You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI PULAI MINIT MESYUARAT PERSATUAN PUTERI ISLAM KALI PERTAMA 2013

Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi Kehadiran

: 12 Januari 2013 : Sabtu : 8.30 Pagi : Kelas 4 Cerdik : Pn. Anizani Bt Rosdi : Rujuk lampiran

PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan murid dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan murid-murid . Beliau menyeru agar semua guru dan murid dapat bekerjasama dalam meningkatkan kualiti aktiviti perjumpaan PPIM serta dapat memastikan aktiviti dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang dengan sebaiknya. Beliau juga berharap agar AJK yang dilantik di kalangan murid nanti akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya. PEMBUBARAN AJK TAHUN 2012 DAN PERLANTIKAN AJK 2013 2.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK murid bagi tahun 2012 secara rasminya dan membuat sesi pelantikan bagi AJK 2013. 2.2 Berikut merupakan senarai AJK murid bagi tahun 2013 setelah dijalankan aktiviti pemilihan dan pengundian. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari AJK : Nur Auni Athirah Bt Ahmad Johari (6 Mahir) : Farah Izzah Nabila Bt Rohizan (6 Pintar) : Nur Aqila Bt Abd Rahman (5 Mahir) :Nurul Nuha Bt Nazaruddin :Najwa Bahiyyah Bt Rohaimi :Nur Ariena Bt Yaccob : 1. Nur Nabilah Natasha Bt Bakhtiar. 2. Shafeea Bt Ismail 3. Nur Syafiqah Bt Sazali 4. Nur Diana Humaira bt Hamon Rafiz 5. Siti Syuhada bt Yusran 6. Nur Balqis Bt Nor Hafiz 7. Nur Farah Shahidah Bt Tajuddin Tindakan : Semua guru dan murid

MAKLUMAT PERSATUAN 3.1 Semua maklumat berkaitan dengan aktiviti persatuan boleh dibaca oleh murid dan guru pada papan kenyataan khas Persatuan Puteri Islam. Tindakan : Semua guru dan murid

PENILAIAN AHLI 4.1 Penilaian murid akan dibuat oleh guru setiap kali perjumpaan diadakan oleh guru yang bertugas. 4.2 Buku Rekod Penilaian murid akan disimpan oleh guru . 4.3 Buku Rekod Penilaian perlulah dibeli oleh semua murid. Tindakan : Semua murid

YURAN DAN BUKU REKOD PENILAIAN 5.1 Pengerusi memaklumkan yuran murid tahun 4 dan 5 adalah RM 5.00 manakala yuran murid tahun 6 adalah RM 3.00 5.2 Yuran boleh diserahkan kepada bendahari yang telah dilantik di kalangan murid. Tindakan : Bendahari AKTIVITI / PROGRAM TAHUNAN 2013 6.1 Segala aktiviti bagi setiap perjumpaan sila rujuk pada lampiran yang telah disertakan. 6.2 Bagi Program Alam Sekitar di Universiti Teknologi Mara telah ditetapkan pada 4 Mei 2013 6.3 . Hari Puteri pula ditetapkan pada 6 April 2013. Program Hari Puteri akan dimulakan dengan aktiviti memasang khemah kemudian menyediakan sarapan. Bayaran yang dikenakan adalah RM 5.00. Tindakan : Semua guru dan murid TAG NAMA 7.1 Tag nama murid boleh dibeli dengan harga RM 2.50. Tindakan : Semua murid

PERHIMPUNAN RASMI 8.1 Semua murid dan guru dikehendaki menggunakan pakaian rasmi pada setiap Rabu dan juga pada perhimpunan rasmi hari Isnin mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua murid dan guru

PENUTUP a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru dan murid yang dapat hadir dan mengikuti mesyuarat kali ini dengan jayanya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam Disediakan oleh ; Disemak oleh;

(SITI NORAZAH MAULAD SPAWI) Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Taman Sri Pulai Tarikh : 15 Januari 2013

(ANIZANI BT ROSDI ) Pengerusi Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Taman Sri Pulai Tarikh :

You might also like