You are on page 1of 28

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

1

PENDAHULUAN

Bidang fonetik dan bidang fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama
lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Matlamat tajuk ini adalah untuk
membantu kami mengenali bunyi bahasa Bahasa Melayu dan seterusnya mengenal
pasti alat-alat artikulasi atau alat pertuturan yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa tersebut. Selain dari itu, kerja kursus ini bertujuan untuk menjelaskan huruf-
huruf dan simbol-simbol fonetik, fonem, fonem segmental, fonem suprasegmental,
sebutan dan penyukuan dalam Bahasa Melayu. Kerja kursus ini juga membantu dalam
membuat latihan transkripsi sebutan penyukuan dalam Bahasa Melayu.

Fonetik merujuk kepada bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Fonologi pula sebagai satu cabang ilmu yang mengkaji selok-belok tentang
sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang
lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Perbezaan
antara kedua-dua bidang.














FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

2

TEORI FONETIK DAN FONETIK






























DEFINISI FONETIK
Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan

dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Kamus Oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English
(1992:671)

fonetik merupakan the study of speech sounds and their production.

Mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873),
fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group
of languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan
definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa.
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

3
































DEFINISI FONOLOGI
Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.(edisi 4, 2010 )



Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa
mengikut fungsinya.



Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi
terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertiantentang
fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah sub bidang linguistik yang
mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah
fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa
tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.



Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi
dalam sesuatu bahasa itu.(1993:40)




FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

4



FONOLOGI












1.1.1 FONETIK




Fonetik - kajian yang ditinjau dari segi
bahan fizik atau jizim yang
mewujudkan bentuk ucapan.
Sifat bunyi atau fonetik
akustik
Alat-alat yang
menghasilkan bunyi atau
fonetik artikulasi
Pendengaran, iaitu bunyi
yang keluar dari mulut atau
fonetik auditori

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui
mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.
Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang
bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu,
bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang
bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi
FONETIK FONEMIK
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

5


PERBANDINGAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGI
Fonetik Fonologi
Fenomena bunyi atau pertuturan
manusia seluruhnya.
Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik tinggi,
iaitu morfologi dan sintaksis.
Tidak dapat memerikan seluruh bunyi
yang dihasilkan oleh manusia, tidak
dapat menghalusi segala variasi bunyi
tersebut dan tidak dapat menghuraikan
sistem bunyi semua bahasa yang
dituturkan oleh manusia dengan
sempurna.
Dapat merumuskan, menghuraikan dan
menjelaskan segala bentuk bunyi
dalam sesuatu bahasa secara teliti dan
terperinci dengan tujuan untuk
menentukan peraturan dan bentuk
bunyi secara spesifik.





















FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

6


FONEM SEGMENTAL DAN SUPRASEGMENTAL

FONEM SEGMENTAL

Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Terdapat dua bentuk
fonem iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.
Fonem segmental fonem ialah fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan
kontinum (berterusan) kepada segmen (penggalan) yang bererti. Contohnya, dalam
pasangan perkataan /pala/ palang dan /gala/ galang, /p/ dan /g/ dianggap dua fonem
yang berbeza.

Terdapat tiga kaedah yang lazim digunakan untuk mendeskripsi fonem iaitu
analisis deskriptif, analisis fitur distingtif dan analisis prosodi (Abdullah, 1980).
Kaedah analisis deskriptif dianggap cara tradisi dan masih popular hingga kini. Kaedah
ini bertumpu pada analisis fonem penggalan yang dianggap cukup mudah difahami dan
masih banyak faedahnya.
ANALISIS DESKRIPTIF

Bunyi-bunyi bahasa diujarkan secara kontinum. Untuk kemudahan analisis,
bunyi-bunyi bahasa itu dipenggal dan dinamakan fon. Fon ditulis dalam tanda kurungan
siku [ ]. Jumlah fon itu terlalu banyak. Jadi, setiap fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik
yang sama digolongkan dalam satu keluarga. Setiap satu keluarga fon itu dinamakan
fonem. Fonem ditulis dalam tanda garing miring / /. Setiap fonem perlu berkontras
dengan fonem yang lain.

