You are on page 1of 17

FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER/TAHUN SEMESTER JANUARI / 2013

KOD KURSUS HDPS 4603

TAJUK KURSUS EARLY MUSIC FOR CHILDREN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGANALAN NO. TELEFON EMAIL

: : : :

870622235728001 870622-23-5728 017-6388106


s_zai@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

WILAYAH JOHOR (PPWJ)

ISI KANDUNGAN

M/S

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 SEJARAH REKODER 2.1 2.2 Jenis-jenis Rekoder Teknik Bermain Rekoder 2.2.1 Postur 2.2.2 Cara Memegang Rekoder 2.2.3 Pernafasan 2.3 Teknik Meniup Rekoder 2.3.1 Embounchure 2.3.2 Penglidahan 2.3.3 Pernafasan 3.0 MASALAH PENGAJARAN REKODER DI DALAM BILIK DARJAH 4.0 PENYELESAIAN MASALAH 5.0 KAEDAH DAN PENDEKATAN KODALY 5.1 5.2 5.3 Teknik Solfa Isyarat Tangan Simbol, Notasi Lidi da Sebutan Irama

3 3 4 4 4 5 5 6 6 6 6 7 7 8 8 8 9 10 10 10 10 10

6.0 KONSEP PENDEKATAN CARL ORFF 6.1 6.2 6.3 6.4 Penjelajahan Peniruan Improvisasi Penciptaan

7.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE 7.1 7.2 7.3 Euritmik Solfa Improvisasi 11 12 12 13 15 16 17

8.0 RANCANGAN PENGAJARAN 9.0 REFLEKSI 10.0 KESIMPULAN 11.0 RUJUKAN

~2~

1.0 LATAR BELAKANG REKODER Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini mengandungi bahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang, enam di hadapan dan satu di belakang. Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar di hadapan. Kadang kala silinder ketiga ini bercantum bersama silinder kedua. Rekoder adalah alat muzik yang ringkas yang telah wujud sejak 1000 tahun dahulu. Ia berbentuk seperti duck flute dengan lubang-lubang yang dibuka dan ditutup muncul pada abad ke 11 ketika zaman French Miniature. Besar kemungkinan orang-orang Normans telah membawa dan memperkenalkan alat ini ke England, di mana merupakan satu-satunya negara yang menamakan alat ini pada ketika itu sebagai Rekoder. Manakala orang-orang Eropah memanggilnya pula dengan istilah Flute a bec atau Schnabelflote. Di England nama rekoder telah digunakan semenjak tahun 1388 lagi dan merupakan barang-barang berharga milik Earl Of Derby dan akhirnya dikenali sebagai Henry IV.

2.0 SEJARAH REKODER Rekoder merupakan antara alat tiup kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman pertengahan di Eropah, rekoder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti klarinet, flut dan oboe yang boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekoder. Pada zaman kegemilangannya, rekoder sering diguna pakai dalam persembahan orkestra bagi menggambarkan babak-babak bunyian burung, penggembala kambing, pengebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal seperti Purcell, Bach dan Vivaldi sebagai contoh, menggunakan rekoder sebagai alat utama. Pada abad ke 20, rekoder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya berbanding alat muzik tiupan yang lain. Oleh sebab itu, sekarang ramai yang beranggapan bahawa rekoder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak. Anggapan ini kurang tepat kerana rekoder adalah alat muzik yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada secara solo atau ensemble, khususnya di negara-negara barat.

~3~

2.1

Jenis-jenis Rekoder Sehingga tahun 1470, rekoder sebenarnya mempunyai enam lubang yang terbahagi

kepada dua dengan sebuah lubang untuk ibu jari. Pada tahun yang sama, di Itali pembuatpembuat rekoder telah menambah lubang rekoder kepada tujuh. Di Itali juga telah menyaksikan rekoder dibuat dalam jenis yang berbeza. Biasanya tukang-tukang pembuat rekoder membuat rekoder dengan lubang-lubang penjarian yang luas tetapi di utara Itali, rekoder dibuat dengan lubang-lubang yang kecil. Terdapat beberapa jenis rekoder, lima jenis yang biasa dilihat dalam sesebuah ensembel rekoder ialah rekoder Sopranino, Soprano, Alto, Tenor dan Bass.

Rajah 1 : Jenis-jenis rekoder Rekoder yang digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang juga dikenali sebagai rekoder soprano. Kebanyakan sekolah menggunakan rekoder jenis ini memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz, rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutupi lubang penjarian pada rekoder yang bersaiz besar.

2.2

Teknik Bermain Rekoder 2.2.1 Postur i) ii) Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. ( Elak daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan kepala)

~4~

iii)

Tangan patut terbuka supaya tidak mengganggu pernafasan.

