You are on page 1of 14

PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN SELAMA 9 BULAN 10 HARI

Minggu 1: Sel sel telur yang berada di dalam rahim akan berbentuk seperti lingkaran sinar yang mengelilingi matahari. Sel ini telah bersedian bertemu sel-sel sperma dan melalui proses pembuahan

Gambar 1 Sel- sel telur yang berada di dalam rahim wanita

Gambar 2 Sel-sel sperma berenang menuju tujuan akhir iaitu sel telur Proses pembentukan antara sperma dan telur memberikan maklumat kepada tubuh ibu bahawa telah ada calon bayi di dalam rahim. Ketika ini janin telah memiliki

genetik kombinasi 23 kromosom dari sperma dan 23 kromosom dari telur menjadikan kombinasi unik berupa 46 jenis kromosom manusia. 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, Blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Gambar 4

Gambar 5

Kepala sperma telah hampir masuk, bahadian kepala dan ekor sperma tidak hentihenti berusaha melepasi dinding telur sehingga berjaya # Hanya seekor sahaja yang akan berjaya. Minggu 2 : Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali dalam sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah menjadi beribu-ribu dan membantu Blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada Endometrium(Dinding Rahim)

Gambar 6 Sel Blastocyst

Minggu 3: Selepas tiga minggu persenyawaan, Saiz embrio ialah sepanjang 2mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung

Gambar 7 Embrio Minggu 4: Janin sudah membentuk struktur dimana sel-sel asas seorang manusia mula bergabung. Panjang Embrio lebih kurang1/4 inci (6mm = sebesar biji tembikai) . Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Gambar 8 Embrio yang sebesar biji tembikai (6mm) Minggu 5: Keadaan Janin - Kendatipun anggota tubuh badan Embrio yang jelas kelihatan hanyalah mata. Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu Ectoderm, Mesoderm dan dan Endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan Mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi.

Akhir sekali ialah lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Gambar 9. 3 lapisan iaitu Ectoderm(lapisan luar), Mesoderm(lapisan tengah) dan Endoderm(lapisan paling dalam) Keadaan ibu Haid tidak akan datang, merupakan minggu paling sesuai untuk ibu menjalankan ujian air kencing yang menentukan sama ada kehamilan berlaku atau sebaliknya. Minggu 6: Keadaan janin- Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akdir minggu ini saluran yang menghubungkan embrio embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelingking membentuk kepala dan badan. Pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan

Gambar 11

Gambar 12

Saiz dan bentuk embrio berusia enam minggu Keadaan ibu- ibu akan mengalami morning sickness, Bau tertentu akan menyebabkan ibu loya. Kemungkinan kulit ibu akan menjadi tompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7: Keadaan janin- Fetus kini berukuran 13mm. Lubang hidung, bibir, giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir tebentuk sepenuhnya. Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Gambar 13 Fetus yang dilindungi air ketuban atau amnotic sac. Keadaan ibu- Ibu akan berasa pening, loya ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Ibu juga akan mudah berasa letih. Minggu 8: Keadaan janin- Saiz Fetus kini berukuran 14-20mm. Banyak perubahan terjadi pada bayi. Hujung hidung dan kelopak mata mulai berkembang. Anggota tangan dan kaki mulai terbentuk walaupun belum sempurna.

Gambar 14 Fetus minggu ke-8 Keadaan ibu- Ibu kemungkinan akan berada dalam sesak nafas. Keadaan ibu masih lagi loya dan berasa mudah letih. Ibu perlukan rehat secukupnya.

Minggu 9: Keadaan janin- Bahagian muka, bahagian luar telinga mulai terbentuk, bahagian jari kaki dan tangan mulai terbentuk. Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam 20-30mm dan beratnya sekitar 4 gram. Apa yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Gambar 15 Keadaan Fetus minggu ke-9 Keadaan ibu- Berat badan ibu akan mula bertambah. Ketika ini, gusi ibu menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Ibu dinasihatkan menjaga kebersihan gigi. Minggu 10: Keadaan janin- Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Semua organ penting yang terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250,000 sel saraf baru wujud setiap minit. Saiz Fetus antara 32-43mm dan berat sekitar 7gram.

