You are on page 1of 164

PANDUAN

PELAJARAN SEKOLAH SABAT

DEWASA

PPH 275/03/2013 (032131)

Carilah Tuhan dan Kamu Akan H idup


Pelajaran Utama Dari Para Nabi Kecil

Untuk Gereja Seventh-day Adventist Sahaja 1

2013
April - Mei - Jun

UNTUK KEGUNAAN UMAT KRISTIAN SAHAJA

PANDUAN PELAJARAN SEKOLAH SABAT DEWASA EDISI UMUM Carilah Tuhan dan Kamu Akan Hidup! Pelajaran Utama Dari Para Nabi Kecil oleh: Zdravko Stefanovi

April, Mei, Jun 2013

Terbitan Untuk Misi SDA Sarawak

Kandungan 1 Zina Rohani (Hosea)Mac 30-April 5 2 Cinta dan Penghakiman: Dilema Tuhan (Hosea)April 612 3 Tuhan Yang Kudus dan Adil (Yoel)April 1319 4 Tuhan Atas Segala Bangsa (Amos)April 2026 5 Carilah Tuhan dan Hiduplah! (Amos)April 27Mei 3 6 Bersedia Mengampuni to Forgive (Yunus)Mei 410 7 Umat Tuhan Yang Istimewa (Mikha)Mei 1117 8 Percaya Pada Kebaikan Tuhan (Habakuk)Mei 1824 9 Pada Hari Tuhan (Zefanya)Mei 2531 10 Perkara Pertama Didahulukan! (Hagai)Jun 17 11 Visi Tentang Pengharapan (Zakharia)Jun 814 12 Pemberian Syurga Yang Terbaik (Zakharia)Jun 1521 13 Jangan Kita Lupa! (Maleakhi)Jun 2228

PEJABAT PENERBITAN EDISI BAHASA MALAYSIA: Pengarah/Penerbit Eksekutif Konis S. Gabu - Nelson G. Bendah - Lim See Him Penyumbang Utama: Zdravko Stefanovi Pengarah Penerbitan: Washington Laung

Penterjemah/Penyunting: Lesaya Lopog Sorudim Mokuntil Modili Washington Laung Syerine Au Reka-Letak/Grafik Kulit: Lesaya L. Sorudim - Lecher A. Mudih

Tindakan Bukan Semula Jadi

eseorang pernah berkata bahawa minda itu tidak pernah puas. Ini adalah disebabkan ia berhadapan dengan satu paradox yang kejam: minda, yang boleh memikirkan kepada hal-hal yang abadi terdiri daripada bahan yang tidak abadi- dan, paling teruk lagi, minda itu sedar bahawa ia tidak abadi. Sama seperti ayam dan sotong yang akan mati, kita juga akan mati. Namun perbezaannya ialah bahawa ayam dan sotong tidak mengetahuinya. Sebaliknya kita tahu dan kesedaran terhadap hal itu menyebabkan kita mengalami kesusahan dan penderitaan yang besar. Bagaimanakah kita boleh termasuk dalam kucar-kacir seperti ini? Jawapannya ialah terdapat dalam satu perkataan: dosa. Dosa menuntun kepada kematian. Manusia berbuat dosa dengan demikian manusia akan mati. Ia tidak akan menjadi lebih mudah daripada itu. Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, karena semua orang telah berbuat dosa (Roma 5:12). Sememangnya manusia akan mati. Kenyataannya ialah: kita tidak seharusnya mati. Pada asalnya kita dicipta untuk hidup kekal. Pada mulanya rencana itu ialah bahawa kita akan hidup selama-lamanya. Oleh itu, kematian adalah satu penceberoboh satu-satunya tindakan yang paling bukan semula jadi. Kita sudah serasi dengan kematian sehingga kita menganggapnya suatu yang ringan; kita terima hakikatnya sebagai sebahagian kehidupan. Kematian sebagai sebahagian kehidupan kita? Jika hakikat itu kelihatan tidak masuk akal dan paradoksikal, ini kerana ia sememangnya demikian. Kematian itu bertentangan dengan kehidupan, bukan sebahagian aspek daripadanya. Pelajaran kita pada suku tahun ini adalah dalam konteks tersebut. Mungkin hal ini dapat diungkap dengan terbaik melalui petikan termasyur di mana Ellen G. White menulis bahawa tema agung Alkitab adalah pekerjaan Tuhan dalam meletakkan kemuliaan manusia pada debu tanah dan melakukan untuk manusia suatu yang bukan dalam kuasanya untuk dia lakukan bagi dirinya sendiriEllen G. White, The Faith I Live By, ms. 109. Apakah yang Tuhan lakukan untuk kita yang kita tidak berkuasa untuk melakukannya sendiri? Sudah tentu hal itu ialah menyelamatkan kita daripada kematian, satu tindakan paling tidak semula jadi; kematian kekal yang pastinya milik kita jika bukan kerana kasih kurnia Tuhan sebagaimana dinyatakan dalam rencana keselamatan. Dalam kata lain, ia merupakan satu panggilan kepada kita, baik sebagai individu dan sebagai sebuah gereja untuk mencari Tuhan dan hidup. 5

Itulah tema yang akan kita pelajari, iaitu tentang Tuhan melakukan apa yang kita tidak akan pernah mampu lakukan untuk diri kita sendiri iaitu memberikan kepada kita pemberian hidup kekal di dalam Yesus. Namun, kita akan mengkaji hal ini di tempat yang kita tidak selalu selidik, iaitu Para Nabi Kecil, dalam dua belas kitab kecil yang mengakhiri Perjanjian Lama. Para nabi ini telah digelar sebagai para Nabi Kecil bukan kerana peranan mereka kurang penting daripada para nabi yang lebih terkenal tetapi kerana tulisan mereka lebih pendek daripada tulisan para penulis kitab Perjanjian Lama yang lain. Sememangnya, sama ada melalui perkahwinan Hosea kepada isteri yang tidak setia, atau usaha Yunus untuk melarikan diri dari panggilan Tuhan untuk bernubuat, atau penglihatan Zakaria yang menakjubkan tentang Yosua dengan malaikat (dan bersama dengan semua yang lain juga)para Nabi Kecil secara bersama mempunyai satu perkhabaran hebat, suatu yang muncul berkali-kali, iaitu mengenai kasih kurnia Tuhan kepada orang berdosa yang tidak layak. Perkhabaran itu ialah bahawa Tuhan mahu menyelamatkan kita daripada dosa kita, meenyelamatkan kita daripada kehancuran akibat dosa, pemberontakan dan keingkaran. Berulangkali melalui buku-buku ini kita melihat Tuhan merayu kepada umatNya untuk bertaubat, untuk meninggalkan dosa mereka dan kembali kepadaNya dan mendapatkan kehidupan, bukan kematian; mendapatkan keselamatan, bukan penghukuman; pengharapan, bukan kekecewaan. Tidak ada yang bersifat kecil mengenai tema ini. Kebenarannya masa kini iaitu perkhabaran Tuhan kepada kita hari ini sama seperti pada zaman dengan 12 orang penulis ini, walaupun sudah lama berlalu, namun masih berbicara kepada kita hari ini juga. Persoalannya ialah, adakah kita akan mendengar? Sudah tentu kerana ia berkaitan hal hidup atau mati> Zdravko Stefanovi mengajar Biblical Studies di Adventist University of Health Sciences di Orlando, Florida. Dia berkahwin dengan Bozana, seorang professor matematik dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Keluarga ini menghargai kenangan manis 12 tahun melayani di Asia Timur dan juga 12 tahun mengajar di Universiti Walla Walla.

Pelajaran 1|30 Mac -5 April Zina Rohani (Hosea) ___________________________________________________________ SABAT PETANG
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Hosea 1:13, Yehezkiel 4:16, Hosea 2:12-18, 4:13, Yakobus 5:17, Wahyu 14:612. Ayat Hafalan: Aku akan menaburkan dia bagi-Ku di bumi, dan akan menyayangi Lo-Ruhama, dan Aku berkata kepada Lo-Ami: Umat-Ku engkau! dan ia akan berkata: Tuhanku! (Hosea 2:23). Intipati: Walaupun di tengah-tengah perzinahan rohani dan penghukuman Ilahi, kasih Tuhan terhadap umatNya tidak pernah pudar.

abi Hosea telah melayani pada waktu zaman kemakmuran sejarah bangsa Isarel sedang tiba di penghujungnya, sebaik sebelum bangsa itu ditawan oleh bangsa Asyur pada tahun 722 S.M. Pada masa itu, umat pilihan Tuhan tidak lagi menyembah Tuhan sahaja tetapi mereka juga beribadah kepada Baal, dewa orang Kanaan. Diletak sebagai buku pertama di kalangan para Nabi Kecil, kitab Hosea menangani persoalan utama pada waktu kemurtadan ini mengenai pemberitaan nubuatan yang telah disampaikan: Adakah Tuhan masih mengasihi Israel walaupun berlakunya kemurtadan ini? Adakah Dia masih mempunyai satu matlamat untuk mereka di sebalik keberdosaan mereka dan hukuman yang bakal menimpa? Kisah peribadi serta nubuatan Hosea tidak boleh dipisahkan daripada kitabnya. Sebagaimana nabi itu telah memaafkan isterinya yang curang dan bersedia menerimanya kembali, demikian juga Tuhan bersedia melakukan perkara yang sama untuk umatNya. Apakah yang kita boleh pelajari daripada pengalaman Hosea dan cara Tuhan untuk menangani Israel yang murtad itu?
*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 6 April. (Lo-Ruhama = Tidak Dikasihani; Lo-Ami = Bukan UmatKu)

AHAD

31 Mac

SUATU PERINTAH YANG GANJIL


Ketika TUHAN mulai berbicara dengan perantaraan Hosea, berfirmanlah Ia kepada Hosea: Pergilah, kahwinilah seorang perempuan sundal dan peranakkanlah anak-anak sundal, karena negeri ini bersundal hebat dengan membelakangi TUHAN. Maka pergilah ia dan mengahwini Gomer anak Diblaim, lalu mengandunglah perempuan itu dan melahirkan baginya seorang anak lelaki. (Hosea 1:2, 3). Selama beberapa abad, para pelajar Alkitab telah membahas sifat perintah ini dengan menanyakan soalan seperti: Adakah Gomer seorang pelacur atau hanya seorang isteri yang tidak setia? Adakah dia berkelakuan tidak bermoral sebelum berkahwin dengan Hosea atau adakah dia menjadi curang selepas berkahwin? Kita tidak tahu dengan pasti. Namun satu perkara yang nyata: apabila Tuhan berbicara kepada Hosea dan melalui dia, Tuhan mahu memalingkan perhatian umat itu daripada cerita Hosea kepada kisah cinta Tuhan terhadap Israel. Oleh kerana Gomer adalah dari suku Israel maka cerita perkahwinannya kepada nabi itu sebati dengan kisah perjanjian Tuhan dengan Israel. Terdapat beberapa perkara penting yang sejajar di antara cerita Hosea dengan pengalaman Tuhan bersama Israel. Pada tahap manusia, Gomer berlaku curang terhadap Hosea; pada tahap rohaniah, Israel berlaku curang terhadap Tuhan. Sebagaimana halnya sikap curang Gomer itu menyakiti hati suaminya, demikian juga kecurangan Israel telah menyedihkan hati Tuhan yang agung. Hosea telah dipanggil untuk bertahan menangani hati yang sedih dan pernikahan yang hancur. Sudah tentu dia telah mengalami kutukan dan penghinaan umum. Namun semakin dalam dia mengalami kecurangan Gomer, maka semakin dalam juga pemahamannya terhadap perasaan Tuhan terhadap umat Israel. Tuhan sering meminta para nabi lain melakukan sesuatu selain daripada berkhutbah. Sila baca ayat-ayat berikut dan bagaimana tindakan nabi itu melambangkan cara Tuhan menangani umatNya. (Yesaya 20:16, Yeremia 27:17, Yehezkiel 4:16). Apakah jenis kesaksian anda untuk Tuhan yang bukan sahaja melalui kata-kata tetapi juga melalui tindakan? Apakah yang ada dalam kehidupan anda yang bukan sahaja sekadar menyatakan bahawa anda seorang yang baik tetapi bahawa anda adalah pengikut Kristus?

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Hosea 2:23 Pelajar Akan:
Mengetahui: Menyedari ketidaksanggupan Tuhan terhadap dosa dan kasihNya terhadap umatNya. Merasakan: Memupuk perasaan kasih terhadap orang berdosa sebagaimana Tuhan mengasihi mereka. Melakukan: Berserah kepada rencana Tuhan dan memuji Dia kerana kita diterima olehNya.

II. Merasakan: Kasih Tuhan Yang Berkemurahan dan Tanpa Syarat


A. Apakah yang dikatakan hal ini mengenai kasih Tuhan dan ketidakterbatasanNya yang melampaui tahap pemahaman dan tingkahlaku kita sebagai manusia? B. Mengapakah Tuhan sangat mengasihi manusia? Mengapakah Tuhan sangat prihatin terhadap manusia? C. Bagaimanakah perasaan anda dalam mengetahui bahawa mereka yang bertaburan akan dikumpulkan dan ditanam semula, yang tidak dikasihi akan dikasihi semula, dan mereka yang disebut bukan-umatNya akan diangkat menjadi anakanakNya?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Tuhan Tidak Bertahan Keingkaran Yang Degil
A. Mengapakah Tuhan menyuruh Hosea mengahwini Gomer, wanita yang melakukan hubungan jenis dengan ramai lelaki? B. Apakah yang dinyatakan oleh pernikahannya mengenai keadaan bangsa Israel sebelum dibuang ke Asyur? C. Melalui contoh Hosea, bagaimanakah Tuhan membuat Israel menumpu kembali kepada keperluan untuk satu hubungan sejati dalam kehidupan?

III. Melakukan: Kasih Kurnia Tuhan Mengembalikan Keadaan


A. Mengapakah sikap mengampuni Hosea terhadap isteri yang curang sangat mengganggu dan penting kepada gereja kita hari? B. Bagaimanakah tindakan kasih kurnia Tuhan terhadap orang berdosa boleh membantu anda menangani mereka yang melakukan kesalahan terhadap mereka atau disekeliling mereka?

Ringkasan: Apabila kita kembalikan kepada Tuhan sebagai respon kepada panggilan kasihNya, Dia mengampuni, mengubah status kita, memberkati dan memimpin kita kepada hidup yang baharu. 9

ISNIN ZINA ROHANIAH

1 April

Sila baca Hosea 2:813. Apakah amaran yang diberikan di sini? Dalam

Apabila Gomer, isteri Hosea, melakukan zina, dia telah mengalami derita pengkhianatan, penghinaan dan keaiban. Kepada jiran tetangga dan para sahabatnya, Hosea telah menyampaikan satu perkhabaran Ilahi melalui perkataan dan tindakan: Israel, sebagai isteri Tuhan adalah sama seperti Gomer. Umat pilihan Tuhan telah melakukan dosa zina rohaniah. Nabi Yeremia menyamakan umat Tuhan yang tidak setia kepada seorang pelacur yang tinggal bersama-sama dengan beberapa kekasih walaupun Tuhan sudah banyak menyediakan keperluan mereka (Yeremia 3:1). Dalam cara yang sama, nabi Yehezkiel menyebut kemurtadan Israel itu sebagai sama seperti seorang isteri yang berzina yang telah berpisah dari suaminya yang sebenar (Yehezkiel 16:32). Atas alasan ini maka kemurtadan dalam Alkitab dipandang sebagai suatu zina rohani.

cara apakah kita, sebagai umat Seventh-day Adventist, secara prinsipnya boleh berada dalam bahaya melakukan perkara yang sama?
Ungkapan gandum, anggur dan minyak juga digunakan dalam buku Ulangan (Ulangan 7:1214) untuk menerangkan hasil utama Israel yang mereka nikmati secara berkelimpahan sesuai dengan janji-janji yang Tuhan telah berikan melalui Musa. Pada zaman Hosea, umat itu tidak bersyukur kepada Tuhan, mereka terlalu ghairah dengan dunia di sekeliling mereka sehingga mereka mempersembahkan pemberian ini, yang pada asalanya diberikan oleh Tuhan, kepada berhala. Ini merupakan satu amaran kepada kita bahawa pemberian yang diberikan kepada kita seharusnya digunakan untuk pekerjaan pelayanan Tuhan dan bukan dalam cara yang ia tidak dimaksudkan (Matius 6:24). Bagaimanakah Tuhan menganggap sikap kita yang tidak bersyukur dan kurang menghargai berkat yang Dia berikan? Apabila kita menyalahgunakan pemberian itu, hati dan tangan kita tertutup dihadapan Tuhan. Tetapi mereka yang menerima pemberian kasih kurnia Tuhan setiap hari dan setiap tahun dan menyalahgunakan penghasilannya, mereka juga mengabaikan jiwa-jiwa yang Yesus mau selamatkan melalui kematianNya. Cara penghasilan yang Dia telah berikan kepada mereka untuk membantu pekerjaanNya dan membangunkan kerajaanNya telah dilaburkan untuk rumah-rumah dan kawasan tanah, bermegah dalam keangkuhan dan kepuasan diri dan Pemberi pula dilupakan.Ellen G. White, Advent Review and Sabbath Herald, December 7, 1886. Fikirkan betapa mudah untuk mengambil pemberian yang diberikan kepada anda oleh Tuhan dan menggunakannya untuk diri sendiri atau malah memberhalakannya. Apakah cara-cara praktikal untuk menghalang dosa ini dalam kehidupan kita?

10

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Hosea 3:13
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan itu sama seperti seorang suami yang prihatin dan umatNya adalah isteriNya. Hubungan suami-isteri ini digambarkan dalam kehidupan Hosea, nabi Tuhan, yang Tuhan suruh untuk mengahwini seorang perempuan sundal. Kasih Tuhan yang dalam, mengampuni, lemah lembut dan berterusan merupakan contoh mengenai kesetiaan untuk hubungan kasih kita dengan Tuhan dan juga dengan pasangan kita. Hanya Untuk Guru: Pelajaran kita minggu ini memulakan pelajaran untuk suku tahun ini pada dua belas Para Nabi Kecil dalam Perjanjian Lama. Walaupun mereka disebut sebagai kecil, namun dua belas nabi-nabi ini adalah juga nabi yang utama atau besar. Perbezaan melalui istilah kecil hanya merujuk kepada kandungan kitab yang mereka tulis berbanding buku-buku tebal yang ditulis oleh Yesaya, Yeremia, Yehezkiel dan Daniel. Istilah dua belas telah disebut kali pertama pada abad kedua sebelum Kristus (sekitar tahun 180 S.M.) dalam buku apokrifal Ecclesiasticus (Sirach 49:10). Yosephus juga sedar mengenai istilah ini (Against Apion, 1.8.3). Adalah suatu menarik bahawa setiap buku dalam dua belas kitab ini dipetik sekurang-kurangnya sekali dalam Kitab Perjanjian Baru (nabi yang paling kerap disebut ialah Zakharia). Berikan tumpuan utama kepada makna nama-nama setiap nabi kecil ini kerana setiap nama secara am menyampaikan perkhabaran yang dikembang dan dijelaskan di setiap buku yang mereka tulis. Pembuka Perbincangan: Jika anda berpeluang mengubah nama anda, nama apakah yang akan anda pilih? Watak mana dari masa lalu atau masa kini yang ingin anda gambarkan dalam nama anda? Jika anda ingin memilih beberapa nama dan bukannya satu nama sahaja, nama apakah yang akan anda pilih? Mengapakah manusia menghargai bila anda mengetahui dan menyebut nama mereka? Apakah yang sangat berharga atau penting pada nama? Apakah yang dinyatakanya mengenai diri kita? Jika ada, bagaimanakah sikap kita digariskan oleh nama kita? Bagaimanakah namanama dalam Alkitab berfungsi berbanding dengan nama-nama kita? Soalan Untuk Perbincangan:: Mengapakah umat Tuhan memerlukan nabi? Apakah yang sangat khusus dan tidak boleh diganti mengenai peranan mereka? Mengapakah suara para nabi itu perlu diberi perhatian? Dalam cara apakah perkhabaran oleh para nabi ini secara umumnya positif atau negatif? Bagaimanakah kita boleh gabungkan dalam fikiran kita bahawa perkhabaran mengenai kiamat dan penghukuman dari satu sudut dan perkhabaran mengenai pengharapan dan pemulihan dari sudut yang lain dinyatakan dalam kitab yang sama?

11

SELASA

2 April

JANJI PEMULIHAN
Sila bacalah Hosea 2, apakah pesanan asas yang Tuhan ingin sampaikan kepada
umatNya? Bagaimanakah Injil dinyatakan dalam fasal ini? _______________________________________________________ Perkhabaran Hosea memaparkan kebenaran kasih setia Tuhan yang sangat besar kepada orang-orang yang tidak layak menerima. Hosea 2 mengandungi khutbah Tuhan yang panjang tentang kemurtadan Israel, yang kemudian dibandingkan dengan kasih Tuhan yang tiada batas kepada umatNya. Setelah penghakiman, suami akan memimpin isterinya berjalan di padang belantara, di mana mereka akan menikah kembali. Oleh itu, fasal ini berakhir dengan gambaran mengenai masa yang akan datang selepas penghakiman apabila Tuhan merayu bangsa Israel untuk mengasihiNya sebagaimana sebelum itu (Hosea. 2:12-15). Haiwan liar tidak lagi membaham dahan pokok anggur dan ara, tetapi menjadi pasangan dalam perjanjian yang baru (Hosea 2:18). Seterusnya, semua anak-anak akan mendapatkan nama baru dan menyatakan kembali keinginan Tuhan untuk menyembuhkan dan mengampuni pelanggaran umatNya pada masa lalu.

Tuhan

menawarkan pengampunan dosa kita dengan percuma. Berapa besarkah harga pengampunan itu? Apakah harga peribadi pelajaran ini kepada Hosea? Hosea 3:1, 2.

____________________________________________________________ Ketika membesar sebagai seorang lelaki di Israel, Hosea lahir untuk menikmati status dalam kelompok nabi-nabi. Tetapi keistimewaan ini datang bersama satu tanggungjawab yang besar. Seorang lelaki pada zaman Israel purba harus berusaha dengan sungguh untuk mengampuni dan menerima kembali isteri yang tidak setia, belum lagi termasuk menerima anak-anak orang lain dari isteri itu sebagai anaknya sendiri. Berdiri bersama isteri dan anakanaknya dan dengan demikian menerima penolakan masyarakat merupakan satu pengalaman yang sangat sukar dalam hidup. Namun demikian, Hosea membeli dia kembali. Dalam satu pengertian, Tuhan telah melakukan hal yang sama kepada umat manusia tetapi dengan harga yang mahal iaitu kematian Yesus di Salib. Hanya dengan memandang kepada salib maka kita dapat membayangkan dengan lebih jelas harga yang Tuhan harus bayar untuk membeli kita kembali dari kehancuran oleh kerana dosa.

12

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Nama Nabi Hosea bererti keselamatan, yang menjadi tema utama kitab yang ditulis olehnya. Perkhabaran ini menekankan kasih penebusan Tuhan terhadap orang berdosa yang dinyatakan melalui kisah hidup peribadi Hosea dan sikapnya terhadap isterinya yang curang. Sila berhati-hati untuk menyampaikan buku ini dalam cara yang sensetif kerana ia merupakan satu cerita yang menyinggungkan dan malah mempunyai unsur-unsur skandal. Jangan letakkan hukum Tuhan dan sifatNya yang pengasih dalam keadaan yang bercanggah; sebaliknya, tumpukan perhatian kepada mesej dramatik, khususnya kasih Tuhan yang menakjubkan dan kesetiaanNya sebagai Suami pada zaman ketika hukum buang negeri atau dilempar batu terhadap seorang isteri yang berzina adalah yang dijangkakan. Reaksi Tuhan terhadap kemerosotan rohani, moral dan politik dalam cerita itu menerangkan kepada kita tingkah lakuNya yang prihatin terhadap orang berdosa.

Ulasan Alkitab
Hosea merupakan nabi pada abad ke-8 sebelum Masehi dan dia melayani beberapa dekad lamanya (Hosea 1:1). Dia merupakan satu-satunya nabi yang datang dari Kerajaan Utara. Diutus oleh Tuhan untuk menyampaikan perkhabaranNya mengenai pertaubatan kepada kerajaan itu, tugas yang ditauliahkan kepadanya ialah membantu mengelak pembuangan ke negeri Asyur dan menghalang kejatuhan Samaria, ibu negeri Kerajaan Utara (722 B.C.). Jika hanya para pemimpin dan umat itu menuruti Tuhan, mereka tentu sudah dilepaskan daripada malapetaka itu serta tragedi yang telah menimpa kepada bangsa dan individu. Para nabi bukan sahaja jurucakap untuk Tuhan; kadang kala mereka diminta untuk menggambarkan melalui tindakan perkhabaran yang mereka ingin sampaikan sebagaimana dilihat dalam Yesaya (Yesaya 20:24), Mikha (Mikha. 1:8), atau Yehezkiel yang telah melakukan 12 tindakan secara simbolik (Yehezkiel 3:26, 27; 4:13; 4:4, 5; 4:68; 4:917; 5:14; 12:16; 12:1720; 21:6, 7; 21:1823; 24:1526; 37:1523). Tujuan tindakan simbolik ini ialah untuk menggoncang umat itu agar keluar dari kedegilan mereka dan memimpin mereka kepada satu keputusan baru untuk Tuhan dan kebenaranNya dan jauh dari dewa-dewa asing, kemerosotan moraliti dan tingkah laku yang tidak beretika.

I. Pernikahan Hosea
(Imbas kembali Hosea 13 bersama kelas.) Tuhan meminta Hosea untuk melakonkan dalam hidupnya mesejNya dalam cara yang terlalu luarbiasa, dramatik dan menakjubkan. Walaupun pandangan pakar berbeza berhubung beberapa aspek dalam pentafsiran Hosea 13, namun bukti terbaik ialah yang membawa kepada pentafsiran berikut: Nabi itu harus mengahwini Gomer, wanita yang mempunyai hubungan dengan ramai lelaki, yang sudah melahirkan anak hasil daripada hubungan haram (Hosea 1:2). Alasan itu diberikan: Negeri itu bersalah atas zinah yang paling dahsyat dalam perbuatan berpisah dari Tuhan. Oleh itu, kehidupan berkeluarga Hosea menjadi satu perumpamaan hidup untuk menggambarkan hubungan Tuhan dengan Israel. Hosea mempunyai tiga orang anak bersama Gomer, isterinya. Nama anakanak ini juga membawa satu mesej. Anak yang sulung ialah lelaki bernama Yizreel (maksudnya Tuhan menabur), disusuli dengan seorang perempuan bernama Lo-

13

RABU

3 April

KES TERHADAP ISRAEL


Hosea 4:13 memaparkan Tuhan sebagai pembawa tuduhan atau pelanggaran hukum, (bahasa Ibraninya rib) terhadap Israel. Bangsa pilihan itu kini didapati bersalah di hadapan Tuhannya kerana umatnya telah gagal mematuhi syarat-syarat dalam perjanjian itu. Kebenaran, belas kasihan dan pengetahuan tentang Tuhan seharusnya menjadi kualiti yang dimiliki oleh Israel dalam hubungannya yang unik dengan Tuhan. Menurut Hosea 2:1820, ini merupakan pemberian yang Tuhan anugerahkan kepada umatNya pada waktu perjanjian itu diperbaharui. Namun akibat daripada dosa, kehidupan Israel tidak memiliki ciri-ciri pemberian kasih kurnia ini. Jenayah yang telah disenaraikan oleh Hosea telah membawa bangsa itu hampir kepada keadaan anarki. Para pemimpin agama, para imam dan juga nabi sama-sama memikul tanggungjawab dalam merosotnya kehidupan Israel dan mereka dipertanggungjawabkan mengenainya. Hal itu merupakan satu tanggungjawab yang berat bagi mereka. Jika mereka tidak menangani penyalahgunaan kuasa dan tidak mengutuk tindak-tanduk yang tidak adil maka mereka sendiri akan dihukum oleh Tuhan. Dalam Perjanjian Lama, penyembahan berhala telah dianggap sebagai satu dosa yang paling serius kerana ia menyangkal peranan Tuhan dalam kehidupan bangsa itu serta umatnya secara individu. Oleh kerana iklim yang panas maka hujan di negeri Israel merupakan satu hal yang berkaitan dengan hidup atau mati. Bangsa Israel telah mengubah kepercayaan bahawa berkat yang mereka terima, seperti hujan yang memberi kehidupan, datangnya dari Baal. Dengan demikian, mereka telah membina beberapa kuil untuk dewa-dewa asing dan mula mencampuradukkan ketidakmoralan dengan penyembahan. Pada masa yang sama, ketidakadilan sosial berleluasa di negeri mereka. Masyarakat kaya dalam Israel mengeksploitasikan masyarakat yang miskin agar dapat membayar cukai kepada Asyur. Ramai yang mengamalkan pemalsuan dan penipuan (Hosea 12:7, 8). Melalui sikap seperti inilah yang membawa satu era kepada apa yang dulunya damai sejahtera dan kemakmuran menjadi pergolakan politik dan sosial. Bangsa itu hampir-hampir menuju kepada kacau-bilau sepenuhnya. Orang kaya lemah, yang mengaku sebagai melayani Tuhan, telah menjadi objek yang aib. Sementara mereka mengakui sebagai mengenali Tuhan namun dalam perbuatan mereka menyangkal Dia. Betapa besarnya kegelapan terhadap keadaan seperti ini! Mereka mengakui iman dalam kebenaran tetapi perbuatan mereka tidak sama dengan pengakuan mereka. Cinta terhadap kekayaan membuat manusia menjadi kedekut, membuat tuntutan yang berat dan menindas. Kekayaan itu adalah kuasa; dan seringkali orang yang mengamalkannya akan merosakkan dan melumpuhkan semua nilai yang terhormat dan sikap ilahi dalam diri seseorang.Ellen G. White, Testimonies for the Church, vol. 2, ms. 682. Sila baca Yakobus 5:17. Bagaimanakah kata-kata ini serasi dengan kebenaran masa kini sebagaimana diungkapkan oleh perkhabaran tiga malaikat dalam Wahyu 14:6 12? Apapun kedudukan kewangan kita, bagaimanakah kita melindungi diri kita daripada bahaya yang selalunya disebabkan oleh wang terhadap para pengikut Kristus?

14

Ruhama (maksudnya tidak dikasihi), dan yang bungsu seorang lelaki bernama LoAmi (maksudnya Bukan UmatKu). Tuhan sendiri yang memilih nama-nama ganjil ini. Setiap kali Hosea mendedahkannya kepada bangsa itu, pastinya mereka berhenti untuk memikirkan, tujuannya ialah untuk mengejutkan mereka. Ia berupa satu perkhabaran tegas kepada mereka yang tidak mudah diabaikan. Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah pernikahan Hosea bertindak sebagai satu perumpamaan hidup kepada hubungan Tuhan dengan Israel? Apakah kesan yang nama-nama anak Hosea terapkan dalam hati dan minda orang-orang Israel?

II. Perkahwinan Hosea dalam Krisis


(Imbas kembali Hosea 3:2, 3 bersama kelas.) Peristiwa yang dicatatkan dalam Hosea 3 secara kronologinya menyusuli pengalaman dalam fasal 1. Gomer seharusnya sangat bersyukur kepada Hosea kerana penerimaan dan pengampunan yang dia terima dari Hosea, kerana mengangkat dia kepada status seorang isteri yang sah, dan juga menyediakan keperluan untuk keluarga. Ganti kepada menerima kasih yang tidak mementing diri sendiri, dia melibatkan diri, malah sebagai seorang wanita bersuami sekalipun, dengan perbuatan curang. Di sebalik perbuatan curang yang dia lakukan berkali-kali, Hosea merupakan seorang suami yang prihatin dan tidak menceraikan Gomer atau mendedahkan dia kepada hukuman yang berat yang berkuatkuasa pada zaman itu terhadap perbuatan curang (termasuk hukuman mengakibatkan kematian). Sebaliknya dia menunjukkan belas kasihan dan kasih. Dia menebusnya dengan membayar harga bersamaan 30 syikal (separuh dalam bentuk wang dan separuh lagi dalam bentuk barangan; sila lihat Hosea 3:2; bandingkan dengan 2 Raja-raja 7:1, 16, 18). Dengan lemah lembut dia memanggil dia kembali: Lama engkau harus diam padaku dengan tidak bersundal dan dengan tidak menjadi kepunyaan seorang lelaki; juga aku ini tidak akan bersetubuh dengan engkau (Hosea 3:3). Soalan Perbincangan: Bagaimanakah Hosea melayan Gomer walaupun dia berlaku curang? Apakah hukum nyatakan yang layak diterimanya? Bagaimanakah layanan Hosea terhadap Gomer menyatakan kasih penebusan Tuhan untuk Israel? Sehubungan dengan hal ini, sila bincang bersama kelas anda pengorbanan unggul kasih Kristus demi kita, yang kekal menjadi contoh bagi para suami dan cara mereka harus mengasihi isteri mereka dengan sepenuhnya (Efesus 5:25).

III. Kasih Tuhan Tidak Terduga


(Imbas kembali Hosea 2:7 bersama kelas.) Sebagaimana Gomer mengejar kekasih-kekasihnya dan berbuat zinah, demikian juga Israel berbuat zinah terhadap Tuhan dengan menuruti dewa-dewa Baal dan banyak lagi dewa asing (Hosea 2:7). Tuhan menyediakan segala keperluan untuk umatNya, dan berkali-kali Dia mengampuni mereka dan menarik mereka kembali kepadaNya. Dia mengarahkan Hosea untuk mengasihi Gomer seperti Tuhan menyintai orang Israel (Hosea 3:1). Tuhan berharap hubungan kasihNya dengan IsteriNya Israel akan menuntun dia kepada satu perubahan tingkah laku, pertaubatan, perbaktian dan kesetiaan sepenuh: Aku akan pulang kembali kepada suamiku yang pertama, sebab waktu itu aku lebih berbahagia dari pada sekarang (Hosea 2:7). Dia

15

KHAMIS

4 April

SATU PANGGILAN UNTUK BERTAUBAT


Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus (Yohanes 17:3). Nama Hosea dalam bahasa Ibrani bererti Tuhan menyelamatkan, dan ia ada kaitan dengan nama Yosua, Yesaya dan malah Yesus juga. Nabi Hosea memanggil umat itu untuk menolak dosa dan mendapatkan perlindungan dalam Tuhan mereka kerana Dia adalah Pencipta dan Penebus. Tujuan penghakiman Ilahi itu ialah untuk mengingatkan orang berdosa bahawa nyawa dan kekuatan mereka datang dari Dia yang kepadaNya mereka harus kembali. Oleh itu, walaupun di tengah-tengah semua amaran yang diberikan dan penghakiman Ilahi yang dilafazkan, buku Hosea menyampaikan satu tema mengenai pertaubatan manusia dan pengampunan Ilahi. Nabi Hosea menggesa bangsa itu, yang sedang binasa dalam dosa kerana menolak pengenalan (Hosea 4:6), untuk berusaha mengenali Tuhan sepenuhnya dan hidup seharmoni dengan prinsipNya yang kekal. Kerana umat itu menolak pengenalan, iaitu pengenalan tentang Tuhan maka mereka telah memberontak dan akhirnya mengakibatkan penghukuman. Berbeza dengan itu, melalui iman dan penurutan maka mereka dengan sendirinya boleh mengenal Tuhan. Pengenalan terhadap Tuhan ini boleh menjadi rapat dan intim juga. Itulah sebenarnya mengapa, berkali-kali, pernikahan menjadi lambang terhadap jenis hubungan yang Tuhan mahu wujudkan bersama kita. Itulah juga sebab mengapa kehidupan Kristian itu terdiri secara khususnya daripada satu hubungan dengan Tuhan. Itulah sebab Tuhan menyeru kepada manusia untuk mengenali Dia dan menuruti kehendakNya untuk hidup mereka. Masalah dosa telah membawa satu perpisahan menakutkan di antara Tuhan dan umat manusia. Tetapi melalui kematian Yesus di Salib maka satu jalan telah diadakan agar setiap kita boleh memiliki satu hubungan rapat dengan Tuhan. Sememangnya kita boleh mengenali Dia untuk diri kita sendiri. Apakah bezanya di antara diri kita yang mengetahui tentang siapa Tuhan dengan sekadar mengenali Tuhan? Bagaimanakah perbezaan ini digambarkan dalam kehidupan kita setiap hari? Jika seseorang bertanya kepada anda, Bagaimanakah saya boleh mengenali Tuhan? apakah jawapan anda? Apakah yang diajar oleh ayat-ayat berikut tentang pentingnya mengenali Tuhan? Keluaran 33:12, 13 ___________________________________________ Yeremia 9:23, 24 _____________________________________________ Daniel 11:32 ________________________________________________ 1 Yohanes 2:4 ________________________________________________

16

rindu menyatakan kasihNya kepadanya: Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku untuk selama-lamanya dan Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam keadilan dan kebenaran, dalam kasih setia dan kasih sayang. Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam kesetiaan, sehingga engkau akan mengenal TUHAN (Hosea 2:19, 20). Tuhan menyatakan kasihnya kepada umatNya dengan menggantikan namanama ank Hosea. Hal ini merupakan satu mesej kukuh dan satu perubahan status yang sepenuh. Nama Yizreel bukan lagi Tuhan menabur tetapi Aku akan menanam. Nama Lo-Ruhama bukan lagi Aku tunjukkan kasihKu. Akhir sekali, Lo-Ami bukan lagi bukan umatKu, tetapi nama barunya ialah Kamu adalah umatKu. Betapa menakjubkan kasih Tuhan itu untuk umatNya! Satu-satunya respon kepada kasih Tuhan yang besar ini, iaitu Suami kita yang sejati ialah Engkaulah Tuhan kami. (Sila kaji dengan teliti Hosea 2:23.) Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah perubahan dalam nama anak-anak Hosea itu menggambarkan satu perubahan dalam status? Menurut Wahyu 2:17, Tuhan akan memberikan setiap pengikutNya satu nama baru. Apakah yang anda ingin gambarkan dengan nama baru anda?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Dalam kepelbagaian masyarakat kita, kurang setia kepada Tuhan dan kepada pasangan kita merupakan satu masalah yang besar. Sila bantu kelas anda untuk memahami pentingnya satu hubungan yang sihat dan cara untuk memupuknya. Soalan Penerapan: Bagaimanakah kita boleh mempraktikkan ibadah sejati kita kepada Tuhan dan bagaimanakah kita dapat menyatakannya dalam cara praktikal kepada keluarga kita? Apakah perkara dan isu-isu dalam kehidupan kita hari ini yang menghalang kita daripada berbakti sepenuhnya kepada Tuhan dan setia kepada pasangan?

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Hosea 13 merupakan satu perumpamaan bagi kehidupan kita. Kesetiaan, penjagaan dan kasih Tuhan haruslah dinyatakan dalam cara yang jelas.. Aktiviti: 1. Minta ahli kelas anda untuk menulis satu skrip pendek mengenai perkhabaran yang disampaikan dalam Hosea 13. Masukkan seberapa mungkin semua watak dalam cerita itu dan gabungkan perspektif dan suara Tuhan. Jika dapat dilakukan, minta para belia dalam gereja anda untuk melakonkan skrip anda itu. 2. Sila bincang bersama kelas apa maksudnya bagi setiap ahli kelas janji Tuhan ini: Aku akan menanam, Aku akan nyatakan kasihKu, dan Kamu adalah umatKu.

17

JUMAAT 5 April
Kajian Tambahan: Ketika masa berlalu, Hosea menjadi sedar terhadap hakikat bahawa kehidupan peribadinya berupa gambaran kepada sifat belas kasihan Ilahi, bahawa kesedihannya memantulkan kesedihan Ilahi. Dalam penderitaan bersama sebagai satu tindakan simpati dengan belas kasihan Ilahi, maka nabi Hosea mungkin telah melihat makna pada pernikahan yang dipersetujuinya atas permintaan Ilahi. . . . Hanya dengan menjalankan kehidupannya sendiri apa yang telah dialami oleh Pengiring Ilahi Israel maka barulah nabi itu boleh memiliki sikap simpati untuk keadaan Ilahi. Pernikahan itu berupa satu pengajaran, satu ilustrasi dan bukan suatu lambang atau sakramen. Abraham J. Heschel, The Prophets (Mass.:Prince Press, 2001), ms. 56. Dalam bahasa simbolik Hosea telah menyampaikan kepada kesepuluh suku Israel rencana Tuhan untuk memulihkan setiap orang berdosa yang bertaubat dengan gerejaNya di dunia, berkat-berkat yang telah diberikan kepada Israel semasa zaman kesetiaan mereka kepada Tuhan di Tanah Perjanjian. Dengan merujuk kepada Israel sebagai yang ingin Dia tunjukkan belas kasihan, Tuhan berkata: Aku akan memikat dia dan membawa dia ke padang gurun dan berbicara dengan selesa kepadanya. Dan Aku akan memberikan kepadanya kebun anggur miliknya di sana dan lembah Akhor sebagai pintu pengharapan: dan dia akan menyanyi di sana, sebagaimana semasa dia muda dan sama seperti dia keluar dari negeri Mesir.Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 298. Soalan Perbincangan: 1. Kita cenderung memikirkan menyembah berhala sebagai tunduk kepada patung. Dalam cara apakah berhala boleh menjadi lebih halus dan memperdayakan daripada itu? 2. Dalam kelas, tinjau seterusnya idea tentang apa maknanya mengenali Tuhan. Jika anda berkata bahawa anda mengenali Tuhan, apakah yang anda maksudkan dengan kata-kata seperti itu? Bagaimanakah pengenalan tentang Tuhan ini diperolehi? 3. Beberapa ahli teologi purba berkata bahawa Tuhan itu tidak dapat dilintasi atau dilalui, iaitu, Dia tidak mengalami kesedihan atau kenikmatan akibat perbuatan mahkluk lain seperti manusia. Apakah kemungkinan yang membuat orang mengambil pendirian seperti ini? Namun, mengapakah kita menolak idea seperti ini? 4. Sila kaji dengan lebih dalam pada hakikat bahawa penebusan kita sangat besar nilainya. Apakah yang hal itu beritahu kepada kita tentang apa nilai diri kita kepada Tuhan?

18

Pelajaran 2 |612 April Kasih dan Penghakiman: Dilema Tuhan (Hosea) ___________________________________________________________ SABAT PETANG
BACAAN UNTUK PELAJARAN MINGGU INI: Hosea 7:11,12; 10:11-13; Matius 11:28-30; Roma 5:8; 1 Petrus 2:24; Hosea 14. Ayat Hafalan : Engkau ini harus berbalik kepada Tuhanmu, peliharalah kasih setia dan hukum, dan nantikanlah Tuhanmu senantiasa ( Hosea 12:7). Intipati: Hosea mengungkapkan lebih banyak lagi kasih Tuhan kepada umatNya yang suka melawan.
ara yang umum bagi penulis Alkitab untuk berbicara tentang hubungan kasih Tuhan dengan umatNya adalah dengan menggunakan metafora. Metafora menjelaskan sesuatu dengan sangat dalam tentang sesuatu yang kurang dikenal melalui sesuatu yang sudah dikenal atau diketahui. Metafora adalah simbol, yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu yang lain. Dua metafora yang paling sering digunakan untuk menjelaskan hubungan antara Tuhan dan umatNya adalah suami-isteri dan orangtuaanak. Minggu lalu kita melihat metafora suami-isteri. Minggu ini kita akan melihat lebih banyak lagi metafora Hosea, yang paling dominan adalah, ibubapa-anak. Hosea menggunakan metafora untuk alasan yang sama ketika Yesus menggunakan perumpamaan: Pertama, untuk menjelaskan kebenaran tentang Tuhan melalui satu hal yang biasa; yang kedua, untuk memberikan kesan kepada pemikiran manusia pentingnya prinsip rohani yang harus dilakukan dalam kehidupan sehari-hari.

*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 13 April.

19

AHAD
Efraim

7 April

MUDAH TERPEDAYA DAN TIDAK BERAKAL


telah menjadi merpati tolol, tidak berakal, dengan memanggil kepada Mesir, dengan pergi kepada Asyur. Apabila mereka pergi, Aku akan membentangkan jaringKu ke atas mereka; Aku akan menurunkan mereka seperti burung-burung di udara, Aku akan menghajar mereka kerana kejahatan-kejahatan mereka (Hosea 7:11,12). Sila baca ayat-ayat ini dalam konteks. Peringatan apa yang diberikan di sini? Prinsip yang dapat kita ambil dan ayat-ayat ini untuk diri kita? Efraim adalah nama anak Yusuf yang lebih muda dan anak kesayangan Yakub. Kerana Efraim adalah nama suku utama di kerajaan Utara, nama itu digunakan untuk kerajaan itu secara keseluruhan, sama seperti Yehuda untuk kerajaan Selatan. Dalam ayat-ayat di atas Israel disamakan dengan burung yang tidak berakal (bandingkan Yeremia 5:21) , membiarkan dirinya mangsa yang mudah ditangkap oleh jaring pemburu. Dalam konteks ini, kepercayaan kepada bangsa lain untuk mendapatkan bantuan adalah tindakan pendurhakaan terhadap Tuhan. Mengapa? Kerana bersekutu dengan Kekaisaran Asyur atau Mesir akan membuat Israel harus mengakui kekuasaan dari dewa-dewa yang disembah oleh kedua negara berkuasa ini (lihat juga Yesaya 52:4; Ratapan 5:1-6) . Pergi kepada mereka ertinya, berbalik dari Tuhan. Apa yang harus mereka lakukan adalah kembali kepada Tuhan, bertaubat, turuti perintahNya, dan membuang berhala. Hanya itulah harapan mereka, tidak ada persekutuan politik dengan orang kafir. Kedudukan Palistin terbuka kepada serangan oleh kedua-dua kerajaan ini. Hadiah yang paling diinginkan adalah jalan yang menghubungkan lembah subur di tepi sungai Nil dan Efrat. Kerajaan Israel dan Yehuda terperangkap dalam pertempuran dan tekanan antarabangsa di antara dua negara yang bersengketa ini. Dalam keputusasaan, tanpa kepercayaan kepada Tuhannya, Israel bertindak bodoh dengan terlebih dahulu memohon kepada salah satu di antara dua kerajaan ini dan kemudian berpaling kepada yang satu lagi untuk mendapatkan sokongan, tindakan yang hanya menjadi satu perangkap kepada kemakmuran bangsa mereka.Ellen G. White, The SDA Bible Commentary , Vol. 4, ms. 908. Adalah sangat mudah bagi manusia untuk meminta pertolongan sesama manusia bagi setiap masalah daripada mencari Tuhan, bukankah demikian? Tentu, Tuhan dapat menggunakan manusia untuk menjawab doa kita. Bagaimanakah kita yakin tentang hal ini, dalam keadaan putus asa dan perlu bantuan, bahawa kita tidak membuat kesilapan sama yang Israel lakukan di sini? Bagaimanakah kita dapat menggunakan bantuan manusia, kalau perlu, tanpa meninggalkan Tuhan?

20

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Hosea 12:6 Pelajar Akan: Mengetahui: Menyedari kesetiaan janji Tuhan terhadap umatNya di sebalik ketidaksetiaan mereka. Memahami bahawa tindakan kembali kepada Tuhan adalah respon kepada inisiatifNya dan dikuatkan olehNya kerana Dia sahaja yang boleh menyembuhkan kemurtadan kita. Merasakan: Mengakui bagaimana kurang pengetahuan tentang Tuhan itu menyumbang kepada kemusnahan kita dan bagaimana penyembuhan Tuhan itu dikait rapat dengan tindakan kembali kepada Tuhan dengan sepenuh hati. Melakukan: Menantikan Tuhan dengan sabar dan memupuk kasih dengan keadilan terhadap kehidupan seseorang. A. Bagaimanakah kebaikan dan kemurahan Tuhan itu membawa kita kepada pertaubatan? B. Mengapakah kita hanya boleh kembali kepada Tuhan dengan pertolongan kasih kurniaNya? C. Pada pendapat anda, bagaimanakah Hosea dipengaruhi oleh perkhabaran yang telah diberikan kepadanya? II. Merasakan: Kasih, Emosi dan Pengetahuan A. Bagaimanakah dosa-dosa kita boleh menyedarkan kita tentang keperluan kita untuk penyembuhan? B. Mengapakah keadaan kurang pengetahuan tentang Tuhan itu sangat memusnahkan?

III. Melakukan: Kasih dan Keadilan Seimbang A. Mengapakah menunggu Tuhan itu sangat sukar bagi kita hari ini dalam budaya kita? B. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengekalkan keseimbangan di antara kasih Garis Panduan Pelajaran: dan keadilan? C. Adalah lebih baik tersilap di I. Mengetahui: Kesetiaan Tuhan pihak kasih atau keadilan? lawan Ketidaksetiaan Kita

Ringkasan: Satu pemahaman betul tentang sifat Tuhan dan tindakanNya akan menarik manusia untuk kembali kepadaNya dan menerapkan pada dirinya kesetiaan, kasih dan keadilan Tuhan. 21

ISNIN

8 April

ANAK LEMBU YANG TERLATIH


Sila baca Hosea 10:11-13. Perkhabaran apakah yang sedang Tuhan
berikan kepada umatNya di sini? Bagaimanakah kita memahami frase, sampai Ia datang dan menghujani kamu dengan keadilan? Dalam Hosea 10, anak Tuhan Efraim dibandingkan dengan anak lembu terlatih yang suka mengirik gandum kerana dia boleh makan sambil mengirik. Oleh itu, di sebalik menjadi produktif, kehidupan bangsa Israel menjadi berpusat kepada diri sendiri. Apabila Tuhan membuat Isarel bekerja di ladang yang terbuka sebagaimana seharusnya sebuah bangsa, kebenaran dan kebaikan akan bertumbuh. Pada zaman Alkitab, kuk adalah alat untuk pelayanan. Binatang yang muda dilatih supaya jinak dengan bekerja di pengirikan terlebih dahulu (Yeremia 50:11). Selama menggunakan kuk, kaki mereka akan menginjak jagung. Pada tahap berikutnya, mereka menarik sebuah alat pemukul di atas jagung tersebut (2 Samuel 24:22). Jenis pekerjaan ini mempersiapkan mereka untuk bekerja lebih disiplin iaitu membajak alur sawah (1 Raja. 19:19; Yeremia 4:3). Tuhan memiliki rencana yang sama dalam pelatihannya kepada Israel. Dia akan meletakkan kuk pada leher Efraim yang indah untuk membuat mereka bekerja keras dalam membajak dan menggemburkan tanah. Dalam Hosea 10:12 sang nabi menuliskan apa yang Tuhan inginkan terhadap bangsa Israel melalui menuruti firmanNya. Kasih yang benar dan setia adalah janji dari Tuhan kepada isteriNya ketika perjanjian itu diperbarui (Hosea 2:19). Jika mereka menabur kebenaran, mereka akan menuai kebaikan kemudian. Hanya dengan mencari Tuhan dan kehendakNya yang akan membebaskan bangsa Israel dari penghukuman. Pintu kasihan masih terbuka untuk pertaubatan umat pilihan Tuhan. Teguran untuk menaburkan kebenaran menyangkut hubungan peribadi dengan peribadi; mencari Tuhan juga menyangkut hubungan antara Tuhan dan UmatNya. Memecahkan tanah bererti pembaruan sosial dan rohani. Tuhan dan umatNya akan bekerja bersama-sama dalam hubungan yang baik untuk membawa berkat-berkat kembali ke tanah itu. Hasilnya akan menjadi keagungan yang akan mengisi seluruh dunia (Hosea 14:5-7). Sila baca undangan Kristus untuk memakaikan kuk bagi diri kita (Matius11:28-30). Bagaimanakah kita tindakan belajar dari Kristus untuk menjadi Lemah lembut dan rendah hati boleh menolong kita untuk mencari ketenangan jiwa? 22

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Hosea 14:14
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan mahu menyelamatkan umatNya walaupun mereka tidak mengenali dan tidak mengakui kasihNya. Oleh itu, Dia mahu membuat mereka sedar tentang sikap mereka yang memusnahkan itu dan mengakui kasihNya yang kekal dan setia. Dia adalah Suami mereka walaupun mereka memilih untuk menuruti keinginan mereka sendiri. Dia melakukan segala usaha untuk mendapat kembali kepercayaan mereka kepadaNya dan membina satu hubungan kasih bersama mereka di sebalik ketidaksetiaan dan usaha mereka untuk mencari dewa-dewa lain untuk disembah. Hanya Untuk Guru: Pelajaran minggu ini seharusnya menyedarkan ahli kelas anda untuk sedar bahawa kasih Tuhan itu lebih besar daripada apa yang kita boleh bayangkan (Efesus 3:20, 21). Kita tidak boleh melakukan apa-apa untuk membuat Dia mengasihi kita dengan lebih atau kurang. Tiada apa-apa dan tiada sesiapa yang boleh memisahkan kita daripada kasihNya (Roma 8:3539). Namun demikian, kedegilan kita untuk kekal dalam dosa mempunyai satu kuasa negatif untuk memisahkan kita dari kasihNya yang kekal kerana dengan demikian kita kita menjadi tidak sedar terhadap perasaan kasihNya untuk kita dan meletakkan kita dalam keadaan bertentangan dengan keprihatinanNya. Penolakkan kita akan menyakiti Tuhan dan menyebabkan Dia merasa sakit dan sedih; namun demikian, Dia sentiasa berada di sana untuk kita. Hanya kita yang mempunyai kuasa untuk berkata Tidak kepadaNya dan menolak untuk menerima jemputanNya serta berada dalam pelukanNya. Pembuka Perbincangan: Setelah menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sarjana Ketuhanan di Universiti Andrews, Pastor Ruimar DePaiva dan keluarganya telah pergi ke Palau di kepualauan Pasifik untuk bekerja sebagai penginjil. Satu tragedi dahsyat telah menimpa keluarga ini pada bulan Disember 2003. Seorang perompak telah masuk ke rumah mereka pada suatu malam dan menyerang anak mereka bernama Larrison, 11 tahun, yang cuba mempertahankan dirinya. Pergelutan itu telah membangunkan bapanya yang datang untuk membantu diikuti oleh ibunya, Margareth. Semua mereka telah dibunuh secara kejam oleh perompak itu dengan menggunakan sebatang kayu yang berat. Hanya Melissa (anak perempuan berumur 10 tahun) yang selamat, tetapi dia telah didera dengan ganas. Keesokannya dia dapati dirinya di sebuah parit di tengah hutan berlumuran dengan darah. Dia merangkak hingga tiba di sebuah lebuh raya dan meminta bantuan kereta yang kebetulan berlalu di situ untuk dihantar ke hospital. Ruth DePaiva, nenek kepada Melissa dan ibu kepada Ruimar, pergi ke Palau untuk bersama cucu perempuannya. Semasa upacara pengkebumian, dia diberitahu bahawa ibu kepada pembunuh itu hadir bersama. Dia menjemputnya berdiri di hadapan dan pada khalayak umum dia berkata : Kami di sini adalah dua orang ibu yang bersedih ke atas anak lelaki kami yang hilang. Kami telah berikan yang terbaik untuk mereka, kami telah berharap yang terbaik, melihat kepada masa dpean mereka, kami mendidik mereka tetapi hari ini kami sama-sama menderita. Keluarga DePaiva tidak akan menyalahkan keluarga Hirosi. . . . Saya percaya ibu Justin telah banyak kali berdoa untuk anak lelakinya dan saya pasti hatinya sedang menderita kesakitan. Kami akan berdoa untuk dia dan Justin. Dia pergi ke penjara dan berkata kepada pembunuh yang bernama Justin Hirosi: Saya harus beritahu kamu dua perkara: (1) Anda perlukan Yesus Kristus !, dan (2) Saya mengampuni anda !