Sebagai contoh, secara kasar perkataan [nona] mengandungi empat fon iaitu
[n], [o], [n], [a]. Kita ambil fon [o] sebagai contoh. Berdasarkan kajian fonetik kita
mengetahui bahasa fon [o] dalam perkataan itu disengaukan menjadi []. Kita juga
mengetahui bahasa [o] boleh disebut [] dan boleh juga disengaukan. Jadi sebenarnya
ada empat fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama, dengan sedikit perbezaan
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

7

tanpa mengubah maknanya dalam pasangan terkecil berkontras (pasangan minimal).
Dengan kata lain, keempat-empat fon itu dapat digolongkan dalam satu keluarga yang
dinamakan fonem, iaitu fonem /o/. Fonem /o/ mempunyai empat variasi bunyi yang
dinamakan alofon. Fonem /o/ itu juga mempunyai fungsi yang berbeza (berkontras)
dengan fonem-fonem lain seperti /n/ dan /a/.

Mari kita perhatikan satu contoh lagi yang lebih halus iaitu bunyi letupan dua
bibir tak bersuara [p]. Dalam bahasa Melayu fon [p] mempunyai dua cara sebutan, iaitu
yang diujarkan dengan sempurna dan yang tidak sempurna sebutannya. Sebutan [p]
dalam perkataan [puyu] dan [sapu] sempurna. Sebaliknya, sebutan [p] dalam perkataan
[atap
>
] tidak sempurna. Ciri tidak sempurna itu diberi tanda [
>
], yakni tidak diletupkan.
Jadi ada dua jenis letupan bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [p
>
]. Oleh sebab ciri fonetik
kedua-duanya serupa, maka [p] dan [p
>
] digolongkan ke dalam satu keluarga atau
fonem /p/. Jelas pula fonem /p/ mempunyai dua variasi bunyi yang dinamakan alofon
iaitu [p] dan [p
>
]. Fonem /p/ juga mempunyai fungsi yang berbeza (berkontras) dengan
fonem-fonem lain.
ANALISIS PENYEBARAN SALING MELENGKAPI

Fonem /p/ mempunyai alofon, iaitu [p] dan [p
>
]. Alofon [p] dipakai dalam
lingkungannya sendiri, iaitu [paya] dan [sapa], dan [p
>
] dalam lingkungannya pula iaitu
[atap
>
]. Lingkungan-lingkungan pemakaian alofon dari satu fonem ini dikatakan
penyebaran. Perhatikan contoh di bawah ini:
Awal Tengah Akhir
[padi] [dapat] [atap
>
]
[pagi] [tampi] [tetap
>
]
[pula] [tumpul] [kedap
>
]
[puan] [tampar] [ranap
>
]
[parah] [lampin] [kurap
>
]

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

8


Contoh di atas menunjukkan alofon [p] tersebar di awal dan di tengah kata.
Alofon [p
>
] pula tersebar di akhir kata. Hal ini berlaku disebabkan sifat fonetik bunyi
yang sentiasa menyesuaikan dirinya dengan lingkungannya. Walau bagaimanapun
perbezaan itu tidaklah cukup besar sehingga menjadi bunyi yang berlainan. Jadi
hendaklah diketahui ciri fonetik yang boleh membezakan fonem dan yang hanya
merupakan perubahan bunyi menurut lingkungannya.
ANALISIS PASANGAN TERKECIL BERKONTRAS

Cara yang mudah untuk menentukan taraf dua bunyi yang berlainan (sama ada
dua alofon daripada satu fonem atau dua fonem yang berlainan) ialah dengan mencari
pasangan terkecil perkataan yang mempunyai bentuk fonetik yang sama, dan dua bunyi
itu dapat dikontraskan. Pasangan perkataan itu hendaklah terkecil, yakni belum
menerima imbuhan. Pasangan terkecil berkontras bermaksud dua bunyi dapat
membezakan erti sepasang perkataan. Perhatikan contoh yang berikut:
Pasangan Terkecil Berkontras: Vokal
[alu] - [ulu]
[cari] -[curi]
[aci] -[acu]

Pasangan Terkecil Berkontras: Konsonan
[pagi] - [bagi]
[tapi] - [tali]
[kapal] - [kapas]

Pasangan [alu] dan [ulu] berbeza pada [a] dan [u] sahaja. Dengan sebab itu /a/
dan /u/ dianggap fonem yang berlainan. Begitu juga dalam contoh [pagi] dan [bagi].
Yang membezakan kedua-duanya hanyalah [p] dan [b]. Oleh hal yang demikian /p/ dan
/b/ dianggap fonem yang berlainan.
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

9


ANALISIS LAIN

Ciri yang dapat membezakan fonem dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada
iaitu keadaan pita suara, daerah sebutan, cara sebutan.