Gambar 16 Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Keadaan ibu- Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak. Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Saiz rahim kini sebesar buah oren. Perut ibu akan kelihatan sedikit membuncit. Minggu 11: Keadaan Janin- Majoriti organ kandungan sudah terbentuk. Kuku jari kaki dan tangan mulai tumbuh. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan mengeliat, melurus tubuh dan menunduk kepala. Bahkan janin sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar namun tidak dapat dirasai oleh ibu kerana saiz janin masih kecil.

Gambar 17 Majoriti organ janin sudah terbentuk

Keadaan ibu- Sebarang perubahan (kesakitan) membuatkan ibu mudah berasa letih. Situasi loya masih lagi berlaku. Minggu 12: Keadaan janin- Usia kehamilan masuk 3 bulan, Jantung Janin berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari tangan dan kaki sudah lengkap terbentuk. Janin sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair ketuban seterusnya menukar menjadi urin. Panjang janin sekitar 65mm dan beratnya sekitar 15 gram hingga 20 gram.

Gambar 18 Kead aan ibukebanyakan ibu akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Berat badan bertambah kira-kira daripada berat badan normal diantara minggu ini hingga minggu ke-20 dan perut semakin membesar. Pada minggu ini ibu akan berasa lebih bertanaga daripada mingguminggu sebelumnya. Minggu 13: Keadaan janin- Saiz janin kini sekitar 75mm dan berat sekitar 30 gram. Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Tulang belulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setalah dia lahir nanti. Keadaan ibu- Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan ibu menyedari bahawa perut semakin buncit. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi gelap dan urat biru pada payudara akan mula jelas kelihatan.

Gambar 19 Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain Minggu 14: Keadaan janin- Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi, dan hidung kini sudah mulai menyerlah. Bayi juga berupaya menggerakkan kepalanya dan adakalanya dia mampu menggerut kening bayi kini berukuran sekitar 90 mm dan berat sekitar 60 gram.

Gambar 20 Keadaan janin trimester ke-2 Keadaan ibu- Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan.Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah ibu berbintik-bintik. Jantung ibu akan sedikit

membesar kerana dalam waktu ini janin juga memerlukan oksigen. Oleh itu, jantung perlu bekerja kuat, kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak dan laju. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. ( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa) Minggu 15: Keadaan janin- Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan buli matanya. Semua makin jelas kelihatan. Janin pada ketika ini sudah boleh mendengar dan boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini.

Gambar 21 Keadaan janin pada minggu ke -15 Keadaan ibu-

Minggu 16: Keadaan janin- Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi berukuran 16sm panjang dan berat 135 gram.

Gambar 22 Keadaan janin pada minggu ke -16 Keadaan ibu- Pada masa ini ibu berasa lebih segar dan gembira. Selera makan juga bertambah. Ibu dapat merasakan pergerakan pertama bayi dalam kandungan, tetapi pergerakan bayi tidaklah terlalu ketara. Pada masa sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Garis ini kembali pudar selepas melahirkan anak. Minggu 17: Keadaan janin- Anggota badan bayi dalam kandungan kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda juga sekarang mempunyai cap jarinya sendiri. Kini, bayi berukuran 18sm dan berat sekitar 185gm.

Gambar 23 Keadaan janin pada minggu ke -17 Keadaan ibu- Perut ibu semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah masalah yang biasa dialami oleh wanita hamil. Minggu 18: Keadaan janin- Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengimpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi mula peka terhadap bunyi bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak diduga.Bayi berukuran 21sm dan berat 235 gram.

Gambar 24 Keadaan janin pada minggu ke -18

Keadaan ibu- Ketika ini, ibu semakin dapat merasakan pergerakan anak. Ibu juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Minggu 19: Keadaan janin- Ketika ini, gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin sudah menjangkau 23sm dan berat 285 gram

Gambar 25 Keadaan janin pada minggu ke -18 Keadaan ibu- Berat ibu semakin bertambah. Punggung , paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara .Urat urat halus juga mula kelihatan pada muka.

Minggu 20: Keadaan janin- Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi berukuran 25.5sm dan berat 340 gram.

Keadaan ibu- Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata, sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini, masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Minggu 21: Keadaan janin- Bayi kini sangat aktif.hampir setiap saat akan rasa pergerakannya. Berat bayi kira kira 390gm dan dianggarkan panjang 28 sm

Keadaan ibu- Ibu mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang mengembang. Pada masa ini juga, ibu kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

You might also like