2.2.2 Cara Memegang Rekoder i) Pegang dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atau badan rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder. ii) iii) Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanak. Cara memegang yang selesa memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.

Rajah 2 : Cara memegang Rekoder 2.2.3 Penjarian i) Tangan Kiri Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari telunjuk bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

ii) Tangan Kanan Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubanglubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi shap dan flet.

~5~

2.3

Teknik Meniup Rekoder 2.3.1 Embounchure i. ii. iii. Imbangan rekoder terletak pada bibir dan ibu jari tangan kanak. Masukkan bahagian pemipit di atas dan rapatkan kedua-dua bibir. Perhatian : Elakkan menggigit rekoder.

Rajah 4: Teknik meniup Rekoder

2.3.2 Penglidahan i. ii. iii. Menggunakan lidah untuk meniup not atau rangkap-rangkap not Kemahiran lidah dapat dilatih melalui latihan-latihan yang tersusun Bunyikan du dengan lidah untuk not, lu untuk not rendah, tu untuk not tinggi. iv. v. Untuk double tongueing, bunyinya du-ku atau tu-ku Untuk memainkan not kaitan (slur), penglidahan berlaku pada not pertama sahaja. vi. Untuk bermain not staccato, bunyikan tut untuk menjadikan not itu pendek.

2.3.3 Pernafasan i. Menggunakan diafragma untuk mengawal pernafasan. Bahagian dada tidak bergerak ketika bernafas. ii. Semasa meniup not rendah, hembuskan udara secara perlahan dan semasa meniup not tinggi, hembuskan udara secara laju. Biasanya hembusan udara perlahan dirasai panas dan hembusan udara laju dirasai sejuk. iii. Gunakan satu nafas untuk meniup satu frasa. Kemudian mengambil nafas selepas meniup setiap frasa.

~6~

3.0 MASALAH PENGAJARAN REKODER DALAM BILIK DARJAH Terdapat beberapa permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran rekoder di dalam bilik darjah. Antara masalah yang dapat dilihat adalah seperti kanak-kanak tidak menggunakan teknik penglidahan yang betul semasa pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak tidak tahu atau tidak pandai membaca notasi skor. Untuk memahami notasi skor agar sukar sekiranya kanakkanak tidak memberi tumpuan atau perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga kanak-kanak tidak meniup rekoder mengikut frasa yang betul dan mereka juga sering lupa mengenai penjarian rekoder yang sebenar. Walaupun guru telah memberi pelbagai cara mahupun kaedah yang betul dalam mempelajari rekoder, masalah yang paling mencabar adalah untuk memupuk minat kanak-kanak dalam pembelajaran rekoder di dalam kelas. Ada di antara kanak-kanak tidak mempunyai minat dalam rekoder mahupun muzik, ini akan menyebabkan penyampaian guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak sampai kepada kanak-kanak. Apabila keadaan ini berlaku, kanak-kanak akan menghasilkan bunyi rekoder yang tidak baik dan akan mengganggu kanak-kanak yang lain untuk memahami tiupan sesuatu not.

4.0 PENYELESAIAN MASALAH Dalam menyelesaikan permasalahan tersebut, guru perlu mengkaji aktiviti yang ingin dijalankan secara mendalam, menguasai sepenuhnya segala konsep dan kemahiran yang perlu disampaikan kepada kanak-kanak. Guru juga perlu menganalisis bahan pengajaran tersebut dan kemudian memilih, memeringkat serta menyusun contoh-contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pelajaran. Alat-alat bantu mengajar dapat memudahkan lagi pencapaian objektif pelajaran jika alat-alat tersebut berfungsi dan digunakan dengan berkesan. Selain itu, peruntukan masa untuk sesuatu pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan agar setiap langkah penyampaian pembelajaran boleh menjamin penglibatan kanak-kanak secara aktif, menyeronokkan dan bermakna. Untuk memastikan masalah-masalah di atas boleh diatasi, terdapat tiga aplikasi pendekatan dalam pembelajaran rekoder di dalam kelas. Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dariJerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui dinegara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka perolehi mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.

~7~

5.0 KAEDAH DAN PENDEKATAN KODALY Pendekatan Kodaly merupakan salah satu pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Kodaly adalah tokoh muzik dari Hungary yang tidak mahu muzik rakyat lupus di telan zaman. Di samping muzik rakyat, nyanyian sebagai kemahiran asas menjadi falsafah yang utama di mana kanak-kanak boleh menyanyikan lagulagu rakyat dengan menggunakan suara mereka sendiri. Teknik yang di ketengahkan ialah nyanyian solfa, menggunakan isyarat tangan dan menyebut serta menotasikan irama dengan menggunakan notasi lidi.

