Semantik. Perubahan Makna. 1) Pendahuluan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.

Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk

mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantic, yang

sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. atau ‘erti’. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’

Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-

macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi ‘makna’.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan dari majalah Dewan Bahasa dan internet. Matlamat utama kajian ini,

secara ringkas. yakni bentuk dan maknanya. jenis-jenis makna. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan. 3) Perkataan dan Makna Perkataan. Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968). dapat diteliti dari pelbagai sudut. perkataan dan perubahan makna. dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.adalah untuk menunjukkan bagaimana. pada umumnya. ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’. Misalnya kata ‘dua’. . peribahasa (termasuk simpulan bahasa). sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Manakala. perkataan. Dalam pada itu. ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’. kata ‘beras’. iaitu d u a dan maknanya. menurut pandangan ahli-ahli bahasa. misalnya. adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna. ayat. semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek – aspek seperti erti dan rujukan. ada bentuknya yang terdiri. Semantik pula. berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi dua bahagian. Semantik dalam bahasa. dan unsur semantik dalam nahu. 2) Semantik Kata “semantik” ini. perubahan makna.

seperti kata dalam. bentuk kata. Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. dan rendang. makna yang pelbagai.Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak. ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain. Dengan mengambil kira konteks. jerit. Selain itu. Oleh sebab ada pelbagai jenis kata. perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik. maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasabahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama). Semantics. makna yang pelbagai dapat dielakkan. semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga. konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech. Demikian juga mawar. orkid. teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. teratai. Contohnya. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus. hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya. 4) Konteks dan Makna Dalam hal komunikasi. semak. antonim (makna yang berlawan). walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau . 1974). unsur ketaksaan.

Misalnya. dalam ujaran. konteks amat perlu. Umpamanya. seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata adjektif. pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya. makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal.tulisan kita. atau tempat. tolong halau kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun. untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna. Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. rumah. Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. atau dalam konteks penggunaannya. kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Dalam hal ini. untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna . dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan. Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953). bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan. Kamal! Kambing!. Misalnya. yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal. selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga. Mungkin.

5) Perubahan Makna Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam bahasa.perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya. misalnya memberikan enam sebab utama bagi . Dalam kedua – dua situasi tadi. makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang berbeza – beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia. Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962). terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan. ujaran kata ‘cantik’. benda dan sebagainya. pengkaji bahasa. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh Menurut mereka. kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik. amat kabur maknanya. kata ‘cantik’ memang tidaklah sama. maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas. Misalnya. sentiasa mengalami perubahan. Oleh itu. atau untuk memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam permainan bola sepak.

teknologi dan hubungan sosial masyarakat. tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah. Ini bermaksud. keperluan untuk kata baharu. Menurutnya.perubahan makna dalam bahasa. makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan. ada metafora. Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. pejorasi. Tetapi. metonimi. sebab-sebab psikologi. tetapi makna barunya sekarang kumbahan. dalam ayat seperti ‘Kita perlu berhatihati ketika menangani kes ini’. pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. pokok (nurseri). contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit. dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Demikian juga kata tangan. pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar. Selain itu. Misalnya. makna diubah untuk mencakup makna meliputi merawat sisa ‘menguruskan’. “Gejala disebabkan Umpamanya. pengaruh luar. makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa. . sebab-sebab sosial. kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. mengendalikan’. kata belayar. Atau. hiperbola. menjadi makna positif Ada kalanya makna negatif berubah penggunaan dalam bahasa. sinekdoksi. litotes.

kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang. tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti ‘ kawasan perumahan’. Demikian juga kata datuk.orang tertentu kerana jasa – jasa mereka. kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’. pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’. disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga. banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. dan konsep – konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. tabu menjadi . kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif. Kata – kata yang merujuk kepada objek. Faktor – factor seperti emosi. banyak kata mengalami perubahan makna. Dalam arus perubahan zaman. institusi. Misalnya. malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang .penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Perubahan – perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab – sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri. Misalnya. idea.” Dalam contoh ini. Selain itu. kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal. tetapi sebagai suatu kejadian. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang – bidang baharu dalam satu – satu budaya masyarakat bahasa. kata taman. Bahasa juga berubah kerana sebab – sebab sosial.

iaitu kencing atau buang air kecil. tetapi ungkapan buang air atau ‘ saya hendak ke tandas’. daging ayam. ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah. . Sedangkan makna dalam kamus adalah ‘isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan. 1994). maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama. budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat. Dalam Bahasa Melayu. Selain itu. Umpamanya. Misalnya. disebut daging kambing. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif. yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini. tidak sopan kalau dikatakan ‘saya hendak kencing’ di khalayak ramai. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan. sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme. perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang Perubahan – dahulu digunakan membawa konotasi negatif. unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. atau daging arnab. kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada ‘daging lembu’ sahaja tetapi bagi daging lain pula.punca perubahan makna dalam bahasa. dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja.

maka ayat – ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa. taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang dijelaskan di atas. maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. 2) 3) 4) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. walaupun memenuhi aturan nahu.Ada juga makna yang diperluaskan. memandangkan ayat – ayat ini tidak betul dari segi semantik. seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani. maka perluasan makna bagi beberapa banyak perkaaan diperlukan. Justeru itu binaan atau ujaran ayat – ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. . Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik. Perhatikan contoh – contoh yang berikut: 1) Mereka – mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. Pekerja – pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti. Untuk menerangkan konsep – konsep baharu yang timbul akibat perkembangan sains dan teknologi. 6) Kesalahan Semantik dalam Bahasa Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa. atau tidak benar. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat.

5) 6) 7) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. perlu diperbetul menjadi ‘Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya’ atau ‘Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan’. taksa. apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7. sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua – dua ibu dan bapanya yang meninggal. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan di atas. yang sebenarnya tidak diperlukan. . Demikinalah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Umpamanya. Dalam ayat. Dalam ayat – ayat di atas. 6 pula. tidak jelas siapa yang meninggal dunia. bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya. yakni makna yang berlehihan. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor. mereka – mereka dalam ayat 1 adalah kelewahan semantik. Demikian juga dalam ayat 2. Ayah menghadiahkan saya jam tangan. atau kabur. dan jika tidak. dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya. aspek makna menjadi penting dalam bahasa. nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat – ayat tersebut.

semantik merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.Sesungguhnya. .

htm .Nathesan. http://www. “Semantik dalam Bahasa Melayu: Komprehensif.tutor. (2001).Bibliografi Majalah S.com.” dalam Dewan Bahasa.my/tutor/stpm/semantik/semantik. 21-28 Satu Pandangan Internet “Semantik”. 1(9).

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.