You are on page 1of 12

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Kajian Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah


Menengah Bahagian Kuching, Sarawak

Arenawati Sehat Binti Haji Omar1, Irdawaty Binti Haji Jaya2 dan
Mohd Zafian Bin Mohd Zawawi3
1
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Sarawak
2
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Sarawak
3
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak
arenasomar@sarawak.uitm.edu.my
IrdawatyBintiHjJaya@sarawak.uitm.edu.my
zaffian@sarawak.uitm.edu.my

ABSTRAK

Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatu
cabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
serantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya mernerlukan tenaga pendidik lelaki mahupun
wanita yang berkualiti. Tahap burnout dan tekanan kerja akan mempengaruhi tahap
produkviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap burnout dan tekanan kerja di kalangan Kaunselor Sekolah Menengah
Bahagian Kuching. Instrumen Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES)
digunakan bagi mengukur tahap burnout, manakala Indeks Tekanan Kerja (ITK) Guru pula
digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja. Daripada 38 set soalselidik yang diedarkan,
hanya 30 set yang dilengkapkan dan telah dikembalikan.Sampel terdiri daripada 38 orang
Kaunselor Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sahaja. .Dapatan kajian menunjukkan
majoriti Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mempunyai tahap burnout yang
tinggi bagi ketiga-tiga sub skala iaitudari aspek keletihan emosi, aspek depersonalisasi dan
aspek pencapaian peribadi. Dari aspek tekanan kerja, dapatan kajian menunjukkan secara
keseluruhannya tahap tekanan kerja bagi kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching
juga adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktor
yang memberi tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberi
tekanan yang rendah kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak
66.7% menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini memberikan tekanan kerja yang tinggi
kepada para kaunselor yang mana nilai min yang diperolehi adalah sama dan lebih dari 4. Ia
terdiri daripada faktor berurusan dengan situasi krisis , kerja lebih masa , kurang peluang
membangunkan diri ,pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan , kurang sokongan
daripada pihak pengurusan atasan, kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugas
dengan baik , melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas , kekekurangan atau
kelemahan peralatan berkualiti, pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab,
kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas , membuat keputusan kritikal secara
spontan , kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi luar (ibu
bapa, penghulu dan lain-lain), persaingan pembangunan diri, perubahan yang kerap daripada
aktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar, memenuhi tarikh akhir
sesuatu tugasan, kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau makan tengahari) ,
membuat kerja orang lain dan kakitangan yang tidak bermotivasi. Antara pendekatan yang
telah dicadangkan bagi mengurangkan fenomena tersebut adalah seperti memperbaiki
persekitaran am, memperbaik kandungan kerja, runding cara, kemahiran pengurusan masa,
kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan,
kemahiran relaksasi serta bersikap positif dalam suasana yang negatif.

Kata Kunci : Tekanan kerja, Burnout, Kaunselor, Sekolah Menengah, Kuching

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

1. PENGENALAN

Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh


mencabar. Sebagai tenaga pengajar dan pendidik, mereka seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan
pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan perlaksanaan berbagai-bagai reformasi
dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru lebih mencabar.

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru pada dewasa
ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru
sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat
sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas di luar jangkaan.
Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran
di sekolah kini akan menuju ke arah keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan
untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

Indidvidu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaaan yang
tertekan (Smith, 1993; Girdano et al, 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak
rasional, cemas, tegang, tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati
rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang
seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi kasih sayang. Senario sedemikian berlaku
berpunca daripada pelbagai faktor seperti sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan,
sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara
sebelum masa kerana tertekan.

Kajian ini mengutarakan tiga objektif utama yang berkaitan dengan tekanan kerja dan
kolerasinya dengan burnout di kalangan kaunselor sekolah. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap tekanan kerja dan burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di
bahagian Kuching.Di samping itu, penkaji ingin mengenalpasti faktor-faktor dominan yang
menyumbang kepada tekanan kerja dan burnout terhadap responden serta mencadangkan
langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani permasalahan yang dikaji.

2. KAJIAN LITERATUR

Terma burnout sinonim dengan bidang psikologi. Terma ini pada mulanya digunakan
dalam tahun 1960 bagi merujuk kepada kesan penyalahgunaan dadah yang kronik (burned out on
drugs) sebagai satu sindirin kepada ciri-ciri fizikal dan psikologikal pekerja-pekerja sukarela
yang bekerja dengan penagih-penagih dadah di beberapa buah agensi kesihatan

Istilah burnout dapat didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan
yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan
seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir
(akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai
matlamatnya (Farber, 1991). Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembangkan
konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.
Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi
(depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Mengikut Cordes dan

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling
banyak diterima oleh para pengkaji.