5.1

Tonik Solfa

Kodaly menggunakan sistem do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Italy) pada Abad ke 11. Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan ia dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta. Nada Major Nada minor : : d l r t m d f r s m l f t s d l

Tonik solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so-mi) merupakan pengajaran pembelajaran asas. Dengan penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk di mana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mod minor.

5.2

Isyarat Tangan

Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan serentak seorang pelajar akan menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi. Penggunaan isyarat tangan membuat pembelajaran solfa mudah dan merupakan satu persediaan untuk mendengar pertukaran do. Contohnya guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan kepada pelajar dan pelajar menyanyi kepada solfa apabila guru berhenti mi dengan serentaknya ia akan menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat so. Pelajar kemudian akan menyanyi pada so dalam pic sama seperti mi. Latihan seperti ini diteruskan sehingga pelajar dapat kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.

~8~

Rajah 5: Isyarat tangan Kodaly 5.3 Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama

Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya. Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik. Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada suku kata, dan berfikir (membayangkan) suku kata semasa menepuk irama. Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik

Rajah 6 : Simbol Kodaly

~9~

6.0 KONSEP PENDEKATAN CARL ORFF Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri dalam elemen irama, melodi, harmoni, dinamik, format atau ton sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen pergerakan, tarian dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna, kanak-kanak perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara unsur muzik yang boleh diterapkan awal ialah penggunaan ostinato dan konsep format rondo yang mudah. Proses pengajaran pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu penjelajahan, peniruan, improvisasi dan penciptaan.

6.1

Penjelajahan

Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrument termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. Contohnya bergerak seperti binatang.

6.2

Peniruan

Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.

6.3

Improvisasi

Setelah kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.

6.4

Penciptaan

Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan lagu yang lengkap. Pendekatan ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri situasi pembelajaran di samping mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru. Selain itu, latihan yang banyak berasaskan kepada lagu-lagu atau puisi mudah dan lebih dikenali pelajar membuka ruang kepada mereka untuk meneroka dan cuba jaya menggunakan alat muzik Orff.

~ 10 ~

7.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE Dalcroze mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua peringkat pengajaran dan pembelajaran. Konsep berirama juga dilakukan dalam semua perkara. Mengikut Dalcroze, pendidik mestilah mengurangkan percakapan dan menggantikan dengan arahanarahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan peringkat pengajaran yang sistematik. Sebagai contoh, pola irama dan melodi boleh digunakan oleh pendidik bagi mengarahkan murid-murid melakukan sesuatu. Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya. Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira

keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9 keinginan kanak-kanak: Untuk bergerak Berjaya dan diperkenalkan Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat Untuk bersaing Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik Untuk mengembara Memperoleh kepuasan kreativiti Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama Untuk mengetahui

7.1

Euritmik

Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Idea

~ 11 ~

muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik. Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total di mana individu perlu: Mendengar Merasai Berimaginasi Mengintrepetasi bunyi Bertindak/respon/bergerak Membayangkan maksudnya secara luaran

7.2

Solfa

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

7.3

Improvisasi

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

~ 12 ~

8.0 RANCANGAN MENGAJAR Mata Pelajaran Tahun Masa Aspek Item Kemahiran : : : : : : Pendidikan Muzik 3 30 minit Permainan Rekoder Pengenalan Rekoder Mempraktikkan teknik yang betul bermain rekoder secara bersepadu. Mengenal penjarian rekoder

Hasil Pembelajaran Objektif : :

Mengetahui teknik bermain rekoder secara bersepadu Pada akhir pembelajaran murid dapat: a) Mengenal bahagian rekoder dan fungsinya b) Memegang rekoder mengikut postur dan penjarian yang betul

Pengetahuan Sedia Ada

: a) Murid pernah melihat rekoder

Nilai Murni Alat Bantu Mengajar

: :

Kerjasama dan keyakinan Laptop

Langkah

Isi Pelajaran Meneka bunyi alat muzik

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Pelajar dipertontonkan video muzik Guru bertanyakan kepada pelajar mengenai bunyi

Catatan 1. Pelajar mendengar dan meneka bunyi alat muzik yang didengar 2. Pelajar mendapat jawapan melalui tayangan video

Set Induksi (5 minit)

tersebut dan bagaimana ia dibunyikan Guru merumuskan penjelasan yang diberikan oleh pelajar

~ 13 ~

melalui pemerhatian mereka Guru memperkenalkan bahagian rekoder dan sistem penomboran pada jari Langkah 2 (5 minit)

ABM -Laptop -

Guru menerangkan bahagian rekoder iaitu kepala, badan dan bahagian kaki Guru menerangkan sistem penomboran pada rekoder Guru menunjukkan cara bagaimana menutup lubang rekoder menggunakan jari dengan menggunakan sistem penomboran ABM -Rekoder 1. Pelajar memerhati dan mendengar dengan teliti

