You are on page 1of 8

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

KAJ. EKSPLORATIF MEMBINA MODEL PENGUKURAN TAHAP


KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN: UiTM PAHANG

Azmi Bin Salim1, Ahmad Kamal Bin Mohd. Yusop2 and Hisham Md Basir3
1
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Pahang, Lintasan Semarak,
26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang.
E-mail: azmisalim@pahang.uitm.edu.my
2
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Perak, Bandar Seri Iskandar
32600 Bota, Perak.
E-mail: kamal230@perak.uitm.edu.my
3
Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, UiTM Johor, Km 12, Jalan Muar, 85009 Segamat, Johor.
E-mail: hishammb@johor.uitm.edu.my

ABSTRAK

Sorotan literatur mendedahkan pelajar tidak bersedia dengan kemahiran mencari maklumat yang
diperlukan sebelum ke perpustakaan di samping tahap “Celik Maklumat” yang rendah. Professional
pustakawan masih belum mencapai persetujuan mengenai cara untuk menilai tahap celik maklumat itu
sendiri serta tidak kedapatan model empirik atau kerangka konsepsual yang terhasil daripada mana-
mana kajian sebelum ini sebagai asas. Sebagai satu kajian eksplorasi mengenai tahap kemahiran
menggunakan perpustakaan di kalangan pelajar UiTM Pahang, kajian ini memilih untuk menggunakan
kaedah kuantitatif dan mendapati terdapat empat konstruk yang boleh digunakan untuk mengukur
kemahiran perpustakaan iaitu Kemahiran OPAC, Kemahiran Lokasi, Kemahiran Kad Katalog dan
Indeks dan Pembelajaran Kendiri. Kajian mendapati kesemua aspek kecekapan responden di dalam
kajian ini adalah pada tahap sederhana kecuali pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat
serta pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif sahaja yang mempunyai tahap
kemahiran yang memuaskan. Justeru itu, program latihan yang komprehensif, sistematik dan
terancang perlu diadakan untuk membantu pelajar mencapai tahap celik maklumat yang memuaskan.

Keywords: Model Pengukuran (Measurement Model), Kemahiran Menggunakan Perpustakaan,


Structural Equation Modeling (SEM), Kajian Kes

1. PENGENALAN

Perpustakaan merupakan satu tempat yang mampu menawarkan semua jenis media pengajaran dan
pembelajaran penting bagi memberi sokongan optimum kepada program pendidikan. Umum mengetahui
bahawa perpustakaan merupakan tempat untuk mendapatkan bahan rujukan untuk tugasan yang diberi
oleh pensyarah atau mungkin sebagai tempat yang kondusif bagi pelajar untuk menelaah pelajaran
mereka. Namun, adakah mereka ini benar-benar telah bersedia dengan segala kemahiran untuk mencapai
objektif atau matlamat mereka ke perpustakaan tersebut?
Menurut Ming (1999) pada hari ini, perpustakaan dinilai bukan kerana jumlah koleksinya yang banyak,
tetapi ianya bergantung kepada kebolehan perpustakaan tersebut dalam membantu pengguna mendapatkan
maklumat dan bahan yang diperlukan. Apa yang dimaksudkan adalah “Kemahiran Perpustakaan” atau di
dalam banyak penyelidikan Sains Maklumat seperti Snavely dan Cooper (1997), Whelan (2003) dan
White (1992) merujuk kepada frasa “Kemahiran Celik Maklumat” (Information Literacy Skill).
Perdebatan tentang penggunaan frasa-frasa seperti Kemahiran Pustakaan dan Kemahiran Celik
Maklumat serta frasa-frasa lain yang seumpamanya sedang dan mungkin akan terus menjadi topik hangat
Paper number: 7850120
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

dan diperbincangkan oleh pakar-pakar. Kami lebih selesa menggunakan frasa “Kemahiran Perpustakaan”
untuk kajiselidik ini kerana ianya lebih jelas dan mudah difahami oleh semua, lebih-lebih lagi pelajar
UiTM yang menjadi responden bagi kajiselidik ini.