23

SELASA

9 April

ANAK YANG BELAJAR BERJALAN


Ketika Israel masih muda, Kukasihi dia, dan dari Mesir Kupanggil anakKu itu.. Padahal Akulah yang mengajar Efraim berjalan dan mengangkat mereka di tanganKu, tetapi mereka tidak mau insaf, bahawa Aku menyembuhkan mereka (Hosea 11:1, 3). Dalam ayat ini, Hosea sedang mengatakan bahawa cara Tuhan adalah seperti cara rawatan lembut dari seorang ibubapa yang baharu. Sama seperti orangtua mengajar anaknya berjalan dengan lemah lembut dan sabar, mengangkatnya dengan tangannya supaya jangan jatuh, jadi Tuhan telah memelihara Israel sejak mula. Tuhan, yang mengasihi dan mengampuni adalah inti dari perkhabaran Hosea. Walaupun Dia melakukan disiplin, Dia sangat mengasihi. KemarahanNya dapat mengerikan, tetapi kemurahanNya melebihi pemahaman kita. Sila baca Ulangan 8:5, Amsal 13:24, Ibrani 12:6, dan Wahyu 3:19. Apakah poin yang sama dari ayat-ayat ini? Penghiburan apa yang kita tarik dari ayat-ayat ini? Melalui Musa, Tuhan memberitahukan kepada raja Mesir bahawa Israel adalah anak istimewa bagiNya (Keluaran 4:22,23). Sekalipun semua bangsa di dunia ini termasuk Mesir adalah putra dan putri Tuhan, bangsa Ibrani terpilih menjadi anak sulung dengan hak-hak istimewa. Tetapi bersama dengan hak-hak tersebut ada tanggung jawab. Di padang belantara Tuhan membawa umatNya dengan cara, bagaimana seorang ayah mengasuh anaknya (Ulangan 1:31). Pada masa itu Dia mendisiplin mereka seperti halnya seseorang mendisiplin anaknya (Ulangan 8:5). Semua orang dalam dunia ini yang memberikan pelayanan sejati kepada Tuhan atau manusia menerima pelatihan persiapan dalam sekolah penderitaan. Semakin berat kepercayaan dan semakin tinggi pelayanan, semakin ketat ujiannya dan semakin berat disiplinnya Ellen G. White, Pendidikan, ms. 138. Tidak ada pertanyaan, semua orangtua yang mengasihi anaknya akan mendisiplin mereka, dan selalu untuk kebaikan mereka. Jika manusia yang telah rusak dan jatuh melakukan itu, bagaimanakah kita harus lebih percaya akan kasih Tuhan kepada kita, walaupun dalam masa pencobaan? Kerana banyak di antara kita, masalahnya bukan tentang percaya kepada disiplin Tuhan. Sebaliknya, masalahnya adalah bagaimana mentafsirkan pencubaan yang datang kepada kita. Bagaimanakah kita tahu bahawa apa yang dilalui, benar-benar, Tuhan sedang mengajar kita dalam sekolah dukacita, atau ada sesuatu yang lain? Sila bawa jawaban anda dalam kelas pada hari Sabat. 24

Apa pendapat anda: adakah betul tindakan mengampuni sesuatu yang kelihatan tidak boleh diampuni? Sila bincang alasan jawapan anda. Apakah reaksi anda dalam situasi yang sama? Adakah pengampunan itu suatu kelemahan atau suatu tindakan Ilahi? Jelaskan.

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Tema utama fasal 4 hingga 14 dalam kitab Hosea ialah kesetiaan Tuhan dan ketidaksetiaan Israel. Garis utama pada bahagian kedua kitab Hosea boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: (1) ketidaksetiaan Israel (Hosea 4:16:3), (2) Hukuman ke atas Israel (Hosea 6:410:15) dan (3) Kasih Tuhan yang setia (Hosea 1114).

Ulasan Alkitab
Kasih kurnia Tuhan boleh dialami dalam setiap langkah kehidupan kita dan dalam setiap langkah kehidupan umat Israel. Sila ikuti tema utama dalam Alkitab ini dan bincangkan bersama kelas melalui kajian Alkitab yang disediakan melalui tiga perkara utama di bawah ini.

I. Keadaan Rohani Umat Tuhan yang Menyedihkan


(Imbas kembali Hosea 4:1, 2, 6 bersama kelas.) Perhatikan dengan teliti ayat-ayat Hosea yang menerangkan kelemahan Israel secara rohani dan ketidaksetiaan pada Tuhan. Sebutkan tuduhan berikut yang Tuhan ajukan pada Israel: tidak ada kesetiaan dan tidak ada kasih, dan tidak ada pengenalan akan Tuhan di negeri ini. Hanya mengutuk, berbohong, membunuh, mencuri, berzinah, melakukan kekerasan dan pertumpahan darah menyusul pertumpahan darah (Hosea 4:1, 2); UmatKu binasa karena tidak mengenal Tuhan; karena engkaulah yang menolak pengenalan itu engkau melupakan pengajaran Tuhanmu (Hosea 4:6); kemuliaan mereka akan Kutukar dengan kehinaan (Hosea 4:7); roh perzinahan menyesatkan mereka, dan mereka berzinah meninggalkan Tuhan mereka (Hosea 4:12); umat yang tidak berpengertian akan runtuh (Hosea 4:14); roh perzinahan ada di antara mereka, dan mereka tidak mengenal TUHAN (Hosea 5:4); Kasih setiamu seperti kabut pagi (Hosea 6:4); mereka itu telah melangkahi perjanjian - mereka telah berkhianat terhadap Aku (Hosea 6:7); mereka melakukan penipuan: pencuri mendobrak masuk, gerombolan merampas di luar, dan tidak terfikir mereka bahwa Aku mengingat segala kejahatan mereka. Sekarangpun perbuatan-perbuatan mereka mengepung mereka (Hosea 7:1, 2); Sekaliannya mereka orang-orang berzinah (Hosea 7:4); tidak ada seorang di antara mereka yang berseru kepada-Ku (Hosea 7:7); Kecongkakan Israel menjadi saksi terhadap dirinya, namun mereka tidak berbalik kepada TUHAN mereka dan tidak mencari Dia (Hosea 7:10); mereka memberontak terhadap Aku (Hosea 7:13); Seruan mereka kepadaKu tidak keluar dari hatinya (Hosea 7:14); mereka berbalik kepada Baal (Hosea 7:16); mereka telah melangkahi perjanjianKu dan telah mendurhaka terhadap pengajaranKu (Hosea 8:1); Israel telah melupakan Pembuatnya (Hosea 8:14); engkau telah meninggalkan Tuhanmu (Hosea 9:1); mereka telah menjadi kejijikan sama seperti apa yang mereka cintai itu (Hosea 9:10); mereka tidak mendengarkan Dia (Hosea 9:17); Kamu telah membajak kefasikan, telah menuai kecurangan (Hosea 10:13);

25

Rabu

10 April

KASIH SAYANG LEBIH KUAT DARI KEMARAHAN


Masakan Aku membiarkan engkau, hai Efraim, menyerahkan engkau, hai Israel? Masakan Aku membiarkan engkau seperti Adma, membuat engkau seperti Zeboim? HatiKu berbalik dalam diriKu, belas kasihanKu bangkit serentak. Aku tidak akan melaksanakan murkaKu yang bernyala-nyala itu, tidak akan membinasakan Efraim kembali. Sebab Aku ini Tuhan dan bukan manusia, Yang Kudus di tengah-tengahmu, dan Aku tidak datang untuk menghanguskan (Hosea 8:9). Ayat-ayat ini menjadi seperti jendela bagi hati Tuhan; apakah Tuhan akan melempari dengan batu anakNya yang memberontak hingga mati seperti tuntutan hukum? (Ulangan 21:18-21; lihat juga Kejadian 19:17-23)? Satu pandangan luar biasa dalam kedua-dua hal penderitaan Tuhan sendiri kerana dosa manusia dan keinginanNya untuk menyelamatkan kita. Walaupun Israel yang berdosa layak untuk hancur mutlak, Tuhan di dalam rahmatNya terus mengasihi umatNya selama mereka berjuang untuk pertaubatan mereka. Pada masa Abraham, ada lima kota berada di lembah Jordan, sebelah tenggara Laut Mati (Kejadian 14:8). Dikenal sebagai kota dataran, iaitu Sodom, Gomora, Adma, Zeboim, dan Zoar. Dari semuanya, hanya Zoar yang tidak dimusnahkan. Nama dari empat kota lainnya menjadi pepatah untuk kehancuran yang akan datang bagi mereka yang mengikuti jalan yang fasik dan tidak mau bertaubat (Kejadian 29:23). Itulah untuk beberapa kota yang Hosea cantumkan dalam ayat-ayat di atas. Hosea 11 mengajarkan bahawa cara Tuhan melampaui kemanusiaan yang berdosa. Dia tidak akan membiarkan kepahitan mempengaruhi keputusanNya. Kasih Tuhan mencari untuk dibawa kepada kesembuhan, kesehatan, dan pemulihan kepada umatNya. Tujuan dari disiplin Ilahi adalah untuk memperbaiki, mengubah dan memperdamaikan, bukan untuk menghancurkan dan membalas dendam. Banyak orang, walaupun mengaku sebagai Kristian, tidak mengerti sisi Tuhan tersebut, tetapi, malah, melihat Dia sebagai seorang pendendam, marah dan hanya mencari kesalahan supaya boleh dihukum oleh kerana dosa mereka. Malah lebih buruk, banyak yang percaya bahawa Dia membakar orang yang hilang di neraka selama-lamanya. Itu, bagaimanapun juga, bukanlah gambaran Tuhan yang ditunjukkan di sini.

Sila baca Roma 5:8; 1 Petrus 2:24; dan Gal. 3:13. Bagaimanakah ayat-ayat ini,

bahkan lebih dari yang kita lihat dalam Hosea, menyatakan luasnya kasih Tuhan kepada manusia?

26

berkatalah Efraim [merujuk kepada Israel]: aku telah menjadi kaya, telah mendapat harta benda bagiku (Hosea 12:8). Perhatikan Hal Ini: Mungkin boleh dikatakan, sebagaimana halnya dengan Israel pada zaman Hosea, bahawa umat Tuhan itu kadang kala lebih degil untuk datang kepada Tuhan daripada orang kafir atau mereka yang tidak percaya. Mungkin hal ini ada kaitan dengan pemahaman mereka terhadap keberanan dan kesedaran palsu mengenai keselamatan akibat memilikinya atau mengakuinya secara luaran sementara dari dalam dia menyangkal kuasa kebenaran itu untuk mengubah kehidupan. Bagaimanakah ayat-ayat inti mengajar kita tentang pentingnya untuk bukan sekadar memiliki Kebenaran (Yesus) itu tetapi membiarkan Kebenaran itu memiliki kita?

II. Perjanjian Kesetiaan Tuhan


(Imbas kembali Hosea 6:13 bersama kelas.) Nabi Hosea melukiskan satu gambaran menakjub dan indah mengenai Tuhan yang sentiasa mencari orang berdosa, menawarkan kasihNya dan secara berkelimpahan memenuhi keperluan mereka. Sila perhatikan ayat-ayat berikut: Dia akan menyembuhkan kita, . dan akan membalut [luka] kita (Hosea 6:1); Dia akan membangkitkan kita, dan kita akan hidup di hadapanNya (Hosea 6:2); Dia pasti muncul seperti fajar, Dia akan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan pada akhir musim yang mengairi bumi (Hosea 6:3); Akulah yang mengajar Efraim berjalan dan mengangkat mereka di tangan-Ku, tetapi mereka tidak mau insaf, bahwa Aku menyembuhkan mereka. Aku menarik mereka dengan tali kesetiaan, dengan ikatan kasih (Hosea 11:3, 4); Masakan Aku membiarkan engkau, hai Efraim, menyerahkan engkau, hai Israel? Sebab Aku ini Tuhan dan bukan manusia, Yang Kudus di tengah-tengahmu, dan Aku tidak datang untuk menghanguskan (Hosea 11:8, 9); Aku adalah TUHAN, Tuhanmu sejak di tanah Mesir; engkau tidak mengenal tuhan kecuali Aku, dan tidak ada juruselamat selain dari Aku. Akulah yang mengenal engkau di padang gurun, di tanah yang gersang (Hosea 13:4, 5); Akan Kubebaskankah mereka dari kuasa dunia orang mati, akan Kutebuskah mereka dari pada maut ? Di manakah penyakit samparmu, hai maut, di manakah tenaga pembinasamu, hai dunia orang mati? (Hosea 13:14; bandingkan dengan 1 Korintus 15:55); Aku akan memulihkan mereka dari penyelewengan, Aku akan mengasihi mereka dengan sukarela, sebab murkaKu telah surut dari pada mereka. Aku akan seperti embun bagi Israel, maka ia akan berbunga seperti bunga bakung (Hosea 14:4, 5). Perhatikan Hal Ini: Apabila digabungkan, ayat-ayat ini membentuk satu potret gabungan mengenai sifat Tuhan. Bagaimanakah gambaran potret itu? Apakah yang ayatayat ini katakan kepada kita mengenai Tuhan? Aktiviti: Minta ahli-ahli kelas anda untuk membuka Alkitab mereka dan mengongsikan ayat-ayat kegemaran mereka mengenai kasih Tuhan dan janji-janiNya untuk memelihara kita.

27

KHAMIS

11 April

DISEMBUHKAN, DIKASIHI, DAN DIPELIHARA


Beberapa sarjana zaman dulu memandang Tuhan, seperti yang
dinyatakan dalam Perjanjian Lama, seorang yang bengis dan tidak mau mengampuni, bertolak belakang dengan Yesus, yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru. Mengapakah hal itu adalah kesimpulan yang salah? Bagaimanakah perkhabaran dari Hosea 14 menolong untuk menunjukkan betapa salahnya kesimpulan itu? Apakah yang pasal ini nyatakan tentang tabiat Tuhan dan kasih kepada umatNya?

Pasal terakhir dari buku Hosea adalah klimaks yang tepat untuk perkhabaran yang dinyatakan oleh Nabi itu. Ia menegaskan kembali janji bahawa keselamatan dari Tuhan adalah kata-kata terakhir. Pasal itu bermula dengan satu panggilan lagi untuk kembali dari kelaliman. Dalam mengajak orang untuk kembali kepada Tuhan, nabi memberikan kata-kata yang harus mereka katakan dalam perbaktian. Permohonan mereka haruslah supaya Tuhan membuang kesalahan yang membuat mereka tersandung. Mereka juga harus meninggalkan ketergantungan mereka kepada bangsa lain dan sepenuhnya menolak penyembahan berhala. Pada zaman Alkitab tidak ada orang yang diharapkan datang ke hadapan Tuhan dengan tangan kosong (Keluaran 23:15). Lebih dari membawa korban bakaran, mereka diminta untuk mengatakan kata-kata pertaubatan yang sungguh-sungguh sebagai persembahan syukur mereka. Kemudian, setelah penyesalan sebagai bagian manusia, Tuhan memberi respon dengan serangkai janji. Yang terutama dari hal-hal ini adalah penyembuhan dari penyakit manusia oleh Doktor Ilahi. Tuhan memperbaharui hubungan dengan Israel seperti embun yang dihasilkan untuk membasahi bunga dan pohon yang ada di Palestin selama musim panas yang lama dan kering. Ini juga dihubungkan dengan pohon zaitun, yang dianggap berharga, dianggap sebagai mahkota di antara pohon-pohon berbuah. Daun-daunnya menghasilkan keteduhan dan kesegaran dan minyaknya digunakan sebagai makanan, kosmetik dan sebagai minyak untuk lampu. Pohon cemara Libanon yang besar dianggap sebagai pohon yang paling berguna di dalam Alkitab. Kayunya yang sangat mahal dibuat untuk membangun kaabah dan istana raja (1 Raja. 6:9,10). Akar-akar yang ditanam oleh Tuhan akan menghasilkan kesegaran tanaman yang melimpah yang Israel akan menjadi kebun yang penuh dengan berkat bagi seluruh dunia.

Sila baca ayat terakhir dari pasal tersebut. Syarat apakah yang dituntut
supaya janji ini digenapi? Mengapakah tidak ada perbezaan dengan kita ketika ini, dalam peran kita sebagai anggota Gereja Seventh-day Adventist? 28

III. Kembalilah Kepada Tuhanmu


(Imbas kembali Hosea 5:1 bersama kelas.) Nabi Hosea mengumumkan panggilan Tuhan yang berkelimpahan untuk Israel kembali kepada Tuhan. Perhatikan rayuan dan kenyataan berikut: mereka akan mencari wajahKu. Dalam kesesakannya mereka akan merindukan Aku (Hosea 5:15); Mari, kita akan berbalik kepada TUHAN (Hosea 6:1); Marilah kita mengenal dan berusaha sungguhsungguh mengenal TUHAN (Hosea 6:3); Sebab Aku menyukai kasih setia, dan bukan korban sembelihan, dan menyukai pengenalan akan Tuhan, lebih dari pada korban-korban bakaran (Hosea 6:6); Engkau ini harus berbalik kepada Tuhanmu, peliharalah kasih setia dan hukum, dan nantikanlah Tuhanmu senantiasa (Hosea 12:6); Bertaubatlah, hai Israel, kepada TUHANmu, sebab engkau telah tergelincir karena kesalahanmu. Bawalah sertamu kata-kata penyesalan, dan bertaubatlah kepada TUHAN! katakanlah kepadaNya: Ampunilah segala kesalahan, sehingga kami mendapat yang baik, maka kami akan mempersembahkan pengakuan kami (Hosea 14:1, 2).

Soalan Perbincangan:
Mengapakah umat Tuhan itu sendiri lebih berminat pada berkat-berkat Tuhan daripada menuruti perintah-perintahNya sepenuh hati? (Sila lihat Hosea 7:14, 15.)

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Kitab Hosea berakhir dengan pertanyaan: Siapa yang bijaksana? Jawapannya jelas: dia yang boleh melihat cara Tuhan dan melakukannya (Hosea 14:9). Definasi bijaksana seperti ini adalah sederhana tetapi sangat mendalam. Sila bincang bersama kelas bagaimana seseorang boleh menjadi bijaksana agar dapat membezakan di antara baik dan jahat dan menuruti apa yang baik dan benar. Penerapan Hidup: Tuhan berkata melalui Hosea bahawa kita mendapat buah daripadaNya (Hosea 14:8). Hal ini mengingatkan kita mengenai kenyataan Yesus mengenai diriNya sendiri sebagai pohon anggur dan kit adalah dahan-dahannya. Kita hanya boleh menghasilkan buah apabila kita berada di dalam Dia (lihat Yohanes 15:117). Serapkan kata-kata ini dalam kehidupan seharian. Dalam cara apakah kita boleh kekal berada di dalam Tuhan agar dapat menghasilkan buah?

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Perumpamaan sebagai suami-isteri bagi Tuhan dan umatNya kaya dengan bayangan-bayangannya. Apakah kelebihan dan kekurangan pada ilustrasi seumpama ini?

Aktiviti:
1.

2.

Hosea membandingkan Tuhan kepada pelbagai perkara biasa dalam budayanya agar dapat membawa Tuhan itu lebih dekat kepada umatNya agar mereka boleh memahami Dia dengan lebih baik (sila Hosea 14:58). Minta ahli kelas anda untuk mengemukakan gambar-gambar moden abad ke-21, metafora, perumpamaan dan konsep yang akan berbicara kepada minda masyarakat kita yang lebih moden. Lakukan latihan ini dengan mengingatkan para belia. Bagaimanakah kita menyampaikan kepada mereka keindahan Tuhan itu? Cari dalam buku lagu anda mengenai kesetiaan Tuhan dan minta ahli-ahli kelas untuk menghafal lagu pilihan yang terbaik.

29

JUMAAT

12 April

Kajian Tamabahan : Bandingkanlah kedua petikan berikut ini dengan perkhabaran dalam Hosea 7-17.
Dengan perantaraan alam kejadian, dengan perantaraan bayangan dan simbol, dengan perantaraan segala nenek moyang dan nabi-nabi, Tuhan telah berbicara kepada dunia. Pelajaran harus diberikan kepada manusia dalam bahasa manusia. Asas-asas pemerintahan Tuhan dan rencana penebusan harus diterangkan dengan jelas. Segala pelajaran Perjanjian Lama harus dibentangkan dengan lengkap di hadapan manusia. Ellen G. White, Alpha Omega, jld 5, ms. 30,31. Sepanjang tahun-tahun yang gelap manakala raja demi raja berdiri dengan berani menentang Tuhan dan memimpin orang Israel makin lebih dalam kepada penyembahan berhala, Tuhan mengirimkan perkhabaran demi perkhabaran kepada umatNya yang murtad. Dengan perantaraan nabi-nabiNya ia memberikan setiap kesempatan untuk menghentikan air pasang kemurtadan dan supaya kembali kepadaNya. Kerajaan Israel tidak pernah ditinggalkan tanpa saksi-saksi yang agung terhadap kehebatan kuasa Tuhan untuk menyelamatkan dari dosa. Tetapi walaupun saat-saat yang gelap menyelubungi ada beberapa orang yang tetap benar kepada Raja Ilahi dan di tengah-tengah penyembahan berhala hidup tak bercela di hadapan Tuhan yang kudus. Orang-orang yang setia ini termasuk di antara umat yang sisa yang benar atas mana rencana kekal Tuhan akhirnya menjadi kenyataan. Ellen G. White, Alpha Omega, Vol. 3, ms. 87.

SOALAN PERBINCANGAN.
1. Telah dicadangkan bahawa melalui kehidupan dan pelayanan Hosea, firman Tuhan kepada Israel dalam kata lain menjadi daging. Bagaimanakah pemikiran ini hanya berupa sebuah gambaran kecil dari kebenaran yang besar tentang kemanusiaan Yesus? Lihat Yoh. 1:14. 2. Israel purba tidak berpisah dari Tuhan dalam satu malam. Malah, kemurtadan mereka adalah bertahap. Sila bersedia berkongsi dengan anggota kelasmu beberapa langkah supaya seseorang dapat tetap setia kepada prinsip-prinsip kekal Tuhan di dalam dunia yang berubah-ubah ini? 3. Beberapa orang percaya bahawa perkhabaran Injil tentang kasih Tuhan yang besar dan keselamatan yang jelas hanya dinyatakan di dalam Perjanjian Baru dan tidak dalam Perjanjian Lama. Apakah yang salah dengan pemikiran itu? 4. Di dalam kelas, imbas kembali jawabanmu pada pertanyaan terakhir di hari Selasa. 5. Perjanjian Lama adalah Alkitab yang dibaca oleh Yesus dan para rasul Paulus. Lihatlah petikan Perjanjian Baru dari Hosea yang terdapat dalam Matius 19:3 dan Roma 9:25,26. Bagaimanakah Yesus dan Paulus menggunakan perkhabaran Injil dalam buku Hosea untuk menyampaikan kebenaran kepada kita?

30

Pelajaran 3|1319 April Tuhan yang Kudus dan Adil (Yoel) SABAT PETANG
SILA BACA UNTUK PELAJARAN MINGGU INI: Yoel 1; 2:28,29; Kisah. 2:1-21; Yoel 2:3; Roma 10:13; Matius 10:28-31. Ayat Hafalan : Dan TUHAN memperdengarkan suaraNya di depan tentaraNya. PasukanNya sangat banyak dan pelaksana firmanNya kuat. Betapa hebat dan sangat dahsyat hari TUHAN! Siapakah yang dapat menahannya? (Yoel 2:11). Intipati: Tuhan dapat menggunakan krisis untuk membuat umatNya peka terhadap baik ketergantungan mereka kepadaNya dan keperluan mereka akan pembaruan dan reformasi rohani.
emasa bencana belalang dan kemarau panjang mengerikan yang terjadi sebelum kehancuran kerajaan Yehuda, nabi Yoel-sezaman dengan Amos dan Hosea melihat tanda hari penghakiman yang besar dan menakutkan (Yoel 2:31). Dihadapkan dengan krisis yang demikian, dia memanggil penduduk Yehuda untuk meninggalkan dosa mereka dan kembali kepada Tuhan. Dia menggambarkan belalang sebagai tentara Tuhan dan melihat kepada penghukuman Tuhan bagi orang Israel yang tidak setia. Nubuatan Yoel iaitu penghakiman Tuhan di masa yang akan datang, Tuhan akan membuat tulah belalang sebagai perbandingan. Tetapi penghakiman yang sama itu akan membawa berkat yang tidak sepadan bagi mereka yang setia kepada Tuhan dan mereka yang mengikuti pengajaranNya; itu tidak masalah berapa keras, penghakiman dapat memimpin orang kepada keselamatan dan penebusan bagi orang yang hatinya terbuka bagi tuntunan Tuhan.
*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 20 April.

31

AHAD 14 April BENCANA NASIONAL


Sila baca Yoel 1:1-12. Apakah yang terjadi kepada tanah Yehuda?
Nabi, yang tinggal di daerah pertanian, memanggil para petani yang kecewa kerana kehilangan hasil tuaian gandum dan buah mereka. Kehancuran ekologi akan melumpuhkan ekonomi nasional selama bertahun-tahun. Tambahannya untuk kehilangan makanan, keteduhan dan kayu-kayu, adanya ancaman erosi. Beberapa jenis pohon buah di di Palestin memerlukan waktu dua puluh tahun untuk boleh produktif. Faktanya, kehancuran pertanian dan penggundulan hutan adalah taktik untuk menyerang musuh, menghukum mereka dengan membuat ketidakmungkinan untuk pemulihan yang cepat. Sila baca Ulangan 28:38. Bagaimanakah itu menolong kita untuk memahami apa yang terjadi di Yehuda? Yoel menggunakan empat istilah berbeza untuk belalang (Yoel 1:4), untuk maksud menunjukkan kehebatan tulah yang menyeluruh itu. Kehancuran yang disebabkan oleh belalang bahkan bertambah buruk oleh kerana kekeringan. Semua tanaman yang diharap-harapkan oleh sudah layu dan petani putus asa kerana tidak ada yang boleh dimakan atau dijual; malah mereka tidak lagi memiliki benih untuk musim menama seterusnya. Bencana yang seperti itu adalah sesuatu yang tidak pernah didengar oleh nenek moyang mereka dan sesuatu yang akan diceritakan untuk generasi berikutnya. Faktanya bahawa bencana yang seperti itu tidak pernah terjadi sebelumnya menambah pentingnya keadaan ini. Nabi juga memberitahukan kehancuran sumber makanan lain di tanah Israel, seperti anggur, gandum dan minyak (Ulangan 14:23; 18:4). Gandum dan jelai adalah bijirin yang paling penting di Palestin. Anggur dan ara pada zaman Alkitab menggambarkan kedamaian hidup dan kelimpahan berkat Tuhan di Tanah Perjanjian (I Raja. 4:25; Mi. 4:4; Za. 3:10). Gambaran yang indah dari damai dan kemakmuran adalah dapat duduk di bawah pohon anggur dan ara milik sendiri. Sekarang, semua hal ini terancam oleh penghakiman Ilahi yang akan datang oleh kerana dosa mereka. Musim menuai adalah masa yang menyenangkan (Mazmur. 4:7; Yesaya 9:3). Walaupun tanah di Israel adalah pemberian Tuhan, itu masih milik Tuhan. Israel diharapkan menjadi penatalayan yang setia atas tanah itu. Di atas semuanya, rakyat diharapkan untuk menyembah dan mengikuti Tuhan, kerana Dia adalah satu-satunya yang memberikan mereka tanah yang terbaik pada mulanya. 32

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Yoel 2:11 Pelajar Akan:
Mengetahui: Memahami makna Hari Tuhan sebagai hari penghakiman. Ia boleh dialamai sebagai satu penghukuman atau penyelamatan. Merasakan: Mendorong umat untuk mengalami Hari Tuhan sebagai satu hari penbebasan yang menggembirakan. Melakukan: Membantu orang lain untuk menyedari kedatangan Kristus, memimpin mereka untuk hidup bersama Dia, penuh dengan Roh Kudus dan mempersiapkan mereka untuk sentiasa bersedia. hari yang dahsyat bagi umat percaya?

II. Merasakan: Hari Yang Menakutkan


A. Apakah pandangan pertama anda apabila mendengar bahawa Tuhan akan menghakimi kita? B. Mengapakah Yoel sangat serius apabila mengumumkan Hari Tuhan itu? C. Apakah emosi dan tingkah laku yang timbul dari kesedaran bahawa mereka yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan?

III.
A.

Melakukan: Penyelamatan

Hari

Mengapakah anda tidak boleh membuat diri anda bersedia untuk kedatangan Tuhan? B. Bagaimanakah Tuhan membuat anda bersedia? Garis Panduan Pelajaran: Di tengah-tengah buku I. Mengetahui: Dekatnya Hari C. Yoel terdapat panggilan untuk Itu kembali kepada Tuhan dengan A. Atas dasar apakah anda segenap hati dan satu janji tahu bahawa Kristus akan mengenai pencurahan Roh datang? Kudus. Mengapakah itu tidak B. Mengapakah anda boleh cukup untuk membuat mengakui bahawa Kedatangan seseorang bertahan Kedua Kali itu sudah dekat? menghadapi Hari itu? C. Mengapakah ia seharusnya tidak difikirkan sebagai suatu Ringkasan: Akhir zaman Hari Tuhan itu sedang tiba. Hari paling bersejarah adalah hari pelepasan bagi mereka yang menyeru pada Tuhan dan dipimpin oleh RohNya. 33

ISNIN 15 April TIUPLAH TROMPET


Ketika bencana alam terjadi, ia menimbulkan beberapa pertanyaan, seperti, Mengapakah Tuhan membiarkan ini terjadi? Mengapakah ada orang hidup sementara yang lain mati? Apakah ada pelajaran yang boleh kita pelajari? Yoel tidak ragu bahawa tulah belalang akan menuntun kepada pandangan yang lebih luas mengenai rancangan Tuhan yang menyeluruh. Dalam pasal satu, di bawah inspirasi Ilahi, nabi menghubungkan krisis nasional kepada keadaan kerohanian di tanah itu. Belalang tidak meninggalkan apa pun yang boleh mereka persembahkan kepada Tuhan. Persembahan tepung dan minyak sebagai persembahan harian di kaabah, sesuai dengan petunjuk yang tercatat dalam Kel. 29:40 dan Bil. 25:58. Meniadakan persembahan itu adalah parah, tetapi itu harus dipersiapkan sebagai satu peringatan kepada rakyat tentang keadaan mereka yang serius. Kehilangan kesempatan bahkan untuk mempersembahkan persembahan melambangkan pelanggaran akan perjanjian antara Tuhan dengan Israel. Tetapi, tidak seperti banyak nabi yang lain, Yoel tidak menggunakan banyak waktu untuk mengenali kegagalan bangsa itu. Dia jauh lebih tertarik untuk memikirkan obat seperti yang digambarkan oleh Dokter Ilahi Israel. Sila baca Yoel 1:13-20. Apakah yang Yoel katakan kepada bangsa itu? Bagaimanapun uniknya keadaan, dalam cara apakah hal itu dikatakan di sini satu permohonan yang biasanya terdapat dalam seluruh Alkitab, baik Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru? Nabi mendesak para pemimpin agama untuk menetapkan hari puasa dan doa peringkat nasional sehingga rakyat boleh melihat lebih dalam hati mereka, meninggalkan dosa-dosa dan kembali kepada Tuhan mereka. Dalam cara ini mereka akan mengalami pembaharuan dalam kepercayaan kepada Tuhan yang pengasih dan adil. Akhirnya, bencana akan menuntun orang percaya kepada hubungan yang lebih dalam dengan Tuhan mereka. Melalui Alkitab, Tuhan digambarkan sebagai Tuhan seluruh alam, Tuhan yang menciptakannya, menopang dan juga menggunakannya untuk tujuan Ilahi. Dalam bencana alam ini, daripada mengoyak jubah mereka, nabi Yoel berkata bahawa rakyat seharusnya mengoyak hati mereka dan membuat diri mereka terbuka untuk rahmat dan kasih Tuhan. Bencana boleh menyerang kita pada bila-bila masa dalam pelbagai bentuk. Apabila itu terjadi, tanpa memperdulikan apakah kita memahaminya dan akibatnya, apakah janji dalam Alkitab yang dapat kita pegang supaya kita tabah dan kuat menghadapinya? Janji apakah yang sangat bermakna bagi anda? 34

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Yoel 2:1117
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan mahu membantu umatNya untuk keluar dari krisis rohani mereka dengan memanggil mereka kepada satu pertaubatan yang sejati. Mereka perlu sedar bahawa penghakiman Tuhan itu bukan sebahagian sahaja dan akan memisahkan semua orang jahat. Namun demikian, Tuhan akan menjadi perlindungan bagi mereka yang memanggil namaNya dalam penuh kepercayaan dan keyakinan. Dia adalah kubu pertahanan mereka dan akan melengkapkan mereka untuk berdiri teguh semasa berlakunya peristiwa akhir dunia. Hanya Untuk Guru: Pelajaran minggu ini menumpukan kepada perkhabaran Yoel yang tinggal pada zaman ketika seluruh umat percaya berada dalam satu krisis perbaktian. Di sebalik menyembah Tuhan Pencipta, umat itu menyembah Baal dan patuh kepada kehendaknya. Yoel adalah seorang pembaharu dan dia membaharui hidup kerohanian umat itu dengan membawa balik perhatian mereka kepada satu-satunya Tuhan yang sebenar. Pembuka Perbincangan: Di tengah-tengah buku Yoel terdapat satu panggilan kepada pertaubatan: Berbaliklah kepadaKu dengan segenap hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis dan dengan mengaduh [mengeluh] (Yoel 2:12). Bagaimanakah kita boleh yakin bahawa pertaubatan kita itu adalah tulen? Apakah perbezaannya di antara pertaubatan yang sebenar dan pertaubatan yang palsu? Mengapakah dan dari apakah kita perlu bertaubat?

Soalan Untuk Perbincangan:


Bagaimanakah malapetaka dan bencana alamsebagai contoh, serangan belalang (sebagaimana halnya dalam zaman Yoel) gempa bumi, kebakaran, tsunami, dan sebagainyaboleh membawa manusia kepada pertaubatan? Bagaimanakah krisis dalam hidup boleh membina iman atau menyatakan iman? Apakah yang rasul Paulus maksudkan apabila dia bertanya: Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang? (Roma 8:35). Sesetengah orang menjadi sangat kecewa apabila mengalami perkara-perkara yang Paulus sebutkan dalam ayat ini. Mengapakah terdapat perbezaan besar dalam reaksi manusia terhadap masalah yang serupa?

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Para pakar berbelah bagi tentang bilakah nabi Yoel menjalankan pelayanannya kerana buku itu tidak mempunyai tarikh penulisannya. Konteks sejarah yang paling sesuai dengan keadaan itu ialah kemurtadan besar pada zaman Raja Ahab, raja Israel, ketika penyembahan Baal menjadi dominan sehingga Nabi Elia dan Nabi Elisa harus campur tangan. Makna pada nama Yoel (Tuhan itu Tuhan) adalah sama dengan nama Elia (Tuhan adalah Tuhanku). Keadaan itu sangat dramatik kerana masyarakat beriman itu terlalu

35

SELASA

16 April

KURNIA ROH TUHAN


Sila baca Yoel 2:28, 29 bersama dengan Kisah. 2:1-21. Bagaimanakah
Petrus menafsirkan nubuatan Yoel di sini? Pada hari Pentakosta, Rasul Paulus memberitahukan bahawa Tuhan telah menggenapi janjiNya, yang diberikan melalui Yoel, sehubungan dengan pencurahan Roh Kudus. Bersama dengan pencurahan Roh Kudus, dan sebagai tanda yang boleh lihat akan campur tangan Tuhan yang supra natural kepada manusia, Tuhan membuat fenomena alam luar biasa yang dapat dilihat di dalam alam, sama ada di langit dan juga di bumi. Dalam hubungannya dengan pemandangan pada hari besar Tuhan itu, Tuhan melalui Nabi Yoel telah menjanjikan suatu manifestasi khusus Roh KudusNya (Yoel 2:28). Sebahagian nubuatan ini sudah digenapi semasa kecurahan Roh pada hari Pentakosta. Tetapi nubuatan itu akan mencapai kepenuhan pernyataan rahmat Ilahi, yang akan membantu penyelesaian perkhabaran Injil pada akhir zaman.Ellen G. White, Alpha Omega, Vol. 8, ms. 11. Dalam konteks Yoel, pertaubatan harus disusuli oleh pencurahan Roh Kudus yang besar. Hal ini akan membawa pembaharuan yang luar biasa. Di sebalik kehancuran, berkat kurnia Tuhan akan melimpah. Tuhan kembali meyakinkan umatNya bahawa ciptaanNya akan dipulihkan dan bangsa akan dibebaskan dari penindas. Roh dicurahkan ke atas umat Tuhan, sama seperti pengurapan minyak yang dicurahkan ke atas kepala orang yang telah dipilih oleh Tuhan bagi pelayanan khusus. Roh juga memberikan kuasa berlimpah bagi orang yang menerima sehingga mereka dapat melakukan pekerjaan tertentu untuk Tuhan (Keluaran 31:2-5; Hakim 6:34). Hanya dalam waktu ini manifestasi Roh diterima dalam jumlah yang luas. Pada tahap terbesar dalam sejarah itu, keselamatan tersedia bagi semua yang mencari Tuhan. Roh Tuhan akan tercurah bagi semua orang percaya tanpa memandang usia, jenis kelamin, atau status sosial di dalam menggenapi keinginan Musa, bahawa semua umat Tuhan akan menjadi nabi dan Tuhan akan meletakkan Roh Kudus ke atas mereka (Bilangan 11:29). sendiri yang boleh membuat anda lebih mudah menerima kecurahan Roh Kudus? 36

A pakah perkara yang dapat anda lakukan dalam kehidupan anda

merosot dan berada dalam keadaan minda yang keliru. Agama mereka sangat bercampur aduk menggabungkan penyembahan kekafiran dengan perbaktian kepada Tuhan. Pendek kata, mereka memerlukan satu penumpuan semula sepenuhnya.

Ulasan Alkitab
Ungakapan utama dalam buku itu ialah hari Tuhan, yang tercatit sebanyak lima kali dalam buku tersebut (Yoel 1:15; 2:1, 11, 31; 3:14). Hari ini sudah dekat dan dijelaskan dalam bentuk negative, istilah gelap sebagai hari penghukuman. Sudah tentu penghukuman ini adalah untuk kejahatan semua bangsa, termasuk Israel.

I. Tuhan bertindak dan Memanggil Untuk Pertaubatan yang Sejati


(Imbas kembali Yoel 1:15, 2:1, 11, 31; 3:14 bersama kelas.) Bencana belalang yang tiba adalah bertujuan untuk mengingatkan umat Tuhan mengenai amaran Yoel berhubung hari penghakiman. Malapetaka itu akan menjadi sama seperti kemusnahan yang dikaitkan dengan hari Tuhan. Penghakiman di tempat itu adalah bertujuan untuk membawa perhatian mereka kepada penghakiman akhir zaman apabila semua manuisa akan dihakimi dengan seadiladilnya dan tidak ada orang yang mempunyai kelebihan ke atas orang lain. Rayuan Tuhan adalah jelas: Berbalik kepadaKu. Ia berupa satu panggilan peribadi dengan tujuan membantu umat percaya untuk datang kepada Tuhan Sendiri dan masuk ke dalam satu hubungan peribadi dengan Dia. Adalah penting, bukan sahaja berpegang kepada ajaran, hukum, kebenaran dan gaya hidupNya tetapi masuk ke dalam satu persahabatan yang rapat dan intim bersamaNya. Seterusnya, Tuhan mempelawa: Koyakkanlah hatimu dan jangan pakaianmu (Yoel 2:13). Adalah menjadi satu kebiasaan pada zaman alkitabiah untuk mengoyakkan pakaian ketika berkabung. Namun demikian, Tuhan menunjukkan bahawa penyesalan sejati bukan sekadar ditunjukkan secara luaran yang ditunjukkan dengan mengoyakkan pakaian tetapi sebaliknya mengoyakkan hati. Ia kelihatan seolah-olah Tuhan berkata: Aku mahu kamu mengaduh, bukan sahaja melalui luaran dengan menunjukkan air mata atau hal-hal lain yang menunjukkan penyesalan, tetapi dari hati. Aku mahu penyesalan kamu yang sejati dan datang dari dalam. Perhatikan Hal Ini: Apakah salahnya pada idea terpesong yang mengatakan bahawa kita harus berbuat lebih banyak dosa agar kita dapat menerima lebih banyak kurnia kasih? Mengapakah sangat penting bagi penghakiman Tuhan itu sebagai sesuatu yang saksama?

Soalan Perbincangan:
Bagaimanakah Tuhan boleh menjadi kubu dalam hidup anda, terutamanya apabila semua pertahanan luaran jatuh? Bagaimanakah anda mengoyakkan hati anda?

37

RABU

17 April

MEMAHSYURKAN NAMA TUHAN


Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari TUHAN yang hebat dan dahsyat itu. Dan barangsiapa yang berseru kepada nama TUHAN akan diselamatkan, sebab di gunung Sion dan di Yerusalem akan ada keselamatan, seperti yang telah difirmankan TUHAN; dan setiap orang yang dipanggil TUHAN akan termasuk orang-orang yang terlepas (Yoel 2:31, 32). Penggelapan matahari dan mengubah bulan menjadi merah seperti darah tidak boleh difahami sebagai bencana alam, tetapi sebagai tanda luar biasa menjelang hari Tuhan. Pada zaman Alkitab, banyak negara kafir yang menyembah benda langit sebagai dewa, sesuatu yang Musa katakan tidak boleh dilakukan oleh bangsa Israel (Ulangan 4:19). Ertinya, nubuatan Yoel bermaksud bahawa berhala dari bangsa-bangsa akan lenyap ketika hari penghakiman Tuhan tiba. Yoel 3:15 menambahkan bahawa apa yang bersinar akan kehilangan kuasanya dan tidak akan lagi bersinar kerana hadirat kemuliaan Tuhan akan menyinari semuanya. Sementara hadirat Kristus akan menakutkan mereka yang tidak bertaubat, bagaimanakah orang benar akan menyambut Tuhan mereka? Apakah perbezaan yang sangat penting? Lihat Yesaya 25:9; Yoel 2:32; Kisah. 2:21; Roma 10:13. Di dalam Alkitab, ungkapan untuk memanggil nama Tuhan bukan hanya bererti menyebut diri sebagai pengikut Tuhan dan menuntut janjiNya. Hal ini bererti juga menjadi saksi kepada orang lain mengenai Tuhan dan apa yang telah Tuhan lakukan di dunia ini. Abraham membangun mezbah dan memahsyurkan nama Tuhan di tanah Kanaan (Keluaran12:8). Kepada Musa di Gunung Sinai, Tuhan menyatakan kebaikan dan rahmatNya (Keluaran 33:19; 34:5). Pemazmur memanggil orang setia untuk bersyukur kepada Tuhan dan memanggil namaNya dengan memberitahukan kepada bangsa-bangsa apa yang telah Dia lakukan (Mazmur. 105:1). Kata-kata yang sama terdapat pada lagu keselamatan yang ditulis oleh nabi Yesaya (Yesaya 12:4). Oleh itu, memahsyurkan nama Tuhan bererti menjadi penyampai Injil bahawa Tuhan masih memerintah dunia ini dan memanggil semua orang di dunia untuk melihat semuanya berdasarkan perbuatan dan tabiat Tuhan. Ini juga bererti memberitahukan kepada semua orang tentang kemurahan hati Tuhan dalam memberikan keselamatan yang ditawarkan kepada semua umat manusia. Apakah ertinya bagimu memanggil nama Tuhan? Bagaimanakah kamu melakukan hal itu, dan apa yang terjadi ketika anda melakukannya? 38

II. Tuhan Mengutus RohNya Sebelum Hari Penghakiman


(Imbas kembali Yoel 2:28, 29 bersama kelas.) Sebelum tibanya hari Tuhan yang menakutkan itu, Tuhan akan mengutus Roh KudusNya (Yoel 2:28, 29) dan akan melakukan tanda-tanda besar dalam alam semula jadi (Yoel 2:30, 31) agar dapat menyediakan umat itu menghadapi peristiwa akhir zaman. Yoel menyakinakan bahawa Barangsiapa yang berseru kepada nama TUHAN akan diselamatkan (Yoel 2:32). Oleh itu kita tidak perlu takut pada peristiwa akhir zaman itu kerana pelepasan daripadanya berkait rapat dengan Tuhan kita yang agung. Apabila anda berjalan dengan Tuhan, anda akan dipenuhi dengan pengharapan kerana mereka yang mengasihi Tuhan bukan umat yang ketakutan tetapi orang yang mengenali Tuhan (Yesaya 35:4; Daniel 7:22; Yuhanes 5:24; Roma 8:28; 1 Yohanes 2:28; 4:17, 18). Tuhan harus sentiasa menjadi tumpuan utama segala pemikiran dan tingkah laku kita (Mazmur 1:1, 2; Kolose 3:14). Roh Tuhan dan hujan memainkan peranan utama dalam perkhabaran Yoel terutama bahagian kedua fasal 2. Apabila tanah itu menjadi kering maka hujan diperlukan. Sebagaimana air membuat tumbuh-tumbuhan bertumbuh di tanah, maka demikian juga Roh Tuhan membuat kehidupan rohani segar semula. Roh Tuhan perlu dicurahkan ke atas umat itu agar kekeringan akan diubah menjadi berkat Tuhan yang berkelimpahan. (Yohanes 7:3739, 10:10). Terdapat juga suatu kiasan yang terselit dalam ayat Ibrani melalui ungkapan hujan pada awal musim dengan adilnya, yang boleh juga diterjemah sebagai guru kebenaran (Yoel 2:23). Berdasarkan kepada ayat ini, puak Kumran menjangkakan kedatangan Guru kebenaran itu sebagai menggenapi nubuatan ini. Hanya dengan menerima ajaran Yesus Kristus sebagai Guru, dan juga Roh Kudus, yang akan menyediakan kita untuk menyembah Tuhan dalam kebenaran dan Roh agar dapar dilepaskan pada hari Penghakiman itu nanti. Perbincangan: Mengapakah Roh Kudus itu sangat pengting dalam kehidupan kita? Apakah maksudnya bahawa Tuhan akan mencurahkan RohNya agar mereka akan dipenuhi bersamaNya? (Sila lihat Yehezkiel 36:2628, Yohanes 16:715, Roma 8:1317.)

III. Tuhan Akan Menghakimi Semua Bangsa Di Lembah Keputusan


(Imbas kembali Yoel 2:32 with your class.) Buku Yoel berbicara mengenai penghakiman yang diadakan di lembah keputusan. Lembah yang sama ini di sebut sebagai lembah Yosafat (Yoel 3:12), yang bermaksd Tuhan menghakimi. Lembah ini bukan suatu lembah sebenar secara geografi yang terletak di suatu tempat di Palestin (tidak ada lembah yang cukup luas untuk memuatkan semua bangsa di dunia ini). Ia berupa satu tempat simbolik tetapi dengan penghakiman yang sebenar di mana Tuhan akan menghakimi seluruh dunia. Seseorang boleh melihat kebenaran ini melalui nama simbolik lembah tersebut. Keputusan Tuhan yang akhir dan penghakiman Ilahi akan menyatakan keputusan yang manusia telah buat (Daniel 7:9, 10, 22, 25, 26; Matius 16:27). Penghakiman Tuhan bukan suatu yang ditokok-tambah atau berubah-ubah.

39

KHAMIS

18 April

PERLINDUNGAN PADA MASA KESUSAHAN


Nabi-nabi Alkitab membandingkan kedatangan penghakiman dari Tuhan dengan suara auman singa, suara yang membuat semua orang gementar (Yoel 3:16;3:8). Di dalam Alkitab, Sion ditunjuk sebagai tempat takhta duniawi Tuhan di Jerusalem. Dari tempat ini, Tuhan akan menghukum semua musuh, tetapi di waktu yang sama dia akan membenarkan umatNya yang dengan sabar menunggu kemenanganNya. Mereka akan bersama-sama dalam kemenanganNya ketika Dia memperbaharui ciptaan. Untuk beberapa orang gambaran Alkitab tentang penghakiman Tuhan yang terakhir adalah sukar dipahami. Adalah baik untuk menyimpan dalam fikiran bahawa kejahatan dan dosa adalah sangat nyata, dan bahawa tekanan mereka sangat kuat untuk menentang Tuhan dan untuk menghancurkan semuanya dari kehidupan. Musuh Tuhan adalah kejahatan. Itulah sebabnya mengapa kata-kata Yoel mengundang kita untuk menguji kehidupan kita untuk memastikan apakah kita berada di sisi Tuhan sehingga kita terlindung pada hari penghakiman. Sila baca Matius 10:28-31. Bagaimanakah ayat-ayat ini menolong kita untuk mengerti, bahkan pada masa malapetaka, apakah yang telah kita berikan di dalam Yesus? Tuhan menopang semua orang yang tekun dalam iman. Dia boleh saja membawa kehancuran ke atas dunia ini (Yoel 3:1-15); namun umatNya tidak takut akan tindakanNya dalam penghakiman yang penuh kuasa kerana dia telah berjanji untuk melindungi mereka (ayat 16). Dia telah memberikan jaminan. Perbuatan kemahakuasaan dan kebaikanNya menunjukkan bahawa Dia adalah setia kepada perjanjian, Tuhan yang tidak akan pernah membiarkan kembali orang-orang benar itu malu (Yoel 2:27). Buku Yoel diakhiri dengan penglihatan sebuah dunia yang telah berubah di mana sungai mengalir di tengah-tengah Yerusalem baharu, kehadiran Tuhan yang abadi di antara umat yang diampuni (Yoel 3:18-21). Perkhabaran nubuatan ini mencabar kita untuk berjalan di dalam Roh, mendesak supaya orang Kristian hidup sepenuh hati, untuk menjangkau orang yang belum terpanggil dalam nama Kristus. Seperti halnya kita, kita menuntut janji Ilahi untuk kehadiran Kristus melalui Roh Kudus yang tinggal di dalam hati dari umat-umatNya yang setia. Kita harus mengetahui keadaan kita yang sebenarnya, jika tidak kita tidak akan merasa keperluan kita mengenai pertolongan Kristus. Kita harus mengerti bahaya kita, kalau tidak kita tidak akan lari kepada perlindungan. Kita harus merasa sakit akibat luka-luka kita, kalau tidak kita tidak akan menginginkan kesembuhan, Ellen G. White, Perumpamaan-perumpamaan Tuhan Yesus , ms. 111. Apakah pemahaman mu tentang keadaan sebenarnya? Rasa sakit apa yang kamu alami? Apakah kamu sudah mengalami perlindungan yang telah dijanjikan Kristus kepada kita?

40

Perbincangan: Pertanyaan penting ialah siapakah yang boleh bertahan berhadapan dengan penghakiman Tuhan itu dan bagaimana? Terangkan pada kelas anda apa maknanya menyeru pada nama Tuhan (Yoel 2:32).

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Terangkan pada kelas anda bagaimana mereka boleh dipenuhi dengan Roh Kudus dengan dibaptiskan oleh Roh setiap hari. Setiap umat percaya yang ikhlas ingin untuk memiliki satu hubungan intim dan sejati dengan Tuhan. Namun hubungan ini tidak boleh bersifat sentimental; sebaliknya ia harus berlandaskan pada Alkitab dalam ertikata bahawa seluruh keperibadian manusiawi itu turut terlibat: intelek, perasaan dan kehendak. Bagaimana Kekristianan, sebagai satu agama, melibatkan seluruh keperibadian dalam cara ini? Di sebaliknya, bagaimanakah agama orang Timur dibandingkan dengan Kekristianan dan apakah yang ada pada agama Kristian yang agama orang Timur tidak ada? Penerapan Hidup: Yoel merayu kepada setiap orangdewasa, kanak-kanak, tua, muda, yang baru berkahwin untuk sebenar-benarnya kembali kepada Tuhan dengan berpuasa dan meratap. Bagaimanakah para pastor dan elder gereja dapat membantu para anggota gereja untuk berkumpul bersama-sama agar dapat mengalami pertaubatan sejati? Apakah peranan yang dilakukan oleh berpuasa dan belajar mengenai Roh Kudus dalam kebangunan rohani yang sebenar? Apakah peranan yang dilakukan oleh berpuasa dan belajar mengenai Roh Kudus dalam pertaubatan? LANGKAH 4Mewujudkan Hanya Untuk Guru: Bencana belalang merupakan satu peristiwa setempat yang luas dimensinya, suatu bentuk type (yang melambangkan sesuatu peristiwa sebenar) mengenai penghakiman Tuhan secara universal kepada semua bangsa pada akhir zaman nanti. Persitiwa akhir zaman ini disebut antitype (peristiwa sebenar yang ditunjukkan melalui lambang, type, terlebih dahulu). Lakukan kajian anda sendiri mengenai typology dan terangkan pada kelas anda dengan menuruti garis panduan yang dinyatakan dalam aktiviti berikut. Aktiviti: Sila bantu ahli kelas anda untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan type dan tujuannya. Sila lakukan pelbagai jenis type dan terangkan dengan jelas mengapa satu fahaman mengenai type itu penting. Jika bahan tersedia, lukiskan pelbagai carta untuk membantu mereka menggambarkan hubungan di antara type dan antitype. Untuk makluman mengenai makna typology dan maksudnya sila lihat buku tulisan Richard M. Davidson, Biblical Interpretation dalam buku Handbook of Seventh-day Adventist Theology, ed. Raoul Dederen, ms. 58104, Commentary Reference Series, vol. 12 (Hagerstown, Md.: Review and Herald Publishing Association and the General Conference of Seventh-day Adventists, 2000).

41

JUMAAT

19 April

Kajian Tambahan: Nama nabi itu, Yoel, adalah nama umum di zaman Alkitab, dan
ertinya adalah Tuhan itu Tuhan. Nama ini sesuai dengan seluruh tema dari buku itu: Hanya Tuhan yang sepenuhnya kudus dan adil, dan pekerjaanNya adalah memerintah di bumi ini. Sejarah dari umatNya, serta seluruh bangsa-bangsa ada di dalam tanganNya. Hal yang sama juga berlaku untuk semua manusia. Keterangan-keterangan mengenai kekekalan yang luar biasa itu menuntut dari kita sesuatu di samping suatu agama khayalan, suatu agama kata-kata dan bentuk, di mana kebenaran diletakkan di luar gereja Tuhan menyuruh supaya diadakan satu kebangunan rohani dan pembaharuan. Perkataan Alkitab dan hanya Alkitab saja yang harus kedengaran di atas mimbar. Tetapi kuasa Alkitab itu telah dirompak dan akibatnya ia kelihatan dalam kemerosotan nada kehidupan rohani. Dalam banyak khutbah sekarang tidak ada pernyataan Ilahi yang membangunkan kesadaran yang membawa kehidupan kepada jiwa. Para pendengar tidak dapat berkata, bukankah hati kita berkobar-kobar, ketika Ia berbicara dengan kita di tengah jalan dan ketika Ia menerangkan kitab suci kepada kita? Lukas 24:32. Banyak orang yang sedang berseru mencari Tuhan yang hidup itu, yang merindukan hadiratNya. Biarlah firman Tuhan berbicara pada hati. Hendaklah kiranya mereka yang hanya mendengar tradisi dan teori-teori dogma dan dogma manusia, mendengar akan suaraNya yang dapat membarui jiwa kepada kehidupan yang kekalEllen G. White, Alpha Omega, Jld. 5, ms. 219.

SOALAN PERBINCANGAN 1. Apakah cara dalam perkhabaran Yoel yang secara khusus penting untuk kita, hidup seperti pada akhir zaman ketika kejadian yang serius dan berat pasti menunggu kita? 2. Sila baca keseluruhan buku Yoel dalam waktu yang sama, dan jawablah pertanyaan berikut: Sampai sejauh mana perkhabaran Yoel diterapkan untuk generasinya dan sampai sejauh mana diterapkan untuk generasi yang akan datang? 3. Buku Yoel menggambarkan berbagai bentuk berkat Ilahi yang dicurahkan kepada umat Tuhan. Apakah nubuatan ini membuat perbezaan antara berkat rohani dan materi? Jika ya, bagaimana? 4. Bagaimanakah pemahaman kita mengenai pertentangan yang besar menolong kita untuk mengerti pencobaan yang mengerikan dan bencana yang dihadapi dunia? 5. Petikan tulisan Ellen. G. White pada hari JUMAAT membahas agama khayalan. Apakah ertinya? Bagaimanakah kita mengetahui bahawa agama kita nyata atau khayalan?