-Guru membimbing pelajar memegang dan menutup lubang rekoder -Pengenalan not rekoder Langkah 3 (10 minit)

Guru memberikan rekoder kepada pelajar Guru membimbing pelajar memegang dan menunjukkan postur badan yang betul sewaktu memegang rekoder 1. Guru tunjuk cara bagaimana meletakkan penjarian yang betul pada rekoder 2. Guru memeriksa dan memantau penjarian pelajar 3. Pelajar dengan penuh perhatian untuk memahami not yang diajar

Guru membimbing pelajar menutup lubang rekoder dengan penjarian yang betul

Guru menerangkan not rekoder yang mudah dengan penjarian yang betul untuk not B, not

~ 14 ~

A dan not G

ABM -Rekoder

Nilai; Sabar dan yakin Penglidahan Guru menerangkan kaedah tiupan pada rekoder dengan membunyikan tu..tu..tu. Guru meminta pelajar meniup rekoder dengan penglidahan yang betul (tu) Langkah 3 (5 minit) 1. Pelajar membunyikan tu tanpa rekoder 2. Pelajar meniup rekoder mengikut arahan dari guru 3. Guru memastikan pelajar dapat mengikut arahan

ABM -Rekoder

Nilai -Disiplin Penutup (5 minit) Tayangan klip video Guru menayangkan klip video pertandingan assemble rekoder Pelajar melihat dengan penuh minat

9.0 REFLEKSI Dalam aktiviti yang dijalankan, pelajar telah menunjukkan minat untuk mempelajari muzik rekoder. Mereka juga telah memberi kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang berjalan selama 30 minit. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, kaedah yang digunakan adalah lebih kepada kedah yang diketengahkan oleh Carl Orff iaitu kaedah

~ 15 ~

peniruan guru. Pelajar lebih mudah memahami pergerakan yang ditunjukkan oleh guru terlebih dahulu sebelum melakukan sendiri. Selain itu, guru menggunakan teknik Kodaly dalam menyebut suku kata sambil menepuk tangan. Dalam erti kata lain, ekspresi muzik dalam pergerakan. Dalam masa yang sama, kaedah Dalcroze juga diketengahkan apabila pelajar diminta mendengar bunyi not yang berbeza yang ditiup oleh guru. Pendekatan ini dikenali sebagai teknik Solfa iaitu pendengaran not atau pic yang berbeza.

10.0 KESIMPULAN Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu objektif pelajaran yang telah ditentukan. Tidak ada satu-satunya pendekatan, kaedah atau teknik khusus yang terbaik untuk mengajar rekoder. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling sesuai untuk murid-muridnya berpandukan pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas pendidikan muzik lebih-lebih lagi dalam penggunaan rekoder. Jelaslah di sini bahawa kaedah Kodaly dalam pengajaran muzik mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya dengan mana-mana seni yang dianggap berharga. Dalam masa yang sama pendekatan Carl Orff banyak memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri situasi pembelajaran di samping mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru. Manakala dalam pendekatan Dalcroze pula, Learning by doing atau dikenali sebagai experiential learning sangat diperhalusi dewasa ini kerana gaya belajar sebeginilah yang akan diberi penekanan kerana ia memberi satu pengalaman belajar yang cukup berharga bagi pelajar.

(3011)

~ 16 ~

11.0 RUJUKAN Bahan Rujukan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Beyer, B. K. (1991). Developing a thinking skill Program. Boston: Allyn and Bacon. Caroline Ling. (1989). Pembelajaran Muzik. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Chapman, C. (1993). If the shoe fit...: How to Develop Multiple Intelligences in the classroom USA: Skylight Publushing Inc. C. H. Lee. (1996). Pendidikan muzik KBSR Tahun Empat. Butterworth: Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd. Choksy, L., Abramson, R. M. Gillespie, A.E., & Wood, D. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice Hall Inc. Choksy, L. (1981). The Kodaly Method. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Choksy, Lois. (1991). Teaching Music Effectively In the Elementary School. New Jersey: Prentice Hall Inc Edith E. Wax. (1979). Dalcroze Dimension. N. Y : Mostly Movement Ltd. Roslyn. Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kokas, Klara. (1971). Kodalys Concept in Childrens Education. Music Journal Vol.29 (7) Sept. 1971 pg. 50 Ribiere-Raverlat, Jacquotte. (1971). Muzik Education in Hungary. Paris: Alphonse Leduc. Et Cie. Saliba, K. K. (1991). Accent on Orff: An introductory approach. New Jersey: Prentice Hall. Sukatan Pelajaran Muzik KBSR. (2000). Kementerian Pendidikan Malaysia. Szabo, H. (1969). The Kodaly Concept of Muzik Education. London: Boosey and Hawkes

~ 17 ~

You might also like