Burnout merupakan satu proses yang beransur-ansur (gradual process) dari seseorang
yang komited sehinggalah dia kehilangan daya minat terhadap kerjayanya. Individu yang
mengalami burnout sering mengalami kehausan fizikal dan emosi, hilang daya minat terhadap
keseluruhan kerjaya dan sering mengasingkan diri. Burnout sebenarnya adalah kesan daripada
pendedahan jangka panjang kepada keadaan dan situasi kerja yang amat tertekan.

Stres pekerjaan merupakan satu pengalaman yang lumrah bagi semua pekerjaan. Stres
merupakan cabaran yang menyebabkan kita kurang senang dan juga tanpa stres pula
menyebabkan kehidupan menjadi bosan dan tidak bernilai. Jika diperhatikan dari satu sudut, stres
merupakan penyelamat hidup dan pada sudut yang lain pula stres merupakan pemusnah
kehidupan (Fontana 1989). Pendapat Hans Selye seorang pakar penyelidik mengenai stres juga
mengatakan manusia yang hidup tanpa tekanan adalah serupa dengan mati.

Terdapat kos yang agak tinggi bagi pekerja individu berhubung permasalahan ini dari
segi masalah kesihatan mental, implikasi berhubung pekerjaan dan risiko kehilangan pekerjaan.
Bagi pihak enterpris, permasalahan ini mengakibatkan kos langsung seperti kos ketidakhadiran,
peningkatan pusing ganti kakitangan, penurunan produktiviti serta kos latihan dan latihan semula,
disamping kos tak langsung seperti penurunan motivasi, kepuasan dan daya cipta, serta masalah
perhubungan awam. Kesan keseluruhan kesemua permasalahan ini dengan banyaknya
menurunkan daya saing enterpris. Malah, apa yang diketahui hanyalah merupakan sebahagian
kecil sahaja daripada yang sebenarnya.

Kebanyakan profesional bagi pemulihan seperti kaunselor kerjaya tidak cukup bersedia
berinteraksi dengan individu yang mempunyai masalah mental yang kronik dan ketidakupayaan
fizikal. Cranswick (1997) mengatakan mereka yang bekerja sebagai kaunselor pemulihan dalam
lingkungan umur 20-an mempunyai pengalaman yang tidak cukup bagi membolehkan mereka
melaksanakan tugas. Ini disokong pula oleh Corey & Corey, 1993; Cranswick, 1997 yang
mengatakan bahawa pada awal karier seseorang itu akan mengalami tekanan yang tinggi. Ia
diperjelaskan lagi dengan kajian yang dijalankan menunjukkan individu yang lebih muda usianya
dan pengalaman yang kurang dalam bidang ini akan membawa kepada tahap ketandusan emosi
yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang lebih berumur dan tua (Cranswick, 1997;
Corrigan & McCracken, 1997).

Schulz (2000) yang telah mengkaji tentang pengalaman 18 orang kaunselor di Perth
Australia yang bekerja dengan klien-klien yang merupakan pesalah undang-undang atau
penjenayah mendapati kebanyakan mereka yang berhadapan dengan klien yang merupakan
penjenayah melaporkan bahawa mereka telah mula kehilangan keyakinan di dalam kebolehan
kaunseling, merasakan tanggungjawab yang besar dan bimbang tentang keselamatan klien yang
merupakan pesalah undang-undang. Ini kerana para kaunselor seakan mahu dan cuba
memperjuangkan hak pesalah tersbut dari tindakan undang-undang.

Di samping itu juga, para kaunselor tersebut mengalami kesan peribadi atas sebab
mendengar bahan-bahan trauma. D isini melalui kajian yang dijalankan didapati kaunselor wanita
lebih mudah sensitif dan terasa. Kaunselor wanita lebih tertekan dan mengalami simpton fizikal
seperti sakit kepala dn penyakit-penyakit lain yang mereka dapati bila berhadapan dengan klien
yang merupakan pesalah undang-undang. Selain itu para kaunselor tersebut juga mengalami
burnout di mana didapati daripada 18 orang kaunselor tersebut mengalami simptom-simptom

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

burnout. Didapati faktor-faktor seperti menghabiskan masa yang panjang dan terlalu dibebani
dengan kes-kes penjenayah serta kekurangan latihan dan pengasingan menyumbang kepada
faktor burnout (Schulz, 2000).