Keadaan Pita Suara Keadaan pita suara itu boleh menjadi ciri fonetik yang dapat
menentukan sama ada dua bunyi itu sebagai fonem yang berlainan atau tidak.
Pasangan perkataan [upah] dan [ubah], dikatakan sama dalam semua hal melainkan
pada bunyi [p] dan [b]. Bunyi [p] dan [b] itu pun serupa dalam cara dan daerah
sebutannya. Kedua-duanya diujarkan secara letupan dan kedua-duanya diujarkan di
daerah bibir. Yang berbeza hanya sedikit, [p] diujarkan tanpa menggetarkan pita suara
dan [b] dengan menggetarkan pita suara. Oleh sebab [p] tak bersuara dan [b] bersuara
maka pasangan terkecil seperti [upah] dan [ubah] itu berkontras, yakni berbeza ertinya.
Dengan itu /p/ dan /b/ menjadi dua fonem yang berlainan.

Daerah Sebutan Daerah sebutan juga dapat membezakan fonem. Dalam pasangan
terkecil [padi], [tadi] terdapat [p] dan [t] sahaja yang berbeza. Bahagian lain pasangan
itu sama. Sedangkan [t] dan [p] itu pun banyak persamaannya. Kedua-duanya diujarkan
dengan cara letupan dan kedua-duanya tak bersuara. Yang berbeza hanya dari segi
daerah sebutan, [p] dihasilkan di daerah bibir dan [t] di daerah gusi. Oleh sebab
perbezaan tersebut, maka pasangan [padi] dan [tadi] sudah berkontras, kerana makna
setiap satunya berlainan. Dengan itu /p/ dan /t/ menjadi dua fonem yang berlainan.

Cara Sebutan Cara sebutan juga boleh membezakan makna fonem dalam
pasangan terkecil. Dalam pasangan [bata] dan [mata], hanya [b] dan [m] yang berbeza.
Kedua-dua [b] dan [m] dihasilkan di daerah bibir. Kedua-duanya bersuara. Yang
berbeza ialah [b] diujarkan dengan cara letupan dan [m] dengan cara sengauan. Oleh
itu /b/ dan /m/ menjadi dua fonem yang berlainan.

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

10

KELAINAN DAN VARIASI BEBAS
Kadang-kadang dua fonem yang didapati tidak berkontras dalam pasangan
tertentu, misalnya: /agama/, /ugama/ dan /igama/. Dalam hal ini /a/, /u/ dan /i/ adalah
fonem yang berlainan dan didapati tidak berkontras dalam satu perkataan ini. Kejadian
ini dipanggil kelainan bebas. Fonem /a/ mempunyai kelainan, iaitu /u/ dan /i/. (Dalam
ejaan bahasa Melayu, hanya satu sahaja yang diterima, iaitu, agama.)

Ada juga kejadian alofon satu fonem tersebar dalam satu lingkungan tanpa
berkontras. Misalnya [btl] dan [botol] tidak berbeza. Dalam hal ini [] dan [o] bukanlah
dua fonem yang berlainan, malah hanya alofon fonem /o/. Kejadian ini dikatakan variasi
bebas. Sistem ejaan hanya menerima botol.

FONEM SUPRASEGMENTAL

Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi
yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan,
kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.

Tekanan
Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.
Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan
berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh
dipanjangkan. Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti ki ta, ba pa,
sa tu dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna.
Contohnya, Prog res bermaksud kemajuan (kata nama) Pro gres bermaksud
memajukan (kata kerja) Dengan perkataan conduct insult dan semuanya boleh
membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada
suku kata yang berbeza.



FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

11

Kepanjangan
Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada
perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini
juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab,
Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan
tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya
setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan
ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan
ini digunakan. Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk.

