkok 10200, Thailand, 1991. Patrick, J.M., M.L. Flint, and M.W. Stimmann (1988). The Safe and Effective Use of Pesticides. Division of Agriculture and Natural Resources, University of California, 6701 San Pablo Avenue, Oakland, California 946081239; Publication #3324. Ware, G.W. (1982). Fundamentals of PESTICIDES: A Self-Instruction. Thomson Publications. P.O. Box 9335. Fresno, California 93791.

Bahagian D: AMALAN BIASA APLIKASI RACUN MAKHLUK PEROSAK

Mohd Azmi Ab Rahim Pertubuhan Kawalan Serangga Malaysia & Dr Dzolkifli Omar Universiti Putra Malaysia

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan - 5 jam (300 minit) Pengenalan Tatacara aplikasi racun makhluk perosak Jenis-jenis peralatan & penyelenggaraan Teknik Aplikasi Demonstrasi Kuiz 5 minit

- 90 minit - 50 minit - 30 minit - 120 minit 5 minit

AMALAN BIASA APLIKASI RACUN MAKHLUK PEROSAK


1.0 OBJEKTIF Untuk memberi pemahaman tentang peralatan tentukuran, pemilihan penyembur bahan kimia kimia, dan kadar aplikasi, Untuk memberi pengetahuan asas tentang penyelenggaraan peralatan dan memahami teknik-teknik aplikasi yang betul, Untuk mengelakkan aplikasi racun makhluk perosak secara tidak berkesan serta mengurangkan bahaya kepada pengguna, pelanggan dan alam sekitar.

2.0

PENGENALAN Sebelum mengaplikasi racun makhluk perosak, disarankan agar pembantu aplikator membaca label untuk mengetahui penggunaan yang betul bagi racun makhluk perosak itu. Aplikasi yang tidak selaras dengan seperti yang dicatatkan pada label, boleh menyebabkan ketidakberkesanan dalam mengawal serangan ataupun berlakunya pencemaran yang tidak diingini pada alam sekitar selain daripada wujudnya kemungkinan bahaya kesihatan kepada operator dan pelanggannya. Apabila ini berlaku, ulangan serangan makhluk perosak boleh berlaku, yang menyebabkan ketidakpuasan hati di pihak pelanggan. Dari segi profesion, pembantu aplikator perlu memahami penggunaan dan aplikasi yang betul bagi racun makhluk perosak kerana terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keberkesanan dalam mengawal makhluk perosak selain kemungkinan berlakunya pencemaran alam sekitar dan bahaya dedahan semasa operasi.

3.0

TATACARA APLIKASI RACUN MAKHLUK PEROSAK Racun makhluk perosak yang dirumus serta didaftarkan mengandungi campuran bahan-bahan lengai dan aktif (a.i). Hanya a.i. yang membunuh makhluk perosak. Sesetengah racun makhluk perosak sedia untuk digunakan sementara yang lain perlu dicairkan dengan pencair yang disyorkan seperti air, minyak tanah dsb. Jumlah optimum yang diperlukan bagi setiap aplikasi biasanya dinyatakan dalam larutan yang dicairkan bagi setiap meter persegi, setiap meter padu, kaki padu, dsb. 3.1 Menyukat dan Mencampur Selalu mematuhi kadar atau pencairan yang disyorkan bagi produk tersebut. Bagi cecair pekat - sukat dan tuang ke dalam tangki yang sebahagiannya berisi air. Untuk serbuk basah, sebaik-baiknya dicampur terlebih dahulu sebelum menuang ke dalam tangki. Semasa menyukat, selalu gunakan jag bersenggat bagi cecair, pencedok untuk serbuk. Alat-alat menyukat ini biasanya dibekalkan oleh pengeluar, jika tidak sediakannya terlebih dahulu. Tuang produk dengan berhati-hati bagi mengelak tumpahan dan percikan. Isi tangki dengan air ke takat yang dikehendaki. Gunakan air terbersih yang ada dan tapiskan sebarang serpihan. Kacau sama ada dengan kayu (hati-hati; kayu kadang-kadang menghasilkan serpihan/selumbar yang boleh menyumbat sistem semburan) atau batang plastik untuk membancuh (pilihan yang lebih baik). Elakkan pencemaran kulit. Jika tercemar, basuh dengan air secepat mungkin. Ikut sebarang keperluan keselamatan seperti yang dinyatakan pada label.

3.2

Basuh semua peralatan selepas digunakan. Jangan gunakan peralatan membancuh untuk tujuan lain. Sentiasa mematuhi keperluan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai semasa mengendalikan racun makhluk perosak. Aplikator harus memakai sarung tangan tahan-bahan kimia. Gogal atau pelindung muka untuk melindungi mata. Alat pernafasan (untuk debu atau serbuk basah atau wap) untuk menghalang daripada menyedut debu atau wap toksik. Baju luar yang bersifat pelindung (untuk melindungi daripada tumpahan bahan kimia dan terkena badan).

Aplikasi Racun Makhluk Perosak. Faktor-faktor yang boleh menjejaskan kejayaan aplikasi racun serangga ialah: 3.2.1. Masa: Perlu menentukan peringkat perkembangan makhluk perosak yang paling mudah diserang. Perlu mengenal pasti peringkat tumbesaran yang terbaik untuk dikawal. Bergantung kepada jenis makhluk perosak, sesetengahnya lebih mudah untuk dikawal pada peringkat awal berbanding dengan dewasa. Masa dalam sehari. Bergantung kepada tabiat makhluk perosak, sesetengahnya memerlukan rawatan dilakukan pada awal pagi atau petang manakala yang lain sangat bergantung kepada cuaca (basah atau kering).

3.2.2.

Liputan: a Jumlah dan saiz titisan. semakin banyak titisan yang mengenai sesuatu unit kawasan, semakin lebih keberkesanannya. Jumlah optimum dan saiz titisan ditunjukkan dalam jadual 1 4.

b. Mutu semburan. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi mutu semburan, iaitu saiz titisan yang dihasilkan. Faktor-faktor itu ialah: Jenis muncung secara am pancutan banjir menghasilkan titisan kasar berbanding muncung kipas, yang menghasilkan titisan yang lebih kasar daripada muncung kon yang geronggang bagi output yang sama pada tekanan yang sama. Output muncung (kadar aliran) Muncung output kecil secara amnya akan menghasilkan semburan yang lebih halus daripada muncung yang lebih besar dengan mengandaikan jenis muncung, sudut semburan dan tekanan semburan yang sama. Tekanan pengendalian Apabila tekanan semburan bertambah, semburan akan menjadi lebih halus dengan sebarang muncung. Jadual 1: Bilangan optimum titisan setiap sm 5 10 30 40 20 30 Racun herba ditranslokasi Racun herba sentuh pasca-muncul Racun serangga & racun herba sistemik

Untuk rawatan yang berkesan terhadap serangga perosak, 20 30 titisan setiap sm adalah dos yang paling berkesan dan efisien. Ia boleh diperoleh menerusi saiz muncung dan tekanan yang betul.

Jadual 2: Saiz optimum titisan semburan Sasaran Serangga terbang Serangga pada dedaun Tanah Saiz titisan (um) 05 10 30 50 250 500

Untuk rawatan yang berkesan dan efisien terhadap serangga perosak terbang, saiz titisan ialah 05 10 mikron. Ia boleh diperoleh menerusi saiz muncung dan tekanan yang betul. Jadual 3: Hubungan antara ukuran titisan dan saiz titisan (diambil daripada Handbook of Pest Control, A. Mallis, 1990)

Titisan Sangat halus (wap) Wasap dan asap Kasar (Aerosol dan kabut) Sederhana (Kabus) Halus Sangat Kasar

Saiz (um) Kurang daripada 0.001 0.001 hingga 0.1 0.1 hingga 5.0 5 hingga 50 (100)) 100 hingga 400 400 dan lebih

Jadual 4: Kadar jatuhan bagi saiz titisan yang berlainan dalam udara tenang (diambil daripada Handbook of Pest Control, A. Mallis, 1990) Masa bagi jatuhan 0.3 m (anggaran) 100.0 (Kasar) 30.0 sm (Cepat) 1 saat 10.0 3.0 mm 1 minit 30.0 mikron (- ) 1.0 2 jam 0.1 (Sangat halus) 0.3 mikron (Sangat perlahan) 11 hari Lebih halus satu titisan, lebih lama ia terapung di udara dan akan bersentuhan dengan serangga-serangga yang terbang Kadar jatuh setiap saat (anggaran) 3.2.3. Dos: Dos boleh diberikan sebagai i) ml/10 liter pencair; ii) g/m3 atau l/ 1000 m3. Selalu perhatikan kadar disyorkan pada label dan pastikan peralatan yang digunakan telah ditentukur Hanya dos yang betul menjamin kawalan makhluk perosak yang optimum pada masa yang sama mengawal semua risiko ke tahap minimum. Jika dos kurang: - tidak berkesan dan mahal - tidak mengawal makhluk perosak sepenuhnya - mungkin perlu mengulangi aplikasi - membazir masa & wang - menggalakkan kerintangan Garis Pusat Titisan (mikron - )

Jika lebih dos:

- mahal - tidak akan memberikan hasil yang lebih baik - meninggalkan baki yang tidak sepatutnya - belanja yang lebih (bahan kimia yang lebih) - berbahaya kepada pengguna dan pelanggan - penggunaan yang tidak menjimatkan

Secara umum, kesan rawatan adalah lebih baik pada permukaan yang bersih daripada yang kotor dan pada permukaan yang licin daripada yang kasar. Sifat ketahanannya lebih baik pada kayu dan logam daripada pada konkrit atau cat alkali 3.3 Menentukan Jumlah yang Diperlukan baca dan fahami Arahan untuk Pengguna pada label dan dapatkan kadar aplikasi yang disyorkan serta jumlah racun makhluk perosak yang diperlukan tentukan jumlah keluasan permukaan yang akan dirawat

Jumlah Campuran Semburan untuk Rawatan di Permukaan Butir-butir untuk pengiraan: kawasan permukaan yang akan dirawat (dalam m) kadar aplikasi campuran semburan yang disyorkan ( dalam l / 100 m)

Prinsip asas berikut boleh digunakan: semakin licin permukaan, semakin kurang campuran semburan yang akan diperlukan. Jenis permukaan Dinding, lantai licin Dinding, lantai kasar Jut (karung guni) Karung plastik Kadar yang disyorkan 3 5 l/100 m 6 8 l/100 m 8 10 l/100 m 3 5 l/100 m

Aplikasi bagi Rawatan Anti-anai-anai Selepas Pembinaan Jenis Aplikasi Aplikasi kimia / kadar setiap Lubang Aplikasi perparitan / meter panjang Contoh Bagaimana untuk Mencairkan? MAKHLUK PEROSAK Lipas, Nyamuk, Lalat, Semut KEPEKATAN BAHAN Serangan biasa (Catatan pada label : 25ml/liter air ) Serangan teruk (Catatan pada label : 50ml/liter air ) APA PERLU DILAKUKAN Campurkan 25 ml bahan dengan 1 liter air. Campurkan 50 ml bahan dengan 1 liter air Larutan yang Dicairkan/lubang 5 liter larutan yang dicairkan 5 liter larutan yang dicairkan

Untuk melaksanakan tugas menyediakan larutan kimia atau larutan semburan yang diperlukan, panduan asas yang berikut boleh digunakan:

Jumlah serbuk basah (WP) atau serbuk yang boleh diselerak oleh air (WDP) diperlukan untuk sediaan kira-kira 100 liter ampaian semburan pelbagai jenis pekatan

Kepekatan a.i. in W.P. (%) 5 90 75 50 25


a.i bahan aktif Berat dalam kg

Kepekatan Ampaian Semburan (%) 2.5 2.77 kg 3.33 kg 5.0 kg 10.0 kg 1 1.11 kg 1.33 kg 2.0 kg 4.0 kg 0.5 0.55 kg 0.66 kg 1.0 kg 2.0 kg 0.25 0.27 kg 0.33 kg 0.5 kg 1.0 kg 5.55 kg 6.66 kg 10.0 kg 20.0 kg

Contoh 1:

Untuk menyediakan 100 liter 0.5%ampaian semburan daripada 50% w/w serbuk bancuhan.Daripada lajur 1 (kepekatan a.i produk WP% w/w), lihat baris 3 iaitu 50 %, kemudian lihat lajur 5 (1.0 kg). Bermakna, perlu memcampuri 1.0 kg produk racun perosak berkenaan ke dalam 100 liter air untuk mendapat 0.5% ampaian semburan yang diperlukan.

Sediaan pekatan emulsi (EC) dengan kekuatan yang berbeza-beza: Peratusan a.i. dalam EC 80 60 50 25 10 Bahagian air yang perlu ditambah kepada 1 bahagian EC bagi kepekatan akhir yang diberi 5% 15 11 9 4 1 2.5% 31 23 19 9 3 1% 79 50 49 24 9 0.5% 159 119 99 49 19 0.25% 319 239 199 99 39

Contoh 2: untuk menyediakan 0.5% larutan daripada 25% pekatan EC. Daripada lajur 1 (peratusan a.i. dalam E.C.), baris 4 (25%), seterusnya lihat lajur 5 (0.5%), Bermakna, campur 1 bahagian racun perosak berkenaan bagi setiap 49 bahagian air. Oleh yang demikian, sekiranya memerlukan 500 ml bancuhan, campur 10 ml racun perosak berkenaan ke dalam 490 ml air. 4.0 PERALATAN YANG BIASA DIGUNAKAN Semua penyembur mempunyai ciri-ciri asas yang sama. Biasanya terdapat tangki, kaedah memampatkan cairan, saluran penghantaran yang menuju ke injap, dan satu lagi saluran penghantaran yang menuju dari injap ke muncung. 4.1 Penyembur yang Dimampat menggunakan Tangan. Ada tiga bahagian utama pada penyembur yang dimampat: Tangki: - membentuk badan penyembur, tempat mengisi campuran semburan - bertindak sebagai ruang tekanan

Pam:

- terdiri daripada silinder pam (pelocok, gasket, injap) - menjana tekanan udara untuk memaksa campuran semburan keluar - terdiri daripada picu injap dan muncung - muncung pelbagai-hujung empat-cara

Aplikator tombak dan hos:

4.1.1

Penyelenggaraan. Sebelum guna, isikan penyembur dengan sedikit air bersih dan lakukan pemeriksaan untuk melihat semua komponen berada dalam kedudukan yang betul (terutamanya muncung). Selalu bebaskan tekanan dari penyembur sebaik sahaja selesai tugas. Hos dan gasket boleh menjadi rosak jika racun serangga dibiarkan di bawah tekanan untuk jangkamasa yang panjang. Jangan sekali-kali mengangkat atau membawa penyembur pada bahagian hosnya, kerana ini akan menyebabkan tekanan dan kesudahannya mengakibatkan hos pecah. Jangan sekali-kali menggunakan objek logam seperti pisau, dawai atau pin untuk mengeluarkan sumbatan pada muncung. Gunakan sesuatu yang lembut seperti bulu kejur yang lembut atau pencungkil gigi. Pastikan nat kunci keselamatan digunakan ketika menyembur di dalam rumah. Setelah selesai, tekanan harus dibebaskan, penyembur dibilas dan hos dicurah dengan air.

4.1.2.

Penyelesaian Masalah. SEBAB


* tudung tidak ketat * gasket tangki di sebelah dalam tudung yang berpilin pada bahagian pam telah haus * tudung pelocok di sebelah dalam * bahagian pam telah haus

MASALAH
1. Tangki tidak berisi tekanan

PENYELESAIAN
* ketatkan tudung * gantikan gasket

2. Tangki tidak mendapat tekanan

gantikan tudung, atau baikpulih tudung dengan sedikit gris jika tudung diperbuat daripada kulit * gantikan injap * bersihkan * bersihkan * tanggal dan bersihkan dengan berus lembut * bersihkan dengan air dan berus * replace seat gasket * gantikan spring

3. Pelocok melonjak naik atau * injap perintang telah haus menolak ke belakang semasa * kotor di bawah injap perintang mengepam, atau silinder pam * pertambahan bahan kimia di bawah dipenuhi cecair injap perintang 4. Tangki mempunyai tekanan * hujung muncung tersumbat tetapi tidak boleh menyembur * penapis tersumbat

5. Muncung menitik selepas injap * seat gasket in control valve is dirty picu dilepaskan (tutup) or worn. * spring bidas telah haus 6. Hujung muncung bocor * * * *

hujung tidak diletakkan dengan betul * Periksa dan letakkan gasket hujung (cincin-O) haus semula hujung. kotor di dalam gasket hujung * gantikan gasket spring injap pecah * bersihkan kawasan gasket * gantikan spring

MASALAH
7. Badan injap bocor 8. Hos bocor

SEBAB
* nut pembungkus longgar * hos telah haus

PENYELESAIAN
* ketatkan nat * gantikan hos

9. Hos baru telah dipasang, tetapi * hos telah mengetatkan skru sesendal * keluarkan hos dari cecair tidak mengalir melaluinya gandingan hos ke dalam tiub sifon, sesendal gandingan dan ganti dengan sesendal yang menyekat tiub sifon yang baru 10. Hos bocor berhampiran tangki 11. Hos tersumbat * sesendal teflon telah haus atau hilang * gantikan * bebaskan tekanan * berkeadaan tertutup sehingga apabila tidak digunakan mengembung akibat cecair tertinggal di dalam tangki yang bertekanan (kosongkan dan bilas untuk jangka waktu yang panjang penyembur setiap hari)

4.2

Penyembur Kuasa. Penyembur jenis ini biasanya digunakan terutamanya mengawal anai-anai. Komponen-komponen utama penyembur kuasa ialah: Tangki Pam dan motor Hos Aplikator/muncung Alat tambah: penapis tolok tekanan dan pengawal atur tekanan meter aliran pemutar injap

untuk

4.2.1

Penyelenggaraan. Prinsip yang sama digunakan pada penyembur menggunakan tangan juga digunakan pada penyembur kuasa. a. Penapis: b. Injap: c. Muncung: d. Tangki: e. Hos: Cuci (cuci kembali) dan tanggalkan sebarang serpihan. Sekiranya skrin rosak, tanggalkan dan gantikan. Kekalkan dalam keadaan baik. Tukarkan mana-mana gasket yang rosak. Tukar muncung jika rosak. Bersihkan dengan berus lembut jika tersumbat. Bersihkan selalu setiap kali selepas guna. Periksa jika ada Kebocoran Periksa jika ia pecah atau bocor. Gantikan apabila perlu.

f. Pam/Motor: Pastikan pam/motor dapat berfungsi dengan baik. 4.3. Penyembur Kuasa Mudah Alih Penyembur ini direka bentuk bagi menyediakan suatu konsep mudah alih dan semua-dalam-satu bagi sistem penyembur kuasa, sesuai untuk kerja mengawal anai-anai. Komponen-komponennya ialah: Pam Unit penyuntikan Injap Tiub kemasukan racun serangga Tiub pintasan Muncung aplikator

4.3.1.

Penyelesaian Masalah

MASALAH

SEBAB

PENYELESAIAN

Enjin gagal dihidupkan

Tiada bahan api atau pili bahan api tertutup

Periksa paras bahan api di dalam tangki, setkan pili bahan api kepada keadaan buka

Lubang udara dalam penuras tangki bahan api tersumbat Penapis udara tersumbat

Bersihkan lubang

Bersihkan atau gantikan penapis

Terlalu banyak dalam enjin

bahan api

Tutup pili bahan api, tanggalkan palam pencucuh dan terbalikkan enjin Periksa sama ada pencucuh dihidupkan, bersihkan palam pencucuh, periksa celahan. Gantikan palam pencucuh jika perlu. Periksa plumbum tegasan tinggi ke palam pencucuh jika terdapat penyambung longgar atau penebat pecah. Pasang semula, baiki atau gantikan apa yang perlu. Periksa dan bersihkah jika perlu. Gantikan dengan bahan api bersih, bersihkan karburetor. Periksa seperti di atas. Campuran bahan api tidak betul.