Selain daripada itu, Hazler dan Kotler (1994) ada mengkaji tentang burnout yang dialami
oleh kaunselor sekolah. Melalui kajian tersebut mereka mendapati kaunselor yang berpengalaman
lebih mudah bosan terhadap kerja yang dilakukan dan memerlukan kepelbagaian pendekatan dan
strategi supaya kebosanan itu dapat dikurangkan. Kepelbagaian yang dimaksudkan adalah
berkaitrapat dengan menggunakan cara penyeliaan yang berbeza, membuat perubahan kepada
cara yang selalu diamalkan, mengubah gaya kaunseling, mula mencari tempat baru yang sesuai
untuk situasi kaunseling, mengambil cabaran-cabaran yang baru dan menggunakan taktik dan
pendekatan yang baru bagi menghadapi klien.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang bersifat tinjauan yang berbentuk deskriktif yang
mana ia dijalanka di sekolah menengah sekitar Bahagian Kuching Negeri Sarawak. Tinjauan ini
bertujuan untuk melihat sama asa fenomena burnout dan tekanan kerja berlaku di kalangan
kaunselor sekolah. Burnout di kalangan kaunselor sekolah merupakan pemboleh ubah bersandar
manakala pemboleh ubah tidak bersandar adalah tekanan kerja yang mengandungi lima dimensi
iaitu salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, perhubungan antara personal
dan penghargaan. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu demografi, Indeks
Tekanan Kerja Guru (ITK) dan Inventori Burnout Maslach (IBM) digunakan dalam kajian ini

Kaedah pengumpulan data ditentukan mengikut jenis data yang dikumpul. Data-data kajian
dikumpul melalui dua kaedah iaitu kaedah pimer dan kaedah sekunder Responden kajian adalah
terdiri dari guru kaunseling yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan
bertugas sebagai kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah sekitar Bahagian Kuching.
Maklumat mengenai jumlah sebenar kaunselor diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak. Menurut sumber yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak hanya
terdapat 38 orang kaunselor sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah menengah sekitar Bandar
Kuching.

4. KEPUTUSAN KAJIAN

Selaras dengan tujuan dan objektif kajian, tumpuan analisis data adalah tentang analisis
tahap tekanan kerja dan burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching,
analisis faktor-faktor dominan yang menyumbang kepada tekanan dan burnout serta kesan-kesan
terhadap responden dan analisis langkah-langkah bagi menangani permasalahan yang dikaji.

Analisis statistik deskriptif yang melaporkan min dalam mengidentifikasi sumber tekanan
pekerjaan utama subjek, frekuensi dan peratusan digunakan untuk melaporkan profil latar
belakang subjek.

4.1 Latarbelakang Responden

Daripada kajian yang dibuat, pengkaji mendapati seramai 30 orang responden yang telah
terlibat dalam menjawab soalselidik iaitu 24 orang kaunselor perempuan dan 6 orang kaunselor

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

lelaki. Peringkat umur diantara 20-30 tahun mencatat bilangan kaunselor yang paling ramai iaitu
14 orang. Ini diikuti oleh peringkat umur diantara 31-40 tahun iaitu 9 orang dan 7 orang berumur
di antara 41-50 tahun. Dapatan menunjukkan seramai 6 orang kaunselor berpengalaman kurang
daripada 1 tahun, 12 orang berpengalaman di antara 1-5 tahun, 7 orang mempunyai pengalaman
di anatara 6-10 tahun dan 5 orang berpengalaman memberi bimbingan dan kaunseling kepada
pelajar lebih daripada 20 tahun. Kesemua responden kajian merupakan kaunselor siswazah yang
memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling.

4.2 Tahap Tekanan Kerja

Pengkaji juga membuat analsis deskriptif bagi melihat tahap tekanan kerja responden
kajian di mana, terdapat sebaayak 30 faktor yang tersenarai sebagai penyumbang kepada tekanan
kerja. Analisis Min digunakan untuk menganalisa setiap faktor tekanan kerja. Nilai ujian adalah
bersamaan dengan 4. Jika sekiranya nilai faktor kurang daripada nilai ujian, faktor tersebut
kurang memberi tekanan kepada para kaunselor. Sebaliknya, jika nilai faktor adalah lebih atau
bersamaan dengan nilai ujian, maka faktor tersebut memberi tekanan yang tinggi.

Terdapat dua belas (12) faktor yang mana nilai min kurang daripada dan bersamaan
dengan nilai ujian iaitu 4. Faktor-faktor tersebut ialah pengagihan tugas yang tidak dipersetujui
(3.91), rakan sekerja tidak menjalankan tugas (3.75), berurusan dengan situasi krisis (4.00),
kesukaran bekerjasama dengan pihak pengurusan atasan (3.56), mengalami sikap negatif terhadap
organisasi (2.56), kurang penglibatan di dalam membuat keputusan polisi (3.66), gaji yang tidak
mencukupi (3.41), penyeliaan yang kurang atau lemah (3.91), tempat kerja yang bising (2.75),
gangguan yang kerap (3.31), kertas kerja yang melampau (4.00) dan konflik dengan jabatan atau
bahagian lain (3.53)