42

PELAJARAN 4 | 20 - 26 April Tuhan untuk Semua Bangsa (Amos) SABAT PETANG


SILA BACA UNTUK PELAJARAN MINGGU INI: Amos 1-2; Yesaya 58; Lukas 12:47,48; 1Raj. 8:37-40; Amos 4:12,13; Obaja. Ayat Hafalan: Singa telah mengaum, siapakah yang tidak takut? Tuhan TUHAN telah berfirman, siapakah yang tidak bernubuat? (Amos 3:8). Intipati : Tindakan yang tidak berperikemanusiaan adalah dosa terhadap Tuhan dan akan dihakimi oleh kerana hal itu.

i dalam Alkitab, singa sering digambarkan sebagai raja dunia haiwan. Kehadirannya menimbulkan keagungan dan kekuatan yang luar biasa seperti halnya juga keganasan dan kekuatan yang memusnahkan. Malah ketika tidak berburu, suara singa boleh didengar dari berbatu-batu jauhnya. Amos, seorang gembala, yang diutus ke bangsa Israel untuk memperingatkan mereka bahawa dia telah mendengarkan singa mengaum -dan singa itu tidak lain adalah Tuhan mereka! Digerakkan oleh Roh Kudus, nabi Amos menyamakan cara Tuhan berbicara kepada bangsabangsa, demikian juga kepada umat pilihanNya, dengan auman singa (lihat Amos 1:2) Amos dipanggil untuk memberi nubuatan kepada bangsa-bangsa yang telah melakukan kejahatan kepada umat manusia. Dia juga diutus kepada masyarakat rohani dan unggul yang hidup dalam kedamaian dan kemakmuran. Namun, mereka juga menindas orang miskin dan membiarkan usaha yang tidak jujur dan rasuah dibawa ke muka pengadilan. Minggu ini kita akan mendengarkan apa yang Tuhan katakan tentang perbuatanperbuatan yang dicela ini.

*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 27 April

43

AHAD

21 April

KEJAHATAN TERHADAP KEMANUSIAAN


Sila b aca
Amos 1 dan 2. Mengapakah Tuhan memperingatkan bahawa penghukuman akan tiba? Dua pasal pertama dalam buku Amos mengandungi tujuh nubuatan terhadap negara-negara yang berdekatan, yang diikuti oleh nubuatan terhadap Israel. Bangsabangsa asing tidak dihakimi oleh kerana mereka adalah musuh Israel tetapi kerana pelanggaran-pelanggaran mereka terhadap prinsip-prinsip kemanusiaan. Dua hal menonjol dalam kutukan Amos: Hilangnya kesetiaan dan hilangnya belas kasihan. Contohnya, Tirus memimpin kota perdagangan yang terletak di pesisir Mediterania di sebelah utara Israel. Kerana benteng pulau mereka hampir tidak boleh ditembus, mereka membual kerana keamanan itu. Malah, para pemimpin Tirus membuat perjanjian damai dengan bangsa-bangsa sekitar mereka, seperti Filistin. Kota itu bersekutu dengan Israel melalui perjanjian persaudaraan selama pemerintahan Daud dan Salomo (1Raja. 5:1,12) dan bahkan raja Ahab (1 Raja. 16:30,31). Tidaklah mengejutkan untuk membaca 1 Raja-raja 9:13 bahawa Hiram, Raja Tirus, menyebut Salomo Saudaraku. Namun, bangsa Tirus telah melanggar perjanjian persaudaraan. Tirus tidak dikutuk oleh kerana membawa tawanan, tetapi kerana menyerahkan mereka kepada musuh Israel, iaitu bangsa Edom. Oleh sebab itu, orang-orang Tirus bertanggung jawab terhadap kekejaman penderitaan yang dialami oleh tawanan ini di tangan musuh-musuh mereka. Dalam pandangan Tuhan, seseorang yang membantu dan mendukung kejahatan sama bersalahnya dengan orang yang melakukan itu. Kerana Tuhan berkuasa atas semuanya, dia memegang masa depan dari semua bangsa di dalam tanganNya. Dia memiliki tujuan dan perhatian yang jauh melampaui perbatasan Israel. Tuhan Israel adalah Tuhan semua bangsa; semua sejarah manusia dalam perhatiannya. Dia adalah Tuhan Pencipta, yang memberi kehidupan untuk semua, dan semua bertanggung jawab kepadaNya.

Siapakah di antara kita tidak dipenuhi penderitaan ketika melihat ketidakadilan


yang tidak masuk akal? Ketika tidak ada Tuhan, harapan keadilan apakah yang kita miliki untuk kita lakukan? Apakah janji, yang ditemukan di seluruh Alkitab, tentang Tuhan membawa keadilan dan pengadilan kepada dunia bererti untukmu? Bagaimanakah kita belajar untuk bergantung kepada janji di tengahtengah semua ketidakadilan yang kita lihat sekarang?

44

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Amos 3:8 Pelajar Akan:
Mengetahui: Memahami bahawa nubuatan itu bukan semestinya mengenai ramalan masa depan tetapi mengenai keputusan yang seseorang itu buat pada masa ini. Merasakan: Melihat secara emosi bahawa Tuhan mengutuk sikap angkuh, ketidakadilan dan tindakan-tindakan lain yang tidak berperikemanusian. Dia akan sama-sama merasai kerinduan Amos untuk satu pemulihan keadilan. Melakukan: Mengambil secara serius Firman nubuatan Tuhan dan menyediakan diri sendiri dan orang lain untuk menemui Tuhan tanpa membuat mereka merasa kecewa atau dihakimi tanpa berpengharapan. B. Bagaimanakah ada tahu bahawa Tuhan telah berfirman pada masa lalu dan masih berbicara melalui FirmanNya hari ini? C. Mengapakah Tuhan menyatakan hal masa depan?

II. Merasakan: Tuhan Telah BerfirmanJadi, Apakah Makna Itu bagi Saya?
A. Mengapa sangat penting untuk mendengar suara nubuatan Tuhan? B. Dalam cara apakah kita boleh berbicara mengenai tingkah laku yang salah tanpa bersikap menghakimi?

III. Melakukan: Kepentingan Pada Firman Nubuatan


A. Bagaimanakah kita menyalahkan dosa dalam semangat yang benar dan pada masa yang sama mendorong orang untuk melakukan perkara yang benar? B. Bagaimanakah anda membela mereka yang dalam masyarakat anda, yang ditindas, didera, miskin atau tanpa perlindungan? C. Bagaimanakah gereja anda menyokong satu pelayanan bersifat nubuatan hari ini?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Kuasa Pada Firman Ilahi
A. Apakah matlamat utama Firman Tuhan: memaklumkan, mengajar, mengingatkan, mendorong atau memperkasa?

Ringkasan: Firman nubuatan Tuhan bukan sahaja mengandungi maklumat mengenai masa lalu dan masa depan, tetapi ia menolong kita untuk membuat keputusan yang betul pada masa ini.

45

ISNIN

22 April

KEADILAN BAGI YANG TERTINDAS


Penghakiman universal Tuhan adalah satu dari pokok pengajaran yang ditemukan di buku Amos. Pada permulaan bukunya, Amos mengumumkan penghakiman bagi beberapa negara tetangga Israel kerana kejahatan mereka terhadap kemanusiaan. Kemudian, bagaimanapun juga, Amos dengan berani mengatakan bahawa Tuhan juga akan menghakimi Israel. Kemarahan Tuhan tidak hanya ditujukan kepada bangsa-bangsa tetapi juga kepada umat yang telah di-pilihNya. Bangsa Yehuda telah menolak Firman Tuhan dan tidak menuruti petunjukNya. Pada masa yang sama, Amos lebih luas lagi berhubungan dengan Israel dari pada Yehuda, walaupun dia telah melanggar perjanjian Tuhan dan melakukan banyak dosa. Kemakmuran ekonomi Israel dan stabilitas politik membawa bangsa itu kepada kerusakan rohani. Kerusakan rohani ini kelihatan pada ketidakadilan sosial. Di Israel, orang kaya mengeksploitasi orang miskin, dan orang yang kuat mengeksploitasi orang lemah. Orang kaya hanya peduli kepada diri sendiri dan penghasilan peribadi, walaupun itu harus mengorbankan dan menyengsarakan orang miskin (Tidak banyak berbeza dalam beribu tahun bukan?)

Sila baca Yesaya 58. Dalam hal apakah pasal ini menangkap aspek dari
kebenaran masa kini? Dalam cara apakah, meskipun, apakah perkhabaran kita kepada dunia lebih daripada ini? Alkitab dengan jelas mengajar bahawa keadilan sosial seharusnya menjadi hasil dari Injil. Sementara Roh Kudus membuat kita semakin seperti Yesus, kita belajar untuk membagikan kepedulian Tuhan. Buku Musa menuntut perlakuan yang adil kepada orang asing, janda dan yatim piatu (Keluaran 22:21-24). Nabi-nabi berbicara tentang kepedulian Tuhan kepada perlakuan yang adil dan kasih kepada orang-orang yang tidak beruntung (Yesaya 58:6, 7). Pemazmur menyebut Tuhan yang hidup pada tempatNya yang kudus bapa bagi anak yatim, pelindung bagi janda (Mazmur. 68:5). Kristus menunjukkan perhatian yang besar bagi mereka yang ditolak masyarakat (Markus 7:24-30; Yohanes 4:7-26). Yakobus memanggil kita untuk menempatkan iman kita ke dalam perbuatan dan menolong orang-orang yang tidak mampu (Yakobus 2:1426). Tidak ada pengikut Kristus yang boleh tidak melakukan itu dan menjadi benar-benar menjadi pengikut Kristus. 46

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Amos 4:12
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan Amos ialah Tuhan yang adil dan kebenaran. Penekanan ini sangat penting pada zaman masyarakat moden kita yang dikuasai oleh sentimentalism dan pemahaman bahawa jika ia kelihatan baik maka ia semestinya suatu yang benar. Walaupun emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, namun kita perlu dikawal oleh prinsip-prinsip Ilahi yang menjamin bahawa kehidupan kita akan menikmati kebebasan yang sejati dalam lingkungan yang benar. Hanya Untuk Guru: Keadilan Tuhan haruslah ditekankan semula dalam dunia masa ini kerana ia berupa satu komoditi yang sering dilupakan. Bawa kepada satu penumpuan hakikat bahawa kasih dan kebenaran Tuhan tidak akan lengkap tanpa keadilan. Tuhan menyatakan rencanaNya untuk akhirnya menetapkan keadilan (Amos 3:7) agar kehidupan tanpa dosa boleh berkembang semula. Pembuka Perbincangan: Kita hidup dalam dunia merosot yang dikuasai oleh keganasan, kuasa dan wang. Ramai kanak-kanak, para wanita dan orang yang tidak bersalah menderita dengan dahsyat dan dieksploitasi dan didera. Keganasan dalam rumah tangga meninggalkan mangsa yang ramai. Rasuah akan menutupi keadilan. Apabila orang tidak bersalah menderita, manusia menuntut keadilan. Apabila jenayah dan keganasan dilakukan, kita mahu bertindak tetapi tindakan membalas dendam itu bukan milik kita. Bagaimanakah kita, sebagai individu atau satu masyarakat beriman, boleh lebih terlibat dalam memastikan satu hubungan yang harmoni dan damai sejahtera dalam masyarakat kita, di tempat bekerja, bersama jiran tetangga dan dalam melindungi mereka yang lemah? Setiap kita adalah lemah; namun adakah kita sama sekali tidak bermaya dan berada di bawah telunjuk mereka yang berkuasa? Mengapakah tindakan membalas dendam oleh kita bukan suatu tindakan yang adil? Soalan Untuk Perbincangan:: 1. Mengapakah sangat penting bahawa Tuhan memaklumkan terlebih dahulu apa yang Dia sudah rancang untuk dilakukanNya? Mengapakah Dia menyatakan penghakimanNya? 2. Dalam dunia maklumat yang bercanggahan dan perbahasan yang tidak tepat, bagaimanakah kita tahu dengan pasti apakah langkah-langkah utama yang Tuhan akan ambil sebelum kedatangan Yesus Kristus yang Kedua Kali?

LANGKAH 2Mengkaji
Amos, seorang nabi abad ke-8 S.M. berasal dari Tekoa, sebuah pekan kecil enam batu dari Betlehem dan 11 batu dari Yerusalem Walaupun dia berasal dari selatan (Yehuda), Tuhan mengutus dia ke Kerajaan Utara (Israel) untuk menyampaikan perkhabaranNya dalam menyeru umat Israel untuk kembali kepada

47

SELASA

23 April

BAHAYA DARI HAK ISTIMEWA


Perkhabaran nubuatan dari Amos tidak dimaksudkan untuk dibatasi kepada keadaan Israel tetapi rangkumannya meluas kepada Israel dan Yehuda. Dalam Perjanjian Lama, Israel memiliki keunikan tetapi bukan hanya mereka menuntut Tuhan. Sila baca Amos 3:1, 2. Kata kerja Ibrani yada, untuk mengetahui, yang digunakan dalam ayat 2, memiliki kesan keintiman. Dalam Yeremia 1:5,contohnya, Tuhan mengatakan bahawa Dia mengenal nabi itu dan mengasingkan dia bahkan sebelum dia lahir. Demikian halnya juga dengan Israel. Mereka bukan hanya bangsa lain di antara bangsa-bangsa. Sebaliknya, mereka diasingkan untuk tujuan Ilahi yang kudus. Mereka berdiri dalam hubungan yang khusus dengan Dia. Tuhan sendiri yang telah memilih Israel dan membawanya dari perhambaan kepada kebebasan. Keluar dari Mesir adalah satu peristiwa yang sangat penting dalam permulaan sejarah Israel sebagai satu bangsa. Itu memberikan tempat bagi Tuhan untuk melakukan tindakan penebusan dan penaklukan tanah Kanaan. Tetapi kekuatan dan kemakmuran Israel memimpin kepada kesombongan dan kepuasan oleh kerana status istimewanya sebagai bangsa pilihan Tuhan.

Sila baca pernyataan Kristus dalam Lukas 12:47, 48. Dalam cara apakah kita dapat
memahami prinsip yang Dia ajarkan di sana? Saat hak istimewa yang besar disalahgunakan, hal itu akan digantikan dengan hukuman yang besar? Di bawah ilham Ilahi, nabi itu memperingatkan bahawa kerana orang-orang Israel adalah pilihan Tuhan, mereka bertanggung jawab untuk tindakan mereka. Tuhan berkata bahawa hubungan yang unik dengan Tuhan dibarengi dengan kewajiban, dan hukuman akan diberikan jika kewajiban itu tidak dipenuhi. Dengan kata lain, Israel sebagai umat pilihan Tuhan, memiliki tanggung jawab yang lebih besar untuk penghakiman, kerana hak istimewa ini memerlukan tanggung jawab. Pemilihan Israel, bukan hanya status istimewa; mereka dipanggil untuk menjadi saksi kepada dunia tentang Tuhan yang telah memberkati mereka. Gereja-gereja yang mengaku sebagai milik Kristus pada generasi ini diangkat pada kesempatan-kesempatan yang tertinggi. Tuhan telah dinyatakan kepada kita dalam terang yang semakin besar. Kesempatan kita adalah jauh lebih besar dari pada kesempatan umat Tuhan dahulu kala. Ellen G. White, Perumpamaan-perumpamaan Tuhan Yesus, ms. 320. Fikirkan tentang semua hal yang telah diberikan kepada kita sebagai Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh. Mengapakah tanggung jawab yang diberikan kepada kita dengan keistimewaan membuat kita gemetar? Apakah mereka, atau kita terbiasa dengan hal itu. Apakah kita pernah menjadi puas untuk semua yang kita peroleh? Jika tidak, bagaimanakah kita dapat berubah?

48

Tuhan dan merayu kepada mereka untuk menghentikan perbuatan mereka yang jahat. Kerajaan Utara itu terlalu merosot. Kejahatan telah meresapi bangsa itu sehingga Tuhan harus mengutus Hosea, seorang lagi Nabi, untuk membantu menguatkan Amos agar dapat menyedarkan Kerajaan Utara mengenai penghakiman yang pasti datang di muka pintu mereka iaitu tentera Asyur yang akan tiba. Tanpa perlindungan dan pertolongan Tuhan, Samaria pasti akan ditawan. Hanya Untuk Guru: Sila gunakan pelajaran berikut untuk menolong kelas anda meneliti perbezaan di antara penghakiman Tuhan ke atas bangsa-bangsa di sekeliling dan penghakiman ke atas kerajaan Israel.

Ulasan Alkitab
I. Rasuah Dalam Israel
(Imbas kembali Amos 3:7 bersama kelas.) Para penduduk negeri Israel perlu membuat satu perubahan dramatik dalam kehidupan mereka. Dalam kasih dan keadilanNya, Tuhan menyatakan kepada para hambaNya Amos dan Hosea rahsia (Amos 3:7) dan rencanaNya agar dapat membantu umat itu untuk berbalik kepadaNya. Pengharapan itu ialah apabila umat itu telah menerima maklumat sepenuhnya mengenai kemusnahkan tanah air mereka maka mereka akan mencari Tuhan. Kehidupan politik, sosial dan agama mereka berada keadaan kucar-kacir dan keruntuhan. Sejarah Israel adalah gelap. Tiada satupun di antara 20 raja-raja Kerajaan Utara yang menuruti Tuhan. Semua raja mereka bermula dengan Yeroboam kepada Hoshea, raja yang terakhir adalah jahat belaka. Mereka melakukan hal-hal yang salah dalam pendangan Tuhan. Tiada satupun yang dikecualikan. Hanya komplot, pemberontakan, eksploitasi, keganasan, rasuah, tragedi dan putus asa yang berleluasa. Untuk mengilustrasikan: tujuh daripada raja Israel telah dibunuh, seorang membunuh diri dan seorang lagi dibiaskan mati oleh Tuhan. Alkitab menggunakan Raja Ahab dan isterinya Izebel sebagai lambang kepada kejahatan dalam Israel. Tiada satupun raja yang takut kepada Tuhan; tiada yang bertaubat dan menganjurkan pembaharuan. Mereka menuntun umat itu kepada kemusnahan. Mereka adalah pemimpin yang membawa kepada kebinasaan. Betapa satu keadaan yang malang dan jahat. Tidak hairanlah maka Tuhan harus menghantar ubat yang kuat untuk menggoncang bangsa itu dan menghentikan kejahatan mereka yang berterusan. Tetapi malangnya, sebagaimana kita telah ketahui dari sejarah, satu suara nabi itu sekalipun tidak dapat membantu. Perhatikan Hal Ini: Apakah pengajaran yang umat di gereja anda dapat pelajari daripada perjuangan, kemenangan dan kegagalan gereja pada zaman Perjanjian Lama? Apakah yang secara khusus sesuai dengan keadaan kita hari ini?

49

RABU

24 April

PERTEMUAN ISRAEL DENGAN TUHAN


Bersiaplah untuk bertemu dengan Tuhanmu, hai Israel (Amos 4:12) Amos 4 bermula dengan gambaran dosa Israel, dan diakhiri dengan pengumuman akan hari perhitungan. Tuhan membuat umatNya khususnya bertanggung jawab bagaimana mereka hidup dan memperlakukan yang lain. Amos mendaftarkan daftar bencana alam, satu hal yang cukup untuk membuat mereka kembali kepada Tuhan. Daftar itu disusun dalam tujuh bencana, hukuman penuh bagi mereka yang melanggar perjanjian (sesuai dengan kata-kata Musa dalam Imamat 26). Beberapa bencana ini mengingatkan kita satu tulah yang dikirim Tuhan ke Mesir, sementara gambaran dari bencana yang terakhir dengan tegas disebutkan kehancuran total dari Sodom dan Gomora. Menurut doa Salomo masa penahbisan bait suci, apakah harus bencana yang menuntun orang untuk melakukan sesuatu? 1 Raja. 8:3740. Orang Israel tidak berperangai seperti orang biasa lagi, dan Tuhan mendapati adalah mustahil untuk mendapatkan perhatian mereka. Malah, penghakiman Tuhan mengakibatkan mengerasnya hati bangsa itu. Kerana bangsa itu gagal untuk kembali kepada Tuhan, Amos menyampaikan kesempatan terakhir untuk bertaubat. Penghakiman terakhir adalah segera, tetapi Amos tidak menjelaskan penghakiman apa yang akan terjadi. Ketidakpastian yang menghantui dalam kata-kata Amos membuat dalam menghadapi penghakiman semakin tidak menyenangkan. Israel telah gagal untuk mencari Tuhan, sehingga Tuhan keluar menjumpai Israel. Amos 4:12 bermula dengan kata-kata sebab demikian akan kulakukan kepadamu, yang menggemakan rumus sumpah tradisional. Pernyataan yang sungguh-sungguh ini memanggil tanggapan dari Israel untuk mempersiapkan bertemu dengan Tuhannya seperti yang mereka lakukan sebelumnya untuk kehadiran Tuhan di Sinai. (Keluaran 19:11, 15).

Sila baca dengan teliti Amos 4:12, 13. Jika, tiba-tiba, kamu mendengar

peringatan, Bersiaplah untuk bertemu Tuhanmu, hai (namamu di sini) apakah tanggapanmu? Apakah satu-satunya harapanmu? Lihat Roma 3:19-28. 50

II. Tuhan Menyingkap dan Mendedahkan Realiti


(Imbas kembali Amos 4:411 bersama kelas.) Fasal 1 dan 2 menyampaikan satu siri penghakiman terhadap bangsa-bangsa di situ. Amos bermula dengan bangsa-bangsa di sekeliling Israel: bermula dengan Aram (Damsyik) dan Filistia (dan kota-kotanya seperti Gaza, Ashdod, Ashkilom dan Ekron); lalu beralih ke Tirus, seterusnya kepada Edom, Amon dan Moab dan berakhir dengan bangsa Yehuda. Umat Israel masih boleh merasa lega kerana penghakiman Ilahi itu ditujukan kepada bangsa lain. Tetapi nabi itu pula menghala kepada Israel dan menangani dosa-dosa mereka. Dengan kepetahan kata-kata yang tepat dia berbicara mengenai Israel seterusnya di dalam bukunya. Dalam fasal 3, Tuhan mengajukan tujuh pertayaan bersifat retorikal (ayat 3 6). Tetapi terlebih dahulu, Dia mengingatkan umat itu bahawa, walaupun Dia telah membawa mereka keluar dari Mesir, namun Dia akan menghukum mereka kerana dosa-dosa mereka (ay. 2). Kerana mereka tidak tahu berbuat jujur (ay. 10), Tuhan mengingatkan bahawa Musuh akan ada di sekeliling negeri (ay. 11). Dengan menggunakan bahasa yang indah, Tuhan menunjukkan bahawa penghakiman ini sedang menanti dan pasti berlaku akibat kemerosotan moral bangsa Israel. Tiada yang terlepas daripada penghakiman itu dan mezbah di Betel (pusat penyembahan paslu di Israel) akan dimusnahkan. Sebanyak lima kali dalam fasal 4 Tuhan berseru dan merungut bahawa walaupun Dia menggunakan sukatan hukuman yang tinggi untuk menghalang mereka daripada melakukan kesalahan, namun umat itu terus berada dalam dosa. Nabi itu menggunakan perkataan: Kamu tidak berbalik kepadaKu (Amos 4:6, 8, 9, 10, 11).

Soalan Perbincangan:
Tuhan kita adalah Tuhan yang ingin bersahabat. Dia rindu untuk membina satu hubungan rapat dengan umatNya. Dalam cara apakah, hubungan ini boleh dikembangkan dan sebaliknya, dengan perbuatan apakah kita yang boleh memusnahkannya. Minta ahli kelas anda untuk membincang cara praktikal yang seseorang boleh membangunkan satu hubungan dengan Tuhan dan dengan orang lain.

III. Bersedia Bertemu Dengan Tuhanmu!


(Imbas kembali Amos 4:12 bersama kelas.) Akhirnya, Tuhan akan berdepan dengan Israel kerana Dia adalah Pencipta mereka (Amos 4:13) dan mereka bertanggungjawab kepadaNya. Mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka. Oleh itu, Tuhan memberitahu umatNya bahawa mereka perlu bersiaplah untuk bertemu Tuhan mereka (Amos 4:12). Dalam konteks ini, bertemu Tuhan bererti bersedia menghadapi penghakiman Tuhan yang pasti datang. Dalam fasal 5, Dia memanggil mereka kepada satu pertaubatan yang sejati, untuk kembali kepadaNya dan mencari Tuhan agar dapat hidup. Pertaubatan ini harus digambarkan melalui gaya hidup yang telah berubah kerana mereka mengubah keadilan menjadi ipuh dan yang mengempaskan kebenaran ke tanah (Amos 5:7). Sebaliknya mereka perlu membiarkan keadilan bergulung-gulung seperti air dan kebenaran seperti sungai yang selalu mengalir (Amos 5:24).

51

KHAMIS 25 April KESOMBONGAN YANG MENUNTUN KEPADA KEJATUHAN


Sila baca buku Obaja. Kebenaran moral dan rohani apakah yang dapat kita ambil
dari buku ini? Obaja adalah buku terpendek dalam Perjanjian Lama, dan buku itu melaporkan penglihatan nubuatan penghakiman Tuhan atas tanah Edom. Perkhabaran dalam buku ini berpusat kepada tiga persoalan: Kesombongan Edom (ayat 1-4), penghinaan Edom yang akan datang (ayat 5-9), dan kejahatan Edom terhadap Yehuda (ayat 10-14). Bangsa Edom adalah keturunan Esau saudara Yakub. Permusuhan antara Israel dan Edom kembali kepada permusuhan keluarga antara dua saudara kembar, yang kemudian menjadi bapa dari dua bangsa. Namun, menurut Kejadian 33, kedua saudara ini berdamai kemudian. Jadi, Tuhan memerintahkan bangsa Israel untuk tidak membenci Edom, kerana dia adalah saudaramu. (Ulangan 23:7). Meskipun demikian, permusuhan antara bangsa ini berlanjut selama berabadabad. Ketika Babylon menghancurkan Jerusalem dan menawan penduduknya, bangsa Edom bukan hanya bersukacita tetapi bahkan memangsa orang Israel yang melarikan diri dan juga membantu menjarah Jerusalem (Maz. 137:7).Kerana alasan ini, Nabi Obaja memperingatkan bahawa Edom akan dihakimi sesuai dengan standard mereka: Seperti yang telah kamu lakukan, demikianlah akan dilakukan kepadamu (Obaja 15). Bangsa Edom tidak berlaku sebagai seorang saudara terhadap bangsa Yehuda pada masa kesusahan tetapi justru bergabung dengan musuh untuk menyerang (Ratapan 4:21,22). Wilayah yang ditempati oleh Edom terletak di sebelah tenggara Laut Mati. Itu adalah daerah pegunungan yang dipenuhi dengan puncak gunung, tebing yang curam, gua, dan belahan yang dapat digunakan oleh musuh untuk bersembunyi. Sejumlah kota-kota Edom terletak pada daerah-daerah yang hampir tidak boleh dijangkau. Sela (dikenal juga sebagai Petra) adalah ibu kota Edom. Bangsa ini mengembangkan kesombongan yang disimpulkan dalam satu pertanyaan. Siapakah yang sanggup menurunkan aku ke bumi? (Obaja 3). Tuhan menuntut tanggung jawab bagi siapa yang mengambil keuntungan dari orang lain pada masa kesukaran. Obaja memperingatkan orang-orang sodom yang angkuh yang akan membawa penghinaan ke atas kepala mereka. Tidak ada tempat untuk melarikan diri dari Tuhan (Amos 9:2,3). Hari Tuhan yang akan datang akan membawa baik penghakiman juga keselamatan. Edom akan meminum cawan murka Tuhan, sementara bagian umat-umat Tuhan akan dipulihkan.

52

Perhatikan Hal Ini: Banyak ayat Alkitab menerangkan kedatangan Yesus kedua kali sebagai hari pengharapan muktamad dan pemulihan terakhir. Sila lihat penjelasan indah mengenai peritiwa berkemuliaan ini dalam 1 Tesalonika 4:1418 dan Titus 2:1114. Bagaimanakah peristiwa itu dinyatakan dalam ayat ini dan apakah pengharapan yang diberikannya kepada kita?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Tanyakan pada kelas soalan berikut agar dapat melihat hubungan di antara tingkah laku, kebenaran oleh iman dan keadilan.

Soalan Penerapan:
Bagaimanakah satu perubahan dalam tingkah laku digabungkan dengan tuntutan keadilan digambarkan dalam ajaran mengenai kebenaran melalui iman? Mengapakah perbuatan kita yang benar bukan asas pada keselamatan kita? Bagaimanakah perlaksanaan ini menyatakan bahawa kita diselamatkan oleh kasih kurnia dalam Yesus Kristus? Kenapakah kita tidak dapat mengerjakan sendiri laluan kita ke Syurga melalui pekerjaan baik yang kita lakukan dan mengapakah kita tidak memperoleh keselamatan melalui pencapaian kita? (Ingatlah bahawa kita bukan melakukan apa yang benar agar dapat diselamatkan tetapi oleh kerana kita sudah diselamatkan.) Apakah maksud keadilan bergulung-gulung seperti air dan kebenaran seperti sungai yang selalu mengalir? Bagaimanakah kita bersifat demikian dalam kehidupan kita? Bagaimanakah anda boleh menolong gereja anda melakukan perkara yang benar dan adil? Bagaimanakah kenyataan dalam Mikha 6:8 untuk berlaku adil serasi dalam seluruh gambaran tentang melakukan apa yang adil? Dengan apakah Mikha kaitkannya secara rapat?

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Walaupun Amos tidak menggunakan istilah disiplin, namun tidak sukar untuk melihat bahawa inilah yang dia ingin tekankan kepada umat Tuhan. Bagaimanakah anda boleh mempraktikkan disiplin yang betul dalam kehidupan anda tanpa bersikap legalistik atau menghakimi?

Aktiviti:
1. Bahagikan kelas anda kepada beberapa kelompok kecil terdiri daripada tiga atau empat orang dan minta mereka untuk membincang bagaimana seseorang boleh bersedia menerima kedatangan Yesus yang kedua kali. Bagaimanakah Tuhan menyediakan kita untuk Syurga dan apakah yang perlu kita lakukan untuk menyediakan diri kita kepada peristiwa masa depan terbesar dalam sejarah manusia? Sila pelajari bersama dengan teliti dalam kelompok kecil anda Yudas 24, 25 dan kongsikan rumusan anda. Misi Yohanes Pembaptis ialah menyediakan umat bagi kedatangan Yesus pada pertama kali (Lukas 1:16, 17). Bagaimanakah ia melakukannya? Apakah misinya? Bincangkan bersama kelas anda bagaimana kita boleh menolong orang lain untuk bersedia menemui Tuhan mereka muka dengan muka dan mampu bertahan. Bagaimanakah kita boleh bertahan pada hari penghakiman nanti (Wahyu 6:17, Yesaya 25:9)?

2.

53

JUMAAT

26 April

KAJIAN TAMBAHAN: Sila baca petikan berikut ini dan diskusikan bagaimana mereka
menolong kita untuk memahami dengan cara yang lebih jelas perkhabaran dari Hosea 1-4 dan Obaja. Dari permulaan Agama orang Israel percaya bahawa Tuhan telah memilih orang-orang istimewa ini untuk membawa misi Tuhan telah menjadi batu penjuru iman Ibrani dan menjadi tempat perlindungan pada masa-masa kesulitan. Namun, nabi itu merasa bahawa bagi banyak orang di zaman mereka batu penjuru ini menjadi batu sandungan; tempat perlindungan, sebuah pelarian. Mereka harus memperingatkan bangsa itu bahawa terpilihnya bukan kesalahan, sebagai pilih kasih Ilahi atau kebal terhadap hukuman, tetapi, sebaliknya, itu bererti mereka jauh lebih terbuka kepada pengadilan dan penghukuman Ilahi.... Apakah keterpilihan bererti bahawa Tuhan secara khusus memperhatikan Israel? Apakah keluarnya mereka dari Mesir bererti bahawa Tuhan hanya terlibat dalam sejarah Israel dan sama sekali melupakan nasib bangsa-bangsa lain? -- Abraham J. Heschel, The Prophet, ms. 32,33. Dengan pertahanan jiwa yang telah hancur, para penyembah yang diselewengkan tidak mempunyai penghalang terhadap dosa dan memasrahkan diri mereka sendiri kepada nafsu-nafsu jahat hati manusia Terhadap penindasan yang mencolok, ketidakadilan yang menonjol, kemewahan dan pemborosan yang luar biasa, pesta pora dan kemabukan yang tidak mengenal malu, kemerosotan moral yang jahat dan pelanggaran kesusilaan, pada zaman mereka, para nabi mengangkat suara mereka; tetapi protes mereka sia-sia saja, percuma saja celaan mereka terhadap dosa. Mereka benci kepada yang memberi teguran di pintu gerbang kata Amos, dan mereka keji kepada yang berkata dengan tulus ikhlas. Kamu yang menjadi orang benar terjepit, yang menerima uang suap dan yang mengesampingkan orang miskin di pintu gerbang. Amos 5:10, 12" Ellen G. White, Alfa dan Omega, Vol.3, hal. 231.

SOALAN PERBINCANGAN
1. Adalah mudah untuk berteman dengan seseorang yang memberikan sesuatu kepadamu. Bagaimana dengan orang-orang yang susah dan tidak memiliki sesuatu untuk diberi, dan nyatanya, memerlukan sesuatu darimu? Sikap yang bagaimanakah harus kamu tunjukkan kepada orang-orang seperti itu? Fikirkan tentang apa yang telah kita terima sebagai Gereja SDA. Kebanyakan dari orang Kristian tidak memiliki pemikiran apa-apa tentang berkat hari Sabat.; Kebanyakan berfikir bahawa orang mati akan langsung pergi ke Syurga atau neraka. Banyak yang tidak percaya Yesus dibangkitkan secara fisik, atau tidak percaya akan kedatangan Yesus kedua kali secara nyata. Kebenaran besar apa lagikah yang harus diketahui oleh orang lain? Tanggung jawab apa yang datang kepada kita kerana memiliki kebenaran-kebenaran ini?

2.

54

Pelajaran 5 | 27 April - 3 Mei Carilah Tuhan dan Kamu Akan Hidup! (Amos) SABAT PETANG
SILA BACA UNTUK PELAJARAN MINGGU INI: Amos 5:1-15; Ibr. 5:14; Yesaya 5:20; Amos 7:10-17; 9:11-15; Kisah 15:13-18. Ayat Hafalan: Carilah yang baik dan jangan yang jahat, supaya kamu hidup; dengan demikian TUHAN, Tuhan semesta alam, akan menyertai kamu, seperti yang kamu katakan (Amos 5:24). Intipati : Amos mengingatkan kita bahawa hanya dalam mencari Tuhan ada kehidupan.

ekiranya bangsa Israel sudah setia kepada Tuhan, sudah tentu Tuhan akan dapat melaksanakan rencanaNya oleh kehormatan dan kemuliaan mereka. Sekiranya mereka sudah berjalan pada jalan-jalan penurutan, sudah tentu Dia akan mengangkat mereka di atas segala bangsa yang telah dijadikanNya untuk menjadi terpuji, ternama dan terhormat. Segala bangsa yang di dalam dunia, kata Musa, akan melihat bahawa nama Tuhan telah disebut atasmu, dan mereka akan takut kepadamu. Waktu mendengar segala ketetapan ini akan berkata: Memang bangsa yang besar ini adalah umat yang bijaksana dan berakal budi. Ulangan 26:19; 28:20; 4:6. Akan tetapi kerana mereka tidak setia, maka maksud Tuhan dapat dilaksanakan hanya dengan kesusahan yang tiada habis-habisnya. Ellen G. White, Alfa dan Omega, Vol. 5, hal. 24. Minggu ini, sementara kita melanjutkan untuk mempelajari buku Amos, kita akan melihat lebih banyak lagi cara Tuhan dalam hal meminta kepada umat-umatNya untuk mengesampingkan dosa-dosanya dan kembali kepadaNya, satu-satunya sumber kehidupan yang sebenar. Pada akhirnya, kita hanya memiliki satu dari dua pilihan: hidup atau mati. Amos menunjukkan pada kita sedikit hal lagi tentang perbezaan yang kuat di antara dua pilihan ini.
*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 4 Mei

55

AHAD

28 April

BENCILAH KEJAHATAN, CINTAI KEBAIKAN


Masalah telah menjadi sangat buruk di Israel; rasuah, penindasan, dosa. Keadaan itu tiba di kemuncaknya apabila keselamatan bangsa itu dipergadaikan. Untuk alasan ini, Amos menuliskan ratapan untuk menangisi kematian Israel yang akan muncul (Amos 5:1-15). Sering dalam buku nubuatan tidak ada perbezaan yang dibuat antara kata-kata nabi dan kata-kata Tuhan. Oleh itu, ratapan Amos juga adalah ratapan Tuhan atas Israel. Tujuan lagu perkabungan dalam Amos 5:1-15 adalah untuk mengejutkan bangsa itu dalam menghadapi kenyataan. Jika mereka bertahan dalam dosa, mereka pasti akan mati. Jika mereka menolak kejahatan dan kembali kepada Tuhan, mereka akan hidup. Tabiat Tuhan adalah seperti itu bahawa dia menginginkan kesesuaian dengan kehendaknya. Sila baca Amos 5:14,15. Bagaimanakah satu pelajaran untuk membenci kejahatan dan mencintai kebaikan? Lihat juga Ibr. 5:24; Roma 12:9; Ams. 8:36. Amos mengundang orang-orang bukan hanya berhenti mencari yang jahat, tetapi juga membenci kejahatan dan mencintai yang baik. Perintah pada bagian ini adalah bertahap. Kata kerja mencintai (Ibr. ahav) dan membenci (ne) di dalam Alkitab mengarah kepada keputusan dan tindakan, bukan hanya sekadar perasaan atau sikap. Dengan kata lain, perubahan sikap bangsa itu akan menuntun perubahan dalam tindakan mereka. Dalam konteks ini, peringatan apa yang kita temui alam Yesaya 5:20? Semua orang pada hari yang jahat akan melayani Tuhan dengan tidak takut sesuai dengan suara hati nurani, akan memerlukan keberanian, keteguhan dan suatu pengetahuan akan Tuhan dan sabdaNya; bagi mereka yang benar kepada Tuhan akan dianiaya, motif mereka akan ditentang, dan usaha-usaha mereka yang terbaik akan disalahtafsirkan, dan namanama mereka dibuang sebagai sesuatu yang jahat. Syaitan akan bekerja dengan segala kuasa penipuannya untuk mempengaruhi hati dan mengaburkan pengertian, untuk menjadikan yang jahat kelihatan baik dan yang baik kelihatan jahat. Ellen G. White, Alfa dan Omega, Vol. 7, ms. 363. Bagaimanakah kita dapat belajar untuk mencintai kebaikan dan membenci kejahatan jika kita dapat tertipu ke dalam sebutan yang baik kelihatan jahat dan yang jahat kelihatan baik? Apakah satu-satunya perlindungan kita terhadap penipuan ini? 56

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Amos 5:14 Pelajar Akan: Mengetahui: Memahami bahawa Tuhan inginkan yang baik daripada kita dan bahawa berusaha mencari Tuhan dan nilai-nilaiNya yang baik adalah satu perbuatan mencari kehidupan. Merasakan: Menyedari bahawa kejahatan membawa kehancuran dan memusnahkan apa yang bermakna dan indah. Melakukan yang baik bukan sahaja membuat kita merasa baik tetapi membawa hasil yang positif. Melakukan: Berusaha memulihkan kehidupan melalui usaha mencari Tuhan dengan tekun dan jujur.

sudahpun bersama mereka berbicara kepada mereka dan memanggil mereka kepada pertaubatan? C. Apakah maknanya bahawa Tuhan ada bersama dengan gerejaNya?

II. Merasakan: Mencari Yang Baik; Membenci Yang Jahat


A. Apakah seharusnya sikap kita terhadap dosa dan orangorang berdosa? B. Bagaimanakah kasih menolak hal-hal yang membahayakan? Bagaimanakah kasih sejati boleh menyakitkan dan menyembuhkan pada masa yang sama?

III. Melakukan: Memulihkan Hubungan


A. Bagaimanakah anda mencari Tuhan dalam kehidupan harian anda? B. Bagaimanakah kita boleh membuat lagu-lagu rohani, upacara dan tabiat suatu yang bermakna? C. Bagaimanakah kita boleh selamat daripada penipuan diri, suatu hubungan murah dengan Tuhan dan satu kesedaran terhadap keselamatan yang palsu?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Mencari Tuhan
A. Bagaimanakah anda mencari Tuhan? B. Mengapakah Tuhan memberitahu umatNya bahawa Dia akan bersama mereka sedangkan Dia

Ringkasan: Upacara kosong dan tabiat berbahaya yang bertopengkan nama Tuhan tidak boleh memuaskan dan tidak membawa kepada satu hubungan bermakna dengan Tuhan atau orang lain. Mencari Tuhan dengan sebenarnya dan menuruti kehendakNya akan membawa kepada kehidupan yang sejati.
57

ISNIN

29 April

AGAMA SEPERTI BIASA


Sila baca Amos 5:23, 24; Hosea 6:6; Matius 9:13; Mazmur 51:17. Apakah yang dikatakan oleh ayat ini? Lebih penting, bagaimanakah prinsip ini dapat diterapkan langsung dalam kehidupan kerohanian kita ketika ini sebagai Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh? Ertinya, dalam cara apakah kita boleh bersalah dengan melakukan tepat seperti yang diperingatkan di sini? (Ingat, juga, adalah sangat mudah untuk menipu diri sendiri dalam hal ini). Lebih dari hampir semua buku di dalam Alkitab, Amos lebih berpusat kepada ketidakadilan, kekejaman, dan kebiadaban. Buku ini juga menawarkan pandangan Ilahi terhadap kejahatan tersebut. Amos berkhotbah bahawa Tuhan memandang rendah ritual kosong dan memanggil mereka untuk pembaruan. Tuhan tidak senang dengan bentuk kebaktian kosong dan hanya luar saja yang ditujukan kepadaNya sementara pada masa yang sama mereka menindas yang lain untuk kepentingan peribadi. Kehidupan mereka menyatakan bahawa mereka kehilangan semua hal yang diperlukan menjadi pengikut Yahweh; mereka juga sama sekali salah mengerti makna yang lebih dalam dari hukumNya. Memang, Tuhan menolak ritual keagamaan mereka kerana mereka melakukannya tidak mengalir dari kehidupan iman. Kata-kata klimaks dalam Amos 5:14,15 adalah perintah untuk mencari Tuhan dan hidup. Mencari Tuhan diperbandingkan dengan mengadakan perjalanan ziarah ke pusat kerohanian yang terkenal di Bethel, Gilgal dan Bersyeba (Amos 5:5), tiga kota dengan bait suci mereka yang dinubuatkan untuk dihancurkan. Apa yang diinginkan oleh Tuhan adalah keadilan dan kebenaran di tanah itu. Perintah untuk mencari Tuhan berhubungan dengan mencari kebaikan. Tuhan memanggil umat yang sisa untuk menjauhkan diri mereka dari tindakan jahat dan agama formalitas dan gantinya, membiarkan keadilan mengalir seperti sungai dan kebenaran mengalir seperti sungai yang tidak pernah berhenti mengalir. Sementara keadilan adalah berpusat kepada pembangunan apa yang benar di hadapan Tuhan, kebenaran adalah kualitas kehidupan kerohanian kepada Tuhan dan yang lain dalam masyarakat. Gambar yang digambarkan di sini adalah bahawa orang-orang rohani yang kerohaniannya telah menurun kepada kehampaan tetapi bentuk dan acaranya tanpa perubahan hati yang harus bersama-sama dengan iman yang benar. (Lihat Ul. 10:16). Betapa kita harus hati-hati. 58

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Amos 5:14, 15, 18, 21
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Pada pusat perkhabaran Amos nabi yang sering dilihat sebagai nabi yang membawa khabar kehancuran adalah rayuan tiga peringkat untuk mencari Tuhan, mencintai yang baik dan hidup dengan baik (Amos 5:4, 6, 15). Hanya dengan berbalik kepada Tuhan dengan sepenuh hati maka kitaboleh memiliki kehidupan yang berkelimpahan dan memuaskan. Hanya Untuk Guru: Pelajaran minggu ini mengingatkan tentang suatu agama murahan dan harapan palsu berhubung hari Tuhan. Pada zaman Amos, hari penghakiman itu difahami sebagai hari untuk membalas dendam terhadap musuh-musuh. Musuh mereka akan hancur, tetapi umat percaya akan mewarisi kerajaan Tuhan. Namun demikian, Amos mengingatkan umat Tuhan itu bahawa hari Tuhan itu juga adalah hari penghakiman yang dahsyat untuk umatNya kerana mereka telah meninggalkan kehidupan rohani yang tulen. Agama mereka hanya di luar sahaja, penuh dengan tindakan dan upacara tetapi tidak memiliki perubahan yang dalam serta hubungan yang sejati. Sila baca kata-kata kesat yang menerangkan bagaimana Tuhan membenci perbaktian palsu: tidak ada semangat dalam perbaktian mereka dan tida ada keadilan juga (Amos 5:2127). Perkhabaran Amos merupakan kata terakhir Tuhan dalam satu usaha untuk menghalang Israel daripada melakukan kejahatan. Jika tidak ada perubahan maka seluruh Kerajaan Utara akan musnah. Malangnya hal ini terjadi pada tahun 722 S.M. oleh penawanan bangsa Asyur semuanya kerana Israel menolak mendengar Tuhan, UtusanNya dan FirmanNya. Pembuka Perbincangan: Apakah yang akan terjadi jika anda memulakan kelas Sekolah Sabat atau pastor anda memulakan khutbahnya dengan berkata Celakalah kamu yang menantikan kedatangan Tuhan Yesus Kristus yang kedua kali! (Amos 5:18 dalam kata lain). Celakalah kamu yang selesa dalam gereja dan merasa selamat tetapi dalam kehidupan harian anda telah mel;upakan Tuhan dan rencanaNya! (Amos 6:1 dalam kata lain). Apakah reaksi yang anda jangkakan? Bagaimanakah ia suatu yang mengejutkan? Mengapakah mungkin bahawa mesej mengenai Kedatangan Kedua Kali yang sangat penting itu boleh digunakan dalam cara yang bertentangan, disalahanggapkan untuk memenuhi kepentingan peribadi dan bukan untuk memberikan pengharapan yang ia seharusnya dimaksudkan? Apakah yang kita boleh lakukan agar terlepas daripada terperangkap dalam kepuasan sendiri, percaya pada diri sendiri dan memusat pada diri sendiri sementara kita menantikan pengharapan bahagia iaitu kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus?

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Struktur kesusateraan buku Amos ditulis dalam bentuk kiastik (seperti cermin iaitu berbalas-ulang) yang menjadi salah satu di antara banyak struktur sastera yang digunakan pada zaman purba: A. Penghakiman Tuhan ke atas bangsa-bangsa, termasuk Yehuda dan Israel (Amos 1, 2)

59

SELASA

30 April

DIPANGGIL MENJADI NABI


Rumah Amos adalah Tekoa, di Yehuda, Tetapi Tuhan mengirimnya untuk bernubuat di Israel. Dia telah pergi ke kerajaan Utara dan berkhotbah dengan berkuasa yang tanah itu tidak sanggup untuk menanggung semua kata-kata-nya (Amos 7:10). Tentunya banyak orang Israel yang melihat Amos dengan kecurigaan dan menolak dia sebagai utusan Tuhan. Terlepas dari penolakan itu, dia dengan setia menyampaikan pelayanannya sebagai seorang nabi.

Sila baca Amos 7:10-17. Teladan lazim apakah yang kita lihat di sini?

Apakah contoh yang lain yang dapat kamu temukan dalam Alkitab untuk peristiwa yang sama? Apakah yang harus kita pelajari dari semua contoh-contoh itu? Di antara mereka yang tidak menyukai khutbah Amos adalah Amaziah, imam Bethel, yang menuduh Amos bersekongkol menentang raja Israel. Be-thel adalah satu dari dua dari bait suci kerajaan, pusat dari peribadatan yang murtad. Amos telah menubuatkan kepada umum bahawa jika Israel tidak bertaubat, rajanya akan mati oleh pedang dan masyarakat akan di tawan. Amaziah memerintahkan Amos untuk kembali ke tanah Yehuda, kerana pekhabarannya tentang Israel akan semakin populer.

_______________________________________________________

________

Dalam tanggapannya kepada imam itu, Amos menegaskan bahawa panggilan kenabiannya datang dari Tuhan. Dia mengklaim bahawa dia bukanlah nabi profesional yang diupah untuk pelayanannya. Amos menjauhkan dirinya dari nabi yang bernubuat demi keuntungan. Mengatakan kebenaran tanpa ada jaminan diterima, kerana kebenaran boleh saja tidak menyenangkan danjika itu mengganggu penguasaitu akan menghasilkan perlawanan yang serius. Panggilan Tuhan telah memaksa Amos untuk berkhotbah dengan begitu terbuka dan dengan berani menentang dosa-dosa raja dan kaum bangsawan di kerajaan utara di mana dia dituduh berkhia-nat. Apakah sikap kita ketika dikatakan bahawa tindakan atau gaya hidup kita adalah penuh dosa dan akan membawa penghukuman kepada kita? Apakah jawaban kita menyatakan kepada kita tentang diri kita dan tentang, mungkin, keperluan untuk mengubah hati dan sikap kita? 60

B. C. B. A.

9)

Penghakiman Tuhan ke atas Israel (Amos 3, 4) Rayuan Tuhan kepada umatNya: carilah Tuhan dan hidup (Amos 5) Penghakiman Tuhan ke atas Israel (Amos 6, 7) Kepastian penghakiman Tuhan dan janji mengenai pemulian akhir (Amos 8,

Struktur kesusasteraan ini menunjukkan bahawa pada inti nubuatan Amos bukanlah perkhabaran mengenai kemusnahan tetapi mengenai pengharapan.

Ulasan Alkitab
I. Carilah Tuhan dan Kamu akan Hidup
(Imbas kembali Amos 5:6 bersama kelas.) Tanda mengenai seorang nabi yang sebenar ialah bahawa dia menyeru umat untuk bertaubat (sila lihat Yoel 2:1217, Yehezkiel 14:6, 18:3032, 33:11; juga Yohanes Pembaptis , Yesus, dan para rasul melaksanakan pekerjaan yang sama iniMatius 3:2, Markus 1:15, Kisah 2:38, 3:19, 2 Korintus 5:20). Amos melakukan hal yang sama. Sebagai hamba Tuhan, dia mengingatkan umat itu mengenai perjanjian yang mereka telah buat bersama Tuhan. Perjanjian ini mengandungi berkat perjanjian dan kutukan (Imamat 26, Ulangan 27-30); Amos menghitung kutukan yang akan membahayakan bangsa Israel. Satu-satunya penyelesaian teradap krisis rohani mereka ialah kembali kepada Tuhan. Dia merayu kepada mereka: Carilah TUHAN, maka kamu akan hidup (Amos 5:6); jika tidak penghakiman Ilahi akan memusnahkan mereka seperti api. Tidak ada yang akan tinggal. Semua pusat agama palsu akan dimusnahkan dan para penyembah keji akan dibawa ke dalam pembuangan (Amos 5:27, 7:17). Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah anda boleh menolong saudara-saudara kamu dalam Kristus untuk melihat akibat negative daripada keputusan dan pilihannya yang salah? Bagaimanakah dalam cara damai anda boleh membantu mereka untuk mencari Tuhan? Ingatlah bahawa satu-satunya kuasa yang boleh membawa manusia kepada pertaubatan ialah kebaikan Tuhan (Roma 2:4).

II. Perbaktian Sejati dan Ibadah Palsu


(Imbas kembali Amos 5:21, 22 bersama kelas.) Amos menggariskan betapa perlunya perbaktian yang sejati. Berpaling daripada formaliti dan upacara yang kosong kepada Tuhan yang sebenar boleh menyelamatkan seluruh negeri itu dari melalui banyak tradegi yang menyeksakan.Dengan sekerasnya Tuhan mengutuk suatu perbaktian yang dingin, bersifat licik dan kosong: Aku membenci, Aku menghinakan perayaanmu dan Aku tidak senang kepada perkumpulan rayamu. Sungguh, apabila kamu mempersembahkan kepada-Ku korban-korban bakaran dan korban-korban sajianmu, Aku tidak suka, dan korban keselamatanmu berupa ternak yang tambun, Aku tidak mau pandang (Amos 5:21, 22). Tingkah laku para penyembah merupakan isu yang sangat penting. Perbaktian ialah mengenai memupuksatu hubungan sejati dengan Tuhan yang hidup dan bukan mengenai perbuatan, teknik licik, kurnia kasih andaian atau/dan upacara buat-buatan (Yesaya 1:1114; Mikha 6:6, 7). Tuhan meneruskan: Jauhkanlah dari padaKu keramaian nyanyian-nyanyianmu, lagu gambusmu tidak mau Aku dengar (Amos 5:23).

61

RABU

1 Mei

JENIS KELAPARAN YANG TERBURUK


Sesungguhnya, waktu akan datang demikianlah firman Tuhan TUHAN, Aku akan mengirimkan kelaparan ke negeri ini, bukan kelaparan akan makanan dan bukan kehausan akan air, melainkan akan mendengarkan firman TUHAN. Mereka akan mengembara dari laut ke laut dan menjelajah dari utara ke timur untuk mencari firman TUHAN, tetapi tidak mendapatnya (Amos 8:11, 12). Bagaimanakah kita dapat mengerti erti dari ayat-ayat ini? Dalam Amos 8, Amos menggambarkan pengaruh dari kehancuran akibat dari penghakiman Tuhan kepada orang Israel yang tidak bertaubat. Tuhan akan menghukum orang-orang kerana dosa-dosanya dengan mengirimkan bencana kelaparan ke tanah itu. Tetapi dalam ayat 11 dan 12 Amos berbicara tentang lapar dan haus akan Firman Tuhan. Tragedi yang lebih menonjol melebihi yang lain adalah kelaparan akan Firman Tuhan kerana Tuhan akan berdiam diri, dan tidak akan ada kelaparan yang lebih buruk dari itu. Sering ketika bangsa Israel mengalami penderitaan yang besar, mereka akan berpaling kepada Tuhan kerana kata-kata nabi dalam pengharapan. Saat ini, jawaban Tuhan akan tetap berdiam diri. Bagian dari penghakiman Tuhan kepada umatNya, Tuhan akan menarik FirmanNya melalui nabi-nabiNya. Jika umat Tuhan tetap tidak menurut, nabi berkata, akan tiba masanya ketika mereka ingin mendengar perkhabaran, tetapi itu sudah sangat terlambat untuk kembali berharap dalam Firman Tuhan untuk bebas dari penghakiman. Ini adalah akibat dari kekerasan hati mereka untuk tetap menolak mendengar pesan Tuhan melalui Amos. Seperti Saul sebelum pertempurannya yang terakhir (1 Sam. 28:6), manusia suatu ketika nanti akan menyadari betapa mereka sangat memerlukan Firman Tuhan. Seluruh manusia akan mencari Firman Tuhan dengan sangat gigih, firman yang sama yang mereka pilih untuk tolak pada zaman nabi-nabi. Secara khusus ini akan berpengaruh kepada orang-orang muda. Saat generasi sebelumnya telah mendengar Firman Tuhan dan menolaknya, orang-orang muda tidak akan pernah memiliki kesempatan mendengar pernyataan kenabian.

