You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1. PENDAHULUAN 2. KEDUDUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN 3. KEDUDUKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN 4. YURAN SEKOLAH 5. PENTADBIRAN SEKOLAH 6. PEMIKIRAN DAN TUJUAN SISTEM PENDIDIKAN PADA AWAL KEMERDEKAAN SEHINGGA 1970-AN 7. LAPORAN RAHMAN TAIB 1960 8. CADANGAN-CADANGAN LAPORAN RAHMAN TALIB BERKAITAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH 9. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SEMENANJUNG MALAYISA 10. IMPLIKASI DAN KESAN 11. BERKAITAN KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) 12. PENGURUSAN BILIK DARJAH BENTUK KLSR 13. CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI 14. PENGUJIAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN DALAM KLSR 15. PENUTUP 16. RUJUKAN

1 1

3 4

6 7

8 8 9

10 11

1. PENDAHULUAN : Apabila Malaya sudah mencapai kemerdekaan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 telah menjadikan ia sebagai satu cadangan utama. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil langkah yang drastik agar menukar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Penggunaannya telah diperluaskan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Sebagai salah satu dari usaha permulaan, sekumpulan guru mata pelajaran khas dipilih untuk bertugas di Maktab Perguruan Bahasa dan di Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menulis buku-buku teks serta mengkaji teknik mengajar Bahasa Melayu untuk orang-orang bukan Melayu. Maktab perguruan juga telah melatih guru-guru khas yang akan mengajar matapelajaran utama di sekolah iaitu Bahasa Melayu. 2. KEDUDUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN Di awal kemerdekaan, keempat-empat sekolah masih lagi diteruskan. Laporan Razak telah melakukan beberapa perubahan. Mulai tahun 1957 murid-murid di sekolah rendah yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah perlu lulus Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah. Pada masa itu hanya 30% sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, selebihnya harus berhenti dari belajar dan berkerja ataupun sambung lagi di darjah 6 sehingga mencapai umur tidak lebih dari 12 tahun. 3. KEDUDUKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN Di bawah cadangan Laporan Razak, Sekolah Renhdah Cina diiktiraf secara rasmi sebagai salah satu jenis sekolah dalam system pendidikan kebangsaan. Sekolah Rendah Jenis Umum (Cina). Di samping menggunakan Bahasa Cina sebagai pengantar, Sekolah

Rendah Cina ini hendaklah mengajar Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris mengikut waktu yang ditetapkan.

4. YURAN SEKOLAH Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum (Tamil) dikecualikan dari membayar yuran. Murid-murid di Sekolah Rendah Inggeris dan Sekolah Rendah Cina dikhendaki membayar yuran sebanyak RM2.50 sebulan. Selain dari itu murid-murid juga perlu membayar yuran permainan, seni lukis dan kraftangan, perpustakaan, sains dan sebagainya. Kadar bayaran ditetapkan oleh pihak sekolah itu sendiri. Pada zaman itu, pihak sekolah rendah tidak boleh mengutip yuran lebih dari RM5.00 setahun. 5. PENTADBIRAN SEKOLAH Seperti yang dicadangkan dalam Laporan Razak pada tahun 1960, setiap sekolah adalah dikelolakan mengikut sistem Jemaah Pengurus bagi sekolah rendah. Mengikut system ini, anggota Jemaah Pengurus adalah dipilih daripada orang yang berkaliber dan berkewibawaan serta berekod bersih. Jumlah bilangan anggota adalah disyaratkan di antara 12 hingga 21 orang. Guru Besar secara automatik dilantik sebagai Setiausaha Jemaah Pengurus. Beliau juga bertanggungjawab kepada Jemaah Pengurus tentang pentadbiran sekolah termasuk disiplin sekolah. Mengikut Ordinan Pelajaran 1957, Jemaah Pengurus adalah majikan sekolah. Mereka mempunyai kuasa untuk melantik Guru Besar dan guru-guru serta memecat jawatan mereka mengikut syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Mereka juga bertanggungjawab mencari kewangan untuk perkembangan sekolah. 6. PEMIKIRAN DAN TUJUAN SISTEM PENDIDIKAN PADA AWAL

KEMERDEKAAN SEHINGGA 1970-AN Pemikiran dari tujuan pendidikan pada awal kemerdekaan adalah berlandaskan daripada asal-usul yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dan boleh ditinjau daripada Laporan Rahman Talib 1960