Manakala bagi faktor-faktor tekanan kerja yang mana nilainya melebihi atau bersamaan
nilai ujian 4 terdiri daripada 20 faktor. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor ini
memberikan tekanan kerja yang tinggi kepada para kaunselor. Ia terdiri daripada faktor berurusan
dengan situasi krisis (4.00), kerja lebih masa (4.78), kurang peluang membangunkan diri (4.03),
pengagihan tugas baru atau tidak biasa dilakukan (4.31), kurang sokongan daripada pihak
pengurusan atasan (4.03), kurang penghargaan setelah menyempurnakan tugas dengan baik
(4.34), melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas (4.81), kekekurangan atau
kelemahan peralatan berkualiti (4.63), pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab
(5.28), kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas (4.56), membuat keputusan kritikal
secara spontan (4.47), kejian atau ejekan peribadi terhadap pelajar, rakan sebaya, dan organisasi
luar (ibu bapa, penghulu dan lain-lain) (4.06), persaingan pembangunan diri (4.00), perubahan
yang kerap daripada aktiviti yang membosankan kepada aktiviti yang lebih mencabar (4.09),
memenuhi tarikh akhir sesuatu tugasan (4.41), kurang masa peribadi (contohnya minum pagi atau
makan tengahari) (4.56), membuat kerja orang lain (4.88) dan kakitangan yang tidak bermotivasi
(4.25).

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 20 faktor yang memberi
tekanan yang tinggi dan sepuluh faktor atau sebanyak 33.3%yang memberi tekanan yang rendah
kepada para kaunselor. Bilangan sebanyak 20 faktor atau sebanyak 66.7 % menunjukkan bahawa
tahap tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching.

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

4.3 Faktor-Faktor Dominan Tekanan Kerja

Penganalisaan tahap burnout digambarkan oleh tiga komponen/subskala utama iaitu


Ketandusan Emosi, Dipersonalisasi dan Pengurangan Pencapaian Diri.

4.3.1 Ketandusan Emosi

Terdapat sebanyak sembilan (9) faktor utama ketandusan emosi. Nilai ujian min=3.01
digunakan untuk menguji tahap ketandusan emosi. Faktor-faktor yang nilainya melebihi nilai
ujian 4.3, maka faktor tersebut menyumbang kepada tahap ketandusan emosi yang tinggi dan
sekiranya nilai min faktor dalam lingkungan 2.8- 4.3 dikategorikan sebagai tahap sederhana
manakala skor min dalam lingkungan 0-2.8 adalah tahap rendah.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanayak lima faktor yang mempunyai nilai min
melebihi nilai ujian min melebihi 4.3 (tahap tinggi), empat faktor pula dalam lingkungan 2.8-4.3
skor min adalah dalam tahap sederhana manakala hanya 1 faktor yang terletak dalam 0-2.8 iaitu
tahap rendah.

Faktor-faktor ketandusan emosi yang nilai min melebihi 4.3 ialah memahami dengan
mudah perasaan pelajar-pelajar tentang sesuatu perkara (5.84), mempengaruhi kehidupan orang
lain melalui kerja (5.06), rasa keletihan tenaga akibat kerja (4.91), menyelesaikan masalah
pelajar-pelajar dengan efektif (4.81), kehabisan tenaga selepas waktu bekerja (4.66), manakala
bagi beberapa pernyataan seperti rasa lemah emosi akibat kerjaya (3.97), rasa letih bila bangun
pagi dan terpaksa menghadapi satu lagi hari bekerja (3.84) dan bekerja bersama orang lain
sepanjang hari memberi ketegangan (3.09) merupakan antara yang berkategori tahap sederhana.
Hanya faktor melayan sesetengah pelajar seolah-olah mereka adalah ’objek’ yang tidak
mempunyai perasaan memberikan nilai min kurang daripada 3 iaitu (1.66) dikategorikan kepada
ketandusan emosi tahap rendah.

Analisis menunjukkan peratusan sebanyak 55% faktor-faktor yang menyumbang kepada


nilai ujian melebihi 4.3 adalah tinggi, manakala sebanyak 44% adalah menunjukkan tahap
sederhana dan hanya 11% adalah penyumbang kepada tahap rendah. Oleh sebab itu, hasil kajian
mendapati para kaunselor bagi Sekolah Menengah Bahagian Kuching mengalami tahap
ketandusan emosi yang tinggi.

4.3.2 Depersonalisasi

Bagi subskala Depersonalisasi pula, lima (5) faktor utama diuji dalam mengenalpasti
faktor yang mempengaruhi tahap burnout.

Dapatan kajian yang dibuat menunjukkan sebanyak 5 faktor menyumbang kepada hapa
dipersonalisasi. Terdapat tiga faktor yang memberikan tahap dipersonalisasi yang tinggi dan dua
faktor memberikan tahap dipersonalisasi yang rendah. Antara faktor-faktor yang memberikan
tahap depersonalisasi yang tinggi adalah rasa bekerja terlalu kuat (5.09), rasa penuh bertenaga
(4.78), rasa kecewa dengan kerja (2.84), kategori tahap sederhana bagi depersonalisasi pula
adalah pernyataan khuatir tugas menjadikan rasa lebih keras hati (2.19) dan perasaan menjadi
lebih tidak peduli perasaan orang lain semenjak menjawat jawatan (2.13).

