You are on page 1of 10

PENULISAN AKEDEMIK Berdasarkan data yang dikumpul di atas, bincangkan sejauh mana mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan

dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan , dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah pembentukkan perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Ia sebenarnya bermatlamat untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik sejajar dengan gagasan yang ingin membentuk mentaliti kelas pertama. Beberapa tokoh ilmuan hebat telah memberikan pandangan yang menyokong bahawa seni dalam pendidikan memberikan manfaat dari segi jangka masa panjang. Teori konstruktivisme oleh Jean Piaget mengetengahkan pendapat bahawa kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid

mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Mereka boleh meneroka dunia mereka dengan membina pengetahuan berdasarkan unsur seni yang diterapkan. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner pula

mengutarakan terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak seterusnya dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Howard Gardener juga berpendapat bahawa pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann

(1991)

didalam

Quadrant

Concept

yang

men gkaji

perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Bahagian otak pada tubuh badan manusia amat penting. Ia mengawal segala pergerakan otot kecil mahupun otot besar di dalam tubuh badan manusia supaya manusia boleh melakukan sebarang pergerakkan. Menurut Hermann juga , keupayaan otak kiri dan kanan dapat dijana dengan baik sekiranya seni diterapkan dalam sebarang tindakan pemikiran. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh. Seni sememangnya memainkan banyak peranan dalam pendidikan. Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan Seni Dalam Pendidikan ialah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Murid pada
2

zaman moden kini lebih celik dan bijak dalam menilai. Mereka sudah bersedia untuk diajar dengan gaya guru yang lebih moden yang menerapkan kaedah dan strategi pengajaran yang lebih efisyen. Bukan itu sahaja, secara amnya, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelak murid-murid daripada melibatkan diri dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Di samping itu, apabila semua murid berpeluang menyertai aktivitiaktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Natijahnya, satu perhubungan mesra antara murid dengan murid serta murid dengan guru dapat diwujudkan. Bukan itu sahaja, dengan terbinanya perhubungan mesra ia dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki oleh mereka. Denagn itu, satu kelompok murid yang produktif akan berjaya dihasilkan hasil daripada penerapan nilai-nilai seni semsa melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid akan memliki sifat daya saing yang positif yang dapat membina intelek serta membawa murid kepada satu tahap kematangan yang sepatutunya.

Selain itu juga, Seni Dalam Pendidikan berperanan sebagai satu medium untuk murid menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. Disamping itu, Seni Dalam Pendidikan menjadi medium untuk murid meluahan perasaan serta membina keyakinan pada aras yang tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana

keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Oleh yang demikian, peranan Seni Dalam Pendidikan tidak boleh dipertikaikan lagi. Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan

memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar oleh guru. Lantaran itu, negara kita Malaysia, akan sentiasa mempunyai sumber tenaga kerja yang berpotensi tinggi serta mampu berdaya saing dengan negara maju di luar sana.
4

Seni Dalam Pendidikan boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran mata pelajaran lain agar ia dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Aplikasi seni dalam pengajaran ialah melakukan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar muridnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat murid mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat murid untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap murid. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis. Seni Dalam Pendidikan (SDP) diwujudkan bagi membantu perkembangan individu seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Ruang lingkup seni visual hanya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
5

Irama, warna dan juga pergerakan merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling kanak-kanak. Dengan wujudnya unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih yang semestinya akan menghasilkan kehidupan yang bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh yang terdekat yang dapat kita lihat ialah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contohnya, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Ini dapat dikaitkan jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Irama merupakan elemen pelengkap dalam seni muzik. Tanpa irama maka tidak lengkaplah muzik. Muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contohnya, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama
6

yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung
7

membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut. Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua matapelajaran. Guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
8

dilakukan

berkesan. murid

Guru

hendaklah

memainkan

peranan diri

dengan mereka

menggalakkan

menggunakan

sepenuhnya

kelebihan

disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanakkanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menggabungjalin mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama dan seni pergerakan. Kita dapat lihat dalam pengajaran matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif.

Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan

pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Dengan itu, satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan dapat dijalankan. Kesimpulannya, mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat

mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, dan menyeronokkan sekiranya guru pandai mengaplikasikan mata pelajaran ini dalam mata pelajaran tersebut mahupun mata pelajaran lain. Seni Dalam Pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang unik kerana ia mampu digunakan dalam mata pelajaran lain sekiranya digunakan pada waktu dan masa yang sesuai. Oleh itu, satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan dapat dihasilkan oleh guru.

10

You might also like