Dasar Pelajaran Kebangsaan Malaysia sekarang adalah berasaskan akta pelajaran 1961. Dalam pendahuluan akta ini dinyatakan : Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu system pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, social, ekonomi dan politiknya; Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan dasar itu, dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberikan kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan-kemahuan ibu bapa mereka; dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sisitem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Akta Pelajaran 1961 pula berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Kedua-dua laporan ini menitikberatkan pendidikan untuk perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Penyata Razak mencadangkan perpaduan dipupukkan melalui penyatuan budak-budak daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama (perenggan 12, Penyata Razak 1956) dan dengan cara menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah (perenggan 115). Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama untuk mencapai matlamat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya serta bercorak kebangsaan.

7. LAPORAN RAHMAN TAIB 1960 Pada tahun1959, sebuah jawatan kuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B. Encik Abdul Rahman Talib yang pada masa itu menjadi Menteri Pelajaran Malaya, sebagai pengerusinya, tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut adalah bagi mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan
3

dalam Laporan Razak serta kesan-kesan dalam pelaksanaannya. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah memulakan tugasnya selepas pilihanraya 1959 dan menyiapkan laporannya pada 1960, yang dikenali sebagai laporan Rahman Talib. Mengikut laporan itu, kesimpulan yang telah dibuat mendapati kebanyakkan cadangan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan dengan lancer diantara tahun 1958 dan 1959. Bagaimanapun, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran medapati beberapa kelemahan dalam pelaksaan polisi pendidikan kebangsaan seperti yang dicadangkan dalam Laporan Razak. Jawatankuasa itu telah mencadangkan beberapa pengubahsuaian dan pindaan atas polisi pendidikan yang berkuatkuasa dalam Ordinan Pelajaran 1957.

8. CADANGAN-CADANGAN LAPORAN RAHMAN TALIB BERKAITAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH

1. Murid sekolah rendah yang tidak berkelayakkan diterima masuk ke sekolah menengah akan dilanjutkan dari lingkungan umur 12 tahun ke 15 tahun. Ini akan mengurangkan kadar pengangguran dikalangan kanak-kanak. 2. Kedudukan yang wajar bagi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum. Kemudian dicadang menukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Guru-guru yang dihantar kesekolah- sekolah ini berkelayakkan terutama sekali guru-guru Bahasa Kebangsaan. 3. Kemudahan diberikan bagi subjek Agama Islam, jika terdapat murid beragama Islam di sekolah seramai 15 orang . Pembiayaan akan diuruskan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bagi yang bukan Islam, Pendidikan Akhlak telah dimasukkan dalam sukatan matapelajran wajib mulai Darjah 4 hingga ke Tingkatan 6. 4. Bagi menjamin semua murid boleh dan dapat bersekolah, sekurang-kurangnya sehingga sekolah menangah rendah. Jawatankuasa telah mencadangkan semua jenis yuran dimansuhkan. Walaubagaimana pun, yuran permainan, perpustakaan dan lain-lain serta tidak lebih dari RM4.50 setahun.
4

Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan telah diluluskan, dan kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,perkembangan pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961.

9. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SEMENANJUNG MALAYISA Perkembangan sistem Pendidikan Kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh awal merdeka boleh dibahagikan kepada 2 peringkat. Peringkat pertama merupakan peringkat perlaksanaan Laporan Razak. Dalam peringkat ini kita dapat menyaksikan : a. Penggubalan satu sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah. b. Menubuhkan pusat latihan, terutama Maktab Perguruan Bahasa, untuk melatih guru yang berkelayakan. c. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa yang ditugaskan di Maktab Perguruan Bahasa dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan buku-uku teks supaya dapat digunakan di sekolah-sekolah. d. Pembekalan tempat-tempat belajar di sekolah rendah bagi semua aliran bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. e. Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah. Peringkat kedua, merupakan peringkat pengubahsuaian daripada rancangan Laporan Razak. Peringkat ini juga merupakan pelaksanaan rancangan Laporan Rahman Talib. Di dalam tempoh ini, beberapa program pengubahsuaian untuk mempercepatkan proses pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Perubahan-perubahan utama adalah seperti berikut: a. Umur persekolahan dinaikkan kepada 15 tahun. b. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan bagi menampung murid-murid yang gagal mendapat tempat belajar di sekolah menengah akademik. c. Menganjurkan peperiksaan awam menggunakan bahasa rasmi sahaja.

d. Memberi tempat yang percuma kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah rendah, tidak kira apa jua jenis aliran.

