You are on page 1of 3

Bincangkan pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu

tradisional.

Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7. Walau bagaimanapun,
pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah Melayu, negeri
Champa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China, Islam
dikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13. Namun begitu, Islam mula dibawa masuk
ke Tanah Melayu khasnya Melaka hanya selepas penghujung abad ke-14. Pemerintah
Melaka yang pertama menganuti Islam ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Penerimaan
agama Islam oleh masyarakat tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepada
akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain.

Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka,
kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini
berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah seperti
Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan
yang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan itu
adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai Aminul
Mukminin iaitu ketua kepada umat Islam. Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketua
agama Islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga
kebajikan rakyat jelatanya. Selain daripada peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulama-
ulama juga menjadi penasihat tentang agama Islam kepada raja. Kini, agama Islam telah
dijadikan sebagai agama rasmi.

Dari segi undang-undang, undang-undang Islam memainkan peranan dalam kerajaan-


kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Para ulama memainkan peranan yang penting dalam
perundangan Islam. Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang
bertulis seperti Hukum Kanun Melaka. Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu
yang lain pada hari kemudian. Sebagai contoh, Undang-undang 99 Perak dan Undang-
undang Pahang. Selain itu, undang-undnag syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti
hukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh dan sebagainya), jual beli, hal-ehwal
perkahwinan dan pembahagian harta pusaka juga diperkenalkan. Tokoh-tokoh yang akan
memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi. Walaupun hakim dan
kadi menjadi tokoh yang memelihara undang-undang, tetapi rajalah yang akan
menjatuhkan hukuman. Baginda akan menjatuhkan hukuman mengikut hukum adat dan
bukan hukum Islam.

Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup
mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadi
agama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Mengikut
agama Islam, ia menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme
dalam pemikiran mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik telah terterap ke dalam nilai
hidup msyarakat tempatan. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah
hidup yang berkaitan dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal,
kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam masyarakat tempatan. Agama Islam
telah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu
telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan
amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam. Agama
Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem
kasta. Mengikut agama Islam, semua umat Islam merupakan stu gagasan. Mereka
haruslah sentiasa beriman dan bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah
perpaduan masyarakat. mereka juga menganggap orang asing yang beragama Islam
adalah saudara mereka. Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat
bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga
diamalkan, contohnya membayar zakat, bekerjasama, bergotong-royong dan
kekeluargaan.

Islam juga memberi pengaruh yang kuat dari segi pendidikan masyarakat Melayu
tradisional. Pendidikan formal mula wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka dengan
kedatangan pada pendakwah dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan pusat
pendidikan, pusat kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara-
negara Arab, India dan Parsi. Di sini, mereka akan berbincang tentang hal-hal yang
berkaitan dengan agama Islam. Istana juga menjadi khazanah hikayat yang memberi
pengajaran agama bertemakan kisah para nabi, contohnya, Hikayat Abu Samah dan
Hikayat Nabi Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam dengan tujuan melahirkan
pelajar-pelajar yang tahu tentang agama Islam, memupuk akhlak mulia dan sebagainya.

Para ibu bapa sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka menghantar
anak-anak mereka ke rumah tok guru untuk menerima pelajaran agama. Pada peringkat
pertama, mereka akan belajar tentang muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang
betul. Pada peringkat kedua, mereka akan belajar tentang fardu ain dan akhlak mulia.
Pelajar-pelajar ini tidak dikenakan bayaran tetapi ibu bapa akan memberi penghargaan
dengan menghantar padi, beras, ubi sebagai membalas budi tok guru. Selepas peringkat
ini, mereka akan melanjutkan pelajaran ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajaran
tentang ilmu agama. Di sini, mereka terus mempelajari tentang al-Quran, mendalami
fardu ain pada siang pagi. Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran, iaitu
seseorang itu menghadapi kesulitan untuk memahami sesuatu kitab, mereka akan
hafalkannya sahaja. Walaupun pendidikan ini berbentuk formal, namun ia adalah kurang
teratur kerana bilangan murid yang tidak terhad dan gurunya berkhidmat secara sukarela.

Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan sebahagian daripada sistem
pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. Ia merupakan lanjutan daripada
sistem pendidikan di masjid dan surau. Di madrasah, kitab bahasa Arab atau kitab bahasa
Melayu yang ditulis ikut struktur Bahasa Arab digunakan. Kitab mereka dipegang atau
diletak di atas lantai dan kemudian tok gurulah yang akan menjelaskan pengertiannya
dengan menggunakan kaedah menadah kitab.

Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat pengajian tertinggi di Tanah Melayu.


Ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah pondok kerana
kesempitan wang. Sekolah pondok ini amat terkenal di negeri Kelantan sehingga negeri
ini digelar sebagai “Serambi Mekah”. Sekolah pondok juga wujud di Kedah, Perlis,
Terengganu dan Melaka. Sekolah ini didirikan oleh seorang guru atau ulama yang
kepakaran dalam ilmu agama yang dipelajari dari Mekah. Sebuah sekolah madrasah akan
dibina dan pondok-pondok kecil akan dibina juga oleh Pelajar. Mereka tinggal secara
berkongsi. Guru besar sekolah pondok dipanggil Mudir dan ketokohannya amat
dihormati oleh masyarakat. Mereka menekankan aspek agama dan matapelajaran seperti
saraf, tafsir, wujudiah diajar. Selepas 10 tahun, pelajar boleh melanjutkan pelajarannya di
Mekah atau berkhidmat sebagai guru dipondoknya juga sekiranya ia lulus.

Walaupun pengaruh Islam memberi kesan yang kuat dalam pelbagai aspek kehidupan,
namun setelah kedatangan British, pengaruh Islam semakin luntur. British telah
menggantikan atau memperkenalkan kaedah baru dala pentadbiran dan perundangan,
kehidupan seharian dan pendidikan. Semuanya ini telah menjadi asas kehidupan
masyarakat sehinggalah apa yang wujud pada hari ini.

oleh SP Star

You might also like