You are on page 1of 19

Jadual Spesifikasi Ujian

http://caeser-rio.blogspot.com/2012_08_01_archive.html

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan. Langkah Pembinaan JSU Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : langkah pembinaan JSU Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut. Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan. Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid. Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain. Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain. Rumusan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.

Membina Item Ujian


Membina Item Ujian Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item. Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti rajah berikut ;

rajah : langkah penyediaan item ujian Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran. Sebaik sahaja siap menyediakan JSU, kita telah bersedia untuk membina dan menulisitem-item ujian. Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semua item tersebut. Semakan ini perlu dibuat untuk memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab yang kurang tepat, bahasa soalan yang sukar difahami dan soalan yang tidak mengandungi klue ini tidak terjadi. Selepas semua item ujian disemak oleh penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai. Semakan dan penilaian ini perlu bagi memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab dalam bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami oleh murid, soalan dan kehendak soalan adalaj jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawab soalan. Soalan-soalan yang dibina adalah mencakupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan. Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluhan item/ kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-tem kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan murid sasaran. Posted by Caeser Rio at 20:20 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post Labels: Bmm 3103

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN
Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN
Definisi Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970)

Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN
Definisi Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Diagnosis
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa

bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Pencapaian
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan Penempatan


Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunseling


Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya,

mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian 1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. 2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. 3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. 4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya 5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. 6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. 7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. 9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian


Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ; i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. ii Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. iii Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian. iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan

menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang

sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran


Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian Definisi Sebuah proses yangSatu alat yang sistematikSebuah proses menentukan untuk menilai dan mengukurmenentukan perubahan peringkat perubahan dalam sesuatutingkah laku dan pencapaian danaspek tingkah laku. membuat pertimbangan prestasi seseorang nilai. individu atau murid Tujuan Bagi membuatUntuk menentukanMemberi maklumat pengelasan terhadappencapaian terhadaptentang pencapaian pencapaian dansesuatu pembelajaran objektif pembelajaran. kedudukan dalam Kaedah mengajar dan

pembelajaran kurikulum. 1. Set ujian bertulisPemerhatian Jadual dengan markah danUjian lisan Gred berdasarkan teknik gred Ujian bertulis perangkaan Proses Menjalankan prosesMenyediakan set ujianMenentukan kaedah perlaksanaan pengujian berdasarkan cara ujianpengukuran yang ingin menggunakan setyang ingin dijalankan. dijalankan dan melakukan ujian dan kemudianMelakukan pentadbiranproses pengukuran dan mencatat atausemasa menjalankan ujianpenganalisaan semasa merekod markahdan seterusnyapengukuran dilakukan. serta memberi gred menjalankan pemeriksaan Kemudian proses terhadap set ujian yanginterpretasi dijalankan telah dijalankan. sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan. Masa Selepas sesiSelepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan pembelajaran sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran liputan Terhad kepadaTerhad kepada sesuatuMenyeluruh terhadap sesuatu peringkatkemahiran atau sesuatu pembelajaran pembelajaran pembelajaran yang telahsehingga kepada disampaikan keseluruhan sesebuah kurikulum keputusan Menunjukkan Menunjukkan prestasiMenunjukkan pencapaian pencapaian secarasesuatu kemahiran ataukeseluruhan seseorang relatif penguasaan pembelajaranindividu namun tidak yang spesifik hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut. Bentuk

Rumusan
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Pentaksiran dalam Matematik

http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/pentaksiran-dalammatematik.html
5.1 Ujian Diagnostik Definisi Pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. Contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, anatara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pengujian. Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh. Penggunaan nombor dalam pengukuran dirujuk dalam definisi pengukuran oleh Stevens (1951). Mengikut Stevens, pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran matematik. Berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemulihan dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik iaitu dari aspek pengamatan penglihatan dan pendengaran dan angka.

Pembinaan Ujian Sebagaimana yang kita ketahui, penilaian bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. Oleh itu, pengujian merupakan alat pengukuran utama dalam penilaian. Ini bermakna keberkesanan penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut prinsip-prinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian. Sesuatu ujian yang dikatakan baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri yang istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. - Senarai kemahiran