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Analisis menunjukkan peratusan sebanyak 60% faktor-faktor yang menjadi penyumbang


yang melebihi nilai ujian 2.8 adalah tinggi manakala 40% pula adalah dalam kategori tahap
sederhana. Oleh sebab itu, hasil kajian mendapati para kaunselor bagi Sekolah Menengah
Bahagian Kuching mengalami tahap depersonalisasi yang tinggi.

4.3.3 Pengurangan Pencapaian Diri

Hasil dapatan kajian terhadap subskala pengurangan pencapaian diri adalah bersifat
songsang atau berlawanan dengan nilai ujian min. Terdapat 8 faktor utama yang mempengaruhi
tahap pengurangan pencapaian diri. Faktor-faktor yang nilainya salam lingkungan 0-1.5 nilai
ujian , maka faktor tersebut menyumbang kepada tahap pengurangan pencapaian diri yang rendah
dan sekiranya nilai min faktor dalam lingkungan 1.5-2.4, maka faktor tersebut menyumbangkan
kepada tahap pengurangan pencapaian yang sederhana dan nilai min melebihi 2.4 menyumbang
kepada tahap pengurangan pencapaian yang tinggi.

Terdapat enam faktor yang nilai minnya melebihi nilai ujian min 2.4. Faktor-faktor
tersebut ialah bekerja secara langsung dengan orang lain memberi terlalu banyak tekanan (3.28),
berjaya mencapai banyak perkara yang berfaedah dalam kerja (5.25), berhadapan dengn emosi
yang amat tenang dalam pekerjaan (5.44), mewujudkan suasana yang tenang untuk para pelajar
(5.87) dan rasa gembira setelah bertungkus lumus membimbing pelajar (6.00).

Analisa kajian juga menunjukkan terdapat dua faktor yang nilai minnya dalam
lingkungan 1.5-2.4 iaitu tahap sederhana. Faktor-faktor tersebut ialah, rasa tidak peduli apa yang
berlaku pada sesetengah pelajar (2.09) dan rasa hampir tidak berdaya lagi (3.00). manakala hanya
satu faktor yang menyumbang skor min tahap rendah iaitu pernyataan seperti rasa para pelajar
menyalahkan kaunselor kerana masalah mereka (1.41).
Ini menunjukkan sebanyak 75% faktor-faktor dalam sub skala pengurangan pencapaian
diri di dalam kategori tahap tinggi, manakala sebanyak 12.5% masing-masing menyumbang
kepada tahap sederhana dan tahap rendah.

4.4 Tahap Burnout

Pengkaji juga melihat faktor yang paling dominan dalam memberi tekanan kerja yang
tinggi iaitu pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawab, yang mana nilai minnya ialah
5.28. Ini berkemungkinan disebabkan oleh bebanan atau tanggungjawab kaunselor yang semakin
mencabar serta menuntut keprihatinan yang tinggi. Dalam era kepesatan pembangunan ekonomi,
teknologi dan informasi yang banyak mempengaruhi pemikiran, sikap serta tingkah laku para
pelajar, tugas mendidik serta membimbing para pelajar bukan hanya terletak pada bahu ibu-bapa
malah para guru terutamanya kaunselor turut sama berganding bahu memikul tanggungjawab dan
amanah yang berat ini.

Bidang tugas kaunselor tidak terhad kepada memberi bimbingan dan kaunseling bahkan
perlu menyelami hati dan perasaan para pelajar dengan lebih mendalam. Tanggungjawab yang
digalas oleh para kaunselor dirasakan satu bebanan yang berat sehingga memberi tekanan yang
tinggi. Terdapat sesetengah kaunselor merasakan mereka kurang berkemampuan untuk mendidik
para pelajar sebaliknya mereka hanya berupaya membantu menyelesaikan masalah yang biasa
dihadapi oleh mereka. Tugas mendidik pelajar juga memerlukan kemahiran seperti komunikasi,
penyelesaian masalah dan konflik serta kepimpinan yang efektif. Keperluan mempelajari serta
menguasai kemahiran ini juga dirasakan sebagai satu bebanan kepada mereka. Mereka perlu

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

menyiapkan diri mereka dengan kepelbagaian kemahiran untuk menjadi lebih kompetitif seiring
dengan perubahan semasa.