Kuh dan Gonyea (2003) menyatakan bahawa Pustakawan Akademik adalah pihak yang sesuai untuk
memberikan kepimpinan serta mempunyai kepakaran bagi pembangunan “Celik Maklumat”. Walau
bagaimanapun, institusi pengajian tinggi tidak seharusnya berharap mereka ini sahaja yang perlu memikul
tanggungjawab ini. Kajiselidik mendapati ianya memerlukan kerjasama semua untuk melahirkan graduan
yang “Celik Maklumat”.

1.1 Penyataan Masalah

Corak pembelajaran pelajar-pelajar peringkat diploma dan ijazah seharusnya lebih menjurus kepada usaha
dan kreativiti mereka sendiri. Mereka banyak terlibat dengan tugasan-tugasan dan pembentangan. Justeru
itu, perpustakaan menjadi sumber rujukan utama bagi menghasilkan kerja yang terbaik.
Salah satu aspek yang jarang diambil perhatian ialah kemahiran menggunakan perpustakaan itu sendiri.
Ini mengakibatkan pelajar-pelajar banyak membuang masa dalam usaha mereka mencari dan mencapai
maklumat yang diperlukan.
Memandangkan kepada kepentingan kemahiran perpustakaan ini, kajian ilmiah yang sistematik dan
berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kemahiran perpustakaan pelajar di samping
menambahbaikkan perkhidmatan perpustakaan sediaada. Bagi memenuhi tuntutan dan keperluan
penyelidikan tersebut, sudah tentu satu instrumen pengukuran perlu dicipta untuk menilai tahap kemahiran
perpustakaan pelajar.
Kertas ini membincangkan satu kajian kes di UiTM Pahang yang antara lain telah menghasilkan satu
sampel instrumen pengukuran tersebut. Penyelidik berharap instrumen yang dibentangkan ini akan
mendapat maklumbalas sebaiknya daripada para pembaca agar ia dapat ditambahbaik dari masa ke
semasa.

1.2 Objektif Kajian

Persoalan kajian yang akan dijawab di dalam kertas ini adalah seperti berikut:
(i) Apakah model pengukuran yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kemahiran
perpustakaan?
a. Apakah konstruk yang signifikan untuk mengukur tahap kemahiran perpustakaan?
b. Apakah item soal selidik bagi setiap konstruk?
(ii) Apakah model pengukuran tersebut sah (valid) dan boleh digunapakai (applicable)?

1.3 Skop Dan Batasan Kajian

Sampel kajian kes ini adalah pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang. Pelajar-
pelajar dari semua fakulti dan peringkat pengajian yang ditawarkan di UiTM Pahang telah menjadi
responden terhadap kajian ini. Fakulti-fakulti yang terlibat adalah Fakulti Sains Gunaan, Fakulti
Kejuruteraan Awam, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Fakulti Perakaunan, Fakulti
Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
Kajian ini tidak menjalankan ujian inter-operability untuk menentukan samada dapatan kajian boleh
digunapakai di kampus-kampus yang lain tanpa adanya pengaruh persekitaran (environment factor).
Namun dengan keseragaman faktor dasar serta struktur pentadbiran dan operasi bagi semua kampus
UiTM, dapatan di dalam kajian ini berkemungkinan besar boleh digunapakai di kampus-kampus yang lain
di dalam sistem UiTM.

Paper number: 7850120


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

2. METHODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah satu perbincangan mengenai rasional kepada rekabentuk kajian dan penjelasan
mengenai ketepatan rekabentuk tersebut di dalam menyelesaikan permasalahan yang hendak dikaji. Ia
merupakan satu proses penilaian ke atas instrumentasi kajian agar dapatan kajian dapat diterima secara
ilmiah dan tidak diragui.