Berdasarkan tujuan ujian, guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji. Biasanya, isi kandungan merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik matematik yang telah dipelajari oleh murid-murid. Adalah ditegaskan bahawa kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan ujian hendaklah berdasarkan senarai kemahiran matematik pemulihan khas. Selain itu, aras kemahiran hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian. Guru boleh menguji murid-murid dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dirujuk daripada senarai kemahiran. Biasanya, perkara-perkara yang hendak diuji dalam ujian diagnostik ini adalah semua kemahiran asas dalam sesuatu topik atau sesuatu unit pelajaran matematik. Misalnya, untuk mengesan bidang kelemahan murid-murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran seperti operasi tolak bawah lingkungan 50, guru boleh merancang satu ujian diagnostik dengan soalansoalan yang meliputi semua peringkat kemahiran operasi tolak.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)/ Jadual Penentuan Ujian (JPU) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) perlu dibentuk untuk membantu penggubal dalam tugas pembinaan item ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat mustahak kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah : 1. 2. 3. 4. Tajuk atau topik pengajaran yang akan diuji. Kemahiran yang akan diuji. Bilangan item ujian mengikut tajuk, dan kemahiran. Jumlah bilangan item ujian. Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas dan JSU telah disediakan. Penggubal soalan harus mematuhi JPU dalam perkara yang berikut : 1. 2. 3. 4. Tajuk dan topik yang akan diuji, dan pemberatannya. Kemahiran yang akan diuji, dan pemberatannya. Aras kesukaran soalan. Jenis soalan.

Apabila topik-topik matematik dan aras kemahirannya telah ditentukan, guru boleh menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topiktopik matematik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid-murid keseluruhannya. Dengan adanya JSU, kita dapat memastikan item/soalan yang dibina akan mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri keesahan dan keboleh percayaan. Ia juga dapat diuji secara keseluruhan serta pemberatannya mengikut aras kemahiran dapat dibahagikan secara sepatutnya.

Pentadbiran Ujian

Peranan utama guru di sekolah ialah sebagai tenaga pengajar. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, guru perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu diuruskan oleh guru dalam bilik darjah ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Susunan fizikal bilik darjah. Rutin bilik darjah. Pengumpulan murid. Suasana sosial. Disiplin bilik darjah.

Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian. Peringkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masingmasing. Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh guru. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh guru. Guru perlulah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian berakhir. Guru hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir. Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja mengutip skripskrip jawapan. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira.

Pentafsiran Ujian

Bagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara keseluruhan. Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar. Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.

Penyediaan hasil pembelajaran

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, guru boleh merancang aktiviti pemulihan dengan tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai kemahiran menolak dua digit dengan dua digit gandaan 10 tanpa sebarang kesilapan. Untuk merancang aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan matematik, iaitu : a) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan. mudah b) Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak daripada kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.

c) Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu digunakan supaya membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran. d) Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dipelajari dahulu. e) Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah kepada susah demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajari matematik. Pada peringkat permulaan, murid boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada akhirnya, murid harus dapat menyelesaikan masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar.

f) Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan masalah matematik secara bertulis. Penilaian ini akan menetukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak. 5.2 Rancangan Pengajaran Individu Merancang RPI

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI, dinyatakan juga tarikh perkhidmatan yang diberi. RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid menerima sebarang perkhidmatan yang sesuai atau pun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap. Melaksanakan RPI

Pada peringkat permulaan RPI, jawatankuasa perlu melibatkan pihak yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai pengetahuan dalam prosedur penilaian yang dijalankan terhadap murid dengan keperluan khas. Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan objektif, penambahan ataupun penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperolehi bagi sebarang perubahan, penamatan ataupun penambahan perkhidmatan. Pencapaian semasa bagi murid adalah satu kenyataan bertulis yang menerangkan berkenaan kekuatan, kelemahan dan stail pembelajaran murid dalam bidang akademik, vokasional, sosial, tingkah laku, persepsi, fizikal, komunikasi, kemahiran urus diri. Maklumat ini adalah maklumat terkini, disokong dengan data yang relevan daripada penilaian formal dan informal serta pemerhatian. Semua data disertai dengan penerangan yang menjelaskan fungsi murid. Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid dalam kemahiran, kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu.

RUMUSAN

Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama.Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjangpengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapatmemberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangkawaktu yang lebih panjang.Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui satu proses membuatpemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaianakademik pelajar di mana ia agaknya rumit dan susah, begitu juga dalam membina itemtersebut. Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian(JSU), ia sudah pasti sedikit sebanyakakan membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan atau jenis soalan yangbersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.Dalam pembinaan soalan mengikut aras, guru perlu memahami dan mengetahui araskemahiran yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Ia dapat memudahkan guru dalammembina dan menganalisis soalan dari aras rendah ke aras tinggi. Bagi soalan objektif kebanyakannya menggunakan aras yang rendah dan sederhana, manakala soalan eseilebih kepada aras tinggi seperti sintesis dan penilaian.Pembinaan Jadual spesifikasi Ujian penting kepada guru supaya dapat menstabilkantaraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari semasa ke semasa walaupun ianyadibina oleh orang yang berlainan. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan kesahandan kebolehpercayaan ujian dari segi kandungan. Melalui aktivitipenilaian, guru dapatmemastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

You might also like