4.4.1 Faktor-faktor dominan burnout

Penganalisaan kajian mendapati bahawa faktor-faktor paling dominan yang merupakan


penyumbang tettinggi dalam mempengaruhi tahap tekanan kerja dan burnout adalah seperti
berikut:

 Faktor dominan yang memberikan tahap burnout yang tinggi di kalangan kaunselor bagi
ketandusan emosi adalah bagi pernyataan ”Saya rasa dapat memahami dengan mudah
perasaan pelajar-pelajar saya tentang sesuatu perkara” (min=5.84)
 Faktor dominan yang memberikan tahap burnout yang tinggi di kalangan kaunselor bagi
depersonalisasi adalah pernytataan ”Saya rasa bekerja terlalu kuat” (min=5.09)
 Faktor dominan yang memberikan tahap burnout yang tinggi di kalangan kaunselor bagi
pengurangan pencapaian diri adalah ”Saya rasa gembira setelah bertungkus-lumus
membimbing pelajar-pelajar saya”(min=6)

4.4.2 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, hasil keputusan dapat menjawab beberapa persoalan yang telah
diutarakan iaitu:

a. Kaunselor Sekolah Menengah di sekitar Kuching mengalami tekanan kerja.


b. Fenomena burnout memang berlaku di kalangan Kauselor Sekolah Menengah di
Bahagian Kuching.
c. Tekanan kerja yang paling tinggi dialami oleh kaunselor disebabkan oleh melakukan
kerja orang lain dan bagi burnout di kalangan kaunselor sekolah di sekitar Kuching pula
berlaku dalam sub skala pengurangan pencapaian diri.
d. Didapati Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mengalami tahap tekanan
kerja yang tinggi.

5. PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil daripada dapatan yang diperolehi terdapat beberapa perkara yang dapat dirumuskan
mengenai peranan dan pengaruh faktor-faktor tekanan kerja dan faktor-faktor yang menyumbang
kepada burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching. Perkara- perkara
yang dapat dirumuskan berikutnya merupakan asas sebenar kepada objektif kajian pengkaji. Di
antara rumusan- rumusan yang dapat dibuat adalah seperti berikut :

a. Dapatan secara keseluruhan telah menjawab masalah utama kajian iaitu mengenai tahap
tekanan kerja dan burnout secara keseluruhannya terhadap kaunselor.

b. Dapatan kajian juga telah membuktikan faktor-faktor dominan yang menyumbang


kepada tekanan kerja di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching.

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

c. Dapatan kajian juga telah membuktikan faktor-faktor dominan yang menyumbang


kepada burnout di kalangan kaunselor sekolah menengah di bahagian Kuching.

Dapatan ini amat berguna kepada pihak pengurusan sekolah seperti Kementerian dan
Jabatan Pendidikan untuk melaksanakan corak pengurusan yang lebih baik. Secara keseluruhan
didapati bahawa para kaunselor amat mementingkan isu-isu yang berkaitan dengan tekanan kerja
dan burnout. Oleh itu adalah amat penting bagi pihak pengurusan atasan ( Kementerian, Jabatan
dan Sekolah ) melaksanakan aspek- aspek ini secara lebih berkualiti dan betul agar ia dapat
berupaya meningkatkan lagi kepuasan dan sekaligus dapat mengurangkan simptom- simptom
tekanan kerja dan burnout kaunselor.

Beberapa cadangan dapat dikemukakan bagi menambahbaikan kualiti perkhidmatan Kaunselor


Sekolah Menengah. Antaranya adalah caadangan yang boleh diambil oleh bagi Pihak Pengurusan
Sekolah termasuk Kementerian Pendidikan ,Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Kaunselor adalah:

a. Memperbaiki Persekitaran Am

Ciri-ciri fizikal sesebuah tempat kerja boleh menjadi faktor sama ada meredakan atau
menjadi sesuatu yang berpotensi mencetus tekanan dan keganasan. Justeru, perhatian utama
seharusnya diberikan kepada tahap dan cara-cara bagaimana pekerja terdedah kepada faktor-
faktor berikut dan kepada langkah mengambil penyelesaian memadai, sejajar dengan
perundangan sedia ada, untuk menghapuskan atau mengurangkan sebarang kesan negatif
termasuklah kebisingan, bau, pencahayaan, suhu kelembapan, pengalihudaraan, habuk, getaran
dan bahan bercahaya.

b. Runding Cara

Sokongan psikologi dan runding cara kelihatan seperti satu aspek utama strategi
menghadapi dan mengatasi yang boleh diaktifkan dalam organisasi. Ini seharusnya dijalankan
secara berkala dan, terutamanya, pada waktu wujudnya tekanan emosi yang tinggi atau keadaan
ganas. Mangsa tekanan dan burnout boleh mengalami julat tindak balas yang luas mencakupi
keresahan., perasaan lemah dan terdedah, gangguan tidur, sukar menumpukan fikiran,
kejengkelan, fikiran dan khayalan melampau-lampau tentang sesuatu perkara, serta keinginan
untuk mengambil tindak balas.

c. Kemahiran Pengurusan Masa.