2.1 Kerangka Konseptual

Kajian ini adalah satu kajian eksplorasi, yang mana ia adalah kajian yang pertama mengkaji mengenai
tahap kemahiran menggunakan perpustakaan di dalam konteks yang dicadangkan, iaitu di kalangan pelajar
UiTM Pahang. Oleh yang demikian, tidak terdapat satu pun model empirik atau kerangka konsepsual yang
terhasil daripada mana-mana kajian yang terdahulu untuk dirujuk dan dijadikan asas kepada kajian ini.
Pun begitu, hasil daripada sorotan karya-karya berkenaan dengan bidang yang dikaji, kajian ini
berhasrat untuk menilai tahap kemahiran menggunakan perpustakaan di kalangan para pelajar UiTM
Pahang berasaskan kepada model pengukuran berikut:

Rajah 1: Model Pengukuran Tahap Kemahiran Menggunakan Perpustakaan

Penjelasan ringkas mengenai setiap konstruk di dalam model pengukuran di atas adalah seperti berikut:

Jadual 1: Penerangan mengenai Konstruk di dalam Model Pengukuran

Konstruk Penerangan Konstruk Item Soal-selidik


Kekerapan menggunakan
Kemahiran menggunakan
Latihan mencukupi
A Kemahiran OPAC
Lebih selesa dengan OPAC berbanding kad katalog
Kekerapan kejayaan mendapat maklumat
OPAC sebagai langkah pertama mendapatkan maklumat
Buku-buku dikelaskan mengikut nombor-nombor tertentu
Buku-buku disusun di rak-rak mengikut nombor kelas dan singkatan
nama pengarang
Susunan dan lokasi bahan-bahan memudahkan pencarian
B Kemahiran Lokasi
Latihan mencukupi untuk mengenalpasti lokasi bahan yang dicari
Kekerapan kejayaan menjumpai bahan yang dicari.
Bahan-bahan diletakkan di lokasi yang betul sebagaimana OPAC atau
kad katalog
Kekerapan menggunakan kad katalog
Kekerapan menggunakan indeks bahan berkala.
Kemahiran Kad Katalog & Tahap kemahiran menggunakan kad katalog
C
Indeks Latihan menggunakan kad katalog mencukupi
Kekerapan menggunakan Indeks Majalah Malaysia atau Indeks
Suratkhabar Malaysia
Tahap kemahiran menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan
perpustakaan
D Pembelajaran Kendiri Tahap kekerapan ke perpustakaan
Kekerapan pencapaian objektif ke perpustakaan
Kekerapan menggunakan bahan-bahan rujukan

Paper number: 7850120


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

2.2 Carta Rekabentuk Kajian

Berikut adalah Carta Rekabentuk Kajian bagi bahagian penyelidikan yang berkaitan dengan kertas ini:

Jadual 2: Carta Rekabentuk Kajian

Objektif Persoalan Kajian Sumber Kaedah Dapatan


Membina #RQ1: Sorotan Mengumpulkan konstruk yang disahkan Satu cadangan
Model Apakah model pengukuran literatur signifikan oleh teori/kajian terdahulu. model
Pengukuran yang boleh digunakan untuk pengukuran
Tahap mengukur tahap kemahiran tahap
Kemahiran perpustakaan? kemahiran
Perpustakaan a. Apakah konstruk yang perpustakaan
signifikan untuk
mengukur tahap
kemahiran
perpustakaan?
b. Apakah item soal selidik
bagi setiap konstruk?
#RQ2: Borang Data-data akan dianalisa untuk mendapatkan Model
Adakah model yang soal- anggaran keesahan konstruk, iaitu dengan pengukuran
dicadangkan di dalam #RQ1 selidik menganggarkan keesahan convergent dan tahap
sah (empirically valid) untuk discriminant. Analisis factor digunakan untuk kemahiran
digunapakai di dalam menganggarkan kedua-dua aspek keesahan, perpustakaan
lingkungan skop kajian yang manakala dapatannya di’triangulasi’kan yang sah (valid)
dicadangkan? menggunakan ujian kekonsistenan dalaman dan boleh
dan ujian korelasi antara konstruk. digunapakai
(applicable).

