Professional Documents
Culture Documents
Unit
2
FONETIK DAN FONOLOGI
HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. membezakan kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu, ii. menjelaskan aspek kajian fonetik artikulasi, akustik dan fonetik auditori, iii. menganalisis bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara, iv. mengetahui alat-alat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa Melayu.
Pengenalan
Unit ini membincangkan hal tentang konsep Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu serta aspek kajiannya. Unit ini juga menjelaskan hal tentang bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara serta menerangkan alatalat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa bahasa Melayu.
22
rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi.
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi) (vii)
23
2.1 Berikan definisi fonetik menurut tokoh yang anda tahu. 2.2 Rumuskan konsep fonetik berdasarkan definisi yang telah diberikan oleh tokohtokoh di atas.
(ii)
(iii)
(iv)
(v) (vi)
(vii)
24
2.3 Jelaskan konsep fonologi berdasarkan pandangan tokoh yang anda tahu. 2.4 Bezakan konsep antara fonetik dengan fonologi.
25
Rajah 2.1: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40)
Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonemfonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu? Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah bidang pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimanakah bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang, dan vokal tengah dalam bahasa Melayu. Dalam bidang ini, juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi konsonan dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupan, letusan, geseran, sengau, separuh vokal dan seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti diftong au, ai dan oi dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198).
26
2.5 Bincangkan aspek-aspek kajian bidang fonetik; fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
27
Proses oral Proses sebutan (artikulasi) Proses penghasilan bunyi (fonasi) Proses pengaliran udara (menghembus dan menghirup) paru-paru
2.6 Dengan menyertakan gambar rajah, terangkan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan bunyi. 2.7 Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa? 2.8 Berikan lima contoh bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.
28
29
18 17 19 16 25 15 21 23 22 20 13 14 6 4 12 11
24 10
8 9 7 5 5
30
Paru-paru
Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Bernafas pada dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Proses ini disebut menarik nafas dan mengeluarkan udara yang telah kotor. Proses ini disebut menghembuskan nafas. Udara yang mengandungi O2 (oksigen) akan mengalir ke paru-paru jika tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru. Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan, begitu pula sebaliknya. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru hanya apabila tekanan udara yang ada di dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar, sehingga memungkinkan CO2 (gas karbon dioksida) mengalir ke luar. Selama manusia masih hidup, proses mengembang (pembesaran ruangan paru-paru) dan mengempis (pengecilan ruangan paru-paru)nya paru-paru yang dikerjakan oleh otot-otot paru-paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Arus udara yang dari paru-paru inilah yang menjadi sumber syarat mutlak terjadinya bunyi (K.L. Pike, 1947:4; B. Malmberg, 1963:21-22). Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke batang tenggorok. Pada waktu kita menelan makanan dan minuman, epiglotis menutup batang tenggorok sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke saluran itu. Dalam pembentukan bunyi bahasa, epiglotis ini tidak mempunyai peranan apa-apa.
31
bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas rawan krikoid. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Pita suara bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid, sedangkan bahagian belakang pada tulang rawan aritenoid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar, membuka, menutup dan menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat berbentuk menonjol pada kaum laki-laki sebenarnya tidak begitu mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.
Tiroid (lekum)
Aritenoid Krikoid Keterangan: Garis putus dengan titik menarik nafas Garis agak tebal bernafas biasa (normal) Garis tipis di tengah fonasi Garis putus melengkung di bawah pergerakan arah aritenoid
Rajah 2.4: Proses Menutup dan Membukanya Glotis (Sumber: B. Malmberg, 1963:25)
Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara, maka terbentuklah suatu celah atau ruang di antara sepasang pita suara. Celah itu disebut glotis. Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan, maka glotis biasa dibezakan atas empat posisi, iaitu dalam keadaan: terbuka lebar, terbuka, tertutup dan tertutup rapat. Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita bernafas secara normal. Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara; sedang dalam keadaan tertutup, sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir menggetarkan pita suara pada waktu menghasilkan bunyi 32
bersuara. Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation) (B. Malmberg, 1963:23-25; P. Ladefoged, 1973:7-22). Yang terakhir, keadaannya tertutup rapat, iaitu dengan menghasilkan bunyi hamzah. Rajah 2.5 yang berikut dapat memperjelas huraian ini.
1 1
1 - pita suara (celah, ruang, lubang pita suara) 2 - glotis (garis tempat pertemuan pita suara)
Rajah 2.5 : Keadaan Pita Suara Ketika Menghasilkan Bunyi (Sumber: P. Ladefoged, 1973:6)
33
35
Lidah (Tongue)
Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sudah dikunyah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, lidah sebagai artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. Lidah dapat dibahagi kepada lima bahagian, iaitu akar lidah (root), pangkal lidah (dorsum), tengah lidah (medium), daun lidah (lamina) dan hujung lidah (apex). Akar lidah bekerjasama dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi dorso-velar. Tengah lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [, , y]. Hujung lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [l]. Selain itu, hujung lidah boleh bekerjasama dengan gigi atas untuk menghasilkan bunyi [] seperti dalam perkataan mithal [mial], juga dengan gusi untuk menghasilkan bunyi [t, s], seperti dalam perkataan [tadi] dan [sapu].