Pengurusan masa bermaksud memberi keutamaan matlamat dan meningkatkan


kecekapan bekerja. Ramai orang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang
penting dan akhirnya merasakan kejayaan mereka hanya sedikit. Yang lain menghabiskan masa
yang lebih lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Akhirnya mereka menghabiskan lebih
banyak masa di tempat kerja danmengabaikan tanggungjawab yang lain. Kemahiran pengurusan
masa membantu seseorang menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan
melakukannya dengan bijak. Kemahiran ini merangkumi memberi tugas/kuasa kepada orang lain,
mengurangkan gangguan, menetapkan masa, menggunakan sumber-sumber penjimatan masa
(seperti komputer).

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

d. Kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah.

Kemahiran penyelesaian masalah dapat membantu seseorang menangani masalah secara


rasional dan merancang penyelesaian secara sistematik. Pertama, kemahiran ini melibatkan
sumbang saran dan menyenarai kesemua cara penyelesaian yang mungkin. Kemudian
kebolehlaksanaan setiap cara penyelesaian di nilai dan dipertimbangkan. Langkah sewajarnya
dilakukan berdasarkan cara penyelesaian yang paling boleh dilaksanakan.

e. Penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan

Seseorang yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan
burnout dengan baik. Mereka yang bekerja digalakkan melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian
kerana ia memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Agama
memberi sumber harapan atau pegangan kepada seseorang bila diperlukan.

f. Kemahiran relaksasi.

Tekanan dan burnout menyebabkan reaksi fizikal seperti ketegangan otot, denyutan
jantung menjadi pantas yang kemudiannya menyebabkan lebih tertekan. Mempelajari kemahiran
relaksasi dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, Relaksasi
Otot Progresif (Progressive Muscular Relaxation) dapat mengendurkan ketegangan otot
sementara kawalan pernafasan boleh menurunkan kadar pernafasan dan denyutan jantung ke
tahap normal.

g. Mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang

Setiap individu perlu mengekalkan cara hidup sihat dengan bersenam, makan makanan
seimbang, mempunyai tidur yang cukup, tidak merokok, minum alkohol, minum kopi secara
berlebihan atau bahan rangsangan. Mempunyai badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi
kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang perlu meluangkann masa
melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan berbuat demikian beliau dapat mengalih fikiran
beliau terhadap kerisauan dan mendapat persepsi baru untuk menyelesaikan masalah

h. Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah penting untuk dewasa bekerja.

Jika seseorang mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, beliau dapat
mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya, di samping dapat memahami reaksi
yang diberi. Maka dapatlah seseorang itu mengendalikan masalah dan tekanan dengan lebih
berkesan.

Kemahiran berkomunikasi yang berkesan termasuklah :-


• Asertif
• Mendengar dengan empati
• Memulakan perbualan
• Mengenalpasti perasaan

Stres di tempat kerja boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara tuntutan, harapan
dan kebolehan seseorang pekerja. Stres pekerjaan dapat dikurangkan sekiranya tuntutan dan
tekanan pekerjaan diimbangkan atau dipadankan dengan pengetahuan dan kemahiran pekerja.

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Pesekitaran kerja yang sihat adalah di mana pengurusan dan pekerja mengutamakankesihatan
dan promosi kesihatan di tempat kerja. Kebanyakan penyebab strespekerjaan berkait rapat dengan
reka bentuk kerja dan pengurusan organisasi.Stres pekerjaan dapat dikurangkan sekiranya pekerja
menerima sokongan yang baik dari pelbagai pihak.

Di dalam agama Islam sendiri terdapat usaha yang dilakukan untuk merawat masalah
kesihatan mengikut kaedah yang menggunakan pendekatan agama. Aspek agama dan kerohanian
semakin menjadi penting dalam bidang kaunseling dengan adanya organisasi profesional
mempraktikkan pendekatan ini dalam usaha mengurangkan stres pekerjaan. Pendekatan ini dapat
digambarkan menerusi amalan agama, sembahyang dan juga kepercayaan kepada tuhan.

i. Pendedahan kepada Pembangunan/Latihan Sumber Manusia Yang dinamik Dan


Mantap

Sumber manusia yang berkualiti tinggi merupakan aset penting yang perlu diberi
pendedahan dan latihan secara berterusan. Kepentingan pelanggan, ledakan teknologi maklumat
serta penekanan kepada pengetahuan menuntut kepada:
a. Kemahiran intelektual meliputi keupayaan analatikal dan kemampuan untuk belajar.
b. Kemahiran dalam pengurusan perhubungan yang meliputi kepelbagaian dalam tenaga
kerja dan juga kebolehan melaksanakan tugas secara berpasukan di dalam dan
melangkaui organisasi sendiri.
c. Kemahiran Teknologi dengan mempertingkatkan kemahiran dan kefasihan dalam
penggunaan teknologi maklumat dan kefahaman terhadap prinsip-prinsip utama dalam
pengurusan teknologi maklumat.
d. Kesedaran pada setiap masa menjaga keluhuran etika dan nilai-nilai
professionalisma perkhidmatan awam.
e. Kemahiran mengurus diri sendiri diikuti dengan kebolehan menjalankan tugas
tanpa sebarang penyeliaan.