2.3 Kaedah Kajian

Terdapat dua kaedah utama untuk menjalankan penyelidikan, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif. Perbezaan yang paling signifikan di antara dua kaedah ini ialah: dalam kaedah kuantitatif,
dapatan kajian adalah berasaskan kepada nombor dan statistik yang lazimnya diungkapkan di dalam
bentuk angka, manakala dalam kaedah kualitatif, dapatan adalah berasaskan kepada deskripsi fenomenon
yang lazimnya diungkapkan dengan menggunakan perkataan dan ayat. Kaedah kuantitaif menggunakan
teknik generalisasi dengan berpandukan kepada analisis statistik, manakala kaedah kualitatif mengkaji
permasalahan kajian menerusi deskripsi situasi secara keseluruhan tanpa melakukan sebarang generalisasi.
Kajian ini memilih untuk menggunakan kaedah kuantitatif. Ini membolehkan penyelidik untuk
menggunakan kaedah analisis statistik yang canggih, serta dapatan daripada kaedah ini adalah diyakini
lebih objektif dan tepat – kerana data kajian diperolehi daripada instrumen yang seragam (standard).

2.4 Strategi Kajian

Terdapat dua strategi utama di dalam kaedah kuantitatif dan deskriptif. Untuk kajian eksperimen, terdapat
tiga kaedah yang berbeza, iaitu eksperimen sebenar, quasi-eksperimen dan meta-analysis. Manakala untuk
kajian deskriptif, terdapat empat kaedah berbeza yang boleh dipilih, iaitu korelasi, pembangunan
rekabentuk, pemerhatian dan kajiselidik.
Memandangkan penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas parameter yang dikaji, kajian ini telah
dijalankan dengan menggunakan strategi deskriptif. Dan memandangkan sampel kajian adalah besar,
kaedah yang dipilih untuk melaksanakan strategi deskriptif ini adalah kaedah soalselidik.

2.5 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam pengumpulan data, penyelidik perlu mempertimbangkan perkara-perkara seperti ketepatan


teknikal, praktikal dan etika supaya kaedah yang dipilih adalah seimbang dan tepat.

Paper number: 7850120


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Di atas landasan tersebut, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajiselidik secara in-
person, di mana beberapa pembantu telah dilantik untuk mengedarkan instrumen kajian seterusnya
memungut data secara terus daripada setiap responden.
Instrumen kajian adalah satu set borang soalselidik yang mengandungi 21 soalan. Soalan-soalan
tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian bagi mewakili 4 konstruk di dalam kerangka konsepsual kajian
ini (Rajah 1). Untuk strategi triangulasi, soalan-soalan telah disediakan dengan arah konsepsual yang
bercampur aduk di antara arah positif dan arah negatif. Arah setiap soalan diseragamkan sebelum data
analisis dijalankan untuk menghasilkan dapatan kajian. Setiap soalan telah disediakan dengan pilihan
jawapan di dalam bentuk semantic differential 5 mata. Penggunaan semantic differential berskala kecil (5
mata) di dalam kajian ini adalah sesuai memandangkan saiz sampel yang agak besar (n = 391)
memberikan kebarangkalian yang kecil untuk tidak mendapat sifat kenormalan pada data.

2.6 Pemilihan Sampel

Populasi kajian ini adalah semua pelajar sepenuh masa di UiTM Pahang yang sedang mengikuti pengajian
pelbagai bidang di peringkat undergraduate. Jumlah keseluruhannya adalah 4000 orang pelajar. Mengikut
jadual saiz sampel oleh Krecie and Morgan (1970), jumlah minima sampel yang perlu diambil untuk
mewakili keseluruhan populasi tersebut ialah 351 orang pelajar. Mempertimbangkan kemungkinan
terdapatnya respon yang tidak lengkap atau meragukan, penyelidik telah merancang saiz sampel seramai
600 orang pelajar. Walau bagamanapun, selepas kesemua borang kajiselidik dikumpulkan dan dianalisis,
terdapat hanya 391 borang soal selidik yang dapat digunakan untuk kajian ini. Sungguh pun ia hanyalah
65.2% daripada jumlah saiz sampel yang dirancang, secara teknikalnya, ia masih boleh diterima dan
memadai untuk mewakili keseluruhan populasi kajian.
Teknik persampelan yang digunakan di dalam kajian ini adalah teknik persampelan berkebarangkalian
(probability sampling technique). Teknik yang dipilih ialah teknik persampelan berstrata. Menggunakan
teknik ini, pelajar dibahagikan mengikut kursus dan bagi setiap kursus, seramai f orang pelajar ( f = N )
n

telah diambil sebagai sampel kajian. Pemilihan pelajar dari setiap kursus dilakukan secara rawak mudah.
Teknik ini dipilih dengan andaian bahawa semua kumpulan kursus adalah homogen.