10. IMPLIKASI DAN KESAN Ekoran penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Kementerian Pelajaran, mulai tahun 1968, mengambil langkah-langkah untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah kerajaan; misalnya : Mulai Januari, 1968, matapelajaran pendidikan jasmani, seni lukis dan kraf tangan, kajian tempatan dan muzik dalam tahun 1 hingga tahun 3 di SRJK(I) hendaklah diajar dalam Bahasa Malaysia. Mulai tahun 1969, bahasa penghantar matapelajaran sivik Tahun4 di SRJK(I) ditukar kepada Bahasa Malaysia. Mulai tahun 1970, bahasa penghantar mata pelajaran sejarah dan ilmu alam Tahun 4 ditukar kepada Bahasa Malaysia. Dalam tahun yang sama, semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK(I), kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda , diajarkan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Tahun 1975, semua SRJK(I) ditkarkan kepada SRK. Sehingga ke tahun 1963, murid-murid pada akhir Darjah 6 dikhendaki menduduki Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah. Namun pada tahun 1964, peperiksaan tersebut dimansuhkan dan digantikan dengan Peperiksaan Penilaian Tahun 5. Tahun 1973, Ujian Dignostik bagi murid tahun 3 diperkenalkan bagi membolehkan guru melakukan kerja pemulihan dalam peringkat pelajaran murid yang lebih awal. Ujian ini membolehkan murid ke Kelas Ekspress. Murid yang cerdas pintar akan menghabiskan sekolah rendahnya dalam tempoh 5 tahun sahaja.

11. BERKAITAN KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) Kurikulum Lama Sekolah Rendah telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Tahun 1960, Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah dibentu yang dikenali sebgai Laporan Rahman Talib.Ianya telah ditubuhkan bagi mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang telah dirangka pada tahun 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. Apa yang telah menjadi perkara utama adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Penggunaan Bahasa Melayu ini juga diperluas hingga ke semua jenis aliran sekolah, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pada tahun1966, Laporan Razak telah diperkenalkan, sekolah umum menggunakan Bahasa Melayu manakala sekolah jenis umum, seperti Sekolah Inggeris, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Namun satu sukatan diwujudkan untuk semua sekolah. Perkembangan sistem pendidikan negara juga adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu. Selain dari itu, ianya juga boleh memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih sistematik dan selesa kepada pelajar, dapat meningkatkan taraf pendidikan negara serta melaksanakan demokrasi pendidikan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Perkembangan sistem pendidikan juga merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan ini juga bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Sistem pendidikan yang lebih sesuai di rancang dengan harapan dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mengelakkan terjadinya konflik perkauman. Misalnya; Rusuhan 13 Mei 1969.
7

12. PENGURUSAN BILIK DARJAH BENTUK KLSR Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR). Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan murid mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Kebiasaannya, murid akan duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Kerusi dan meja guru serta papan hitam diletakkan di hadapan bilik darjah.

13. CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI

a. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. b. Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan. c. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. d. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. e. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan f. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.
8

14. PENGUJIAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN DALAM KLSR Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu . Ianya bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam. Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

15. PENUTUP Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diakui banyak kelemahan dari aspek pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja kepada murid malah kepada penganjaran guru itu sendiri. Kerajaan kemudian telah merancang satu rancangan baru iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Ianya menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

KBSR juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilainilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran,bukannya terletak pada guru agama sahaja

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap

toleransi dan kerjasama dengan rakan-rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

10

RUJUKAN

Katalog Pendidikan (Oktober 2006). Sumber Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Modul Pendidikan Islam Pendidikan Rendah PIM3101(2011). Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR). IPG Kementerian Pelajaran Malaysia

Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Multimedia Sdn. Bhd., Pusat Bandar Puchong.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/kekuatan-dan-kelemahan-klsr.html http://www.scribd.com/doc/22313599/Kbsr-Dan-Klsr http://www.scribd.com/doc/90224491/Banding-Beza-Kurikulum-KLSR-Dengan-KBSR

11

You might also like