Pencucuhan tidak betul

Eksoz tersumbat Enjin berjalan secara tidak tetap Bahan api kotor

Pencucuhan tidak betul Campuran bahan api tidak betul Pemancut tersumbat karburetor

Bersihkan pemancut (jarum) dan periksa jika ada bahan api yang kotor. Buka pencekik Bersihkan penapis dengan petrol atau gantikan jika perlu. Bersihkan ekzos. Set semula masa, periksa palam pencucuh seperti di atas Periksa nisbah minyak/petrol Bersihkan ekzos Bersihkan pemancut

Kuasa rendah

Pencekik tertutup Penapis udara tersumbat Ekzos tersumbat

Enjin meletup-letup

Pencucuhan tidak betul

Enjin terlampau panas

Campuran bahan api tidak betul Ekzos tersumbat Pemancut karburetor tersumbat

MASALAH

SEBAB

PENYELESAIAN

Tiada semburan

Penghad tersumbat Penghad terlalu kecil untuk kelikatan cecair Penapis saluran tersumbat Saluran keluar tangki tersumbat Tiub penghembus udara dalam kedudukan yang salah Paip cecair dalam kedudukan yang salah Tudung tangki tidak dipasang dengan betul atau perekat tudung telah haus

Bersihkan atau gantikan penghad. Tukar kepada penghad yang lebih besar Bersihkan atau gantikan penapis Bersihkan saluran keluar

Semburan tidak tetap

Periksa dan betulkan Periksa dan betulkan

Semburan mengurang

beransur-ansur

Pasang semula tudung tangki atau gantikan perekat

4.4. Penyembur ULV atau Pengabut Sejuk. Pengabutan sejuk digunakan dalam industri kawalan makhluk perosak bagi mengaplikasi racun serangga untuk mengawal serangga terbang seperti kumbang tembakau, lalat, nyamuk, rama-rama, dan serangga merayap (lipas) di dalam tempat tertutup seperti gudang, hospital, dan kawasan kediaman. Ia juga sering digunakan di luar bagi program kawalan nyamuk dan lalat. Walau bagaimanapun, terdapat keraguan tentang keberkesanan mengawal keseluruhan serangan serangga merayap jika pengabut sejuk digunakan sendirian. Hanya formulasi racun serangga yang disyorkan untuk ULV oleh pengeluar yang sepatutnya digunakan dengan penyembur jenis ini. Titisan aerosol yang dihasilkan oleh pengasap sejuk ialah antara 1-30 mikron (m) dan saiz titisan paling berkesan bagi serangga terbang ialah antara 5-15 m. Titisan saiz ini akan kekal dalam udara dari 2 hingga 6 jam. Sentiasa gunakan penyembur yang telah ditentukur. Untuk unit mudah alih yang kecil, kadar aliran adalah antara 75 ml hingga 195 ml setiap minit, bergantung kepada kedudukan tombol yang boleh dilaraskan. Bagi mesin yang diletakkan di atas kenderaan, kadar aliran adalah antara 20 hingga 60 liter setiap jam, bergantung kepada model. PERINGATAN: Jika titisan aerosol terlalu besar, ia akan mendap dengan cepat sekali, jika terlalu kecil, ia akan melencong di sekitar serangga sasaran dan bukannya terkena dan melekat padanya. Dengan itu penentukuran yang betul bagi mesin ini adalah penting. 4.4.1. Panduan bagi Penggunaan ULV atau Mesin Pengabut Sejuk Secara Betul dan Selamat Aplikator mesti mengenakan alat pernafasan apabila mengendalikan mesin pengasap sejuk. Penghuni mesti meninggalkan kawasan yang dirawat. Semua pintu, tingkap dan lain-lain bukaan mesti ditutup. Padamkan lampu kemudi dan mana-mana nyalaan yang lain. Tutup sistem pengalihan udara, kipas dan alat penghembus. Apabila menggunakan mesin pengasap sejuk di kawasan yang mungkin berbahaya seperti kilang tepung, motor elektrik hendaklah kalis letupan.

Sebelum memasuki semula premis, alih udarakannya dengan membuka pintu, tingkap atau gunakan alat penghembus dan alat pengalih udara. Aplikasi piawai bagi ULV atau pengkabutan adalah antara 0.5 hingga 2 liter campuran pengkabutan bagi setiap hektar 1000m3. Disebabkan campuran pengasapan berkepekatan tinggi (kadar pencairan rendah), sukatan kepekatan racun serangga mestilah tepat.

4.5. Mesin Pengasap Panas. Mesin pengasap panas menghasilkan asap racun serangga dengan memanaskan campuran racun serangga berasaskan minyak pada suhu yang akan mengewap campuran itu dengan segera. Sumber haba yang digunakan untuk mengewap minyak dalam penjana asap dihasilkan sama ada oleh nyalaan di dalam ruang haba, oleh ruang berhaba elektrik, oleh ejeksi berhalaju wap, atau dengan menggunakan aliran ekzos suatu pancutan atau enjin pembakaran dalaman. Penjana asap kecil sesuai digunakan di dalam gudang atau ladang. Pengasap panas jenis Pancutan Denyut mempunyai pam udara yang dikendalikan dengan tangan atau secara elektronik dengan sistem pencucuhan berkuasa bateri. Komponen utama dalam enjin pancutan denyut ialah injap kemasukan udara diafragma dan injap tak-kembali bahan api. Walau bagaimanapun, bunyi bisingnya amat tidak menyenangkan dan pengendali harus mengenakan pelindung telinga. Titisan semburan yang dihasilkan oleh penjana asap adalah sangat kecil. Saiznya antara 0.2 dan 10 m. Saiz titisan ini memberikan penembusan yang baik di antara daun-daun tumbuhan dan boleh mengapung agak lama di udara untuk sampai ke sasaran (serangga terbang). 4.5.1 Petua bagi Penggunaan Mesin Pengasap Panas secara Betul Syor tentang penggunaan yang betul mesin pengasap panas adalah menyamai mesin pengasap sejuk dengan beberapa pertimbangan keselamatan tambahan seperti yang dinyatakan di bawah: Apabila menggunakannya di dalam bangunan, berhati-hati supaya tidak menyebabkan bahaya kebakaran, juga PADAM semua pengesan asap dan nyalaan. Sebelum merawat menggunakan mesin pengasap panas, sebarang sumber yang mendatangkan bahaya kebakaran mesti dijauhkan. Mesin pengasapan menjadi sangat panas apabila berpanjangan, jangan sentuh bahagian mesin yang panas. digunakan

Sesetengah mesin asap ada menghasilkan nyalaan dari muncung secara sekejap-sekejap dan tidak dijangka. Langkah berjaga-jaga harus diambil agar muncung tersebut tidak bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar. Biarkan mesin asap tersebut menyejuk sebelum meletakkannya kembali ke dalam kenderaan. Jangan mengisi semula semasa mesin sedang beroperasi atau ketika mesin masih panas. Hendaklah sentiasa membawa jenis bahan api yang betul. Semua mesin pengasapan berfungsi dengan menggunakan petrol gred biasa. Tiada kelebihan menggunakan petrol bergred lebih tinggi. Jangan campurkan bahan api dengan bahan tambahan bahan api seperti minyak 2T. Pilih racun serangga mengikut makhluk perosak sasaran yang hendak dikawal. Kadar aplikasi yang piawai untuk pengasapan panas adalah antara 2 hingga 5 liter campuran pengasapan setiap hektar.

Bagi pengasapan berasaskan minyak, gunakan muncung 1.2 atau 1.0. Pastikan lubang penyejukan tiub asap dan bahagian hujung yang bertanda O menghala keluar. Bagi pengasapan berasaskan air, gunakan muncung no.1.0 atau 0.8. Pastikan tiub asap dengan bahagian hujung bertanda W menghala keluar. Jauhkan jarak seminimum 2 meter . Jangan mengasap terlalu dekat dengan tumbuhan kerana bahang panas boleh merosakkan tumbuhan. Jangan mengasap menghampiri objek mudah bakar. Bahan api harus penuh di dalam tangki bagi membolehkan enjin hidup. Sebaik sahaja enjin hidup, kuantiti aliran bahan api harus dikekalkan dalam masa 4 saat Buka injap aliran apabila bunyi enjin telah stabil. Biasanya larutan pengasapan sepatutnya habis dalam masa 30 minit Dalam masa 20 minit, petrol akan habis, enjin akan mati, nyalaan keluar dari muncung. Fenomena ini menunjukkan bahawa petrol telah habis.

PERINGATAN Langkah berjaga-jaga harus diambil supaya selalu menutup injap formulasi sebelum mematikan enjin pancutan denyut; jika tidak larutan akan tumpah ke dalam tiub enjin yang panas dan dalam keadaan tertentu ia akan menyala. Jangan sekali-kali meninggalkan pengasap panas terbiar beroperasi tanpa diurus. [JANGAN SEKALI-KALI MEMATIKAN ENJIN SEBELUM MENUTUP INJAP FORMULASI.] 4.6 Aplikasi Gel Racun serangga gel mungkin boleh digunakan sebagai titik atau pada retakan dan rekahan bagi pengawalan lipas di dalam dan sekeliling rumah, gudang, pasar raya, kemudahan makanan dan hospital dan banyak lagi. Kaedah Aplikasi untuk Rawatan Gel ke atas Lipas

Spesis Lipas

Kadar Aplikasi* (g/m kawasan permukaan yang diserang) 0.25 0.50 0.50 1.0

Kaedah aplikasi

Kecil, seperti lipas Jerman Besar, seperti lipas Amerika

Lapisan atau nipis Titik besar

titik

(* bergantung pada jenis bahan aktif yang digunakan) 4.6.1 Garis Panduan bagi Penempatan Gel

Lokasi

Saiz

Bilangan Titik (berdasarkan 2 titik/m) 1 2 1

Kedudukan

Almari & rak (setiap rak setiap meter panjang) Laci

lebar 0.5 setiap meter panjang kecil (setiap laci)

Atas bangku

Setiap meter panjang

Titikan ke dalam retakan dan rekahan di sudut almari atau rak Titikan ke dalam retakan di belakang laci, di bawah pelapik Titikan dalam retakan dan rekahan

Lokasi

Saiz

Bilangan Titik (berdasarkan 2 titik/m) 1

Kedudukan

Sinki

kecil

Titikan di sekitar bawah sinki Titikan di bawah dan di sisi (berhampiran dulang titisan dan motor) Titikan di bawah, di belakang dan di tepi

Peti ais

kecil sederhana

2 4 2

Unit pemanasan

sederhana

Pemanas air

kecil

Barang-barang elektrik Dinding atau siling

kecil sederhana Setiap meter panjang

1 2 2

Titikan di bawah atau di belakang Titikan di sepanjang sudut Titikan di bawah jaluran plastik pada lantai yang menjadi tempat meletak kerusi Titikan dalam retakan

Kawasan tempat duduk

1 titik setiap jalur setiap baris

Bekas lift rafts

Kawasan tong sampah

Setiap tong

Titikan di kawasan tong

Tandas

2 Titikan di mana lipas disyaki berlindung

Lain-lain

5.0. TEKNIK-TEKNIK APLIKASI YANG BETUL a. Semasa merawat dinding, jangan berdiri terlalu dekat atau terlalu jauh. Berdiri terlalu jauh dari dinding menyebabkan semburan tidak mengenai permukaan secara menyeluruh. berdiri terlalu dekat akan menyebabkan sejumlah besar racun serangga tertumpu pada suatu kawasan yang kecil, yang menyebabkan cecair tersebut menitisi dinding. Semasa merawat timbunan karung, rawat permukaan teratas dahulu, diikuti dengan bahagian sisi. Beri perhatian pada ruang-ruang di antara karung. Kawasan lantai dirawat akhir sekali. Mulakan dari belakang stor/gudang menuju ke pintu. Semasa menyembur di kawasan luar, lakukan mengikut arah angin.(Untuk pam angin, mesin pengasap panas, penyembur kuasa) Jangan sembur tepat ke arah makanan, haiwan dan tumbuhan

b. c. d. e.

6.0

PENENTUKURAN 6.1 Apakah Penentukuran? Penentukuran ialah proses menyukat dan melaraskan jumlah racun makhluk perosak yang akan diaplikasikan di tapak sasaran menggunakan satu alat. Penentukuran yang tepat oleh penyembur menjadi perkara yang penting bagi setiap amalan penyemburan, bagi memastikan racun makhluk perosak yang diaplikasikan mengikut kadar seperti yang ditentukan pada label produk. Apakah Tujuan Penentukuran? Tujuan menentukur alatan penyemburan adalah untuk memastikan jumlah campuran semburan (bahan kimia) yang betul diaplikasikan ke kawasan tertentu, contoh liter bagi setiap meter padu (l/m2); liter setiap hektar (l/ha), dsb. Kegagalan untuk menentukur penyembur boleh mengakibatkan yang berikut: 1. Jika TERLALU BANYAK bahan kimia digunakan, operasi yang dijalankan adalah mahal serta berlaku pembaziran. Secara tidak langsung, anda menyebabkan pertambahan bahan sisa pada alam sekitar (pencemaran) selain daripada membahayakan operator.

6.2

2. Jika TERLALU SEDIKIT bahan kimia digunakan, anda mungkin tidak mencapai kawalan yang dikehendaki, rawatan semula mungkin diperlukan, ini sekali lagi memakan belanja yang besar dan membazir. Reputasi syarikat anda juga menghadapi risiko.

JADI SENTIASA, GUNAKAN PERALATAN YANG TELAH DITENTUKUR OLEH PENYELIA ANDA BAGI MENDAPATKAN APLIKASI YANG BERKESAN.

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Anai-Anai Serangga Pengorek Kayu

Dr Laurence G. Kirton
Institut Penyelidikan Hutan Malaysia, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.

Panduan Mengajar
Jumlah masa yang diperuntukkan 1 jam 15 min (75 minit) Pengenalan Biologi dan tabiat Spesies biasa dan pengecaman Kepentingan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 20 minit 15 minit 5 minit 25 minit 5 minit

ANAI-ANAI dan SERANGGA PENGOREK KAYU


OBJEKTIF

Untuk memberikan pemahaman tentang kepentingan anai-anai dan serangga pengorek kayu dari segi perubatan dan ekonomi, biologinya dan kaedah untuk mengawalnya melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu.

A. ANAI-ANAI
1.0 PENGENALAN Anai-anai hidup dan bekerja dalam kumpulan-kumpulan, yang sejumlah besar ahlinya bekerjasama, yang dinamakan koloni. Anai-anai juga mempunyai sistem mengagihkan fungsi dan tugas yang tersusun di kalangan koloni; jenis anai-anai yang berbeza yang mengerjakan tugas masing-masing selalunya dikenali sebagai kasta.

2.0

BIOLOGI ANAI-ANAI 2.1 Masyarakat Anai-anai Kasta dalam koloni anai-anai ialah permaisuri-permaisuri, raja-raja, pekerja-pekerja, askar-askar dan alat-alat. Permaisuri dan raja anai-anai membiak untuk menambah semua ahli lain dalam koloni itu. Pekerja mengumpul makanan dan memberi makan kasta-kasta lain dengan memuntahkan makanan. Pekerja juga melakukan semua pembinaan sarang dan terowong. Askar mempertahankan koloni dan boleh menggigit musuh (contohnya, semut) atau menyembur musuh dengan cecair yang melekit atau yang mengandungi bahan kimia. Alat merupakan jenis yang boleh terbang yang boleh mengawan dan membiak. Alat akan terbang meninggalkan sarang dan membentuk sarang baru yang mana sepasang alat akan menjadi raja dan permaisuri. Pada mulanya alat perlu memberi makan kepada anai-anai muda, tetapi apabila koloni membesar, anai-anai yang belum matang ini akan diberi makan oleh para pekerja. Perut permaisuri akan beransur-ansur menjadi besar agar dia boleh bertelur dengan banyaknya.

Kitaran Hidup Anai-anai dan Pembentukan Koloni

Permaisuri

Raja

Kelkatu ( jantan dan betina dewasa)

Telur

Permaisuri Tambahan

Nimfa muda

Nimfa Pembiakan

Nimfa lebih tua

pekerja

askar

2.2

Tabiat Membuat Sarang dan Tabiat Makan Anai-anai Anai-anai kayu kering membuat sarang dan makan di dalam kayu kering, dan tidak memerlukan hubungan dengan tanah atau sumber lembapan. Semua jenis anai-anai yang lain memerlukan air untuk terus hidup dan ini diperoleh daripada tanah atau kayu lembap. Anai-anai busut mempunyai sarang yang dibuat daripada tanah dan ia membonjol dari tanah. Anai-anai bawah tanah mempunyai sarang di bawah tanah yang tidak boleh dilihat dari atas.

Sarang anai-anai

kayu kering
Sarang anai-anai busut

Sarang anai-anai bawah tanah

Terowong dan galeri anai-anai


Sarang Anai-anai: Keratan rentas sarang anai-anai

3.0

KEPENTINGAN ANAI-ANAI DARI SEGI EKONOMI 3.1 Anai-anai sebagai Serangga yang Berfaedah Kebanyakan anai-anai bukanlah makhluk perosak dan tidak merosakkan pokokpokok atau kayu di dalam rumah. Kebanyakan anai-anai tidak makan kayu. Ia makan daun mati, liken, kulit luar pokok yang longgar atau humus (bahan organik yang mereput) di dalam tanah. Banyak juga yang mengkultur fungus atau kulat di dalam sarang masing-masing untuk dimakan. Anai-anai memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan kesuburan tanah. Alat anai-anai merupakan makanan haiwan yang penting. Sesetengah sarang anai-anai menghasilkan cendawan yang dimakan oleh manusia contohnya, di Malaysia.

3.2

Anai-anai sebagai Makhluk Perosak di Malaysia Apabila anai-anai menjadi makhluk perosak, ia boleh menyebabkan banyak kerosakan kerana ia hidup dalam koloni-koloni besar yang mengandungi banyak ahli. Anai-anai juga boleh menyebabkan kerosakan pada kayu di dalam rumah, tiangtiang kayu, pagar-pagar, kayu landas kereta api, dan plastik yang digunakan untuk menebat wayar elektrik. Sesetengah spesies boleh merosakkan atau membunuh pokok-pokok tanaman dan pokok-pokok lain. Spesies anai-anai yang paling bersifat memusnah di Malaysia adalah daripada sekumpulan yang dinamakan Coptotermes. Sarangnya terletak di bawah tanah. 3.2.1 Anai-anai merosakkan kayu di rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain Kebanyakan kerosakan pada bangunan adalah disebabkan oleh spesies Coptotermes. Spesies ini biasanya membuat sarang di bawah tanah di luar bangunan dan satu koloni mungkin menyerang lebih daripada satu rumah. Ia juga boleh menyerang bahagian atas bangunan-bangunan berbagai tingkat. Anai-anai memasuki rumah melalui rekahan-rekahan pada dinding atau lantai atau melalui pembuluh-pembuluh elektrik dan paip-paip air di dalam dinding. Anai-anai boleh bergerak di dalam bangunan melalui celah-celah di belakang jubin dinding, panel, dan rangka pintu dan tingkap. Anai-anai membina laluan atau landasan yang diliputi tanah apabila bergerak di kawasan yang terbuka. Benda-benda yang selalunya dirosakkan termasuklah panel dinding kayu, rangka pintu dan tingkap, lantai parket, perabot (biasanya jika perabotperabot ini diletakkan bersandar pada dinding), bahan-bahan bumbung kayu lembut, kotak-kotak dan kadbod dan barangan kertas seperti bukubuku. Kehadiran anai-anai selalunya tidak disedari sehingga banyak kerosakan yang berlaku kerana anai-anai tidak memakan bahagian luaran sesuatu barangan agar ia tidak kelihatan. Bahagian dalaman sesuatu barangan yang telah dimakannya akan dipenuhi dengan tanah atau bahan kayu yang separuh cerna (karton). Binaan kayu struktur seperti rasuk kayu dan kasau bumbung jarang dimusnahkan oleh anai-anai kerana kayu-kayu ini dirawat dengan bahan awet sebelum digunakan dalam pembinaan bangunan. Anai-anai kayu kering tidak banyak mendatangkan masalah dan biasanya ia menyerang alang bumbung rumah-rumah yang agak lama ataupun piano lama atau perabot lama. Anai-anai ini mengambil masa yang lama untuk menyebabkan kerosakan yang teruk. Anai-anai kayu kering boleh dikenal pasti menerusi ketiadaan tanah atau bahan karton sebalik wujud gentelan kecil, kering, berwarna coklat pudar yang jatuh dari kayu yang diserang. Kayu itu juga mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk. 3.2.2 Anai-anai yang menyerang pokok Coptotermes curvignathus ialah spesies anai-anai yang membunuh pokok. Sesetengah jenis pokok, seperti pokok pine, sering diserang berbanding dengan pokok lain. Biasanya, tanda-tanda serangan oleh anai-anai ini ialah liputan tanah pada permukaan batang pokok, yang di bawahnya terdapat lubang-lubang dalam yang menembusi kulit kayu sehingga ke bahagian dalam pokok.

4.0

PENGECAMAN SPESIES ANAI-ANAI PEROSAK YANG BIASA Anai-anai kayu kering dikenali dengan tabiat membuat sarangnya. Ia tidak membawa masuk tanah kerana anai-anai ini tidak ada hubungan dengan tanah. Sebaliknya, butiran najis seperti pasir boleh dilihat dibawa keluar dari galeri tempat anai-anai ini tinggal. Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut membuat sarang di tanah dan memasuki bangunan-bangunan melalui rekahan-rekahan dalam simen dan konkrit. Anai-anai ini membawa lembapan dan tanah ke dalam bangunan. Coptotermes merupakan anai-anai bawah tanah yang paling biasa menyerang kayu dalam bangunan-bangunan serta pokok-pokok. Anai-anai ini boleh dicam menerusi getah melekit yang berwarna putih yang dirembeskan oleh askar-askar daripada satu bukaan di hadapan kepalanya apabila diganggu. Pengecaman anai-anai adalah penting untuk dicadangkan langkah-langkah kawalan yang bersesuaian. Serangan anai-naia kayu kering memerlukan rawatan ke atas kayu. Anai-anai bawah tanah boleh dikawal dengan rawatan tanah. Memusnahkan busut tidak akan mendatangkan kesan sekiranya serangan adalah disebabkan oleh Coptotermes, yang mempunyai sarang di bawah tanah. Selain daripada itu, sistem umpan tidak berkesan dengan sesetengah spesies anai-anai.

5.0

PENGESANAN, PEMERIKSAAN DAN PENGAWASAN ANAI-ANAI 5.1 Tanda-tanda serangan anai-anai: Kerosakan yang dilakukan, Hasil sampingan aktiviti-aktiviti anai-anai seperti gentelan tanah atau tahi, Bunyi lompong apabila kayu yang diserang diketuk dengan satu objek dan Bunyi kosak-kosek di dalam kayu dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti anai-anai itu sendiri. 5.1.1 Anai-anai Kayu Kering: Kerosakan adalah terhad pada satu kawasan kecil Tiada tanah atau karton Gentelan tahi kering seperti debu berbutir ditemui di dalam galeri-galeri dan keluar melalui rekahan dan bukaan di dalam kayu (debu itu tidak bersifat serbuk dan lubang-lubangnya tidak bulat betul sebagaimana tanda-tanda kumbang pengorek lihat bahagian yang berasingan tentang makhluk perosak ini). Kayu mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk disebabkan oleh ketiadaan tanah untuk melembapkannya. Biasanya berlaku pada barangan perabot lama, parket dan rasuk kayu pada bangunan-bangunan yang sangat lama. Kerosakan berlaku perlahan-lahan dan memakan masa beberapa tahun. 5.1.2 Anai-anai bawah tanah: Kerosakan adalah lebih cepat dan teruk Wujudnya tanah dan karton. Laluan yang dibina daripada tanah boleh dilihat merentasi kayu atau permukaan dinding, atau menonjol dari dinding, rangka pintu, rangka tingkap, kambi kayu sekeliling lantai, lantai parket dan soket elektrik, paip air atau paip di dinding. Tanah sering disembunyikan di dalam rekahan dan kelihatan cuma sedikit sahaja.