Apakah yang diajarkan ayat-ayat berikut tentang kesan mengerikan jika


Tuhan berdiam diri? 1 Sam. 14:37; Mazmur. 74:9; Ams. 1:28; Hosea 5:6; Mi. 3:5-7. Dalam cara apakah kita dapat membungkam suara Tuhan dalam hidup kita? Betapa menakutkan pemikiran itu, renungkan akibatnya. Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa itu tidak pernah terjadi kepada kita? 62

Perbaktian sejati datangnya dari hati yang bersedia menuruti kehendak Tuhan dan menuruti perintah-perintahNya. Kasih, kebenaran dan keadilan mestilah digabungkan dalam kehidupan mereka yang memuji Dia (Amos 5:24; bandingkan dengan Kejadian 4:7; Ulangan 6:5; 10:12, 13; Yesaya 1:1520; Mikha 6:8; Yohanes 4:23). Di sebaliknya, penyembahan palsu adalah didorong oleh lawan kepada kasih, kebenaran dan keadilan. Bagi Israel yang menyembah berhala, Betel yang berada di Kerajaan Selatan merupakan pusat penyembahan palsu. Di sana terletaknya sanktuari dan rumah ibadah diraja kerajaan itu (Amos 7:13). Tempat kultus ini, bersama dengan Dan di utara Israel telah dibina oleh Yeroboam apabila dia berpaling tadah daripada taat kepada Rehaboam raja Yehuda dan rumah suci di Yerusalem. Dia telah membuat dua patung emas anak lembu dan menempatkannya di satu tempat yang telah ditentukan untuk kedua-duanya untuk disembah (untuk perincian sila lihat 1 Rajaraja 12:2633). Dia telah membina mezbah di kedua-dua tempat, melantik para imam dan menetapkan perayaan-perayaan. Semua ini berupa perbaktian yang palsu. Tuhan cuba menghalang Yeroboam dari pelayanan terpesong ini melalui satu tindakan dramatik oleh seorang hamba Tuhan yang namanya tidak disebut tetapi sia-sia (sila lihat 1 Raja-raja 13). Dalam pelayanannya, Amos telah berhadapan dengan tentangan hebat dari Amazia, seorang imam di Betel, tetapi penghakiman Tuhan dijatuhkan ke atas imam palsu ini dan keluarganya tetapi tidak dijatuhkan ke atas nabi Tuhan (Amos 7:1017). Perhatikan Hal Ini: Perhatikan kata-kata mungkin yang diungkapkan oleh Amos dalam Amos 5:15. Walaupun kamu mencari Tuhan, bertaubat dan melakukan apa yang baik dan benar, namun kamu tidak akan mendapat belas kasihan dan keselamatan Tuhan sebagai suatu upah. Tuhan tidak boleh dimanipulasi, dipaksa atau didesak untuk melakukan sesuatu. Tetapi anda boleh yakin bahawa Tuhan dalam belas kasihanNya akan menyahut kepada seruan dari hati yang direndahkan dan penuh penyesalan (Yesaya 57:15, Matius 8:3, 1 Yohanes 1:9). Hal ini bukan satu penekanan yang unik kepada Amos: para nabi lain juga menekankan pandangan yang sama (sila lihat Yoel 2:14, Yunus 3:9, Zefanya 2:3). Soalan Perbincangan: Mengapakah Tuhan sangat prihatin bahawa agama kita bukan suatu yang sekadar satu formaliti, satu pernyataan budaya tetapi satu usaha sepenuh hati dalam kehidupan kita setiap hari? Bagaimanakah perbaktian kita itu menjadi suatu yang sangat penting sehingga doa, nyanyian, muzik dan pembelajaran Firman Tuhan itu dapat membawa makna dan jawapan sebenar kepada kewujudan kita membingungkan?

III. Akhirnya Tuhan Memulihkan


(Imbas kembali Amos 9:12-15 bersama kelas.) Amos meramalkan bahawa khemah/rumah Dauh yang runtuh akan dipulihkan (Amos 9:11-14). Ayat 12 memaklumkan bahawa semua bangsa yang memakai nama Tuhan (iaitu mereka yang menerima Dia sebagai Tuhan mereka) akan menjadi sebahagian daripada kerajaan keturunan Daud yang dipulihkan. Mereka adalah milik Mesias dan KerajaanNya. Yesus Kristus menyatupadukan semua yang mencari Dia dan percaya kepadaNya. Kitab Septuagint, kitab Perjanjian Lama yang diterjemahkan ke bahasa Yunani, memberikan penekanan kepada umat sisa yang setia, termasuklah bangsa bukan Yahudi yang setia, yang memakai nama Tuhan dan dengan

63

KHAMIS

2 Mei

KERUSAKAN YEHUDA DIPULIHKAN


Nabi berpaling dari gambaran gelap dari keberdosaan umat dan akibat dari penghakiman kepada janji yang mulia untuk pemulihan (Amos 9:11-15). Hari Tuhan, sebelumnya digambarkan sebagai hari penghukuman (Amos 5:18), hari ini adalah hari keselamatan kerana keselamatan, bukan hukuman, adalah Firman Tuhan yang terakhir kepada umatNya. Bagaimanapun juga, keselamatan akan datang setelah penghukuman. Di tengah-tengah kesuraman dan malapetaka, Amos menutup bukunya dengan perkhabaran pengharapan. Menghadapi kemungkinan akan ditawan, dinasti Daud telah jatuh begitu dalam sehingga itu tidak lagi dapat disebut sebagai rumah melainkan gubuk. Tetapi kerajaan Daud akan diperbarui dan dipersatukan di bawah satu orang penguasa. Di luar perbatasan Israel, bangsa-bangsa lain akan memanggil nama Tuhan an menikmati berkatNya bersama dengan orang Israel. Buku ini disimpulkan dalam catatan yang menyenangkan dan penuh pengharapan ini. Nabi Alkitabiah tidak mengajarkan bahawa penghukuman Tuhan adalah untuk kepentinganNya sendiri. Hampir di balik semua peringatan ini adalah panggilan untuk penebusan. Meskipun ancaman untuk ditawan sudah dekat, Tuhan mendorong yang sisa melalui janji pemulihan negeri itu. Umat yang sisa akan menikmati pembaruan dari janji itu. Semua yang mengalami penghakiman akan melihat tindakan Tuhan untuk menyelamatkan dan memulihkan. Tuhan? Lihat Luk. 1:32,33; Kisah 15:13-18. Banyak guru-guru Yahudi menganggap Amos 9:11 sebagai janji tentang Mesias yang diberikan kepada Abram, dikuatkan kembali kepada Daud, dan dinyatakan di seluruh Perjanjian Lama. Raja baharu dari garis keturunan Daud akan memerintah atas semua bangsa untuk memenuhi janji Tuhan kepada Abram (Kejadian 12:1-3). Mesias akan memerintah atas semua musuh-musuhnya, seperti Edom. Pemulihan umat-umat Tuhan dari reruntuhan yang tidak akan pernah lagi dihancurkan. Melalui kedatangan Yesus Kristus, Anak Daud yang lebih besar, Tuhan menegakkan janjiNya yang penuh rahmat. Yakobus mengutip ayat ini dari Amos untuk menunjukkan bahawa pintu keselamatan terbuka kepada semua orang untuk menikmati janji keistimewaan yang dipercayakan kepada gereja. Tuhan akan menawarkan berkat penebusanNya kepada orang Yahudi dan non Yahudi dalam Mesias yang dijanjikan, keturunan baik Abram maupun Daud.

Apakah penggenapan utama dari janji Amos tentang pemulihan umat-umat

Penggenapan utama dari janji-janji ini kepada semua orang yang menerima,
baik orang Yahudi maupun tidak, akan terlihat hanya pada masa kedatangan

kedua kali. Bagaimanakah kita dapat tetap hidup dalam janji dan pengharapan dan tidak membiarkan itu hilang di tengah-tengah tekanan hidup?

64

demikian menjadi milikNya dan bersukacita di dalam Dia. Para pengikutNya adalah milik Tuhan yang istimewa. Ayat 13-15 menjanjikan kembalinya umat Tuhan dari pembuangan dan pemulihan kemakmuran kepada mereka yang telah mengalami kesukaran yang besar. Dengan penuh kemurahan Tuhan akan mengubah keadaan mereka yang dramatik. Tuhan akan membawa berkat selepas penghakiman. Dia selalu menunaikan janjiNya. Perbincangan: Nubuatan Amos dalam fasal Amos 9:11-14 meramalkan pemulihan rumah Daud yang telah jatuh. Dalam Kisah 15:15-17, bagaimanakah rasul Petrus menggunapakai nubuatan ini kepada misis sedunia gereja Kristian untuk mengkhutbahkan Injil kepasa semua bangsa?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Tuhan pada masa lalu secara ajaib campur tangan untuk menolong Israel. Namun kita seringkali lupa bahawa Dia bekerja untuk keselamatan semua manusia. Kita tidak mempunyai banyak maklumat dalam Alkitab tentang cara Tuhan bekerja dalam sejarah untuk semua manusia, tetapi Amos 9:7 merupakan satu contoh jelas mengenai pekerjaan seumpama ini oleh Tuhan bagi pihak semua bangsa. Dengan penuh kuasa Tuhan berkata: Bukankah kamu sama seperti orang Etiopia bagi-Ku, hai orang Israel? demikianlah firman TUHAN. Bukankah Aku telah menuntun orang Israel keluar dari tanah Mesir, orang Filistin dari Kaftor, dan orang Aram dari Kir? . Tekankan kesaksamaan Tuhanbagaimana Dia mahu menyelamat dan memberkati setiap orang kerana inilah kehendakNyah (Yesaya 45:22; bandingkan dengan Kejadian 12:3). Soalan dan Latihan Penerapan Hidup: Tuhan menghargai semua manusia. Dia mahu setiap orang agar mencari keselamatan. Bagaimanakah kita sebagai Kristian menunjukkan kepada setiap orang nilainya yang sebenar dan memberikan kepastian mengenai kasih Tuhan yang ada di dalam dirinya? Tanya setiap ahli kelas untuk memandang orang yang duduk dekat dengannya agar dapat berbicara mengenai kasih Tuhan. Bantu ahli kelas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai penjagaan Tuhan dalam cara agar orang lain bukan sahaja akan mengenali Tuhan tetapi merasai kebenaran itu di dalam hati.

LANGKAH 4Mewujudkan Aktiviti:


1. Sila nyanyikan lagi (Lagu Pujian Masa Ini, jika ada) yang menyatakan bagaimana kita boleh datang kepada Tuhan dalam kerendahan hati, dengan hati yang bersyukur dan tingkahlaku yang sesuai untuk memuji Dia. Sila nyanyi lagu yang dipilih bersama dalam kelas. Sila bincang bersama kelas bagaimana membuat perbaktian kamu suatu pengalaman yang berpusat pada Tuhan dan bukan berpusat pada manusiawi.

2.

65

JUMAAT

3 Mei

Kajian Tambahan: Derajat kita di hadapan Tuhan bukannya bergantung atas banyaknya terang yang telah kita terima, tetapi atas penggunaan dari apa yang kita miliki. Maka dengan hal ini walaupun orang kafir memilih yang benar seberapa jauh mereka dapat membezakannya, berada dalam satu keadaan yang lebih diperkenankan daripada mereka yang telah memiliki terang yang besar, dan mengakui melayani Tuhan tetapi tidak memperdulikan terang itu, dan kehidupan mereka setiap hari berlawanan dengan pengakuan mereka. Ellen G. White, Alfa dan Omega, Vol. 5, ms. 247. SOALAN PERBINCANGAN:
1. Sebagai kelas, kembalilah kepada jawabanmu untuk pertanyaan hari AHAD tentang belajar membenci kejahatan dan mencintai kebaikan, dan juga bahaya dari menyebut yang baik itu jahat dan yang jahat itu baik. Mengapakah bahaya ini terutama terjadi ketika budaya dan masyarakat yang mulai mengubah pandangannya dalam menerima tingkah laku, gaya hidup dan sikap tertentu yang jelas-jelas dikutuk oleh Alkitab. Sebagai peribadi, dan bahkan sebagai gereja secara umum, kita tidak kebal terhadap gaya budaya dan masyarakat di mana kita berada, bukan? Fikirkan tentang perubahan yang terjadi dalam budaya dan masyarakat untuk beberapa tahun. Contohnya, hal apakah dulu dianggap memalukan dan tabu namun sekarang sudah dilakukan dan dinyatakan secara terbuka, bahkan dianggap baik atau, paling tidak, tidak salah? Bagaimanakah perubahan-perubahan ini berpengaruh kepada sikap gereja terhadap tindakan-tindakan ini? Apakah yang dapat kita lakukan untuk melindungi diri kita dan gereja supaya jangan jatuh kepada bahaya jerat menyebut yang jahat itu baik? Pada masa yang sama, perubahan budaya yang baik apa yang mempengaruhi gereja untuk hal yang baik, dengan cara yang lebih mencerminkan prinsip kasih dan penerimaan yang dinyatakan dalam hidup Yesus? 2. Fikirkan lagi tentang pemikiran kelaparan akan Firman Tuhan. Apakah hal yang sama boleh terjadi? Apakah Tuhan sengaja menyembunyikan kebenaran dari umat manusia, atau apakah sikap manusia yang sama sekali menolak Firman Tuhan? Atau bisakah keduanya? Atau sesuatu yang lain? Diskusikan. 3. Sebagai Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh yang hidup dengan begitu banyak terang dan memiliki banyak alasan untuk percaya dalam kebenaran yang telah diberikan, apakah kita tidak sedang dalam keadaan bahaya dengan berfikir bahawa hanya pengetahuan kebenaran saja yang kita perlukan? Dengan kata lain, bagaimanakah kita dapat menghidupkan kebenaran yang dipercayakan kepada kita? Mengapakah itu sangat penting?

66

Pelajaran 6 | 4 - 10 Mei Bersemangat untuk Mengampuni (Yunus) SABAT PETANG


SILA BACA UNTUK PELAJARAN MINGGU INI: Yunus 1-4; Mazmur. 139:1-12; Yesaya 42:5; Wahyu 10:6; Matius 12:39-41; 2 Korintus 36:15-17. Ayat Hafalan : Tetapi aku, dengan ucapan syukur akan kupersembahkan korban kepadaMu; apa yang kunazarkan akan kubayar. Keselamatan adalah dari TUHAN! (Yunus 2:9) Intipati: Buku Yunus menyatakan, di antara hal-hal yang lain, bahawa Tuhan lebih berkemauan untuk menolong orang lain dari pada kita.

erita Yunus, ini bukan sekadar utusan Tuhan yang biasa, dia adalah seseorang yang terkenal dalam Alkitab. Yunus diutus oleh Tuhan untuk memperingatkan kehancuran Niniwe yang akan datang. Dia curiga bahawa orang non Ibrani ini akan bertaubat dari dosanya dan bahawa Tuhan akan mengampuni mereka. Menjadi seorang nabi yang benar, Yunus tahu, bahawa Tuhan akan menyelamatkan Niniwe, bukan menghancurkannya. Itulah mungkin sebabnya mengapa dia, pada mulanya, berusaha melarikan diri. Kerana memaksa melebihi kendalinya, namun Yunus mengubah pemikirannya dan mengikuti perintah Tuhan. Dalam menyahut khutbah Yunus, seluruh kota itu percaya dan bertaubat dalam cara yang mana, malangnya, Israel dan Yehuda tidak melakukannya. Yunus, sementara itu, memiliki banyak pelajaran yang akan dipelajari. Cerita ini menunjukkan bagaimanakah Tuhan dengan sabarnya mengajar nabi yang keras kepala dan picik dan apakah kasih, kemurahan dan pengampunan itu.

*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 10 Mei.

67

AHAD

5 Mei

NABI YANG TIDAK MENURUT (YUNUS 1)


Tidak banyak yang diketahui tentang Yunus atau latar belakang keluarganya. 2 Raja-raja 14:25 mengatakan bahawa dia hidup di bagian utara Israel dan melayani selama abad delapan S.M. Ayat yang sama menunjukkan bahawa Yunus memperkirakan penambahan wilayah dari kerajaan Israel. Dari sudut sejarah Niniwe sejarah adalah salah satu daripada tiga kota besar di Asyur, kota penting yang terletak di sekitar Sungai Tigris. Kerana Tuhan adalah Tuhan untuk semua bangsa dan semua manusia bertanggung jawab kepadaNya (Amos 12), Dia mengutus hambaNya Yunus untuk memperingatkan kehancuran orang Niniwe akan datang. Perintah Tuhan tercatat dalam Yunus 1:2 untuk Berseru terhadap mereka dapat juga diertikan berseru untuk itu. Kekejaman Asyur sudah terkenal. Satu abad kemudian, nabi Nahum menyebut Niniwe sebagai kota berdarah. . . penuh dusta dan perampasan (Nahum 3:1). Yunus diutus untuk menyampaikan pesan Tuhan kepada orang-orang seperti itu. Di antara hal yang lain, mungkin takut terhadap orang Asyur yang dibenci yang membuat Yunus bersikap seperti itu. Ketika disuruh Tuhan untuk mengadakan perjalanan ke timur ke arah Niniwe, dia menolak dan mencoba melarikan diri ke barat melalui kapal ke Tarsus. Pada mulanya semua berjalan dengan baik, tetapi ketika Tuhan menghantar badai yang besar untuk mengajar hambaNya satu pengajaran bahawa tidak ada yang dapat bersembunyi dari Tuhan. Yunus lari dari Tuhan kerana dia tidak mau melakukan kehendak Tuhan. Malah sekarang orang-orang memiliki alasan yang banyak untuk mencoba melarikan diri dari Tuhan. Beberapa orang melakukannya kerana tidak mengenal Tuhan secara peribadi. Yang lain menolak bahkan gambaran akan Tuhan dan FirmanNya; sementara motivasi mereka berbeza, dalam banyak hal mereka melakukannya supaya tidak merasa bersalah akan jalan yang mereka hidupkan. Akhirnya, jika tidak ada kekuatan yang lebih tinggi untuk menjawab, mengapa tidak melakukan apa saja yang kamu inginkan? Ada, bahkan orang Kristian yang menghindari Tuhan ketika Dia memanggil mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak ingin lakukan, sesuatu yang menentang sifat egois dan penuh dosa. Apakah perkhabaran mendasar bagi kita di sana? Perasaan seperti apakah yang timbul dalam dirimu oleh kerana dasar kebenaran ini? Atau melihat hal itu dengan cara ini: Kita percaya bahawa Tuhan tidak hanya melihat semua yang kita lakukan tetapi bahkan mengetahui fikiran kita. Apakah kita menghidupkannya dengan kesadaran yang terus menerus atau kita cenderung untuk mencoba dan mengotori fikiran kita? Atau mungkin, kita begitu terbiasa kepada pemikiran di mana kita tidak begitu memberikan perhatian atasnya? Apa pun alasannya, seberapa berbezakah tindakanmu jika setiap masa, kamu harus tanggap kepada fakta bahawa Tuhan mengetahui semua fikiranmu?

Sila baca Mazmur 139:1-12.

68

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Yunus 2:9 Pelajar Akan:
Mengetahui: Menghargai belas kasihan Tuhan sebagai faktor pendorong kepada pendekatannya apabila berdepan dengan orang yang berbeza kepercayaan atau gaya hidup. Merasakan: Mengakui bahawa penurutan sejati haruslah suatu penyerahan penuh rela kepada Tuhan yang muncul dari hati yang bersyukur kerana mengenali sifat Tuhan. Melakukan: Kerana keinginan Tuhan untuk menyelamatkan semua orang, kita harus memupuk satu tabiat yang peramah dan pengasih kepada semua orang yang memerlukan pertolongan kita. B.

II. Merasakan: Diampuni dan Mengampuni


A. Mengapakah Yunus tidak rela mengampuni walaupun dia sendiri telah mengalami pengampunan Tuhan? Bagaimanakah anda boleh mengelak perasaan prasangka yang kita terhadap para pendengar anda apabila anda berkhutbah, mengajar atau mengongsikan Kristus? Apakah sikap Yunus apabila akhirnya dia pergi ke Niniwe dan apakah yang dinyatakan hal itu mengenai penurutannya kepada Tuhan?

C.

III. Melakukan: Belas Kasihan Tuhan


A. Bagaimanakah anda boleh memupuk kesegaran belas kasihan Tuhan sambil mengelak sikap dingin seperti Yunus apabila berdepan dengan orang lain yang berbeza kepercayaan daripada anda? Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain membangunkan sikap yang sesuai dalam keadaan pelbagai budaya dan masyarakat di mana wujudnya unsur perkauman? Apakah perbezaannya pada gereja, rumah dan jiran tetangga kita jika setiap anggota menunjukkan belas kasihan yang sebenar terhadap satu sama lian?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Keselamatan Datang Dari Tuhan
A. Perhatikan bahawa Tuhan menyelamatkan manusia dari pelbagai kategori: nabi, pelaut, orang Niniwe. Apakah yang hal ini katakan mengenai kesediaan Tuhan untuk menyelamatkan semua bangsa manusia? Bagaimanakah Tuhan menunjukkan belas kasihan apabila menangani dosa-dosa mereka? B.

C.

B.

Ringkasan: Tuhan telah menyelamatkan para penumpang kapal, orang-orang Niniwe dan juga nabiNya yang ingkar. Belas kasihanNya terbuka untuk semua orang, mengakngkau orang paling berdosa sekalipun, menembusi sempadan dan melepasi batas dan pemahaman kita sebagai manusia.

69

ISNIN SAKSI YANG ENGGAN

6 Mei

Dalam Yunus 1, Tuhan ingin menghentikan pelarian Yunus sehingga Dia menimbulkan badai hebat yang mengancam kapal yang dinaikinya. Para pelaut berdoa minta pertolongan kepada dewa mereka. Kerana badai yang begitu hebat, mereka merasa bahawa seseorang telah menyebabkan kemarahan dewa. Mereka membuang undi untuk memutuskan siapa yang dengan sukarela memberitahukan tentang dirinya yang melakukan kesalahan. Untuk mengundi, setiap orang membawa batu dikenal atau kayu yang telah ditandai. Semuanya dibuat dalam satu tempat dan digoncang hingga salah satu keluar. Undian jatuh kepada Yunus, yang sekarang mengakui dosanya dan mendesak pelaut itu membuang dirinya ke laut. Cerita ini begitu luar biasa kerana tindakan positif para pelaut non Ibrani, sementara Yunus memberikan terang yang negatif. Sekalipun mereka menyembah banyak dewa, para pelaut itu menunjukkan sikap hormat yang tinggi terhadap Tuhan yang mereka sembah. Mereka juga bersikap lembut terhadap hamba Tuhan, Yunus, itulah yang membuat mengapa mereka berusaha kembali ke daratan. Akhirnya, mereka setuju dengan Yunus bahawa dia harus dilemparkan keluar. Dengan melakukan ini, badai berhenti dan pelaut menyembah Tuhan dan memujiNya.

Dalam ayat 9, bagaimanakah Yunus menggambarkan Tuhan yang

dikatakan ditakutinya? Apakah yang penting tentang bagaimana ia menggambarkan Tuhan? Lihat juga Why. 14:7; Yesaya 42:5; Why. 10:6. Pengakuan iman Yunus di dalam Tuhan sebagai Pencipta laut dan darat, menggarisbawahi bahawa adalah sia-sia melarikan diri dari hadapan Tuhan. Badai yang berhenti tiba-tiba setelah mereka melemparkan Yunus menunjukkan bahawa Tuhanlah Pencipta dan yang mengatur lautan. Kerana ini, pelaut menyembah Tuhan. Berapa lama rasa takut yang baru mereka dapatkan dan rasa hormat mereka kepada Pencipta bertahan, tidak disebutkan. Tidak ada keraguan, bagaimanapun juga, mereka telah mempelajari sesuatu tentang Dia dari pengalaman ini.

Kita boleh saja tidak memahami semua keajaiban yang ada di sekitar

kita, apalagi semua itu di luar akal bahkan imajinasi kita. Bagaimanakah Pencipta berbicara kepadamu melalui apa yang Dia telah buat? 70

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab : Yunus 4.
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI : Tidak ada suatu kumpulan istimewa atau umat terpilih khusus untuk menerima kurnia kasih Tuhan dan dengan demikian pengampunan Tuhan itu tersedia untuk semua orang. Hanya Untuk Guru : Luangkan masa bersama kelas untuk merenungkan sesuatu yang membuat pengampunan itu suatu yang sukar atau suatu yang mudah. Satu kajian oleh University of Miami menunjukkan bahawa manusia lebih suka mengampuni apabila dalam hubungan itu terdapat dua kualiti: (a) kerapatan dan komitment terhadap hubungan tersebut dan (b) perbuatan memohon ampun yang sungguh dan usaha mendamaikan oleh orang yang bersalah selepas kesalahan itu dilakukan.http://www.psy.miami.edu/faculty/ mmccullough/ Papers/forgiveness_feeling_connected_pspb.pdf , ms. 12. Tetapi bagaimana pula dengan keadaan-keadaan, seperti keadaan yang dihadapi oleh Yunus, di mana meniru keasih dan pengampunan Tuhan itu memerlukan kita melihat jauh melepasi tindakan salah di masa lalu yang telah dilakukan oleh satu kumpulan manusia yang tidak ada hubungan peribadi dengan anda? Tambahan pula, di mana tidak ada perbuatan mohon maaf (yang ditujukan kepada sesama manusia) bagi semua tindakan masa lalu? Adakah anda pernah berada dalam situasi di mana pemikiran tentang pengampunan itu sangat sukar dipikul sehingga anda merasa adalah lebih baik menggunakan kata-kata Yunus, lebih baik aku mati dari pada hidup ? (Yunus 4:3). Bincangkan : Apakah yang membuat pengampunan itu suatu yang mudah dan apakah yang membuatnya suatu yang sukar? Mengapakah kadang kala pengampunan itu kelihatan seperti suatu yang tidak adil? Yunus merasakan bahawa sebenarnya orang jahat telah terlepas dari kejahatan; mengapakah akhirnya hal itu tidak benar?

LANGKAH 2Mengkaji

Ulasan Alkitab
I. Mengampuni Yang Tidak Boleh Diampuni
(Imbas kembali Yunus 4:13 bersama kelas.) Yunus, anak watan bangsa Israel yang dianiaya, telah diutus ke sebuah kawasan yang tidak selamat untuk membantu satu bangsa dalam menghindari satu penghakiman yang dia sendiri berpendapat adalah wajar untuk mereka.

71

SELASA MAZMUR YUNUS

7 Mei

Ketika Yunus dilemparkan ke dalam laut, ikan yang besar, menelan dia atas suruhan Tuhan. Yunus pasti memiliki pemikiran bahawa kematian adalah satu-satunya cara untuk melarikan diri dari misinya ke Niniwe. Tetapi ikan besar itu (tidak disebutkan paus dalam buku) adalah alat keselamatan untuk sang nabi. Tidak seperti Yunus, makhluk ini menanggapi dan menuruti perintah Tuhan (Yun. 1:17; 2:10), Pemeliharaan Tuhan bekerja dengan cara yang ajaib di sini, dan bagaimana pun juga ada banyak orang yang mencemoohkan cerita ini, Yesus menyaksikan kebenarannya (Matius 12:40) dan bahkan menggunakannya sebagai acuan dalam kematian dan kebangkitanNya.

Sila baca Yunus 2, sering disebut dengan Mazmur Yunus. Apa yang dia
katakan di sana? Prinsip rohani apa yang boleh kita ambil dari pasal ini?

Mazmur Yunus merayakan kelepasan yang diberikan Tuhan dari laut dalam yang menakutkan. Ini merupakan satu-satunya bagian puisi dari buku ini. Di dalamnya Yunus mengingat kembali doa untuk minta bantuan sementara dia tenggelam ke kedalaman air dan menghadapi kematian pasti. Kerana sangat peduli kepada keselamatannya, dia berterima kasih kepada Tuhan untuk hal itu. Lagu itu menandakan bahawa Yunus terbiasa dengan Mazmur pujian dan ucapan syukur di dalam Alkitab. Sumpah Yunus sepertinya berisikan korban syukur. Dia berterima kasih bahawa, walaupun dia pantas untuk mati, Tuhan menunjukkan kepadanya kemurahan yang luar biasa. Walaupun tidak menurut, Yunus masih menyadari bahawa dirinya setia kepada Tuhan kerana dia tidak memiliki dewa yang mati untuk disembah. Walaupun dia memiliki banyak kekurangan, dia memutuskan untuk mencoba dan setia kepada panggilannya. Kadang-kadang kita memerlukan pengalaman yang buruk untuk membuka hati kita kepada Tuhan, untuk menyadari bahawa hanya Dialah harapan, dan keselamatan. Fikirkan pengalamanmu di mana dengan jelas dapat dilihat bahawa tangan Tuhan bekerja dalam hidupmu. Mengapakah sangat sukar untuk melupakan cara Tuhan memimpin kita, walaupun dalam keajaiban, khususnya ketika muncul pencobaan yang baru? 72

Ternyata dalam kemarahan Yunus itu adalah ketisaksediaannya sendiri untuk melihat oran Niniwe sebagai layak diampuni. Niniwe, yang menjadi sebahagian daripada Empayar Asyur, merupakan sebuah kota suka berperang dan merupakan bahagian penting dalam negeri Asyur. Ia mempunyai jumlah a s k a r y a n g p a l i n g r a m a i p e r n a h d i l i h a t d i T i m u r T e n g a h ( http:// www.jewishvirtuallibrary.org/jsource /History/Assyrians.html ). Orang-orang Niniwe sudah pasti telah melakuukan banyak kejahatan sehingga mereka layak menerima penghukuman dan mungkin Yunus mahu mereka menerima apa yang layak mereka terima. Sehubungan dengan keengganan Yunus untuk melihat musuh itu bertaubat, seseorang mungkin akan bertanya, di mana kah kasih, di manakah keprihatinan dan kemurahan yang lemah lembut dalam kitab Yunus? Istilah Ibrani yang diterjemah sebagai kasih kemurahan atau mengasih dengan berkemurahan ialah chesed dan diutamakan dalam etika Yahudi dan diulangi di seluruh Alkitab. Beberapa orang pakar Yahudi moden mengakui bahawa seluruh Torah (Taurat) bermula dan berakhir dengan istilah chesed http://en .wikipedia.org/wiki/Chesed. Sebagaimana dinyatakan dalam pelajaran hari isnin, kita melihat lebih banyak kelembutan hati dan rasa hormat pada Tuhan di kalangan para penumpang dalam kapal yang kafir daripada apa yang kita lihat dalam Yunus. Kita juga melihat satu keterbukaan dan pertaubatan dalam hati orang-orang Niniwe. Kita melihat kebimbangan dalam suara Tuhan. Tetapi bagaimana dengan Yunus? Yunus bergelut dengan perasaan marah. Dia marah kerana orang-orang Niniwe telah bertaubat dan Tuhan mengurniakan belas kasihanNya ke atas mereka, yang disa sedia maklum akan terjadi kerana Tuhan itu pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia serta yang menyesal karena malapetaka yang hendak didatangkan-Nya (Yunus 4:2). Cerita mengenai Yunus berbicara mengenai cara Tuhan yang ajaib dan keupayaanNya untuk melakukan tindakan-tindakan yang luarbiasa. Dengan demikian, ia mengajar orang yang muda dan tua untuk terbuka kepada keajaiban, untuk mengharap lebih daripada apa yang diberitahu seberapa banyak mungkin kepada kita oleh mata kita dan hukum alam. Pada tahap yang lebih kompleks, ia mengajar salah satu ajaran rohani paling dalam yang harus kita pelajaribahawa tidak orang yang boleh mengatasi penyembuhan belas kasihan dari kurnia kasih Tuhan. Yunus, seorang berdosa yang diselamatkan oleh kurnia kasih Ilahi, sebaliknya sangat sedih kerana orang Niniwe merupakan sebahagian yang menerima kurnia kasih itu. Cerita ini menunjukkan bahawa ajaran mengenai kasih kurnia Tuhan adalah untuk semua orang dan mencabar andaian terpesong dan sikap yang sering dipegang oleh umat percaya terhadap orang yang tidak percaya. Cerita Yunus menerangkan salah satu kebenaran yang paling memusat dan sukar diterima mengenai perkhabaran Injil Tuhan. Pengampunan dan penebusan adalah untuk setiap orang yang memiliki hati yang terbuka kepada Tuhan. Kaum, darjat dan bangsa tidak pernah menjadi faktor dalam perkiraan

73

RABU MISI YANG SUKSES

8 Mei

Sila baca Matius 12:39-41 dan 2 Tawarikh 36:15-17. Apakah yang ayat ini
ajarkan kepada kita tentang pentingnya pertaubatan?
Gambaran yang luar biasa tentang raja Asyur yang kuat merendahkan dirinya dalam debu di hadapan Tuhan adalah satu teguran yang tajam bagi penguasa dan bangsa Israel yang sombong, paling tidak mereka yang terus menerus menolak panggilan para nabi untuk bertaubat. Kerana buku Yunus menekankan rahmat dan pengampunan Tuhan, bangsa Israel membacanya setiap tahun pada puncak perayaan Hari Pendamaian yang memperingati pengampunan Tuhan atas dosa-dosa mereka. Tuhan kita adalah Tuhan yang berbelas kasihan. Dengan panjang sabar dan rahmat yang lemah lembut dia menghadapi pelanggar hukumNya. Namun, pada masa sekarang ini, ketika lelaki dan perempuan memiliki begitu banyak kesempatan untuk menjadi mengenal hukum Tuhan yang dinyatakan dalam Perintah yang Kudus, Penguasa alam semesta yang agung ini tidak dapat melihat kepuasan atas kota yang jahat, yang memerintah dengan kekejaman dan kejahatan. Jika penduduk kota itu bertaubat, sebagaimana yang telah dilakukan penduduk Niniwe, akan banyak lagi perkhabaran Yunus yang harus diberikan. Ellen G. White, The Advent and Review and Sabbath Herald, 18 Oktober 1906.

Setelah mengalami kelepasan yang demikian luar biasa, ketika diperintahkan oleh Tuhan untuk kedua kalinya berkhotbah ke Niniwe, Yunus segera menurutinya. Dalam pekhabarannya, Yunus (3:1-4) menggunakan bahasa yang mengingatkan kehancuran Sodom dan Gomora (Kejadian 19). Tetapi dalam bahasa aslinya (Ibrani), kata ditunggangbalikkan (lihat Kejadian 19:21, 29; Yun. 3:4) dari perkhabaran Yunus dapat juga diertikan berbalik atau berubah (Keluaran 17:17,20; 1 Sam. 10:6). Khutbah Yunus tidaklah siasia. Pencapaian terbesar Yunus sebagai Nabi adalah pertaubatan kota itu. Setelah para pelaut itu, penduduk Niniwe adalah kelompok non Ibrani yang kedua dalam buku itu berbalik kepada Tuhan, dan semuanya adalah oleh kerana interaksi dengan utusan Tuhan yang cacat. Hasilnya menakjubkan. Untuk merendahkan diri mereka di hadapan Tuhan, penduduk Niniwe mengenakan kain karung, dan membuat debu di kepala mereka dan berpuasa. Semuanya ini adalah tanda penyesalan dan pertaubatan.

Sila baca Yunus 3:5-10. Apakah yang ayat ini nyatakan tentang sifat dari

pertaubatan yang benar? Bagaimanakah kita dapat menerapkan prinsip ini kepada diri kita? 74

Ilahi; kasih Tuhan dan keanggotaan dalam keluargaNya adalah universal. Dan yang paling penting, perbuatan masa lalu (sejauh mana ia jahat, keji dan tidak adil sekalipun) tidak pernah menjadi suatu yang tidak dapat diatasi bagi hati yang bertaubat. Tidak ada halangan yang tidak dapat dilalui oleh hati yang dipenuhi dengan pertaubatan. Tidak ada dosa masa lalu yang Tuhan tidak dapat ampunkan. Perhatikan Hal Ini : Memandangkan semua berita baik yang kita terima ini, namun seperti Yunus, mengapakah sukar bagi kita mengampuni? Di sebalik menghakimi Yunus dengan kasar, dorongkan anggota kelas untuk melihat kepada Yunus dalam sikap yang bersimpati. Yunus, seorang nabi Tuhan, mempunyai respon kepada panggilannya yang sangat bersifat manusiawi. Apakah yang pengampunan Tuhan terhadap musuh Israel katakan mengani Tuhan dan mengenai cara yang kita harus mengampuni mereka yang menyeakiti atau menyinggung perasan kita?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru : Terdapat banyak hal mengenai Yunus yang kita tidak tahu. Contohnya, kita tidak tahu latar belakang riwayatnya, satu kisah yang mungkin boleh menjelaskan mengapa dia bertindak dan merasa seperti yang dilakukannya. Apa yang kita tahu ialah semua yang tertulis dalam empat fasal yang ringkas ini. Luangkan waktu bersama kelas anda untuk meninjau respon mereka kepada dua soalan berikut yang ada dalam pemikiran pembaca selepas membaca cerita Yunus. Pertanyaan ini adalah soalan rohaniah yang penting untuk zaman kita. Soalan Renungan/Penerapan/Induksi: Mengapakah Yunus sangat marah kepada pengampunan Tuhan ke atas orang Niniwe? Bagaimana tidak Aku akan sayang kepada kota yang besar itu? Inilah soalan yang Tuhan tanyakan kepada Yunus dalam fasal 4 ayat 11. Terjemahkan soalan ini untuk zaman kita dengan membayangkan Tuhan bertanya kepada kita: Bagaimana tidak Aku sayangkan (sebutkan nama mana-mana kumpulan yang kelihatan jahat/tidak layak/berdosa pada zaman ini)? Dorongkan ahli kelas untuk membuat satu senarai mengenai kumpulan-kumpulan penjahat mereka yang mengisi muka surat khabar dan kaca TV pada peringkat global hingga kepada kumpulan jahat yang anda kenal di peringkat local. Tanya apa perasaan mereka bila mengetahui bahawa semua orang ini boleh mendapatkan pengampunan dan belas kasihan dari Tuhan?

75

KHAMIS

9 Mei

DIAMPUNI, NAMUN TIDAK MENGAMPUNI


Sila baca Yunus 4. Pelajaran penting apakah yang perlu dipelajari Yunus?
Bagaimanakah kemunafikannya ditunjukkan di sini? Yunus 4 menunjukkan beberapa hal menakjubkan tentang nabi. Kelihatannya dia lebih suka mati daripada bersaksi tentang rahmat dan pengampunan Tuhan. Sedangkan sebelumnya Yunus bersuka cita kerana kelepasannya dari kematian (Yun. 2:7-9), sekarang kerana Niniwe hidup, dia lebih suka mati (Yun. 4:2, 3). Berbeza dengan Yunus, Tuhan digambarkan dalam Alkitab sebagai seseorang yang tidak senang dengan kematian orang yang jahat (Yeh. 33:11). Yunus dan banyak teman sebangsanya yang senang dengan kemurahan Tuhan kepada Israel tetapi hanya menginginkan murka Tuhan kepada musuh mereka. Buku ini dengan tegas menegur kekerasan hati yang seperti itu. Apakah pelajaran yang dapat kita pelajari dari kesalahan-kesalahan Yunus? Bagaimanakah prasangka buruk menodai kesaksian Kekristenan kita? Telah diteliti bahawa buku Yunus adalah buku pegangan tentang bagaimana supaya jangan menjadi nabi. Yunus adalah nabi yang memiliki roh pemberontakan dan prioritas yang salah. Dia tidak dapat mengendalikan keinginannya untuk balas dendam. Dia berfikiran sempit dan pemarah. Gantinya bergembira kerana Tuhan menunjukkan rahmatNya kepada Niniwe, Yunus membiarkan keegoisan dan kesombongannya sakit hati. Kata-kata Yunus yang terakhir adalah keinginannya untuk mati (Yun. 4:8, 9), sementara kata-kata Tuhan yang terakhir adalah penegasan akan kasihNya yang tak terukur, penegasan untuk kehidupan. Buku Yunus dibiarkan ditutup dengan terbuka. Ayat penutupnya membingungkan pembaca dengan satu pertanyaan yang tidak dijawab oleh penulis: Apakah perubahan hati yang luar biasa dari orang Niniwe akhirnya mengakibatkan perubahan hati Yunus yang radikal?

Ada banyak yang sudah dipahami dalam cerita Yunus, khususnya

tentang diri Yunus. Mungkin, bagaimanapun juga, pelajaran yang paling jelas adalah bahawa rahmat dan pengampunan Tuhan jauh lebih luas dari pada kita. Bagaimanakah kita dapat belajar untuk lebih bermurah hati dan mengampuni terhadap mereka yang tidak pantas menerimanya, sebagaimana yang kita lihat di sini, Tuhan buat kepada Yunus dan penduduk Niniwe? 76

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Semua kita mempunyai sesuatu untuk mengampuni dan sesuatu untuk diampuni. Berbicaralah kepada Tuhan dalam doa seolah-olah dia adalah penasihat dan sahabat terbaik anda, berbual denganNya tentang apa yang anda sedang lalui. Bagi mereka yang masih bergelut dengan kepedihan yang baru atau sukar yang berpanjangan, mungkin anda masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penderitaan anda. Yang lain mungkin sudah mulai mencari jalan untuk melepaskannya. Ada juga yang lain mungkin sedang mengalami pengampunan dalam sanubari hati mereka. Adalah penting untuk menggunakan doa bagi membantu anda melaluinya pada tahap apa sekalipun anda berada. Aktiviti berikut dikahskan untuk membantu anda berada dalam satu perbualan dengan Tuhan mengenai pengampunan. Aktiviti: Minta ahli kelas anda untuk meluangkan masa 2 5 minit untuk memikirkan secara senyap mengenai orang yang sukar mereka ampuni. Selepas itu, sila jemput anggota kelas anda untuk meluangkan masa 2 5 minit lagi untuk berdoa mengenai masalah mereka (acara berdoa ini boleh dilakukan sendirian atau berpasangan mengikut keselsaan mereka). Ada orang yang suka bersendirian untuk berdoa. Berikut adalah beberapa alat yang boleh membantu anda untuk berada dalam satu perbualan doa dengan Tuhan mengenai pengampunan:

Berdoa untuk Pengampunan


Akui penderitaan dan kesakitan yang anda telah alami / atau sebabkan dan apa maknannya itu kepada kehidupan anda / kehidupan orang lain. Mohon penyembuhan Tuhan atas penderitaan atau pengampunan kerana menyebabkan penderitaan. Bagi mereka yang masih berpaut pada kesakitan / kemarahan, minta kekuatan dari Tuhan untuk melepaskannya, lembutkanlah hati anda dan lepaskan perasaan marah itu. (Adakah perasaan marah itu telah membuat anda menyakiti orang lain? Adakah anda marah kerana anda disakiti oleh perbuatan orang lain terhadap anda?) Jemput Tuhan untuk bekerja bersama anda untuk mencari jalan melepasi lembah penderitaan/kemarahan dan membawa kepada kesedaran anda sesuatu yang berharga, indah dan berbaloi yang mungkin sedang menanti anda dalam pengalaman ini. Minta Tuha untuk membuka mata anda kepada berkat dan segala yang positif yang mungkin tersembunyi dalam pengalaman negative itu sendiri. Tuntut janji Tuhan bahawa semua perkara bekerja bersama demi kebaikan bagi mereka yang mengasihi Tuhan walaupun ia suatu yang sukar dipercayai atau dilihat. Apabila jiwa anda bersedia melepaskan semua kemarahan dan kebencian, bersyukurlah pada Tuhan atas peluang untuk mengampuni sesuatu kesalahan atau diampuni atas kesalahan yang anda lakukan. Jemputlah dalam hidup dan hati anda semua berkat yang akan datang kepada anda daripada damai sejahtera yang datang bersama dengan pengampunan itu. Berdoalah untuk kerendahan hati dan kemurahan kasih untuk mengilhamkan jiwa dan semangat anda ketika anda memberikan pengampunan atau menerima pengampunan.

77

JUMAAT

10 Mei

Kajian Tambahan: Sila baca petikan-petikan berikut ini dan diskusikan


bagaimanakah mereka dapat menolong kita memahami lebih jelas perkhabaran dari buku Yunus. Apabila saja mereka memerlukan bantuan Anak-anak Tuhan memiliki hak istimewa yang berharga untuk memohon bantuan dari Dia. Tidak masalah apakah tempatnya tidak tepat, telinga kemurahan Tuhan terbuka untuk tangisan mereka. Bagaimana terpencil dan gelap tempatnya, itu dapat diubah menjadi kaabah yang benar dengan doa anak-anak Tuhan.Ellen G. White, The SDA Bible Commentary, Vol. 4, ms. 1.003. Menjadi bingung, merasa terhina dan tidak sanggup mengerti akan rencana Tuhan dengan menyelamatkan Niniwe, bagaimanapun Yunus telah memenuhi tugas yang diberikan kepadanya untuk memberi amaran pada kota yang besar itu; dan walaupun peristiwa yang diramalkan tidak terjadi, namun bagaimanapun perkhabaran itu berasal dari Tuhan. Dan perkhabaran itu menyelesaikan rencana Tuhan yang dirancangkanNya harus demikian. Kemuliaan rahmatNya telah dinyatakan di antara orang kafir. Ellen G. White, Alfa dan Omega, Vol. 3, ms. 224.

SOALAN PERBINCANGAN:
1. Buku Yunus mengajarkan bahawa Tuhan mengaawal alam ini sepenuhnya. Bayangkan jika ada sahabatmu yang kehilangan anggota keluarganya kerana bencana alam. Bagaimanakah kamu menjelaskan kepada dia bahawa Tuhan masih berkuasa meskipun kehadiran bencana alam yang menghancurkan bagian dari dunia kita dan merenggut nyawa manusia? Sila baca ayat terakhir baca dalam buku Yunus. Apakah yang diajarkan bagi kita tentang tanggung jawab kita untuk menjangkau ke setiap sudut dunia ini? Dalam perumpamaan hamba yang tidak mengampuni (Matius 18:21-35), Yesus membandingkan Tuhan dengan raja yang marah yang membatalkan pengampunannya dan melemparkan hamba yang sebelum ini diampuni ke dalam penjara. Apakah benar Tuhan membatal pengampunannya? Beberapa orang Kristian dengan tegas membantah Dia tidak melakukannya. Sebagai gereja, kedudukan apakah yang kita ambil dari topik ini, dan mengapa? Bagi banyak orang masuk ke dalam hidup sekular, pemikiran bahawa manusia ditelan dan hidup di dalam ikan besar adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap serius. Sebagaimana kita lihat sebelumnya, bagaimanapun juga Yesus dengan jelas menyaksikan kebenaran cerita itu. Bagaimanakah cerita ini menolong kita menyadari betapa dangkal dan terbatasnya pandangan anti supernatural akan kebenaran cerita ini?

2.

3.

4.

78

Pelajaran 7 | 1117 Mei Umat Istimewa Tuhan (Mikha) SABAT PETANG


Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Mikha 1:19, 2 Korintus 11:2327, Mikha 2:111, 5:2, 6:18, 7:1820. Ayat Hafalan: Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN dari padamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhanmu? (Mikha 6:8). Intipati: Walau di tengah-tengah kemurtadan terburuk, Tuhan bersedia untuk mengampuni dan menyembuhkan umatNya.

abi Mikha melayani dalam salah satu daripada tempoh gelap sejarah Israel. Negara sudah lama terbahagi kepada dua kerajaan. Akhirnya, Asyur menyebabkan kerajaan utara berakhir, dan Mikha dapat melihat kejahatan dan keganasan yang menjalar ke dalam Yehuda di selatan. Diaberkhutbah mencela dosa ketidakjujuran yang fatal, ketidakadilan, rasuah, dan ketidakpercayaan. Mikha adalah nabi alkitabiah pertama yang meramalkan kemusnahan Yerusalem (Mikha 3:12). Namun, melalui ilham Ilahi, nabi itu melihat cahaya pada masa gelap ini. Dengan bantuan sudut pandang Tuhan, dia memandang jauhmelewati hukuman yang bakal datang. Mikha memberikan kata-kata semangat dan berkata bahawa Tuhan telah mengurapi seorang Pemimpin yang akan datang dari Betlehem. Mesias akan menjadi pemimpin yang akan menyelamatkan Israel dan menawarkan keamanan kepada bangsa-bangsa dengan mengajar mereka untuk menempa pedang-pedangnya menjadi mata bajak (Mikha 4:3). Teguran Tuhan akan menjadi saluran pemulihan dan rahmat pada akhirnya.
*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 18 Mei.

79

AHAD

12 Mei

PENDERITAAN HATI NABI


Dalam Mikha 1:1-9, nabi mengajak seluruh bumi untuk menyaksikan penghakiman Tuhan terhadap orang-orang berdosa. Ibu kota Samaria dan Yerusalemdikhususkan kerana pemimpin mereka gagal untuk menjadi contoh apa ertinya mengikut Tuhan dengan hati yang tidak berbelah bahagi. Keduadua kotaitu akan menjadi yang pertama untuk mengalami kemusnahan. Pemikiran tentang penghakiman yang memusnahkanmembawa ketegangan dalam kehidupan Mikha. Oleh kerana panggilan bernubuatmenyatukan dia dengan tujuan Tuhan, dia tidak mempunyai pilihan melainkan mengumumkan apa yang bakaldatang tidak lama lagi. Tetapi nabi itu juga menyayangimasyarakat yang mana adalahbangsanya sendiri, dan pemikiran tentang penawanan merekamenimbulkan kedukaan peribadinya. Sering kali berita buruk mempunyai kesan yang paling dahsyat ke atas minda dan tubuh nabi itu.

Apa

yang teks berikut ajarkan tentang kesukaran yang dihadapi oleh

kebanyakan nabi? Bilangan. 11:10-15, 1 Raja-raja 19:14, Yeremia 8:21-9:2, Yehezkiel 24:15-18, 2 Korintus 11:23-27. Para nabi Tuhan itu sendiri terlibat dalam mesej yang mereka sampaikan. Mereka tidak bergembira ketika bercakap tentang perkara-perkara yang dahsyat yang bakal berlaku. Mereka sering gunakan keluhan untuk menyatakan reaksi mereka kepada bencana yang bakal datang. Kesedihan mereka adalah nyata. Kepada pendengar mereka, mesej itu terkandung pada kedua-dua kata nubuat dan juga tanda-tanda yang di luar, yang mana sering membawa penderitaan mendalam yang berpunca dari dalaman. Reaksi Mikha kepada penghakiman Ilahi mengingatkan pengalaman Yesaya, yang selama tiga tahun berjalan separuh bogel dan berkaki ayam sebagai simbol atau tanda nyata yang memalukan akibat penawanan itu kelak. Bagi anda yang mempunyai sumber bacaan tambahan, anda boleh membaca tentang penderitaan hebat yang juga dialami oleh Ellen G. White dalam pelayanannya; ini akan membantu kita untuk lebih memahami apa yang hamba-hamba Tuhan terpaksa lalui.

Sila baca 1 Petrus 4:14-16 dan kemudian lihat diri anda sendiri dan apa jua
ujian yang anda lalui. Berapa banyak penderitaan yang telah menimpa kepada andakerana kesetiaan anda kepada Tuhan? Berapa banyak pula yang disebabkan oleh ketidaksetiaan anda?

80

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Mikha 6:8 Pelajar Akan: Mengetahui: Memahami bahawa Tuhan menyatakan apa yang baik di dalam FirmanNya. PenyataanNya memberikan kita pengetahuan yang kita tidak dapat perolehi. Tuhan hanya mahu yang terbaik, oleh itu, Dia memberi kita beberapa arahan dan hukum. Merasakan: Tertarik kepada Tuhan dan sifat PenyayangNya, dan menikmati kehadiranNya. Melakukan: Meluangkan masa bersamaNya dan, hasilnya, kebaikan dan kemurahanNya akan dilihat dalam sifat lelaki dan wanita kerana perilaku mereka seperti Dia. B. Mengapakah begitu sukar untuk mengamalkan belas kasihan? C. Apakah ertinya melakukan apa yang benar? II. Merasakan: Menyukai Belas Kasihan A. Apakah perbezaan antara menunjukkan belas kasihan dan suka untuk menunjukkan belas kasihan? B. Bagaimana perasaan anda untuk mengampuni seseorang yang tidak layak mendapat pengampunan? III. Melakukan: Bertindak dengan Adil A. Mengapakah begitu penting bagi umat Tuhan diperingatkan untuk melakukan yang benar? B. Bagaimana anda boleh menseimbangkan belas kasihan dan keadilan dalam membuat keputusan gereja anda ketika menangani permasalahan sesuatu isu? C. Jemput kelas untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka ketika mereka bergumul sama ada untuk menunjukkan belas kasihan atau keadilan kepada orang yang melakukan kesalahan.

Garis Panduan Pelajaran:


I.

Mengetahui: Berjalan Merendah Diri Dengan Tuhan A. Bagaimana anda boleh berjalan merendah diri dengan Tuhan?

Ringkasan: Nabi Mikha menerangkan siapakahTuhan itu; kemudian dia memperingatkan umat Tuhan untuk berjalan dengan Tuhan agar dapat mencerminkan sifatNya, iaitu suka menunjukkan belas kasihan dan melakukan apa yang benar. Hanya dengan menurut Tuhan kita akan mencontohi dan menjadi seperti Dia. 81

ISNIN

13 Mei

MEREKA YANG MERANGKA KEZALIMAN


Sila baca
Mikha 2:1-11 dan Mikha 3. Apakah dosa yang mengancam untuk membawa penghakiman ke atas orang-orang ini? Kenaikan Ahas ke takhta membawa Yesaya dan rakan-rakannya berhadapan dengan keadaan yang lebih mengerikan daripada apa yang wujud sebelum ini dalam kerajaan Yehuda. Ramai yang dahulunya bertahan daripada pengaruh yang menggoda dari amalan keberhalaan kini sedang dipujuk untuk mengambil bahagian dalam penyembahan dewa kafir. Putera-putera di Israel ternyata tidak setia kepada kepercayaan mereka; nabi-nabi palsu bermunculan dengan mesej yang menyesatkan, malah beberapa imam mengajar kerana bayaran semata-mata. Namun pemimpin dalam kemurtadan itu masih mengekalkan bentuk ibadah Ilahi dan mendakwa diri mereka tergolong antara umat-umat Tuhan. Nabi Mikha, yang memberikan kesaksiannya pada masa-masa yang menyusahkan itu, menyatakan bahawa orang-orang yang berdosa di Sion, sementaramereka mendakwa bersandar kepada Tuhan, dan secara bongkak berkata, Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita! Tidak akan datang malapetaka menimpa kita!, terusmendirikan Sion dengan darah dan Yerusalem dengan kelaliman. Mikha 3:10, 11. .Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 322. Salah satu masalah yang berterusan yang dihadapi oleh bangsa Ibrani adalah penipuan bahawa status istimewa mereka sebagai umat Tuhanpengetahuan mereka tentang Tuhan yang benar, yang berbanding dengan kebodohan keberhalaan kafir (lihat Maz. 115:4-9)menjadikan mereka seakan kebal kepada hukuman Ilahi. Bagaimanapun, kebenaran yang dahsyat adalah bahawa justeru mereka mempunyai status yang istimewa di hadapan Tuhanlah membuat mereka lebih bersalah kerana dosa-dosa mereka. Sekali lagi seperti dalam buku Ulangan, Tuhan memberi amaran kepada mereka bahawa semua berkat, perlindungan, dan kemakmuran yang akan menjadi milik mereka telah dipersyaratkanbergantung kepada ketaatan kepada hukum-hukumNya, seperti yang dilihat dalam peringatan ini: Tetapi waspadalah dan berhati-hatilah, supaya jangan engkau melupakan hal-hal yang dilihat oleh matamu sendiri itu, dan supaya jangan semuanya itu hilang dari ingatanmu seumur hidupmu. Beritahukanlah kepada anak-anakmu dan kepada cucu cicitmu semuanya itu (Ulangan 4:9). kita mungkin cuba untuk menipu diri kita sendiri, dalam cara apakah kita, sebagai Seventh-day Adventist, dengan terang pengertian yang begitu banyak, berada dalam bahaya membuat kesilapan yang sama?

