You are on page 1of 19

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

KWAN SONG SEONG

D201120535 80

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A21 ( A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

Tugasan individu 1

Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masingmasing. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanakkanak. Antara empat ciri utama pemikiran kreatif ialah : (i) Imaginatif Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea sedia ada. (ii) Keberanian Keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. (iii) (iv) Perkembangan idea Perkembangan idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. Mereka cipta. Mereka cipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif (Poh, 1996). Setiap manusia memiliki personaliti dan kreativiti yang berbeza-beza. Terdapat sesetengahnya yang bersikap pendiam, serius, suka mendorong sementara ada yang suka berkawan dan berfikir. Jika dilihat dari aspek seorang pelajar, perbezaan dari segi tingkah laku, nilai dan personaliti memang mempengaruhi mereka tentang bagaimana mereka menjalankan sesuatu tugas dan menghuraikan sesuatu situasi dan bagaimana mereka menghadapi sesuatu cabaran. Pemikiran kreatif dianugerahkan kepada semua manusia, apa yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan keupayaan seseorang itu berkreativiti adalah banyak bergantung kepada faktor diri,

persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan betul dengan pendekatan yang sesuai dan bersistem. Personaliti individu yang kreatif memiliki peribadi yang unik. Unik bermakna lain daripada yang lain, ia terdiri daripada perspektif cara berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan persekitarannya. Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak- kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan dipupuk dan diterima sejak awal usia kerana minda mereka
belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan

pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Kanakkanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kanakkanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, oleh itu ibu bapa kanak-kanak dan guru memainkan peranan yang penting untuk memupuk pemikiran kreatif dan merancangkan aktiviti yang dapat merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak sejak awal usia. Peranan ibu bapa dalam memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, mereka boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, tetapi ibu bapa boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti anak-anak mereka. Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka. Cara-cara ibu bapa untuk menggalakkan pemikiran kreativiti adalah seperti berikut :

Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti.

Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.

Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka penglihatan, pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.

Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak

Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarah. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.

Peranan guru dalam memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Guru merupakan profesi yang dinamis. Ia terus berkembang seiring dengan peradaban yang memolanya. Ranah tugas seorang guru idealnya tidak lagi dibatasi temboktembok ruang kelas, tetapi harus sudah mampu merambah ke dunia lain; dunia yang akan terus melecutnya menjadi sosok inspiratif; sosok yang mampu mengilhami peserta didik menjadi generasi masa depan yang cerdas, baik secara intelektual, emosional, spiritual, maupun sosial. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti yang boleh merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dirancangkan oleh guru untuk merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah seperti berikut :

a) Pengajaran seni lukis kanak-kanak Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Oleh itu guru harus menyediakan rancangan yang rapi dalam p&p supaya dapat meransangkan pemikiran kreatif murid murid. Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Bagi memahami proses penghasilan lukisan kanak-kanak, anda seharusnya mengerti bahawa dalam proses penghasilan seni,kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi seni. Menerusi seni lukis, kanak-kanak dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan belajar untuk memberi makna apabila meluahkan emosi. Malah imaginasi yang difikirkan oleh kanak-kanak tatkala berfikir secara simbolik cuba digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Guru perlu peka terhadap kesan daripada aktiviti seni kanakkanak kerana hasil seni yang dibina menggambarkan konsep diri kanak-kanak terhadap keseluruhan perkembangan personaliti mereka. Jika ini berlaku, bermakna anda telah

berjaya membentuk peribadi yang baik dalam diri kanak-kanak dan proses penghasilan lukisan kanak-kanak telah dimanfaatkan. Seni lukis jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Secara ringkasnya, lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan seharian. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi. Manakala unsur seni lukis atau seni visual yang biasa diperhati dalam lukisan kanak-kanak (apabila guru menilai karya mereka) meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu, rekaan atau gubahan, corak, ruang, imbangan dan tekstur. Berikut adalah contoh ativiti pengajaran seni lukis yang dapat meransangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Standard Kandungan 1. Persepsi dan pemahaman bahasa sini visual seperti garisan, rupa , bentuk, warna, imbangan dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya lukisan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Standard Pembelajaran 1.1 Persepsi Estetik ; Murid dapat membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni. 1.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam membuat lukisan. 1.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media,serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik 1. Guru mempamerkan lukisan rumah yang dihasilkan meggunakan pelbagai garisan. 2. Guru menerangkan cara melukis rumah dengan menggunakan pelbagai garisan. i. ii. Garisan selari Garisan bersilang

ILUSTRASI AKTIVITI

Aplikasi Seni Guru menunjuk cara penggunaan garisan selari dan garisan bersilang dalam penghasilan lukisan. Murid diminta memilih satu media sahaja sama ada pensel atau pensel warna untuk melukis. Murid perlu menggunakan garisan selari dan bersilang menggunakan pensel atau pensel warna. Ekspresi kreatif Langkah 1 Murid melakarkan gambar rumah menggunaka pensel atau pensel warna. Penekanan diberi pada prinsip imbangan dari aspek ruang dan kepelbagaian rupa. Langkah 2 :

Murid melukis dengan teknik garisan selari atau bersilang pada lakaran gambar menggunakan media yang dipilih. Penekanan diberi pada unsur garisan, bentuk, rupa dan warna. Apresiasi seni visual Murid mempamerkan hasil lukisan yang telah dihasilkan. Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru.

B) Pengajaran Kraftangan Kanak-kanak Kraf mudah dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanakkanak. Aktiviti kraf mudah menggalakkan penggunaan dan kawalan otot secara berkesan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanakkanak.. Selain itu, aktiviti ini dapat turut membantu perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Kraf mudah untuk kanak-kanak mengaplikasikan teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka,origami, mobail, stabail, model dan diorama. Kraf mudah 2 dimensi atau 2D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang dan lebar. Kraf mudah 2 dimensi untuk kanak-kanak adalah seperti kolaj, topeng dan kad ucapan. T openg biasa dibuat menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna. Anda boleh mengajar kanakkanak membuat dua jenis topeng, iaitu topeng 8

penuh dan topeng zorro yang hanya menutup bahagian mata sahaja. Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka. Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah manusia, flora dan fauna. Berikut adalah rancangan mengajar yang boleh guru jalankan di dalam kelas dengan tujuan untuk meransangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Tema : Membuat Topeng Standard Pembelajaran : Murid berkebolehan : 3.1 Persepsi Estetik : Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi bentuk, warna, jalinan, imbangan dan kesatuan. 3.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mebgetahui dan memahami bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng muka. 3.3 Ekspesi Kreatif Murid dapat megaplikasikan pentetahuan bahasa sseni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan topeng muka. 3.4 : Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

Standard Pembelajaran Presepsi Estetik Guru menunjukkan beberapa contoh topeng muka yang telah siap. Guru menerangkan ciri-ciri topeng muka.

Ilustrasi Aktiviti

Aplikasi Seni Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan serta tunjuk cara 9

menghasilkan topeng muka. Langkah 1: Lukis rupa haiwan. Langkah 2 : Gunting permukaan kad manila untuk mendapatkan rupa haiwan. Langkah 3 : Mewarna dan menampal bahan yang diperlukan bagi menghias rupa topeng tersebut. Langkah 4 : Tebuk lubang pada bahaguab tepi kiri dan kanan untuk memasukkan tali atau gelang getah. Ekspersi Kreatif Murid menghasilkan topeng muka rupa haiwan. Murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkan yang telah ditunjukkan. Apresiasi Seni Visual Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilkan topeng muka. Murid menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada topeng muka yang dihasilkan. Murid menggayakan topeng muka

10

tersebut.

C. Membuat Corak dengan Guli melalui bermain.


Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanakkanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Berikut ialah contoh aktiviti membuat corak melalui bermain yang dapat merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak.

11

Tema : Membuat corak guli Bahan-bahan: Warna air/warna poster sudu plastik/mangkuk kecil/bekas kecil Beberapa biji guli Kertas kartrij/kertas lukisan Kotak/dulang mengikut kesesuaian saiz kertas Teknik membuat corak dengan guli : Langkah 1 : Sediakan satu kotak atau dulang yang bersesuaian dengan siaiz. Letakkan kertas di dalam kotak/dulang. Langkah 2: Letakkan warna di atas sudu. Letakkan guli di atas warna tadi. Golekkan guli sehingga keseluruhannya diselaputi warna. Langkah 3 : Letakkan guli di dalam kotak yang berisi kertas. Goyangkan kotak sehingga membentuk corak yang menarik. * Boleh juga meletakkan lebih daripada satu guli yang diselaputi dengan warna yang berlainan pada satu-satu masa ke atas kertas lukisan.

12

c. Membuat corak dengan buih sabun


Kanak-kanak sudah tentu suka bermain dengan buih sabun yang beraneka warna. Apa kata kita jadikan buih sabun sebagai satu bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Kanak-kanak tentu seronok melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Membuat corak buih sabun dengan Cara tiupan Bahan-bahan: Water colour/poster colour/pewarna makanan Serbuk sabun utk dijadikan buih sabun + air secukupnya/syampu Cawan Plastik Penyedut minuman Langkah-langkah/teknik: Langkah 1 : Bancuh beberapa warna berasingan dalam bekas plastik. Campurkan buih sabun/syampu ke dalam bekas plastic. Langkah 2 : Tiupkan warna sehingga membentuk buih yang banyak. Ambil buih dengan penyedut minuman dan tiup di atas kertas lukisan. Langkah 3 : Ulangi proses ini dengan menggunakan warna-warna lain agar dapat menghasilkan corak

13

yang lebih cantik.

d) Pengajaran pendidikan muzik, tarian dan pergerakan kreatif kanakkanak.

Kanak-kanak perlu dibimbing menyanyi lagu dengan iringan muzik, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu mengikut perasaan dan ekspresi. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak. Lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.Muzik, lagu dan nyanyian dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Kemahiran muzikal kanak-kanak seperti menyanyikan melodi mudah, menyanyi lagu dengan iringan muzik dan menyanyi mengikut tempo dapat dipertingkatkan. Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi focus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanakkanak juga dapat dipupuk. Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. Kehendak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tariandan pergerakan kreatif. 14

Tarian merupakan gerakan yang berirama. Kanak-kanak melakukan gerakan, apresiasi seni gerak dan ekspresi perasaan melalui gerak-geri bermakna dan berirama indah dalam sesuatu tarian. Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak-geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Gerakan-gerakan yang melibatkan psikomotor kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan diri, kemampuan diri untuk melakukan gerak, menyelesaikan masalah semasa membuat gerak dan mengekspresikan perasaan masing-masing. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak-kanak. Ia melatih kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya, kanakkanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan rentak muzik serta mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Oleh itu, guru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran tarian dan pergerakan kreatif dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti contoh berikut :
Mata pelajaran : Pendidikan Muzik Tajuk lagu : Tarian Inai Pengabungjalinan : kemahiran menyanyi Objektif pembelajaran 1. Murid-murid dapat menyanyi mengikut irama, melodi dan ekspresi berdasarkan skor lagu dengan betul. 2. Murid dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama dengan tepat. 3. Murid dapat membuat gerak tarian mudah mengikut rentak muzik inang dengan betul. Kemahiran : Nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi. EMK : Kreatif dan Inovatif

15

e) Pengajaran Drama kanak-kanak Persembahan Boneka

Teknik pengajaran drama boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. pembelajaran seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan. kreatif dan drama dalam pendidikan Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti dramayang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru.Semasa kanak-kanak berdrama, mereka perlu berfikir, menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Drama kreatif lebih kepada permainan manakala drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Guru boleh menggunakan drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk mendidik kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan pemikiran, imaginasi dan kreativiti mereka. Drama kreatif lebih berbentuk permainan dan berlaku secara spontan. Tujuan drama kreatif adalah untuk menggalakkan perkembangan imaginasi, Kreativiti dan konsep kendiri kanak- kanak. Selain itu, drama kreatif juga memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyelesaikan masalah dalam situasiyang diberi dalam aktiviti drama kreatif. Boneka merupakan salah satu jenis drama yang dapat merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Persembahan boneka boleh dimulakan dengan menyediakan boneka dan skrip sama ada mereka cerita baru atau mengubahsuai cerita daripada buku cerita. Boneka boleh dikendalikan dengan pentas atau tanpa pentas. Boneka tesebut hanya dipegang dan diarahkan kepada kanak-kanak. Berikut adalah satu contoh aktiviti gabungan daripada pendidikan seni dan drama boneka yang amat berkesan untuk merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak yang boleh dijalankan oleh guru dalam kelas.

16

Tema : Pendidikan Seni visual dan boneka Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tajuk : Dewi Bunga Bidang : Membentuk dan membuat boneka Hasil Pembelajaran : Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat boneka jari. Objektif Hasil Pembelajaran: 1. Murid dapat menguasai kemahiran membina boneka dengan menggunakan anggota badan iaitu jari sebagai asas penghasilan boneka. 2. Murid dapat menonjolkan kreativiti menghasilkan watak-watak di dalam menghasilkan boneka. 3. Murid dapat menggayakan watakk dengan menggunakan jari dengan bantuan alat yang dihasilkan mengikut kreativiti masingmasing. Penggabungjalinan Kemahiran 1: Menenal contoh-contoh watak di dalam cerita yang terdapat dalam cerita dongeng kanak-kanak. 2.Mengenal elemen-elemen unsur seni. 3.Menggunakan elemen-elemen Prinsip rekaan. EMK : Kreatif dan Inovatif BBM : Boneka jari ( 4 jenis bunga), kotak pentas persembahan , CD muzik dan latar belakang persembahan, skrip cerita Dewi Bunga.

17

KESIMPULAN Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreatifiti di kalangan murid. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru. Walaupun warga pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu mereka memupuk kreativiti murid tetapi kebanyakkan teknik-teknik pengajaran ini tidak digunakan dalam bilik darjah. Salah satu sebab utamanya perkara ini berlaku kerana polisi system pendidkan kita yang masih lagi secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diperlukan supaya system yang berorintasikan peperiksaan dapat diubah kepada sisitem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensiminda pelajar. Pada mulanya kreativiti dianggap memainkan peranan penting hanya dalam bidang seni dan sastera sahaja . Namun kini, para penyelidik mendapati kreativiti turut memainkan peanan penting dalam bidang-bidang pentadbiran ,perniagaan,keusahawanan,sains,matematik,seni bina,kejuruteraan dan sukan. Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah dianggap sebagai sangat mendesak dan penting. Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini,memiliki pengetahuan dan kepintaran yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apabila mereka dewasa kelak. Akan tetapi usaha ke arah pemupukan kreativiti pelajar ini akan terbantut seandainya halanga-halangan terhadap pemupukan kreativiti tidak diatas terlebih dahulu. Namun dengan adanya tokoh seni seperti Fisher, yang telah memperkenalkan perkembangan pemikiran kreatif Fisher ini diharap dapat membantu para guru mengajar pendidikan seni dengan lebih baik, berbanding sebelum ini . Bentuk pengajaran yang diperkenalkan oleh Fisher ini dilihat dapat banyak membantukmurid ke arah pemikiran yang lebih kreatif.

18

RUJUKAN Buku : -Abdul Shukor Hashim el.at(2011).HBAE1203 Perkembangan seni kanak kanak,Open Universiti Malaysia.Selangor. -Kementerian Pendidikan Malaysia.(2011).Buku panduan kreativiti pembangunan dan amalan alam pengajaran dan pembelajaran.Bahagian Pembangunan Kurikulum,Putrajaya. -Kementerian PendidikanMalaysia,(2000).Sukatan pelajaran pendidkan seni visualKBSR dan KBSM..Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Web: __ Kreativiti dan Pembelajaran kanak-kanak.http://www.scrib.com/doc/.(15 Jun 2012) __Kreativiti dan kanak-kanak .http://zahizah4gmailcom.blogsport.com. (18 Jun 2012)

19

You might also like