Jeda
Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai
tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau
persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna.
Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar
dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang
boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin).
Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut:

Belikan + tin membelikan tin = tin yang dibeli
Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli
Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk
membezakan makna ayat.

Contoh :
Saya membaca buku kakak boleh dibezakan seperti berikut,
1. # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan
kakak)
2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya
membaca buku)

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

12

Tona
Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai
tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk
membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar,
seperti ibu. Kedua tona meninggi, contoh guni. Ketiga tona turun-naik, contoh kuda
dan akhir sekali tona menurun, contohnya marah. Yang kedua memakia tanda
nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi (keras)
menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah
(lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan
empat.

Intonasi
Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut
lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam
ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula meninggi
apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda,
tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam
pertuturan seharian.













FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

13


TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN

we]p44C+ w`Cg4+ w`C
CC+ we]CE4+
we]444+ wOE]E
+ w)g+ weC)C+ wgC
)O+ wpCCC+
we]CE4+ w4C-C-+
w)CC+ w+C)C)+ wEC
+ w-)_4CgC+ wCOCp
)C+wEC+ wEC+ w-C)
OC-C+ wp]pC_C)+ w-pC
_C)+ w-)C]g+ w-)+ w]
_CC+
w))+ wp]g4OO4+ w-C
+ wp]p)]C+ w-]C+
w444C+ w444g+
w-)CCO)+- w4)CO+w-4)
CO+ wO)Cg+ wp]4CC
+ wO]_4_4gC+ w]))
+w-]))+ wg]-C]CC+
wOC)+w-OC)+ w-C+ w
O]_4CgC+ w]-)g)
4+ w]pC^Cg+ w+
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

14

C)C)+ wEC+ wp]CC
gC+ wpCCC+ we]CE
4+ w-)C]g+ wEE+ w-^
)C4+- w4]4CO)+ wg))+ wO]
4444C+ wpCCC+ we
]CE4+
w4O4O+ w4]C+ wO]OO4^
C)+ w)C4+ w-)C4+ w4]
]-))+

w`]-CCgC+ wg]
C4CC+ w)g+ weC)C+ w)
)+- w4]^C4C+
wpCCC+ wpCCC+ we
]CE4+ wpCg4+ wp4gC+ w
C_)+ w-)O4^C)+ wE]+
wO]444+ w-)C]g+
w4]4]44+ wCCC+ w4
]4CO)+ wpCCC+ w))+
wO]4OCgC+
wpCCC+ wO))g+ w]O4
C+ wC-)+- w])COC+ wO
4+ w4)-Cg+ wpE]+ wO]
C4CgC+ wpCCC+ wpC
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

15

CC+ we]CE4+ wpCg4+
w))+ wC-CC+
w-)C]g+ wEE+ -w^)C
4+ wC4C4+ w-)C]g+ wg]-
C+

we]p44C+ wpCg4+ w-C
CO+ wpCCC+ we]CE4+
w))+ wC-CC+ wp
]-CCgC+ wg]OC-
C+ w]CC+ weCg4-^C
+ w]4)CO+ w44+ wCgC
+ w-)p4^)gC+ w)C)44
+ wC44+ w44+ wC44+ wp
4^)+ wC+ w))+ wO]
C+ w-)^C4CgC+ wE
]+ wC44g+ wCC+ wC
OC-+ we]444+ wp])
C4+ w]p44C+ wpC
g4+ wEC+ w-)4]COgC
+ wO]444+ w]CC+ wp
Cg4+ w`CCC+ wg
]pCCC+ wC4C4+ wO]
444+ w)C)+ wp4^)+ w4
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

16

4+ w-CCO+ wpCCC+ w
g)4C+- wp4gC+ wO]4
44+ w]p44C+ wE_C4+ wC
4C4+ wO]4
44+ w)C)+ wp4^)+ w44
+ wC)+ w]O]4)+ w`C
CC+ w_])O+


















SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

17

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama.
Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah)
diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas perbandingan .
Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan
bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan
peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku.
Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai a codified form of
language, accepted by and serving as a model to a larger speech community. Definisi
oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa
baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum
serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.
Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai
oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang
ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa
baku.
Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai
variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga
mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang
daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk
sebagai dialek.
Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa
bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil
pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa
sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu
bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai
peraturan.

