PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselenggarakan oleh Rozali Rajab

]
Abstrak Bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian tinggi selain menjadi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah setelah penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras perpaduan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang peranan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu mengikut konteks pendidikan. Skop kajian yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah tentang implimentasi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara, halangan-halangan yang dihadapi pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu serta peranan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Untuk merealisasikan hasrat murni tersebut, pendidikan merupakan medium utama yang berperanan penting dalam memenuhi impian tersebut. Majunya sesebuah negara itu bergantung kepada tahap keintelektualan rakyat serta sistem pendidikannya. Pendidikan yang berkualiti memerlukan komitmen daripada semua pihak khususnya warga pendidik dan golongan pelajar. Sebagai memenuhi impian tersebut bahasa Melayu selayaknya dijadikan wadah utama selain bahasa-bahasa lain yang telah sedia ada di negara kita. PENDAHULUAN Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunia satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara. Slogan „Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa‟ adalah antara slogan yang dapat menaikkan semangat patriotisme dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan khususnya pihak kerajaan. Definisi Konsep Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras

” ( Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. 1957 dianggap sebagai suatu perkembangan baru dalam . terpelajar dan berbudi bahasa. matlamat. (Perenggan 22(b) • “…. tujuan jawatankuasa ini adalah untuk melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.” (Perenggan 12 : Laporan Razak) Oleh itu. teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh. Manakala. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-individu untuk menjadi masyarakat terlatih. Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Untuk mencapai matlamat perpaduan.. Laporan Razak mengusulkan • “…. yang menjadi asas Ordinan Pelajaran.Bahasa Melayu mestilah diajar di dalam semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah”. Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama iaitu :“Sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan.bahasa.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. (Perenggan 18) • “……Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapat Sijil Rendah (Lower Certificate) dan Sijil Pelajaran Kebangsaan (National Certificate of Education)…”. walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan.. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Menurut Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak). Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara. tujuan pendidikan kebangsaan ialah : “… menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar. kami cadangkan bahawa bahasa Melayu dan Inggeris wajib diajar”. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Laporan Razak 1956 Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang cerah.Dalam sekolah-sekolah menengah yang demikian ini (Sekolah Jenis Kebangsaan). Berdasarkan pendapat tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34). Pada tahun 1956 telah diperkenalkan Laporan Razak setelah kerajaan pada masa itu berjanji untuk memberi satu sistem pelajaran yang sama untuk semua penduduk. Usul penting Laporan Razak yang berkaitan secara langsung dengan pendidikan kebangsaan yang dapat memupuk perpaduan rakyat dengan bahasa Melayu menjadi salah satu asasnya. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah. pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu. walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur.dan tujuan. 1984 : 7) Khusus tentang taraf bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan. dari segi penggunaan yang luas dan perakuan oleh rakyat Malaysia. Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin. (Perenggan 71) Laporan Razak.

“Penyata Razak dan Rahman Talib telah menjadi watershed (batu asas) dalam matlamat perpaduan kaum di Malaysia”. Namun demikian. sebagai satu kertas dasar bagi sistem pendidikan kebangsaan. Perbezaan pendapat yang timbul bukanlah ke atas falsafah laporan tersebut ataupun struktur dan kandungan kurikulum yang dicadangkan. Cadangan kedua-dua penyata ini adalah agar pada akhirnya nanti wujud hanya satu bahasa pengantar di sekolah. sekolah Cina.sejarah pendidikan Tanah Melayu. tetapi tertumpu kepada cara-cara untuk mencapai matlamatnya. Dengan mengambil sempena nama pengerusinya Dato‟ Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. maka Laporan Rahman Talib menggariskan langkah untuk merealisasikan idealisme tersebut. yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membentuk Jawatankuasa Penyemak Pelajaran pada tahun 1960 untuk meneliti kekurangan dalam Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. dikenal orang jawatankuasa tersebut sebagai Jawatankuasa Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran itu dikenal pula sebagai Laporan Rahman Talib. tetapi telah gagal untuk memuaskan harapan penduduk negara ini. Sejak mulanya laporan dikeluarkan dan hinggalah berlakunya rusuhan kaum dalam tahun 1969. Perkara 152). Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992 : 21) mengatakan bahawa satu lagi kelemahan Laporan Razak ialah dalam konteks pembinaan negara. • Setiap calon diwajibkan lulus dalam Bahasa Kebangsaan bagi peperiksaan masuk sekolah menengah. dan sekolah Tamil. iaitu bahasa Melayu. Usul-usul Laporan Rahman Talib diperundangkan melalui Akta Pendidikan 1961 yang menjadi kerangka rujukan bagi pelaksanaan sistem pendidikan negara sehingga digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. iaitu bahasa Melayu. Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya diluluskan sebagai rang undang-undang oleh parlimen sebagai Akta Parlimen No. 43 tahun 1961 (Akta Pelajaran 1961). secara tidak langsung bahasa terus menjadi punca masalah pendidikan di Tanah Melayu ketika itu. Oleh kerana perbezaan itu tertumpu kepada peranan dan kedudukan bahasa Melayu dan bahasabahasa lain dalam sistem pendidikan. Antara tindakan lanjut daripada usul Laporan Rahman Talib yang berhubung dengan soal dasar tersebut termasuklah: Peperiksaan naik tingkatan bagi sekolah menengah Cina dimansuhkan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Akhir Sekolah Menengah Cina dimansuhkan juga pada tahun 1963. ia tidak mendapat sokongan yang cukup untuk menghalang berlakunya konflik perkauman sebagaimana yang berlaku dalam tahun tersebut. dalam sistem persekolahan wujud dua jenis sekolah. Semua sekolah mewajibkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. selaras dengan penekanan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara (Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Laporan Razak. Rasa tidak puas hati orang-orang Melayu pada amnya menyebabkan kerajaan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) ketika itu. iaitu pengekalan sekolah pelbagai aliran yang bebas menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan hal ini tidak selaras dengan cita-cita kerajaan menjadikan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) untuk maksud perpaduan rakyat. laporan tersebut walaupun pada asasnya menampakkan dasar kompromi dan akomodasi dalam falsafahnya. Jika Laporan Razak mengasaskan idealisme menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada suatu waktu yang ditetapkan. Antara usulnya yang berkaitan dengan hal tersebut termasuklah : • Menukar bahasa pengantar Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Melayu. • Peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja. iaitu Sekolah Umum yang berbahasa pengantar bahasa Melayu dan Sekolah Jenis Umum yang terdiri daripada sekolah Inggeris. Laporan Rahman Talib 1960 Usaha-usaha ke arah perpaduan ini diteruskan lagi setelah ditubuhkan pula Laporan Rahman Talib yang bertujuan untuk mengkaji semua syor Laporan Razak. .

