BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 1

Sintaksis

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat; Ayat dasar dan ayat terbitan ; Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.

1

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat

2.

Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

2

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat: Subjek (1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh: Subjek (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

3

Rahim Syam . AKTIVITI (i). Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) (12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Faridah guru yang sabar. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . LATIHAN (i). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 4 .3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.1987).Sabran. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. (15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. => Ah Meng berlari dengan pantas. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. penyusunan semula atau peluasan. (ii). (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.

Rahim Syam (1987). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Petaling Jaya: Oxford Fajar Nik Safiah Karim et. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Raminah Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa Dewan.Sabran. (2008).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. 5 .Bhd. Bahasa Melayu II.al (2006).

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. konsep ragam ayat.1997). (Marzukhi Nyak Abdullah. 2. Menjelaskan jenis-jenis ayat. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. 6 . Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. anda seharusnya dapat: 1. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Ragam ayat . Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. Selain itu. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat.

Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. ragam ayat.adjektif atau kata sendi nama. 7 . (Lutfi Abas . jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. (3). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh. Ramli sangat pandai bermain skuasy. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2. terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. 2. (2). Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. Kek lapis itu enak sekali.1975). kata kerja. Maniam itu baik sungguh.

Sebaliknya. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. dalam bahasa Melayu.al 2008). 8 .perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. ayat Melihat Paul. Sebagai contoh.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Oleh itu.

(ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Dengan perkataan lain. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. Ayat pasif pula mengutamakan Contoh: (4) Amar menendang bola itu. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.2. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut polapola yang tertentu.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. subjek terbitan sebagai judul. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Seterusnya. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. 9 .

Pekerja (10). Budin (11). Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. pipinya. Ombak (14).Semak samun sudah dibeli dibersihkan Oleh + Frasa Nama oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. 2. di pantai Damai. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.2. Kereta itu (16). sepanjang malam. i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif (15). buah durian.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). Kanak-kanak (13). Keterangan 10 .

11 . Contoh: (21). Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. oleh anjing. i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. (22).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Dunia ini penuh dengan dugaan. Kereta itu (18). Saya sudah memiliki kereta baru. (23). Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Dia pandai mengawal emosinya. Kuih itu pagi tadi. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). 3. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. Rusa itu (20). lagi.

LATIHAN 1.gembira. ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih. Menurut Abdullah Hassan (2005). engkau dan sebagainya. aduh dan sebagainya. cis. c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh. kamu. duka . d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak. AKTIVITI 1. hairan dan lain-lain.takut. amboi. terkejut. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu 12 . gembira. suka. 2. wah. marah. anda. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh- contoh yang sesuai.

(1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd.Sabran.Bhd. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Nik Safiah Karim et. Raminah Hj.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. 13 . Marzukhi Nyak Abdullah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.al (2006). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Konsep Frasa Nama. Sehubungan itu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. Malah. 14 . frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Binaan Frasa Nama bahasa Melayu. iaitu frasa nama (FN). Tanpa unsur frasa. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. frasa kerja (FK).

KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. anda seharusnya dapat: 1. Seterusnya.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. menjelaskan binaan frasa nama. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. menjelaskan definisi frasa nama dan. 2. 15 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7).1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Omar. .al. peniaga sayur. Pelajar (9). 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). baik akhlaknya. Pegawai (10). Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). untuk pekerja sahaja. Emak (2). Putrajaya (4). Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu 16 Predikat meraih pingat emas. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. Atlet (8). Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. menduduki ujian. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. atau sebelum dan sesudah frasa nama. Ibu (6). Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. bandar selamat. memberi ceramah. bandar selamat. Emak Wan Seng (3).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. Anak (11). menggigit makanan.

Dalam struktur binaan ayat. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. Frasa digunakan bagi membina ayat. Jawa. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran 17 . frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. wanita. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki. 2006).al.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. mawar. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. parsi. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis.1983).

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti Penerang (Bilangan+penjodoh (Inti) bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang guru kereta nasi minyak. kedua ketiga badan bukau puan bawah mati 18 . Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti dengan maksud Inti + inti sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan tuan atas hidup mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh bukit itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa.

PTS Professional Publishing Sdn. Abdullah Hassan et. Asmah Hj. atau akhbar tempatan.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa Dewan. LATIHAN 1. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. 2. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008).Bhd. 19 . Nik Safiah Karim et.