6. RUMUSAN

Burnout dan tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud di kalangan
kaunselor. Ia boleh dianggap sebagai satu penunjuk kepada kesihatan mental guru.Oleh itu,
sekiranya tahap burnout tidak terkawal ia boleh membawa implikasi yang negatif kepada sistem
pendidikan secara keseluruhannya. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti
dipelajari oleh semua anggotadi dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan
boleh mendatang kesanyang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej
organisasi.

Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh
pengkaji seperti masa, bilangan dan ciri-ciri responden, dan ketepatan data yang diperolehi. Adalah
diharapkan agar pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini atau mengemukakan pendapat yang
hampir sama dengan kajian ini menyedari akan kekangan-kekangan yang telah mempengaruhi
dapatan-dapatan kajian ini.

Paper number: 9037529


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Diharapkan kajian ini dapat memberika sedikit gambar tentang tahap kemahiran yang ada
dimiliki oleh guru di dalam menangani tekanan.Oleh itu, adalah penting bahawa pemantauan
dibuat ke atas tahap burnout guru dari semasa ke semasa. Sebarang peningkatan dalam tahap
burnout kaunselor perlu diberikan pertimbangan yang serius dan tindakan perlu diambil untuk
mengurangkan masalah tersebut. Seandainya tidak, ia boleh membawa kepada kemerosotan
sistem pendidikan negara dan seterusnya menghampakan segala aspirasi negara.

Di samping itu juga, seperti mana tuntutan terhadap keperluan para guru atau penjawat
awam kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran, para kaunselor juga perlu melengkapkan
diri mereka dengan kemahiran teknologi. Ini kerana sukarlah bagi kaunselor menyediakan
perkhidmatan yang terbaik serta mewujudkan nilai tambah dalam perkhidmatan kaunseling yang
disampaikan khusunya kepada para pelajar. Peningkatan ilmu di kalangan kaunselor seiring
dengan tuntutan semasa perlu sentiasa diberi perhatian. Kaunselor yang kaya dengan
pengetahuan dan kemahiran amat relevan dan penting dalam era masyarakat yang berasaskan
ilmu iaitu knowledge-based society.

Dalam era ini, maklumat dan ilmu sentiasa bertambah. Setiap pembaharuan yang
diperkenalkan pada hari ini, mudah menjadi lapuk dalam tempoh masa yang singkat. Masyarakat
umum juga lebih berpengetahuan dan sentiasa mendapat pendedahan kepada maklumat terkini
menerusi pelbagai saluran, termasuk internet dan media asing. Oleh yang demikian, Islam sendiri
sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu.

Ini secara tidak langsung akan membuka minda para kaunselor khususnya seupaya lebih
bersedia bukan sahaja dengan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi memperlengkapkan diri
dalam mengaplikasikan secara parktiikal kemahiran psikologi dalam usaha memperkasakan para
pelajar. Tanggungjawab yang diberikan ini tidak harus dianggap satu beban tetapi satu amanah
yang harus dipikul secara bersama-sama untuk membina bangsa Malaysia yang bersaing maju.

7. RUJUKAN

Cordes, C. L. & Dougherty, T. W. (1993). A review and an interrogation of research on job


burnout. Academy of Management Review, 18 (4), 621-656.
Corey, M.S., & Corey, G. (1993). “Becoming helper”. (2nd edition). Pacific Grove, CA:
Brooks/Cole.
Cranswick, K. (1997). “Burnout: A Study of Level of Burnout and Factors Responsible For
Burnout in Rehabilitation Workers”. Journal of Rehabilitation Administration. 21(2).,
119-134.
Farber. B.A. (1991). Crisis In Education: Stress And Burnout In American Teachers. California.:
Jessey-Bess Inc., Publishers.
Fontana, D. (1989). Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd.
Hazler and Kotler (1994). “Preventing Counselor Burnout.” American Counseling Association.
Maslach, C. & Jackson, S.E. (1981). “The Measurement of Experienced Burnout.” Journal of
Occupational Behavior. 2. 99-113
Schulz, (2000). “Exploring the Counselor’s Experience Working with Perpetrators and Survivors
of Domestic Violence.”Journal of Interpersonal Violence, V.15 (4). April 2000,393-412.
Smith , J.C. (1993). “Understanding Stress and Coping .” New York: MacMillan Publishing
Company.

Paper number: 9037529

You might also like