Betapapun

82

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Mikha 6:8
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhan mengampuni, menunjukkan belas kasihan, dan bertindak adil. Apabila kita merendah diri berjalan denganNya, kita belajar bagaimana untuk menyukai belas kasihan dan melakukan apa yang benar. Dengan berbuat demikian, kita mencerminkan sifatNya. Hanya Untuk Guru: Ringkasan mesej Mikha yang baik sekali terdapat pada akhir bukunya dalam Mikha 7:18-20. Petikan ini adalah mainan kata pada nama nabi: Siapakah yang seperti Tuhan? kerana ia juga bermula dengan soalan Siapakah Tuhan seperti kamu? Jawapan yang nantikan kepada soalan retorik adalah tiada sesiapa, kerana Tuhan adalah sangat unik. Dia adalah Tuhan yang mengampuni dosa, menyenangi belas kasihan, dan mau menunjukkan rahmat. Dia sentiasa setia, menyukai belas kasihan, dan bertindak adil. Tuhan yang indah/baik ini adalah Tuhan Perjanjian Lama. Tiada perbezaan antara Tuhan Perjanjian Lama dan Tuhan Perjanjian Baru, ini bertentangan dengan Marcion, yang sudah membuat perbezaan yang tidak benar dalam abad kedua selepas Kristus, antara apa yang dia disifatkan sebagai seorang yang keras, adil, menghukum, dan marah itulah Tuhan Perjanjian Lama, manakala Yesus Kristus, Tuhan Perjanjian Baru penyayang, pemaaf dan pemurah. Realitinya adalah bahawa Tuhan yang menciptakan manusia dan membawa Israel keluar dari Mesir dan memimpin mereka ke Tanah Perjanjian adalahTuhan yang sama yang mati untuk kita di Kalvary! Yesus Kristus tetap sama, baik kelmarin ataupun hari ini dan sampai selama-lamanya (Ibrani 13:8). Pembuka Perbincangan: Orang selalu salah mengerti Kitab Perjanjian Lama dan membayangkan Tuhan Perjanjian Lama sebagai Tuhan peperangan, darah, hukuman dan pengadilan, manakala mereka memberi gambaran lebih hebat tentang keadilan Tuhan dalam Perjanjian Baru (lihat, sebagai contoh, Matius 23:13-39, 24:51, Kisah 5:1-11, Wahyu 14:9-11, 19:17-21). Walau bagaimanapun, terdapat hanya satu Tuhan alkitabiah yang mengasihi (Keluaran 34:6, 7; 1 Yohanes 4:16), dan tafsiran kita kepada Kitab biasanya menyimpang dan itulah yang perlu diperbetulkanbukannya sifat Tuhan. Tuhan kita adalah Tuhan kasih, kebenaran, keadilan,dan kebebasan. Soalan Untuk Perbincangan: Dalam pelajaran minggu ini, apakah ayat Alkitab yang paling berkuasa yang memberikan galakan kepada orang percaya berhubung dengan peperangan menentang kejahatan? Apakah makna penting kemenangan Kristus di atas salib, dan apakah implikasinya bagi pemahaman tentangTuhan sebagai Tuhan kasih dan keadilan? LANGKAH 2Mengkaji Hanya Untuk Guru: Mikha adalah nabi abad kelapan sebelum Kristus (kira-kira antara 750-686 SM), sezaman dengan Yesaya, dan perkhabarannya ditujukan kepada

83

SELASA

14 Mei

PEMERINTAH BAHARU DARI BETHLEHEM


Dalam buku Mikha mood sering secara drastik berubah dari kesuraman kepada harapan yang mulia. Pengharapan ini dilihat dalam satu daripada nubuatan yang paling terkenal dari semua nubuatan mesianik .

Sila baca Mikha 5:2. Siapakah yang diperkatakan

di sini dan apakah yang ini

ajarkan kepada kita tentang Dia? Lihat juga Yohanes 1:1-3; 8:58; Kolose 1:16, 17. Dari sebuah bandar Judah yang kecil akan datang Seseorang dari kekekalan untuk menjadi pemerintah di Israel. Mikha 5:2 adalah salah satu daripada ayat alkitabiah yang paling berharga yang telah dituliskan untuk mengukuhkan pengharapan umat Tuhan, yang tidak sabar-sabar menunggu Pemimpin yang ideal yang dijanjikan oleh para nabi. Pemerintahannya akan mengiringi masa kekuatan, keadilan, dan keamanan (Mikha 5:4-6). Daud berasal dari Bethlehem, sebuah bandar yang juga dipanggil Efrata (Kejadian 35:19). Penyebutan bandar ini menekankan kesedarhanaan asal-usul kedua-dua Daud dan Penggantinya pada masa depan, yang akan menjadi Gembala sebenar kepada orang-orang ini (Mikha5: 4). Di bandar Bethlehem yang sedarhana itu nabi Samuel mengurapi anak Isai yang bongsu, Daud, yang akan menjadi raja atas Israel (1 Samuel 16:1-13, 17:12). Apabila orang-orang bijaksana datang mencari bayi yang baru dilahirkan raja orang Yahudi, Raja Herodes bertanya kepada pakar-pakar Alkitab di mana untuk mencari (Matius 2:4-6). Mereka merujukkan kepadanya petikan ini, yang meramalkan bahawa Mesias akan datang dari bandar kecil Betlehem. Sesuatu yang tidak dapat difahami oleh minda kita yang terbatasdan telah jatuh, bayi yang dilahirkan itu adalah Tuhan yang kekal, Pencipta langit dan bumi. Sejak hari kekekalan Tuhan Yesus Kristus adalah satu dengan Bapa.Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 19. Betapapun luar biasa idea itu, ia adalah salah satu kebenaran yang paling asas di dalam agama Kristian: Tuhan Pencipta mengambil atas diriNya kemanusiaan dan dalam kemanusiaan itulah Dia mengorbankan diriNya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Jika anda dapat luangkan masa untuk memikir apa yang hal ini ajarkan kepada kita tentang nilai kehidupan dan betapa berertinya diri kita ini kepada Tuhan maka anda boleh memiliki satu pengalaman yang boleh mengubah kehidupan. Ketika begitu ramai orang berjuang untuk mencari tujuan dan makna kepada kewujudan mereka, kita mempunyai fondasiSalib, yang bukan sahaja sauh kita dalam apa makna kehidupan kita, tetapi juga memberikan kita harapan akan sesuatu yang lebih besar daripada itu yang dunia ini tidak dapat tawarkan .

84

generasinya sendiri tetapi terutama untuk sisa orang Israel (istilah ini muncul lima kali dalam buku Mikha 2:12; 4:7; 5:7, 8; 7:18). Syarat-syarat yang dia berikan untuk masyarakat pada zamannya kelihatan seperti penerangan (deskripis) yang dia akan gunakan sekiranya dia hidup dalam masyarakat pada zaman kita (lihat, terutamanya, Mikha 7:2-6): tidak ada orang yang alim, keganasan dan pertumpahan darah berlaku di mana-mana, pengkhianatan timbul di kalangan rakanrakan, orang yang terbaik di kalangan orang ramai bagaikan tumbuhan yang berduri, orang yang berkuasa meminta rasuah, para hakim menipu, konspirasi ada di manamana, seseorang tidak boleh mempercayai seorang jiran atau kawan-kawannya atau mempunyai keyakinan terhadap pasangan, kanak-kanak berada dalam konflik dengan ibu bapa, dan sebagainya. Perkhabaran Tuhan mempunyai kuasa untuk memulihkan hubungan yang rosak ini.

Ulasan Alkitab
I. Apa yang Tuhan Kehendaki
(Baca kembali Mikha 6:8 bersama kelas.) Buku itu tidak ditulis untuk maklumat sahaja; Firman Tuhan mempunyai kuasa untuk mengubah pembacanya. Mikha menimbulkan soalan yang sangat penting. Jika Tuhan adalah sebagaimana Dia adanya penyayang, pengampun, berbelas kasihan bagaimanakah kita menyenangkan hati Tuhan kita? Bagaimana kita boleh mendapat kemurahan di hadapanNya? Dengan mengorban haiwankah? Tuhan tidak berkenan dengan ritual, atau agama luaran yang formal. Dia mahu lebih. Adakah itu memberi hadiah istimewa? Adakah itu mengorbankan anak sulung sendiri? Sudah tentu tidak.Jadi bagaiman aseharusnya kita mendekati Dia? Jawapan yang jelas diberikan dalam Mikha 6:8: Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN dari padamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhanmu Terjemahan The New Living Translation menyusun kata-kata itu seperti ini, Tidak, hai manusia, Tuhan telah memberitahu kamu apa yang baik, dan inilah yang Dia kehendaki dari kamu: melakukan apa yang benar, menyukai belas kasihan, dan berjalan merendah diri dengan Tuhan. Mikha 6:8 adalah ayat terbaik yang setanding bagi etika alkitabiah dan menggambarkan gaya hidup Kristian yang sebenar. Untuk lebih memahami apa yang Tuhan katakan melalui Mikha, kita perlu arif dengan salah satu ciri penting dalam pemikiran alkitabiah orang Ibrani. Apabila penulis alkitabiah mahu menerangkan urutan tindakan yang berbeza, mereka menggambarkan tindakan itu biasanya dari kesan kepada punca. Prinsip ini berfungsi daripada yang kelihatan kepada yang tidak kelihatan, dari yang dangkal kepada yang sebenar, dari luar ke dalam. Kita berfikir dan bercakap dalam cara yang berbeza hari ini; kita menerangkan sesuatu perkara itu dari puncanya kepada kesannya. Dalam erti kata lain, untuk memahami apa sebenarnya yang Mikha katakan, untuk menangkap mesejnya, kita perlu mengubah urutan pemikiran. Kita perlu mula mempelajari ayat ini, bermula dari akhir. Oleh itu, turutan yang betul untuk kita hari ini adalah:

85

RABU APA YANG BAIK

15 Mei

Sila

Pada permulaan Mikha 6, Tuhan berdialog dengan umatNya, menyenaraikan semua perkara yang Dia telah dilakukan bagi pihak mereka. Sebagai respon, para penyembah yang datang ke rumah Tuhanbertanya apa yang merekaharus lakukan untuk menyenangkan Tuhan. Apakah bentuk persembahan yang boleh diterima: anak lembu berumur satu tahun, ribuandomba jantan, puluhan ribu curahan minyak, atau bahkan anak anak sulung para penyembah? Terdapat pengembanganjumlah dan nilai persembahan yang disenaraikan dalam ayat ini. baca Mikha 6:1-8. Apakah kebenaran penting yang diajarkan di sini? Mengapa ini amat penting khususnya bagi kita, sebagai Seventh-day Adventist? Apakah yang hal ini beritahukan kepada kita tentang bagaimana kebenaran itu lebih daripada sekadar doktrin yang betul dan pemahaman nubuatan yang terperinci? Lihat Matius 23:23. Nabi itu mengatakan bahawa Tuhan telah menyatakan apa yang Dia mahu. Melalui ajaran Musa, orang-orang itu tahu apa yang Tuhan telah lakukan untuk mereka (Ulangan 10:12, 13). Jawapan Mikha bukan penyataan baru yang menandakan perubahan dalam keperluan Tuhan. Korban-korban persembahan dan pelayanankeimaman bukankutamaan bagi Tuhan. Keinginan Tuhan yang tertinggi adalah memiliki umat yangberlakuadil terhadap jiran-jiran mereka, dengan pengabdian dan kasih yang konsisten terhadap Tuhan. Persembahan yang paling mewah yang orang boleh berikan kepada Tuhan adalah ketaatan. Mikha 6:8 adalah kenyataan yang paling ringkas tentang kehendak Tuhan bagi umatNya. Ia meringkaskan semua ajaran nubuatan atas agama yang benar: kehidupan yang memaparkan keadilan, belas kasihan, dan berjalan rapat dengan Tuhan. Keadilan adalah sesuatu yang orang lakukan apabila didorong oleh Roh Tuhan. Ia mempunyai kaitan dengan keadilan dan kesaksamaan untuk semua, terutama yang lemah dan tidak berdaya yang dieksploitasi oleh orang lain. Kemurahan bermaksud menunjukkan belas kasihan, kesetiaan, kejujuran secara rela hati kepada orang lain. Berjalan dengan Tuhan bermaksud untuk mengutamakan Tuhan dan hidup selaras dengan kehendakNya.

Mengapa ia lebih mudah untuk memelihara Sabat secara tegas daripada


berlaku adil, menyukai belas kasihan, dan berjalan secara merendahkan diri di hadapan Tuhan?

86

Pertama, Berjalan merendah diri dengan Tuhan! Ini adalah punca segala tindakan lain yang dinyatakan. Kedua, Menyukai belas kasihan! Ini adalah hasil pertama. Akhir sekali, Berlaku adil! Ini adalah akibat tambahan. Perhatikan Hal Ini: Bagaimana kita mendapatkan kemurahan Tuhan? Apakah kesan daripada berjalan merendah diri dengan Tuhan?

II. Berjalan Bersama Tuhan!


(Baca kembali Keluaran 5:24 bersama kelas.) Di sesetengah negara Eropah apabila dua orang muda sedang dilamun cinta dan berdating, orang-orang dalam budaya di sana menggambarkan hubungan mereka itu dengan ungkapan simpulan bahasa mereka berjalan bersama-sama. Maksud ungkapan ini adalah bahawa pasangan itu suka untuk bersama-sama, ingin mengenali satu sama lain, dan sedang dilamun cinta. Berjalan dengan Tuhan bermaksud untuk jatuh cinta denganNya, untuk mengetahui lebih lanjut lagi siapakah Dia, seperti Henok yang telah berjalan dengan Tuhan, dan lalu ia tidak ada lagi, sebab ia telah diangkat oleh Tuhan. (Kejadian 5:24). Dengan cara ini, kita akan menjadi seperti Dia. Dia yang kita kasihi, yang kita tiru, dan yang kita contohi membawa perubahan. Semuanya bergantung kepada atas hal ini jika kita mahu menjadi seperti Tuhan, untuk menjadi penyayang, pemurah, pemaaf, pengasih, melayani, berbelas kasihan, tidak mementingkan diri sendiri,sama seperti Dia. Ia begitu mudah untuk menjadi bangga secara rohani, untuk membina pencapaian kejayaan jangka pendek kita, tetapi untuk menumpukan perhatian kepada pencapaian ini adalah sangat memperdaya dan berbahaya. Kekecewaan itu pahit! Ini adalah sebabnya mengapa Mikha menekankan bahawa kita perlu berjalan secara merendahkan diri dengan Tuhan. Perhatikan Hal Ini:Bagaimana anda boleh pastikan bahawa rutin setiap hari dan kebimbangan hidup tidak mengganggu anda daripada berjalan dengan Tuhan? Bagaimana anda boleh berjalan dengan Tuhan semasa bekerja, bercakap, belajar, atau berhibur?

III. Menyukai Belas Kasihan dan Berlaku Adil


(Baca kembali Mikha 6:8 bersama kelas.) Menunjukkan belas kasihan adalah satu perkara dan untuk suka melakukannya adalah satu perkara lagi. Kita seharusnya suka memaafkan, tidak perlu disuruh atau dipaksa untuk melakukannya. Kita seharusnya mengasihi tanpa mementingkan diri sebagaimana Tuhan kita mengasihi tanpa mementingkan diri. Hanya oleh kuasa Tuhan yang memungkinkan kita bertindak secara berkorban diri seperti yang Tuhan lakukan. Kita perlu menjadi contoh hidup bagi rahmat Tuhan yang luar biasa. Mengasihi untuk menunjukkan belas kasihan membawa hasil yang mengejutkan. Hanya apabila kita berjalan merendah diri dengan Tuhan, suka memaafkan, suka untuk menjadi murah hati, dan suka untuk menunjukkan belas kasihan, barulah kita tahu bagaimana untuk bertindak adil. Ini adalah hasil daripada berjalan dekat dengan Tuhan. Apabila kita mengamalkan kasih, kita dapat tahu bagaimana untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dan bagaimana untuk mempunyai keinginan untuk kebenaran.

87

KHAMIS Ke Dalam Lautan

16 Mei

Sila baca Mikha 7:18-20. Bagaimana Injil

Buku Mikha bermula dengan penerangan tentang penghakiman, tetapi ia berakhir dengan kata-kata pengharapan. Terdapat orang-orang yang cuba menafikan realiti penghakiman Tuhan. Dengan berbuat demikian berertimenjatuhkan diri ke dalam perangkap seperti apa yang mereka lakukan pada zaman Mikha, mereka percaya bahawa Tuhan tidak akan mendatangkan penghakiman ke atas bangsa pilihan itu. Keadilan Tuhan adalah sisi lain dari kasih dan keprihatinanNya. Berita baik disampaikan oleh Mikha adalah bahawa hukuman bukanlahfirman Tuhan yang terakhir. Tindakan Tuhan dalam Kitab Suci secara konsisten bergerak dari penghakiman kepada pengampunan, dari hukuman kepada rahmat, dan dari penderitaan kepada pengharapan. disingkapkan di dalam ayat-ayat ini? Apakahpengharapan yang dilihat di sini untuk kita semua? Mengapa kita sangat memerlukannya? Ayat penutup Mikha menyajikan pujiannya yang penuh dengan pengharapan. Soalan Siapakah Tuhan seperti Engkau. . ? sepadan dengan nama Mikha, yang bermaksud Siapakah yang seperti Tuhan?Ia berfungsi sebagai peringatan tentang keunikan Tuhan dan mengesahkan kebenaran bahawa tidak ada siapapun yang seperti Dia. Bagaimana mungkin? Lagipun, Dia adalah Pencipta. Segala seauatu yang lain telah dicipta. Malah yang lebih penting, Pencipta kita adalah Tuhan rahmat, pengampunan, Tuhan yang pergilebih jauh yang paling ekstrim yang tidak dapat dibayangkan dalam usaha untuk menyelamatkan kita daripada kemusnahan yang sepatutnya kita tanggung sendiri. Dia melakukannya untuk bangsa Ibrani; dan Dia melakukannya untuk kita juga. Ia satu kemungkinan bahawa kita hari ini dikelilingi oleh keadaan yang sukar dan melalui pengalaman yang menyakitkan yang membuat kita tertanyatanya mengapa Tuhan membenarkan semua ini berlaku. Kadang-kadang ia begitu sukar untuk memahami kelogikan sesuatu perkara. Pada masa seperti itu, harapan kita terletak hanya padaTuhan, yang berjanji untuk melontarkan dosa kita ke kedalaman laut. Ada harapan untuk masa depan bila mengingat apa yang Tuhan telah dilakukan pada masa lalu.

Sila lihat baik-baik diri anda sendiri. Mengapakahsatu-satunya harapan


ditemui dalam janji bahawa Tuhan akan membuang dosa-dosa anda ke kedalaman laut? 88

Perhatikan Hal Ini:Apakah maknanya untuk menyukai belas kasihan? Bagaimana kita boleh memaafkan dan menunjukkan belas kasihan kepada orang-orang apabila mereka berulang kali membuat kesilapan yang sama? Apakah maknanya untuk berlaku adil? LANGKAH 3Penerapan Hanya Untuk Guru: Tuhan melemparkan semua kesalahan-kesalahan kita ke kedalaman laut. Gunakan cerita berikut untuk menggambarkan konsep ini, sementara anda berusaha untuk membantu ahli kelas mengampuni tanpa syarat sebagaimana Tuhan mengampuni kita. Cerita: In the Depths of the Sea Seorang bapa yang sudah tua sedang membaca Mikha 7:19 tentang Tuhan melemparkan dosa-dosa kita ke lautan yang dalam. Dia bergembira kerana hal itu dan menjerit, Kemuliaan bagi Tuhan! Anaknya yang tidak mempercayai tidak menyukai itu, lalu dia membawa buku saintifik ensiklopedia untuk dibaca oleh bapanya ganti Alkitab. Selepas beberapa lama, anaknya sekali lagi mendengar bapanya menjerit, Kemuliaan bagi Tuhan! Anaknya datang dan bertanya, Apa yang kamu baca sehingga kamu begitu teruja? Saya membaca bahawa saintis, walaupun dengan peralatan moden yang terbaik, kadang-kadang tidak dapat menyelam lebih jauh untuk menerokai semua lautan yang dalam. Ini bermakna bahawa dosa-dosa kita kekal disemadikan di sana, dan tiada siapa yang boleh menggali mereka! Syukur kepada Tuhan untuk iman seumpama ini.

Soalan Renungan:
1. Bagaiamana supaya kita bukan sahaja memaafkan tetapi melupakan apa yang telah dilakukan terhadap kita? 2. Bagaimanakah kita mempunyai sikap yang sama kepada orang lain sebagaimana sikap Tuhan terhadap kita orang yang berdosa? Aktiviti: Ceritakan kepada kelas anda satu cerita yang luar biasa tentang penampunan dan kasih yang tidak mementingkan diri. Bincangkan dengan mereka pelbagai reaksi mereka dan bantu mereka untuk memahami mengapa memaafkan itu adalah suci.

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Gunakan kisah pertemuan Kristus dengan seorang wanita di perigi untuk meneroka bersama kelas anda bagaimana, dengan menggabungkan kasih sayang dan keadilan, kita boleh mendekati orang-orang yang telah melakukan sesuatu yang benarbenar salah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. Aktiviti: Bincangkan cara di mana Yesus menunjukkan hormat kepada wanita dalamYohanes 8 walaupun faktanya dia telah berzina. Soalan Perbincangan: 1.Menurut cerita ini, apakah langkah-langkah pertama dalam memulihkan dari tabiat yang salah? 2. Apakah contoh-contoh praktikal yang boleh anda gunakan untuk menjelaskan keseluruhan proses pengampunan dan perdamaian?

89

JUMAAT

17 Mei

Kajian Tambahan: Sekiranya Yerusalem telah mengetahui maksud kesempatan yang diberikan kepadanya, dan telah menenerima terang yang dihantar oleh Syurga kepadanya, mungkin ia sebenarnya boleh berdiri dalam kemakmuran yang membanggakan, ratu kerajaan, bebas dalam kekuasaan yang dikurniakan Tuhan kepadanya. Tidak akan ada tentara bersenjata lengkap berdiri di pintu gerbangnya, . . . Nasib mulia yang boleh menjadi berkat bagi Yerusalem sekiranya ia telah menerima Penebusnya terpapar di hadapan Anak Tuhan. Dia melihat bahawa melalui Dia kota itu dapat disembuhkan dari penyakitnya yang menyedihkan, dibebaskan dari perhambaan dan didirikan sebagai ibukota yang kuat di bumi. Dari temboknya burung merpati perdamaian akan sebenarnya terbang ke seluruh bangsa. Dia sebenarnya akan menjadi mahkota kemuliaan bagi dunia.Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 577. Soalan Perbincangan: 1. Jika anda ingin memahami dalam konteks yang lebih moden penderitaan yang nabi Tuhan sering dialami, bacalah dari buku Life Sketches oleh Ellen G. White. Apakah yang buku ini ajarkan tentang penderitaan dan ujian yang utusan setia Tuhan itu hadapi? 2. Adalah begitu mudah untuk terjebak dalam satu bentuk keagamaan, tradisi, dan upacara, yang mana kelihatan baik. Pada masa yang sama, bagaimanapun, apa yang berlaku apabila semua bentuk keagamaan ini dan ritual menjadi pengakhir dalam diri mereka sendiri, bukannya membawa kita kepadamakna sebenar untuk menjadi seorang pengikut Tuhan yang kita sembah dengan semua bentuk keagamaan itu? Fikirkan lebih lanjut mengenai idea keseluruhan penjelmaan, idea bahawa Tuhan Pencipta mengambil atas diriNya sendiri manusia daging. Sebagaimana seorang ahli teologi abad pertengahan telah tuliskan, Mengekalkan keseluruhan siapa Dia adanya, Kristus mengambil atas diriNya apa yang bukanbagiNyadan itu adalah kemanusiaan kita. Fikirkan tentang apa yangkebenaran yang menakjubkan ini dedahkan tentang kasih Tuhan untuk kita. Mengapa kebenaran ini seharusnya memenuhi kita dengan harapan, kesyukuran, dan pujian, tanpa mengira keadaan kita?

3.

90

Pelajaran 8 | 18 - 24 Mei Mempercayai Kebaikan Tuhan (Habakuk) SABAT PETANG


BACALAH UNTUK PELAJARAN PEKAN INI:Habakuk 1:1-17; 2:2-4; Galatia 3:11; Ibrani 11:1-13; Habakuk 3; Filipi 4:11. Ayat Hafalan: Sebab bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang kemuliaan TUHAN, seperti air yang menutupi dasar laut. (Habakuk 2:14). Intipati: Kita tidak sentiasa memahami mengapakah tragedi terjadi, tetapi kita boleh mempercayai Tuhan, tidak kira apapun.
elepas berkhutbah tentang kehadiran Tuhan di tengah kesengsaraan hidup, seorang pendeta didatangi oleh seorang wanita dengannada sedih bertanya: Pastor, di manakah Tuhan pada hari ketika anak lelaki tunggal saya meninggal dunia? Membaca kesedihan yang mendalam di wajah wanita itu, pendeta itu berdiam seketika dan kemudian menjawab: Tuhan ada di tempat yang sama ketika Anak TunggalNya meninggal untuk menyelamatkan kita dari kematian yang kekal. Sama seperti kita, Habakuk menyaksikan ketidakadilan, penindasan, dan kejahatan. Malah lebih buruk, Tuhan seolah-olah berdiam diri, meskipun Dia meminta Habakuk untuk meletakkan kepercayaan dalam janji-janjiNya. Nabi itu tidak hidup untuk melihat penggenapan dari janji-janji itu; namun, dia belajar untuk mempercayainya. Bukunya bermula dengan keluhan kepada Tuhan namun diakhiri dengan salah satu lagu yang paling indah dalam Alkitab. Seperti Habakuk, kita harus menunggu dalam iman sampai tiba saatnya apabila dunia akan dipenuhi dengan pengetahuan akan kemuliaan Tuhan seperti air menutupi lautan.

*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 25 Mei. 91

AHAD

19 Mei

NABI YANG KEBINGUNGAN


Baca Habakuk 1. Apakah pertanyaan yang diajukan nabi kepada Tuhan?
Meskipun situasinya, tentunya, berbeza dari kita, berapa seringkah kita mendapati diri kita bertanyakan soalan jenis ini? Habakuk adalah nabi yang unik karena dia tidak bercakap bagi pihak Tuhan kepada umatNya tetapi bercakap kepada Tuhan tentang umatNya. Nabi itu memulakan pergumulannya untuk memahami tujuan Tuhan dengan seruan kebingungan: Berapa lama lagi, ya Tuhan? Dalam Alkitab, pertanyaan ini adalah jenis keluhan (Mazmur 13:1; Yeremia 12:4). Ini menunjukkan keadaan krisis yang mana pembicara memohon pembebasan. Krisis yang mana Habakuk berseru memohon pertolongan adalah kekejaman yang telah meresap dalam masyarakat. Perkataan asal Ibrani untuk kekejaman adalah hamas, dan kata itu digunakan enam kali dalam buku Habakuk. Istilah ini membayangkan tindakan yang mendatangkan kecederaan, kedua-dua fizikal dan moral, yang dikenakan ke atas orang lain (Kejadian 6:11). Sebagai seorang nabi, Habakuk mengetahui dengan baik betapa Tuhan sangat mencintai keadilan dan membenci penindasan; jadi, dia ingin tahu mengapa Tuhan membiarkan ketidakadilan berterusan. Di sekelilingnya dia melihat kekejaman dan pelanggaran hukum, dan seolah-olah orang fasik menang atas orang benar. Keadilan telah dinodai oleh yang kuat, seperti yang terjadi pada zaman Amos (Amos 2:6-8), dan juga sering terjadi pada hari ini. Jawapan Tuhan mengungkapkan rencana masa depanNya. Tuhan akan menggunakan tentara Babilon untuk menghukum umatNya. Pengumuman ini mengejutkan nabi itu. Dia tidak menyangka bahwa Tuhan akan menggunakan tentara-tentara yang bengis itu untuk mendisiplin Yehuda. Dalam ayat kelapan pasukan berkuda Babilon dibandingkan dengan harimau bintang, serigala dan raja walitiga pemangsa yang kecepatan dan kekuatannya membawa kematian yang kejam kepada mangsa mereka. Kekejaman Babilon yang sombong tidak mengenal tanggungjawab, tidak memohon pertaubatan, tidak menawarkan ganti rugi. Ini melanggar aturan yang paling asas bagi kehidupan ciptaan. Habakuk diberitahukan bahwa tentara Babilon akan digunakan sebagai tongkat amarahKu (Yesaya 10:5). Penghukuman akan terjadi dalam masa hidup Habakuk (Habakuk 1:5). Keseluruhan situasi ini menimbulkan pertanyaan yang lebih sukar tentang keadilan Ilahi. Bagaimanakah kita dapat belajar untuk mepercayai kepada kebaikan Tuhan ketika dunia ini seolah-olah penuh dengan kejahatan dan ketidakadilan? Apakah satu-satunya jalan keluar bagi kita?

92

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Habakuk 2:14 Pelajar Akan:
Mengetahui: Menyedari bahawa membawa persoalan kita yang membingungkan kepada Tuhan adalah baik, kerana apabila kita bergelut bersama Dia kita belajar daripadaNya. Merasakan:Dihiburkan mengetahui bahawa sementara kita mungkin kecewa ketika memandang di sekeliling, memandang ke atas membawa harapan. Melakukan: Belajar untuk secara jujur membentangkan kepada Tuhan persoalan kita yang membingungkan, hujah-hujah, dan aduan. Dengan cara ini, Dia boleh mengubah sikap, perasaan, dan pemikiran kita. B. Mengapa begitu sukar menunggu keadilan Tuhan? C.Bincangkan: adakah berkongsi rungutan kita dengan orang lain dapat membantu, atau adakah ia lebih baik untuk berkongsi dengan Tuhan? Berikan sebab bagi jawapan anda.

II. Merasakan: Mempercayai Tuhan dalam Masa Penundaan


A. Bagaimanakah percaya dalam Tuhan memberikan kekuatan dan membina diri anda? B. Mengapa begitu penting untuk melindungi orang-orang yang saleh? C. Bagaimana kita boleh mengelak rasa tertekan apabila Tuhan lewat dalam menjawab persoalan kita?

III. Melakukan: Doa terbuka dan Jujur


A. Mengapa kita harus mengadu kepada Tuhan perasaan kecewa kita dan membentangkan persoalan kita yang membingungkan? B. Bagaimanakah anda membantu seseorang supaya terbuka dengan Tuhan? C. Bagaimana anda dapat membantu seorang Seventh-day Adventist menjalani kehidupan dengan persoalan yang tidak terjawab?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Tuhan Mengalualukan Aduan
A. Mengapa ia sama penting bagi kita sebagaimana penulis alkitabiah untuk berkomunikasi dengan Tuhan secara terbuka, jujur, dan ikhlas?

Ringkasan: Keadilan merupakan ramuan penting dalam kehidupan dan mesti sentiasa seimbang dengan kasih. Hanya pengetahuan sebenar tentang rencana Tuhan seperti yang dinyatakan dalam FirmanNya boleh membantu kita untuk mempercayai Dia di sebalik tragedi dan jawapan lambat.

93

ISNIN HIDUP OLEH IMAN

20 Mei

Dalam Habakuk 1:12-17, Tuhan menjawab pertanyaan Habakuk yang lebih menggangu: bolehkah Tuhan yang benar menggunakan orang fasik menghukum orang yang lebih benar dari mereka? Pertanyaan Habakuk dalam ayat 17 berkaitan dengan keadilan Ilahi. Habakuk bingung, bukan hanya karena kemerosotan bangsanya tetapi juga karena kepastian bahawa negaranya akan dihakimi oleh bangsa lain, bangsa yang jauh lebih jahat. Nabi itu sangat menyedari dosa-dosa Yehuda, tetapi jika diukur, bangsanya, adalah yang paling benar di antara mereka, tidak sejahat bangsa kafir, orang Babilon.

Baca Habakuk 2:2-4. Apa harapan yang dibentangkan di sana?


Habakuk 2:2-4 adalah salah satu petikan yang terpenting dalam Alkitab. Ayat 4, khususnya, menyatakan intipati Injil, fondasi dari ayat ini boleh dikatakan permulaan dari Reformasi Protestan. Melalui iman dalam Yesus Kristus kita menerima kebenaran dari Tuhan; kita dikreditkan dengan kebenaran Tuhan sendiri. KebenaranNya menjadi milik kita. Inilah apa yang dikenal dengan dibenarkan oleh iman.

Ayat 4 adalah kesimpulan kenyataan jalan keselamatan dan ajaran


Alkitabiah tentang pembenaran oleh iman. Bagaimanakah penulis Perjanjian Baru menggunakan ayat ini? Roma 1:1-17; Galatia 3:11; Ibrani 10:38.

Di tengah-tengah kekacauan dan pertanyaan tentang kejahatan, keadilan dan keselamatan ini, Habakuk 2:4 memberikan perbandingan yang tajam antara yang setia dan yang sombong. Tingkah laku dari setiap kelompok ini akan menentukan nasib mereka; orang sombong akan gagal sementara yang benar akan hidup oleh iman. Kata asli Ibrani untuk iman (muna) terjemahan yang terbaik adalah kesetiaan, keteguhan, dan dapat diandalkan. Sementara seseorang yang hidup oleh iman tidak diselamatkan oleh usahanya, usahanya menunjukkan bahwa ia hidup dengan iman. Imannya dinyatakan dalam usahanya dan oleh itu orang itu dijanjikan hidup yang kekal.

94

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Habakuk 3:17, 18
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Kita, seperti Habakuk, hidup di dunia yang rosak; dunia menyedihkan dan ketidakadilan yang menimbulkan persoalan bukan sahaja kewujudan Tuhan tetapi tentang siapa Dia dan seperti apakah Dia. Habakuk 3:17, 18 merumuskan perjuangan iman Habakuk. Hasil dialognya dengan Tuhan, dia mendapat inspirasi untuk melihat melangkaui keadaan sekarang dan meneguhkan kembali imannya dalam kebaikan Tuhan. Hanya Untuk Guru: Gunakan salah satu daripada pembuka aktiviti di bawah untuk meninjau cara-cara di mana buku Habakuk memainkan peranan kitaran iman kebimbanganpembaharuan iman dalam keadaan di mana apa yang kita alami seolah-olah mustahil didamaikan dengan kepercayaan rohani kita.

Pembuka Perbincangan:
Libatkan kelas anda dalam perbincangan tentang bagaimana kisah Habakuk berbeza dari cerita Ayub. Dalam cara apakah cerita-cerita ini membantu kita untuk memperdalamkan pemahaman bagaimana untuk menangani persoalan yang sukar apabila berhadapan dengan ketidakadilan dan penderitaan terutamanya penderitaan yang tidak seharusnya dialami? Wujudkan contoh peribadi krisis rohani yang menambah dimensi untuk memahami pembelajaran minggu ini.

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Melihat kepada kandungan dan struktur pembelajaran minggu ini, elemen-elemen berikut dalam catatan alkitabiah boleh menjadi titik permulaan yang berguna untuk memperdalamkan pengetahuan rohani dalam cerita Habakuk.

Ulasan Alkitab
1. Buku Habakuk: Latar Belakang dan Struktur
(Baca kembali Habakuk 1:24 bersama kelas.) Buku Habakuk termasuk dalam era yang bergelora dalam sejarah orang Yahudi di mana pada masa itu kuasa pengimbang telah berpindah dari Asyur kepada Babilon. Penguasaan Asyur berakhir dengan pemusnahan ibu kota, Niniwe, oleh serangan orang Babilon pada 612 SM Kurang daripada dua puluh tahun selepas Habakuk menulis bukunya, Babilon juga memusnahkan Yerusalem dan membawa warga terkemuka Yehuda menjadi tawanan (http://www.ovrlnd com / outlinesofbooks

95

SELASA

21 Mei

KERANA DUNIA AKAN DIPENUHI (Habakuk 2)


Jawapan Tuhan terhadap pertanyaan Habakuk dalam Habakuk 1:17, seperti yang tercatat dalam pasal 2, dilanjutkan dalam bentuk lagu yang mengejek oleh penindas yang sombong. Tidak kurang dari lima kutukan (Habakuk 2:6, 9, 12, 15, 19) yangmensahkan pekabaran itubahwa kebinasaan Babilon telah dimeteraikan. Penghukuman ke atas musuh adalah selaras dengan prinsip satu sukatan untuk satu sukatan. Apa yang orang jahat lakukan kepadamangsa mereka akhirnya akan dilakukan kepada mereka. Mereka akan menuai apa yang mereka telah taburkan, karena Tuhan tidak dapat dipermainkan oleh manusia yang sombong (Galatia 6:7). Berbeza dengan penindas, yang akan dihakimi oleh Tuhan pada akhirnya, orang benar memiliki janji kehidupan yang kekal dalam Kristus, tidak kira apa yang terjadi kepada mereka di dalam kehidupan ini. Dalam menggambarkan umat sisa yang setia pada akhir zaman, buku Wahyu persembahkan ungkapan ketekunan orang-orang kudus (Wahyu 14:12). Tentu sekali, orang benar tekun dalam penantian akan campur tangan Tuhan, walaupun mereka melihatnya hanya pada Kedatangan yang Kedua kali.

Baca Ibrani 11:1-13. Bagaimanakah ayat-ayat ini menolong kita sementara kita
bergulat, dalam konteks kita sendiri, dengan pertanyaan yang sama yang menjadi pergumulan Habakuk?

Jawaban terakhir Tuhan kepada pertanyaan Habakuk adalah penegasan akan kehadiranNya. Percaya kepada kehadiran Tuhan dan yakin dalam pengadilanNya; itulah pekabaran dalam buku Habakuk, seperti juga dengan semua nubuatan Alkitabiah. Iman kenabian adalah percaya dalam Tuhan dan sifatNya yang tak berubah. Iman yang menguatkan Habakuk dan semua orang suci dan benar pada hari-hari kesukaran yang sengit itu adalah iman yang serupa yang menopang umat Tuhan sekarang. Pada saat-saat yang paling gelap, di bawah keadaan yang sangat menakutkan, orang-orang Kristian yang percaya dapat melindungkan jiwanya pada sumber segala terang dan kuasa. Hari demi hari melalui iman kepada Tuhan, pengharapan dan keberaniannya dapat dibarui. Ellen G. White, Alfa dan Omega, jld. 4, hlm. 14.

96

/ Habbakkuk.html). Dalam konteks inilah, dan dengan keadaan ini sebagai latar belakang, di mana Habakuk berseru kepada Tuhan, lihat struktur penceritaan yang berikut: Aduan Pertama Habakuk: Mengapa kejahatan di Yehuda berlangsung tanpa dihukum? (Habakuk 1:2-4). Jawapan Tuhan: Orang-orang Babilon akan menghukum Yehuda (Habakuk 1:5-11). Aduan Kedua Habakuk: Bagaimana Tuhan yang adil menggunakan Babilon yang jahat untuk menghukum orang-orang yang lebih benar daripada dia? (Habakuk 1:12, 2:1). Jawapan Tuhan: Babilon akan dihukum, dan iman akan diberi ganjaran (Habakuk 2:2-20). Doa Habakuk: Selepas meminta untuk memperlihatkan kemurkaan dan rahmat Tuhan (seperti yang dia telah melihat pada masa lalu), dia akhiri dengan pengakuan kepercayaan dan kegembiraan dalam Tuhan (Habakuk 3)-http :/ / www.biblestudytools.com / Habakkuk / Walaupun sangat padat, cerita Habakuk mengajar sekurang-kurangnya tiga kebenaran penting. Pertama, cerita itu mendedahkan bahawa bergelut dengan keraguan boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman Kristian. Kedua, ia menunjukkan keterbukaan Tuhan kepada persoalan Habakuk (dan persoalan kita juga). Dan akhir sekali, strukturnya adalah template kepada cara di mana Kristian boleh mendalamkan iman mereka pada saat-saat keraguan. Perhatikan Hal Ini: Apakah latar belakang buku Habakuk, dan bagaimana struktur itu berfungsi untuk merangka dan membentuk persoalan dan perjuangannya? Bagaimana pergelutan Habakuk, berturut-turut, menjadi rangka atau struktur penceritaan bukunya? Apakah tiga kebenaran penting yang cerita Habakuk ajarkan?

II. Aduan Habakuk dan Respon Tuhan adalah Penting


(Baca kembali Habakuk 1:14 bersama kelas.) Pastinya terdapat sesuatu yang sangat sejagat tentang keluhan Habakuk bahawa ketidakadilan berleluasa dalam dunianya. Hari ini ia seolah-olah, lebih daripada biasa, bahawa orang-orang yang saleh dikelilingi oleh orang jahat, undang-undang tidak berdaya, dan Tuhan seolah-olah tidak mengambil berat tentang nasib umatNya (Habakuk 1:1-4). Habakuk tertanya-tanya mengapa Tuhan membenarkan perkara ini berlaku. Nampaknya seolah-olah Habakuk hidup pada tahun 2013, bukan? Ramai di antara kita melihat di seluruh dunia atau dalam kehidupan kita dan melihat ketiadaan Tuhan dan keadilanNya. Seperti yang didedahkan oleh kisah Habakuk, bukan sahaja kita perlu kembali kepada Tuhan dengan dilema dan persoalan kita, tetapi, dalam saat-saat ini, sifat Tuhan dinyatakan. Hakikat bahawa Tuhan membenarkan diriNya dipersoalkan oleh salah seorang pengikutNya memberikan gambaran yang berharga dalam sifatNya. Tuhan kita adalah Tuhan yang responsif, yang mengalu-alukan soalan dan sanggup dan mampu untuk memberikan jawapan kepada kita, meskipun jawapan itu agak sukar untuk diterangkan (contohnya, Dia memberitahu Habakuk bahawa keadilan yang Dia

97

RABU

22 Mei

MENGINGAT KEMASYHURAN TUHAN


Baca Habakuk 3. Apakah yang dilakukan Habakuk di sini, dan mengapakah ini
sangat penting, khususnya keadaan yang berat dan persoalan yang sukar yang dia hadapi? Habakuk menyatakan penerimaannya kepada cara Tuhan dalam doanya yang disusun bersama dengan musik/lagu(Habakuk 3:19). Kerana sangat menyedari kekuasaan Tuhan, dia meminta Tuhan untuk mengingat rahmatNya apabila penghakiman bermula. Nabi itu secara hormat mengingat kembali laporan tentang perbuatan Tuhan yang besar pada masa lalu dan sekarang dia berdoa kepadaNya untuk membawapenebusan. Dia seakan berdiri di antara dua waktu. Dengan mata yang satu dia melihat ke belakang kepada peristiwa Keluaran, sementara yang satu lagi melihat ke depan pada hari Tuhan. Dia ingin sekali melihat kuasa Tuhan dalam situasinya sekarang. Lagu dari pasal tiga dengan puisi menggambarkan kelepasan bangsa Israel dari perbudakan Mesir. Apa yang telah terjadi pada masa Keluaran itu adalah bayangan dari hari penghakiman besar. Orang saleh tidak perlu gelisah tentang hari Tuhan itu, tetapi mereka harus menunggu, tekun, dan bersukacita dalam pengharapan mereka. Lagu itu juga adalah perayaan dari sifat alami Tuhan iaitu kuasa, kemuliaan dan kemenangan. Tuhan digambarkan sebagai penguasa atas seluruh bumi. Pernyataan kemuliaanNya dibandingkan dengan keagungan dari matahari terbit (Habakuk 3:4). Tuhan menghakimi negara yang menindas; namun, dalam waktu yang sama dia membawa penebusan kepada umatNya dalam kereta kemenanganNya (Habakuk 3:8). Kuasa Tuhan tidak selalu kelihatan di permukaan, tetapi orang yang beriman tahu bahwa Tuhan ada di sana, tidak kira apa pun. Habakuk memanggil kita untuk melihat dengan penuh pengharapan keselamatan dari Tuhan, apabila Dia akan mendirikan kebenaranNya di dunia ini dan mengisi dunia dengan kemuliaanNya. Dengan menyanyikan pujian kepada Tuhan, umat-umatNya akan saling menguatkan satu dengan yang lain (Efesus 5:19, 20; Kolose 3:16) untuk merenung perbuatan Tuhan di masa lalu dan untuk berharap kepada masa depan yang mulia. Contoh peribadi Habakuk menunjukkan bagaimanakah seseorang dapat bertekun melalui hidup dengan impian. Fikirkan tentang pimpinan Tuhan pada masa lalu anda. Bagaimanakah hal ini menolong anda untuk belajar mempercayai Tuhan dan kebaikannya, tidak kira apakah yang dibawa oleh masa depan? Mengapakah sangat penting untuk sentiasa melihat masa depan yang penghabisan dan kekal yang menunggu kita?

98

laksanakan mungkin mengambil sedikit masa untuk datang). Kandungan respon Tuhan kepada Habakuk juga mengandungi mesej spiritual yang berkekalan, dimanaTuhan mengukuhkan prinsip keadilanNya. Tuhan menyatakan bahawa walaupun pemilihan masaNya mungkin tidak sesuai dengan garis masa pilihan kita, penetapan masa Tuhan adalah sempurna. Urutan keraguan / mempersoalkan / perbualan dengan Tuhan dalam cerita Habakuk dibundarkan oleh penerimaan akhir nabi itu tentang kesetiaan dan kebaikan Tuhan. Kemenangan imannya, walaupun keadaan di sekelilingnya tidak berubah, bercakap kepada janji bahawa Tuhan akan menyediakan bagi kita kefahaman dan jawapan yang mencukupi untuk keperluan kita. Selain itu, ia mengandungi satu pengajaran penting, yang mana terbuka kepada jawapanjawapan yang di luar daripada jangkaan kita. Perhatikan Hal Ini: Apakah kebenaran tentang Tuhan yang disingkapkan kepada kita oleh soalan-soalan Habakuk?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Bagi bahagian penerapan pembelajaran minggu ini, timbulkan soalan renungan yang berikut ke dalam kelas anda. Tujuan soalan-soalan ini adalah untuk mencari cara-cara praktikal yang menggabungkan unsur-unsur kebenaran Habakuk ke dalam kehidupan peribadi dan kehidupan beragama. Soalan Renungan: Bagaimana kita terlibat dalam dialog dengan Tuhan? Bagi kebanyakan, Tuhan tidak bercakap kepada kita dalam perkataan yang dituturkan seolaholah Dia betul-betul bersebelahan dengan kita dalam daging manusia. Namun, kita percaya Dia bercakap kepada kita. Apakah kaedahNya, dan bagaimana kita menguji respon yang kita terima untuk memastikan bahawa respon itu adalah daripada Tuhan? Bagaimana kita hidup dalam iman dalam dunia yang mengelirukan? Walaupun kita tahu bahawa penderitaan akan berterusan selagi dosa ada di dunia, apakah seharusnya respon kita kepada hal ini? Habakuk menggariskan apa yang patut kita lakukan apabila iman kita lemah, tetapi bagaimana kita harus bertindak kepada penderitaan sementara iman kita kuat? Aktiviti:Minta pelajar anda untuk meluangkan masa dalam perbualan atau dalam diam, merenung soalan yang dikemukakan di atas. Anda juga boleh menggalakkan kelas anda untuk menulis beberapa pemikiran dalam sesi kecil dan minta sukarelawan berkongsi idea dan pemikiran mereka. Apakah idea yang boleh diambil tindakan sama ada oleh masyarakat gereja, oleh kelas Sekolah Sabat anda, atau oleh individu? Dalam apakah cara idea-idea ini boleh dilaksanakan?

99

KHAMIS

23 Mei

TUHAN ADALAH KEKUATAN KITA


Sekalipun pohon ara tidak berbunga, pohon anggur tidak berbuah, hasil pohon
zaitun mengecewakan, sekalipun ladang-ladang tidak menghasilkan bahan makanan, namun aku akan bersorak-sorak di dalam Tuhan, beria-ria di dalam Tuhan yang menyelamatkan aku. TUHAN Tuhanku itu kekuatanku: Ia membuat kakiku seperti kaki rusa, Ia membiarkan aku berjejak di bukit-bukitku. (Habakuk 3:17-19). Apakah yang sangat baik tentang sikap nabi di sini? Bagaimanakah kita dapat memupuk sikap seperti itu dalam diri kita? Lihat juga Filipi 4:11. Kata-kata penutup dalam buku Habakuk (Habakuk 3:16-19) menunjukkan respon nabi akan wahyu tentang kekuatan dan kebaikan Tuhan. Satu pandangan baru tentang penyelamatan Tuhan menyemarakkankeberanian Habakuk sementara dia menanti serangan musuh. Ketakutannya membangkitkanmanusiawinya yang paling dalam sementara dia menunggu pengadilan Tuhan terhadap bangsanya. Penyerangan mungkin mengakibatkankemusnahan pohon ara dan pohon zaitun, yang sangat berharga di Palestinbersama-sama dengan anggur, gandum dan ternak yang sama-sama diperlukan. Tetapi iman nabi yang teguh itu tetap tidak tergugat karena dia memiliki pandangan akan Tuhan yang hidup. Berdasarkan pengalamannya masa lalu, Habakuk tahu tentang kesetiaan Tuhan yang mutlak. Itulah sebabnya mengapa dia menyerahkan dirinya untuk melakukan tujuan Tuhan ketika itu (Habakuk 3:16-19). Meskipun dalam suasana yang kurang menyenangkan, nabi itu memutuskan untuk meletakkan kepercayaannya di dalam Tuhan dan kebaikanNya, tidak kira betapa situasinya kelihatantanpa harapan Habakuk menanti dalam kepercayaan yang taat setia, walaupun tidak adatandatanda penyelamatan yang segera. Dia adalah nabi, di mana melalui dialog, celaan, dan nyanyian pujian, telah mengarahkan orang-orang yang setia sepanjang zaman untuk membangunkan iman yang hidup yang lebih dalam di dalam Penebus. Oleh tauladannya sendiri, dia mendorong orang saleh untuk berdialog dengan Tuhan, untuk menguji kesetiaan mereka kepadaNya dalam masa-masa sukar, untuk mengembangkan pengharapan di dalam Tuhan dan juga untuk memuji dia. Habakuk mengakhiri bukunya dengan pernyataan sikap iman yang indah: Tanpa mengira betapa sukar kehidupan yang akan dihadapi, seseorang dapat mencari sukacita dan kekuatan di dalam Tuhan. Pekabaran yang digarisbawahi dari bukunya mengarah kepada keperluan untuk menunggu dengan sabar keselamatan dari Tuhan sepanjang masa penindasan yang tidak kelihatan pengakhirannya. Tema menunggu Tuhan mendominasi buku Habakuk. sungguh tema ini relevan khususnya kepada kita sebagai Masehi Advent Hari Ketujuh yang mana nama itu mengungkapkan iman kita dalam kedatangan Yesus?

100

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Pelajar boleh meninggalkan kelas minggu ini dengan alat-alat untuk menjawab soalan-soalan sendiri atau soalan-soalan orang lain tentang: (1) Adakah Tuhan di sana? (2) Adakah Tuhan peduli? dan (3) Adakah Tuhan adil? Memahami bahawa ini adalah soalan berulang dalam perjalanan Kristian, apakah cara yang unik di mana orang boleh menggunakan soalan-soalan ini dalam usaha untuk mendalami perjalanan iman mereka dan pemahaman mereka tentang Tuhan? Aktiviti: Bagi orang yang membuat jurnal, blog, mengambil gambar, membuat video, dan sebagainya, mengapa tidak berfikir mengenai cara-cara di mana soalan-soalan ini boleh diterokai dalam usaha kreatif anda. Menggunakan soalan-soalan kerohanian ini sebagai titik tumpuan untuk tulisan atau seni anda mungkin boleh membuka pemahaman baru tentang diri sendiri dan Tuhan. Fikirkan bagaimana memperluaskan dialog untuk mengikutsertakan orang lain yang mungkin bergelut dengan persoalan yang sama. Turut bersama mereka dalam satu siri sesi dialog secara hormat mungkin cara yang menarik untuk membina jambatan dalam lingkungan komuniti anda dan mungkin boleh memperlihatkan bahawa masalah kesedihan / masalah Habakuk adalah salah satu daripada isu yang paling sukar bagi mereka juga. Fikirkan mengenai bekas anggota gereja yang kemungkinan telah meninggalkan gereja disebabkan perasaan ragu. Apakah yang boleh dilakukan untuk mendekati mereka? Bagaimana pergelutan mereka dengan keraguandan tindakan anda untuk merasakan pergelutan mereka seberapa mungkin yang anda dapat samakan diri anda dengan pergelutan mereka menjadi sesuatu yang menghubungkan mereka kembali kepada masyarakat beriman dan bukannya menjauhkan mereka?

101

JUMAAT

24 Mei

Kajian Tambahan: Bacalah ulasan-ulasan berikut ini dan bincangkan bagaimanakah mereka menolong kita untuk memahami lebih baik pekabaran Habakuk. Ada jawaban untuk pertanyaan Habakuk. Ini adalah jawaban, bukan dari segi pemikiran tetapi dari segi peristiwa. Jawapan Tuhan akan terjadi, tetapi tidak akan dapat diucapkan dalam kata-kata. Jawapan pasti akan datang; jika ia kelihatannya lambat, tunggui lah dia. Benar, penantianadalah berat untuk ditanggung; orang benar akan merasa ngeri karena apa yang dia lihat. Kepada jawapan yang besar ini diberikan: Orang benar akan hidup oleh iman. Itulah jawabannya, sekali lagi bukan dari segi pemikiran, tetapi dari segi kehidupan. Iman kenabian adalah percaya di dalam Dia, yang dalam kehadiranNya ketenangan adalah bentuk dari pengertian. Abraham J. Heschel, The Prophet, hlm. 143. Kita harus memegang dan menumbuhkan iman yang olehnya para nabi dan rasul telah bersaksiiman yang berpegang pada janji-janji Tuhan dan yang menunggu kelepasan pada waktu dan cara yang telah ditentukanNya. Perkataan nubuat yang pasti akan menemukan kegenapannya yang terakhir pada kedatangan Tuhan dan Juruselamat Yesus Kristus kita yang mulia itu, sebagai Raja atas segala raja dan Tuhan di atas segala tuhan. Waktu menunggu mungkin nampaknya lama, jiwa mungkin ditindas oleh keadaan-keadaan yang mengecewakan, banyak orang yang tadinya mempunyai keyakinan mungkin akan jatuh di jalan; tetapi bersama dengan nabi yang telah memperlihatkan ketabahan untuk membangkitkan semangat Yehuda pada zaman kemurtadan yang tiada bandingannya, marilah kita dengan yakin mengatakan, Tuhan ada di dalam baitNya yang kudus. Berdiam dirilah di hadapanNya hai segenap bumiEllen G. White, Prophets and Kings, ms. 387, 388

Soalan Perbincangan:

1. 2.

3.

Ringkaskanlah dialog Habakuk dengan Tuhan. Apakah keluhannya yang mendasar? Bagaimanakah dia menanggapi jawaban Tuhan? Mungkinkah, di mata Tuhan, pertanyaan yang jujur dan meragukan adalah sikap keagamaan yang lebih boleh diterima daripada hanya sekadar kepercayaan yang dangkal? Berikan alasan jawapan anda. Generasi Gereja Seventh-day Adventist yang lalu percaya bahwa Yesus akan datang masa itu, dan mereka akan melihat puncak penggenapan dari semua janji-janji yang hebat ini. Bagaimanakah kita belajar untuk mempertahankan iman kita sekarang, generasi berikutnya, menantikan kedatanganNya? 102

Pelajaran 9 | 25 - 31 Mei Hari Tuhan (Zefanya) SABAT PETANG


BACALAH UNTUK PELAJARAN PEKAN INI: Zefanya 1:14-18; Yoel 2:1-11; Zefanya 2:1-3; Yesaya 11:4; Zefanya 3:1-5; Yesaya 62:5; Nahum 1-3. Ayat Hafalan: TUHAN akan mendahsyatkan mereka, sebab Ia akan melenyapkan para Tuhan di bumi, dan kepadaNya akan sujud menyembah setiap bangsa daerah pesisir, masing-masing dari tempatnya. (Zefanya 2:11,). Intipati: Penghakiman segera datang; tetapi rahmat dan kemurahan masih tersedia bagi mereka yang sungguh-sungguh mencarinya.

ika buku-buku para nabi ditempatkan sesuai dengan urutan waktu penulisannya, maka buku Zefanya akan sesuai diletakkan di antara Yesaya dan Yeremia. . Khutbah Zefanya mengutuk rasuah yang terdapati dalam masyarakat Yehuda. Dia menunjuk kepada pentingnya pertaubatan yang didasarkan atas fakta, bahwa kasih Tuhan masih menyeru umatNya kepada kerendaahan hati dan kesetiaan. Pekabarannya rangkap dua: Ada ancaman penghakiman yang segera dan menyeluruh, yang mana akan merangkuni umat Tuhan sendiri, namun ada juga janji bahwa orang-orang dari segala bangsa yang diselamatkan akan bergabung dengan orang Israel yang sisa untuk melayani Tuhan dan menikmati berkat-berkatNya. Pelajaran minggu ini akan menunjukkan bahwa pekabaran Zefanya masih penting bagi mereka yang menyebarkan pekabaran pengharapan Tuhan bagi dunia yang telah jatuh.