Bunyi lompang yang perlahan dikeluarkan oleh kayu yang rosak apabila ia diketuk. Kayu yang rosak hanya diketahui apabila dicucuk atau ditekan, mendedahkan kewujudan karton di bawah lapisan kayu yang nipis. Malah kotak-kotak dan buku-buku mungkin nampak tidak rosak pada permukaan pada hal ia sebenarnya telah habis dimakan dari dalam.
Kanan : Laluan atau landasan anaianai di dalam almari

Bawah: Tanda-tanda lama laluan anaianai yang keluar dari punca elektrik di dinding.

Kiri: Barangan
perhiasan kayu yang dimakan oleh anai-anai dan diganti dengan karton, meninggalkan cuma kulit luar yang nipis, yang senag dikupas., exposing the termite damage beneath.

5.2

Mengawas anai-anai: Selepas serangan anai-anai telah dirawat dengan jayanya di dalam suatu bangunan, ia mungkin berulang kembali. Pengawasan bagi kemunculan anai-anai semula melibatkan proses pemeriksaan yang sama yang digunakan dalam pengesanan awal anai-anai. Pengawasan juga boleh dilakukan menggunakan tempat-tempat umpan yang diletakkan di dalam tanah sekeliling bangunan.

6.0

PENGAWALAN ANAI-ANAI DI MALAYSIA 6.1 Umpan Bahan kimia yang digunakan untuk mengumpan biasanya ialah hormon serangga. Apabila diberi anai-anai makan, ia akan mengganggu pertumbuhan biasa dan pembiakan anai-anai. Anai-anai memakan bahan kimia tetapi tidak mati serta-merta dan, dengan itu, boleh menyebarkan bahan kimia itu kepada ahli-ahli lain dalam koloni semasa anai-anai saling memberi makan kepada yang lain. Para pekerja juga memberi makan kepada permaisuri maka, sekiranya bahan kimia itu cukup untuk dimakan oleh koloni, bahan itu akan juga membunuh permaisuri tanpa perlu ia makan umpan tersebut. Selepas memusnahkan anai-anai, pengawasan boleh dilakukan menggunakan pancang umpan kayu untuk memberi amaran awal tentang sebarang serangan baru. Umpan merupakan kaedah kawalan anai-anai yang efisien kerana ia mensasarkan sarang anai-anai.

6.1.1 Kaedah: Tempat-tempat (stesen-stesen) umpan di luar dikorek di dalam tanah sekeliling bangunan. Setiap stesen mempunyai pancang kayu yang dipegang oleh pemegang yang ditanam di dalam tanah dan mempunyai bukaan untuk anai-anai masuk. Pemegang mempunyai penutup boleh dibuka-buka, yang boleh dibuka untuk pemeriksaan tetap.

Kiri: Mengumpan dengan pancang kayu di stesen luar rumah. Kanan: Umpan yang mengandungi bahan kimia dimakan oleh anai-anai di stesen umpan
yang sama.

6.2

Apabila serangan anai-anai ditemui dalam pancang kayu, pancang tersebut dikeluarkan dan digantikan dengan umpan yang mengandungi bahan kimia. Anai-anai yang berada di stesen itu kembali. Ia makan umpan bersamasama dengan anai-anai baru. Lebih banyak umpan yang mengandungi bahan kimia ditambah secara tetap untuk menggantikan yang telah dimakan. Umpan tambahan di dalam bekas khas diletakkan di dalam bangunan di mana terdapatnya anai-anai. Di Malaysia, selepas kira-kira 4 - 8 minggu, anai-anai hilang dari tapak pengumpanan dan bangunan itu.

Sekatan Racun Serangga Hanya racun serangga yang tertentu digunakan untuk mengawal anai-anai. Racun serangga ini boleh diaplikasikan sebelum pembinaan sesebuah bangunan, pada tapak asas bangunan. Racun serangga juga boleh diaplikasikan selepas pembinaan dengan menggerudi lubang-lubang di dalam lantai konkrit. Dalam kedua-dua jenis aplikasi racun serangga, tujuannya ialah untuk mewujudkan sekatan racun serangga yang menghalang anai-anai daripada memasuki bangunan. Merawat sebelum membina adalah lebih mudah serta memberikan perlindungan yang lebih baik. Merawat selepas membina biasanya dilakukan untuk melindungi bangunan daripada kerosakan lebih teruk yang dilakukan oleh anai-anai selepas menemui anai-anai di dalam bangunan yang telah siap. Lubang-lubang digerudi di tingkat bawah di sepanjang perimeter bangunan, dan racun serangga dipam ke dalam tanah di bawah lantai.

Menyembur racun serangga di dalam rumah bukanlah satu cara yang baik untuk melindungi daripada anai-anai, dan ia boleh membahayakan kesihatan penghuni rumah tersebut. Tiang-tiang di luar rumah boleh dirawat dengan menyembur sebelum menanam atau membasahkan betul-betul tanah dengan racun serangga di mana tiang-tiang itu ditanam. Pokok-pokok dirawat dengan membuang tanah dari bawah pokok dan membiarkan racun serangga meresap ke dalam tanah. Pokok-pokok yang lebih besar memerlukan jumlah racun serangga yang lebih banyak. Menyembur batang dan permukaan tanah sahaja bukanlah cara yang berkesan untuk melindungi pokok-pokok daripada anai-anai. 6.3 Bahan Awet Bahan awet ialah bahan kimia yang digunakan untuk merawat kayu supaya kayukayu itu tidak lagi sesuai dimakan oleh anai-anai atau serangga lain ataupun kulat sekalipun. Selalunya bahan awet diaplikasikan oleh pembekal kayu. Di bawah tata bangunan kebangsaan, rawatan bahan awet perlu dilakukan ke atas struktur kayu penyokong bagi bangunan-bangunan atau rumah-rumah. Bahan awet juga boleh digunakan untuk melindungi kayu di luar rumah yang bersentuhan dengan tanah, misalnya, tiang-tiang kemudahan awam dan kayu landas kereta api. 6.4 Bahan Pewasap Bahan pewasap adalah gas yang digunakan untuk membunuh anai-anai, serangga lain atau tikus. Bahan pewasap digunakan untuk merawat kayu balak untuk dieksport, serangan kecil anai-anai kayu kering di dalam barangan perabot dan seluruh rumah atau bangunan. Oleh sebab gas ini adalah terlalu toksik, bangunan perlu dikosongkan untuk beberapa hari. Hanya kakitangan yang terlatih dan berlesen boleh menjalankan pewasapan.

B. SERANGGA PENGOREK KAYU


1.0 PENGENALAN Kayu datang dari pokok-pokok yang tumbuh di hutan atau ladang. Untuk dijadikan perabot atau barangan kayu lain, kayu perlu melalui beberapa peringkat pemprosesan: o o o Mula-mula, pokok ditebang dan balak yang diperolehi diangkut ke kilang papan. Di kilang papan, balak digergaji menjadi kayu basah. Kayu ini masih lagi hijau, iaitu ia masih mengandungi banyak lembapan dan sap. Kayu basah ini kemudiannya dikeringkan. Ia boleh dikeringkan secara beransuransur (seasoning) atau secara cepat di dalam kebuk yang dipanaskan yang dinamakan tanur. Selepas dikeringkan, kayu itu digergaji menjadi kepingan yang lebih lecil dan dilicinkan (diketam) sebelum dibentuk menjadi perabot atau barangan kayu lain.

Serangga pengorek kayu boleh dikumpulkan berdasarkan peringkat serangan ke atas kayu: o o Sesetengah hanya menyerang balak dan kayu yang baru digergaji, iaitu kayu yang masih mengandungi banyak lembapan di dalamnya. Sesetengah menyerang kayu kering sahaja, termasuklah barangan kayu yang telah siap.

2.0

BIOLOGI SERANGGA PENGOREK KAYU Dalam kebanyakan kes, serangga pengorek kayu peringkat muda (belum matang) tinggal di dalam kayu dan menyebabkan kerosakan. Bagi sesetengah serangga, induk dewasa menggorek lubang ke dalam kayu, manakala peringkat belum matang hanya tinggal di dalam terowong yang dibuat oleh induk, memakan kulat atau makanan yang diberi oleh induk. Kebanyakan serangga pengorek kayu ialah kumbang. Kitaran hidup kumbang pengorek yang biasa ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah. o o o o o o Kumbang dewasa tinggal di luar kayu, tetapi bertelur di dalam kayu. Dalam kes ini, larva belum matang yang menetas dari telur akan mengorek lubang ke dalam kayu. Larva belum matang ini memakan kayu, menjadi semakin besar sambil bersalin kulit beberapa kali. Akhirnya ia menjadi pupa. Di dalam pupa, kumbang dewasa akan terbentuk. Kesudahannya, kumbang dewasa keluar dari kayu menerusi lubang di dalam kayu. Di luar kayu, kumbang dewasa jantan dan betina mengawan dan membiak lagi.

3.0

SERANGGA-SERANGGA PENGOREK KAYU YANG MENYERANG BALAK DAN KAYU YANG BARU DIGERGAJI 3.1 Kumbang Liang Jarum Dan Kumbang Liang Bubuk (Kumbang Ambrosia) Kumbang-kumbang ini mendapat nama daripada lubang yang dibuat pada kayu, yang berbeza-beza saiznya dari yang kecil (liang bubuk) hingga yang halus (liang jarum).

3.1.1

Kepentingan ekonomi. o Kumbang-kumbang ini menyerang kayu sebelum ia dikeringkan. Ia tidak boleh hidup di dalam kayu kering. Paling kerap, ia menyerang balak, namun sesetengahnya mengorek juga ke dalam kayu yang telah digergaji. Kumbang-kumbang ini menyerang pelbagai jenis kayu, termasuklah kayu yang sangat tahan lama. Lubang-lubang dan galeri-galeri yang dibuat oleh kumbang ini tidak banyak menjejaskan kekuatan kayu, tetapi menjadikan kayu tidak begitu cantik.
Bahagian batang kayu yang kecil yang menunjukkan terowong

Biologi o

Kumbang-kumbang ini makan kayu itu sendiri, tetapi mengorek lubang ke dalam kayu untuk membuat terowong di mana kulat ditanam. Kumbangkumbang ini kadang-kala dinamakan kumbang ambrosia disebabkan oleh kulat (ambrosia) yang ditanamnya. Peringkat mudanya (larva) memakan kulat. Larva tinggal dan makan di dalam terowong yang dibina oleh kumbang induk; ia tidak membuat terowongnya sendiri. Selalunya terdapat kesan hitam di sekeliling terowong atau lubang yang dibina oleh serangga ini di dalam kayu, disebabkan oleh kulat tersebut.

Larva Dewa Telur Dew asa Larv a

Scolytid Platypodid

3.1.3

Pengecaman o o o Kumbang ambrosia biasanya tergolong dalam dua famili, Scolytid and Platypodid. Scolytid berbentuk peluru dan selalunya sangat kecil, iaitu kira-kira 1-3 mm panjang. Platypodid berbentuk rokok dan selalunya adalah lebih besar daripada Scolytid, mencecah kira-kira 1 sm panjang.

3.1.4

Pengesanan o Di kilang papan, kewujudan serangga pengorek ini boleh dikesan dengan adanya , serat kayu yang halus yang dikeluarkan dari lubang-lubang kecil pada kayu. Kayu yang dihasilkan daripada balak yang telah diserang oleh serangga pengorek ini akan mempunyai lubang-lubang kecil dengan kesan hitam di sekelilingnya.

Lubang-lubang pada kayu disebabkan oleh kumbang liang jarum, dengan kesan kulat cerah (atas) dan gelap (kanan) sekeliling lubang

Kitaran Hidup Kumbang Pengorek Kayu


Dewasa

Telur

Pupa

Larva

Di dalam kayu

Di luar kayu

3.1.5

Kawalan o Kebanyakan operator kawalan makhluk perosak akan menemui kerosakan yang dibuat oleh kumbang liang jarum dan liang bubuk hanya selepas kayu tersebut telah dikeringkan secukupnya dan dijadikan perabot dan barangan kayu yang lain. Pada masa ini, kawalan tidak diperlukan, kerana kumbang telahpun mati atau meninggalkan kayu itu. Mengangkut balak-balak ke kilang papan dengan segera dan mengeringkan kayu di dalam tanur merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kerosakan oleh kumbang ambrosia.

dewasa

larva

Kumbang sesungut

Kumbang permata

Kiri: Keratan rentas terowong larva kumbang sesungut panjang pada papan kecil

Kerosakan pada kayu oleh larva kumbang permata

3.2

Kumbang Sesungut Panjang dan Kumbang Permata o o o o o Kebanyakan kumbang sesungut panjang dan kumbang permata adalah besar. Kumbang sesungut panjang mempunyai badan berbentuk silinder dan sesungut yang sangat panjang (daripada situlah ia mendapat namanya). Kumbang permata mempunyai badan yang agak leper dan berbentuk bujur, serta warna metalik yang terang (daripada situlah ia mendapat namanya) Kitaran hidup kumbang pengorek kayu yang ditunjukkan di atas adalah milik kumbang sesungut panjang. Kumbang sesungut panjang dan kumbang permata merupakan masalah utama bagi pokok yang hampir mati dan balak-balak yang dibiarkan di dalam hutan atau ladang begitu lama, tetapi kadang-kala kumbang-kumbang ini terselamat daripada proses pengilangan papan dan ditemui di dalam kayu bergergaji, rasuk-rasuk dan pintupintu api. Oleh sebab kerosakan pada kayu yang diproses tidak selalu berlaku, cara yang paling mudah ialah membuang atau menggantikan kayu yang dirosakkan oleh kumbang-kumbang ini.

4.0

SERANGGA-SERANGGA PENGOREK KAYU YANG MENYERANG KAYU KERING 4.1 Kumbang bubuk 4.1.1 Kepentingan Ekonomi o o o Kumbang bubuk selalunya menyerang kayu yang kering. Kerosakan yang disebabkan oleh kumbang bubuk merupakan masalah yang kerap timbul. Kumbang ini boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kayu.

Kerosakan teruk pada bongkah kayu oleh kumbang bubuk

4.1.2

Biologi o o o o o o Kumbang ini bertelur di dalam kayu. Telur menetas, dan larva mengorek lubang ke dalam kayu, dan makan kanji. Kerosakan di dalam kayu itu tidak ketara untuk kira-kira dua atau tiga bulan pertama. Apabila hampir dengan penghujung pertumbuhannya, dikeluarkan dari lubang pada permukaan kayu. serbuk kayu

Kumbang-kumbang dewasa keluar dari lubang-lubang. Kumbang-kumbang ini boleh membiak semula di dalam kayu yang sama atau di dalam kayu lain. Kumbang dewasa mengambil 3-6 bulan untuk membesar dari peringkat telur.

Serbuk seakan talkum yang halus dikeluarkan oleh larva kumbang bubuk dari lubang pada kayu

4.1.3

Pengecaman o o Kumbang bubuk termasuk dalam dua famili kumbang yang berlainan iaitu, Lyctids dan Bostrychids. Jenis Lyctid yang paling banyak merosakkan kayu di Malaysia ialah Minthea rugicollis. Lubang-lubang yang dibuat oleh spesies ini hanyalah kira-kira 1 mm lebar. Jenis Bostrychid yang paling banyak merosakkan kayu di Malaysia ialah Heterobostrychus aequalis. Ia boleh menyebabkan kerosakan teruk kerana ia adalah spesies yang besar. Lubang-lubang yang dibuat oleh spesies ini adalah kira-kira 3-5 mm lebar. Dinoderus minutus ialah spesies Bostrychid yang menyerang buluh kering dan rotan.

4.1.4

Pengesanan o o Kumbang bubuk boleh dikesan dengan kehadiran debu kayu seperti talkum yang halus jatuh dari lubang-lubang kecil dalam kayu, kira-kira 1-3 mm lebar. Debu yang dihasilkan halus dan licin, tidak berserat seperti yang dihasilkan oleh kumbang ambrosia beetles atau kasar seperti yang dihasilkan oleh anai-anai kayu kering. Walau bagaimanapun, apabila debu itu jatuh dari kayu, kerosakan telahpun berlaku di dalam kayu.

dew asa

dew asa

larva

larva

Minthea rugicollis

Dinoderus minutus

dew asa

larva telur

Heterobostrychus aequalis

Atas kiri: Lubang-lubang keluar bagi kumbang bubuk pada kayu (a) lubang besar Heterobostrychus eaqualis; (b) lubang kecil Minthea rugicollis. Atas kanan: Lubang-lubang keluar bagi Dinoderus minutus pada seruas buluh.

4.1.5

Kawalan o o o o o o Mencegah serangan kumbang bubuk adalah lebih mudah daripada merawatnya. Langkah-langkah berikut boleh menghalang serangan: Sapukan kayu dengan cat, syelek dan varnis pada kayu sebagai kemasan akhir. Menyembur dengan racun serangga piretroid, yang akan menghalau kumbang untuk sementara waktu daripada bertelur di dalam kayu. Rawatan boleh dijalankan dengan: Sejuk bekukan barangan kayu yang kecil selama beberapa jam untuk membunuh kumbang pengorek di dalam kayu. Mewasap kayu atau bangunan untuk membunuh kumbang sekiranya jumlahnya banyak.

4.2

Lebah kayu o o o o Lebah kayu merupakan lebah hitam yang sangat besar dengan kilatan matelik ungubiru. Lebah kayu menggali terowong dan ruang di dalam kayu untuk membesarkan anakanaknya. Lebah dewasa mahupun lebah muda sebenarnya tidak makan kayu; terowong dibina hanya untuk perlindungan. Lebah ini membina terowongnya di dalam kepingan kayu yang besar atau rasukrasuk bumbung di kawasan-kawasan teduh seperti rumah-rumah lama, garaj, atau pondok-pondok. Sarangnya boleh dikenali menerusi lubang masuk yang besar, yang kira-kira 2-3 sm lebar.

telur

dew asa larv a

Lebah Kayu, Xylocopa latipes

o o

Serpihan kayu yang dikeluarkan dari terowong adalah sangat kasar dan berserat. Lebah boleh dilihat mendekati sarang dengan kerap. Biasanya ia tidak bersifat agresif, tetapi saiznya yang besar serta bunyi yang dikeluarkannya adalah agak menakutkan. Sekiranya terdapat banyak lebah yang bersarang di kayu, kayu mungkin tidak lagi kuat. Lebah kayu mengumpul debunga dan nektar daripada bunga-bunga untuk dijadikan makanan anak-anaknya. Merupakan pendebunga yang berguna. Larva lebah memakan bebola debunga dan nektar di dalam kayu. Setelah membesar sepenuhnya, ia keluar dari kayu sebagai lebah dewasa. Kitaran hidup yang lengkap mengambil kira-kira 6 minggu. Lebah kayu boleh dikawal dengan menyembur piretroid sintetik seperti cypermethrin pada lubang masuk sarangnya. Lebah kayu boleh dihalang daripada membuat sarang di dalam kayu dengan mengecat permukaan kayu tersebut.

o o o o o o o

Terowong lebah kayu di dalam kayu

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Lalat rumah Nazni bte Hj Wasi Ahmad Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur MALAYSIA

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan - 1 jam 15 min (75 minit) Pengenalan Kepentingan Biologi dan kitar hidup Pengesanan & pengawasan Pengenalpastian spesies biasa Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 5 minit

- 15 minit - 15 minit - 15 minit - 15 minit 5 minit

LALAT RUMAH Musca domestica (L.)


1.0 OBJEKTIF Untuk memberi pemahaman tentang kepentingan lalat rumah dari segi perubatan dan ekonomi, biologinya dan kaedah untuk mengawalnya melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu. 2.0 PENGENALAN Terdapat lebih daripada 100,000 spesies lalat rumah di dunia. Lalat rumah yang biasa merupakan perosak di seluruh dunia. Lalat rumah yang biasa dikategorikan sebagai lalat pengotor kerana ia membiak di sampah-sarap, makanan busuk dan najis. 3.0 BIOLOGI DAN KITAR HIDUP LALAT RUMAH

Rajah 1: Struktur badan lalat rumah 1. Badan lalat rumah dibahagikan kepada tiga bahagian: kepala, toraks and abdomen. 2. Lalat rumah berukuran kira-kira 7-9mm panjang. 3. Lalat rumah berwarna kelabu pudar. 4. Torak lalat rumah mempunyai tanda 4 jalur memanjang yang gelap 5. Abdomennya berwarna pucat. 6. Lalat rumah mempunyai sepasang sesungut, sepasang mata kumpuan yang besar dan bahagian mulut yang boleh menyedut. 7. Lalat betina mempunyai ruang antara mata yang lebih besar berbanding dengan yang jantan.

Rajah 2: Perbezaan antara lalat rumah betina dan jantan 8. Lalat rumah mengalami metamorfosis lengkap dengan empat peringkat yang berbeza dalam kitar hidupnya: telur, larva atau berenga, pupa dan dewasa. 9. Tempoh perkembangan yang terpendek dari telur ke dewasa ialah 6-8 hari. 10. Telur dikeluarkan berkelompok-kelompok pada jirim organik yang mereput yang lembap. Telur lalat rumah berwarna krim hingga putih, berbentuk pisang dan kira-kira 1 mm panjang.

Rajah 3: Kitar hidup lalat rumah 11. Dalam keadaan biasa lalat betina dewasa boleh bertelur sebanyak 5 6 kali. Pada setiap kali, lalat betina dewasa boleh bertelur sehingga 120 - 130 biji. 12. Masa minimum yang diperlukan untuk telur menetas ialah 6-8 jam. Larva perlu bersalin kulit tiga kali. 13. Larva adalah licin, berwarna krim, tidak berkaki serta tidak suka pada cahaya.

14. Apabila larva berada dalam peringkat kepompong, kulitnya mengecut. Untuk satu atau dua jam yang pertama, pupa adalah lembut dan berwarna krim. Perlahan-lahan pupa berubah kepada warna perang muda dan kemudian kepada perang gelap dan kutikelnya mengeras. 15. Masa yang diperlukan bagi lalat dewasa untuk muncul dari peringkat pupa ialah kira-kira 3 7 hari bergantung kepada suhu dan kelembapan. 16. Lalat rumah aktif semasa siang hari dan boleh ditemui di luar dan di dalam rumah. 17. Pada waktu malam, lalat rumah menjadi tidak aktif dan berehat berdekatan dengan tempat pembiakannya. Pada waktu malam, tempat-tempat rehatnya ialah di siling-siling, dawaidawai elektrik dan kord-kord yang tergantung di dalam rumah. Dalam semua keadaan, lalat rumah lebih menggemari sudut-sudut dan tepi-tepi ruang atau objek yang halus seperti dawai dan tali. 18. Mengesan tempat rehat lalat adalah penting untuk mengawal lalat rumah. 4.0 KEPENTINGAN LALAT RUMAH DARI SEGI EKONOMI 1. Dalam jumlah yang banyak, lalat rumah sangat-sangat menjengkelkan, hinggap berulangkali pada manusia dan di makanan. 2. Lalat boleh memberikan impak psikologi yang negatif kerana kehadirannya dianggap sebagai satu petanda wujudnya keadaan tidak bersih. 3. Bilangan lalat yang banyak di tempat-tempat kunjungan pelancong akan menyebabkan mereka berkunjung ke tempat lain dan ini akan meninggalkan kesan yang besar kepada ekonomi negara. 4. Lalat merupakan penyebar penyakit kerana ia memakan sisa manusia dan haiwan. 5. Bakteria yang ada di dalam sisa ini, melekat di mulut, tapak kaki dan bulu lalat dan kemudiannya mungkin dilonggokkan di makanan manusia atau haiwan. 6. Lalat rumah boleh menyebarkan penyakit manusia dan haiwan secara mekanikal. 7. Penyakit-penyakit yang dikatakan disebarkan oleh lalat termasuklah jangkitan enteron disenteri, cirit-birit demam kepialu, kolera dan jangkitan helmintik yang tertentu, jangkitan mata dan jangkitan kulit yang tertentu. 5.0 PENGESANAN DAN PENGAWASAN 1. Pemeriksaan terhadap lalat rumah seharusnya bermula di luar rumah atau bangunan untuk mengesan tempat-tempat pembiakan. 2. Lalat rumah biasanya ditemui memakan dan membiak di najis yang baru, buah-buahan dan sayur-sayuran yang membusuk, tempat pembuangan sampah, bahan-bahan organik yang mereput yang ada di luar bangunan. 3. Terdapat empat kaedah utama untuk menilai kepadatan lalat rumah. Kaedah-kaedah tersebut ialah: (i) (ii) (iii) (iv) kiraan Scudder Grill; pengiraan lalat di permukaan yang sedia ada; mengumpan lalat menggunakan perangkap; dan memerangkap lalat menggunakan kertas lekit.

4. Yang pentingnya kaedah itu hendaklah senang dan cepat untuk digunakan serta sentiasa boleh diharap.

6.0

PENGENALPASTIAN SPESIES BIASA 1. Beberapa spesies wujud bersama di tempat pembiakan lalat rumah dan cara membezakan spesies-spesies ini daripada lalat rumah diberikan dalam Jadual 1 di bawah. 2. Pengenalpastian yang betul akan membantu dalam menentukan biologi lalat serta tempattempat pembiakan yang mungkin.

Pengenalpastian lalat biasa yang lain yang berkait rapat dengan lalat rumah, Musca domestica Makhluk Perosak Huraian Spesies lalat

Lalat rumah (Musca domestica)

Kira-kira 7-9 mm panjang; Berwarna kelabu pudar; toraks ditanda secara memanjang dengan 4 jalur gelap; abdomen berwarna pucat

Lalat Botol Hijau (Chrysomia megacephala)

Kira-kira 13 mm panjang; toraks dan abdomen berwarna biru hijau berkilat yang berkilauan

Lalat Botol Gangsa (Lucilia cuprina)

Kira-kira 8 mm panjang; toraks dan abdomen berwarna gangsa berkilauan

Makuluk perosak

Huraian

Spesies lalat

Lalat Daging (Sarcophaga sp.)

Kira-kira 11.5 mm panjang. Yang dewasa menyerupai lalat rumah yang terlalu besar dengan tiga jalur pada toraks dan abdomennya bercorak papan dam.

Lalat Sampah Hitam (Ophyra sp.)

Yang dewasa berwarna hitam berkilauan dengan panjang kirakira 6.5 mm dan saiznya adalah 2/3 daripada saiz lalat rumah

Lalat Rumah Kecil (Musca sorbens)

Yang dewasa serupa dengan lalat rumah dan panjangnya kira-kira 5.5 mm. Toraksnya mempunyai 2 garis memanjang yang menyerupai huruf y yang songsang

Lalat Kandang Kuda (Stomoxys calcitrans)

Panjang kira-kira 7.0 mm. Yang dewasa menyerupai lalat rumah kecuali muncung yang tajam, runcing dan tirus yang digunakan untuk menusuk kulit dan menghisap darah. Gigitannya menyakitkan.

7.0

PENGAWALAN LALAT RUMAH 1. Pengawalan lalat rumah boleh dicapai menggunakan 4 prinsip asas seperti: a. Sanitasi b. Penyisihan c. Kawalan mekanikal d. Aplikasi racun serangga 2. Sanitasi yang baik merupakan faktor penting dalam kejayaan mana-mana program kawalan lalat rumah. Dalam kebanyakan kes, penghapusan bahan-bahan pembiakan merupakan cara yang paling berkesan untuk menghentikan kitar hidupnya. 3. Lalat boleh dihalang daripada memasuki rumah dengan memasang skrin tingkap dan pintu. Pintu yang mempunyai skrin hendaklah direka supaya membuka ke luar. Manik dan langsir adalah alternatif kepada skrin. Kipas halaju tinggiyang diletakkan di tempat yang sesuai juga akan menghalau lalat. 4. Kawalan mekanikal termasuklah perangkap cahaya ultraungu, perangkap lalat yang lekit, pemukul lalat, dan perangkap lalat yang berumpan. Dengan aplikasi serta peletakan yang betul, populasi lalat boleh dikurangkan. 5. Racun serangga boleh dijadikan penggunaan tambahan sekiranya langkah-langkah sanitasi dan penyisihan didapati tidak mencukupi. Ada 5 kaedah pengawalan kimia yang utama seperti: a. Racun serangga residu b. Semburan racun serangga di ruang c. Racun larva d. Umpan racun serangga e. Jalur dan kord racun serangga 6. Racun serangga residu perlu disemburkan di dinding, siling dan tempat-tempat rehat yang lain. Dalam menjalankan penyemburan residu, formulasi racun serangga yang betul perlu digunakan. 7. Semburan racun serangga di ruang, pengasapan dan pengabusan digunakan untuk mengawal lalat dewasa dalam jumlah yang besar di dalam dan di luar bangunan. 8. Racun larva boleh diaplikasikan di kawasan wujudnya pembiakan larva yang sangat banyak untuk membunuh larva sebelum ia menjadi dewasa. 9. Umpan racun serangga merupakan cara tambahan yang berkesan untuk mengawal lalat rumah dewasa. Umpan boleh diperoleh dalam formulasi basah dan kering dan seharusnya diaplikasi di kawasan lalat berkumpul dengan banyak. 10. Jalur dan kord racun serangga juga merupakan cara tambahan mengawal lalat rumah. Jalur dan kord ini telah dirawat dengan racun serangga dan digantung di tempat-tempat strategik. Jalur ini seharusnya dibuang setiap hari sekiranya banyak lalat yang melekat padanya. 11. Adalah penting untuk membaca dan mengikut arahan serta benar-benar mematuhi langkahlangkah keselamatan setiap kali menggunakan sebarang racun serangga. Perkara yang paling mustahak ialah mengelakkan diri sendiri, makanan, air dan perkakas daripada terkena racun serangga.

8.0

KETAHANAN TERHADAP RACUN SERANGGA 1. Ketahanan lalat rumah terhadap racun serangga telah dilaporkan sejak tahun 1970-an 2. Lalat rumah ialah satu serangga yang boleh membina ketahanan dengan cepat 3. Lalat rumah boleh menjadi tahan dengan cepat disebabkan oleh kitar hidupnya yang singkat 4. Lalat rumah boleh membina ketahanan terhadap semua jenis racun serangga 5. Untuk menangani kemampuan membina ketahanan pada lalat rumah, adalah dinasihatkan agar menggunakan kelas racun serangga yang berbeza, ini dapat meminimumkan kemampuan membina ketahanan. 6. Gilirkan penggunaan organofosfat, karbamat, piretroid dan racun serangga lain apabila perlu 7. Jangan gunakan satu racun serangga untuk tempoh yang lama untuk mengawal lalat rumah atau sebarang serangga lain 8. Agen biologi juga boleh digunakan untuk pengawalan lalat rumah

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Lipas Dr. Lee Chow Yang Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia.

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan 1 jam 15 min (75 minit) Pengenalan Biologi dan tabiat Kepentingan Pengesanan & pengawasan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 15 minit 5 minit 10 minit 15 minit 20 minit 5 minit

Spesies biasa dan pengenalpastian

LIPAS
1.0 OBJEKTIF Untuk memberi pemahaman tentang kepentingan lipas dari segi perubatan dan ekonomi, biologinya dan kaedah untuk mengawalnya melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu.

2.0

PENGENALAN Lipas merupakan kumpulan serangga perosak yang penting. Ia dipercayai telah hidup di planet ini selama lebih daripada 300 juta tahun.

3.0

BIOLOGI LIPAS 1. Biasanya, lipas dewasa berukuran antara 2 80 mm panjang. 2. Badannya leper dan berwarna antara perang tua hingga perang muda. 3. Seperti mana-mana serangga yang lain, setiap lipas mempunyai sepasang sesungut, sepasang mata kumpuan yang besar, dan bahagian mulut untuk mengunyah. Ia juga mempunyai tiga bahagian badan: kepala, toraks dan abdomen. 4. Lipas betina menghasilkan telur yang disimpan di dalam karung telur yang kecil yang dipanggil ooteka. 5. Biasanya, setiap karung mengandungi 6 48 telur (bergantung pada jenis lipas). 6. Apabila menetas, muncullah nimfa, dan ia perlu bersalin kulit beberapa kali sebelum menjadi dewasa. Jenis kitaran hidup ini dinamakan metamorfosis tidak lengkap. 7. Lipas tidak boleh terbang dengan baik. Walau bagaimanapun, lipas boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah disebabkan saiz badannya yang kecil, serta kemampuannya bergerak dengan cepat. Ini menjadikannya kumpulan makhluk perosak yang menjengkelkan. 8. Lipas biasanya aktif pada waktu malam dan pada waktu siang, ia bersembunyi di dalam rekahan dan celahan di dinding, rangka pintu, perabot, almari, bilik mandi, dapur, dsb. 9. Untuk mengawal lipas dengan berkesan, makanan dan air perlu dikurangkan, agar apabila ia kelaparan, ia akan keluar mencari makanan dengan lebih kerap lagi dan ini meningkatkan kemungkinan ia menyentuh racun serangga.

Rajah 1.

Nimfa lipas Jerman yang bersalin kulit.

Rajah 2.

Kitaran hidup lipas

4.0

KEPENTINGAN LIPAS (KENAPA LIPAS DIANGGAP SEBAGAI MAKHLUK PEROSAK) 1. Lipas boleh mengkontaminasi bahan makanan dan perkakas meninggalkan najis, kulit yang disalin, badannya yang sudah mati, dll. memasak dengan

2. Entomofobia ramai orang yang berasa terganggu atau takut apabila ternampak lipas. Ini mungkin dikaitkan dengan pergerakannya yang pantas dan tidak dapat diramal. 3. Di mana sahaja terdapat serangan lipas, di situlah akan terdapat bau yang tidak menyenangkan. 4. Ramai orang yang alergi terhadap lipas. Ekstrak lipas boleh menyebabkan reaksi kulit yang positif kepada mereka yang sensitif, dan dalam kes yang paling teruk, boleh mencetuskan serangan asma. 5. Lipas membawa penyakit manusia. Ia merupakan vektor mekanikal disebabkan oleh tabiatnya yang sangat buruk iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mencari makanan. Akibatnya, badannya akan memindahkan kuman yang dibawanya kepada manusia atau makanan yang bakal dihidangkan. 5.0 LIPAS PEROSAK YANG BIASA DI MALAYSIA Terdapat kira-kira 11 spesies lipas yang boleh dijumpai di bangunan-bangunan dan rumahrumah di Malaysia. Yang paling biasa ialah lipas Jerman yang banyak ditemui di hotel-hotel dan tempat-tempat makan, dan lipas Amerika di premis-premis kediaman. Spesies lain juga boleh ditemui, tetapi jumlahnya adalah jauh lebih sedikit.

Gambar 1:

Lipas Amerika

Gambar 2:

Lipas Jerman

6.0

PENGESANAN DAN PENGAWASAN 1. Adalah penting untuk mengesan kehadiran lipas. 2. Secara am, terdapat tiga kaedah yang biasa: pemeriksaan visual, garah dan semak, dan pemerangkapan. Antara ketiga-tiga kaedah ini, pemerangkapan merupakan yang paling boleh dipercayai. 3. Pemerangkapan boleh dilakukan dengan menggunakan perangkap balang yang dibuat sendiri, atau perangkap lekit.

7.0

KAWALAN LIPAS 1. Kawalan lipas yang berkesan bergantung pada: Amalan sanitasi yang baik. Aplikasi racun serangga mengikut cara yang akan meningkatkan kemungkinan serangga sasaran terdedah kepada racun serangga tersebut.

2. Lipas memerlukan makanan, air dan tempat perlindungan untuk terus hidup. Maka, jika kewujudan ketiga-tiga faktor ini dapat dikurangkan, peluang suatu populasi lipas untuk wujud juga dapat dikurangkan dengan banyak. 3. Antara tempat-tempat perlindungan yang mungkin termasuk papan kambi yang longgar, kotak kadbod, rekahan dan celahan serta lohong yang merekah. 4. Sisa-sisa makanan manusia di tempat penyediaan makanan, serta pili dan paip air yang bocor kerap kali menjadi sumber makanan dan air bagi lipas di dapur. 5. Pembersihan secara tetap serpihan makanan yang berlonggok di sekitar kawasan yang sukar dicapai (misalnya di belakang dapur memasak, ketuhar, dll) dan pemvakuman rak dan almari akan membantu mengurangkan pengumpulan serpihan makanan. 6. Untuk menghindari kemasukan lipas ke premis, semua kotak minuman ringan, pek mengisi telur, beg-beg berisi ubi kentang, bawang, makanan yang tidak dibungkus, kain cucian atau beg yang mengandungi pakaian kotor hendaklah diperiksa dengan berhati-hati sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan. 7. Kawalan kimia ialah kaedah yang paling berkesan dan cepat untuk mengakhiri serangan yang telah berlaku. 8. Terdapat pelbagai formulasi racun serangga bagi tujuan tersebut, daripada racun serangga residu, debu hingga umpan gel. 9. Racun serangga residu merupakan kaedah kawalan utama dan paling popular walaupun umpan semakin popular penggunaannya. 10. Terdapat banyak formulasi bagi racun serangga residu, termasuk kepekatan yang boleh diemulsi (EC), serbuk yang boleh dibasahi (WP), kepekatan ampaian (SC) dan formulasi mikroterkapsul (ME). 11. Lipas akan terdedah kepada racun serangga residu apabila ia berjalan di atas permukaan yang dirawat. 12. Beberapa petua yang penting bagi perawatan residu yang berkesan ialah: a. Rawat pada rekahan dan celahan menggunakan petua rekahan dan celahan. b. Lakukan rawatan mengejut di tempat yang ada kemungkinan bertembung dengan lipas. c. Pilihan formulasi yang betul adalah penting. Periksa selalu permukaan rawatan, haba dan kebasahan.

d. Kocak-kocakkan tangki semburan selalu apabila menggunakan serbuk yang boleh dibasahi atau formulasi mikroterkapsul.

13. Selain daripada racun serangga residu, umpan gel ialah satu lagi cara kawalan yang berguna. 14. Umpan lipas biasanya diformulasi dalam stesen umpan atau sebagai gel. Berbeza daripada rawatan residu, pengumpanan ialah pengaplikasian racun serangga dalam kuantiti yang terhad di kawasan di mana lipas akan keluar merayau-rayau untuk mencari makanan. 15. Disebabkan oleh pengaplikasiannya yang terhad, pengumpanan adalah secara bandingan lebih selamat dan mesra persekitaran daripada rawatan residu. Ia juga tidak berbau dan sedia untuk digunakan. 16. Lipas yang makan umpan akan menerima suatu dos maut dan akhirnya mati. 17. Kaedah ini sangat berguna terutamanya dalam persekitaran yang sensitif seperti zoo, pusat jagaan kanak-kanak, bilik komputer, kedai penyediaan makanan, di mana rawatan residu tidak dibenarkan atau digalakkan. 18. Semasa pengumpanan, ingat petua-petua berikut: a. Cuba bawa umpan kepada lipas. Letakkan umpan anda seberapa dekat yang boleh dengan tempat perlindungan lipas. b. Gunakan seberapa banyak umpan yang mungkin dalam kuantiti yang kecil untuk menambah peluang lipas menemui umpan. c. Letak umpan di sudut-sudut dan simpang-simpang dinding. d. Cuba alihkan barang-barang yang bersepah supaya terdapat laluan yang terus ke umpan. e. Elak penyemburan residu di kawasan yang diumpan. 19. Debu biasanya digunakan di tempat-tempat yang mana semburan yang basah tidak dibenarkan kerana ia boleh meninggalkan kesan atau menyebabkan kerosakan pada alatalat elektrik. Ia sering dibubuh pada rekahan dan celahan, dalam kotak suis dan lohong siling. 20. Debu seharusnya diaplikasikan sedikit sahaja dan dengan cermat untuk menghalang kemungkinan manusia terdedah kepadanya. Di mana perlu, pembuang debu perlu diubahsuai supaya ia dapat sampai ke lohong peralatan dan lohong struktur. 8.0 KETAHANAN RACUN SERANGGA 1. Ketahanan racun serangga dalam lipas Jerman di Malaysia telah dilaporkan sejak 1993. 2. Ketahanan ini ditakrifkan sebagai kemampuan yang diwarisi untuk bertahan daripada suatu kepekatan racun serangga yang biasanya boleh membawa maut kepada lipas biasa. 3. Suatu populasi lipas akan membentuk ketahanan terhadap racun serangga selepas didedahkan pada tekanan pemilihan racun serangga selama beberapa generasi. Ini akan menyebabkan individu yang rentan dalam populasi dibunuh dan yang tinggal ialah individu yang lebih toleran dalam populasi tersebut. Individu yang dapat bertahan itu akan menghasilkan anak yang bakal mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap racun serangga. Melalui pemilihan yang berlangsung untuk beberapa generasi, akhirnya suatu populasi yang mempunyai ketahanan yang sangat tinggi terhadap racun serangga akan wujud. 4. Populasi yang tahan racun serangga ini boleh ditangani dengan menggilirkan penggunaan racun serangga yang berlainan jenis. 5. Selain daripada itu, populasi yang tahan racun serangga ini juga boleh dikawal dengan menggunakan umpan gel, yang terbukti sangat berkesan terhadap populasi seperti ini.

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Nyamuk

Dr. Zairi Jaal Adanan Che Rus Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia.

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan 1 jam 15 min (75 minit) Pengenalan Spesies biasa Biologi dan tabiat Kepentingan Pengesanan & pengawasan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 5 minit 20 minit 15 minit 15 minit 10 minit 5 minit

NYAMUK
1.0 OBJEKTIF Untuk memberi pemahaman tentang kepentingan nyamuk dari segi perubatan dan ekonomi, biologinya dan kaedah mengawalnya melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu. 2.0 PENGENALAN Nyamuk merupakan kumpulan antropod yang penting yang menghisap darah manusia dan haiwan. Terdapat kira-kira 3450 spesies dan subspesies nyamuk dalam 38 genus yang tergolong dalam famili Culicidae. Taburan nyamuk hampir di seluruh dunia, ditemui di seluruh kawasan tropika dan kawasan beriklim sederhana terbentang hingga ke Garisan Artik. Nyamuk diketahui tiada hanya dari Antartika dan beberapa buah pulau.

3.0

SPESIES BIASA Di Malaysia terdapat kira-kira 434 spesies and subspesies nyamuk yang tergolong dalam 20 genus. Walau bagaimanapun, hanya genus Anofelin, Aedes, Kuleks dan Mansonia yang penting dari segi perubatan.

Gambar 1: Anopheles maculatus

Gambar 2: Aedes aegypti

Gambar 3: Culex quinquefasciatusp.

Gambar 4: Mansonia uniformis

4.0

BIOLOGI DAN TABIAT UMUM 4.1 Morfologi Luaran 1. Nyamuk dewasan ialah serangga terbang yang kecil. Biasanya berukuran antara 3-6 mm panjang, yang terbesar ialah Toxorhynchites, berukuran sepanjang 19 mm. 2. Badannya terbahagi kepada tiga segmen: kepala, toraks dan abdomen.