1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu.M) 4. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspekaspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D . Dalam peraturan ini. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar 20 . unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

Lama-kelamaan.pisang goreng (bukan goreng pisang) . Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa. seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.sos cili (bukan cili sos) . 21 .cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) . Selain itu.nasi goreng (bukan goreng nasi) 4.sup kambing ( bukan kambing sup) . kekecualian hukum D . terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.kentang goreng ( bukan goreng kentang) .2 Kekecualian Hukum D .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.M.Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) .Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) . Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri . keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D .M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh-contoh lain: .

Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. menteri pengangkutan. (14). (17). (13). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. (15). menteri kanan. (18). Contoh penggunaan dalam ayat: (12). 22 . Mohd. imam besar.Ali. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. dan seumpamanya. Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. (16).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) Namun.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh

:

lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan 23

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelimalima, kesemua. 24

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu. 25

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU contoh ayat: (43). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. (44). 4. Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. (48).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. Puan . Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. (47). (45). Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). Tunku. konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal 26 . Tun. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. 2008). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. Haji. Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 27 .Bhd. Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur. f) Lain masa. Hashim Hj. anda boleh bayar bil awal. LATIHAN 1.al (2008). a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal.Bhd. Abdullah Hassan et. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.M. Tatabahasa Dewan. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. Bahasa Melayu II. PTS Professional Publishing Sdn. Tulis semula ayat. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. g) Sport rim kereta itu milik Romli.al (2006) Sintaksis. Apakah maksud hukum D-M? 2. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.

anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1. Sehubungan itu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu    Binaan Frasa Kerja Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. frasa kerja (FK). manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.6) 28 . Malah.1) Menganalisis binaan frasa kerja. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. iaitu frasa nama (FN). frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. 5.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 29 . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. (2008) ialah frasa yang terdiri Frasa Kerja daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Menurut Abdullah Hassan et.al (2006).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Dalam susunan ayat biasa.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz.

1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. Contoh: (8). mencipta lagu itu. Contoh : (5). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. 5. Pemuzik itu (4). meniup saksofon. (9). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.2. Dia selalu bergaduh. (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. (7). menjual sayur di pasar. Faisal tidur lena di bilik tidur. Budak nakal itu terjatuh lagi. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. (6). (10). Emak (2).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : Ayat Subjek (1). Berdasarkan contoh ayat di atas. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. ayat (91) . Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. Emak Ahmad (3). 5. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut.Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. 30 . P. Faisal tidur lena. terjatuh dan bergaduh.

frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. (95). Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. dan (96). Biarpun begitu. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). Ibu menganyam tikar setiap hari. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. frasa kerja. 5. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat. Dalam ayat (11). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. frasa adjektif dan frasa sendi nama. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. (12). Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. 31 . kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. (13).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam ayat (94). Dalam konteks ini . (12) dan (13).

Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. (18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. ‘tangan’.Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. (23). (22). 32 . (15). (16). (24). Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. Catatan: kejadian’. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.Halijah menggenggam erat tangan suaminya. (17).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). ‘produk ’. Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). (19). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21).

(2008). Kuala Lumpur.Bhd.Bhd. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. atau akhbar tempatan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. Petaling Jaya: Oxford Fajar 33 .al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Bahasa Melayu II.

Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. Selain itu. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. Dalam perbincangan ini.1) 34 . anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat.

ini atau masa hadapan.pernah) (1). (2). kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. diberikan contoh ayat berkaitan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. 35 . dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6. telah . 6.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Dalam susunan ayat biasa. frasa kerja berfungsi sebagai predikat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek.

Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. masih. mesti. 36 . Wan Malini akan memetik bunga di taman.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3). sedang. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh : telah. 6. belum 6. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. (9). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. akan.al (2008). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. Contoh: hendak. boleh menerima ayat komplemen. (10). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. harus. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. Menurut Nik Safiah Karim et. (8). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. (5). (7). Dia harus pulang ke kampung segera.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). dan dapat Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan.2 Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. kini. mahu. frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. sudah. (11). boleh. atau masa hadapan. Contoh ayat: (6).

frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. terjatuh dan bergaduh. 6. demi. Apabila keadaan sedemikian berlaku. (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Biarpun begitu. (13). (16). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. Dalam ayat (15). unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas 37 . supaya. frasa adjektif. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. (17). (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam binaan predikat. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. (16). Berdasarkan contoh ayat di atas. Bagi kata kerja transitif. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). semoga dan untuk. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. (14). Yang pasti. dan (17). dan frasa nama. ayat (12) .

. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. tahun lepas. Contoh: (18) Dia belajar di universiti.daripada. 38 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada.kepada .dari. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa.pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini. Penggunaan kata sendi nama di. dalam . sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam.ke. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.

Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. 39 . (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (27) Menteri berjalan megah. (v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (26) Azman berlari pantas. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. untuk dan bagi. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.

(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. 40 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. terhadap. bagai. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. (43) Hidungnya mancung bak seludang. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. sebagai. (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.kesamaan atau hampir sama. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. mengenai. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. bak. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. 6.

al (2006) Sintaksis. memikirkan ii. PTS Professional Publishing Sdn. memancing iv. bertolak iii.al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. memutuskan viii. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Hj. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. 41 . Abdullah Hassan et.Musa (1993). bersedia vii. berupaya vi. LATIHAN 1. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). i. mengalami ix. Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Berdasarkan perkataan di bawah. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. melagukan v.Bhd. berjumpa x. Bahasa Melayu II. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.

Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Dalam perbincangan ini. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Selain itu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. 42 .Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Sementara.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.Penguat . kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa.

(1. Dalam susunan ayat biasa.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. penguat dan kata bantu.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. 43 . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. (1.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.

Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. 44 . Dalam binaan predikat.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur Frasa adjektif intinya. Dalam hal ini. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Namun. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubahubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Contoh : (1) .

Dia kelihatan ceria. (5) . Guru pelatih itu cergas (4) .1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. 7.1. Salim sangat rajin. (6) . (3) . Contoh: (2) . Tanamannya subur.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 45 . Penglihatannya kabur.

(13) . Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . (15). Pakaian puteri itu cantik sekali. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. (10) . (8) . Perangai anaknya terlalu amat sopan. nian (9) . Contoh: (7) .  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali.2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. (11) . terlalu amat. 46 . benar. (12) . Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Lukisan itu paling cantik. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh: amat dan sungguh.  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas. seperti dalam ayatayat berikut: (14). Rumahnya terlalu besar.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Kubah masjid itu amat besar. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Contoh : sungguh amat. Kereta lembu itu lambat benar. iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Taman Bunga di istana itu indah nian.

47 . Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. sungguh telah pandai Contoh: (19). (21). (17). Anaknya sudah besar. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. AKTIVITI 1. Anak sulungnya itu sungguh masih muda. masih. sungguh masih muda. Pekerja baru itu belum sangat cekap. misalnya: masih amat jauh. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. (18). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Pekerja yang berkualiti harus cekap. belum sangat cekap. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. (22). harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Contoh: (16). belum terlalu lewat. (23). (20). belum. Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.

jatuh bangunnya. 48 . Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. letih lesunya. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. di bumi Gaza ini. sepak. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. injak. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis.

Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Hashim Hj. PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2006) Sintaksis. Bahasa Melayu II. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd.Musa (1993).Bhd. Abdullah Hassan et.Bhd. 49 .

Dalam perbincangan ini. Selain itu. Hal yang kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. 50 . unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu demikian membuktikan bahawa dalam binaan frasa dan ayat.

anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.(1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. penguat dan kata bantu. 51 . Dalam susunan ayat biasa. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.2) Menghuraikan ayat komplemen.(1.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8.

Contoh-contoh lain: (2). Dalam hal ini. (susunan songsang) [predikat + subjek] 52 . Kulitnya putih bersih.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8.1. Contoh: (1) . frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. Dalam hal ini. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Warna bola itu merah tua. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Frasa melengkapkan sesuatu ayat.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur adjektif merupakan komponen penting dalam proses Frasa adjektif intinya. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. Dalam binaan predikat. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Contoh : 8. Stadium itu sudah usang. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya.

3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Pemuzik (8). 8. hebat sekali. Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8.1.1. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Air sungai itu (7). Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak 53 Kata Adjektif .2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. deras sekali. Amira (5). Pelajar itu (6). lancar sekali. laju. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.

(10). Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. (12). (11). LATIHAN 1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. ayat komplemen. AKTIVITI 1. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) 54 . Contoh: tersebut akan menjadi ayat (9). Kesannya. Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kitab tebal 8. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

PTS Professional Publishing Sdn. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan et.Bhd.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II.Bhd.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. 55 . Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

Selain itu. unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. 56 . Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Dalam perbincangan ini. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat .

kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. 57 .1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu daripada terdiri beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya.

al 2006). kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. (Nik Safiah Karim et.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang Frasa sendi nama boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. dengan. untuk. pada. daripada .oleh.1. (Abdullah Hassan et. akan bagi. hingga.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. Contoh : 9. Dalam hal ini.al. sampai. ke.kepada . tentang. dan sebagainya. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil 58 .1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). dari.

frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.1.1. Selain itu.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah 59 Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU sampai bagi siang ayah 9. dengan bergaya dengan kayu - .2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah).

Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja. (3).(keterangan tujuan) (13). frasa sendi nama hadir selepas subjek. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. Yushiro dari bandar raya Tokyo. (keterangan bandingan) (8) Dahlan memasak pada waktu petang. (4).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. Kerusi itu daripada kayu jati.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa.(keterangan tempat) (10).Hang Tuah menikam lanun dengan keris. Namun. (6).(keterangan cara) 60 . (2).(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. Contoh: (1).2.2.Ayah berbincang tentang hal pertunangan.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Bahaman daripada keluarga seni. Kolam ikan di tepi taman. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. Hadiah ini untuk ibu Zarina. 9.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. 9. frasa adjektif dan frasa nama. Ahmad ke sekolah setiap hari. (5). Dalam sesetengah ayat lain.(keterangan hal) (11).

Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi.mandir di dalam dan luar bangunan. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. Dalam ayat (23). (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? 61 . (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat. atau. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. tetapi. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan pembuat) 9.

terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. 62 . dalam perbincangan ini. Pada asasnya. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi) Namun. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Namun dalam beberapa keadaan. frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.

Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 63 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN (Aktiviti individu) 1.

Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd. Bahasa Melayu II.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. 64 . Nik Safiah Karim et. PTS Professional Publishing Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

dan perkataan dalam ayat . Frasa. 2008). serta mengandungi intonasi yang sempurna. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal TAJUK 10 SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat. Dalam perbincangan ini. Ayat terdiri daripada binaan klausa. frasa . Frasa. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. kita akan melihat pola-pola ayat dasar.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat Bahasa Melayu  Ayat. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. perintah dan seruan dan sebagainya. frasa. Klausa. Klausa. Selain itu.dan perkataan. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata.al. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. (Nik Safiah Karim et. 65 . frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.

1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Frasa. ayat dasar dan ayat tunggal (1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.al. frasa dan perkataan.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal. Klausa. 10.(1. 66 . Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. klausa. (Nik Safiah Karim et. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. 2008). frasa.

al. baju. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. seperti rumah. 10. Sekolah di tepi laut. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et. baju. kereta dan seumpamanya. sekolah ialah komponen subjek ayat. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.menceritakan tentang subjek ayat. ayat terdiri daripada perkataaanperkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. 67 . Contoh : (1). (Nik Safiah Karim et. Subjek menyebut sesuatu perkara. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . Malah sebenarnya. Dalam kumpulan perkataan kedua. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et. Sementara. (2) Rumah langsir biru. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna.al 2006). kereta dan seumpamanya. di tepi laut. yang menjadi konstituen dalam ayat.al (2006).

Frasa digunakan bagi membina ayat. kerana cekap menguruskan perniagaan. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. (Nik Safiah karim.al. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung 68 . Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. Dalam struktur binaan ayat. (2006). pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. [ klausa tak bebas] 10. et. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

kata sendi nama. Jadi. menendang Kata adjektif : kurus. ke kedai. dan sebagainya. gempal. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. orang.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayatayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. tampan kata sendi nama : di rumah. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS 69 . tidur. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. pucat. sehelai baju kurung. Seremban. melukis. baju. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. daripada besi kata adjektif. kata kerja. ayah. hubung. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. kata tugas dan sebagainya. dari Johor. kata 10. baju kurung. 10.al . taman kata kerja : makan. Contoh: kata nama: pelajar.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) : Sehelai baju kurung di dalam almari.

membaca kitab jawi. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. Contoh: Subjek (1). Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Namun. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. sangat tangkas. Namun.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. 10. sungguh pandai di Pusat Islam. yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. 70 Predikat . Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. ke kedai runcit.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. sedang berehat. binaanbinaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. Sementara.

Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. (6) (a) Baju itu di dalam almari. (b) Dimakannya kuih itu. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam proses binaan ayat tunggal ini . (b) Di dalam almari baju itu. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. (7) (a) Kuih itu dimakannya. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. AKTIVITI 1. 71 . Jelas. 2.

Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur. Abdullah Hassan et. Bahasa Melayu II. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). 72 .al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful