You are on page 1of 14

1.

0 ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah pendidikan di negara ini sebenarnya telah tercipta tetapi secara implicit, dan telah juga disebarkan melalui beberapa dokumen yang menghuraikan dasar-dasar dan ideologi-ideologi negara dan juga dalam sebuah buku atau dokumen. Ramai masih belum sedar tentang didikan. Falsafah pendidikan negara dengan cara tidak ketara, tersirat dalam bentuk dasar, ideologi negara dan matlamat pendidikan. Secara ringkas, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara am, FPK bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan dianggap sebagai satu proses aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran dan falsafah negara. Dengan yang demikian falsafah pendidikan Malaysia merupakan proses aktiviti pendidikan untuk mencapai matlamat dan aspirasi negara berpandukan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Rukunegara dan Dasar Ekonomi Baru. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu sebagai pelengkap Dasar Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan diatas dapat dilihat dengan jelas hala tuju sistem pendidikan di Malaysia.

1.1 PENDIDIKAN SECARA BERTERUSAN Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni (Choong Lean Keow, 2007:122). Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICTsecara on-line dan melalui media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

1.2 MEMPERKEMBANG POTENSI INDIVIDU Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan (Choong Lean Keow, 2007:122). Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam

sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Bakat serta potensi seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Selain itu, bakat, potensi dan kebolehan ini akan terjelma melalui interaksi sosial untuk orang lain dan alam sekeliling. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

1.3 PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

Dalam

elemen

perkembangan

potensi

secara

menyeruluh

dan

bersepadu, perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan (Choong Lean Keow, 2007:122) . Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai contohnya, apabila bermain sukan para pelajar seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni yang melibatkan unsur-unsur rohani selain daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal ataupun

jasmani. Keadaan ini dapat membantu dalam memperkembangkan lagi potensi seseorang individu ke arah yang lebih baik. 1.4 INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS

Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai

kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial (Choong Lean Keow, 2007:123). Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. 1.5 UNSUR INTELEK

Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira(Choong Lean Keow, 2007:123). Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negara, individu perlu untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat.

1.6 UNSUR ROHANI

Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani (Choong Lean Keow, 2007:123). Kita mestilah bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat. Unsur rohani merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan

1.7 UNSUR EMOSI

Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.

1.8 UNSUR JASMANI

Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial di samping menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

1.9 KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Choong Lean Keow, 2007:124) . Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai 5

pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya.

Selain itu, kita juga hendaklah meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama kita terhadap agama masing-masing. Perkara yang paling penting adalah melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan alam ini merupakan salah satu tugas manusia di atas muka bumi ini.

1.10

RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyarakan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain (Choong Lean Keow, 2007:124). Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping

memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.

1.11

RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN

Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma (Choong Lean Keow, 2007:124). Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan

yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma

1.12

RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA

Berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup (Choong Lean Keow, 2007:124). Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciriciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia 1.13 RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Bertanggunjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik (Choong Lean Keow, 2007:124). Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ini. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.

1.14

RAKYAT

MALAYSIA

YANG

BERUPAYA

MENCAPAI

KESEJAHTERAAN DIRI

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan 7

negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar (Choong Lean Keow, 2007:125). Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.

1.15

RAKYAT MALAYSIA YANG BERUPAYA MEMBERI SUMBANGAN

UNTUK KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

Unsur yang terakhir ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada keluarga,masyarakat, dan negara (Choong Lean Keow, 2007:125) . Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memperoleh keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan,

muhibbah, tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan

Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik dan cintakan Negara

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai 8

nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai. Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat

direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain. Peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara seperti apa yang telah digariskan dalam elemen-elemen FPK. Jadi setiap aktiviti kurikulum yang dijalankan setiap sekolah mestilah berlandaskan kepada elemenelemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial yang sering disebut oleh guruguru sebagai JERIS.

2.0 IMPLIKASI

FPK

TERHADAP

PERANAN

GURU

MENURUT

FALSAFAH

PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal sebagai panduan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara amnya, FPG menerangkan tentang ciri-ciri guru yang diperlukan oleh Negara. Guru yang berpeketi mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisplin. (Choong Lean Keow, 2011:127)

Implikasi yang jelas dalam FPK ini ialah kesannya kepada sistem pendidikan, pembentukan ke atas pembentukan kurikulum negara. Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia meliputi terhadap perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program yang lebih bersepadu (Mok Soong Sang, 2009:183). Oleh itu, guru akan terlibat dalam melaksanakan sistem pendidikan ini. Guru juga mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT bagi membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi bersesuaian dengan falsafah pendidikan guru iaitu menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu dan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Guru perlu mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini.

10

Dengan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dalam sistem pendidikan serta pengurusan, sedikit sebanyak dapat membantu dalam penambahbaikan dan juga cadangan ke arah pembentukan warga pendidik yang lebih mantap. Pihak Kementerian Pendidikan perlulah mengambil inisiatif ini dalam membantu guru-guru yang masih baru. Antara kursus-kursus yang dapat dijalankan adalah Kursus Induksi, dimana kursus ini disediakan bagi memantapkan ilmu berkaitan profesionalisme pendidikan. Selain itu, guru-guru hendaklah kreatif dan pelbagai dalam menyusun atur strategi pengajaran agar isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan berjaya. Antara langkah yang dapat diambil ialah guru-guru boleh mengadakan pembelajaran di luar kelas dengan membawa para pelajar ke sesuatu tempat. Sebagai contoh, adalah aktiviti Sains iaitu mengkaji benda hidup. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat mengembangkan penemuan baru terhadap pelajar itu sendiri. Hal ini kerana melalui aktiviti tersebut, pelajar tersebut dapat merasai pengalaman sendiri. Seharusnya, guruguru hendaklah mencari inisiatif yang pelbagai dalam pengajarannya bagi

menambahbaik lagi sistem pendidikan di negara kita. Di dalam FPK, kita mendapati terdapat satu proses yang berlaku iaitu memperkembangkan potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu. Manakala matlamat FPK pula ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Dari segi proses dan matlamat yang terdapat didalam FPK, guru amat memainkan peranan penting dalam melaksanakan proses tersebut dan seterusnya mencapai matlamat yang telah digariskan. Guru adalah pendidik yang bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar. Oleh sebab itu, kualiti seorang guru hendaklah menepati suatu ciri tertentu yang dapat melahirkan seorang guru yang berkaliber. Maka,FPG ditubuhkan untuk dijadikan sebagai satu garis panduan dalam melahirkan pendidik dan seterusnya mendidik insan untuk melakukan proses dan mencapai matlamat yg terkandung di dalam FPK. Di dalam FPG dan FPK, kita juga boleh mendapati kedua-duanya mempunyai matlamat dalam melahirkan individu berakhlak mulia. Apabila guru sudah dididik berakhlak mulia dan telah mencapai matlamat yang terkandung di dalam FPG, adalah menjadi 11

tanggungjawab guru untuk mendidik insan lain terutamanya pelajar yang selari dengan FPK. Seorang pendidik perlu mendidik diri sendiri sebelum mendidik orang lain. Maka dengan itu, FPG amat penting dalam melahirkan guru yang berkaliber disebabkan guruguru inilah yang akan membantu negara dalam merealisasikan FPK. Tambahan pula, FPG ditubuhkan untuk membentuk program pendidikan yang lebih terancang dalam merealisasikan FPK akibat cabaran dan tuntutan pendidikan mutakhir dan perkembangan pesat program pendidikan guru yang selari dengan perkembangan pendidikan Negara. FPG dijadikan sebagai satu garis panduan kepada semua guru untuk menjadi pendidik yang berkaliber. dalam membantu mencapai citacita yang termaktub didalam FPK. Sistem pendidikan menjadi lebih sistematik dan teratur dengan adanya kedua-duanya garis panduan ini yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Dengan adanya sistem yang lebih sistematik dan teratur, FPG direalisasikan dan seterusnya akan membantu negara melancarkan dan melicinkan proses dan matlamat utama pendidikan negara iaitu FPK. FPK ini menggalakkan guru untuk memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru juga bertanggungjawab sebagai ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang akan membantu Negara untuk

merealisasikan matlamat dan aspirasi FPK dan Visi 2020. Dalam arus globalisasi yang melanda dunia, tercetus persaingan yang hebat dalam pelbagai aspek kehidupan. Aspek pendidikan adalah teraju yang amat penting dalam mencapai persaingan ini, maka perancangan yang teliti dan berkesan perlu dilakukan agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai daya saing yang tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dengan sokongan semua pihak iaitu pihak ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Sewajarnya guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi yang telah digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapai Matlamat FPK dan misi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecermelangan 12

pendidikan di serantau. Antara penekanan yang diberikan tumpuan adalah pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu, (Mok Soong Sang, 2003:48) Sebagai contoh, guru tersebut dapat menjalankan aktiviti atau projek yang melibatkan penglibatan murid-murid dalam menjalani aktiviti tersebut seperti aktiviti merekacipta atau membuat inovasi baru. Dengan cara ini, potensi para pelajar dapat diperkembangkan dengan lebih baik. Seterusnya, peranan lain adalah pelaksanaan pengurusan serta pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum serta keadaan yang lebih baik dan selamat, (Mok Soong Sang, 2003:49). Guru hendaklah bijak dalam mengawal atau mentadbir kelas bagi menyampaikan keberkesanan terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Kemudahan yang dimaksudkan adalah keadaan kelas serta alat bantu mengajar yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kadangkala perubahan terhadap sesuatu teknik pengajaran juga berperanan dalam melahirkan insan yang berpengetahuan, berakhlak mulia serta berketrampilan. Keadaan ini semua melibatkan peranan guru dalam merealisasikan apa yang telah digarapkan dalam FPK. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. 13

Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbezabeza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua situasi. Kesimpulannya, adalah sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

14

You might also like