Rajah 1: Morfologi luaran nyamuk betina 3. Kepalanya berbentuk bulat dan mempunyai sepasang mata majmuk di mana muncul sepasang sesungut bersegmen. Sesungut nyamuk betina mempunyai bulu-bulu pendek (pilose) manakala yang jantan selalunya mempunyai bulu-bulu yang panjang (plumose) pada sesungutnya. 4. Betul-betul di bawah sesungut itu terdapat sepasang peraba yang mungkin panjang atau pendek dengan hujung yang tajam atau hujung berbentuk belantan bergantung kepada jantina dan spesies nyamuk itu. 5. Bahagian mulut nyamuk betina disesuaikan untuk mencucuk dan menghisap, membentuk probosis yang menonjol keluar dari bawah kepala. 6. Toraks mempunyai tiga pasang kaki, sepasang sayap depan fungsian dan sepasang sayap belakang yang lebih kecil dikenali sebagai halter yang bertindak sebagai organ gegasing atau pengimbang. 7. Kaki-kakinya panjang dan langsing, dan selalunya berbintik-bintik atau berbelangbelang. 8. Sayapnya panjang, sempit, jarang dan mengandungi membran dan venanya diliputi dengan sisik. Juga sisik sempit membentuk umbai sepanjang sempadan posterior sayap. 9. Abdomen terdiri daripada 10 segmen, tetapi hanya tujuh atau lapan yang pertama yang selalunya kelihatan. Segmen abdomen yang akhir berakhir pada sepasang sersi pada nyamuk betina dan sepasang klasper pada nyamuk jantan.

4.2

Kitaran Hidup 1. Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap di mana kitaran hidupnya mengalami empat peringkat: telur, larva, pupa dan dewasa.

Dewasa

Pupa

Telur

Larva (4 instar) Gambar 5: Kitaran hidup nyamuk (Aedes sp)

2. Kebanyakan nyamuk mengawan sebaik sahaja menjadi dewasa. 3. Nyamuk betina bertelur kira-kira 30-300 biji telur pada satu masa. Warna telurtelurnya hitam atau perang dan berukuran 1 mm panjang atau kurang. Telur-telur kebanyakan kulisin berbentuk panjang tirus atau bujur dan ditelurkan di atas permukaan air dalam bentuk rakit (Rajah 6), tetapi telur-telur Mansonia berbentuk silinder dan tajam seperti mercu dan ditelurkan di dalam longgokan yang melekit di bahagian bawah daun tumbuh-tumbuhan akuatik. Aedes tidak bertelur di atas permukaan air, tetapi bertelur satu persatu di atas garis air pada substrat yang basah dan dapat bertahan pengeringan selama berbulan-bulan. Telur-telur anofelin berbentuk bot dan ditelurkan satu persatu di atas permukaan air. 4. Larva nyamuk adalah tidak berkaki dan memerlukan air untuk membesar. Larva mempunyai berus mulut yang menonjol untuk menyapu air yang mengandungi remah makanan yang amat kecil terus ke dalam mulut. Larva nyamuk kecuali Mansonia dan beberapa spesies lain, mesti naik ke permukaan air untuk mendapatkan udara yang diambil melalui spirakel yang terletak pada sifon contohnya Toxorhynchitinae dan Kulisin, tetapi Anofelin tidak mempunyai sifon. 5. Bergantung pada spesies, larva nyamuk berehat sama ada pada sudut 45 (Toxorhynchitinae dan kebanyakan Kulisin) atau selari (semua Anofelin) dengan permukaan air. Sebaliknya larva Mansonia tidak naik ke permukaan air untuk mendapatkan udara, tetapi memiliki sifon khas yang dimasukkan ke dalam akar-akar atau batang-batang tumbuh-tumbuhan akuatik untuk mengambil oksigen dari tumbuhtumbuhan itu. 6. Di kawasan tropika peringkat larva bertahan selama 5 - 14 hari manakala kawasan iklim sederhana ia bertahan daripada beberapa minggu hingga berbulan-bulan. 7. Habitat larva berbeza dari kumpulan air kekal yang besar seperti paya air tawar dan sawah-sawah padi hinggalah ke kumpulan air sementara seperti kolam-kolam, longkang-longkang dan parit-parit. Bekas semula jadi dan juga buatan manusia juga merupakan habitat kegemarannya. 8. Sesetengah spesies memilih air tercemar dan sejumlah kecil spesies membiak hampir secara eksklusif dalam air payau. 9. Semua pupa nyamuk adalah akuatik dan berbentuk-koma. Pupa tidak makan, tetapi menghabiskan kebanyakan masanya di permukaan air mengambil udara melalui trompet pernafasan. 10. Pupa Mansonia berbeza di mana pupa ini mempunyai trompet yang disesuaikan untuk mencucuk tumbuh-tumbuhan akuatik untuk mendapat oksigen (Rajah 10b). Peringkat pupa bertahan 2-3 hari di kawasan tropika dan 9-12 di kawasan beriklim sederhana. 11. Nyamuk betina mesti menggigit dan menghisap darah sebagai makanan untuk membentuk telur, kecuali sebilangan kecil nyamuk. Sumber darah sebagai makanannya adalah daripada manusia (antropofili) atau haiwan (zoofili). Nyamuk yang menghisap darah di dalam rumah dinamakan endofajmanakala yang menghisap darah di luar rumah dinamakan eksofaj 12. Sebaik sahaja darah itu dihadam, telur akan terbentuk dan abdomen menjadi keputihan di bahagian posterior dan merah gelap di bahagian anterior. Pada peringkat ini nyamuk adalah separuh gravid.
0

Rajah 2: Perbezaan pada kitaran hidup nyamuk anopheline dan culicine

a. Tempat pembiakan Anopheles (air mengalir yang disinari matahari)

b. Tempat pembiakan Aedes (bekas-bekas buatan)

c. Tempat pembiakan Mansonia (tumbuhan akuatik)

d. Tempat pembiakan Culex (saliran yang tersumbat)

Gambar 6: Tempat pembiakan nyamuk yang berbeza 13. Apabila semua darah akhirnya dihadamkan dan telur terbentuk sepenuhnya, nyamuk dikatakan menjadi gravid dan sedia untuk bertelur. 14. Di kawasan tropika ia mengambil masa kira-kira 2-3 hari, tetapi di negara-negara beriklim sederhana sejuk ia mengambil masa antara 7-14 hari. 15. Selepas menghisap darah nyamuk selalunya berehat untuk menghadamkan darah untuk pembentukan telur. Nyamuk yang berehat di dalam rumah dinamakan endofili dan yang berehat di luar rumah dinamakan eksofili. 16. Tabiat menghisap darah bersama dengan pergerakan penduduk manusia adalah penting dalam epidemiologi pemindahan penyakit. 5.0 KEPENTINGAN EKONOMI 1. Di kebanyakan negara-negara beriklim sederhana nyamuk mempunyai sedikit atau tiada langsung kaitan sebagai vektor penyakit cuma ia dianggap menjengkelkan kerana gigitannya. Dalam beberapa kes, gigitan nyamuk ini kadang-kadang adalah teruk sehingga sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti luar rumah.

2.

Walau bagaimanapun, di negara-negara tropika seperti Malaysia, nyamuk adalah penting sebagai vektor penyakit berbahaya. Antara nyamuk yang menjadi vektor penting ialah genus Anopheles yang menjangkitkan malaria, Aedes yang menjangkitkan demam denggi and denggi berdarah, Culex yang menjangkitkan ensefalitis dan filariasis di luar bandar dan Mansonia, yang menjangkitkan filariasis. Kebanyakan nyamuk adalah nokturnal dalam aktiviti-aktivitinya, menghisap darah serta bertelur pada waktu malam (Anopheles, Culex dan Mansonia) manakala aktiviti nyamuk Aedes berlaku pada waktu siang dan dikenali sebagai spesies diurnal. Sesetengah spesies seperti Aedes aegypti dan Aedes albopictus, yang menjangkitkan demam denggi dan/atau denggi berdarah, mempunyai perkaitan yang lebih rapat dengan manusia, membiak di dalam dan di sekeliling rumah di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. Spesies Culex merupakan nyamuk yang dikaitkan dengan pembandaran dan bandarbandar yang mempunyai sistem saliran dan sanitasi yang tidak baik. Mansonia membiak terutamanya dalam takungan air yang kekal yang mempunyai tumbuh-tumbuhan terapung di mana larva dan pupa melekatkan sifon dan trompet pernafasannya untuk mendapatkan udara.

3.

4.

5. 6.

6.0

STRATEGI KAWALAN 6.1 Pengurangan sumber dan pengurusan alam sekitar. Pengurangan sumber dan pengurusan alam sekitar merupakan strategi yang baik bagi kawalan jangka panjang. Sebagai contoh, membuang bekas-bekas yang tidak dikehendaki seperti tin dan tayar boleh mencegah pembiakan nyamuk Aedes, dengan itu mengurangkan pemindahan demam denggi/denggi berdarah. Penyaliran bawah tanah yang baik di kawasan berbukit menolong mengurangkan jumlah Anopheles, seterusnya mengurangkan pemindahan malaria. Kawalan secara biologi. Satu-satunya agen biologi yang efektif dari segi kos dalam menentang nyamuk di padang-padang ialah Bacillus thuringiensis dan Bacillus sphaericus. Kawalan kimia Di antara semua pendekatan yang berbagai itu, penggunaan racun serangga, sama ada terus ke atas larva atau nyamuk dewasa, menjadi cara utama untuk kawalan nyamuk sejak adanya DDT dalam tahun 1940-an. Racun untuk serangga dewasa digunakan dalam bentuk semburan permukaan sebagai kawalan vektor Anofelin untuk mengurangkan pemindahan malaria. Racun ini juga digunakan sebagai formulasi semburan ruang, dalam pengasapan haba dan jumlah rendah ultra, untuk menentang nyamuk Aedes dalam mengawal demam denggi/denggi berdarah.

6.2 6.3

Gambar 7: Penyembur berasaskan diesel atas kenderaan untuk semburan di luar

Gambar 8: Penyembur mudah alih berasaskan diesel untuk semburan di dalam

Pengawal atur pembesaran serangga (IGR) telah juga menunjukkan keberkesanannya dalam mengawal nyamuk pada peringkat belum matang. Berdasarkan mod tindakannya, IGR boleh dibahagikan kepada hormon juvenil dan perencat sintetik kitin, kedua-duanya membantutkan metamorfosis peringkat belum matang. 6.4 Sekatan fizikal dan perlindungan diri sendiri. Kelambu yang dirawat dengan racun serangga menghalau dan membunuh nyamuk, oleh itu melindungi manusia daripada gigitan nyamuk. Penggunaan produk racun serangga di rumah merupakan bentuk paling biasa sebagai langkah-langkah perlindungan diri sendiri. Ini termasuklah aerosol, lingkaran nyamuk, mat elektrik dan pengewap cecair. Sebagai tambahan kepada produk racun serangga di rumah, penghalau yang disapukan pada kulit yang terdedah juga digunakan untuk perlindungan daripada gigitan nyamuk.

Kelambu 6.5

Aerosol

Lingkaran Nyamuk

Kawalan Bersepadu. Dalam kawalan bersepadu gabungan kaedah-kaedah di atas digunakan untuk menghapuskan atau mengurangkan jumlah nyamuk.

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Makhluk Perosak Iringan (Incidental Pests) Dr. Lee Chow Yang Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia &

Dr. Lee Han Lim Institut Penyelidikan Perubatan


Kuala Lumpur, Malaysia

Panduan Mengajar Jumlah Masa yang Diperuntukkan 45 minit Pengenalan Biologi dan tabiat Kepentingan Pengesanan dan pengawasan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 5 minit 10 minit 5 minit 10 minit 5 minit 5 minit

Spesies biasa dan pengenalpastian

MAKHLUK PEROSAK IRINGAN

1.0

OBJEKTIF Untuk memberikan pemahaman ringkas tentang kepentingan beberapa makhluk perosak iringan seperti pinjal, lebah dan penyengat dari segi perubatan dan ekonomi, biologi makhluk ini dan kaedah-kaedah mengawalnya menerusi pengurusan makhluk perosak bersepadu.

A. LEBAH DAN PENYENGAT 1.0 PENGENALAN 1. Lebah dan penyengat merupakan makhluk perosak iringan dalam persekitaran manusia. 2. Terdapat beberapa spesies lebah dan penyengat yang biasa ditemui di sekitar di rumahrumah dan bangunan-bangunan di Malaysia. 3. Secara am, serangga-serangga ini bukanlah merupakan suatu ancaman kepada manusia, dan sebenarnya memberikan manfaat. Walau bagaimanapun, sengatan serangga-serangga ini selalunya menyakitkan, dan individu yang sensitif mungkin mengalami alahan yang teruk.

2.0

BIOLOGI LEBAH DAN PENYENGAT 1. Lebah biasanya mempunyai badan yang berbulu, tetapi tidak pada penyengat. Penyengat mempunyai badan yang licin. 2. Seperti semut dan anai-anai, mereka merupakan serangga sosial yang hidup dalam kolonikoloni yang terdiri daripada beratus-ratus atau beribu-ribu individu. Setiap koloni biasanya mempunyai satu hingga beberapa permaisuri dan mempunyai banyak pekerja dan kesemuanya adalah betina.

3.0

SPESIES BIASA DI MALAYSIA 3.1 Lebah, (Apis spp.). Terdapat beberapa jenis lebah di Malaysia, temasuk lebah madu, tawon dan lebah tukang kayu yang menarik minat industri kawalan serangga makhluk perosak. 1. Secara umum, lebah madu hidup dalam koloni-koloni yang besar dengan 20,000 80,000 ahli. Lebah madu adalah serangga yang bermanfaat kerana peranannya sebagai pendebunga. 2. Terdapat tiga jenis individu dalam setiap koloni: permaisuri (betina subur), pekerja (betina mandul) dan lebah jantan. Hanya satu permaisuri wujud dalam setiap sarang dan yang lain-lainnya adalah pekerja yang mencari makanan, menjaga sarang, dan memberi makan di peringkat belum matang dan melindungi sarang. Lebah jantan bersaiz besar dan berdengung dengan kuat, tetapi fungsinya adalah untuk mengawan dengan permaisuri-permaisuri perawan, yang setelah itu tidak dibenarkan kembali semula ke sarang. 3. Lebah tawon dan tukang kayu merupakan serangga yang lebih besar, badan berwarna hitam dan mempunyai tompok-tompok bulu berwarna kuning.

3.2

Penyengat payung, (Polistes spp). Penyengat ini membina sarang berbentuk payung pada cucur atap rumah. Sarangnya kelihatan seperti payung dengan tangkai melekat pada substrat yang menyerupai batang payung.

Penyengat jaket kuning, (Vespula spp.) Penyengat ini berukuran lebih kurang 2 mm panjang dengan corak kuning-hitam atau kadang-kadang berbelang putih-hitam pada abdomennya. Spesies yang berbelang putih-hitam dan biasanya membina sarang besar di atas tanah, selalunya dipanggil tebuan, tetapi sebenarnya mereka ialah penyengat jaket kuning. Bergantung kepada spesies, permaisuri mungkin membina sarangnya di lokasi dalam atau atas tanah (udara) seperti di atas pokok atau di bawah cucur atap rumah. Sarang dibina daripada kertas yang dibuat oleh penyengat daripada campuran pulpa kayu dan air liur.

3.4

Tebuan, (Vespa affinis and Vespa tropica). Serangga ini berukuran besar dan agresif dan koloni-koloni biasanya terdiri daripada beratus-ratus pekerja. Sarang-sarang mungkin dibina dalam ruang yang berongga, termasuk pokok dan dinding bangunan, dan sarang juga mungkin dibina di dalam tanah. Sarang-sarang tebuan biasanya ditutup dengan kertas tebal yang dibuat daripada kepingan kulit kayu dan tumbuhan. Tebuan dibezakan dengan penyengat jaket kuning melalui saiznya yang besar dan warna coklat gelap. Permulaan koloni oleh permaisuri dan pembinaan sarang adalah sama dengan penyengat jaket kuning.

3.0

STRATEGI KAWALAN 1. 2. 3. Koloni-koloni serangga sosial ini boleh dikawal dengan menyembur sarangnya dengan racun serangga cecair atau aerosol secara terus, atau dengan menggunakan umpan. Penggunaan cecair racun serangga secara terus ke atas sarang sebaik-baiknya dilakukan pada waktu malam apabila sebahagian besar pekerja berada di dalam sarang. Pakaian perlindungan seharusnya dipakai apabila berurusan dengan serangga yang menyengat ini, dan penggunaan racun serangga yang mempunyai kesan pantas akan mengehadkan bahaya sengatan. Sarang mungkin boleh dilitup dengan plastik dan kemudian aerosol boleh disemburkan pada sarang yang telah dibungkus itu. Bagi memusnahkan sarang, ia harus dibakar untuk memastikan tiada yang terselamat.

4.

B. PINJAL
1.0 PENGENALAN 1. 2. 2.0 Terdapat lebih daripada 3,000 spesies pinjal di dunia. Hanya sedozen yang mempunyai kepentingan perubatan dan veterinar.

BIOLOGI PINJAL 1. 2. 3. 4. 5. Pinjal merupakan serangga kecil (1-4 mm panjang) yang tidak bersayap. Yang dewasa menghisap darah burung dan mamalia. Bentuk badannya leper ke sisi (secara lateral), lazimnya berwarna perang dan boleh melompat. Banyak spesies pinjal adalah spesifik perumah iaitu ia hanya dijumpai pada haiwan tertentu dan pinjal akan berpindah ke perumah lain jika perlu. Pinjal betina adalah lebih besar daripada pinjal jantan dan mampu menginges lebih banyak darah.

Rajah 1: Kitaran hidup umum sejenis spesies pinjal (dari WHO, 1997)

6. 7. 8. 9. 10.

Kitar hidup pinjal terdiri daripada 4 peringkat: telur, larva, pupa dan dewasa (Rajah 1). Telur pinjal kelihatan putih berkilauan dan dikeluarkan di celah-celah bulu perumah atau di dalam sarang. Larva merupakan cacing tidak berkaki yang panjangnya 4 - 10 mm dan mempunyai bahagian mulut untuk mengunyah. Terdapat 3 peringkat larva, dan pada peringkat akhir larva akan membina kokun menggunakan cebisan-cebisan serpihan organik dan menjadi pupa. Pinjal dewasa kemudiannya akan muncul dalam masa 1 - 2 minggu. Keseluruhan kitar hidup boleh mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, tetapi selalunya 2 - 3 minggu. Seekor pinjal yang tidak diberi makan boleh hidup sehingga satu tahun, manakala seekor pinjal yang diberi makan sehingga 5 tahun. Pinjal lebih suka tinggal di tempat yang gelap dan ia elak cahaya. Ia biasanya dijumpai di celah-celah rambut dan bulu haiwan, katil dan pakaian manusia. Pinjal boleh menghisap darah beberapa kali dalam sehari.

11. 12. 13. 14. 3.0

MENGAPA PINJAL DIANGGAP MAKHLUK PEROSAK YANG PENTING? 1. Sebagai pengganggu: Gigitan pinjal merupakan punca gangguan yang utama kepada manusia. Gigitannya sangat merengsakan, menyebabkan seseorang berasa sungguh tidak selesa. Sebagai vektor wabak: Pinjal ialah pembawa wabak di negara-negara seperti Afrika, Asia dan Eropah. Namun, wabak telah dibasmi di Malaysia sejak 1928. Tifus bawaan pinjal: dikenali juga dengan demam tifus murin. Penyakit ini dijangkitkan oleh pinjal tikus dan pinjal kucing. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia, terutamanya di kawasan di mana manusia dan tikus mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Penyakit-penyakit lain: Pinjal juga diketahui dapat menjangkitkan suatu penyakit yang dikenali sebagai tularaemia kepada manusia dan haiwan. Ia juga menjadi vektor bagi cacing pita parasit dalam anjing dan kucing.

2. 3.

4.

4.0

PINJAL-PINJAL YANG BIASA DI MALAYSIA 1. 2. Daripada sejumlah besar pinjal yang terdapat di Malaysia, hanya beberapa jenis yang ada kena-mengena dengan kita kerana perkaitan rapatnya dengan manusia (Jadual 1). Dari segi perubatan, pinjal di Malaysia adalah tidak penting tetapi ia merupakan gangguan yang besar kepada manusia dan haiwan.

Jadual 1: Spesies pinjal biasa yang terdapat di Malaysia Spesies 1. Xenopsylla cheopis 2. Ctenocephalides felis Nama biasa Pinjal tikus Pinjal kucing Perumah Roden Kucing, anjing Catatan Jarang dijumpai hari ini Sering menggigit manusia. Biasa dijumpai hari ini Tidak kerap menggigit manusia Jarang dijumpai di sini

3. Ctenocephalides canis

Pinjal anjing

Kucing, anjing

4. Pulex irritans

Pinjal manusia

Kucing, anjing, tikus Ayam

5. Echidnophaga gallinacea

Pinjal kuat

melekat

Makhluk perosak yang teruk di ladang ternakan ayam-itik

5.0

PEMANTAUAN & PENGAWASAN PINJAL 1. Kaedah Tangkap Kaki yang Terdedah: pengumpul mengira dan mengumpul pinjal yang jatuh atau merayap pada bahagian bawah kaki selama 1 minit. Kiraan 5 atau lebih pinjal per minit biasanya menunjukkan kadar serangan yang tinggi. 2. Kaedah Perangkap yang Lekit: kertas lalat yang lekit (sebelah yang lekit di luar) dibalut di bahagian bawah kaki. Bilangan pinjal yang melekat pada kertas lalat per selang waktu menunjukkan tahap populasi pinjal. 3. Kaedah Menyikat Bulu Haiwan Peliharaan: Pinjal boleh disikat daripada bulu haiwan dengan menggunakan sikat biasa. 4. Kaedah Menyikat Bulu Tikus dan Roden: Tikus diperangkap dan dibunuh oleh pendedahan kepada kloroform. Bulu tikus kemudiannya disikat dengan sikat atau berus biasa untuk pinjal. 5. Kaedah Pemeriksaan Tempat Tidur: Tempat tidur haiwan peliharaan harus diperiksa untuk kehadiran telur pinjal dan najis kering pinjal. 6. Kaedah Pemeriksaan Lubang atau Jerumun Haiwan: Pinjal boleh disampel dengan menggunakan sehelai kain yang dimasukkan ke dalam lubang dan kemudian ditarik keluar. Bilangan pinjal yang melekat pada kain itu kemudiannya dikira.

6.0

PENGAWALAN PINJAL Adalah perlu untuk menentukan jenis-jenis langkah pengawalan yang hendak diambil terhadap pinjal sebagai pengganggu atau pemindah penyakit. 6.1 Pengawalan Pinjal sebagai Pengganggu: 1. Sanitasi: Oleh sebab pinjal membiak di dalam habuk dan serpihan, lantai harus disapu dan dibersihkan dengan kerap dengan menggunakan detergen atau larutan racun serangga untuk menyingkir atau membunuh telur dan peringkat yang belum matang serangga ini. Memvakum juga berkesan. 2. Perlindungan diri: Pakaian boleh dirawat dengan piretroid (misalnya permetrin) untuk pengawalan jangka panjang. Bahan penghalau seperti deet juga boleh digunakan.

3.

Racun serangga: a. Penggunaan umum- Formulasi racun serangga dalam bentuk talkum atau larutan boleh digunakan untuk dibubuh pada rekahan, di sudut bilik dan tempat lain yang mana disyaki terdapat pinjal. Racun serangga juga boleh dibubuh terus pada pakaian atau bulu haiwan. Pewasapan menggunakan kanister pewasap atau aerosol boleh juga digunakan. Pinjal kucing dan anjing- Talkum, semburan, celupan atau syampu racun serangga boleh digunakan untuk merawat bulu haiwan (Rajah 3). Talkum lebih digemari kerana biasanya ia adalah lebih selamat dan lebih menyenangkan untuk digunakan. Talkum hendaklah digosok dengan teliti pada bulu tetapi tidak pada mata, lubang hidung dan mulut haiwan. Pada amnya, haiwan yang kecil boleh dirawat dengan kira-kira 10 g talkum manakala haiwan yang lebih besar mungkin memerlukan 30 g. Haiwan peliharaan juga boleh diberi pakai relang leher yang dirawat dengan racun serangga yang biasanya boleh tahan kira-kira 4 bulan. Baru-baru ini, penggunaan racun serangga secara sistemik pada haiwan telah dilakukan dengan jayanya untuk membunuh pinjal dewasa. Tablet lufenuron yang diberikan setiap bulan sebanyak 30 mg/kg berat badan (kucing) dan 10 mg/kg (anjing) boleh menyekat perkembangan telur dalam pinjal betina apabila pinjal tersebut menghisap darah haiwan yang dirawat itu. Pinjal manusia- pinjal manusia boleh dikawal oleh pelbagai langkah sanitari yang telah disebut misalnya pembersihan tempat tinggal. Tambahan pula, tilam dan peralatan tempat tidur hendaklah dibersihkan dengan kerap dan dijemur di bawah cahaya matahari. Racun serangga boleh digunakan untuk merawat kawasan pembiakan pinjal.

b.

c.

Rajah 3: Pembubuhan talkum racun serangga pada haiwan peliharaan (dari WHO 1997) 6.2 Pengawalan Pinjal sebagai Pemindah Penyakit: Objektif utama di sini ialah untuk menghentikan rentetan pemindahan wabak atau tifus oleh pinjal yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dengan hanya membunuh tikus akan meningkatkan pemindahan penyakit kepada manusia kerana pinjal akan meninggalkan perumah yang mati (roden) dan mencari darah manusia pula. Maka program pengawalan harus dikendalikan dalam 2 peringkat: (1) (2) membunuh pinjal pada tikus dengan membubuh talkum racun serangga di habitat tikus pengawalan tikus

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

MAKHLUK PEROSAK DI TEMPAT PENYIMPANAN Mohd Azmi Ab Rahim Pertubuhan Kawalan Makhluk Perosak Malaysia

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan - 45 minit Pengenalan Kepentingan Biologi dan tabiat Pengesanan & pengawasan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 5 minit 5 minit 5 minit 5 minit

Spesies biasa dan pengenalpastian - 10 minit - 10 minit

MAKHLUK PEROSAK DI TEMPAT PENYIMPANAN

1.0

OBJEKTIF Bertujuan memberi pemahaman dan pengetahuan tentang kepentingan ekonomi dan tabiat biologi makhluk perosak yang biasanya berkaitan dengan produk simpanan dalam usaha untuk mengawal melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu.

2.0

PENGENALAN Terdapat begitu banyak makhluk perosak bagi produk simpanan yang boleh ditemui di negara ini. Bahagian ini walau bagaimanapun membincangkan serangga-serangga produk simpanan paling umum yang biasanya didapati di dalam gudang, loji pemprosesan, kilang, stor kedai runcit dan rumah yang menyerang produk kering seperti bijian, produk bijirin yang dikilangkan, rempah-ratus, buah-buahan kering, herba, dll. Serangan serangga produk simpanan boleh berpunca daripada barang keperluan yang dipenuhi olehnya di dalam gudang, dari retak dan rekahan atau serangga-serangga yang terbang ke dalam bangunan dari gudang atau kilang berhampiran ataupun dibawa masuk dalam barangan atau produk yang baru diimport.

3.0

KEPENTINGAN EKONOMI Makhluk perosak di tempat penyimpanan lebih sukakan pilihan makanan yang berlainan untuk menyesuaikan dengan keperluan pemakanannya. Bergantung kepada keperluannya, makhluk perosak-makhluk perosak boleh dikategorikan sebagai: Makhluk perosak primer. Ia boleh memakan seluruh bijian yang baik dan tersimpan dengan sempurna. Contoh: kumbang, pengorek bijian yang sederhana (Rhizopertha dominica), rama-rama bijian Angomois (Sitrotroga cerealella). Makhluk perosak sekunder. Ia hanya boleh menyerang bijian yang pecah, lembap, bijian lembut, dan bijian yang dirosakkan oleh makhluk perosak primer atau produk yang diproses seperti tepung. Contoh: cacing makanan kuning atau gelap, kumbang tepung. Serangga menandakan kulapuk. Hidup sebahagiannya atau keseluruhannya atas kulat dan kehadirannya selalu berkait dengan kelembapan. Contoh: Kumbang kulat hitam (Alphitobius diaprinus), kumbang bijian (Ahasverus advena). Pembangkai. Sebahagian besarnya hidup atas habuk, tahi serangga lain atau serangga yang telah mati. Mereka tidak selalunya memakan produk yang disimpan itu sendiri tetapi kerap menimbulkan masalah pencemaran yang serius. Contoh: kutu habuk/hama, kumbang tepung, kumbang bijian leper, kumbang bergigi-gergaji, ramarama tepung Mediterranean.. Pemangsa. Hidup sepenuhnya atau sebahagiannya atas serangga, terutama atas larvanya. Contoh: kumbang/cadelle gandum (Tenebroides mauritanicus). Kebanyakan makhluk perosak di tempat penyimpanan boleh menembusi timbunan karung lebih cepat dan menyeluruh berbanding timbunan pukal kerana terdapat ruang antara karung-karung. Saiz, tekstur permukaan dan zat makanan di dalam bijian mempengaruhi keupayaan serangga untuk menyerang barang keperluan itu. Ini juga berlaku bagi bahan-bahan berbungkus dan kedudukan stor itu sendiri.

4.0

SPESIES MAKHLUK PEROSAK YANG BIASA DI TEMPAT PENYIMPANAN DI MALAYSIA 4.1 Kumbang belalai Semua kumbang belalai dewasa dicirikan melalui tetingkat yang menjulur ke hadapan, iaitu sambungan dari kepala seperti muncung yang membawa bahagian mulut. Sesungutnya berbentuk siku apabila tidak bergerak. Larvanya tidak berkaki. Kumbang ini dipanggil kumbang belalai atau kumbang muncung. Kumbang belalai ialah makhluk perosak bijian simpanan yang paling banyak mendatangkan kemusnahan di dunia. Kumbang belalai beras dan kumbang belalai jagung seakan-akan sama antara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai satu ciri rostrum (sambungan kepala ke hadapan seperti muncung) dan sesungut berbentuk siku. Kedua-dua spesies mempunyai empat tanda bundar merah-oren di atas elitra. Untuk membezakan kumbang belalai beras dengan kumbang belalai jagung memerlukan ujian genitalia (organ seks). Larvanya tidak berkaki dan biasanya terdapat di dalam bijian bijirin yang telah dikorek. Biologi dan Tabiat. Kumbang belalai dewasa hidup lama (beberapa bulan 1 tahun) dan telur dihasilkan hampir sepanjang kehidupan kumbang dewasa, dan sehingga 150 telur dihasilkan oleh setiap betina. Telur-telur dihasilkan secara individu di dalam lubang yang digigit ke dalam bijian bijirin. Jangka masa pengeraman ialah lebih kurang 6 hari. Apabila menetas, larva mula makan di dalam bijian, dan keseluruhan proses tumbesaran berlaku di dalam bijian. Keseluruhan tempoh perkembangan akan mengambil dari 35 hingga 100 hari dalam keadaan optimum. Kumbang belalai dewasa merupakan penerbang yang aktif. Kitaran Hidup Kembang Belalai Bijian

Serangan ke atas Bijian yang Disimpan. Serangan produk kerap bermula di ladang dan cenderung untuk berlanjutan ke dalam stor. Larva membuat terowong di dalam bijian yang akan memusnahkan lebih kurang 50 mg. Dalam jagung, endosperma dan embrio bijian yang terdedah akan membawa kepada serangan oleh perosak sekunder. Kumbang dewasa boleh menembusi secara meluas di dalam bijian pukal dan berkarung. Karung kain bertenun (karung guni) mudah ditembusi. Kumbang dewasa yang muncul dan yang ingin keluar juga boleh menembusi kertas nipis dan helaian plastik. Pensampelan dan Pemerangkapan. Kumbang dewasa boleh diperangkap dengan perangkap terbang dan perangkap karung. Gangguan terhadap bijian (contoh: dengan menjatuhkan atau menendang karung) akan menyebabkan kumbang dewasa berpindah ke atas dan mendedahkan diri di permukaan.

4.2

Pengorek Bijian Sederhana (Rhyzopertha dominica ) Kumbang dewasa berukuran 2-3 mm panjang. The Pronotumnya berbentuk bulat di hadapan di mana satu barisan gigi merintang, di bahagian tengah dan agak ke belakang terdapat tubekel yang rata. Kepalanya tersembunyi di bawah protoraks. Elitra mempunyai barisan tetap seta (bulu) yang mendap dan pendek. Warnanya terdiri daripada coklat-merah kepada coklat-hitam. Larva berwarna putih dan mempunyai tepi yang selari. Kakinya menonjol Sejarah Hidup dan Tabiat. Kedua-dua dewasa dan larva berupaya mengorek dan memakan berbagai-bagai jenis barang keperluan. Kumbang betina lebih suka bertelur di dalam rekahan di atas permukaan biji benih yang kasar. Setelah muncul, larva akan menggunakan rekahan yang halus sekalipun untuk masuk ke dalam bijian. Perkembangan larva adalah lebih cepat di atas bijian berbanding di atas tepung. Pupa boleh terbentuk dalam masa 14 hari, dan peringkat pupa berakhir dalam masa tiga hari. Kumbang dewasa akan mengawan sebaik sahaja muncul dan menghasilkan telur sehingga 4 bulan. Kitaran hidup mengambil masa selama lebih kurang 25 hari dalam keadaan iklim kita. Kerosakan dilakukan oleh kumbang dewasa dan larva yang membesar di dalam bijian.

Kitaran Hidup Kumbang Penggorek Sederhana

Pengawasan Populasi. Kumbang dewasa dan larva pengorek bijian sederhana secara am berselindung di dalam stor memandangkan kebanyakan masanya dihabiskan di dalam bijian. Penapis karung, spear sampling mungkin berguna dalam mengawasi populasinya. 4.3 Kumbang tepung (Tribolium castaneum) Kumbang dewasa berukuran 3-4 mm panjang dan berwarna merah-coklat. Larva memiliki dua urugomfi melengkung yang kuat di bahagian kesembilan abdomen. Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva dan kumbang dewasa memakan berbagaibagai barang keperluan yang tahan lama dan merupakan makhluk perosak bijian sekunder yang penting. Barang keperluan lain yang mungkin diserang oleh kumbang ini termasuk kacang tanah, kacang, rempah, kopi, buah-buahan kering, makanan haiwan (anjing, kucing, ayam, burung). Seperti kebanyakan kumbang di tempat penyimpanan, kumbang tepung boleh menembusi jauh ke dalam barang keperluan. Kumbang betina mungkin mengawan banyak kali dan berturutan, sepanjang hayatnya dan menghasilkan telur yang melekit dalam makanan. Dalam keadaan optima pembesaran dari peringkat telur ke kumbang dewasa mungkin hanya mengambil masa 20 hari. Penyebaran yang berjaya adalah menerusi kaedah terbang dan tidak bergantung kepada pergerakan produk makanan manusia. Pada lewat tengah hari banyak yang terbang dari permukaan karung yang diserang. Dalam serangan hebat ke atas produk simpanan, wujud satu imbangan antara yang meninggalkan timbunan

dan yang kembali semula ke timbunan; satu peratusan kecil populasi akan sentiasa berada di struktur stor. Penjajahan seterusnya ke atas produk simpanan yang baru, yang telahpun dijajah oleh serangga lain, dimudahkan dengan keupayaan kumbang tepung untuk memakan berbagai-bagai makanan dan kejayaannya sebagai pesaing adalah disebabkan oleh kadar pembiakan yang tinggi dan sifat pemangsanya. Pengawasan Populasi Pengawasan populasi kumbang tepung boleh dilakukan dengan menggunakan bahan lekit, karung, rekahan, perangkap terbang atau sedut. Perangkap feromon boleh juga digunakan jika ada.

4.4

Kumbang stor dadah, kumbang biskut (Stegobium paniceum) Kumbang dewasa: adalah kecil lebih kurang 2 3.5 mm panjang, berbentuk silinder, kumbang coklat muda ini menyerupai kumbang rokok kecuali elitranya berjalur (alur) dan 3 bahagian akhir sesungut besar membentuk suatu belantan yang longgar. Larvanya berwarna putih. Sejarah Hidup dan Tabiat. Dari peringkat telur sehingga dewasa mengambil masa lebih kurang 40 hari. Kumbang dewasa hidup lebih kurang 13 65 hari. Kumbang dewasa ialah penerbang yang aktif, terutamanya pada waktu tengah hari dan petang antara 5 10 malam. Status Makhluk Perosak. Telah dicatatkan ke atas pelbagai barang keperluan dan sering merupakan masalah kepada barangan yang diproses seperti coklat, konfeksi dan biskut. Ia juga terdapat pada herba dan rempah kering dan sebab itu ia dipanggil kumbang stor dadah Pengawasan Populasi. Penapisan dan pensampelan.

4.5

Kumbang rokok, kumbang tembakau(Lasioderma serricorne. ) Kumbang dewasa berbentuk bulat, 2 2.5 mm panjang, berwarna coklat muda ke coklat kemerah-merahan. Elitra lembut, tanpa seta (bulu). Sesungut berukuran lebih kurang separuh dari panjang badan dan berserat (seperti gergaji). Larvanya berwarna putih. Sejarah Hidup dan Tabiat. Telur dihasilkan berurai di atas barang keperluan. Setiap kumbang betina boleh menghasilkan sehingga 110 telur. Semasa menetas, larva adalah aktif dan akan bergerak sekelilingnya atau mengorek ke dalam barang keperluan sambil makan. Ia akan bergerak jauh ke dalam barang keperluan yang dibungkus longgar dibandingkan dengan yang dibungkus ketat. Sebelum menjadi pupa, larva akan membuat sel yang mengandungi cebisan makanan dan bahan-bahan buangan. Dalam keadaan biasa, peringkat pupa mengambil masa lebih kurang 9 hari. Ia mengambil lebih kurang 25 hari dari peringkat telur sehingga dewasa.

Kumbang dewasa hidup selama 2 6 minggu dan tidak makan. Kumbang dewasa juga merupakan penerbang aktif, terutamanya pada waktu tengah hari dan petang di antara 5 10 malam. Status Makhluk Perosak. Kumbang rokok merupakan makhluk perosak paling serius bagi barang keperluan simpanan yang bernilai tinggi seperti produk tembakau dan makanan yang diproses seperti serbuk koko. Lubang yang dikorek sepanjang produk dan sel-sel pupa yang terdapat di dalamnya merupakan bentuk kerosakan yang mudah dilihat. Ia juga makhluk perosak kecil ke atas pelbagai barang keperluan termasuk kek minyak, oilseed, bijirin, produk bijirin, halia kering, rempah, buah-buahan kering, tepung sagu dan sesetengah produk haiwan. Hanya larva yang makan. Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi kumbang rokok boleh dijalankan dengan menggunakan perangkap feromon. 4.6 Kumbang bijian pipih, kumbang bijian merah-karat (Cryptolestes spp) Kumbang dewasa dari spesies ini berciri pipih, panjang tirus dan secara umum berukuran di antara 1.5 2.5 mm panjang dan berwarna coklat-merah. Sesungut biasanya agak panjang, kadang-kadang hampir separuh panjang badan. Kepala dan protoraks sangat jelas and merupakan separuh daripada ukuran badan. Kumbang dewasa berjalan dengan ciri gerakan bergoyang. Sejarah Hidup dan Tabiat. Bertelur hingga 200 biji bagi setiap kumbang betina yang dihasilkan di atas atau di kalangan produk yang diserang. Kerosakan ringan disebabkan pengendalian akan memberi peluang kepada larva yang sangat kecil untuk memasuki bijian yang boleh membawa kepada serangan tanpa memerlukan sebarang kerosakan bijian oleh serangga lain. Dalam keadaan optima kitaran hidup ialah kira-kira 23 hari. Kumbang-kumbang ini kadang-kadang tidak kelihatan di dalam stor disebabkan terlalu kecil dan boleh bersembunyi di dalam rekahan kecil dan di dalam kelim karung. Kumbang dewasa bersayap dan boleh terbang. Status Makhluk Perosak. Kumbang bijian pipih ini merupakan makhluk perosak sekunder yang penting yang menyerang bijian, kacang, kek minyak, kurma, buah-buahan kering dan lain-lain barang keperluan, yang sering kali menyusuli serangan oleh serangga-serangga lain seperti rama-rama dan kumbang belalai. Kedua-dua kumbang dewasa dan larva menyebabkan kerosakan terhadap produk simpanan. Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi kumbang tepung boleh dilakukan dengan menggunakan bahan perekat, karung, rekahan, perangkap terbang dan sedutan. Perangkap feromon juga boleh digunakan.

4.7

Kumbang bijian bergigi-gergaji (Oryzaephilus surinamensis ), Kumbang bijian dagang (Oryzaephilus mercator) Kumbang dewasa kedua-dua spesies ini merupakan kumbang kurus berwarna coklat gelap berukuran kira-kira 3 mm panjang. Sesungut agak pendek dan berbentuk belantan. Protoraks mempunyai enam gigi seperti unjuran di setiap belah. Larva berwarna putih, panjang tirus, agak leper dan lebih kurang 4 5 mm. Panjang apabila benar-benar matang. Sejarah Hidup dan Tabiat Telur dihasilkan berurai di atas barang makanan dan sehingga 370 telur dihasilkan oleh setiap individu. Larva memakan di antara timbunan produk. Semasa menyerang bijian, larva memasuki saluran yang rosak dan pecah untuk memakan germa. Pada kelapa kering, larva cenderung memakan hampir dengan kulit luar. Kitaran hidup mengambil kira-kira 20 hari. Kumbang dewasa bersayap tetapi jarang-jarang terbang. Mereka cenderung bergerak dari makanan ke dalam rekahan, saluran dan ruangan bumbung membuatkan sukar untuk membasminya.

4.8

Kumbang kafra (Trogoderma granarium) Dipercayai bahawa kumbang kafra berasal dari India. Kumbang dewasa berbentuk bujur; beza saiz dari 2 3 mm, kumbang betina lebih besar daripada jantan, berwarna coklat gelap berbelak-belak hitam. Permukaan dorsal dilitupi sedikit dengan bulu-bulu halus (spesimen yang mati adalah tidak berbulu menyebabkan ia kelihatan bersinar). Larva berbulu lebat, dan terdapat dua unjuran ke belakang seperti ekor. benar-benar matang, larva berukuran kira-kira 5 mm. Apabila

Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva kumbang kafra adalah makhluk perosak bijian, bijirin dan kekacang yang sangat serius. Kumbang dewasa walaupun mempunyai sayap, tidak boleh terbang dan tidak makan. Sebenarnya larvalah yang mendatangkan kebanyakan kerosakan kepada barang-barang keperluan. Tanpa makanan, larva diapaus boleh hidup sehingga 9 bulan. Dengan demikian untuk mengelakkan sepenuhnya serangan adalah sukar. Perlu diingat bahawa dalam keadaan ini, larva sangat tahan atau mempunyai toleransi yang tinggi terhadap racun serangga atau bahan pewasap. Pupa biasanya muncul di dalam kulit acuan terakhir. Ia mengambil lebih kurang satu bulan untuk menyempurnakan satu kitaran.

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi kumbang kafra dilakukan dengan menggunakan krevis, pit-fall perangkap krevis dan feromon.

4.9

Kumbang kulat hitam (Alphitobius diaprinus) Kumbang dewasa berwarna coklat-kemerah-kemerahan, 5.5 - 7 mm panjang dan agak lebar dengan sisi yang kurang selari. Bahagian abdomen larva yang ke-9 berakhir di satu tempat yang jelas, iaitu bukannya sepasang urogomfi. Sejarah Hidup dan Tabiat Kumbang kulat hitam akan memakan bijian, produk bijirin dan makanan haiwan, terutama jika yang lembap dan bercendawan sedikit. Dalam keadaan penyimpanan yang baik ia merupakan makhluk perosak yang kurang penting. Kehadirannya mungkin menunjukkan masalah lembapan di dalam barang keperluan atau secara am kurangnya perhatian tentang pelupusan sisa bijian yang lembap (sanitasi). Keadaan lebih serius bagi sampah dalaman di ladang ayam itik di mana ia mungkin merebakkan kuman unggas (ayam) dan sesetengah patogen manusia seperti Salmonella. Pengawasan Populasi . Pengawasan populasi bagi kumbang tepung boleh dilakukan dengan bahan perekat, karung, kervis dan perangkap sedutan.

