You are on page 1of 19

LINGUISTIK SEJARAH

AHLI KUMPULAN: 1.ZALEHA BTE MD SOM 2.ZAINON BTE RUSLAN

Menurut

Kamus Dewan Bahasa diakronik bermaksud meninjau sesuatu hal daripada sudut sejarah perkembangan bahasa.

Kata diakronik berasal dari bahasa Yunani, yang berarti melalui, dan khronas yang berarti waktu, masa. Dengan demikian, yang dimaksud dengan linguistik diakronik adalah subdisiplin linguistik yang menyelidiki perkembangan suatu bahasa dari masa ke masa.

Berupaya mengkaji bahasa (atau bahasa-bahasa) pada masa tidak terbatas. Kajian linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komparatif. Tujuan linguistik diakronik ini terutama adalah untuk mengetahui sejarah struktural bahasa itu berserta dengan segala bentuk dan perubahannya.

Kesimpulan

bahwa pengertian linguistik diakronis adalah subdisiplin Linguistik yang mengkaji sejarah atau evolusi bahasa (historis) seiring berlalunya waktu (masa).

Mengkaji bahasa dengan berlalunya masa; Menitik beratkan pengkajian bahasa pada sejarahnya; Bersifat historis atau komparatif; Bersifat vertikal; Terdapat konsep perbandingan; Cakupan kajian lebih luas; Menelaah hubungan-hubungan di antara unsur-unsur yang berturutan dan tidak dilihat oleh kesadaran kolektif yang sama, dan yang satu menggantikan yang lain tanpa membentuk sistem diantara mereka; Memiliki ciri evolusi; Tidak memiliki sistematis yang tinggi; Tidak mengubah sistem.

Tujuan

linguistik diakronik ialah mengetahui perkaitan yang meliputi perkembangan suatu bahasa (sejarah bahasa) dari masa ke masa.

Buah fikirannya terkandung dalam bukunya Course in General Linguistics. Konsep beliau terhadap linguistik sinkronik, iaitu kajian terhadap bahasa sebagai sistem yang wujud pada satu masa tertentu. Ini bertentangan dengan linguistik diakronik yang melihat bahasa dari segi sejarah dan perkembangannya.

De Sassure terkenal dengan konsep langue dan parole bahawa bahasa sebagai fakta sosial Penuturan yang sebenarnya dihasilkan oleh seseorang penutur yang dipanggil parole (pertuturan) Sistem keseluruhan bahasa yang berdasarkan ciri-ciri fizikal bahasa dinamakan langue (bahasa).

Avram Noah Chomsky (1928 ) atau dikenali sebagai Noam Chomsky, ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania di mana beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun 1945, pengajian sarjana pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang ahli bahasa Amerika Syarikat yang tersohor.

Dari tahun 1951 sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky telah pun menjadi junior fellow di Universiti Harvard. Menjadi pensyarah bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing dan linguistik dalam tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001).

Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

Dalam bukunya Logical Structure of Linguistic Theory, Chomsky menyanggah teori behaviouris. Baginya, kemampuan berbahasa pada diri manusia bukanlah produk (setting) alam, melainkan lebih merupakan potensi bawaan manusia sejak lahir.

Teori itu, ia kemukakan sebagai hasil dari penelitian yang ia lakukan pada perkembangan berbahasa seorang anak. Seorang anak dapat menguasai bahasa ibunya dengan mudah dan cepat, bahkan pengetahuan itu juga diikuti oleh sense of language dari bahasa itu, yang lebih mengarah pada keterampilan dalam tatabahasa.

TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis (ayat) serta mengutamakan bidang semantik(makna). Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

Struktur

dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti. Struktur permukaan pula ialah struktur yang telahpun mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur.

Banyak

ahli bahasa menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG telah berkembang dengan pesat dan lahir ramai ahli bahasa yang mengkaji aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan sematik.

____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________

Buka minda: Bincangkan tiga tokoh linguistik pada abad ke-19 serta sumbangannya kepada perkembangan linguistik moden.

You might also like