You are on page 1of 2

Gigitan Dan Sengatan

Diekstrak daripada site: http://www.drlockie.com/

Bagi gigitan yang menyebabkan tusukan yang dalam lihat Luka/wounds ,Pendarahan teruk, Amputasi , bagi mendapatkan maklumat lanjut. Terdapat dua jenis masalah (kemerbahayaan) akibat gigitan binatang: Tetanus andRabies. Jika anda berada di kawasan di mana rabies adalah endemik, ambilHydrophobinum 30c setiap hari selama 7 hari, diikuti dengan Belladonna 6c dua kali sehari selama 6 bulan. Sebarang gigitan yang menusuk ke dalam kulit harus diperiksa oleh seorang doktor. Gigitan manusia mungkin lebih membahayakan dari segi infeksi berbanding binatang. Tetanus, atau kancing gigi merupakan infeksi yang sangat berbahaya dan boleh memasuki badan menerusi sebarang luka yang kotor. Imunisasi secara ortodoks mesti diulangi setiap 5 tahun. Bagi anda yang belum mendapat suntikan imunisasi sejak 5 tahun yang lalu, elok ambil penawar Hypericum 6csebanyak 3 kali sehari selama 3 minggu sebagai pencegahan. Basuh sebarang luka dengan sediaan Hypericum dan Calendula.

Gigitan dan Sengatan Beracun


Di negara-negara yang beriklim panas khususnya, kala jengking, labah-labah dan ular beracun adalah perkara biasa. Untuk menangkis masalah yang dibawa binatang serupa itu, gunalah sediaan Pyrethrum (10 titik tinktur ibu dalam 0.25 liter (1/2 pt) air suam) kepada bahagian tubuh yang terdedah. Di antara simptom-simptom keracunan adalah pemandangan kabur dan loya, pernafasan sukar, keluar air liur dengan banyak dan perpeluhan, dan kadangkala Kejutan/Shock . Pujuk mangsa dan pastikan dia mendapat rehat. Letakkan juga pek ais di tempat kena gigit. Jika pesakit itu mula hilang kesedaran atau berhenti bernafas, letakkan dia dalam posisi pemulihan atau berikan artificial respiration atau cardiac resuscitation (Pengsan dan Pernafasan ). Hubungi bahagian kecemasan atau bawa pesakit itu ke hospital. Remedi spesifik yang wajar diberikan setiap 5 minit sehingga 6 dos Bila terdapat bengkak-bengkak, memar dan sakit Arnica 30c Pesakit pitam, sukar bernafas, menjadi hipersensitif terhadap udara sejuk Moschus 30c Sekitar gigitan bertukar ungu, darah kehitaman, pesakit rasa melarat selepas tidur (simptom terakhir ini adalah tipikal kepada gigitan tarantula) Lachesis 30c Membengkak dengan semerta dan berdarah di bawah kulit, kulit di sekitar gigitan pudar warna, pesakit pula sensitif dengan pergerakan Crotalus 30c Muntah-muntah, nadi lemah, perlahan, pernafasan pendek, tidak cergas, rasa kepala bagaikan diikat, muka kelihatan sesak serta mulut dan hidung pucat, penciuman sangat tajam Carbolic ac. 30c Sakit kuat, kulit sekitar gigitan meletus macam ruam atau berjalur, pesakit terasa sejuk dan kebas, kedua tangan dan kaki menggeletar Oxalic ac. 30c

Jika pesakit digigit oleh obor-obor Apis 30c Tinktur ibu boleh digunakan terus bagi merawat gigitan serangga. Tinktur ibuPyrethrum adalah baik bagi kebanyakan gigitan dan sengatan. Kalau tidak gunalah ibu larutan Ledum bagi sengatan lebah, Arnica atau Ledum bagi sengatan tebuan, dan campuran ibu larutan Hypericum dan Calendula bagi gigitan agas.

You might also like