4.10

Kumbang biji kopi (Araecerus fasciculatus) Kumbang dewasa biji kopi agak besar dengan ukuran lebih kurang 3 5 mm panjang. Warna asasnya coklat gelap atau coklat-kelabu dan protoraks dan elitra mempunyai banyak tompok-tompok seta (bulu) berwarna cerah yang kelihatan berbelak-belak. Elitra agak lebih pendek daripada abdomen, biasanya satu segmen abdomen terdedah. Tiga bahagian hujung sesungut adalah lebih panjang daripada lain-lain bahagian. Sejarah Hidup dan Tabiat. Pada biji-biji kopi yang disimpan, setiap kumbang betina menghasilkan kira-kira 50 telur, dan kitaran hidup mengambil lebih kurang 45 60 hari dalam iklim panas. Kumbang dewasa mungkin hidup lebih daripada 17 minggu. Kumbang dewasa merupakan penerbang yang aktif. Status Makhluk Perosak. merupakan makhluk perosak kopi yang disimpan yang diketahui umum. Walau bagaimanapun ia juga menyerang koko dan buah pala. Juga akan menyerang jagung di dalam stor. Kumbang biji kopi juga dikatakan menyerang kacang tanah, ubi kayu, kacang Brazil, berbagai oilseed dan kek minyak, rempah, akar, makanan yang diproses dan banyak lagi produk simpanan. Pada kopi, ia boleh menyerang biji-biji kopi yang masih berada di ladang. Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi kumbang biji kopi boleh dilakukan dengan menggunakan bahan perekat, karung, kervis, perangkap terbang dan sedutan. Perangkap feromon boleh juga digunakan, jika ada.

4.11

Kumbang cairan Jagung (Carpophilus spp. ) Kumbang dewasa berbentuk ovat pipih sehingga bujur dan berukuran 2 - 5 mm panjang. Kumbang ini yang terdapat pada produk simpanan, mempunyai elitra pendek yang menyebabkan dua atau tiga segmen abdomennya terdedah. Kumbang ini berwarna coklat muda ke hitam, banyak spesies mempunyai tanda-tanda kuning atau merah pada elitra. Sejarah Hidup dan Tabiat. Dalam keadaan yang baik telur akan menetas di antara 2-3 hari. Larva memakan produk simpanan dan mana-mana bijian di mana adanya kulapuk dan hidup selama 6-14 hari. Pupa terbentuk di dalam barang keperluan atau di atas permukaan karung dan wujud selama 511 hari. Kumbang dewasa merupakan penerbang yang aktif dan boleh terbang hingga 3 km. Kumbang dewasa boleh hidup lebih kurang 3 bulan. Barang keperluan boleh rosak secara luaran atau dalaman. Kumbang cairan jagung boleh menjadi vektor kepada berbagai-bagai kulat dan bakteria pembusukan, dalam penyimpanan dan di ladang. Serangga ini mungkin diproses bersama-sama barang keperluan seperti buah-buahan tin, atau buah-buahan kering yang menyebabkan produk yang tercemar ini ditolak. Pengawasan Populasi. Penapisan produk dan perangkap lekit.

4.12

Kumbang kelapa kering, kumbang ham kaki merah ( Necrobia rufipes) Kumbang kelapa kering berwarna hijau berkilat atau hijau kebiru-biruan dengan bawah sesungut dan kakinya berwarna merah. Berukuran lebih kurang 4.5 mm panjang. Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva dan kumbang kelapa kering dewasa membiak dengan baik di atas kelapa kering yang berkulapuk. Kulapuk tidak mempunyai kesan secara langsung kepada kumbang ini tetapi kedua-dua larva dan dewasa menjadikan serangga-serangga kulat yang tertarik kepada makanan kulapuk sebagai mangsanya. Kumbang kelapa kering nampaknya lebih menggemari pemakanan campuran. Kumbang dewasa merupakan penerbang aktif dan menggigit manusia apabila. Status Makhluk Perosak. Kumbang kelapa kering diketahui umum sebagai makhluk perosak kelapa kering, memakan kelapa kering serta lain-lain serangga yang ada. Ia juga hidup pada isi palma, oilseed, rempah, tulang, ikan kering dan pelbagai produk daging. Pengawasan Populasi. Dilaporkan bahawa kumbang kelapa kering tertarik kepada asid stearik dan palmatik yang dihasilkan oleh kelapa kering reput.

4.13

Rama-rama Angoumois (Sitrotoga cerealella) Sayap depan berwarna coklat kuning tanah pudar (kuning pucat) dan sering mempunyai tompok hitam kecil pada separuh distal, mempunyai bidang 10 18 mm. Sayap belakang dengan jumbai bulu yang panjang, dan runcing tajam di hujung. Sejarah Hidup dan Tabiat Telur dihasilkan satu-satu atau dalam bentuk gumpalan di atas bijian. Setelah menetas, larva mengorek ke dalam bijian. Larva melengkapkan keseluruhan perkembangannya di dalam satu biji benih. Tanda serangan pertama yang kelihatan ialah satu tingkap bulat kecil yang dibuat sebelum peringkat pupa. Kumbang dewasa baru yang muncul menolak keluar melalui tingkap pada selaput biji benih dan meninggalkan lubang kecil berbentuk bulat. Kitaran hidup lengkap boleh mengambil selama 25 hingga 28 hari. Pengawasan Populasi Kumbang dewasa boleh diperangkap dengan menggunakan perangkap lekit berumpankan feromon betina tiruan. Serangan ke atas bijian pukal terhad kepada lapisan paling luar yang terdedah, serangan serius boleh juga berlaku di dalam timbunan karung.

Status Makhluk Perosak Rama-rama ini merupakan makhluk perosak primer bijian bijirin yang sangat penting di kawasan tropika dan kebanyakan kawasan panas. Bijian bijirin, termasuk padi, sering diserang di bendang sebelum tuaian, begitu juga semasa dalam penyimpanan. Rama-rama dewasa merupakan penerbang yang kuat dan serangan-rentas boleh berlaku dengan mudah.

4.14

Rama-rama beras ( Corcyra cephalonica) Sayap depan rama-rama dewasa berwarna kuning pucat pudar yang sama rata, tanpa bintik-bintik tetapi urat-uratnya agak gelap. Rama-rama betina mempunyai peraba labial yang lurus manakala rama-rama jantan mempunyai peraba labial yang kecil atau tiada langsung. Larva secara umumnya berwarna putih pucat kecuali kapsul kepala dan tergait protoraksnya berwarna coklat. Sejarah Hidup dan Tabiat Bertelur di atas makanan. Sarang yang dibentuk oleh larva sangat mudah dikenal pasti. Dalam kes serangan yang hebat bahan makanan digumpalkan rapat dengan webing, kokun, fras dan kumuhan. Kerugian dalam komoditi makanan adalah lebih besar melalui cara ini berbanding dengan kerugian melalui pemakanan larva. Pupa boleh terdapat di dalam barang keperluan, struktur stor atau pada karung. Masa dari peringkat telur sehinga kemunculan dewasa ialah lebih kurang satu bulan. Rama-rama dewasa merupakan nokturnal yang aktif pada waktu senja. Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi rama-rama dewasa dilakukan dengan menggunakan perangkap lekit, ringan atau feromon. Larva boleh ditangkap menggunalan karung perangkap.

4.15

Rama-rama gudang tropika. (Ephestia cautella)

Dewasa

Saiz Warna

15 20 mm ( rentang atau bukaan sayap ) Kelabu, sayap depan coklat kekelabuan dengan corak yang samar-samar 5 20 mm Putih, kadang kala sedikit merah jambu atau kekelabuan Seta ( bulu ) yang tumbuh pada tompoktompok berpigmen coklat gelap

Saiz Larva Warna Pengecaman

Pengawasan Populasi Pengawasan populasi rama-rama ini dilakukan dengan menggunakan perangkap feromon. Sejarah Hidup: Julat suhu: Suhu optimum: Julat kelembapan relatif: Kelembapan relatif optimum: Bertelur: Kitaran hidup: 10 33 C 30OC min hampir 0 % 40 75 % 200 500 setiap betina 30 hari dalam keadaan optimum
O

Kerosakan: Larva hadir sebagai makhluk perosak primer dalam pelbagai jenis barangan keperluan, terutamanya tepung bijirin dan produk yang dikilang, dan juga dalam bijian sebiji-sebiji, memakan terutamanya germa. Webing dan fras yang terhasil dalam produk yang diserang merupakan faktor pengganggu.

4.16

Rama-rama makanan India ( Plodia interpunctella) Rama-rama dewasa berukuran lebih kurang 14 20 mm (rentang sayap), pangkal ketiga sayap depan berwarna krim, bahagian lain sayap berwarna tembaga dengan bintik-bintik kelabu. Larva berukuran sehingga 17 mm panjang. Warna larva ialah kuning-putih, kadang-kadang kemerah-merahan atau kehijau-hijauan. Telur mengambil masa lebih kurang 27 hari untuk menjadi dewasa. Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva ialah makhluk perosak primer bijian bijirin dan tepung, kacang tanah dan buah-buahan kering. Webing dan fras dihasilkan di dalam barang keperluan yang diserang Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi rama-rama makanan India ialah melalui perangkap feromon.

5.0

LANGKAH_LANGKAH KAWALAN 5.1 Kawalan Makhluk Perosak Menggunakan Racun Serangga. Langkah kuratif yang paling penting dalam kawalan makhluk perosak produk simpanan ialah menggunakan bahan kimia. Jenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawal serangga dalam industri bijian bijirin dan industri pemprosesan bijian tergolong dalam dua kelas: racun serangga sentuh dan bahan pewasap. Racun serangga sentuh membunuh serangga yang menyentuh permukaan atau ruang udara yang dirawat. Bahan ini biasanya digunakan terhadap serangga-serangga yang merayap atau terbang dalam ruang terbuka atau permukaan struktur mesin pengangkat bijian, kilang tepung dan makanan, dan gudang. Sesetengah racun serangga yang mempunyai ketoksikan rendah terhadap mamalia boleh dicampurkan dengan bijian yang disimpan untuk melindunginya daripada serangga makhluk perosak atau untuk mengawal serangan yang sedia ada. Mengawal Makhluk Perosak Barangan Simpanan Menggunakan Bahan Pewasap Sebab utama dalam menggunakan bahan pewasap ialah kemampuannya mengawal serangga dewasa, pupa, larva dan telur di dalam barangan simpanan. Jika digunakan dengan betul bahan pewasap memang berkesan. Molekul-molekul gas yang kecil boleh menembusi dengan mudah timbunan besar bijian terus ke dalam setiap bijian, sampai kepada dan membunuh semua peringkat perkembangan makhluk perosak. Terdapat dua bahan pewasap utama yang digunakan dalam kawalan makhluk perosak produk simpanan. Dua bahan ini ialah fosfin dan metil bromida (gas ini tidak lagi disyorkan penggunaannya kerana ia memusnahkan lapisan ozon).

5.2

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Semut Dr. Lee Chow Yang Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia.

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan 1 jam (60 minit) Pengenalan Biologi umum Kepentingan Pengesanan & pengawasan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 10 minit 5 minit 10 minit 15 minit 10 minit 5 minit

Spesien biasa dan pengenalpastian

SEMUT

1.0

OBJEKTIF Untuk memberi pemahaman tentang pentingnya semut dari segi perubatan dan ekonomi, biologinya dan kaedah mengawalnya menerusi pengurusan makhluk perosak yang bersepadu.

2.0

PENGENALAN Semut adalah serangga sosial yang hidup berkoloni. Satu hasil kajian tentang serangga rumah yang dijalankan di Malaysia menunjukkan bahawa semut rumah ialah makhluk perosak rumah yang paling penting selepas nyamuk dan lipas.

3.0

BIOLOGI UMUM 1. Terdapat tiga bahagian badan pada seekor semut: kepala, toraks dan abdomen. Bahagian kepala terdiri daripada mata dan sesungut. Pada bahagian toraks, ada tiga pasang kaki dan dua pasang kepak (dalam peringkat pembiakan sahaja). Di antara bahagian toraks dan abdomen, terdapat satu atau dua nodus (bergantung kepada spesies). Gaster, sengat dan nodus ialah komponen bagi bahagian abdomen. Semut mengalami metamorfosis yang lengkap. Ini bermakna terdapat empat peringkat yang ketara dalam perkembangannya (telur larva kepompong dewasa). Telur-telurnya amat halus dan berwarna putih (Rajah 1). Larvanya mudah rosak dan tanpa kaki dan memerlukan perhatian khusus daripada semut pekerja (Rajah 2). Kepompong menyerupai dewasa, kecuali ia tidak boleh bergerak, lembut dan berwarna putih (Rajah 3). Ants live in colonies and maintain a caste system. Semut hidup berkoloni dan mengekalkan sistem kasta. Setiap koloni mengandungi 2 jenis individu: (1) Pembiakan permaisuri, jantan. (2) Bukan pembiakan pekerja dan yang belum matang. Bergantung kepada spesies, mungkin terdapat lebih daripada satu jenis semut pekerja (Rajah 4). Pembahagian kerja adalah penting untuk koloni tersebut meneruskan kehidupan. Semut permaisuri merupakan mesin penghasil telur sementara semut pekerja pada asasnya ialah mesin pekerja. Kasta pekerja ialah kasta yang biasa dilihat oleh manusia. Ia merupakan semut-semut betina atau anak-anak betina yang mandul bagi semut permaisuri dan kumpulan pekerja bagi suatu koloni. Tugasnya adalah daripada mencari makanan, memberi makan kepada semut tidak matang, mempertahankan sarang hinggalah kepada membersihkan sisa-sisa yang terdapat dalam sarang. Kebanyakan spesies semut rumah mempunyai satu saiz semut pekerja sahaja. Beberapa spesies yang lain mempunyai dua atau tiga saiz semut pekerja. Semut permaisuri merupakan individu terbesar dalam koloni. Fungsi utamanya cuma menghasilkan telur sahaja, serta menjaga kelompok pertama telur-telurnya semasa pewujudan koloni baru. Kebanyakan spesies semut rumah mempunyai banyak permaisuri bagi setiap sarang.

2. 3. 4.

5.

6.

7.

8. 9. 10.

Rajah 1: Telur-telur semut Firaun (M. pharaonis) (Gambar foto oleh Julie Na)

Rajah 2: Peringkat berbeza larva semut Firaun (M. pharaonis) (Gambar foto oleh Julie Na)

Rajah 3: Kepompong seekor semut Firaun. (Gambar foto oleh Julie Na)

Rajah 4: Seekor pekerja semut Firaun (Gambar foto oleh Julie Na)

11.

Semut-semut jantan sememangnya wujud untuk mengawan. Ia memiliki kepak. Aktiviti mengawan biasanya berlaku di dalam sarang atau di luar sarang (tanah atau udara). Kebanyakan semut jantan mati selepas mengawan. Semut berkomunikasi secara kimia menerusi feromon. Feromon biasanya ditinggalkan di atas permukaan yang dilalui. Feromon yang berbeza dirembeskan untuk tujuan yang berbeza. Spesies semut yang berbeza mempunyai pilihan makanan yang berbeza. Pilihan makanan juga berbeza dengan keadaan perkembangan koloni tersebut. Semut pekerja mencari makanan dan air. Makanan berbentuk cecair dan air akan diinges sehingga bahagian abdomennya mengembung, sementara makanan pejal akan dibawa balik ke koloni. Makanan pejal akan diberikan kepada larva untuk dimakan dan larva pula kemudiannya akan memuntahkan kembali makanan yang dihadam tadi kepada semut pekerja. Makanan itu kemudiannya dimuntahkan sekali lagi oleh semut pekerja kepada semut-semut pekerja, permaisuri dan semut jantan yang lain. Proses bertukar-tukar makanan ini dinamakan TROFALAKSIS.

12.

13. 14.

4.0

KENAPA SEMUT DIANGGAP PEROSAK? 1. Kebanyakan semut rumah ialah makhluk perosak yang mengganggu. Apabila semut dilihat atau didapati ada di dalam makanan dan minuman, ia boleh menimbulkan rasa jengkel kepada kebanyakan orang. Tambahan pula, semut-semut yang bergerak secara berkumpulan, yang mungkin berlaku di dalam premis-premis, juga boleh menimbulkan gangguan.

2. Sesetengah spesies yang lain memiliki ciri-ciri yang penting kepada bidang perubatan (contohnya semut api) sebab ia memiliki sengat yang boleh menyebabkan pustul dan lepuh. 3. Namun, semut juga berupaya menjadi vektor mekanikal kepada penyakit manusia. Sebagai pengaut yang merayau-rayau mencari makanan di dapur dan di tempat-tempat lain yang terdapat makanan, dan juga bekas-bekas sampah, lantai yang kotor, dsb., ia berkemungkinan besar boleh menjangkitkan organisma patogen kepada manusia. 5.0 SPESIES BIASA SEMUT PEROSAK DI MALAYSIA Sejumlah 23 spesies semut perosak telah didapati hidup di dalam dan di sekitar struktur-struktur kediaman dan bangunan di rantau ini. Spesies-spesies semut perosak yang paling penting di Malaysia ialah: a. Semut firaun. b. Semut hantu (Rajah 7). c. Semut gila (Rajah 5).

d. Semut berkepala besar. e. Semut api (Rajah 6). 5.1 Semua Firaun. Ia adalah spesies semut kecil yang berbeza-beza warnanya dari kuning hingga perang kemerah-merahan. Ia didapati merata dengan meluas di seluruh negara dan mudah ditemui di kebanyakan persekitaran bandar. Koloni biasanya berpecah-pecah dan berselerak secara meluas di seluruh suatu struktur. Sarang biasanya terletak dalam bangunan di belakang dinding, dan di dalam perabot, serta luar bangunan di taman. Semut Berkepala Besar. Semut ini biasanya ditemui di dalam rumah-rumah di bandar atau pinggir bandar di Malaysia. Ada dua jenis bentuk semut pekerja, besar dan kecil. Pekerja yang besar boleh dibezakan dengan yang kecil, kerana ia memiliki kepala yang jelas lebih besar. Ia berwarna kuning kemerahan hingga perang muda dan sering ditemui di kawasan dapur.

5.2

Rajah 5: Semut gila (Paratrechina longicornis) (gambar foto oleh Julie Na).

Rajah 6: Semut api (Solenopsis sp.) (gambar foto oleh Julie Na)

Rajah 7: Semut hantu (Tapinoma melanocephalum) (gambar foto oleh Julie Na).

5.3

Semut Hantu. Semut hantu menghasilkan bau yang busuk apabila dipenyek. Sarang dibina di atas tanah di sekitar struktur di bawah batu dan di permukaan papan, dan di dalam bangunan pula sarang dibina di dalam rekahan dan retakan. Di dalam struktur, ia sering ditemui di sekitar kawasan sinki dan dapur yang lembap. Ia gemar memakan bahan makanan yang berasaskan gula. Semut Gila. Spesies ini mudah dikenali menerusi kakinya yang amat panjang dan sesungutnya yang panjang, serta tabiat berjalan yang tidak menentu dan tidak teratur. Sarang semut-semut ini mungkin terletak di tempat-tempat kering di dalam bangunan dan tempat-tempat basah di luar bangunan. Semut Api. Ia adalah penimbun tanah yang selalu dapat ditemui di kawasan terbuka. Timbunan tanah itu tidak sekata ketinggiannya dan berbentuk kawah. Setiap timbunan tanah biasanya mempunyai beberapa terowong di bawah permukaannya dan menganjur sehingga menjauhi sarang tersebut. Semut-semut pekerja mempertahankan koloni tersebut secara agresif sekiranya diganggu, dan akan menyengat dan menggigit orang dan haiwan peliharaan.

5.4

5.5

6.0

KAWALAN SEMUT Cara terbaik untuk mengawal semut adalah menerusi rawatan terus ke atas koloni semut. Walau bagaimanapun, koloni sukar untuk dikesan kedudukannya. Secara umumnya, terdapat dua kaedah mengawal semut: (1) rawatan terus/sisa racun serangga, (2) mengumpan. Rawatan racun serangga terus ke atas semut-semut yang sedang mencari makanan tidaklah perlu dan tidak akan menghapuskan suatu koloni. Dalam kebanyakan keadaan, koloni semut mesti dikesan dan dihapuskan, kalau tidak semut pekerja yang baru yang datang mencari makanan akan datang semula. Walau bagaimanapun, tugas mengesan satu sarang semut boleh jadi terlalu sukar. Jika rawatan terus/sisa racun serangga diperlukan, racun serangga sisa bukan penghalau (organofosfat) harus digunakan. Piretroid harus dielakkan, kerana ia bersifat menghalau. Jika koloni tersebut diganggu oleh sifat menghalau yang ada pada piretroid, percantuman mungkin berlaku. Pendekatan terbaik untuk mengawal kebanyakan semut perosak (kecuali semut Firaun) adalah dengan mencari dan merawat koloni secara terus. Walau bagaimanapun, sekiranya koloni tersebut tidak dapat dikesan, mengumpan mungkin menjadi pilihan kedua yang terbaik. Menerusi trofalaksis, bahan toksik daripada umpan yang dijadikan makanan kepada semut akan diedarkan dari satu semut ke semut yang lain hinggalah ke seluruh ahli dalam koloni tersebut. Dengan strategi yang sedemikian rupa, penghapusan populasi dapat dicapai. Bagi membolehkan umpan berjaya digunakan, spesies semut yang terlibat perlulah dikenal pasti dengan betul. Bagi mengumpan semut dengan berkesan, umpan haruslah diletakkan sedekat yang boleh dengan koloni semut. Umpan harus ditempatkan di sepanjang pinggir dan sudut memandangkan semut gemar merayap di sepanjang sisi dinding. Semua sumber makanan dan air yang mungkin ada perlu dialihkan dan ia tidak harus diletakkan di atas permukaan yang dirawat dengan racun serangga. Juga disarankan agar satu umpan ditukarkan dengan umpan yang lain dari masa ke masa.