3. DAPATAN KAJIAN

Penyelidik telah menjalankan Analisis Faktor Eksplorasi (Exploratory Factor Analysis) ke atas semua data
yang diperolehi daripada borang soal selidik dengan menggunakan perisian SPSS. Kaedah yang
digunakan adalah Principal Component dengan Varimax with Kaiser Normalization sebagai kaedah
putaran. Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk mendapatkan faktor orthogonal yang terbaik supaya
kesemua faktor yang terhasil tidak mempunyai multicollinearity. Sifat multicollinearity sangat penting
untuk dielakkan kerana ia akan mengakibatkan keesahan konstruk tidak dapat dicapai (Discriminat
Validity tidak dapat dianggarkan). Hasilnya, daripada 24 item di dalam borang soalselidik 5 konstruk telah
terhasil.
Analisis Faktor Pengesahan (Confirmatory Factor Analysis) kemudiannya dijalankan dengan
menggunakan perisian yang sama. Penyelidik tidak menggunakan perisian yang lain seperti AMOS kerana
dengan menggunakan SPSS penyelidik boleh mempunyai kawalan yang lebih ke atas kaedah. Kaedah
Analisis Faktor dan Putaran yang digunakan adalah sama seperti di dalam Analisis Faktor Eksploarsi,
tetapi pekali faktor (loading factor) di bawah 0.5 diketepikan – supress value lass than 0.5. Hasilnya
adalah seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Konstruk daripada Analisis Faktor Pengesahan

Item/ Konstruk* Konstruk


A B C D
b_3 0.869
b_5 0.793
b_1 0.791

Paper number: 7850120


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Jadual 3: (Sambungan)

Item/ Konstruk* Konstruk


A B C D
b_6 0.764
c_3 0.691
b_4 0.604
c_4 0.724
c_6 0.719
c_5 0.637
c_7 0.615
c_2 0.603
c_1 0.574
b_9 0.868
b_10 0.848
b_8 0.795
b_2 0.732
c_8 0.501
a_2 0.786
a_6 0.681
a_1 0.605
a_5 0.599
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy 0.890
Bartlett's Test of
Approx. Chi-Square 4789.470
Sphericity
Df 276
Sig. 0.000
Total Variance Explained 57.75%

* Struktur lengkap item mengikut konstruk boleh diperolehi daripada penyelidik

Nilai KMO adalah melebihi 0.6 (KMO = 0.890), manakala Ujian Sphericity Bartlett adalah signifikan
( χ 2 df = 276; p = 0.0001 = 4789.47 ). Ini menunjukkan data kajian ini adalah memenuhi syarat Analisis Faktor.
Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3, empat konstruk telah terhasil untuk mewakili 21 item di
dalam borang soalselidik, dan ini mewakili 57.75% daripada jumlah varian di dalam data kajian.
Setelah kesemua faktor tersirat diperolehi daripada analisis factor di atas, kesemua faktor tersebut diuji
keesahan konstruk dan kebolehpercayaannya. Keesahan konstruk bermaksud ketepatan setiap item di
dalam borang soalselidik mewakili konstruk di dalam kerangka konsepsual kajian, manakala
kebolehpercayaan bermaksud ketepatan ukuran setiap item di dalam mengukur konstruk di dalam
kerangka konsepsual kajian. Keesahan konstruk boleh diuji dengan menggunakan Kebolehpercayaan
Terkompos (Composite Reliability), Varian Terekstrak (Extracted Varians) dan korelasi di antara
konstruk. Kajian ini memilih untuk menggunakan korelasi sebagai parameter untuk menganggarkan
keesahan konstruk memandangkan dua lagi parameter perlu dikira secara manual (perisian yang
digunakan di dalam kajian ini tidak menyediakan arahan untuk mengira kedua-dua parameter tersebut).
Untuk menganggarkan kebolehpercayaan pula, kajian ini memilih untuk menggunakan kaedah ujian
konsistensi dalaman Cronbach-Alpha.
Bersesuaian dengan empat konstruk yang terhasil, ujian kebolehpercayaan (ujian kekonsistenan
dalaman Cronbach-Alpha, atau Cronbach-Alpha Internal Consistency test) dan kebolehpercayaan
komposit (Composite Reliability) telah dijalankan ke atas kesemua konstruk tersebut. Hasil ujian adalah
seperti berikut:

Jadual 4: Kebolehpercayaan Konstruk

Cronbach
Konstruk
Alpha
A – Kemahiran OPAC 0.886
B – Kemahiran Lokasi 0.844
C – Kemahiran Kad Katalog & Indeks 0.831
D – Pembelajaran Kendiri 0.769

Paper number: 7850120


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Seperti ditunjukkan di dalam jadual di atas, nilai pekali Cronbach-Alpha adalah di antara 0.769 dan
0.886. Ini menunjukkan bahawa kesemua konstruk adalah berada pada selang kebolehpercayaan yang
boleh diterima (Nunnally, 1967, 1978 dalam Peterson, 1994).
Dengan menggunakan perisian AMOS, pekali kovarian dan kovarian terpiawai (atau korelasi) di antara
keempat-empat konstruk telah diuji. Hasilnya digambarkan oleh gambarajah berikut:

Rajah 2: Pekali Korelasi di antara Konstruk

Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, pekali korelasi di antara konstruk adalah di antara 0.23
hingga 0.70. Ini menunjukkan bahawa keesahan konstruk (Construct Validity) adalah boleh dianggarkan
dan multicollinearity boleh dianggarkan sebagai tidak wujud (Carmines & Zeller, 1979).
Analisis data bagi kajian ini dimulakan dengan analisis factor bertujuan untuk mendapatkan konstruk
atau faktor tersirat yang dapat mewakili keseluruhan data yang diperolehi. Kaedah analisis faktor yang
digunakan ialah kaedah Principal Component, manakala kaedah putarannya ialah kaedah Varimax with
Kaiser Normalization. Kedua-dua kaedah ini dipilih kerana ia berkesan menghasilkan faktor yang tidak
multicollinear di antara satu dengan yang lain.
Daripada keputusan ketiga-tiga ujian yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa model pengukuran
yang dicadangkan di dalam kajian ini mempunyai keesahan konstruk yang baik dan boleh digunapakai
untuk mengukur tahap kemahiran perpustakaan.
Ujian selanjutnya adalah untuk menentukan samada model pengukuran tersebut secara keseluruhannya
mempunyai fitness (GFI) yang baik dan boleh diterima. Untuk melakukan ujian ini, keseluruhan model
pengukuran (seperti di dalam rajah 1) beserta dengan kesemua item di dalam setiap konstruk telah diuji
aspek GFI-nya dengan menggunakan teknik Structural Equation Modelling (SEM). Perisian yang
digunakan adalah AMOS versi 5. Hasil ujian adalah seperti di dalam jadual di bawah:

Jadual 5: Ciri GFI Model Pengukuran

Parameter GFI yang


Hasil Ujian Nilai Kritikal GFI Model
Dianggarkan
CMIN
CMIN 299.637
df 153
p 0.000 > 0.05 
Ratio 1.958 <2 
CFI 0.966 > 0.90 
NFI 0.934 ≥ 0.90 
RMSEA 0.020 < 0.08 

Nilai CMIN (Chi-Square) yang diperolehi adalah besar dan signifikan p < 0.05, ini menjelaskan
bahawa model pengukuran ini pada umumnya perlu diperbaiki. Pun begitu, nisbah CMIN dengan darjah
kebebasan (df) adalah lebih kecil daripada nilai kritikal 2.0, ia pada dasarnya menunjukkan bahawa model
pengukuran ini mempunyai GFI yang baik. Nilai CFI (Comparative Fit Index) adalah lebih besar daripada
nilai kritikal yang dicadangkan, iaitu 0.966. Menurut Bentler (1990), dapatan ini membuktikan bahawa
model pengukuran ini mempunyai GFI yang baik. Begitu juga dengan nilai NFI (0.934) yang melebihi
nilai kritikal yang dicadangkan (Bentler & Bonett, 1980; Bollen, 1989). Nilai RMSEA yang terlalu kecil
Paper number: 7850120
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