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

18

Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak
bersistem dan berperatura. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai
peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi
yang tidak dikodifikasi mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza
daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa tersebut.
Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan
masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia
boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini
digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang
berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana
penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai
bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka,
Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah
tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi,
bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses
perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini
Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya.
Menurut Profesor Nik Safiah Karim : Bahasa Melayu standard ialah
variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara
ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha
menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak
variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan
Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri.
Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu
Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini
merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa
Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

19

Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada
ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini
pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : Sebutan baku
yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi
huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf
asing seperti Bahasa Inggeris.

MATLAMAT BAHASA MELAYU BAKU
Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika
dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang
mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi
negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa
Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan
bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya
yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail,
2008 bahawa:

Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem,
dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah
diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh .

Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu
khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan
Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran
dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik
bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian
tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi
kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya.

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

20

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan
sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku
mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut
Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan
baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan
menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan
khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan
bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang
dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
2. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan
pengguna bahasa.
3. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya
sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan
dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan
istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.
4. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta
mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta
menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang
dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah
berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah
bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

21

Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak
ada huruf yang senyap.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti
berikut :

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

FONEM-FONEM DALAM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

Huruf dan fonem vokal a

Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada
terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut seperti
mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

Contoh:

Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan
A [a] saya
berapa
apa
[sa ya]
[be ra pa]
[a pa]
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

22


Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i.

Mengikut sebutan baku fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i
perlu dibunyikan seperti mana dieja.
Contoh:
Alih
Mukim
Hasil
[a lih]
[mu kim]
[ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u.

Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u
perlu dibunyikan seperti mana dieja.

Contohnya:
Ejaan Sebutan baku
Betul
Lanun
tutup
[be tul]
[la nun]
[tu tup]


Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa
Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.



FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

23

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan Sebutan baku
Pengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa
Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.


















Ejaan Standard Sebutan baku
i) Bahasa Indonesia
Sama bunyi
Anda
Merdeka
Berbeza bunyi
Bangsa
ii) Bahasa Arab
Sama bunyi
Fatwa
Takwa
Beza bunyi
Makna
iii) Bahasa Inggeris
Frasa
drama



[an da]
[mer de ka]


[bang sa]

[fat wa]
[tak wa]

[mak na]

[fra sa]
[dra ma]
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

24


Intonasi dalam Bahasa Melayu

Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap
dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu,
sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang
atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan
digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4.
Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling
tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi
bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat
membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi
menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:

1. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti
kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian,
ketakutan dan ratusan sikap yang lain.
2. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap
sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau
pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.
3. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding
dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan
menekankan kata yang membawa makna tersebut.
4. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi
wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu
berita dengan berita yang lain.
5. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran
yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau
ungkapan dalam ucapan.
FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

25

6. Fungsi indexical: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali
seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang
berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

Sebutan bagi Nama Khas

Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan
orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.
Contohnya:

Ejaan Sebutan
Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]
James Bond [jms bnd]
Nelson Mandela [nl.sen man.d.la]
Lim Keng Yaik [lim kng yk]
Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan
sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.
Contohnya:
Ejaan Sebutan
Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul h.san]
Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang [pyong.yang]
New Zealand [niu zi.lnd]
Sunway Lagoon [sun.wi le.gun]


FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

26


Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang
atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan Sebutan
Bank Bumiputera [bangk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia [ra.dio t.l.vi.syen me.l.sia]
Universiti Teknologi Malaysia [u.ni.ver.si.ti tk.no.lo.gi me.l.sia]
Agensi Pengiklanan Multimedia [a.gn.si pe.ngi.la.nan mul.ti.m.dia] atau [a.gn.si
peng. ik.la.nan mul.ti.m.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau
bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim
menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau
nama yang penuh.
Contohnya:

Ejaan Sebutan
Felda [fl.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO [yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization)
UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

27

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan
Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf
Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.
Contohnya:

Ejaan Sebutan
DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM [ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK [j.k.k.k] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung)
RTM [ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO [pi.l.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)


















FONETIK DAN FONOLOGI BMM3108

28



RUJUKAN

Norhashimah Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

You might also like