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

Tikus dan Mencit Dr Chia Tio Huat Syngenta Crop Protection Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan 45 minit Pengenalan Biologi dan Tabiat Kepentingan Pengesanan & pengawasan Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 5 minit 5 minit 10 minit 10 minit 5 minit 5 minit

Spesies biasa dan pengenalpastian

TIKUS DAN MENCIT

1.0

OBJEKTIF Bertujuan memberikan kefahaman tentang kepentingan tikus dan mencit dari segi perubatan dan ekonomi, biologinya dan kaedah-kaedah untuk mengawal makhluk perosak melalui pengurusan bersepadu.

2.0

PENGENALAN 1. 2. Tikus (Norway) perang, mencit rumah dan tikus rumah dikenali sebagai roden komensal. Roden-roden ini yang selalunya dikaitkan dengan manusia. Di Malaysia, tikus Norway dan tikus rumah biasa ditemui. Mencit rumah bukanlah makhluk perosak utama. Kadang kala kita boleh menemui tikus kesturi rumah (Suncus murinus).

3.0

BIOLOGI RODEN KOMENSAL 1. 2. 3. Tikus dan mencit bersofat ganas dan boleh menyesuaikan diri dengan semua iklim. Ia membiak sepanjang tahun. Tikus dan mencit adalah buta warna, tetapi mempunyai deria bau dan rasa yang kuat. Dalam keadaan biasa, tikus dan mencit matang dari segi seksual pada usia 2 - 3 bulan. Pada puratanya, yang betina boleh melahirkan 4 - 7 anak pada satu masa. Boleh melahirkan sehingga 10 perinduk setiap tahun. Kitaran hidup tikus dan mencit adalah agak sama, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

4.

5 - 9 minggu

Rajah 1: Kitaran hidup biasa bagi tikus dan mencit

4.0

SPESIES TIKUS YANG BIASA DI MALAYSIA 1. 2. Ada 3 spesies tikus yang boleh ditemui di dalam dan di sekitar bangunan-bangunan dan rumah-rumah di Malaysia. Tikus rumah yang paling biasas ialah tikus Rumah Malaysia (Rattus rattus diardii) that yang ada di semua premis. Tikus Norway (Rattus norvegicus) biasanya ditemui di sepanjang tebing sungai, kawasan tepi pantai dan di bandar pelabuhan. Di kampung, tikus Polinesia yang kecil Rattus exulans juga boleh ditemui. Beberapa keterangan tentang spesies biasa diberikan dalam Jadual Table 1. Jadual 1. Ciri-ciri 3 spesies roden yang biasa. TIKUS NORWAY (Rattus norvegicus) TIKUS RUMAH (Rattus rattus diardii) Licin berkilat, cantik, lebih kecil daripada tikus Norway 200 gm MENCIT RUMAH (Mus musculus) Kecil, tirus

3.

BADAN

Besar, montok

SAIZ DEWASA Purata berat MUNCUNG TELINGA

300 gm

15 gm

Tidak tajam Kecil, pendek Kecil Gelap di atas, pucat di bawah Kasar, berjumbai-jumbai. Bahagian atas berwarna perang dengan beberapa tompokan hitam. Bahagian bawah kelabu hingga kuning/putih. Lemah, rabun warna dilitupi bulu-bulu

Runcing Besar, hampirhampir tidak berbulu Besar, menonjol Gelap sekata Kelabu hingga hitam, lebih licin dan lebih lembut

Runcing Besar

MATA EKOR BULU

Kecil Kecil gelap sekata Perang muda kelabu muda hingga hitam

DERIA Lihat

Lemah, rabun warna

Lemah, warna Sangat baik

rabun

Bau, rasa, dengar, sentuh MAKANAN

Sangat baik

Sangat baik

Omnivor, makan lebih banyak daging daripada tikus bumbung, 28 gm/sehari Air yang ada di mana-mana atau makanan dengan kandungan air yang tinggi Malu, takutkan objek baru

Omnivor, terutamanya buahan dan bijian, 28 gm/sehari Sama dengan tikus Norway Malu, takutkan objek baru

Lebih menyukai bijirin, 3 gm/sehari

AIR

Biasanya daripada makanan Mengerit, kurang takutkan objek baru

TABIAT MAKAN

TIKUS NORWAY (Rattus norvegicus) KEBOLEHAN MEMANJAT SARANG Boleh memanjat, begitu pantas Kebanyakannya dalam tanah tidak lubang

TIKUS RUMAH (Rattus rattus diardii) Pantas, yang aktif pemanjat

MENCIT RUMAH (Mus musculus) Pemanjat cekap yang

Kebanyakannya tembok, loteng

Penyendiri, biasanya di antara bahan-bahan yang disimpan, tetapi akan mendiami lubang dalam tanah Boleh berenang

KEBOLEHAN BERENANG JANGKA HAYAT KEMATANGAN

Perenang yang cekap

Boleh berenang, tidak sukakan air 9 - 12 bulan 2 - 3 bulan

9 - 12 bulan 2 - 3 bulan

9 - 12 bulan 1 bulan

5.0

MENGAPA RODEN DIANGGAP SEBAGAI MAKHLUK PEROSAK ? 1. 2. 3. 4. Tikus dan mencit adalah pembawa berbagai-bagai penyakit manusia dan ternakan. Penyakit yang paling utama ialah hawar, The most important diseases are plaque, leptospiosis (paling meluas), and Salmonelosis (keracunan makanan). Roden ini merosakkan harta benda dengan menggerogot barangan kayu dan struktur lain bangunan. Ia juga menggigit dawai elektrik dan menyebabkan kebakaran. Tikus dan mencit merupakan makhluk perosak pertanian yang memakan pokok-pokok padi, jagung dan banyak lagi pokok lain. Di tempat-tempat haiwan ternakan dipelihara atau makanan disimpan, roden ini merebakkan penyakit dan mencemarkan makanan dengan air kencing, najis dan bulunya.

6.0

PENGESANAN DAN PENGAWASAN 1. 2. Kehadiran aktiviti tikus boleh dikesan dengan mudah. Dengan pemeriksaan rapi, ia dapat dikesan dengan kehadiran najis tikus, With close inspection, this can be detected with the present of rat droppings, permukaan laluan yang berminyak atau dengan perangkap.

3.

Perangkap boleh dilakukan dengan perangkap melekit atau perangkap 'live-drop-door'.

7.0

KAEDAH KAWALAN RODEN 1. 2. 3. 4. Strategi kawalan tikus yang paling berkesan dan utama bergantung pada standard sanitasi yang tinggi di dalam dan di sekitar premis. Sekiranya makanan, air dan tempat perlindungan tidak didapati, tikus atau mencit tidak akan muncul. Kedua-dua kaedah kawalan bukan kimia dan kimia boleh digunakan. Di kawasan-kawasan sensitif eperti hospital dan pusat penyediaan makanan, kaedah kawalan mekanikal iaitu papan perekat, perangkap dan pengkalisan roden (rodent proofing) adalah disyorkan. Kawalan kimia adalah cara yang paling berkesan untuk menghapuskan satu populasi yang telah lama wujud. Kebanyakan racun roden diformulasi sebagai umpan beracun; walaupun sesetengah campuran boleh didapati dalam bentuk cecair, serbuk sentuh dan gas beracun. Racun roden pengantikental seperti warfarin dan brodifakum adalah disyorkan disebabkan oleh ciri-cirinya seperti: 8. Tidak timbul masalah menolak umpan Lebih selamat kepada pengguna Mempunyai antidot spesifik dalam vitamin K1

5. 6. 7.

Langkah berjaga-jaga semasa pengendalian, terutamanya semasa menggunakan racun roden mesti benar-benar dipatuhi. Racun roden perlu sentiasa diletakkan di kawasankawasan yang tidak begitu mendatangkan bahaya kepada makhluk bukan sasaran serta bahaya pencemaran makanan atau persekitaran. Semua umpan mesti diletakkan di dalam bekas yang selamat.

8.0

KETAHANAN TERHADAP RACUN RODEN 1. 2. 3. Ketahanan terhadap warfarin dalam tikus Norway rat telah dilaporkan sejak tahun 1960an. Ketahanan terhadap pengantikental dalam tikus Rumah dan tikus kayu (kedua-duanya di ladang kelapa sawit) telah dilaporkan pada tahun 1980 di Malaysia. Ia telah disifatkan sebagai 'satu kerugian besar dari segi keberkesanan dalam keadaan praktikal di mana pengantikental telah diaplikasikan dengan betul, kerugian dari segi keberkesanan adalah disebabkan oleh kehadiran jenis roden yang mewarisi sifat kurang peka terhadap pengaktikental'. Tikus Rumah Malaysian Rattus rattus diardii secara semula jadinya kurang alah terhadap warfarin. Dengan itu penggunaan pengantikental generasi kedua seperti brodifakum adalah disyorkan.

4.

Bahagian E: PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK

RUMPAI Chan Yeng Wai Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian Malaysia.

Panduan Mengajar Jumlah masa yang diperuntukkan 45 minit Pengenalan Biologi Kepentingan Pengenalpastian spesies biasa Langkah-langkah kawalan Kuiz 5 minit 5 minit

10 minit 10 minit 10 minit 5 minit

RUMPAI
1.0 OBJEKTIF Untuk memberi pemahaman asas tentang biologi yang berkaitan dengan rumpai dalam usaha untuk mengawalnya terutamanya di kawasan-kawasan bandar. 2.0 PENGENALAN Pada amnya, tumbuhan yang tumbuh di tanah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan tumbuhan berguna, dan tumbuhan tidak berguna. Tumbuhan berguna bermanfaat kepada manusia, seperti tanaman yang ditanam untuk makanan, ataupun tumbuhan lain yang membantu mencantikkan kawasan atau lain-lain tujuan. Tumbuhan yang tidak berguna dianggap sebagai rumpai. Sesetengah rumpai boleh membahayakan, seperti yang mempunyai duri yang boleh melukakan kita.

Tumbuhan berguna - Baik

Rumpai Tidak baik

3.0

MENGAPA RUMPAI PENTING? Biasanya orang akan menanam tumbuhan berguna dan membuang tumbuhan yang tidak dikehendaki. Tumbuhan yang berguna boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan, atau boleh menjadikan kawasan menarik dan cantik. Tumbuhan yang tidak berguna disifatkan sebagai pengacau, kerana ia mengambil ruang, menggunakan baja dan air, mungkin juga mempunyai duri atau sap yang beracun, dan menyukarkan kerja di kawasan ia tumbuh. Oleh itu, kita perlu mengetahui atau mampu membezakan antara tumbuhan berguna dan rumpai selain daripada mengetahui bagaimana untuk membantu tumbuhan berguna tumbuh lebih subur serta tidak membenarkan dominasi rumpai..

4.0

BAGAIMANA RUMPAI TUMBUH? Terdapat 2 cara rumpai boleh tumbuh. Satu ialah daripada biji benih, yang datangnya daripada pokok induk. Biji benih ini mungkin jatuh dari pokok tua, ataupun mungkin dibawa angin atau

haiwan dari tempat lain di mana pokok tua tumbuh. Satu lagi cara rumpai tumbuh ialah dari bahagian induk masing-masing. Bahagian-bahagian ini boleh dipotongkan dan akan tumbuh menjadi pokok baru. Pertumbuhan rumpai dari biji benih menjadi pokok, yang berbunga, dan mengeluarkan biji benih baru, dinamakan Kitar Hidup. Satu contoh Kitar Hidup rumpai diberikan di bawah.

Rumpai
Biji benih Pembiakan Vegetatif Bunga

Jantan

Betina

Pendebungaan

Debunga

Ovul

5.0

BAGAIMANA MENGENAL PASTI RUMPAI? Terdapat banyak jenis rumpai yang berbeza. Rumpai-rumpai boleh dikelompokkan bersama, agar kita boleh menguruskannya menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Sesetengah kaedah baik untuk mengawal kumpulan rumpai tertentu, tetapi tidak berkesan untuk mengawal kumpulan lain. Pada amnya, terdapat tiga kumpulan rumpai: 5.1 Rumpai Rumput. Rumpai rumput mempunyai daun yang biasanya panjang dan halus, dan mempunyai urat sepanjang daun. Batangnya biasanya bulat dan berongga, dan dibahagikan oleh benteng yang dinamakan nodus. Daunnya tumbuh di setiap sisi batang. Rumpai Berdaun Lebar. Rumpai ini biasanya mempunyai daun yang lebih lebar berbanding dengan rumput. Urat-urat pada daunnya menunjukkan corak jejala dan ia biasanya mempunyai bunga yang menarik. Batangnya berbagai-bagai bentuk, daripada bulat hingga bujur dan adakalanya bersegi empat. Rusiga. Rusiga kelihatan betul-betul seperti rumput jika dilihat dari jauh kerana ia mempunyai daun yang kelihatan serupa. Walau bagaimanapun, batangnya lebih padu dan berbentuk segi tiga. Rusiga juga adakalanya dinamakan nutgrasses.

5.2

5.3

Rumpai Rumput

Rumpai Berdaun Lebar

Rumpai Rusiga

Bagi tujuan manual ini, setiap satu daripada tiga kumpulan ini boleh dibahagikan lagi menjadi kumpulan kecil, dinamakan famili. Satu famili terdiri daripada banyak pokok yang mempunyai ciri dan sifat yang sama. Dalam satu Famili, terdapat banyak genus, dan di bawah setiap genus, ada banyak spesies. Jika diikut konteks ini, terdapat 1,365 spesies daripada 139 Famili pokok di Malaysia yang memiliki ciri-ciri rumpai. Daripada semua ini, sebahagian besarnya ialah Poaceae (184 spp.), Cyperaceae (89 spp.), Fabaceae (83 spp.), Rubiaceae (70 spp.), Gesneriaceae (51 spp.), Melastomaceae (46 spp.), Araceae (42 spp.), Asteraceae (35 spp.), and Acanthaceae (33 spp.). 6.0 BAGAIMANA MENGAWAL RUMPAI? Terdapat beberapa kaedah kawalan rumpai. Kaedah yang digunakan bergantung kepada jenis rumpai yang ingin kita kawal, dan juga berapa bersih kita inginkan sesuatu kawasan itu. Adakalanya kita mahukan suatu kawasan itu betul-betul bebas daripada rumpai, misalnya kita mungkin mahu membersihkan sebidang tanah untuk tumbuhan baru. Kadang-kala kita hanya mahu mengurangkan pertumbuhan rumpai, misalnya rumput di tepi jalan. Antara kaedah kawalan rumpai yang berbeza ialah pengawalan mekanikal, persaingan tanaman, pengawalan biologi, pembakaran dan pengawalan kimia. 6.1 Pengawalan Mekanikal. Satu daripada cara pengawalan kimia yang paling mudah ialah dengan mencabut rumpai menggunakan tangan. Sekiranya di kawasan besar, kita boleh gunakan alat, atau kadang-kala mesin untuk memotong rumpai. Satu cara lain pengawalan mekanikal adalah dengan menimbus tumbuhan tersebut menggunakan banyak tanah bagi menutupi rumpai. Kaedah ini paling berkesan bagi rumpai jangka pendek (tahunan) yang mana keseluruhan tumbuhan boleh ditimbus sebelum ia menghasilkan biji benih. Kaedah ini tidak begitu berkesan bagi rumpai jangka panjang (saka), yang mungkin memiliki sistem penyimpanan bawah tanah, yang boleh menyebabkan pertumbuhan semula nanti. Satu lagi keadah pengawalan mekanikal adalah dengan menggembur tanah, umpamanya dengan menggunakan bajak bagi menggali akar-akarnya dan membalikbalikkan tumbuhan tersebut. Cangkul juga boleh digunakan untuk kawasan-kawasan yang kecil. Sikap berhati-hati perlu diamalkan bagi mengelak berlakunya aktiviti penggemburan yang jauh ke dalam tanah, terutamanya jika tidak ingin merosakkan akar-akar tanaman utama. Penggemburan yang dilakukan jauh ke dalam tanah juga boleh menyebabkan biji benih rumpai yang tertanam di bawah tanah di bawa ke permukaan, dan di sini ia akan bercambah. Memotong rumpai dengan menggunakan mesin merupakan satu lagi jenis pengawalan mekanikal. Kaedah ini berkesan untuk rumpai jangka pendek yang tinggi, tetapi kurang berkesan untuk rumpai jangka panjang yang rendah dan hidup menjalar. 6.2 Persaingan tanaman. Pelbagai jenis tumbuhan hidup di kawasan yang sama. Tumbuhan yang lebih kuat akan tumbuh dengan lebih cepat dan meneduhkan tumbuhan yang lebih lemah, menyebabkannya mati kerana kekurangan ruang dan cahaya matahari. Kita boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuhan berguna dengan memberi penjagaan dan pengurusan yang betul, dan tumbuhan ini akan tumbuh dengan lebih cepat daripada rumpai di kawasan yang sama. Menggilirkan tanaman. Menanam tanaman yang berbeza selepas berakhirnya satu musim boleh mengubah kesesuaian kawasan terhadap beberapa jenis rumpai. Ini adalah kerana tanaman yang berbeza memerlukan cara pengurusan yang berbeza, yang boleh menjadikan pesekitaran tidak sesuai untuk sesetengah rumpai.

6.3

6.4

Pengawalan biologi. Rumpai boleh dikawal dengan menggunakan serangga dan haiwan. Pernah berlaku di mana sejenis serangga hanya akan memakan sejenis rumpai, dan dengan memelihara dan melepaskan serangga ini dalam jumlah yang banyak, ia mampu membunuh rumpai di suatu kawasan. Namun, kaedah ini sangat terhad kerana sangat sukar untuk mencari serangga atau haiwan yang sesuai untuk menjayakan tujuan ini pada kos yang rendah. Pembakaran. Rumpai juga boleh dibakar selepas tanaman dituai. Kaedah ini hanya boleh dijalankan di bawah penyeliaan yang rapi dan keadaan yang sesuai. Membakar rumpai boleh dilakukan menggunakan peralatan khas. Pembakaran biasanya lebih berkesan bagi mengawal rumpai tahunan berbanding rumpai saka. Biji benih rumpai yang ada di dalam tanah biasanya tidak musnah menerusi pembakaran. Pengawalan kimia. Penggunaan bahan kimia merupakan jenis pengawalan rumpai yang paling biasa diamalkan. Bahan kimia biasanya murah, berkesan, bertindak pantas, dan memberi pengawalan yang baik ke atas suatu kawasan yang besar.

6.5

6.6

Rujukan Jabatan Pertanian Malaysia (1989). Panduan Mengenali Rumput Rumpai Di Malaysia (i)-(vi), 176pp. Jabatan Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur. Jabatan Pertanian Malaysia (2000). Senarai Rumpai Malaysia (tidak diterbitkan). 23 pp. Seksyen Rumpai, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur. Jabatan Pertanian Malaysia (2001). Panduan Rumpai Malaysia (On CD-ROM). Seksyen Rumpai, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur.

Rumpai Rumput Biasa

Rumput parit/Carpet Grass (Axonopus compressus)

Rumput melela/Para Grass (Brachiaria mutica)

Rumput Lilit Kain/Barbed Grass (Centotheca sp)

Rumput Jejarongan/Plush Grass (Chloris barbata)

Rumput minyak/Bermuda Grass (Cynodon dactylon)

Rumput mesir/Eyptian Finger (Dactyloctenium aegyptium)

Jelamparan/Common crab Grass Rumput padi burung/Birds Rice (Digitaria ciliaris) (Echinochloa colona)

Rumput sambau/Goose Grass (Eleusine indica)

Lalang/Sword Grass Imperata cylindrica

Rumput Kerbau/Buffalo Grass Paspalum conjugatum

Rumput gajah/Napier Grass Pennisetum purpureum

Rumpai Berdaun lebar Biasa

Rumput Tahi Ayam/Chick Weed Ageratum conyzoides

Akar Ruas Ruas/Common Asystasia (Asystasia coromandeliana)

Kancing Baju/Spanish Needle (Bidens pilosa)

Rumput Butang/Broad-leaved Button Weed (Borreria laevis)

Balong Ayam (Celosia argentea)

Maman/Yellow Cleome (Cleome rutidosperma)

Fire weed Erechthites valerianifolia

Ara Tanah/Hairy Spurge (Euphorbia hirta)

Senduduk/Straits Rhododendron (Melastoma malabathricum)

Kemang Gajah/Giant Mimosa (Mimosa pigra)

Timun Padang/Wild Water Lemon (Passiflora foetida)

Common Peperomia (Peperomia pellucida)

Rusiga Biasa

Rumput Ganda/Greater Kyllingia (Cyperus aromaticus)

Rusiga Anak Emas/Umbrella Sedge (Cyperus iria)

Rumput Para Para/Hairy Cyperus/ (Cyperus pilosus)

Rumput Halia Hitam/Nut Grass (Cyperus rotundus)

Rumput Lumut/Ground Chestnut (Eleocharis dulcis)

Rumput Tahi Kerbau/Lesser Fimbristylis (Fimbristylis miliaceae)

Umbrella Grass Fuirena umbellata

Lepironia articulata

Rumput Lidah Angsa/Goose Tongue Sedge Lipocarpha chinensis

Rumput Sendayan/Golden- Back Sedge Rhynochospora corymbosa

Rumput MenderongGreater Club-Rush (Scirpus grossus)

Rumput Sesayang Gajah/Sumatran Scleria (Scleria sumatrensis)

You might also like