*Sila pelajari Pelajaran Minggu ini untuk persediaan Sabat, 1 Jun.


103

AHAD HARI KEGELAPAN

26 Mei

Fokus utama dari pekabaran Zefanya adalah hari TUHAN (Zefanya 1:7). Bagi nabi-nabi Alkitab, hari Tuhan merujuk kepada waktu di mana Tuhan campur tangan dalam urusan manusia dalam hal menyelamatkan dan menghakimi. Kebanyakan orang Israel purba percaya bahwa pada hari itu Tuhan akan menyelamatkan dan memuliakan Israel sementara musuh-musuh mereka akan dihancurkan selama-lamanya. Orang-orang yang mendengar sangat terkejut, karena nabi itu mengatakan bahwa hari Tuhan adalah hari kebinasaan bagi umat Tuhan juga(Zefanya 1:1-5) karena mereka berdosa terhadap Dia. (Zefanya 1:17).

Bandingkan Zefanya 1:14-18 dengan Yoel 2:1-11 dan Amos 5:18-20. Gambaran
apa yang mereka sama-sama sampaikan tentang hari Tuhan?

Zefanya menyamakan pengadilan yang segera datang dengan penyapuan bersih semua hidupan pada peristiwa air bah (Kejadian 6-8). Katalog Kematian dalam Zefanya 1:2,3 disusun bertolak belakang dengan Penciptaan Tuhan: Manusia, binatang di darat, ciptaan di udara dan semua yang di laut (bandingkan dengan Kejadian 1:20-27). Nabi itu memperingatkan bangsa itu bahwa mereka tidak dapat membeli jalan keluar dari penghakiman (Zefanya 1:18). Baik perak atau emas tidak boleh melindungi mereka dari amarah Tuhan. Orang-orang di Yerusalem yang puas dengan diri sendiri mengatakan bahwa Tuhan tidak akan melakukan hal yang baik maupun yang membahayakan. Mereka sama sekali tidak menyangka Tuhan melakukan apa-apapun (Zefanya 1:12). Tetapi penghakiman Ilahi menunjukkan betapa Tuhan bekerja dengan aktif untuk memastikan bahwa ada masa depan bagi umatNya yang setia. Zefanya menegaskan bahwa pengadilan Tuhan bukan hanya hukuman tetapi juga perbaikan. Tuhan menawarkan janji perlindungan bagi mereka yang mencari dia (Zefanya 2:3). Hari Tuhan bukan hanya sekadar akhir dari dunia. Ini adalah permulaan dari penetapan pemerintahan Tuhan, yang akan kekal selamanya.

Baca Zefanya 1:18. Dalam cara apakah kita dapat mengalami prinsip kebenaran
yang dinyatakan di sini? Situasi apa yang akan kita hadapi di mana semua wang di dunia ini tidak dapat menyelamatkan kita?

104

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Zefanya 3:12, 13, 17 Pelajar Akan:
Mengetahui: Memahami bahawa penghakiman Tuhan menunjukkan kebesaranNya terhadap semua orang. Ramai dari berbagai bangsa yang akan datang dan mengakui Dia. Merasakan : Bersukacitaatas fakta bahawa Tuhan menunjukkan kasihNya yang unik bagi umatNya dengan menyelamatkan mereka, berkenan pada mereka, tenangkan kebimbangan mereka, dan bergembira atas mereka dengan menyanyi. Melakukan:Mempercayai, menuruti, dan menyembah Tuhan, sebagai bahagian daripada umat sisaTuhan, dan melayani orang lain sebagai respon kepada limpahan kebaikanNya. A. Nyatakan dari buku Zefanya yangTuhan mahu menyelamatkan setiap orang. B. Bagaimanakah pengetahuan sebenar tentang Tuhan membawa kepada ibadah yang benar?

II. Merasakan: Tuhan Bergembira dan Menyanyi


A. Apakah respon oleh mengetahui bahwa Tuhan bergembira dan bernyanyi atas umatNya yang bangkit dalam diri anda? B. Bagaimana ibu bapa tenangkan anak-anak mereka apabila mereka bimbang, mengalami kegagalan, terbabit dalam masalah? Bagaimana Tuhan menambahkan keupayaan mereka menenangkan atau memberi respon yang berbeza apabila berurusan dengan anak-anakNya?

III. Melakukan: Menjalani Kehidupan Beretika Sebagai Umat Sisa


A. Bagaimana kita dapat mengubah tingkah laku kita, berbanding hanya membuat pelarasan? B. Apakah maknanya bahawa umat sisa tidak akan berbuat kesalahan? C.Bagaimana gereja anda atau masyarakat akan berbeza jika tiada seorangpun yang berbohong atau berkelakuan licik?

Garis Panduan Pelajaran: I. Mengetahui: Mengenali Tuhan Membawa kepada Penyembahan

Ringkasan: Tuhan yang hidup adalah Tuhan bagi semua bangsa. Dia bukan sahaja mengasihi semua orang, tetapi Dia mahu semua selamat. Dia gembira apabila seseorang menyambutkasihNya, datang kepadaNya, menjadi orang baru, dan beribadah kepadaNya.

105

ISNIN

27 Mei

YANG RENDAH HATI DI NEGERI ITU


Dalam Zefanya 2:1-3, kita melihat panggilan nabi untuk bertaubat. Walaupun kehancuran sudah dekat masih ada waktu untuk dilindungi dari malapetaka, tetapi hanya jika bangsa itu bertaubat. Orang jahat yang menolak untuk bertaubat akan dibakar hangus seperti sekam pada hari penghakiman. Dalam Mazmur 1:4 orang yang jahat juga disamakan dengan sekam dan, pada akhirnya, mereka binasa. Dengan kata-kata Carilah Tuhan, Zefanya mendorong supaya mereka yang merendahkan diri mereka di hadapan Tuhan memegang teguh iman mereka. Nabi mengajarkan bahwa mencari Tuhan sama dengan mencari kebenaran dan kerendahan hati. Sikap pertaubatan ini adalah sangat penting supaya melepaskan diri dari penghakiman yang akan datang.

Zefanya menyebut orang-orang yang bertaubat sebagai orang yang rendah hati

di negeri (Zefanya 2:3 NIV). Bagaimanakah ayat-ayat berikut ini memancarkan terang dalam ungkapan ini, yang diterjemahkan juga sebagai orang yang miskin?Mat.5:3; Mazmur 76:9; Yesaya 11:4; Amos 8:4. Orang yang rendah hati adalah mereka yang tetap setia kepada Tuhan dan yang dipimpin dan diajar olehNya. Pemazmur mengatakan: TUHAN itu baik dan benar; sebab itu Ia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat. Ia membimbing orang-orang yang rendah hati menurut hukum, dan Ia mengajarkan jalanNya kepada orang-orang yang rendah hati (Mazmur 25:8,9). Orang yang rendah hati didesak untuk bersiap untuk pengadilan yang akan datang dengan mencari Tuhan, kebenaran, dan kerendahan hati. Kemungkinan keselamatan orang yang rendah hati iaitu mereka yang setia dijelaskan melalui kata-kata tersebut. Kelepasan bergantung kepada rahmat Ilahi semata-mata, dan rahmat adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Dalam menghadapi kiamat yang akan datang, ada pengharapan di masa depan dari Tuhan yang murah hati itu. Tuhan telah berjanji untuk melindungi semua orang yang percaya kepadaNya (Yoel 3:16; Nahum 1:7). Kepercayaan yang seperti ini akan membuang pergantungan pada diri sendiri, kelicikan, dan penipuan. Tidak ada yang kelihatan seolah-olah lebih lemah, namun sebenarnya lebih kuat, daripada jiwa yang merasa kekosongan dan bergantung sepenuhnya kepada jasa Juruselamat. Dengan berdoa, dengan mempelajari firmanNya, dengan iman dalamkehadiranNya yang kekal, manusia yang paling lemah dapat hidup dalam hubungan dengan Kristus dan Ia akan memegang tangan mereka dan tidak akan melepaskannya.Ellen G. White, Ministry of Healing, ms. 182. Apakah pengalaman anda sehubungan dengan janji yang luar biasa ini? Bagaimanakah anda dapat belajar untuk memiliki pengalaman berjalan bersama dengan Tuhan?

106

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Zefanya 2:11 dan 3:12, 13, 17
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI:Zefanya memperlihatkan Tuhan yang hebat yang akan mengadili seluruh dunia. Dia bukan sahaja mengumumkan kedatangan hari Tuhan tetapi menyatakan siapa yang boleh bertahan pada hari penghakiman dan bagaimana. Hasilnya, umat sisa yang setia dari semua bangsa akan datang dan menyembah Satu-satunya Tuhan yang benar. Hanya Untuk Guru: Pelajaran minggu ini menekankan gambaran Tuhan sebagai Hakim yang mengajak orang ramai untuk bertaubat. Tuhan ini memelihara dan menyelamatkan yang sisa dari semua bangsa-bangsa dan dari Yehuda, merangkul mereka dengan kasihNya yang unik. Pembuka Perbincangan: Reaksi umum kepada penghakiman Tuhan biasanyaadalah ketakutan. Seorang pengkhutbah, yang bertanya orang-orang di semua benua apakah yang mereka fikir tentang penghakiman Tuhan, mengatakan: Di sebalik etnik mereka yang berbeza, umur, sistem politik, dan latar belakang pendidikan, jawapannya sebulat suara adalah: Takut! Apakah reaksi pertama anda, perasaan, dan pemikiran apabila anda mendengar bahawa Tuhan akan menghakimi anda? Sentiasa ingat bahawa kita diselamatkan bukan berdasarkan bagaimana yang kita rasakan tetapi kerana Firman Tuhan. Kerana Tuhan berfirman bahawa jika kita mengakui dosa-dosa kita, Dia akan membersihkan kita daripada segala kejahatan (1 Yohanes 1:9), kita boleh bergantung pada janji itu. Kita boleh mempercayai bahawa Tuhan menyelamatkan orang-orang berdosa yang bertaubat (Zefanya 2:3; 3:12, 13, 17). Makna nama nabi Zefanya, Tuhan menyembunyikan atau perlindungan, adalah mesej yang kuat. Tuhan menyembunyikan orang-orang yang bersembunyi di dalamNya pada hari Tuhan. Dia melindungi, tempat perlindungan, dan menyelamatkan. Setiap orang yang percaya dalam nama Tuhan akan disembunyikan dan ditebus. Oleh itu, kita tidak perlu takut kepada penghakiman Tuhan.

Soalan Untuk Perbincangan:


Apakah satu-satunya harapan anda dalam penghakiman Ilahi? Bagaimana orang diselamatkan? Apakah kaitan salib dan kemenangan Yesus di Kalvary dengan hal ini?

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Nabi Zefanya adalah dari keturunan diraja Raja Hezekiah. Dia hidup dalam abad ketujuh sebelum Kristus pada waktu kemunduran kerohanian dan moral dan penurunan politik umat Tuhan. Kemungkinan besar

107

SELASA KOTA YANG KEJI

28 Mei

Pepatah Cina mengatakan tempat tergelap dalam bilik adalah tepat di bawah lilin. Pepatah ini boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan moral Yerusalem pada zaman Zefanya. Nabi baru sahaja menyelesaikan pengumuman akan pengadilan Ilahi atas negara-negara tetangga Yehuda (lihat Zefanya 2) seperti Filistea di Barat, Moab dan Amon di Timur, Kusyi di Selatan dan Asyur di Timur. Namun dia tidak berhenti di sini. Dia teruskan khutbahnya untuk mendedahkan dosa-dosa mereka yang tinggal di Kota milik Tuhan di bumi, iaitu Yerusalem. Baca Zefanya 3:1-5. Siapakah yang dikutuk, dan mengapa? Tanyakanlah diri anda sendiri, bagaimanakah umat Tuhan, mereka yang diberikanterang dan kebenaran yang begitu banyak, berakhir dengan sangat korup? Bagaimanakah kita dapat melindungi diri kita supaya hal yang sama jangan terjadi kepada kita? Ibu kota Yehuda terletak di hati keprihatinan Zefanya. Dia menuntut para pemimpinnya berhubung dengan kemerosotan moral kota itu. Gejala rasuah itu berpunca secara langsung dari kegagalan para pemimpinnya untuk hidup sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan kepada mereka (bandingkan dengan Yeremia 18:18; Yehezkiel 22:23-30).Badan kehakiman yang korup ditadbir oleh pegawai-pegawai yang digambarkan seperti singa yang mengaum, dan para hakim digambarkan sebagai serigala malam. Rumah Tuhan tidak semakin baik karena para imamnya tidak mengajarkan firman Tuhan, begitu juga dengan para nabinya tidak menyampaikan kebenaran. Pada waktu pemerintahan Yosia firman Tuhan datang kepada Zefanya, yang khusus menjelaskan akibat-akibat kemurtadan yang berterusan, dan meminta perhatian gereja yang benar kepada pengharapan yang gemilang yang akan datang. Nubuatan-nubuatannya tentang penghukuman atas Yehuda terpakai juga dengan kuasa yang sama kepada penghukuman yang menimpa dunia yang mengeraskan hati pada waktu kedatangan Kristus yang kedua kali. Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 389. Lihat sekeliling. Meskipun menarik, dunia ini akan dihancurkan. Malah seseorang itu tidak perlu mempercayai Alkitabpun melihat betapa mudahnya kehancuran ini akan terjadi. Mengapakah hanya Tuhan satu-satunya pengharapan kita, dan bagaimanakah kita dapat belajar bersandar kepadaNya dan tidak berharap kepada kesia-siaan dan kehampaan perkaraperkara dunia ini?

108

dia mengobarkan reformasi terakhir di kalangan umat Tuhan di Yehuda dan mempunyai pengaruh yang positif kepada Raja Yosia (641-609 SM), yang memperoleh kebangkitan rohani dan reformasi. Semasa pemerintahannya, buku hukum itu telah ditemui, dan raja mahu melakukan semuasesuai dengan Firman Tuhan. (Lihat 2 Raja-Raja 23:1-25, 2 Tawarikh. 34:29-32, 34:1-33).

Ulasan Alkitab
Ungkapan hari TUHAN berlaku tujuh kali dalam buku Zefanya (Zefanya 1:7, 8, 14 [dua kali], 18; 02:02, 3). Ia adalah hari yang dahsyat, hari kemurkaanTuhan, dan hari penghakiman ini sudah hampir. Zefanya menyebut perkataan sisa tiga kali (Zefanya 2:7, 9; 3:13). Sisa adalah orang-orang yang akan dibebaskan dan diselamatkan pada akhirnya. Apabila orang berada dalam situasi serius yang boleh membawa maut di mana tiada jalan keluar, satu-satunya penyelesaian adalah berdoa, pertaubatan memohon limpah kurnia dan rahmat Tuhan. Tuhan datang dan memberi respon dalam kasihNya kepada hati yang sesal dan merendah diri. Gambaran yang paling indah dan memberangsangkan tentangTuhan dalam buku Zefanya dipersembahkan dalam Zefanya 3:17. Ayat ini meringkaskan dengan baik aktiviti unik Tuhan bagi umatNya yang setia.

I. Tuhan adalah Pahlawan yang Perkasa


(Baca semula Keluaran 15:3 bersama kelas.) Tuhan kita adalah untuk kita. Dia adalah seorang Pahlawan yang perkasa yang berjuang untuk kita dan kalahkan musuh-musuh kita. Dosa, kejahatan, syaitan, dan sekutu-sekutunya tidak bolehmenang ke atas umat Tuhan. Tuhan membawa kemenangan dan menyelamatkan. Musa, dalam lagu kemenangan dalam Keluaran 15, meluahkan pemikiran bahawa Tuhan adalah Pahlawan (Keluaran 15:3). Dia mengalahkan seluruh tentera Mesir purba dan menurunkan kebanggaan dan keangkuhan manusia. KebesaranNyamengalahkan semua yang menentangNya. Dia adalah pemenang, bukan kerana dayaNya tetapi kerana kekuatan moralNya dan kuasa kasihNya. Perhatikan Hal Ini: Yesus adalah untuk anda. Dia berjuang untuk keselamatan anda kerana Dia tidak mahu kehilangan anda apabila Syaitan berhasrat untuk menjatuhkan anda. Apakah senjata Tuhanmelawan syaitan? Atas apakah status Tuhan sebagai Pemenang atas Iblis diasaskan?

II. Tuhan Berkenan pada Anda


(Baca kembaliLukas 15:7 bersama kelas.) Gambaran Zefanya tentang Tuhan adalah sangat peribadi. Ia seolah-olah Tuhan berkata kepada kita: Mungkin sesetengah orang membenci kamu dan tidak mengambil berat akan diri kamu. Aku berbeza. Kamu mempunyai nilai yang sangat

109

RABU

29 Mei

HAL TERBESAR YANG MENYENANGKAN TUHAN


TUHAN Tuhanmu akan besertamu, Dia sangat berkuasa untuk menyelamatkan. Ia bergirang karena engkau dengan sukacita, Ia membarui engkau dalam kasihNya, Ia bersorak-sorak karena engkau dengan sorak-sorai. (Zefanya 3:17) Dalam bagian akhir dalam bukunya (Zefanya 3:9-20), Zefanya beralih dari tema kemarahan kepada pemulihan. Di luar penghakiman, kita tiba kepada tujuan akhir Tuhan. Apabila bangsa-bangsa didisiplin, mereka akan bersama-sama berseru kepada Tuhan dan melayani Dia dengan tulus. Bibir bangsa itu akan disucikan sehingga mereka semua akan menyembah dan memuji Tuhan dengan melayani Dia. Umat yang sisa, bilangannya sedikit namun rendah hati dan setia akan bertahan di Yehuda dan menggantikan pemimpin yang sombong Yang paling penting, Tuhan akan tinggal bersama dengan umatNya dan Dia akan memperbetulkankesalahan masa lalu. Mereka tidak perlu lagi hidup dalam ketakutan karena Tuhan akan bersama-sama dengan umatNya, tinggal di antara mereka. Dia akan menjadi Pembebas dan Juruselamat mereka. Mereka akan makan dan berbaring dengan tidak ada yang membuat mereka takut. (Zefanya 3:13). Berkat-berkat yang seperti itu biasanya menyebabkan umat Tuhan bersukacita atasNya, tetapi nabi mengatakan bahwa Tuhan akan bersukacita atas mereka. Kasih dan sukacitaNya bagi umatNya amat besar sehingga Dia akan bersorak atas mereka dengan sorak kegirangan. Bagaimanakah nabi Yesaya menggambarkan sukacita Tuhan atas umat tebusanNya? (Yesaya 62:5; 65:19). Raja agung, Pahlawan Ilahi, akan melindungi dan mempertahankan umatNya. Dia akan memberikan kepada mereka semua keuntungan dari kemenanganNya, sesuatu yang Dia menangi bagi kita di salib. Dia akan memuliakan yang rendah hati dan mengubah celaan, penderitaan dan pengasingan kepada penghormatan, berkat, dan kehadiranNya sendiri. Keunggulan akan diberikan kepada mereka yang timpang dan orang yang sisih, tema yang terletak pada pekabaran yang disampaikan oleh Yesus Kristus. Walaupun di tengah-tengah amaran-amaran yang mengerikan, Tuhan menawarkan pengharapan kepada umat-umatNya. Bagaimanakah kita, sebagai Gereja Seventh-day Adventists, berharap dalam janji Kedatangan yang Kedua kali, belajar untuk hidup hari demi hari dengan janji itu? Bagaimanakah kita dapat belajar untuk memelihara iman itu tetap hidup, khususnya pada masamasa kesukaran saat dunia tidak memberikan apa-apa kepada kita tetapi hanya dukacita?

110

besar bagiKu. Aku sangat mengasihikamubahkan rela mati untuk kamu! Akumengasihi lebih daripada kamu mengasihidiri kamu sendiri. Aku, Tuhan kamu, bergembira atas kamu! Yesus menyatakan sebab mengapa Tuhan bergembira: Aku berkata kepadamu: Demikian juga akan ada sukacita di Syurga karena satu orang berdosa yang bertaubat, lebih dari pada sukacita karena sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak memerlukan pertaubatan (Lukas 15:7) . Perhatikan Hal Ini: Tuhan berkenan kepada pengikut setiaNya. Apakah gambaran Zefanya tentang Tuhannyatakankan kepada kita tentang siapakah Dia? Apa sebab yang Yesus berikan mengapa Tuhan bergembira atas kita?

III. Tuhan Menenangkan Kita Dengan KasihNya


(Baca kembali Zefanya 3:17 bersama kelas.) Tuhan bercakap kepada kita dalam bahasa kasihNyasama seperti ibu bapa menenangkan seorang kanak-kanak yang luka, menangis, takut, atau kecewa, dengan pelukankasih sayang, ciuman, dan kata-kata lembut sehingga anak-anak menjadi tenang dan tidur dalam dakapan ibu bapa, mempercayai dan berehat dalamkasih itu. Begitu juga, Tuhanmemberi jaminan kepada anak-anakNya bahawa mereka selamat dan terjamin dalam kasihNya, dan, dengan cara ini, Dia menenangkan kita. Ungkapan alkitabiah ini (dia akan tenangkankamu dengan cintanya, [ayat 17., NIV]) boleh juga diterjemahkan dengan caraberbeza, yang membawa satu lagi nuansa (gambaran) penting kepada kasihTuhan. New American Standard Bible menterjemahkannya dalam cara yang berikut: Dia akan tenang dalam kasihNya (Zefanya 3:17). Kekaburan teks ini mungkin disengajakan untuk membangkitkan perasaan positif berganda. Teks itu mengatakan bahawa Tuhan akan tenangkan anda dengan kasihNya. Oleh itu, selepas bercakap dan meyakinkan kita bahawa Dia mengasihi kita dengan kasih yang kekal, Dia pun tenang (diam) supaya kita boleh berehat di tangankasihNya dan menikmati kehangatan kehadiranNya. Perhatikan Hal Ini: Apa kata-kata atau tindakan Tuhanyang membuat anda berasa selamat dalam tangan kasihNya? Bagaimana Tuhan tenangkan kita dengan kasihNya? Apakah ertinya Tuhan tenang selepas memberikan jaminan kepada kita tentang kasihNya?

IV. Tuhan Bergembira Atas Kamu Dengan Menyanyi


(Baca kembali Kejadian 15:3 bersama kelas.) Salah satu fungsi lagu adalah untuk meluahkan kasih sayang. Tuhan menyatakan cinta dan kegembiraanNya atas kita. Dia menyanyi sebuah lagu yang unik ke atas setiap daripada kita! Satu lagi fungsi lagu adalah untuk meluahkan kemenangan. Lihat, sebagai contoh, lagu Musa dan lagu Domba itu (Kejadian 49, Keluaran 15, Wahyu 15:3). Perhatikan Hal Ini: Kenapa kita menerima rahamat Tuhan? Mengapa rahmat itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh dapat melalui usaha? Soalan Perbincangan : Mengapa tidak ada tempat di mana kita dapat menyembunyikan diri daripada Tuhan?

111

KHAMIS 30 Mei JAWABAN TUHAN KEPADA KETIDAKADILAN


Sila baca Nahum 1-3. Ayat-ayat manakah yang khususnya mengajarkan kita tentang sifat Tuhan? Bagaimanakah kita dapat menerapkan apa yang dilihat di sini kepada pemahaman kita tentang peristiwa-peristiwa akhir zaman? Nubuatan Nahum adalah Firman Tuhan terhadap kerajaan-kerajaan di dunia ini yang diwakili oleh Niniwe. Ketika nabi itu melihat dunianya, dia melihat tangan Tuhan bergerak menentang Kekaisaran Asyur. Dia mengumumkan bahwa ibu kotanya, Niniwe, akan segera jatuh dan tidak akan pernah bangkit kembali. Nahum bercakap dengan yakin, karena dia tahu sifat Tuhan dan melalui kurnia nubuatan (Nahum 1:1), Tuhan telah menunjukkan kepadanya apa yang akan terjadi. Tuhan tidak akan membiarkan orang salah terlepas dari hukuman(Nahum 1:3; Kel. 34:6, 7). Bangsa Asyur telah menjarah banyak bangsa dan nafsu kekuasaannya tidak pernah puas. Kekejaman mereka sangat terkenal. Selaku pisau cukur Tuhan (Yesaya 7:20), mereka dengan giat memangkas tetangga-tetangganya. Sekarang tiba waktunya untuk mematahkan pisau cukur itu. Alat pengadilan Tuhan tidak bebas dari pengadilan. Niniwe tidak wujud lagi, tetapi kesaksian nubuatan tetap hidup. Hal ini mengingatkan kita bahwa meskipun keadilan Tuhan kelihatannya lambat, tidak ada yang boleh menghentikannya. Sebagaimana yang kita telah lihat pada awal pelajaran, bertahun-tahun sebelum zaman Nahum, penduduk Niniwe, telah mendengarkan khutbah Yunus, telah bertaubat, dan Tuhan telah menyelamatkan kota mereka. Tetapi pertaubatan itu tidak kekal; mereka kembali kepada jalan-jalannya yang lama. Banyak negara yang telah menderita oleh karena penindasan mereka akan menyambut berita kejatuhan Niniwe dengan tepuk tangan yang bergemuruh. Jurukabar akan datang untuk membawa berita baik (Yesaya 52:7) bahwa kekuasaan Asyur telah hancur bersama berhala-berhalanya. Umat Tuhan akan dapat beribadah kembali dalam damai (Nahum 1:15). Sebagaimana besarnya amarah Tuhan, lebih lemah-lembut lagi kemurahanNya. Dia melindungi mereka yang sabar menanti kepenuhan dari kebaikanNya. Nahum mengajarkan bahwa Tuhan memelihara mereka yang percaya kepada Dia, tetapi seperti banjir yang meluap-luap Dia akan mengejar musuh-musuhNya ke dalam kegelapan (Nahum 1:8). Tuhan ada di belakang ini semua, karena Dia telah menentukan bahwa hari penghakiman Niniwe telah tiba. Nabi itu menunjukkan bahwa Tuhan memiliki kekuasaan yang sangat luar biasa. Semua ciptaan gemetar di hadapanNya. Dia tidak bertolak ansur terhadap dosa selamanya. Pada masa yang sama, Dia adalah Juruselamat bagi mereka yang percaya kepadaNya. Tidak ada pilihan di tengah-tengah. Kita cuma ada pilihan sebelah kiri atau sebelah kanan. Yesus berkata: Orang yang tidak memihak Aku adalah menentang Aku (Mat. 12:30).

112

Zefanya tidak mengatakan bahawa kita boleh bersembunyi daripada Tuhan atau daripada hari Tuhan dalam usaha untuk mengelakkanya. Dia menekankan bahawa seseorang itu boleh disembunyikan pada hari itu, yang bermaksud bahawa seseorang hanya boleh terlindung dalam Tuhan pada hari itu supaya dilindungi dan diselamatkan. Perbincangan: Anda tidak perlu takut akan penghakiman Tuhan. Sebaliknya, anda boleh mempunyai keyakinan penuh, keberanian, dan kegembiraan penyelamatan menghadapi penghakiman Tuhan. Ini boleh dimungkinkan kerana maksud utama penghakiman Tuhan adalah untuk menjustifikasikan, menyelamatkan, dan membebaskan orang-orang yang mempunyai iman kepadaNya. Bincangkan dengan kelas anda teks alkitabiah seperti Kejadian 15:6; Mazmur 76:8, 9; Yesaya 35:4 Daniel 7:22, Yesaya 5:24; 1 Yohanes 2:28 dan 4:17. Berikan ahli kelas anda harapan dan menetapkan mata mereka kepada Tuhan yang mengasihi manusia, mau menyelamatkan mereka, meyakinkan mereka akan rahmatNya yang berkekalan, dan yang tidak berkenan kepada hukuman, kutukan, atau pemusnahan (Yehezkiel 18:23, 32). Tekankan keunikan imej hangat yang Zefanya lukiskan dalam Zefanya 3:17. Bongkarkan setiap ayat dengan teliti dan dalam bahasa yang berwarna-warni supaya orang-orang yang mendengar anda boleh melihat, memahami, dan akan disentuh oleh keindahan dan kasih sayang Tuhan kita.

LANGKAH 3Menerapkan
Hanya Untuk Guru: Tuhan berkenan dan bersukacita atas umatNya. Apakah yang anda boleh lakukan supaya ahli kelas Sekolah Sabat anda akan menjadi lebih ceria dan gembira dalam interaksi dan hubungan peribadi mereka dengan anggota-anggota lain di dalam gereja? Penerapan Hidup: Mintabeberapa ahli kelas anda untuk membaca Zefanya 3:17 dari terjemahan Alkitab yang berbeza (jika ada). Bandingkan perbezaan, terangkan perbezaan itu, dan terapkan nuansa (gambaran) itu kepada kehidupan sebenar dalam usaha untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik akan sifat kasih Tuhan. LANGKAH 4Mewujudkan Hanya Untuk Guru: Tuhan menyanyi atas umatNya. Menekankan kepentingan nyanyian dalam ibadah.

Aktiviti:
1. 2.

Tanya kelas anda jika mereka tahu sebarang lagu yang meluahkan kegembiraan Tuhan ke atas umatNya. Nyanyikan lagu itu bersama-sama di dalam kelas. Minta ahli kelas mengarang lirik lagu berdasarkan pengharapan bahawa kita boleh dapatkan dalam penghakimankhususnya oleh fakta bahawa kita tersembunyi dalam Kristus dan terlindung dalam Tuhan. Kongsikan lirik lagu mereka dengan kelas.

113

JUMAAT

31 Mei

Kajian Tambahan: Dengan ketepatan yang tidak meleset, Dia Yang Tidak Berkesudahan masih tetap mengadakan perhitungan dengan bangsa-bangsa. Sementara kemurahanNya masih terbuka, dengan panggilan supaya bertaubat, perhitungan ini masih terbuka; tetapi bilamana angka-angkanya telah mencapai suatu jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh Tuhan, maka mulailah pekerjaan pencurahan murkaNya. Perhitungan sudah ditutup. Kesabaran Ilahi berhenti. Kemurahan tidak lagimembelabagi pihak mereka.Ellen G. White, Prophets and Kings, p. 364. Di hadapan dunia yang tidak jatuh, dan seisi syurga, dunia harus memberikan pertanggungjawaban kepada Hakim segenap bumi, iaitu yang mereka tuduh dan salibkan. Betapa kelak suatu hari perhitungan! Itu hari pembalasan Tuhan. Kristus tidak lagi berdiri di hadapan Pilatus. Pilatus dan Herodes, dan semua yang mengolok-olok, menghina, menolak, dan menyalibkan Dia akan mengerti apa ertinya merasakan murka Anak Domba. Perbuatan mereka akan muncul di hadapan mereka dalam tabiat mereka yang sebenarnyaEllen G. White, Nasihat kepada Pastor dan Pelayan Injil, hlm 125. Soalan Perbincangan: 1. Beberapa orang pada zaman Zefanya melakukan hal yang buruk terhadap Tuhan dan teman sebangsa mereka, sementara yang lain puas melihat kejahatan itu dibukakan. Menurut anda dari antara kedua dosa ini, yang manakah yang lebih buruk di hadapan Tuhan? Berikan alasan jawapan anda. 2. Kembalilah ke pertanyaan terakhir dalam pelajaran hari ISNIN, di mana katakata ini dikutip Tidak ada yang kelihatan seolah-olah lebih lemah, namun sebenarnya lebih kuat, daripada jiwa yang merasa kekosongan dan bergantung sepenuhnya kepada jasa Juruselamat. Apakah ertinya untuk bergantung sepenuhnya pada jasa Juruselamat? Bagaimanakah kata-kata ini menyatakan kepada kita kebenaran agung tentang keselamatan melalui iman dalam Kristus sahaja, dan mengapakah kebenaran itu adalah pusat dari semua yang kita percayai? Jika kita tidak bergantung kepada jasaNya, pada jasa siapakah kita dapat bergantung? 3. Mengapakah sangat mudah, teristimewa bagi mereka yang kaya dan senang, untuk melupakan ketergantungan kita kepada Tuhan atas apa yang kita miliki? Bagaimanakah kita dapat melindungi diri kita dari khayalan yang fatal ini? 4. Fikirkan lagi tentang Tuhan yang menyanyi dan bergembira atas umatNya. Kita cenderung memikirkan diri kita bernyanyi dan memuji Tuhan dan apa yang Dia telah lakukan untuk kita. Apakah ertinya bahwa Dia menyanyi dan bergembira atas kita? Bagaimanakah itu boleh terjadi, mengingat keadaan yang menyedihkan yang kita temukan dalam diri kita?

114

Pelajaran 10 |17 Jun Utamakan Perkara Pertama! (Hagai) ________________________________________________________ SABAT PETANG
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Hagai 1, Yohanes 2:19, Ezra 3:16, Matius 1:23, 12:6, Hagai 2, Lukas 24:1327. Ayat Hafalan: Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam (Hagai 2:8). Intipati: Perkhabaran Hagai adalah sederhana: Apakah keutamaan kita, dan kenapa ia sangat penting memahami keutamaan itu sepenuhnya?

uku Hagai, adalah salah satu daripada buku yang terpendek dalam Alkitab, telah ditulis pada waktu yang genting dalam kehidupan Yehuda. Bangsa buangan itu telah kembali dari penawanan di Babilon hampir dua puluh tahun sebelumnya; namun, mereka seolah-olah sudah lupa apa sebab kepulangan mereka. Mereka membiarkan rumah Tuhan yang musnah sementara mereka menumpukan tenaga untuk membina rumah mereka sendiri. Oleh itu, nabi itu menggesa bangsa yang sudah kembali dari pembuangan itu untuk memikir sedalamnya situasi mereka. Perkhabarannya sederhana dan masuk akal. Bangsa itu telah bekerja keras tetapi tidak mendapat hasil yang banyak. Ini disebabkan oleh kesilapan mereka memilih keutamaan. Mereka perlu mengutamakan Tuhan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Yesus sendiri mengatakan, Tetapi carilah dahulu Kerajaan Tuhan dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. (Matius 6:33). Demikian juga pada hari ini, adalah mudah untuk terbabit dalam pergelutan untuk kelangsungan hidup sehingga kita lupa keperluan utama kita yang sepatutnya, iaitu sentiasa melakukan kehendak Tuhan.

*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 8 Jun.

115

AHAD

2 Jun

DITABUR BANYAK, DITUAI SEDIKIT


Baca Hagai 1:1-11. Apa yang berlaku di sini, dan lebih penting, kenapa
ini berlaku? Malah lebih penting lagi, bagaimana kemungkinan prinsip yang sama ini boleh berlaku kepada kita hari ini? Bagaimana kemungkinan kita bersalah kerana melakukan hal yang sama?
Lebih setahun rumah Tuhan itu diabaikan. Orang-orang itu tinggal di rumah mereka dan bekerja keras untuk mendapat kemakmuran sementara, tetapi situasi mereka tercela. Mereka bekerja keras tetapi tidak beroleh hasil yang banyak. Unsur-unsur alam seakan menentang mereka. Kerana mereka membiarkan rumah Tuhan yang musnah itu, Tuhan mendatangkan musim kemarau kepada mereka. Tuhan telah melimpahkan bagi mereka buahbuahan dari padang dan dari kebun, jagung, anggur dan minyak, sebagai tanda kemurahanNya; tetapi oleh kerana mereka telah gunakan pemberian yang berlimpah ini dengan mengingat kepentingan diri sendiri sahaja, maka berkat-berkat ini ditarik balik. Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 573. Hagai membentangkan kepada umat Tuhan situasi yang mereka sedang lalui. Kerja keras yang sia-sia adalah salah satu kutukan yang disebabkan oleh pelanggaran mereka terhadap perjanjian Tuhan (Imamat 26:16, 20). Sehingga umat Tuhan memberi tumpuan kepada keutamaan ini, tidak akan ada keberhasilan bagi mereka. Hagai memiliki semangat besar bagi rumah Tuhan dan mahu umat Tuhan menyiapkan pembinaannya dengan segera. Cita-citanya berlawanan dengan kepuasan diri mereka yang tidak mempedulikan rumah Tuhan melainkan keselesaan mereka sendiri. Sementara keprihatinan besar Hagai adalah rumah Tuhan, umat Tuhan lebih berminat dengan rumah-rumah mereka. Tuhan menggunakan Hagai untuk menggerakkan hati umat Tuhan terhadap urusan Tuhan. Tuhan tidak dihormati sewajarnya selagi rumahNya terbiar dalam keadaan yang musnah. Rumah Tuhan di Yerusalem menggambarkan kehadiran Ilahi di antara umat manusia yang telah jatuh. Ia adalah peringatan yang nyata kepada seluruh dunia bahawa Tuhan yang Berdaulat adalah Tuhan langit dan bumi. Bagaimana mungkin anak-anak Israel menjadi saksi kepada Tuhan yang benar apabila satusatunya lambang bagi Tuhan (lihat Yohanes 2:19, Matius 26:61) dan seluruh rencana penyelamatan itu, dalam keadaan yang musnah? Dalam berbagai cara, sikap mereka terhadap rumah ibadat itu mencerminkan masalah rohani yang mendalam: kehilangan perasaan mereka terhadap misi Ilahi mereka sebagai umat sisa Tuhan.

Adakah anda melihat sebarang amaran di sini bagi kita?


116

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Hagai 2:8 Pelajar Akan: Mengetahui: Memahami bahawa sebagai Pencipta segala sesuatu dan Sumber semua berkat-berkat, Tuhan menggerakkan orang untuk bertindak dan ingin memberkati. Merasakan : Merasa senang mengetahui bahawa segala sesuatu adalah milik Tuhan dan bahawa Dia menyediakan semuanya. Melakukan: Memberi respon kepada Kasih dan penjagaan Tuhan. untuk lebih meyakini dan percaya? II. Merasakan: Dorongan dan Berkat A. Apakah berkat utama bagi umat Tuhan pada zaman Hagai? B. Bagaimana anda memberi reaksi jika Tuhan memberitahu anda bahawa dia akan menyertai anda jika anda mau menuruti arahanNya? C. Mengapa ia sangat penting bagi umat Tuhan untuk mengetahui bahawa keinginan semua bangsa adalah akan datang ke rumah Tuhan yang baru?

Garis Panduan Pelajaran:


I.

Mengetahui: Tuhan Perhubungan A. Mengapa begitu penting untuk mengetahui bahawa Tuhan bersama-sama dengan kita? B. Apakah tanda-tanda berkat Tuhan? C. Bagaimanakah kesukarankesukaran hidup ketika seolah-olah Tuhan itu tidak hadir, menginspirasi kita

III. Melakukan: Tuhan yang Bertindak A. Betapa pentingkah untuk bersatu melakukan kerja Tuhan? B. Dalam cara apakah anda secara peribadi aktif dalam gereja anda? Dalam cara apakah anda boleh lebih aktif? C. Apakah perbezaan yang terhasil jika setiap orang dalam gereja anda menggunakan bakat mereka untuk memperkayakan orang lain? Ringkasan : Tuhan meyakinkan umatNya tentang kehadiran dan keinginanNya untuk memberkati. Kerinduan segala Zaman akan datang, dan satu-satunya respon yang wajar adalah mempercayai yang Dia akan memimpin dan melindungi,walau pada masa kesukaran pun. 117

ISNIN JANJI TUHAN YANG TERBESAR

3 Jun

Baca Hagai 1:12-14. Perhatikan di sini semangat bersatu dalam tujuan.


Mengapakah semangat itu sangat penting agar mereka dapat melakukan apa yang diminta untuk mereka lakukan?

Kali ini perkhabaran dituruti serta merta oleh pemimpinpemimpin dan umat sisa itu. Mereka membuat persediaan, mengumpul bahan-bahan, dan memulakan kerja membina rumah Tuhan itu tiga minggu kemudian. Dalam masa seminggu lagi mereka mendirikan mezbah dan memulihkan ibadat korban (Ezra 3:1-6). Kurang dari lima tahun rumah Tuhan itu telah siap. Walaupun kerajaan Tuhan tidak dikenalpasti melalui bahan binaan, buku Hagai merupakan peringatan bahawa kadang-kadang Tuhan menggunakan bahan binaan, seperti bangunan-bangunan, untuk dasar rohaniah. Jika pemenuhan segera perkhabaran nubuatan dianggap sebagai pengukur kejayaan seorang nabi, maka Hagai adalah seorang nabi yang berjaya. Khotbahnya menggerakkan orang-orang itu untuk bertindak. Dalam masa sebulan, kerja membina rumah Tuhan bermula dengan jaminan nabi Tuhan bahawa Tuhan akan membantu mereka. Hagai 1:12-14 melaporkan respon pemimpin-pemimpin dan umat Tuhan terhadap pesanan Hagai. Semua menuruti Tuhan kerana mereka mengiktiraf Hagai selaku utusan Tuhan. Mereka takut akan Tuhan (ayat 12), dan menunjukkan ini dengan menyembah Dia dan memberikan perhatian kepadaNya. Jadi sekarang Hagai boleh menyampaikan firman baru dari Tuhan: Aku menyertai kamu (ayat 13). Sejurus sahaja orang-orang itu memutuskan untuk menuruti Tuhan, perkhabaran teguran digantikan dengan perkhabaran dorongan. Jaminan kehadiran Tuhan bererti menjanjikan kepada mereka berkat-berkat yang lain. Ungkapan Aku menyertai kamu menyoroti kembali janji yang Tuhan buat pada waktu para bapa dan Musa (Kejadian 26:3, Keluaran 3:12, Bilangan 14:9). Tentu sekali, penyataan terbesar bahawa Tuhan bersama kita ialah Yesus (lihat Yesaya 7:14, Matius 1:23, 28:20). Fikirkan keseluruhan idea bahawa Yesus, Pencipta dan Penopang alam semesta, tinggal di antara kita. Apakah yang hal itu beritahu kita tentang kepentingan kita dalam alam semesta yang sangat luas sehingga kita mudah melihat diri kita sebagai tidak penting dan tidak bererti? Bawa jawapan anda ke kelas pada hari Sabat.

118

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Hagai 1:7, 8
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Oleh kerana Dia ingin memberkati mereka dengan kemakmuran, Tuhan mendorong umatNya untuk memikirkan keutamaan mereka dan kerja untuk membangunkan rumah Tuhan. Hanya Untuk Guru: Pada masa krisis, apabila harapan umat Tuhan musnah, Tuhan memanggil nabi Hagai untuk menggerakkan fikiran mereka dan mengingatkan mereka untuk bertindak membina rumah Tuhan. Pelajaran minggu ini mengingatkan kita supaya kita memikir kembali gaya hidup kita dan mengutamakan Tuhan dalam apa sahaja yang kita lakukan. Beri dorongan kepada kelas untuk menjadi Hagai-Hagai dalam zaman kita. Kita perlukan Hagai-Hagai yang akan mendorong umat Tuhan untuk bekerja bersama-sama dalam melakukan kerja Tuhan. Pembuka Perbincangan: Mengapa ia sangat menggoda untuk menumpukan kepada apa yang kita anggap kepentingan yang paling utama daripada memberikan tumpuan kepada nilai yang kekal? Mengapa kita sering meletakkan Tuhan di tempat yang kedua? Mengapa lebih mudah bagi kita memberikan wang dan bukannya masa kita dan penglibatan peribadi kepada perkara yang perlu dilaksanakan dalam gereja?

Soalan Untuk Perbincangan:


1. 2. Bagaimana Tuhan dihormati melalui tindakan kita? Apakah maksudnya bahawa Tuhan akan mendapat kesenangan dalam umatNya?

LANGKAH 2Mengkaji

Ulasan Alkitab
Gambaran luas. Hagai mengkhutbahkan kesemua lima khutbah, empat untuk keseluruhan komuniti beriman dan yang terakhir untuk Zerubabel, Gabenor dan pemimpin politik umat Tuhan pada zaman itu. Pelayanan Hagai berakhir kurang dari empat bulan, dalam bahagian kedua daripada tahun 520 sebelum masehi. Dia melayani pada zaman Darius, raja Mede-Parsi yang, oleh perintah rasminya, telah membantu umat Tuhan, memberi mereka keizinan untuk menyiapkan kerja mereka membina rumah Tuhan itu (untuk perincian lihat, Ezra 5:1 6:14). Mujurlah, setiap pesanan Hagai dicatatkan tarikhnya; oleh itu, kita tahu dengan tepat bilakah amanatnya disampaikan. Pelayanan Hagai datang ketika umat Tuhan putus asa. Mereka pulang dari buangan di Babilon (sekitar 537 sebelum masehi) dengan penuh harapan, tetapi apabila mereka mula membina semula rumah Tuhan dan Yerusalem,

119

SELASA JANGAN BIMBANG!

4 Jun

Hagai 2:1-5 membentangkan satu perkembangan yang menarik dalam kebangkitan besar yang berlaku di kalangan umat Tuhan. Kira-kira sebulan selepas kerja membina rumah Tuhan bermula, Tuhan menyampaikan firman yang memberangsangkan melalui Hagai kepada umat sisa itu yang telah bertekad, tanpa sumber yang mencukupi, untuk membina semula rumah Tuhan seperti yang diarahkan oleh para nabi. Hagai bertanya kepada elder-elder bagaimana keadaan rumah Tuhan sekarang berbanding dengan penampilannya sebelum pembuangan. Jelas sekali, penampilan sekarang tidak sama dengan keindahan sebelumnya. Umat Tuhan mungkin telah kecewa kerana mereka tidak mendapat peluang untuk membuat salinan keindahan rumah Tuhan yang dibina oleh Salomo yang pernah berdiri di tempat yang sama. Nabi menggalakkan umat Tuhan untuk terus bekerja kerana Roh Tuhan hadir bersama mereka. Dia menyeru kepada semua ahli masyarakat umat sisa untuk mengkuatkan hati dan bekerja keras kerana Tuhan yang Maha Kuasa itu hadir tengah-tengah mereka. Kata-kata Hagai kepada para pemimpin Jadilah kuat! Jangan takut! kedengaran seperti kata-kata Tuhan kepada Yosua selepas kematian Musa (Yosua 1:5-9). Semakin kecil dan semakin lemah sumber Israel sendiri, lebih besar keperluan mereka untuk beriman kepada Tuhan. Nabi menyatakan bahawa, pada akhirnya, Tuhan akan membuat rumah Tuhan yang kedua lebih mulia daripada kemuliaannya yang dahulu. Itu menjadi kenyataan, bagaimanapun, hanya kerana Seseorang yang lebih besar daripada bait itu telah datang (lihat Matius 12:6). Kehadiran Roh mengesahkan kesinambungan kerajaan Tuhan di Israel. Roh Tuhan, yang telah memimpin Musa dan para elder dan yang telah mengutus para nabi dengan perkhabaran yang diilhamkan, berada di tengahtengah umat sisa itu. Sambutan para pemimpin dan rakyat memberi kesaksian kepada reformasi rohani yang telah berlaku. Roh Suci hadir memperbaharui mereka dan membawa mereka lebih dekat dengan Tuhan mereka. Kehadiran Roh itu juga menjamin berkat yang berlimpah. Nabi itu menggalakkan anggota masyarakat untuk mengusahakan penggenapan janji-janji Ilahi itu. Hagai menyampaikan firman Tuhan kepada orang-orang yang sudah mengalami kesusahan hidup dan kekecewaan atas harapan yang tidak kesampaian. Dia mengalihkan perhatian mereka kepada Tuhan, yang setia dan yang mengharap supaya masyarakat yang baru untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab kepada kerajaanNya, gigih dalam berbuat baik, dan dengan itu menemukan makna sebenar dan tujuan dalam kehidupan mereka. Seorang lelaki berumur 35 tahun yang telah berputus asa atas kepercayaan kepada Tuhan menulis nota sebanyak 1,900 muka surat sebelum membunuh diri. Dalam notanya itu, dia menulis: Setiap perkataan, setiap pemikiran, dan setiap emosi datang kembali kepada teras masalah: hidup ini tidak bermakna. Bagaimanakah kepercayaan kita kepada Tuhan dan juga kesanggupan kita untuk mentaatiNya boleh memberi makna dalam kehidupan kita?

120

penentangan timbul (lihat Ezra 4:1-5, 24). Dalam kekecewaan mereka, mereka hentikan kerja membina rumah Tuhan. Sebaliknya, mereka hanya menumpukan pembinaan rumah mereka sendiri. Mereka hilang kepercayaan dalam pertolongan Tuhan dan juga kepimpinanNya, walaupun Dia telah menyediakan masa depan yang cerah bagi mereka. Selepas beberapa tahun krisis, Tuhan memanggil Hagai untuk menyampaikan firmanNya kepada umat Tuhan untuk membangkitkan mereka daripada kelesuan mereka (Ezra 5:1, 2; 6:12).

I. Khutbah Pertama Disampaikan pada 29 Ogos, 520 sebelum masehi.


(Baca kembali Hagai 1:1-12 bersama kelas) Tuhan masuk dalam kemelut umatNya dan meminta mereka merenung keadaan mereka, kebiasaan mereka, dan hasil kerja mereka. Dua kali Dia meminta, Perhatikanlah keadaanmu (ayat 5, 7), bererti mereka perlu menghentikan ketidakpercayaan mereka dan gaya hidup mereka yang mementingkan diri sendiri. Mereka bekerja keras tetapi hasilnya sangat sedikit. Kamu menabur banyak, tetapi membawa pulang hasil hanya sedikit; kamu makan, tetapi tidak sampai kenyang; kamu minum, tetapi tidak sampai puas; kamu berpakaian, tetapi badanmu tidak sampai panas; dan orang yang bekerja untuk upah, ia bekerja untuk upah yang ditaruh dalam pundi-pundi yang berlobang! (Hagai 1:6, ITB). Tanpa berkat Tuhan, kehidupan sangat sukar. Tuhan yang memerintah membuat seruan: naiklah ke gunung, bawalah kayu dan bangunlah Rumah itu; maka Aku akan berkenan kepadanya dan akan menyatakan kemuliaan-Ku di situ, firman TUHAN. (Hagai 1:8). Respons mereka belum pernah terjadi sebelumnya. Kesemuanya (pemimpin-pemimpin, imam-imam, dan orang ramai) mereka mendengarkan suara Tuhan mereka dan kembali kepada Tuhan, takut akan Dia (Hagai 1:12). Perhatikan Hal Ini: Apakah yang menyebabkan ketidakmakmuran umat itu? Apakah yang Tuhan suruh mereka lakukan agar mengundur kembali situasi mereka? Apakah ertinya perhatikanlah keadaanmu?

II. Khutbah Kedua Disampaikan pada 21 September, 520 sebelum masehi.


(Baca Hagai 1:13-15 bersama kelas) Perkhabaran kedua adalah khutbah yang terpendek dan hanya mengandungi tujuh perkataan (hanya empat perkataan dalam bahasa Ibrani): Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN (ayat 13). Proklamasi ini sahajalah yang perlu didengari oleh mereka. Tuhan memberi jaminan bahawa Dia akan menyertai mereka! Inilah janji Tuhan yang eklusif. Jika Tuhan bersama dengan umatNya, tiada yang dapat mengalahkan mereka. Kehadiran Tuhan menyediakan semua apa yang mereka perlukan bagi kehidupan rohani dan fizikal mereka. Jika Tuhan bersama kita, siapakah yang dapat melawan kita? Tak seorangpun dan tiada yang dapat memisahkan kita dari kasih Tuhan (Roma 8:35-39). Hasilnya, setelah tiga minggu kebangkitan yang sungguhsungguh, umat Tuhan memulakan kerja atas rumah Tuhan yang Maha kuasa (Hagai 1:14).

121

RABU

5 Jun

KERINDUAN SEMUA BANGSA


Baca Hagai 2:6-9. Apa yang dijanjikan di sini, dan bagaimana kita
memahami kegenapannya? Melalui Hagai, Tuhan mengumumkan kegemparan besar kepada bangsa-bangsa pada hari Tuhan apabila rumah Tuhan akan dipenuhi oleh kehadiran Ilahi. Nabi itu menyeru kepada rakan sezamannya untuk melihat melampaui kesengsaraan dan kemiskinan semasa kepada kemuliaan kerajaan Tuhan di masa depan yang mana ditunjuk oleh rumah Tuhan. Sebab utama bagi pembinaan rumah Tuhan yang indah di Yerusalem adalah untuk menjadikannya layak bagi kehadiran Tuhan. Namun, menurut teks ini, Tuhan sanggup untuk mendiami rumah yang kurang gemilang dan seterusnya membawa keindahan kepadanya. Umat Tuhan tidak perlu terlalu bimbang dengan cara bagaimana mereka boleh membiayai pembinaan semula rumah Tuhan. Semua khazanah milik Tuhan yang telah berjanji untuk kekal di dalam rumah suci yang baru ini. Tuhan sendiri adalah pemberi keindahan rumah suci itu. Ketika orang-orang itu berusaha untuk melakukan peranan mereka, dan memohon pembaharuan rahmat Tuhan dalam hati dan kehidupan, perkhabaran demi perkhabaran disampaikan kepada mereka melalui Hagai dan Zakharia, dengan jaminan bahawa iman mereka akan diberikan ganjaran yang berlimpah dan bahawa firman Tuhan mengenai kemuliaan masa depan rumah Tuhan itu yang dindingnya mereka pelihara tidak akan gagal. Pada suatu masa nanti dalam bangunan inilah akan muncul apa yang menjadi Kerinduan semua bangsa sebagai Guru dan Juruselamat manusia. Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 577. Tuhan berjanji bahawa keindahan rumah Tuhan ini akan menjadi lebih hebat daripada kemuliaan rumah Tuhan yang lalu. Kemuliaan itu nanti adalah kemuliaan yang berbeza kerana rumah Tuhan ini akan dihormati oleh kehadiran Yesus, dalam tubuhnya sendiri. Sesungguhnya, kehadiran Kristus menjadikan kemuliaan rumah suci yang baru itu lebih besar daripada rumah suci Salomo. Baca Ibrani 8:1-5. Apapun kemuliaan rumah suci duniawi, kita tidak harus lupa bahawa ia hanya bayangan, simbol rencana penyelamatan. Fikirkan tentang apa maknanya, bahawa sekarang, Yesus melayani bagi pihak kita dalam rumah kudus yang sebenar, yang dibina oleh Tuhan, bukan oleh manusia. Bagaimana kita boleh belajar untuk lebih menghargai kepentingan mesej rumah kudus (sanktuari) dalam rencana penyelamatan? 122

Perhatikan Hal Ini: Apabila Tuhan berjanji kepada umatNya, Aku menyertai kamu, Apakah jaminan-jaminan yang tercakup dalam proklamasi ini?

III. Khutbah Ketiga Disampaikan pada 17 Oktober, 520 sebelum masehi.


(Baca kembali Hagai 2:19 bersama kelas.) Tuhan menguatkan pemimpin-pemimpin dan rakyat agar tidak melihat kesukaran-kesukaran dan tidak membandingkan rumah suci ini dengan kegemilangan rumah suci yang dibina oleh Salomo yang terdahulu. Rumah suci yang sekarang ini mungkin kelihatan seperti tiada keceriaan, tetapi mereka tidak berputus asa. Tuhan memberi dorongan: Kuatkanlah hatimu. . . Aku ini menyertai kamu. . janji Kuikat dengan kamu. . RohKu tetap tinggal di tengahtengah Kamu (Hagai 2:4,5). Kerja ini akan dijayakan oleh Roh Tuhan (lihat juga Zakharia. 4:6); dan kemuliaan rumah sekarang ini akan menjadi lebih besar (Hagai. 2:9) daripada rumah suci Salomo, kerana Mesias, Yesus Kristus, akan datang memasukinya. Khutbah ketiga ini mengandungi satu daripada nubuatan Mesianik yang paling indah: Aku akan menggoncangkan segala bangsa, dan mereka akan datang kepada Kerinduan Segala Bangsa, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam (Hagai 2:7, terjemahan dari KJV). Keinginan Semua Bangsa, frasa yang muncul hanya sekali dalam keseluruhan Alkitab , adalah tidak lain melainkan Yesus Kristus. Perhatikan Hal Ini: Tajuk buku Kerinduan Segala Zaman oleh Ellen G. White, telah diilhamkan oleh yang ini. Apakah erti perkataan kerinduan itu bagi anda? Apakah yang ada pada Kristus yang Segala Bangsa rindukan?