pula menunjukkan bahawa model pengukuran ini mempunyai nilai anggaran kesilapan yang sangat kecil
dan minimum (Browne and Cudeck, 1993).
Berpandukan kepada dapatan-dapatan ini jelas menunjukkan bahawa model pengukuran yang
dicadangkan di dalam kajian ini adalah sah dan boleh digunapakai untuk mengukur tahap kemahiran
perpustakaan.

4. KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat konstruk yang boleh digunakan untuk mengukur
kemahiran perpustakaan, yang mana setiap satunya telah dibuktikan mempunyai keesahan konstruk dan
kebolehpercayaan yang baik. Model pengukuran yang dibina daripada keempat-empat konstruk ini juga
telah dibuktikan secara empirik ciri-ciri GFI-nya. Kesemua konstruk tersebut beserta dengan setiap item
pengukur yang signifikan ditunjukkan di dalam Jadual 1.

5. CADANGAN KAJIAN LANJUT

Walaupun model pengukuran yang dibentangkan di dalam kertas ini pada umumnya mempunyai ciri-ciri
empirik yang baik dan boleh diterima, bilangan konstruk yang kecil (empat sahaja) berkemungkinan tidak
memadai. Penyelidik tidak dapat menguji bilangan konstruk yang banyak disebabkan oleh kekangan
bilangan sampel kajian yang sangat terhad. Oleh itu, penyelidik mencadangkan agar satu kajian yang lebih
komprehensif dijalankan untuk membina model pengukuran yang lebih lengkap dan bersifat menyeluruh.
Model tersebut (yang akan dibina pada masa akan datang) perlulah diuji dengan menggunakan sampel
yang bersaiz lebih besar agar lebih banyak konstruk boleh dimasukkan. Ia juga akan memungkinkan
pembangunan model jenis mimic atau causal dapat dibina, yang mana mengikut kajian literature, model
yang bersifat demikian lebih tepat dan komprehensif. Mungkin dengan demikian, masalah nilai p dalam
hasil jadual 5 dapat diatasi.

RUJUKAN

Bentler, P.M. (1990). Comparative fit indexes in structural models. Psychological Bulletin, 107, 238–246
Bentler, P.M. & Bonett, D.G. (1980). Significance tests and goodness of fit in the analysis of covariance
structures. Psychological Bulletin, 88, 588–606.
Bollen, K.A. (1989). A new incremental fit index for general structural equation models. Sociological
Methods and Research, 17, 303–316.
Browne, M.W. & Cudeck, R. (1993). Alternative ways of assessing model fit. In Bollen, K.A. & Long,
J.S. [Eds.] Testing structural equation models. Newbury Park, CA: Sage, 136–162.
Carmines, E. G. and Zeller, R. A. (1979): Reliability and Validity Assessment. Paper Series on
Quantitative Applications in the Social Science. Beverly Hills and London: Sage Publications, pp. 7-
17.
Kuh, George D. & Gonyea, Robert M. (2003). The role of the Academic Library in Promoting Student
Engagement in Learning. College & Research Libraries; v. 64 no4 (July 2003) p. 256-82.
Ming, Ding Choo (Dr) (1999). Masa Depan Perpustakaan Digital: Ramalan dan Isu-isunya. Sekitar
Perpustakaan. PNM: Kuala Lumpur, 28:1999, pp. 40-48.
Snavely, Loanne and Cooper, Natasha A. (1997). The Information Literacy. The Journal of Academic
Librarianship. 23 (Jan. 1997), pp. 9-14.
Whelan, Debra Lau (2003). Why Isn’t Information Literacy Catching On. School Library Journal. V49:9
(Sept. 2003), pp. 50-53.
White, Herbert S. (1992). Bibliographic Instruction, Information Literacy, and Information
Empowerment. Library Journal 117 (January 1992):76, 78.

Paper number: 7850120

You might also like