2.9
36
xi
vii viii
ii iii iv vi v x xii ix
37
(a)
(b)
(d)
(c)
Rajah 2.6: Keadaan pita suara (glotis) ketika: (a) tertutup, (b) terbuka untuk bunyi bersuara, (c) terbuka untuk bunyi bisikan, (d) proses getaran (Sumber: J. Laver, 1993:188)
Sekiranya pita suara (glotis) itu tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bersuara. Contohnya, bunyi [b], [d], [g] dan bunyi-bunyi vokal.
38
Rajah 2.7 : Tiga bentuk gelombang bunyi yang mungkin berupa getaran pada pita suara (Sumber: P. Ladefoged, 2006: 183)
Sebaliknya, jika pita suara (glotis) itu direnggangkan (terbuka) sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi tidak bersuara. Contohnya, bunyi [p], [t], [k], [f], [s] dan seumpamanya.
2.10
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.
39
2.6 Soalan ini memerlukan anda: i. Melukis gambar rajah alat artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi ii. Menerangkan proses oral, proses sebutan (artikulasi), proses penghasilan bunyi (fonasi), proses pengaliran udara (menghembus dan menghisap) dan paru-paru. 2.7 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Menerangkan bunyi-bunyi yang dikatakan bunyi bahasa dan bunyi yang bukan bunyi bahasa ii. Berikan juga ciri-ciri bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. 2.8 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Memberikan contoh-contoh bunyi bahasa seperti bunyi vokal, konsonan, diftong, vokal rangkap dan bunyi suku kata ii. Contoh bukan bunyi bahasa termasuklah bunyi kentut, bunyi batuk, berdehem, lipat jari, dll. 2.9 Untuk jawapan soalan ini, anda perlu: i. Memerhatikan semua alat artikulasi yang terlibat dalam penyebutan bunyi bahasa ii. Sila berikan nama setiap alat artikulasi tersebut. 2.10 Untuk jawapan soalan ini, anda perlu: i. Perlu membezakan antara bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara ii. Sila berikan lima (5) contoh bagi bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara yang meliputi bunyi vokal dan konsonan.
41
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit Sarlis. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Ashby, P. (1995). Speech sounds. London: Routledge. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of encyclopedia volume two. Toronto: World Book Inc. Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford University Press. Clark, J. & Yallop, C. (1995). An introduction to phonetics and phonology (second edition). USA: Blackewell. Crystal, D. (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil Blackwell Ltd. Davenport, M. & Hannahs, S.J. (1998). Introducing phonetics & phonology. Auckland: Arnold. Gleason, H.A. (1955). An introduction to descriptive linguistics. New York: Holt, Rinehart & Winston. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta.
42
Hymes, D. (1966). Linguistics and Language Planning. Dalam Brigth (Ed.). Sociolinguistics. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional. Istilah linguistik Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Jones, D. (1958). An outline of English phonetics. London: Heffer. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ladefoged, P. (1973). Preliminaries to linguistic phonetics. Chicago: University of Chicago Press. Ladefoged, P. (1993). A course in phonetics (3rd. Ed). New York: Harcourt, Brace and Jovanovich. Ladefoged, P. (2005). Vowels and consonants (second edition). Australia: Blackwell Publishing. Ladefoged, P. (2006). A course in phonetics (fifth edition). Boston, MA: Thomson Wadsworth. Laver, J. (1993). Principles of phonetics. New York: Cambridge University Press. Lutfi Abas (1985). Linguistik deskriptif, nahu bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lyons, J. (1981). Noam Chomsky. New York: Penguin Modern Master University Press. Malmberg, B. (1963). Phonetics. New York: Denver. Mangantar Simanjuntak (1991). Neurolinguistik dan Afasiologi: Satu kewujudan kerjasama yang saling menguntungkan. Dewan Bahasa, 35(2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
43
Martin, J.B. & Rahilly, J. (1999). Phonetics the science of speech. London: Arnold. Mohd. Taib Osman (2004). Budaya dan bahasa Melayu masalah dan harapan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Parker, F. (1974). Linguistik untuk bukan ahli linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pike, K.L. (1947). Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique for the practical description of sounds University of Michigan Press. Rahmat Sato, H. (1998). Pengenalan fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Roach, P. (2001). Phonetics. United Kingdom: Oxford University Press. Sudaryanto (1983). Linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. The Penguin Dictionary (2004). London: Penguin Books. Verhaar, J.W.M. (1983). Pengantar linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
44