IV. Khutbah Keempat Disampaikan pada 18 Disember, 520 sebelum masehi.


(Baca kembali Hagai 2:10-19 bersama kelas.) Hagai bertanya kepada imam dua soalan: adakah daging kudus membawa kekudusan kepada benda-benda yang ia sentuh? (ayat 12). Jawapan kepada soalan pertama ini adalah Tidak. Soalan kedua: Adakah seseorang yang najis oleh mayat menajiskan benda yang berada di sekelilingnya? (ayat 13). Jawapannya adalah Ya. Apakah yang tersirat dalam pertanyaan ini? Dosa secara automatik merebak di sekeliling kita; oleh itu, jika kita mahukan sesuatu yang baik berlaku di sekeliling kita, ia mesti dipupuk dengan berhati-hati! Rumpai di taman tumbuh dengan sendirinya, tetapi untuk menumbuhkan sayur-sayuran, seseorang itu perlu menanam dan menjaga sayur-sayuran itu. Hanya Tuhan yang boleh menwujudkan kesucian dalam kehidupan seseorang, kerana Dia adalah satu-satunya sumber kekudusan. Orang, benda, dan masa boleh menjadi kudus hanya apabila mereka berada dalam hubungan dengan Tuhan. Ini adalah pesanan terakhir kepada semua orang. Tuhan mendorong: Memikirkan dengan saksama (diulang tiga kali, ayat 15, 18) membawa orang memikirkan dengan saksama, dan kemudian Dia berjanji: Mulai dari hari ini Aku akan memberkati kamu (ayat 19).

123

KHAMIS CINCIN METERAI TUHAN

6 Jun

Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, Aku akan mengambil engkau, hai Zerubabel bin Sealtiel, hamba-Ku demikianlah firman TUHANdan akan menjadikan engkau seperti cincin meterai; sebab engkaulah yang Kupilih, demikianlah firman TUHAN semesta alam. (Hagai. 2:23). Mesej terakhir dari Tuhan kepada Hagai telah diberikan pada hari yang sama seperti yang sebelumnya untuk melengkapkannya (lihat Hagai. 2:22, 23). Tuhan memberi amaran kemusnahan yang akan datang atas kerajaan-kerajaan dan bangsa-bangsa pada hari penghakiman Tuhan. Tetapi pada hari yang sama, nabi itu berkata, hamba Tuhan akan menyelesaikan tugas yang ditetapkan oleh Tuhan bagi penyelamatan. Ini kita boleh faham dengan lebih baik sebagai telah digenapi, akhirnya dan sepenuhnya, hanya pada Kedatangan Kedua dan pada masa-masa selepas itu. Pemimpin politik negara dikaitkan di sini dengan pemerintahan gemilang Daud Raja Israel, yang mana adalah asal keturunannya (Zerubabel). Zerubabel cucu Raja Yoyakhin dan waris yang sah kepada takhta Daud selepas pembuangan di Babilon. Dia pernah berkhidmat sebagai gabenor Yehuda di bawah raja Parsi Darius yang Agung, dan merupakan penggerak utama di sebalik pembinaan semula rumah Tuhan di Yerusalem. Yosua adalah imam besar yang juga membantu untuk membina semula rumah Tuhan. Nabi berkata bahawa Zerubabel akan menjadi cincin meterai Tuhan, objek yang menyediakan bukti kuasa diraja dan kepemilikan. Seperti seorang raja memeteraikan dokumen undang-undang dengan cincin, Tuhan akan menarik perhatian seluruh dunia melalui kerja hambaNya. Walaupun peranan penting Zerubabel dalam pembinaan semula rumah Tuhan tidak boleh dipandang remeh, dia tidak memenuhi semua janjijanji yang diberikan kepadanya oleh Tuhan melalui Hagai. Penulispenulis Injil yang diilhami menunjuk kepada seorang individu dan pelayanan Yesus, anak kepada kedua-dua Daud dan Zerubabel, sebagai penggenapan akhir kepada semua janji-janji Mesianik yang ditemui dalam Alkitab. Baca Lukas 24:13-27, beri tumpuan terutamanya kepada kata-kata Kristus kepada dua orang lelaki itu. Apakah mesej penting yang Dia berikan kepada mereka, dan bagaimana kata-kataNya menunjukkan kepada kita pentingnya memahami nubuatan Perjanjian Lama, dan mengapa ia begitu relevan bagi orang Kristian hingga ke hari ini? 124

Perhatikan Hal Ini: Mengapa selalu terjadi apabila anda cuba melakukan yang baik, tiba-tiba anda menghadapi banyak halangan dan kesukaran? Apakah yang hal itu katakan tentang kewujudan kejahatan?

V. Khutbah Kelima Disampaikan pada 18 Disember, 520 sebelum masehi.


(Baca kembali Hagai 2:2023 bersama kelas.) Pesanan terakhir adalah pesan peribadi khusus untuk Zerubabel, gabenor Yerusalem. Tuhan berfirman bahawa Dia akan campur tangan, dengan itu tujuanNya akan tercapai. Gabenor itu akan menjadi cincin metraiNya jika dia mau bekerjasama dengan Tuhan untuk menjadi contoh yang hidup bagiNya, sebagai model seperti apakah Tuhan itu sebagaimana yang dinyatakan melalui instrumenNya, manusia. Zerubabel akan menjadi jaminan dan tandatangan Tuhan. Zerubabel tidak perlu bimbang tentang apa-apapun. Tuhan akan bekerja untuk, dan melalui dia (lihat perbandingan dengan Raja Yoyakim [Coniah] dalam Yeremia 22:24). Zerubabel kemudian disebut dalam silsilah Yesus (Matius 1:12, 13). Perhatikan Hal Ini: Zerubbabel telah dipilih oleh Tuhan. Atas tujuan apa? Apakah maksudnya menjadi model atau manusia sebagai alat bagi Tuhan? Apakah jenis dimensi yang dimaksudkan oleh kata-kata itu sehubungan dengan jenis pekerjaan yang Tuhan ingin selesaikan dengan menggunakan kita?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Tuhan mahu memberkati umatNya, tetapi terlebih dahulu mereka perlu menyahut panggilanNya melalui FirmanNya dan Roh Kudus. Perhatikan dalam Alkitab bagaimana Firman Tuhan dan Roh bersama-sama untuk menwujudkan kehidupan (Kejadian 1:1-3, Mazmur 33:6, Yehezkiel 37:314). Soalan Penerapan Tanya ahli kelas untuk menerangkan dalam kata-kata mereka sendiri perbezaan antara bekerja beseorangan dalam pekerjaan Tuhan atau bersama-sama dalam satu kerjasama yang erat. Bagaimanakah anda memberi dorongan kepada orang lain dalam gereja anda untuk berperanan dalam pekerjaan Tuhan? Bagaimana anda membangun gereja anda secara fizikal dan rohani?

LANGKAH 4Mewujudkan Aktiviti:


1. 2. 3. Karang dalam kata-kata anda sendiri seolah-olah anda ialah Hagai atau Zerubabel dan ceritakan pengalamannya seperti yang diceritakan dalam buku Hagai. Minta ahli kelas baca atau sampaikan kata-kata mereka sendiri. Tuliskan dialog imaginasi antara Hagai dan Zakharia ketika mereka mahu menolong umat Tuhan untuk membina rumah suci di Yerusalem. Minta ahli kelas kutip dari antara khutbah-khutbah Hagai yang paling berbicara kepada mereka pada masa ini dalam kehidupan mereka. Dalam cara apakah pelajaran daripada khutbah-khutbah itu terpakai dalam kehidupan kita masa ini? Minta pelajar berkongsi pendapat mereka dalam kelas.

125

JUMAAT

7 Jun

Kajian Tambahan: Tetapi walaupun pada masa gelap ini bukannya tidak ada harapan bagi mereka yang meletakkan kepercayaan kepada Tuhan. Nabi Hagai dan Nabi Zakharia telah dibangkitkan untuk menangani krisis itu. Dalam testimoni yang menggerakkan, utusan-utusan yang dilantik ini menyatakan kepada rakyat punca masalah mereka. Kekurangan kemakmuran duniawi adalah hasil daripada pengabaian untuk meletakkan kepentingan Tuhan dahulu, para nabi itu menerangkan. Sekiranya Israel memuliakan Tuhan, jika mereka telah menunjukkan kepadaNya penghormatan dan kesopanan, dengan menjadikan pembinaan bangunan itu kerja pertama mereka, mereka sepatutnya telah mengundang kehadiran dan rahmatNya. .Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 573, 574. Rumah Tuhan yang kedua tidak diberi penghormatan oleh awan kemuliaan Yehovah, tetapi oleh kehadiran Seorang yang mana padaNya tinggal kepenuhan keTuhanan. Secara badani yang adalah Tuhan sendiri dinyatakan dalam tubuh. Kerinduan semua bangsa itu sememangnya telah datang ke rumah suciNya apabila Orang dari Nazareth itu mengajar dan menyembuhkan di ruang rumah suci. Dalam kehadiran Kristus dan dalam cara ini sahaja, rumah suci yang kedua telah mengatasi yang pertama dalam kemuliaan. .Ellen G. White, The Great Controversy, ms. 24. Soalan Perbincangan: 1. Dalam kelas, bincangkan jawapan anda kepada soalan hari Isnin mengenai kehadiran Yesus di bumi. Fikirkan implikasi bukan sahaja kehadiranNya tetapi pengorbanan diriNya sendiri untuk dosa-dosa dunia. Fikirkan apakah erti hal ini tentang nilai kita sebagai individu. Fikirkan juga, betapa berbeza pandangan umat manusia hari ini sebagaimana pandangan ateis mengenai evolusi yang begitu biasa di bahagian-bahagian tertentu di dunia ini. 2. Yesaya bercakap tentang raja Babil yang sombong yang, pada puncak kekuasaannya, membuat bumi gemetar, dan menggoncangkan kerajaankerajaan (Yesaya 14:16, 17). Betapa berbezanya goncangan itu dengan campur tangan Tuhan seperti yang digambarkan oleh Hagai dalam bab 2 bukunya? 3. Israel Purba biasanya ingkar kepada mesej yang disampaikan oleh nabi Tuhan. Bersedialah untuk berkongsi dengan ahli kelas anda beberapa cara di mana umat Tuhan hari ini mengingkari mesej yang Tuhan hantar kepada umatNya. 4. Alkitab adalah sangat jelas: rumah suci purba dan sistem korban hilang semua nilainya, sekali dan untuk selamanya, selepas kematian Yesus. Apakah yang Ibrani 8 dan 9 beritahu kita tentang perkara yang Kristus telah lakukan dan sedang lakukan untuk kita yang tidak dapat dilakukan oleh rumah suci yang awal?

126

Pelajaran 11| 8 -14 Jun Penglihatan Pengharapan (Zakharia) ________________________________________________________ SABAT PETANG
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Zakharia 1, 2, Roma 15:9-18, Efesus 3:1-8, Zakharia 3, 4, Keluaran 25:31-40, Zakharia 7. Ayat Hafalan: Pada hari itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, setiap orang dari padamu akan mengundang temannya duduk di bawah pohon anggur dan di bawah pohon ara (Zakharia 3:10). Intipati: Walaupun Israel telah dihukum kerana dosa-dosanya, telah tiba masanya untuk hidup sekali lagi dalam hubungan dengan Tuhan sesuai dengan janji-janjiNya.
ada dinding sebuah istana tua di Eropah tengah terdapat inskripsi Latin yang pendek berbunyi: Dum spiro, spero! Ia bermaksud, Selagi saya bernafas, saya mempunyai harapan! Ungkapan ini boleh merumuskan perkhabaran Zakharia kepada umat Tuhan. Hampir dua puluh tahun selepas kepulangan mereka dari penawanan di Babilon, kekecewaan menggantikan semangat awal di kalangan umat Tuhan yang mula tertanya-tanya sama ada Tuhan masih ada di kalangan umatNya. Zakharia, yang namanya bermaksud Tuhan mengingati, memulakan pelayanan kenabiannya beberapa bulan selepas Hagai memulakan pelayanannya (Hagai. 1:1, Zakharia 1:1). Melalui siri penglihatan nubuatan, Zakharia mengetahui rencana Tuhan untuk masa kini dan masa depan. Kerajaan kekal Tuhan akan segra datang, tetapi nabi itu menyeru mereka yang hidup dalam zamannya untuk melayani Tuhan sekarang. Sebahagian besar buku itu berkisar kepada cara seruan itu dilakukan. Pelajaran minggu ini, dan berikutnya, kita akan melihat apa yang Tuhan singkapkan melalui Zakharia. *Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 15 Jun.

127

AHAD

9 Jun

SABDA HIDUP MEMBERI PENGHIBURAN


Baca
Zakharia 1. Apakah mesej penting di sini? Beri fokus terutama kepada Zakharia 1:3. Apakah yang Tuhan katakan kepada orang-orang itu? Kepulangan dari buangan di Babilon mencetuskan kegembiraan dalam hati umat sisa itu. Tetapi kepulangan itu juga menyebabkan kebimbangan. Adakah keselamatan diri mereka terjamin di tanah mereka, atau musuh akan datang lagi untuk mengganggu mereka? Adakah Tuhan sudah mengampuni ketidaksetiaan mereka yang lalu, atau Dia akan meneruskan hukuman mereka? Apakah yang dijanjikan oleh masa depan bagi umat pilihan Tuhan dan untuk negara? Dalam penglihatan (khayal), Zakharia melihat malaikat Tuhan bergerak untuk memberi syafaat bagi Yehuda. Dia bermula dengan soalan, Berapa lama? Dalam Alkitab, soalan ini sering digunakan sebagai ungkapan penderitaan atau kesusahan dan rayuan rakyat kepada Tuhan untuk bantuan (Mazmur 74:10, Yesaya 6:11, Daniel 8:13). Jawapan bagi soalan itu datang secara langsung melalui malaikat yang menginterpretasikan, yang kemudian menyampaikannya kepada nabi. Ia mengandungi kata-kata yang menjanjikan kemurahan dan penghiburan Tuhan. Zakharia telah diberitahu untuk menyatakan bahawa Tuhan mereka sangat cemburu kepada Yerusalem (Zakharia 1:14). Cemburu boleh mempunyai konotasi negatif, tetapi dalam Alkitab, ia juga boleh menjadi satu ungkapan kasih Tuhan. Tuhan mengasihi umatNya dan mengharapkan mereka setia. Berbeza dengan cintaNya terhadap Yerusalem, malaikat itu berkata bahawa Tuhan marah dengan bangsa itu yang telah melayan umatNya dengan begitu kasar. Celaan penuh terhadap bangsa itu adalah kerana mereka menambah bencana disiplin Ilahi memperlakukan tawanan dengan kekerasan yang melampau. Zakharia 1:14 mengakui Tuhan sebagai telah marah, tetapi Dia berjanji untuk membayar balik dengan keselesaan. TujuanNya, yang mana nabi telah ditugaskan untuk menyampaikannya, adalah untuk kembali ke Yerusalem dengan belas kasihan. Tuhan akan menghiburkan Sion (lihat Yesaya 40:1), manakala kemarahanNya akan diarahkan kepada musuh-musuhNya. Yerusalem akan dipulihkan, dan ia sekali lagi akan menjadi tempat kediaman Tuhan.

Lihat kembali di Zakharia 1:3. Bagaimanakah seseorang kembali kepada


Tuhan? Dalam cara apakah panggilan ini untuk memulihkan hubungan peribadi antara Tuhan dan umatNya? Bagaimanakah kita (atau adakah kita?) kembali kepada Tuhan setiap hari?

128

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
menolong anda menyesuaikan diri anda sendiri dengan waktu dan dalam kehidupan peribadi anda? B. Mengapakah tindakan Tuhan pada masa lalu masih releven bagi kita hari ini? C. Apakah pemahaman anda tentang kuasa yang datang oleh memiliki visi yang tepat dalam hidup?

Ayat Utama: Zakharia 3:10 Pelajar Akan:


Mengetahui:Diyakinkan bahawa jika Dia dapat menguasai bangsabangsa, Tuhan lebih lagi boleh mengendalikan kehidupan lelaki dan wanita. Mereka jangan sekali-kali lupa bahawa Dia mengetahui masa depan. Merasakan:Meyakini bahawa Tuhan mengampuni dan memulihkan kepada hidup yang baru. Dia memfokuskan perhatian istimewaNya kepada pemimpin kerohanian untuk mempersiapkan mereka kepada pelayanan mereka. Melakukan: Akur bahawa kita tidak dapat menjayakan sesuatu melalui kuasa dan kekuatan sendiri. Roh Tuhan mengubah dan menyelesaikan hal yang tiada seorangpun yang dapat lakukan.

II. Merasakan: Kuasa Penyucian Tuhan


A. Kenapakah pemimpin-pemimpin gereja pun perlu disucikan? B. Kenapakah hanya Tuhan yang dapat membuangkan dosa? C. Bagaimanakah kita pasti yang Tuhan mengampuni kita? Bagaimana dan bilakah anda mendapat jaminan pengampunan?

III.Melakukan: Hidup Dengan Kuasa Spiritual


A. Mengapakah kita sering merasa lemah? B. Apakah perbezaan yang Roh Tuhan lakukan dalam kehidupan kita, gereja kita, dan komuniti kita? C. Bagaimanakah kita dapat menyerahkan diri kita kepada kendalian Roh agar Dia dapat menggunakan kita untuk menyelesaikan tujuanNya?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Kuasa Melihat Masa Depan
A. Bagaimanakah pengetahuan Tuhan mengenai masa depan

Ringkasan: Firman Tuhan, pengampunan, dan kehadiran Roh Tuhan adalah unsurunsur yang sangat penting dalam kehidupan kita. Gabungan ini membawa kehidupan yang sebenar. Tuhan mahu membantu umatNya dalam pergumulan hidup mereka dan memberikan kemenangan kepada mereka atas godaan dan dosa.

129

ISNIN TUHAN DATANG

10 Jun

Bagaimana nubuatan ini akan digenapi? (Roma 15:9-18, Efesus 3:1-8).

Baca Zakharia 2. Ia mencatatkan penglihatan di mana nabi diperlihatkan Yerusalem yang diperbaharui, penduduknya terlalu padat sehingga ia melebarluaskan dindingnya. Ia juga akan menarik bangsa-bangsa lain yang begitu ramai, pemikiran yang tentu sekali kedengaran sangat pelik bagi orang-orang itu. Ayat 10 dimulakan dengan panggilan untuk bersorak-sorai dan bergembira, disusuli oleh sebab untuk kegembiraan sedemikian: Kedatangan peribadi Tuhan untuk hidup di kalangan umatNya. Kepulangan dramatik Tuhan untuk tinggal di rumahNya yang dibina semula adalah alasan untuk memuji bagi umat Tuhan yang telah kembali dari buangan. Sion, tempat kediaman Raja yang hebat, dipanggil Puteri Sion, istilah nubuatan bagi panggilan mesra. Sehubungan dengan prospek kegemilangannya, Sion dijemput untuk bergembira, kerana Tuhan sendiri akan menjaga penduduknya. Sesiapa yang menyentuh umat Tuhan bererti menyentuh biji mata sendiriNya (ayat 8). Nabi itu berkata bahawa pada hari Tuhan, ramai bangsa yang bukan dari suku Ibrani akan datang dan menggabungkan diri kepada perjanjian Tuhan. Rencana asal Tuhan adalah bahawa rakyat dari bangsa-bangsa sekitar Israel akan melihat bagaimana penyembahan Israel kepada Tuhan yang sebenar mendatangkan berkat dan kemakmuran; oleh itu, mereka akan dipimpin untuk menggabungkan diri mereka kepada Tuhan. Dengan cara ini sisa Israel dan bangsa-bangsa lain yang beriman bersama-sama akan menjadi satu bangsa, di mana Tuhan sendiri tinggal di tengah-tengah mereka. Peristiwa ini akan menggenapi janji Tuhan kepada Abram dan Sarah bahawa melalui keturunan mereka, semua bangsa-bangsa di dunia akan diberkati (Kejadian 12:1-3). Melalui nubuatan Zakharia, janji-janji Tuhan bukan pemusnahan bangsa-bangsa tetapi penggabungan mereka di kalangan umat perjanjian Tuhan. Masa depan yang dijanjikan adalah hasil inisiatif Tuhan sendiri dan merupakan kerinduan ramai nabi-nabi alkitabiah. Yesus Kristus mengutus gerejaNya untuk mengkhabarkan berita baik kepada seluruh dunia tentang keselamatan yang boleh didapati untuk semua orang di dalam Yesus, jika mereka menerima itu untuk diri mereka sendiri. Rasul Paulus menyebut pelan Tuhan ini misteri tersembunyi yang didiamkan berabadabad lamanya (Roma 16:25). Bagaimana seharusnya pemahaman kita tentang kesejagatan khabar Injil, dan idea bahawa ia adalah untuk semua umat manusia memberi kesan bagaimana kita hidup; berapa banyak kehidupan kita, masa kita, dan fikiran kita tertumpu kepada menjangkau dunia dengan kebenaran yang indah yang telah diberikan kepada kita?

130

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Zakharia 4:6
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Tuhanlah yang berkuasa atas sejarah dan kehidupan individu. Dia membenarkan, menguduskan, dan memimpin individu ke dalam penurutan, kegembiraan, hidup yang beretika. Dia mendorong kita untuk mencari Dia supaya mendapat kuasa untuk melakukan kehendakNya. Pembuka Perbincangan: Seorang nabi adalah jurucakap bagi Tuhan dengan wibawa yang besar. Tetapi atas fakta apakah wibawa nabi itu terbina? Mengapakah ianya penting untuk menyambut pesanan nabi dengan serius? Soalan Untuk Perbincangan: Di samping semua janji-janji Tuhan akan bantuan dan pimpinanNya, mengapa kita masih merasa kurang secara rohani, sering menjadi mangsa dalam kelemahan kita sendiri? Apakah cara untuk mengubah hal itu? Tuhan mengatakan bahawa pekerjaanNya tidak dapat diselesaikan oleh kekuatan atau oleh kuasa, tetapi ia diselesaikan oleh RohKu (Zakharia 4:6). Apakah yang dinyatakan ini tentang sifat Roh Tuhan itu?

LANGKAH 2Mengkaji

Ulasan Alkitab
Nama Zakharia bererti Tuhan mengingati. Tuhan mengingati janji-janjiNya, dan Dia akan memenuhinya. Dia mengingati umatNya dan penderitaan mereka tetapi juga mengetahui dosa-dosa mereka, Dia mau membebaskan mereka dari kuasa kejahatan. Dia mengingati jaminanNya untuk mengirimkan Benih yang Dijanjikan, yang akan mengalahkan Iblis (Kejadian 3:15). Dia mengingati janjiNya untuk mendirikan kerajaan kekalNya berdasarkan kasih, keadilan, kebenaran, dan kebebasan.

I. Lapan Penglihatan Waktu Malam


(Baca kembali Zakharia 3:1-10 bersama kelas)
Perkhabaran enam bab yang pertama dari buku Zakharia agak sedarhana: kini tiba masanya untuk membangun kembali rumah Tuhan. Panggilan ini adalah komunikasi utama di sebalik lapan siri penglihatan (khayal) pendek yang Tuhan berikan kepada Zakharia untuk membantu dia memahami prospektif yang lebih luas keadaan semasa umat Tuhan. Setiap penglihatan membabitkan nabi itu dalam pemikiran logik yang memperdalamkan lagi pemahamannya kepada perkhabaran itu. Penglihatan itu telah ditulis urutan chiastic, yang bermaksud bahawa penglihatan pertama sepadan dengan yang terakhir, kelapan; kedua dengan ketujuh; ketiga dengan keenam; dan, akhirnya,

131

SELASA

11 Jun

KESEDIAAN TUHAN UNTUK MENGAMPUNI


Baca Zakharia 3. Bagaimana Injil digambarkan di sini?
Dengan pengecualian Yesaya 53, mungkin, tiada bahagian dari Perjanjian Lama yang menerangkan dengan lebih baik kebenaran indah mengenai keselamatan oleh iman sahaja daripada Zakharia 3. Dalam khayal ini, imam tinggi Yosua sedang dibicarakan atas tuduhan yang dilemparkan oleh penuduh rasmi, Syaitan. Tuduhan terhadap imam tinggi itu juga terpakai kepada bangsa yang dia wakili. Yoshua nama (juga dieja sebagai Yesua) bermaksud Tuhan menyelamatkan (lihat Matius 1:21), dan juga boleh di eja sebagai Yesus. Dalam Alkitab, posisi berdiri di sebelah kanan merupakan satu pertahanan dan perlindungan. Pemazmur itu berkata, Aku senantiasa memandang kepada TUHAN; karena Ia berdiri di sebelah kananku, aku tidak goyah (Mazmur 16:8, ITB; lihat juga Mazmur 44:3.). Dalam kes ini, pendakwa melakukan sebaliknya (Mazmur 109:6). Sementara Yosua mengantara di hadapan Tuhan, untuk rakyatnya, Iblis membawa tuduhan terhadap mereka berdasarkan dosa-dosa mereka. Tuhan menolak tuduhan itu, mengingatkan pendakwa bahawa dalam rahmatNya Dia sudah memilih Yosua. Selain itu, umatNya telahpun mengalami ukuran penuh hukuman Ilahi. Yosua dan umat sisa telah ditarik seperti puntung kayu yang terbakar dari api yang memusnahkan (Amos 4:11) oleh penawanan yang lama di Babilon. Atas arahan malaikat Tuhan, pakaian Yosua, yang melambangkan dosa kaumnya, ditanggalkan, dan dia dibersihkan dan kemudian diberi pakaian pesta keselamatan dan kebenaran yang baharu. Akhirnya, Yosua ditugaskan untuk melaksanakan rencana Tuhan dan mengikut jalanNya, satu sikap yang akan membawa pelbagai berkat Tuhan. Imam besar tidak dapat membela dirinya sendiri atau kaumnya daripada tuduhan Iblis. Dia tidak mengatakan bahawa Israel bebas daripada kesalahan. Dalam pakaian kotor, melambangkan dosa orang-orang yang dia tanggung selaku wakil mereka, dia berdiri di hadapan Malaikat itu, mengaku kesalahan mereka, namun mengarahkan pertaubatan dan kehinaan mereka, dan bergantung kepada rahmat dari Penebus pengampun dosa. Dalam iman dia menuntut janji-janji Tuhan. Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 583, 584.. Sudah tentu janji-janji itu termasuklah menutup dosa oleh kebenaran Kristus. Bayangkan anda harus berdiri di hadapan Tuhan dalam pakaian kotor anda sendiri. Apakah pengharapan besar diberikan di sini, dan bagaimanakah anda, bukan sahaja menuntut pengharapan itu untuk diri sendiri tetapi menyatakan realiti pengharapan itu, boleh melalui kehidupan yang suci dan telah dikuduskan?

132

pada kemuncak adalah yang keempat, diiringi oleh yang kelima. Pasangan ini juga menerangkan subjek yang berkaitan, yang kronologi disusun dalam susunan terbalik. Untuk meringkaskan mesej setiap penglihatan kita boleh mengatakan yang berikut: 1. Penglihatan yang pertama (Zakharia 1:7-11), tentang seorang lelaki di antara pohonpohon murad dan empat ekor kuda dengan penunggang mereka, menyampaikan idea bahawa kuda damai ini pergi menjelajahi bumi, dan penunggang mereka mengisytiharkan bahawa bumi berada dalam keadaan tenang dan aman (ayat 11). Jadi, kini adalah masa yang sesuai untuk bekerja dalam projek Tuhan; iaitu, untuk membina rumahNya, kerana tiada sesiapapun yang mempunyai kuasa untuk menghentikannya. Tuhan telah menetapkan perdamaian. Penglihatan kedua (Zakharia 1:18-21), tentang empat tanduk (NKJV), menerangkan bagaimana tukang besi memecahkan tanduk-tanduk itu. Tuhan mendedahkan kesudahan politik yang menjadi punca bagi pembuangan itu. Kuasakuasa ini telah dirobohkan kerana mereka adalah halangan kepada pembinaan rumah Tuhan. Penglihatan ketiga (Zakharia 2:1-5), tentang manusia dengan garis pengukur (NKJV), menunjukkan berkat Tuhan yang berlimpah: Aku sendiri, demikianlah firman TUHAN, akan menjadi tembok berapi baginya di sekelilingnya, dan Aku akan menjadi kemuliaan di dalamnya (ayat 5). Penglihatan keempat (Zakharia 3:1-10), tentang pengampunan Tuhan bagi Yosua, terletak di tengah-tengah daripada lapan penglihatan. Syaitan menuduh Yosua, imam besar itu, yang jubah imamnya kotor, yang melambangkan kekotoran dosa. Tetapi Malaikat TUHAN itu, yang tanpa diragukan lagi adalah pra-inkarnasi Yesus Kristus, mengarahkan pakaian kotor Yosua ditanggalkan dan memberi jaminan kepada Yosua: Lihat, dengan ini aku telah menjauhkan kesalahanmu dari padamu! Aku akan mengenakan kepadamu pakaian pesta. (Zakharia 3:4). Kemudian Tuhan menugaskan kembali Yosua melayani di rumah Tuhan dan mengumumkan nubuatan indah tentang Mesias. Yosua telah diampuni dengan percuma dan diistiharkan benar, kerana Tuhan mengisytiharkan demikian. Atas dasar ini dia mendapat jaminan keampunan dan keselamatan. Penglihatan kelima (Zakharia 4:1-14), tentang Tuhan memperkasakan Zerubabel, terletak pada teras perkhabaran Zakharia, bersama-sama dengan penglihatan keempat. Tuhan memberikan RohNya kepada Zerubabel untuk membina rumah Tuhan; oleh itu, Dia menguatkan Zerubabel untuk menyelesaikan kehendakNya. Penglihatan tentang kaki pelita emas dan minyak ini meletakkan penekanan kepada pekerjaan Roh Tuhan yang menguduskan. Hanya Roh Kudus boleh mengubah dan menggerakkan kerja-kerja bagi Tuhan dalam cara yang berkesan. Penglihatan keenam (Zakharia 5:1-4), tentang skrol terbang (ayat 1), menunjukkan bahawa sumpahan itu diukur dan Tuhan sendiri menghukum kezaliman. Penglihatan ketujuh (Zakharia 5:5-11), tentang wanita yang duduk di dalam bakul (ayat 7), menerangkan sebab rohaniah bagi pembuangan itu. Tuhan mendedahkan kejahatan orang yang telah membawa mereka ke dalam penawanan Babilon.

2.

3.

4.

5.

6. 7.

133

RABU 12 Jun BUKAN OLEH KUASA MANUSIA


Baca Zakharia 4. Apakah pengharapan yang disampaikan kepada orang-orang
itu? Dalam khayal ini, Zakharia melihat kaki dian yang dibekalkan minyak oleh dua pokok zaitun, yang merujuk kembali kepada lilin yang terletak di Tempat Suci khemah di belantara (Keluaran 25:31-40). Tujuh lampu itu disusun di sekeliling mangkuk besar yang berfungsi sebagai takungan minyak. Mangkuk itu, dengan bekalan minyak yang melimpah, melambangkan kepenuhan kuasa Tuhan melalui RohNya. Tujuh lampu itu bersinar dengan cahaya yang melimpah, simbol kehadiran Tuhan, yang menghalau kegelapan. Sama seperti minyak zaitun yang mengalir secara langsung dari pokok ke dalam mangkuk minyak di bahagian atas kaki dian tanpa sebarang agensi manusia, begitu juga kuasa yang datang dari Tuhan itu berterusan dan mencukupi dan juga tidak memerlukan agensi manusia. Mesej dari penglihatan yang diberikan kepada nabi adalah bahawa rumah Tuhan di Yerusalem tidak lama lagi akan dibina semula. Roh Tuhan, bukan sekadar usaha manusia, menjamin penyiapan kerja itu. Mesej yang tegas ini diberikan di sebalik hakikat bahawa rintangan-rintangan yang dihadapi oleh pembina muncul sebesar gunung (ayat 7). Nabi itu tidak diberitahu siapa yang diwakili oleh kaki dian, tetapi kita yakin bahawa kedua-dua pokok zaitun itu mewakili dua pemimpin Yehuda, Yosua dan Zerubabel. Dari segi duniawi, kedudukan Zerubabel ini tidak dapat menandingi kuasa diraja dan kekuatan nenek moyangnya Daud dan Salomo. Dari sudut pandangan manusia, semua usaha dan sumber yang tersedia untuk pembina tidak mencukupi. Namun, Firman Tuhan menjanjikan bahawa raja tidak diselamatkan oleh saiz tenteranya, mahupun oleh pahlawan dengan keperkasaannya (Mazmur 33:16). Dengan cara ini pemimpin diberitahu bahawa hanya apabila Roh memimpin barulah setiap rincian pelayanan boleh memuliakan Tuhan. Dalam petikan ini nubuatan, Kristian diberi satu prinsip yang penting untuk diingati: Mungkin Tuhan memanggil kita untuk tugas yang sukar, tetapi melalui kerja RohNya, Dia boleh mencapai tujuanNya (lihat Filipi 2:13, 4:13). Oleh Roh, Tuhan memberikan kuasa untuk melakukan kerjaNya sekarang ini sebagaimana Dia lakukan terlebih dahulu. Ini dapat dicapai bukan dengan keperkasaan atau kuasa manusia tetapi oleh kerana Tuhan bekerja melalui orang-orang yang terbuka untuk digunakan olehNya.

Baca

dengan teliti Zakharia 4:6. Mengapakah ia begitu penting sentiasa

mengingati pergantungan kita sepenuhnya kepada Tuhan? Apa yang boleh berlaku apabila kita lupa bahawa semua yang kita miliki, atau boleh lakukan, hanya datang dari Tuhan dan kuasaNya yang bekerja dalam kita?

134

8.

Penglihatan kelapan (Zakharia 6:1-8), tentang empat kereta kuda (ayat 1), menyatakankan pertentangan dengan penglihatan pertama. Perkhabaran terakhir adalah mengenai peperangan dan pergolakan di dunia, tetapi Tuhan akan campur tangan, dan RohNya akan membawa keamanan.

Untuk memahami mesej penglihatan ini dengan baik, seseorang itu perlu mengetahui bahawa empat penglihatan yang pertama menunjukkan kesan dan bahawa empat penglihatan yang terakhir menggambarkan keadaan yang membawa kepada kesudahan itu. Oleh itu, penglihatan ini perlu dikaji dalam urutan terbalik. Seseorang harus bermula dengan penglihatan yang terakhir dan pergi kepada yang pertama (dari perang kepada keamanan), lanjutkan dengan yang ketujuh dan kemudian pelajari yang kedua (dari keagamaan punca pembuangan itu kepada sebab politik), kemudian selidiki penglihatan yang keenam dan diikuti dengan yang ketiga (beralih dari kutukan dan hukuman kepada berkat Tuhan yang amat besar). Di tengah-tengah penglihatan ini adalah penglihatan yang keempat dan kelima. Pertama Tuhan memungkinkan Zerubabel untuk membina rumah Tuhan itu dan kemudian menyucikan imam besar Yosua untuk melayani di rumah Tuhan ini. Dari yang pertama kepada yang terakhir dan dari yang terakhir kepada yang pertama, Tuhanlah yang bertindak. KasihNya, rahmat, dan keadilan terungkap dan dibuktikan. Selain dari situasi bersejarah ini, dalam kehidupan peribadi kita, kita perlu terlebih dahulu mengalami kasih Tuhan, yang menyentuh hati kita. Kemudian kita mesti mengalami keampunan dan penyucianNya, dan akhir sekali melalui pemperkasaan oleh RohNya supaya kita boleh dikuduskan dan secara beransur-ansur berubah dalam imejNya, membolehkan untuk mentaatiNya dan mengikut hukum-hukumNya, saksi bagiNya, dan seterusnya melayani orang lain tanpa mementingkan diri. Perhatikan Hal Ini: Mengapa Tuhan menyampaikan mesejNya kepada nabi melalui penglihatan dan mimpi dan bukan dengan ucapan langsung? Bincangkan sama ada anda fikir ia berupa satu bentuk komunikasi yang baik, malah lebih daripada yang baik, dan mengapa. Soalan Perbincangan : Tuhan begitu rapat dengan umatNya sehingga Dia mengisytiharkan: Sesiapa yang menyentuh kamu menyentuh biji mataNya (Zakharia 2:8). Apakah contoh lain dalam Kitab Suci yang anda temukan tentang keintim antara Tuhan / Kristus dan pengikutNya? Pikirkan, sebagai contoh, ayat berikut: Matius 25:40, 45; Kisah 9:4, 5.

II. Tuhan Menggalakkan Perbuatan Yang Benar (Baca kembali Zakharia 7:9,10, bersama kelas)
Sehubungan dengan bantuan dan campur tangan Tuhan yang memihak kepada umatNya, orang-orang yang percaya termotivasi dan diperkasakan untuk berbuat kebaikan.

135

KHAMIS

13 Jun

LEBIH DARIPADA BERPUASA


Pada tahun ketiga pelayanan Zakharia, delegasi dari Betel datang ke Yerusalem untuk bertemu dengan imam dan nabi dan mengajukan satu pertanyaan (lihat Zakharia 7:1-3). Ketika mereka berada dalam buangan di Babilon, mereka berpuasa pada bulan kelima untuk meratapi kemusnahan rumah Tuhan (2 Raja-raja 25:8, 9). Ini adalah tambahan puasa yang diadakan dalam bulan keempat, ketujuh dan kesepuluh (Zakharia 8:19). Pada bulan keempat, penembusan tembok Yerusalem dikenang (Yeremia 39:2). Berpuasa pada bulan yang ketujuh, Hari Pendamaian, adalah satu-satunya hari berpuasa yang diperintahkan oleh Tuhan melalui Musa (lihat Imamat 16). Akhirnya, pada bulan kesepuluh, orang-orang itu berkabung atas serangan terhadap Yerusalem (Yeremia 39:1). Oleh kerana pembuangan kini telah berakhir dan pembinaan semula rumah Tuhan hampir selesai, orang-orang tertanya-tanya jika ia masih perlu berpuasa dalam bulan kelima.

Baca jawapan Tuhan kepada mereka (Zakharia 7:8-14). Dalam cara apakah
kata-kata di sini boleh digunapakai pada diri kita sendiri?

Jawapan Tuhan melalui Zakharia ada dua: pertama, adalah perlu bagi umat Tuhan mengingati masa lalu supaya mereka tidak mengulanginya. Tuhan telah memberi peringatan kepada nenek moyang yang Dia mengharapkan mereka untuk hidup dalam kepercayaan dan ketaatan. Pembuangan adalah hukuman bagi pemberontakan berterusan mereka. Jadi, mereka diseru untuk belajar daripada kesilapan mereka yang lalu. Kedua, Tuhan tidak berkenan dengan kelaparan umatNya. Apabila mereka berpuasa dan merendahkan diri di hadapan Tuhan, taubat dan merendah diri perlu dicerminkan dalam apa yang mereka lakukan. Berpuasa supaya berasa menyesal untuk diri sendiri adalah satu pembaziran masa dan usaha. Berpuasa, antara lain, harus menggambarkan jenis kematian kepada keperluan diri sendiri agar dapat mengenepikan diri sendiri supaya dapat menjangkau dan melayani keperluan orang lain. Roh puasa dan doa yang benar adalah roh yang menyerahkan minda, hati, dan kehendak kepada Tuhan. Ellen G. White, Counsels on Diet and Foods, ms. 189.

Apakah cara-cara di mana kita boleh menjadikan amalan keagamaan yang


sah, seperti berpuasa dan malah doa, menjadi pengganti kepada iman Kristian sebenar yang sepatutnya? Bawa jawaban anda ke kelas pada hari Sabat.

136

Menurut bab 7 dan 8, Tuhan menyeru umatNya untuk menjalani kehidupan yang bermoral: Inilah apa yang TUHAN Yang Maha Kuasa katakan: Laksanakanlah hukum yang benar dan tunjukkanlah kesetiaan dan kasih sayang kasihan antara satu sama lain. Janganlah menindas janda dan anak yatim, orang asing dan orang miskin, dan janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap satu sama lain. (Zakharia 7:9, 10). Dalam bab 8, Zakharia menyerlahkan wacana Tuhan: Berkatalah benar seorang kepada yang lain dan laksanakanlah hukum yang benar, yang mendatangkan damai di pintu-pintu gerbangmu; janganlah merancang kejahatan dalam hatimu seorang terhadap yang lain dan janganlah mencintai sumpah palsu. Sebab semuanya itu Kubenci, demikianlah firman TUHAN. (Zakharia. 8:16-18). Prinsip kehidupan Kristian adalah sentiasa sama. Sebaik sahaja kita diselamatkan, kita mahu taat kepada Tuhan dan hidup dalam harmoni dengan hukum-hukumNya. Keharusan mentaati Tuhan menjadi bahagian tak terpisahkan dari umat tebusan. Soalan Perbincangan: Ramai orang dan negara-negara yang kuat akan mencari Tuhan Maha Kuasa, menurut Zakharia 8:20-22. Dalam petikan ini, terdapat satu kenyataan yang menarik diberikan dalam konteks membuat keputusan untuk pergi ke Yerusalem untuk mendapatkan Tuhan: Kamipun akan pergi (Zakharia 8:21). Bagaimanakah contoh peribadi mempengaruhi orang lain untuk mengikuti Tuhan?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Roh Kudus adalah pengarang utama buku alkitabiah (2 Tim 3:16, 17;. 2. Petrus 1:20, 21). Bagaimana kita boleh menjadi selaras dengan Tuhan untuk memahami FirmanNya dengan betul? Penerapan Hidup: Pembelajaran yang tekun dan mencari persamaan dan perbezaan antara justifikasi oleh rahmat Tuhan melalui iman dan pengudusan oleh rahmat Tuhan melalui iman. Mengapa kita memerlukan kedua-duanya: jubah putih oleh kebenaran Kristus dan minyak oleh Roh Kudus?

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: Tanya soalan peribadi kepada kelas anda untuk mengetahui caracara mereka menyelidiki Kitab Suci untuk mendengar suara Tuhan untuk diri mereka sendiri. Berikan kepada mereka satu set prinsip tafsiran mudah mengenai bagaimana untuk membaca Alkitab dan menemui maknanya. Aktiviti: Buku Zakharia telah membawa penghiburan, galakan, dan kedamaian kepada ramai pelajar Alkitab. Mana satukah daripada petikan-petikan alkitabiah yang penting ini yang bersuara paling berkuasa bagi anda? Apakah penyelesaian peribadi yang Alkitab telah diberikan kepada anda untuk masalah-masalah dalam hidup anda? Kongsikan pengalaman anda dengan orang lain.

137

JUMAAT

14 Jun

Kajian Tambahan: Iblis tahu bahawa orang-orang yang meminta pengampunan dan rahmat Tuhan akan mendapatkannya, oleh sebab itu dia membentangkan dosa-dosa mereka di hadapan mereka untuk membuat mereka berputus asa. Dia yang menentang orang-orang yang cuba untuk mentaati Tuhan akan sentiasa mencari kesempatan untuk mengadu. Malah pelayanan mereka yang terbaik dan paling boleh diterimapun dia berusaha untuk membuatnya kelihatan menyimpang. Oleh pelbagai cara, yang paling halus dan paling kejam, dia berusaha untuk mendapatkan kutukan terhadap mereka. Dalam kekuatannya sendiri, manusia tidak dapat melawan musuh. Dalam pakaian yang dicemari oleh dosa, mengakui kesalahannya, dia berdiri di hadapan Tuhan. Tetapi Yesus, Peguambela kita, membentangkan rayuan yang efektif bagi pihak semua orang yang oleh taubat dan iman telah menyerahkan pemeliharaan jiwa mereka kepadaNya. Dia membela kes mereka, dan oleh hujah-hujah Kalvary yang kukuh, mengalahkan pendakwa mereka. KetaatanNya yang sempurna kepada hukum Tuhan telah memberikanNya segala kuasa di syurga dan di bumi, dan Dia menuntut daripada BapaNya rahmat dan perdamaian bagi manusia yang berdosa. Kepada pendakwa umatNya Dia mengatakan: Tuhan mengherdik engkau, hai Iblis. Ini adalah pembelian oleh darahKu, puntung ditarik dari pembakaran. Dan kepada orangorang yang bergantung kepadaNya dalam iman, Dia memberi jaminan, Lihat, dengan ini aku telah menjauhkan kesalahanmu dari padamu! Aku akan mengenakan kepadamu pakaian pesta. Zakharia 3:4. Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 586, 587 Soalan Perbincangan: 1. Sila baca petikan Ellen G. White di atas. Bagaimana hal ini membantu kita untuk memahami kebenaran besar yang mana keselamatan hanya oleh anugerah sahaja? Bagaimana kita boleh belajar untuk menjadikan kebenaran yang indah ini sebagai sumber kekuatan yang membantu kita untuk tidak berpaling daripada Tuhan dalam keputusasaan atas kesedaran ketidaklayakan kita sendiri? Sebaliknya, bagaimana kita menjadikan kebenaran indah ini sumber azam kita untuk terus mengasihi Tuhan dan untuk menurut semua perintah-perintahNya? 2. Sebagai sebuah kelas, pergi ke soalan terakhir dalam soalan hari Khamis. Mengapa perangkap sedemikian mudah untuk jatuh ke dalamnya? Pada masa yang sama, apakah potensi bahaya apabila kita jadikan agama kita sekadar pelayanan sosial? Bagaimana kita memilih keseimbangan yang benar? 3. Walaupun beberapa bahagian buku Zakharia mungkin sukar, apakah pelajaran praktikal tentang kehidupan Kristian, yang anda boleh ambil daripadanya?

138

Pelajaran 12| 15 - 21 Jun Pemberian Syurga Terbaik (Zakharia) ________________________________________________________ SABAT PETANG
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Zakharia 8; 9:9; 12:110; 13:79, 14; Matius 21:9; Yohanes 19:37. Ayat Hafalan: Tuhan, TUHAN mereka, akan menyelamatkan mereka pada hari itu; seperti kawanan domba umatNya itu, sungguh, mereka seperti permatapermata mahkota yang berkilap-kilap, demikianlah mereka di tanah TUHAN. (Zakharia 9:16). Intipati: Zakharia mempunyai beberapa nubuatan Mesianik indah yang menunjukkan kepada Yesus dan meneguhkan iman kita kepadaNya.

i tengah-tengah mesej alkitabiah terletak kisah yang paling indah yang pernah diceritakan, bahawa Tuhan Pencipta, yang, dalam AnakNya, meninggalkan kemuliaan syurga untuk menyelamatkan umat manusia dari dosa dan kematian. Pada separuh kedua buku Zakharia terdapat beberapa nubuat Mesianikjanji-janji berbentuk nubuatan Perjanjian Lama tentang Yesus Seseorang yang telah melakukan semua ini untuk kita. Janji-janji khusus ini pertamanya diberikan kepada umat Tuhan yang hidup dalam bahaya pada zaman Zakharia untuk memastikan agar mereka memberi tumpuan kepada janji penebusan. Walaupun konteks asal nubuat ini tidak boleh diabaikan, kepentingan mereka juga tidak harus terhad kepada kegenapan yang lalu. Sebaliknya, kita lihat cara di mana nubuatan-nubuatan ini digenapi di dalam Yesus, kegenapan yang sejagat, bukan setempat, kerana mereka memberi kesan kepada nasib mutlak dunia dan bukan hanya Israel dan Yehuda purba.

*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 22 Jun.

139

AHAD JUBAH ORANG YAHUDI

16 Jun

Bermula dengan bab 8, buku Zakharia mengambil belokan yang radikal. Satu siri mesej yang disampaikan dari Tuhan memberitahu masa depan dunia dan peranan umat Tuhan di dalamnya. Beberapa petikan dari bab-bab ini agak sukar untuk difahami, tetapi kesudahan masa depan adalah jelas positif. Baca Zakariah 8. Apakah prinsip yang anda boleh pelajari dari sana yang mempunyai kaitan bagi kita, sebagai Seventh-day Adventist, dan panggilan daripada Tuhan yang diberikan kepada kita? Rencana Tuhan adalah supaya Yerusalem sekali lagi akan menjadi tempat yang selamat di mana orang-orang tua akan duduk di jalan-jalan yang dipenuhi dengan anak lelaki dan perempuan bermain-main di situ (Zakharia8:4, 5). Bagi mereka yang mendiami kota yang ditakluki oleh penakluk, janji lorong-lorong yang selamat untuk orang tua dan muda kedengaran seperti mimpi. Daripada kekal sebagai sebuah negara bawahan yang kecil selamalamanya, umat Tuhan akan menjadi magnet yang mana akan menarik bangsa-bangsa lain menyembah Tuhan, Raja seluruh bumi (Zakharia 14:9). Penggunaan ungkapan semua bahasa dalam Zakharia 8:23 menunjukkan bahawa nubuatan membayangkan pergerakan sejagat. Seperti Yesaya (Yesaya 2) dan Yesaya kontemporari Mikha (Mikha 4), Zakharia telah diperlihatkan oleh Tuhan bahawa akan tiba harinya apabila berbondong-bondong orang dari beberapa kota dan negara akan pergi ke Yerusalem untuk berdoa dan mencari Tuhan. Kehadiran Tuhan di Sion umumnya akan diakui, begitupun berkat-berkatnya kepada orang-orang yang beribadah kepadaNya. Catatan Injil memberitahu bahawa janji-janji Mesianik mula digenapi melalui pelayanan Yesus Kristus. Pada satu peristiwa, sebagai contoh, Yesus berkata bahawa apabila Dia ditinggikan dari bumi, Dia akan menarik semua orang kepada diriNya (Yohanes 12:32). Gereja Kristus, juga dikenali sebagai Israel milik Tuhan (Galatia 6:16), adalah peluang pada zaman kita untuk mendapat bahagian dalam misi ini. Kitalah pembawa cahaya keselamatan ke seluruh bumi. Dengan cara ini, umat Tuhan boleh menjadi satu rahmat yang besar kepada dunia.

Baca terutama Zakharia 8:16, 17. Pada ketika gereja kita mengusahakan

kebangkitan dan reformasi, bagaimana kita boleh belajar untuk mengelakkan perkara-perkara ini, yang Tuhan katakan Dia benci?

140

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Zakharia 9:16 Pelajar Akan:
Mengetahui: Memahami bahawa pengiriman Mesias, Yesus Kristus, ke bumi adalah pemberian Tuhan yang unggul kepada umat manusia. Merasakan : Meyakini bahawa nubuatan Mesianik menunjukkan bahawa Tuhan mengambil berat tentang keadaan kita dan memberikan penyelesaian muktamad kepada masalah dosa. Melakukan: Memupuk iman dalam Mesias yang secara sukarela datang dan menyelamatkan umat manusia, sekalipun itu membawa penderitaan dan kematianNya. B. Apakah persamaan dari kedatangan Mesias yang pertama dengan persiapan kita bagi kedatangan yang kedua? C. Apakah ertinya bahawa umat Tuhan akan berkilau di tangan Tuhan seperti juga permata pada mahkota?

II. Merasakan: Tertikam untuk Kamu


A. Apakah emosi yang menyelubungi anda apabila anda mengetahui bahawa Seseorang telah menderita dan mati agar anda beroleh hidup? B. Apakah kemungkinan akan terjadi seandainya Penebus kita, Mesias itu, tidak datang?

III. Melakukan: Memupuk Iman dalam Yesus Kristus


A. Bagaimanakah anda secara praktikal membantu orang lain memupuk emosi mendalam bagi Kristus pada saat menyelidiki peristiwa di Kalvari? B. Bagaimana anda bertumbuh secara peribadi dalam iman anda sendiri dalam Yesus?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Kepastian Nubuatan Mesianik
A. Apakah pelbagai gelaran yang diberikan kepada Mesias dan apa yang diberitahu kepada anda hidupNya tentang pencapaianNya?

Ringkasan: Yesus Kristus datang pada waktu yang tepat untuk menyelamatkan orang-orang yang percaya kepadaNya. Inilah kisah terbesar dan peristiwa yang paling penting dalam sejarah kosmik dunia kita, dan nasib masa depan kita tergantung kepada hubungan kita dengan Mesias yang telah datang dan akan datang lagi.

141

ISNIN RAJA DAMAI

17 Jun

Baca Zakharia 9:9. Bagaimanakah Perjanjian Baru menerapkan ini kepada

Yesus? Lihat Matius 21:9; Markus 11:9, 10; Lukas 19:38, Yohanes 12:13-15. Kemasukan Yesus bagai pemenang merangkumi Raja masa depan menunggang keledai masuk ke Yerusalem. Dalam Alkitab, bergembira dan bersorak-sorai kegembiraan dikaitkan dengan perayaan menyambut Tuhan sebagai Raja (Mazmur 47, 96, 98). Raja yang lemah lembut ini akan membawa kebenaran, keselamatan dan keamanan yang berpanjangan, dan kekuasaannya akan mengunjur ke hujung bumi. Apabila Yesus menunggang keledai diarak memasuki Yerusalem beberapa hari sahaja sebelum kematianNya, sebilangan besar orang bersorak menyambut kedatangannya. Sesetengah bergembira, dengan harapan bahawa Kristus akan menumbangkan kuasa Roma dan menubuhkan kerajaan Tuhan di Yerusalem. Tetapi sebalik membiarkan diriNya di angkat menjadi raja Israel, Yesus mati di atas salib dan kemudian bangkit dari kuburNya. Tentu sekali Dia mengecewakan ramai daripada pengikutNya, terutama mereka yang mengharapkan seorang pemimpin yang lebih bersifat ketenteraan. Bagaimanapun, tanpa mereka ketahui, bahawa apa yang mereka inginkan tiada ertinya berbanding dengan apa yang mereka akan dapat melalui kematian Yesus. Kristus menuruti adat Yahudi bagi perarakan masuk diraja. Haiwan yang Dia tunggangi adalah yang ditunggangi oleh raja-raja Israel, dan nubuatan telah meramalkan bahawa begitulah nanti Mesias akan memasuki kerajaanNya. Tidak lama setelah Dia duduk atas keledai muda sorakan kemenangan yang gemuruh membelah udara. Orang ramai memujiNya sebagai Mesias, Raja mereka. Yesus kini menerima penghormatan yang Dia tidak pernah benarkan sebelum ini, dan murid-murid itu menerima ini sebagai bukti bahawa harapan gembira mereka akan direalisasikan dengan melihat Dia menaiki takhta. Orang ramai telah yakin bahawa saat pembebasan mereka tidak lama lagi.. Ellen G. White, The Desire of Ages, ms. 570. Banyak yang telah ditulis tentang bagaimana, apabila perkara kelihatan baik, orang ramai semuanya bersemangat sekali tentang Yesus; bagaimanapun, apabila perkara kelihatan ada yang tidak kena, ramai di kalangan mereka dari kelompok yang sama berpaling daripadaNya (malah ada yang secara terbuka menentang Dia). Apakah yang kita boleh pelajari daripada insiden ini tentang bahaya harapan palsu? Anda menuntut janji penyembuhan, misalnya, atau untuk kemenangan ke atas dosa, dan anda tidak melihat itu seperti yang anda harapkan. Bagaimana kita boleh membangunkan iman yang tidak akan gagal, walaupun apabila perkara tidak berjalan seperti yang diharapkan, jangkakan, atau bahkan seperti apa yang kita doakan?

142

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Zakharia 12:10
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI: Mengenali Kristus secara peribadi sangat penting bagi kehidupan rohani kita. Penggenapan nubuat Mesianik sehubungan dengan kedatangan Yesus yang pertama memberi jaminan bagi kita bahwa Dia akan datang lagi. Tanpa pengharapan akan kedatangan Yesus Kristus yang kedua, hidup tidak akan bermakna. Iman dan kepercayaan dalam Yesus membawa hidup yang kekal (Yohanes 17:3). Hanya Untuk Guru: Bahagian terakhir dari kitab Zakharia (Zakharia 9-14) biasanya dikategorikan sebagai eskatologis atau apokaliptik, yang berarti bahwa nubuat itu memfokus kepada akhir zaman. Hari-hari terakhir yang dirasmikan oleh kedatangan Yesus yang pertama (Ibrani 1:1, 2; Kisah 2:17; 1 Petrus 1:20;. 4:7;. 2 Petrus 3:3), tetapi kemuncaknya adalah pada kedatangan kedua Yesus Kristus Tuhan kita. Nabi Zakharia menyajikan ramalan Mesianik yang mendalam, dan penulis Injil menerapkan beberapa dari ramalan-ramalan ini secara langsung kepada kehidupan Yesus Kristus. Pembuka Perbincangan: Renungkanlah, sebagai kelas, makna dari pemikiran berikut: harapan sangat penting dalam situasi yang nampaknya tiada harapan. Mengapa penting bagi orang untuk memiliki harapan? Kongsikan contoh nyata tentang bagaimana harapan membantu seseorang untuk bertahan pada saat krisis. Apa yang terjadi apabila orang sakit atau tahanan perang kehilangan harapan? Mengapa orang Kristian adalah orang yang berorientasi harapan?

LANGKAH 2Mengkaji
Hanya Untuk Guru: Rasul Paulus bercakap mengenai tiga hal yang penting: iman, pengharapan, dan kasih (1 Korintus 13:13). Pelajaran ini menekankan pengharapan. Tumpukan kepada ayat itu dan jelaskan dari sudut yang berbeza.

Ulasan Alkitab
I. Tujuh Ramalan Mesianik dalam Buku Zakharia
Walaupun nubuatan Mesianik Zakharia agak mencabar dan kadang-kadang membingungkan, teras utama adalah jelas: Kristus akan datang. Ianya menarik bahawa nabi Yesaya dan Zakharia lebih banyak yang diperkatakan tentang Mesias yang bakal datang daripada mana-mana nabi Perjanjian Lama yang lain.

143

SELASA DIA YANG DITIKAM

18 Jun

Zakharia bab 12-14 menyatakan beberapa perkara yang kemungkinan boleh berlaku sekiranya Israel setia kepada Tuhan. Pertama, kemungkinan Tuhan membawa kemenangan mutlak ke atas kuasa jahat dan bangsa-bangsa yang memusuhi mereka yang telah cuba untuk menentang rencana keselamatanNya (Zakharia 12:1-9). Walaupun Yerusalem akan menjadi alat Tuhan ke arah kemenangan ini, kemenangan itu sendiri akan datang dari campur tangan Tuhan. Pada akhirnya, musuh akan dikalahkan sepenuhnya dan dimusnahkan. Zakharia 12:10 menandakan peralihan pergerakan dari pembebasan fizikal, dari apa yang mungkin telah berlaku jika sekiranya Israel setia, kepada pembebasan rohani Umat setia Tuhan. Berikutan kemenangan itu, umat Tuhan akan menerima Tuhan mereka. Roh kasih karunia Tuhan akan dicurahkan kepada pemimpin dan umatNya. Kerja Roh yang menginsafkan ini akan mengakibatkan pertaubatan dan kebangkitan rohani yang meluas, sesuatu yang gereja kita sendiri usahakan, Ketika Tuhan mencurahkan RohNya, umatNya melihat kepada Orang yang mereka telah tikam dan meratapi Dia bagaikan meratapi kematian anak lelaki tunggal. Perkataan asal Ibrani untuk ditikam sentiasa menerangkan beberapa jenis keganasan fizikal, biasanya mengakibatkan kematian (Bilangan. 25:8, 1 Samuel 31:4). Kepedihan kesedihan umat Tuhan ditingkatkan oleh kesedaran bahawa dosa-dosa mereka sendirilah yang menyebabkan kematian Yesus Kristus. Baca Zakharia 12:10. Bagaimana rasul Yohanes menghubungkan petikan ini dengan penyaliban Kristus dan kedatanganNya yang kedua? Lihat Yohanes 19:37, Wahyu 1:7. Cukup menarik, satu tafsiran tradisional Yahudi berpendapat bahawa ayat ini menunjukkan kepada pengalaman Mesias. Tentu sekali tafsiran mereka itu benar: ia bercakap tentang Yesus dan kematianNya di atas salib (bandingkan dengan Yesaya 53). Babak yang berlaku di Kalvari menuntut satu perasaan emosi yang paling dalam. Dalam hal ini anda boleh dimaafkan jika anda menunjukkan satu semangat penuh minat. Bahawa Kristus, yang sangat cemerlang, sangat mulia, harus menderita kematian menyakitkan kerana memikul beban berat dosa dunia, suatu yang minda dan imaginasi kita tidak dapat bayangkan sepenuhnya.Ellen G. White, Testimonies for the Church, vol. 2, ms. 213. Bagaimanakah anda boleh berkembang dalam sikap menghargai tentang apa makna kematianNya itu kepada anda dan apa yang ditawarkannya kepada anda?

144

1. Nubuatan Mesianik Yang Pertama


(Baca kembali Zakharia 3:8, 9 bersama kelas.) Tiga gelaran yang menakjubkan untuk Mesias muncul dalam petikan ini (nabi Yesaya sudah menyebut mereka). Mesias dipanggil Hamba [Tuhan] Ku (ayat 8; lihat juga Yesaya 42, 49, 50, 52, 53), TUNAS itu (ayat 8, lihat juga Yesaya 4:2), dan batu (ayat 9; lihat juga Yesaya 28:16), tetapi kali ini penerangan yang unik ditambah: batu mempunyai tujuh mata dan inskripsi yang diukir di atasnya (ayat 9). Kemudian, Mesias juga menyingkirkan dosa dan membersihkan orang. Wawasan ini diakhiri dengan gambar keselamatan, keamanan, kebahagiaan dan di mana orang menikmati persahabatan bersama-sama, kerana Mesias pemerintahan (ayat 10).

2. Nubuatan Mesianik Kedua


(Baca kembali Zakharia 6:12, 13 bersama kelas.) Pertabalan imam tinggi Yosua (ayat 11) digambarkan di sini sebagai jenis bagi Mesias. Yesus Kristus, Tunas itu, akhirnya akan dinobatkan sebagai Raja dan pada masa yang sama Imam. Di Israel, kedua-dua jabatan ini berasingan, tetapi Mesias akan menggabungkan mereka dalam diriNya. Dia sendiri akan menjadi Raja-Imam dan memerintah di atas takhtaNya. Hanya Yesus Kristus mempunyai kedudukan yang unik ini; Dia adalah Imam yang duduk di atas takhta sebagai Raja (lihat Mazmur 110, Ibrani 7). 3. Nubuatan Mesianik yang Ketiga (Baca kembali Zakharia 9:9, 10 bersama kelas.) Zakharia menggambarkan Mesias itu sebagai Raja yang benar (righteous) dan lemah lembut menunggang keledai. Kegenapannya digambarkan dalam Matius 21:5 dan Yohanes 12:15, dan ia diterapkan pada perarakan Yesus masuk ke Yerusalem pada hari Ahad minggu terakhir sebelum penyalibanNya.

4. Nubuatan Mesianik Keempat


(Baca kembali Zakharia 10:4 bersama kelas.) Ayat 4 bermula: Dari dia, (ASV) yang menimbulkan soalan siapa yang dimaksudkan dia.Ganti nama yang mendahului ayat ini yang paling sesuai adalah Tuhan (lihat ayat 3). Ini bermakna bahawa Mesias akan datang daripada Tuhan, iaitu, dari Bapa syurgawi. Ayat Mesianik sangat ringkas ini membentangkan empat gelaran hebat untuk Yesus Kristus. Dia adalah batu penjuru, iaitu, asas bagi segalanya (lihat Maz 118:22, Yesaya 28:16; bandingkan dengan Matius 21:42); Dia adalah gantungan dipasang pada tembok, yang mengikat kita kepadaNya dalam kebenaran dan kepada siapa orang boleh menggantung semua ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan beban mereka (lihat Yesaya 22:22, 23); Dia adalah panah-pertempuran, iaitu sebagai Pahlawan Ilahi Dia adalah simbol kekuatan

145

RABU GEMBALA YANG BAIK

19 Jun

Berabad-abad lamanya kedua-dua pembaca Alkitab Yahudi dan Kristian telah menemui dalam buku Zakharia beberapa rujukan kepada Mesias dan zaman mesianik. Orang Kristian, sudah tentu, telah memahami bahawa petikan-petikan ini berlaku kepada kehidupan dan pelayanan Yesus: Raja yang beroleh kejayaan namun lemah lembut (Zakharia 9:9), Dia yang ditikam (Zakharia 12:10), Gembala yang telah dipukul (Zakharia 13:7). Dalam Zakharia 13:7-9 nabi itu diperlihatkankan adegan di mana pedang penghakiman Tuhan bangkit terhadap Gembala yang Baik itu. Pada peristiwa sebelumnya nabi melihat pedang yang terhunus terhadap gembala tidak berguna (pandir) itu (Zakharia 11:17). Tetapi dalam petikan ini Gembala Baik dipukul, dan kawanan domba berkeliaran.KematianNya mengakibatkan ujian yang besar bagi umat Tuhan, di mana beberapa orang yang binasa; namun, semua yang setia dimurnikan. Sila baca Matius 26:31 dan Markus 14:27. Bagaimana Yesus menggunakan nubuatan ini kepada apa yang akan berlaku malam itu? Lebih penting lagi, apakah yang seharusnya diajar oleh keseluruhan kejadian itu, yang mana murid-murid melarikan diri dari kesukaran (lihat Matius 26:56 dan Markus 14:50), kepada kita tentang kesetiaan kepada Tuhan berlawanan dengan ketidaksetiaan manusia? Imej Tuhan sebagai seorang gembala ditemui di beberapa bahagian dalam Alkitab. Ia bermula dengan buku Kejadian (Kejadian 48:15) dan berakhir dengan Wahyu (Wahyu 7:17). Melalui Yehezkiel, Tuhan menegur gembala yang tidak bertanggungjawab terhadap umatNya dan berjanji untuk mencari domba yang hilang dan menjaga mereka. Dengan menggunapakai kata-kata ini kepada diriNya sendiri, Yesus menyatakan bahawa Dia adalah Gembala Baik yang menyerahkan hidupNya untuk domba-dombaNya (Yohanes 10:11). Fikirkan masa ketika anda telah tidak setia kepada Tuhan. Walaupun begitu, bagaimanakah Dia terus menunjukkan belas kasihan dan rahmat kepada anda? Apakah sepatutnya respon anda kepada belas kasihan dan rahmat itu?

146

(Keluaran15:2, 3; Maz7:1; 27:1); dan Dia pemerintah(mutlak atau berdaulat). KepadaNya anda boleh bergantung sepenuhnya.

5. Nubuatan Mesianik Kelima


(Baca kembali Zakharia 11:414 bersama kelas.) Dalam petikan yang lebih sukar ini, Mesias digambarkan sebagai Gembala yang baik yang ditolak, kepada siapa Tuhan minta untuk menjaga kawanan domba. Tanpa pergi ke butiran gambaran kompleks dari seksyen alkitabiah ini, ayat 12 menyebut frasa mereka membayar aku tiga puluh keping perak dan ayat 13, ayat itu jadi aku mengambil tiga puluh keping perak dan melemparkan mereka ke dalam rumah TUHAN untuk penuang logam. Frasa dari ayat-ayat yang digunakan dalam Matius 27:3, 6-9 dan terpakai untuk kedua-dua pengkhianatan Yudas terhadap Yesus Kristus untuk tiga puluh keping perak dan kepada apa yang ketua imam lakukan dengan wang selepas Yudas melemparkannya kembali.

6. Nubuatan Mesianik Keenam


(Baca kembali Zakharia 12:1014 bersama kelas.) Zakharia secara nubuat menyatakan bahwa keluarga Daud dan penduduk Yerusalem akan memandang kepadaku yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, (ayat 10, ESV). Gambarannya suram: orang melihat Mesias dan berkabung bagi Dia, karena mereka telah menikamNya. Ini menggambarkan kematian Mesias yang digunakan dalam Yohanes 19:37 (bandingkan dengan Maz. 22:16, Yesaya 53:5). Keperluan kita untuk memandang kepada Yesus dalam iman ditegaskan dalam Yohanes 3:14, 15 (bandingkan dengan Bil. 21:9, Yesaya 45:22, Ibrani 12:2.)

7. Nubuatan Mesianik Ketujuh


(Baca kembali Zakharia 13:69 bersama kelas.) Dalam petikan Mesianik terakhir ini, Mesias dilihat sebagai Gembala, teman rapat Tuhan, yang dibunuh oleh pedang. Apabila Gembala dipukul, biri-biri akan bercerai-berai. Keadaan ini terpakai ketika murid-murid Yesus berserakan dalam Injil (Matius 26:31, 56; Markus 14:27, 49, 50). Nubuatan mengenai cara bahawa Mesias kakiNya akan berjejak di bukit Zaitun (Zakharia. 14:4, 5) melampaui skop kedatangan Yesus yang pertama. Walaupun Yesus berjalan di atas bukit Zaitun semasa Dia datang kali pertama, ramalan ini mengatakan bahawa bukit Zaitun akan terbelah dua. Ramalan ini malah melampaui kedatangan Yesus yang kedua, kerana pada masa Kedatangan Kedua Dia tidak akan menyentuh tanah tetapi tinggal di awang-awangan (1 Tes. 4:16, 17). Senario keseluruhannya paling sesuai bagi kedatanganNya yang ketiga selepas milenium apabila Yerusalem Baru akan turun dan semua orang-orang kudus bersama-sama dia (Zakharia 14:5). Zakharia 14:6-9 menerangkan keadaan Bumi Baru (lihat Wahyu 21, 22). Perhatikan Hal Ini: Minta ahli kelas untuk menerangkan dalam perkataan mereka sendiri gelaran Yesus Kristus seperti yang dinyatakan di dalam buku Zakharia. Apakah gelaran ini katakan mengenai Yesus?

147

KHAMIS RAJA SELURUH DUNIA

20 Jun

Sila baca Zakharia 14. Bagaimana kita memahami apa yang diperkatakan
di sana? Dalam bab terakhir bukunya, Zakharia menerangkan hari apabila semua bangsa yang tidak bertaubat akan bersatu menyerang Yerusalem. Pada saatsaat akhir, Tuhan akan campur tangan dengan membebaskan umatnya dan menubuhkan kerajaanNya yang kekal di bumi. Selepas semua yang menentangNya dimusnahkan, semua bangsa akan menyembah Tuhan yang satu. Tuhan akan menjadi raja seluruh bumi. Dia akan menjadi satu Tuhan dan namaNya akan ditinggikan mengatasi segala nama. Yang Agung AKU ADALAH AKU menyatakan Tuhan sepenuhnya dan akan sentiasa demikian. Walaupun hal ini sepatutnya berlaku sekiranya Israel kekal setia, hal ini masih akan digenapi tetapi pada skala yang lebih hebat, semasa penebusan akhir umat Tuhan di mana-mana. Ketika Zakharia mengumumkan kedatangan Mesias, dia tidak membuat garis pemisah antara kedatangan yang pertama dan yang kedua. Seperti halnya dengan nabi-nabi lain, dia melihat kedatangan kerajaan Mesias sebagai satu masa depan yang gemilang. Hanya oleh keterangan kedatangan Kristus yang pertama kita kini boleh membezakan antara kedua-dua kedatangan itu. Kita juga sangat bersyukur atas segala yang Dia sempurnakan untuk keselamatan kita di Kalvary. Jadi, kita boleh menanti dengan gembira dalam penantian kerajaan Tuhan yang kekal (lihat Daniel 7:14). Bahagian penutup buku nubuatan ini menggambarkan Yerusalem dalam kemuliaan, diagungkan, penuh dengan orang, dan terjamin keselamatannya. Semua bangsa yang diselamatkan akan menyertai dalam penyembahan Raja yang kekal. Seluruh kota Yerusalem akan dipenuhi oleh kesucian rumah Tuhan itu. Apabila janji-janji yang mulia ini diselidiki bersama-sama dengan keseluruhan ajaran Alkitab, kita mendapat kesimpulan bahawa kegenapan muktamad ramalan-ramalan ini akan berlaku di Yerusalem Baru, di mana umat Tuhan dari semua tempat akan datang bersama-sama dan menyembahNya selama-lamanya. Ini semua akan berlaku hanya selepas kedatangan Yesus yang kedua. Tema pujian kekal mereka ialah penyelamatan Tuhan, kebaikan dan kuasaNya, sama seperti yang disimpulkan oleh Song of The Sea yang terkenal: TUHAN memerintah kekal selama-lamanya (Keluaran 15:18). Nabi dahulu kala dan orang-orang yang setia pada masa lalu semua menanti dengan semangat berkobar-kobar kepada kemuncak peristiwa ini. Fikirkan tentang penebusan muktamad yang telah dijanjikan kepada kita langit yang baru dan bumi yang baru tanpa dosa, kematian, penderitaan, atau kehilangan. Apakah alasan-alasan yang anda miliki untuk pengharapan ini, dan bagaimana anda mengekalkan alasan-alasan anda itu setiap hari, terutama pada masa-masa kesusahan, kebimbangan, dan kesakitan?

148

II. Pengharapan Yang Tidak Memalukan Anda


(Baca kembali Filipi 1:20 bersama kelas.) Nabi Zakharia menggunakan ungkapan yang sangat unik: Tahanan penuh harapan (Zak 9:12). Kita mempunyai harapan, tetapi, pada masa yang sama, kita tidak bebas, kita adalah tahanan, dan kita mengharapkan pembebasan masa depan. Kita menantikan sebuah dunia yang lebih baik yang hanya dapat diwujudkan oleh Yesus Kristus. Pengharapan dalam Mesias, Raja itu, membawa penyelesaian muktamad kepada masalah dosa yang mendalam dan kesusahan-kesusahan, kerana Dia kini menubuhkan kerajaan rahmat dan kemudian nanti sebuah kerajaan kemuliaan. Soalan Perbincangan: Bagaimana anda rasa sebagai tahanan penuh harapan? Apakah makna ungkapan istimewa ini bagi anda? Apakah teks alkitabiah yang memberi jaminan tentang kedatangan Yesus yang kedua? Mana satukah teks yang anda boleh hafal? Kongsikan teks kegemaran anda bersama kelas. Bahagian kedua nama kita, Adventist Seventh-day Adventist, merujuk kepada harapan bahagia. Bagaimana kita boleh menjadi utusan dan pembawa harapan ini untuk orang lain?

LANGKAH 3Penerapan Soalan Penerapan:


Terdapat tujuh nubuatan berbeza tentang Mesias dalam buku Zakharia. Apakah pandangan yang mereka berikan tentang kehidupan Yesus? Episod manakah dari kehidupanNya yang disebut dalam buku Zakharia digambarkan dalam Perjanjian Baru? Apakan perbezaan dalam kehidupan kita apabila kita mengetahui nubuatan-nubuatan Mesianik tentang kedatangan Yesus yang pertama digenapi? Minta kelas anda untuk menyanyi lagu pujian Inilah Harapan Hati Kita (LPMI 87). Apa perasaan yang ditimbulkan oleh lagu ini?

LANGKAH 4Mewujudkan
Hanya Untuk Guru: kepada ahli kelas anda betapa pentingnya doa itu sebagai langkah pertama dalam menemui makna teks alkitabiah. Berbincang dengan mereka mengapa ia amat penting. Aktiviti: Buku Zakharia adalah salah satu daripada buku Perjanjian Lama yang paling sering dipetik di dalam Perjanjian Baru (lebih daripada tujuh puluh petikan atau kiasan). Kebanyakan daripada mereka muncul dalam Injil dan dalam buku Wahyu. Buku Zakharia adalah dalam kedudukan kedua selepas Yehezkiel, diikuti oleh Daniel, dalam pengaruhnya ke atas buku Wahyu. Galakkan kelas anda untuk mencari dan berkongsi di dalam kelas beberapa petikan dan kiasan dari buku Zakharia dalam Perjanjian Baru.

149

JUMAAT

21 Jun

Kajian Tambahan: Pada hari-hari yang paling gelap dari konfliknya dengan kejahatan yang panjang, gereja Tuhan telah diberikan wahyu tentang tujuan kekal Yehovah. UmatNya telah dibenarkan untuk melihat melangkaui ujian sekarang ini kepada kejayaan masa depan, apabila peperangan telah diselesaikan, umat yang ditebus akan memasuki tanah yang dijanjikan menjadi milik mereka. Wahyu kemuliaan masa depan ini, adegan yang digambarkan oleh tangan Tuhan, harus menjadi kerinduan kepada gerejaNya pada hari ini, apabila kontroversi sepanjang zaman sedang dalam penutupannya dan berkat-berkat yang dijanjikan tidak lama lagi akan direalisasikan dalam kepenuhannya.... Bangsa-bangsa yang sudah diselamatkan tidak mengenal hukum yang lain selain daripada hukum syurga. Semua akan berbahagia, keluarga bersatu, berpakaian dengan pakaian pujian dan kesyukuran. Pada babak ini nanti bintang pagi akan menyanyi bersama-sama, dan anak-anak Tuhan akan bersorak kegembiraan, sementara Tuhan dan Yesus bersatu mengisytiharkan Tidak akan ada lagi dosa, mahupun kematian. Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 722, 732, 733.

Soalan Perbincangan:
1.

2.

3.

Betapa pun manusia telah berusaha untuk menjadikan perkara-perkara lebih baik di dunia kita, dunia terus menjadi lebih teruk. Menurut Alkitab, hanya apabila Kristus kembali dan menciptakan kembali dunia ini barulah ia akan menjadi syurga yang sudah begitu lama kita nantinantikan. Walaupun kita tahu kebenaran ini, mengapa kita masih dipanggil untuk membawa sebanyak-banyaknya keselesaan, penyembuhan, dan penghiburan kepada dunia ini yang kita dapat lakukan? Pelajaran Khamis menegaskan fakta penting bahawa banyak nubuatan Perjanjian Lama tentang kedatangan Yesus bercakap tentang kedatangan itu dalam cara yang seolah-olah merujuk kepada satu peristiwa sahaja, bukan dua. Apakah yang hal itu beritahu kita tentang betapa rapatnya kaitan kedatangan Pertama dan Kedua itu, dari segi rencana penyelamatan? Kenapa begitu? Mengapa tanpa Kedatangan Pertama, mungkin tidak ada yang Kedua, dan mengapatanpa Kedatangan Keduayang Pertama menjadi sia-sia? Ketika kita berusaha menggerakkan kebangkitan dan reformasi di kalangan kita, apa yang kita boleh pelajari daripada pengkajian buku Zakharia yang boleh membantu kita, kedua-dua sebagai individu dan sebagai sebuah gereja, untuk bersedia bagi pencurahan Roh Kudus, yang mana sangat penting bagi kebangkitan dan reformasi yang amat kita perlukan?

150

Pelajaran 13 |2228 Jun Agar Kita Tidak Lupa! (Maleakhi) ___________________________________________________________ SABAT PETANG
Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Maleakhi 1, Imamat. 1:13, Maleakhi 2, Efesus 5:2133, Maleakhi 3, Keluaran 32:32, Maleakhi 4. Ayat Hafalan: Sebab dari terbitnya sampai kepada terbenamnya matahari nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, dan di setiap tempat dibakar dan dipersembahkan korban bagi nama-Ku dan juga korban sajian yang tahir; sebab nama-Ku besar di antara bangsabangsa, firman TUHAN semesta alam. (Maleakhii 1:11). Intipati: Maleakhi mengajar kita tentang luasnya komitment Tuhan kepada umatNya tetapi juga menunjukkan kepada tanggungjawab kudus mereka.

ama Maleakhi membawa maksud utusanku. Kita tidak mengetahui apaapa tentang dia, kecuali apa yang dapat kita kutip dari kitabnya yang pendek, yang membawa seksyen Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Nabi-nabi Kecil (atau Buku Dua Belas itu) ke penghujungnya. Kitab ini juga merupakan yang terakhir dalam Perjanjian Lama. Mesej utama Maleakhi adalah ketika Tuhan menunjukkan kasihNya kepada umatNya pada sepanjang sejarah mereka, kasih itu juga membuatkan umatNya bertanggungjawab terhadap Tuhan. Tuhan mengharapkan bangsa yang terpilih itu dan pemimpinnya menuruti perintahNya. Walaupun pemujaan berhala secara terbuka nampaknya telah hilang (kitab ini kelihatan seperti ditulis untuk orang Yahudi yang telah kembali dari tawanan di Babilon), namun bangsa ini tidak hidup seperti yang diharapkan dalam perjanjian. Walaupun mereka menjalani pemeliharaan agama, tetapi ianya adalah formalisma kering tanpa ketulusan hati. Semoga kita sebagai gereja mengambil ikhtibar!

*Sila kaji pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, 29 Jun.

151

AHAD TUHAN ITU MAHA BESAR

23 Jun

Sila baca Maleakhi 1. Apakah masalah yang nabi itu tegur?


Bagaimanakah, hari ini, kita mungkin bersalah kerana sikap yang sama yang membawa kepada teguran ini?

Bagi kemuliaan dan keagungan Tuhan, Anak-Nya yang dikasihi Penanggung, Pengganti telah diserahkan dan turun ke dalam penjara kubur. Kubur yang baru mengurungkan Dia dalam ruangan berbatu. Jika satu dosa tunggal mencemari sifatNya, batu itu tidak akan pernah digulingkan dari pintu kuburNya, dan dunia dengan beban dosa akan binasa.Ellen G. White, Manuscript Releases, vol. 10, ms. 385. Jadi, adakah ia menghairankan, jika korban-korban yang melambangkan Yesus haruslah sempurna?
152

Maleakhi membandingkan kasih Tuhan kepada umatNya dengan sikap para imam, yang dia dakwa melakukan dosa menghina nama suci Tuhan. Ketika menjalankan tugas mereka di rumah Tuhan, keturunan Harun ini menerima haiwan yang lumpuh, buta, dan sakit sebagai korban bakaran kepada Tuhan. Dengan cara ini, umat ini disesatkan ke dalam pemikiran bahawa korban bakaran adalah tidak penting. Akan tetapi, Tuhan memerintahkan Harun dan anak-anaknya di padang belantara bahawa haiwan korban bakaran seharusnya sempurna secara fizikal, tanpa cacat cela (lihat Imamat 1:1-3,22:19). Nabi kemudian menyenaraikan tiga sebab penting mengapa Tuhan perlu dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang Israel. Pertama, Tuhan adalah Bapa mereka. Sama seperti anak menghormati ibu bapa, begitu juga mereka harus menghormati Bapa syurgawi. Kedua, Tuhan adalah Tuan dan Tuhan. Sama seperti hamba mentaati tuannya, begitu juga umat Tuhan harus memperlakukan Dia sedemikian rupa. Ketiga, Tuhan adalah Raja yang agung, dan seorang raja duniawi tidak akan menerima haiwan yang cacat atau sakit dari rakyatnya. Maka nabi mempersoalkan mengapa bangsa ini mempersembahkan haiwan seperti ini kepada Raja atas raja, Pemerintah segala alam. Apa yang membuat tindakan ini lebih keji di mata Tuhan, sudah tentu, adalah kerana korban-korban ini semuanya melambangkan Yesus, Anak Tuhan yang tidak bercela (Yohanes 1:29; 1 Pet. 1:18, 19). Haiwan korban bakaran seharusnya tanpa cacat cela kerana Yesus harus tanpa cacat cela menjadi korban sempurna bagi kita.

PANDUAN GURU
Ringkasan Pelajaran
Ayat Utama: Maleakhi 1:11 Pelajar Akan:
Mengetahui: Memahami bahawa komitmen Tuhan kepada umatNya membawa kepada manifestasi mulia kehadiranNya dan dalam beberapa aktiviti nubuatan tertentu pada klimaks sejarah dunia. Merasakan : Menghargai berkat besar dari Tuhan yang menunggu pengikutNya sebagaimana mereka juga menghargai anugerahNya. Melakukan: Menjalani hidup yang penuh tanggungjawab dan merayakan keagungan nama Tuhan.

II. Merasakan: Menghargai Berkat Tuhan


A. Bagaimana pengembalian persembahan dan perpuluhan membantu anda menghargai berkat Tuhan? B. Apakah hubungan yang ada antara gaya hidup kita dengan keimanan kita?

III. Melakukan: Hidup yang Bertanggungjawab


A. Bagaimanakah kesetiaan anda kepada pasangan anda mencerminkan kesetiaan anda kepada Tuhan, dan kenapa? B. Sebagai gereja, apakah yang anda boleh lakukan untuk mendorong orang untuk memikirkan tentang keperluan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri? C. Berapa kayakah anda jika Tuhan menggandakan jumlah duit yang anda berikan kepada yang miskin dan memerlukan? Mengapakah memberi lebih berharga dari menyimpan atau menerima?

Garis Panduan Pelajaran:


I. Mengetahui: Komitmen Tuhan kepada UmatNya
A. Apakah maknanya Tuhan mengasihi umatNya dalam kehidupan harian mereka? B. Mengapakah Tuhan melibatkan diriNya dalam beberapa dialog dengan umatNya?

Ringkasan: Tuhan membuat dialog dengan umatNya supaya mereka menyedari betapa Dia sangat mengasihi mereka dan prihatin tentang kesejahteraan mereka. Dia menyeru mereka untuk setia dalam segala bidang kehidupan mereka. Dia membuat penekanan kepada kesetiaan perkahwinan, pengasuhan, kepimpinan, dan persepuluhan.

153

ISNIN

24 Jun

MENGASIHI DAN MENGHORMATI ORANG LAIN


SuaraTuhan, yang mendominasi kitab Maleakhi, merupakan suara kasih dari seorang bapa merayu kepada anak-anakNya. Apabila bangsa itu bertanyakan soalan dan membuat aduan, Dia bersedia untuk berdialog dengan mereka. Kebanyakan isu yang dibincangkan oleh Tuhan dan umatNya adalah berkaitan dengan beberapa tingkah laku yang asas. Baca Maleakhi 2. Walaupun beberapa isu yang ditangani, apakah amalan yang Tuhan kutuk terutamanya? Lihat Mal. 2:13-16. Sementara semua orang Yahudi mengakui Tuhan sebagai Bapa dan Pencipta, tidak semua dari kalangan mereka mengamalkan kehidupan yang menggambarkan bahawa Tuhan adalah Tuhan dalam kehidupan mereka. Maleakhi mengambil contoh perkahwinan untuk menunjukkan kurangnya keimanan dan komitmen mereka kepada satu dengan yang lain. Menurut Alkitab, perkahwinan adalah institusi yang kudus yang diasaskan oleh Tuhan. Bangsa Israel diberi amaran untuk tidak berkahwin dengan yang tidak seiman kerana dengan berbuat demikian, komitmen mereka dengan Tuhan akan dikompromi dan mereka akan jatuh ke dalam penyembahan berhala. (Lihat Yosua 23:12, 13.) Tuhan telah merencanakan bahawa perkahwinan itu seharusnya menjadi satu komitmen seumur hidup. Akan tetapi, pada zaman Maleakhi, ramai lelaki melanggar janji yang mereka buat pada awal kehidupan mereka, sebagaimana yang nabi itu katakan, isteri pada masa mudamu. Melihat isteri-isteri mereka menjadi tua, para suami menceraikan mereka dan mengahwini perempuan yang lebih muda dan menarik. Oleh sebab inilah, Tuhan mengatakan, Dia membenci penceraian (Mal. 2:16). Kenyataan keras ini mendedahkan keseriusan Tuhan tetang komitmen perkahwinan yang selalu dipandang ringan oleh manusia. Peraturan ketat dalam Alkitab mengenai penceraian menunjukkan bagaimana kudusnya perkahwinan itu. Oleh kerana penceraian adalah sah menurut undang-undag Israel (Ulangan 24:1-4), sesetengah lelaki tidak teragak-agak untuk melanggar sumpah pernikahan mereka. Menjelang akhir dari zaman Perjanjian Baru, penceraian tampaknya sesuatu yang biasa, sama seperti yang berlaku di banyak negara pada masa ini. Namun, di dalam Alkitab, perkahwinan secara konsisten diperlihatkan sebagai perjanjian yang kudus dihadapan Tuhan. (Kejadian 2:24, Efesus 5:21-33).

Baca Maleakhi 2:17. Apakah amaran yang perlu diambil dari ayat ini, terutama

sekali dalam konteks pelajaran hari ini? Atau pun secara am? Bagaimanakah kita berada dalam keadaan bahaya apabila mempunyai sikap yang sama, walaupun secara tidak sedar?

154

Cara Pembelajaran
LANGKAH 1Mendorong Pilihan Ayat Alkitab: Maleakhi 1:2
KUNCI UTAMA UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI : Tuhan meyakinkan umatNya bahawa Dia mengasihi mereka. Mereka meragukannya, oleh itu, sebagai kesannya, mereka hidup mementingkan diri dan dalam kefasikan. Ini bermakna bahawa kehidupan dan pertumbuhan rohani bergantung kepada gambaran kita kepada Tuhan. Apabila kita percaya penuh bahawa Dia mahukan yang terbaik untuk kita, maka kita menyerahkan hidup kita kepadaNya dalam kepercayaan penuh, hidup dalam kebergantungan total kepadaNya, dan menurut kehendakNya kerana kesyukuran. Dengan itu sahaja kita akan makmur. Hanya Untuk Guru: Pelajaran minggu ini memfokuskan kepada kasih Tuhan kepada umatNya dan kedatanganNya pada hari Tuhan. Tekankan kepada kelas anda, sebagai pengikutNya, kita sungguh-sungguh dinasihatkan untuk melakukan apa yang benar kerana hari penghakiman sudah dekat. Pembuka Perbincangan: Kerap kali kita memandang ringan berkat-berkat berharga yang banyak yang kita alami dalam kehidupan. Fikirkan dengan teliti soalan berikut: Bagaimana kita belajar untuk menghargai dan lebih bersyukur kepada semua berkat yang tak putus-putus Tuhan berikan kepada kita? Soalan Untuk Perbincangan:: Menurut kitab Maleakhi, berapa banyakkah soalan yang bangsa tersebut tanyakan kepada Tuhan? Soalan ini akan membantu anda menemui topik berbeza yang mana nabi sedang tangani . (Sila lihat pertanyaan dalam Mal. 1:2, 6, 7; 2:14, 17; 3:7, 8, 13.) Ambil perhatian kepada jawaban Tuhan. Tuhan menjawab persoalan kita apabila kita keliru dalam pemahaman kita kepada isu sebenar dalam kehidupan. Dalam kasih Dia berdialog dengan umatNya, walaupun Dia berhak untuk memerintahkan kita untuk taat. Bagaimanakah kita memahami panggilan Tuhan kepada manusia: Kembalilah kepadaKu, maka Aku akan kembali kepadamu Siapakah yang membuat tindakan pertama? Siapakah yang menyeru? (Lihat Mal. 3:7.) Perhatikan bahawa umat manusia harus kembali kepada Tuhan kerana Dia dengan penuh kasih dan kesabaran menjemput mereka berbuat demikian.

LANGKAH 2Mengkaji

Ulasan Alkitab
Hanya Untuk Guru: Terdapat lapan soalan yang diberikan oleh umat Tuhan yang dijawabNya dalam kitab Maleakhi. Kita juga harus memikirkan tentang soalansoalan ini dengan mendalam untuk menyusun semula secara praktik hubungan perjanjian kita dengan Tuhan.

155

SELASA

25 Jun RUMAH

PERSEPULUHAN DALAM PERBENDAHARAAN

Sila baca Maleakhi 3:1-10. Apakah yang Tuhan sedang katakan kepada

umatNya disini? Apakah elemen-elemen khusus yang ditemui dalam ayat ini, dan mengapakah ianya disimpulkan bersama? Dalam kata lain, dalam cara apakah perkara-perkara ini berkait antara satu sama lain? Dalam ayat ini, Tuhan mengulangi lagi mesej asas Nabi Kecil: Kasihnya berterusan dan tidak diragui. Dalam ayat 7, panggilan Tuhan didengar sekali lagi: Kembalilah kepadaKu, maka Aku akan kembali kepadamu . Kemudian bangsa itu bertanya: Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali? (ITB). Soalan ini sama seperti dalam Mikha 6:6, tentang membawa korban kepada Tuhan. Namun, dalam kes Maleakhi, jawaban yang khusus diberikan, dan, agak mengejutkan, ia adalah berkaitan dengan soal persepuluhan mereka, atau kekurangan daripadanya. Malah mereka juga didakwa mencuri daripada Tuhan. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak setia dalam mengembalikan persepuluhan dan persembahan. Kelaziman dalam memberi persepuluhan, memberi sepuluh peratus daripada pendapatan, dinyatakan dalam Alkitab sebagai peringatan bahawa Tuhan memiliki semuanya dan semua yang dimiliki oleh manusia datangnya dari Dia. Persepuluhan ini digunakan di Israel untuk mendukung orang Lewi yang melayani di rumah Tuhan. Dengan mengabaikan pengembalian persepuluhan, seseorang itu, menurut Maleakhi, sama seperti mencuri dari Tuhan. Maleakhi 3:10 merupakan ayat Alkitab yang jarang-jarang dimana Tuhan mencabar manusia untuk menguji Dia. Air di Meribah semasa dalam padang belantara, bangsa Israel telah berulang kali menguji kesabaran Tuhan; sesuatu yang membuatkan Dia marah (Maz. 95:8-11). Walaubagaimanapun, dalam ayat ini, Tuhan menjemput orang Israel untuk menguji Dia. Dia mahu mereka melihat bahawa mereka boleh mempercayai Dia dalam perkara ini, dimana, menurut teks ini, adalah sesuatu yang mempunyai kesan besar kepada kerohanian.

Ba gaimanakah pemberian persepuluhan (dan pemberian

persembahan, untuk hal ini) menguatkan kerohanian anda? Dalam kata lain, apabila anda menipu persepuluhan, mengapa anda menipu diri anda, bukan hanya Tuhan?

156

Fikirkan isu penting berikut:

I. Tuhan mengasihi anda. Adakah anda mengasihi Dia?


(Baca kembali Maleakhi 1:2, 3 bersama kelas.) Kitab Maleakhi dimulakan dengan pernyataan yang sukar: Namun Aku mengasihi Yakub, tetapi membenci Esau (Mal. 1:2, 3). Bagaimanakah seharusnya memahami pernyataan ini, yang mana bertentangan dengan sifat Tuhan? Apakah maksud Tuhan membenci Esau? Bukankah Dia mengasihi semua orang? Tuhan menyakinkan umatNya tentang kasih perjanjianNya dan menjemput mereka untuk menyoroti kembali dan melihat perbezaan sejarah antara mereka dan keturunan Esau. Perbandingan ini menerangkan tentang dasar memilih untuk melayani dan tidak ada kaitan dengan idea penyelamatan; malahan, ia ditetapkan oleh Tuhan yang sudah mengetahui pilihan Yakub dan Esau, perspektif kehidupan dan pedoman rohani. Kata benci dalam bahasa Ibrani kadang-kadang mempunyai makna yang berbeza pemahamannya pada zaman ini. Fikirkan tentang dua contoh berikut: (1) Yakub mencintai Rahel daripada Lea (Kejadian 29:30), tetapi ayat alkitab menerangkan keutaaman Yakub dengan pengunaan kata benci : Ketika TUHAN melihat, bahwa Lea dibenci, dibukaNyalah kandungannya (Kejadian 29:31). Yesus menyatakan syarat dimana pengikutNya harus membenci orang-orang yang paling rapat kepada mereka: Jikalau seorang datang kepadaKu dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi muridKu (Lukas 14:26). Kebencian tidak ada kaitan dengan emosi terhadap mereka yang dikasihi, tetapi, itu bermakna bahawa murid Kristus harus mengasihi Kristus lebih daripada ibu bapa, isteri, anak-anak, atau saudara dekat (lihat Matius 10:37, Ulangan 6:5). Kristus harus menjadi keutamaan nombor satu. Maka, kata benci adalah pernyataan peribahasa yang bermaksud tidak diutamakan, bukan objek pilihan seseorang (untuk kerja istimewa), sebagaimana Lea bukan isteri pilihan Yakub, walaupun dia mempunyai enam anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama dia (Lea). Perhatikan Hal Ini: Bagaimanakah pemahaman kita tentang kenyataan bahawa Tuhan mengasihi Yakub tetapi membenci Esau? Begitu juga halnya, apakah yang Yesus maksudkan dengan kata-kataNya bahawa jika pengikutNya datang kepadaNya tetapi tidak membenci orang yang mereka kasihi, maka mereka tidak layak bagi Dia?

II. Tuhan adalah Setia. Adakah Anda Setia kepada Tuhan?


(Baca kembali 1 Yohanes 4:7-12 bersama kelas.) Kesetiaan kita kepada Tuhan diperlihatkan dengan cara bagaimana kita menghormati hukumNya dan bagaimana perilaku kita dalam hubungan kita sesama manusia. (Lihat Yohanes 14:15, 1 Yohanes 4:712, 1921.) Yohanes hairan, bagaimana orang boleh mengaku mengasihi Tuhan, yang tidak dilihat, akan tetapi tidak mengasihi jiran yang tinggal di sebelah mereka? Jika kita tidak memperlihatkan dalam cara yang praktis keprihatinan, hormat, dan kasih kita, maka kita menipu diri kita sendiri. Begitu juga, hubungan kita dengan Tuhan adalah tidak sejati.

157

RABU

26 Jun

GULUNGAN KITAB PERINGATAN


Dalam Maleakhi 3:13-18, bangsa Israel merungut bahawa Tuhan tidak mengambil tahu tentang dosa-dosa bangsa itu. Mereka yang berbuat kejahatan dan ketidakadilan nampaknya terlepas tanpa disedari, dan ramai yang tertanya-tanya mengapa harus melayani Tuhan dan hidup dalam kebenaran sedangkan kejahatan tidak dihukum.

Sila baca Maleakhi 3:14, 15. Mengapakah begitu mudah untuk kita

memahami rungutan ini? Bagaimanakah reaksi Tuhan? (Mal. 3:16 18) Adalah mudah di dalam dunia ini, dimana begitu banyak ketidakadilan, untuk tertanya-tanya adakah keadilan akan dilaksanakan. Mesejnya disini, adalah, bahawa Tuhan mengetahui semua perkara ini, dan Dia akan memberi upah kepada mereka yang setia kepadaNya.

Ungkapan kitab gulungan peringatan hanya terdapat pada ayat ini

dalam Alkitab. Apakah yang diajar oleh ayat-ayat berikut tentang buku Tuhan yang mana tercatat nama dan perbuatan manusia? Keluaran 32:32, Maz 139:16, Yesaya 4:3, 65:6, Wahyu 20:11-15. Dasarnya adalah Tuhan mengetahui semua perkara. Dia mengenal siapa kepunyaanNya (2 Tim 2:19) dan siapa yang bukan. Apa yang kita, sebagai orang berdosa boleh lakukan adalah, menuntut kebenaranNya, menuntut janji pengampunan dan kuasa daripadaNya, dan bergantung kepada merit Kristus mematikan keinginan sendiri dan hidup untuk Dia dan orang lain, kerana kita tahu bahawa akhirnya harapan kita hanyalah kepada rahmatNya. Jika kita meletakkan harapan kepada diri sendiri, kita pasti akan kecewa, dalam apa juga keadaan.

158

Perhatikan Hal Ini: Apakah itu kesetiaan sebenar? Bagaimanakah Tuhan mendemontrasikan kesetiaannya kepada kita? Bagaimanakah pula kita menunjukkan kesetiaan kepada-Nya?

III. Adakah anda setia dengan pasangan anda?


(Baca kembali Maleakhi 2:1016 bersama kelas.) Kesetiaan kita kepada Tuhan ditunjukkan terutamanya dalam kesetiaan kita kepada pasangan kita. Maksud dan tema utama dalam kitab Maleakhi terdapat dalam bab 2:1016. Tema ini sungguh jelas: Berhenti dari tidak beriman! Dosa didefiniskan dalam ayat ini sebagai merosakkan iman: Maka jagalah dirimu dan janganlah tidak mempunyai iman (Mal. 2:16, ESV; lihat juga Roma 14:23. Kata merosakkan iman atau menjadi tidak beriman (ESV) atau berkhianat (NKJV; dalam bahasa Ibrani bagad) ditulis dalam ayat yang pendek ini dalam kitab Maleakhi (dan hanya dalam kitab ini) sebanyak lima kali (ayat. 10, 11, 14, 15, 16) dan memainkan peranan yang penting.Tuhan akan datang dalam penghakiman, dan Dia memanggil umatNya bertanggungjawab untukNya; oleh itu, mereka perlu sentiasa beriman dan menyemai hubungan yang wajar, yang datang dari iman. Dalam buku Maleakhi, beriman adalah bermaksud setia kepada perjanjian dengan Tuhan dan juga kepada pasangan kita. Hubungan setia harus dihidupkan dalam perkahwinan kita. Kita tidak boleh menipu; sama ada kita setia kepada pasangan kita atau merosakkan janji hubungan intim ini. Hubungan suami isteri yang saling mengasihi mempunyai kesan positif yang kekal kepada anak-anak kita. Soalan Perbincangan: Mengapakah Tuhan membenci penceraian? Apakah hal yang sangat merosak mengenainya? Bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan rohani pasangan, anak-anak yang terlibat, dan masa depan? Apakah sebab yang diperbolehkan untuk bercerai? Bilakah ia boleh digunakan? Lihat respon Yesus kepada soalan yang ditujukan oleh orang Farisi: Apakah diperbolehkan orang menceraikan isterinya dengan alasan apa saja? (Matius 19:39). Perbincangan: Maleakhi mengunakan ilustrasi grafik yang kuat dalam ajarannya tentang apakah maksud menjalani hidup yang diserahkan kepada Tuhan. Beritahu orang lain tentang kesetiaan Tuhan dalam memenuhi janjiNya berkaitan dengan persepuluhan. Bagaimana sembilan persepuluh sentiasa memberi anda lebih daripada pendapatan sepuluh persepuluh? Beri dorongan kepada orang lain untuk setia kepada Tuhan dalam bidang kewangan dalam kehidupan supaya mereka dapat merasakan berkat istimewa daripada Tuhan (Mal. 3:1012).

IV. Adakah Anda Ibubapa yang Mengasihi, Menyayangi, dan Bertanggungjawab?


(Baca kembali Mal. 4:5, 6bersama kelas.) Mesej para nabi dalam Perjanjian Lama berakhir dengan isu yang sangat memberansangkan dan juga serius. Misi nabi Elia, pergerakan kenabian untuk harihari terakhir, termasuk juga membawa hati bapa-bapa berbalik kepada anak mereka dan membawa anak-anak dekat kepada orangtua mereka (Mal. 4:5, 6). Perhatikan bahawa kerja ini seiring dengan kembalinya umat Tuhan kepada Suria(Matahari) Kebenaran (Maleakhi 4:2) dan kepada hukum Tuhan (Maleakhi 4:4). Hanya dengan cara ini berkat Tuhan yang berlimpah mengalir.

159

KHAMIS SURIA KEBENARAN

27 Jun

Dalam peristiwa terdahulu, umat Tuhan bertanya, Di manakah Tuhan keadilan (yang menghukum)? (Mal. 2:17). Dalam permulaan bab 4, jaminan yang pasti dinyatakan bahawa suatu hari nanti, Tuhan akan melaksanakan pengadilanNya ke atas muka bumi. Sebagai kesannya, mereka yang angkuh akan dilenyapkan bersama mereka yang jahat, seperti jerami dimakan api. Jerami adalah bahagian yang tidak digunakan dari gandum, dan ia tahan beberapa saat sahaja apabila dibuang ke dalam perapian yang menyala. Pada Hari TUHAN itu, api akan menjadi agen pembinasaan, seperti air bah digunakan pada zaman Nuh. Sila baca Maleakhi 4. Apakah perbezaan besar yang dinyatakan antara mereka yang diselamatkan dan yang hilang? Lihat juga Ulangan 30:19, Yohanes 3:16. Sementara nasib orang fasik dinyatakan dalam ayat 1, ayat 2 memfokuskan berkat yang akan diterima oleh orang benar. Soalan Di manakah Allah yang menghukum? dijawab lagi, tetapi kali ini dengan jaminan pada hari dimana Suria Kebenaran akan terbit dengan penyembuhan pada sayapnya. Terbitnya Suria Kebenaran adalah metafora untuk terbitnya fajar hari yang baru, yang menandakan era baru dalam sejarah penyelamatan. Pada masa itu, kejahatan akan dihancurkan sekali untuk selamanya, mereka yang ditebus akan menikmati hasil daripada apa yang Kristus sudah sempurnakan bagi mereka, dan alam semesta akan kekal aman selama-lamanya. Maleakhi menyudahkan bukunya dengan dua peringatan yang menggambarkan keimanan alkitabiah. Pertama adalah seruan untuk mengingati penyataan Tuhan melalui Musa, lima kitab pertama dalam Alkitab yang merupakan dasar bagi Perjanjian Lama. Peringatan yang kedua membicarakan tentang peranan nubuatan Elia. Dipenuhi oleh Roh Suci, nabi ini menyeru kepada umat Tuhan untuk bertaubat dan kembali kepada Tuhan. Walaupun Yesus sendiri melihat Yohanes Pembaptis sebagai memenuhi nubuat itu, (Matius 11: 13, 14), kita juga percaya nubuat itu ada penggenapan pada akhir zaman, apabila Tuhan mempunyai umat yang dengan berani menyatakan perkabaran-Nya keseluruh dunia. Mereka yang menyediakan jalan untuk kedatangan Yesus kedua kali, digambarkan oleh nabi Elia yang setia, seperti juga Yohanes dalam semangat seperti Elia menyediakan jalan bagi kedatangan Yesus yang pertama. Ellen G. White, Counsels on Health, ms 72, 73. Bagaimanakah kita memenuhi peranan yang kudus ini? Seberapa baik kita melakukan tugas ini? 160

Perbincangan: Tuhan menyatakan bahawa pada akhirnya akan ada perbezaan yang kelihatan antara orang-orang yang mengikuti Tuhan dan orang-orang yang hidup mengikut jalan mereka sendiri. (Lihat Mal. 3:18.) Bagaimanakah Tuhan boleh menunjukkan perbezaan di antara orang-orang yang saleh dan orangorang yang berdosa? Bagaimana kita boleh mengenali bahawa seseorang itu melayani Tuhan sepenuh hati?

LANGKAH 3Penerapan
Hanya Untuk Guru: Agar dapat memahami dengan lebih baik soalan yang ditanya oleh umat Tuhan dan jawapan yang Tuhan berikan, minta ahli kelas untuk turut serta dalam aktiviti berikut. Lihat semua soalan-soalan yang ditanya oleh orang-orang itu dalam buku Maleakhi dan fikirkan tentang mengapa mereka menanyakan soalan-soalan ini. Kemudian terangkan jawapan yang Tuhan berikan kepada setiap soalan atau sebahagian daripada mereka. Berikut adalah lapan soalan mereka, didahului oleh kenyataan Tuhan Engkau bertanya: 1. Dengan cara bagaimanakah Engkau mengasihi kami? (Mal. 1:2). 2. Dengan cara bagaimanakah kami menghina nama-Mu? (Mal. 1:6). 3. Dengan cara bagaimanakah kami mencemarkannya? (Mal. 1:7). 4. Mengapa Engkau tidak lagi berpaling kepada persembahan kami dan tidak berkenan menerimanya dari tangan kami? (Mal. 2:13, 14). 5. Dengan cara bagaimanakah kami menyusahi Dia? . . . dan di manakah Tuhan keadilan? (Mal. 2:17). 6. Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali kepadaMu? (Mal. 3:7). 7. Dengan cara bagaimanakah kami menipu Engkau? (Mal. 3:8). 8. Apakah kami bicarakan di antara kami tentang Engkau? (Mal. 3:13). Dalam cara apakah isu-isu ini masih relevan kepada kita dalam dunia pasca moden kita? Bagaimana kita bergelut dengan persoalan yang sama?

Soalan Renungan:
Mengapa kita mempunyai masa yang sukar menghargai kasih Tuhan, yang sangat mengasihi kita sehinggakan Dia sanggup mati untuk kita?

LANGKAH 4Mewujudkan Hanya Untuk Guru: Huraikan, dalam perkataan anda sendiri, tema utama atau struktur sastera buku Maleakhi. Ia akan membantu anda untuk melihat isuisu utama yang Tuhan bentangkan kepada umatNya pada zaman Maleakhi. Gambarkan sebuah keluarga yang ideal. Bagaimana seharusnya ibu bapa melayan satu sama lain, dan apakah jenis hubungan yang mereka harus pupuk dengan anakanak mereka? Bagaimana mereka mempamerkan kasih sayang mereka agar anakanak tidak hanya tahu bahawa ibu bapa mereka menyayangi mereka tetapi merasanya dan pasti akan hal itu? Bagaimana ibu bapa boleh menghormati keperibadian anakanak mereka dan membantu mereka untuk berkembang dalam bakat dan minat mereka? Apakah perkara yang mereka boleh lakukan bersama-sama?

161

JUMAAT

28 Jun

Kajian Tambahan: Tuhan memberkati pekerjaan tangan manusia supaya mereka akan mengembalikan bahagian milikNya. Dia memberikan sinaran suria dan hujan kepada mereka; Dia menyebabkan tumbuhtumbuhan berkembang subur; Dia memberikan kesihatan dan kebolehan untuk melakukan pekerjaan. Setiap berkat datang dari tanganNya yang berkelimpahan dan Dia menginginkan agar setiap manusia menunjukkan kesyukuran mereka dengan mengembalikan kepadanya sebahagian dalam bentuk persepuluhan dan persembahan dalam persembahan kesyukuran, dalam persembahan sukarela dan dalam persempahan korban. Mereka harus mentahbiskan usaha mereka kepada pelayananNya agar kebun anggurnya tidak akan kekal dalam ketandusan. Mereka harus mempelajari apa Tuhan akan lakukan sekiranya Dia berada di tempat mereka. Mereka harus membawa semua hal-hal yang rumit kepadaNya dalam doa. Mereka harus menyatakan satu minat yang tidak mementing diri sendiri dalam membangunkan pekerjaanNya di seluruh dunia.Ellen G. White, Prophets and Kings, ms. 707, 708.

Soalan Perbincangan:
1.

2.

3.

4.

Fikir dengan lebih dalam tentang Alkitab dan perkahwinan. Oleh kerana perkahwinan adalah Kudus, sesuatu yang diciptakan oleh Tuhan sendiri, ia datang dengan garis panduan yang ketat tentang bagaimana perkahwinan boleh diputuskan secara alkitabiah. Lagipun, betapa suci, betapa pentingnya perkahwinan bila ia mudah diakhiri? Jika anda boleh mengakhirinya dengan alasan paling remeh, maka perkahwinan itu sendiri akan menjadi remeh. Bagaimanakah peraturan yang ketat menentang penceraian membuktikan betapa ia istimewa? Sila baca dengan teliti Maleakhi 2:17 dalam kelas. Apakah yang kita, sebagai Seventh-day Adventist dengan pemahaman sendiri tentang prapenghakiman sebelum kedatangan Yesus, katakan kepada mereka yang mungkin mengucapkan sentimen yang sama seperti ayat ini? Maleakhi 4 berbicara tentang kehancuran muktamad bagi mereka yang hilang. Tiada yang tinggal. Bagaimanakah ajaran ini berbeza dengan idea api neraka yang membakar selama-lamanya? Mengapakah perbezaan antara dua pandangan ini memberi contoh yang baik dimana doktrin yang palsu boleh membawa kepada pemahaman yang salah tentang karakter Tuhan? Dalam karya klasik beliau The Grand Inquisitor, penulis berbangsa Russia, Dostoevsky menggambarkan tentang institusi gereja pada zaman beliau bahawa keadaan sudah sangat terkawal sehingga ia tidak memerlukan Yesus lagi. Adakah kita menghadapi bahaya yang sama hari ini? Jika ya, bagaimana? Bagaimanakah bahaya ini begitu halus untuk kita sedari?

162

Diterbitkan Oleh:
Seventh-day Adventist Mission, Sabah. No. 1, Jln. Jambatan Lama, 89257 TAMPARULI

Pejabat Penerbitan:
Jabatan Sekolah Sabat dan pelayanan Peribadi Seventh-day Adventist Mission, Sabah

Dicetak Oleh:
Mirajin Sdn. Bhd. P.O. Box 20863, 88765 LUYANG Kota Kinabalu Tel: 088-420210; Fax: 088-432455 Email: mirajinkk@gmail.com 163

164

You might also like