politik. dan bahasa-bahasa lain. Pengiktirafan ini termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara 152:• Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh Parlimen melalui undang-undang. bahasa Rusia. Kedua-dua laporan tersebut menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. • Dalam perkara ini “maksud rasmi” bererti apa jua maksud kerajaan sama ada Persekutuan atau Negeri dan termasuklah apa jua maksud pihak berkuasa awam. • Walau apapun peruntukan Fasal (1). Bentuknya telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat Malaysia dan hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia seperti bahasa Inggeris. Dapat dirumuskan daripada perbincangkan di atas bahawa dalam sistem pendidikan sesudah kemerdekaan. di sisi faktorfaktor lain seperti kebudayaan. Dengan perkataan lain. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 Antara langkah pertama pengisian kemerdekaan ialah mengikut bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penegasan yang terpenting dalam proklamasi Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah suatu sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat persekolahan dan dalam semua institusi pendidikan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. iaitu “Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan rakyat berbilang keturunan. kita harus lihat kepada Akta Pendidikan 1996 yang di dalam seksyen 17(1) dikatakan bahawa “Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan di dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah jenis . Dasar Pelajaran Kebangsaan Langkah utama yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ialah membetulkan dan menyusun semula sistem pendidikan yang diwarisi daripada penjajah Inggeris dengan mengadakan dasar-dasar pendidikan yang diperkukuhkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Dewan Undangan Negeri dan bagi semua maksud rasmi yang lain. • Langkah-langkah dilaksanakan untuk menambah bilangan guru terlatih sekolah menengah kebangsaan dan guru khas Bahasa Kebangsaan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan. sementara cadangan-cadangan dasar daripada kedua-dua Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. atau konsep yang lebih luas lagi bahasa Melayu sebagai salah satu asas pembinaan negara”. ekonomi. penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. dan sebagainya. bahasa Perancis. faktor bahasa kebangsaan menjadi faktor penting dalam rangka pembinaan sebuah negara baru. undang-undang.• Kelulusan dalam Bahasa Kebangsaan wajib bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. dan bermula dari tahun 1983. • Pembukaan sekolah menengah kebangsaan dipesatkan di seluruh negara. sudah mula terbina falsafah yang mendasari pendidikan bahasa Melayu di negara ini. Dari aspek kedudukan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Dewan Parlimen. Cadangan-cadangan dasar yang dikemukakan oleh Laporan Razak 1956 telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Tambahan pula. Selain itu.kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 dan mana-mana institusi pendidikan yang dikeculikan oleh Menteri daripada seksyen ini. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolaholah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Di mana letaknya kedaulatan Bahasa Melayu?. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah. Sebilangan daripada mereka adalah orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).Hal ini demikian menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan betul. Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya. tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. akta yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Selain itu. Ini menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. Abdul Hamid Mahmood (1993 : 21) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menurut Sufean Hussin (1996 : 50) mengatakan bahawa di sekolah murid-murid akan diajarkan aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan murid yang pintar berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa dengan betul. Peranan Bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Bagi kebanyakan pelajar sebegini. Cabaran paling serius terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Guru-guru perlu . Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.” Halangan-Halangan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu Dalam Bidang Pendidikan Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Tiada tindakan mahupun usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Ketidakmampuan Menguasai Bahasa Melayu Dengan Baik Dan Sikap Negatif Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga hari ini. ramai guru masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. ia juga dapat membantu murid-murid bertutur dengan lancar. bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa mempelajarinya. Menurut kajian beliau. Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa.

Pengaruh Bahasa Slanga Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Mereka menggunakan istilahistilah tersebut dalam berkomunikasi. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu. Bahasa ini sering 154 digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak. Guru-guru tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid tanpa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. melepak. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. menggalakkan dan menyelaraskan penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan pembinaan bahasa Melayu. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal.melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Dari mana datangnya kekacauan bahasa ini juga mendapat jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh (2000:48). Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun yang berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun. golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Ini bersesuaian dengan zaman sekarang di mana murid-murid perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. buat pot dan lain-lain lagi. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. buat dek. Peranan Kerajaan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Menurut Abdullah Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. geng.mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. DBP berperanan untuk memupuk dan memperkaya bahasa kebangsaan. Tetapi sejak akhir-akhir ini. membakukan sistem ejaan dan sebutan. bengang. mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan bahasa . menerbitkan.

membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Melaksanakan Transformasi Kurikulum Bahasa Melayu Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini banyak bergantung kepada kepakaran golongan pendidik dalam menurunkan ilmu yang betul kepada golongan pelajar. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Kebanyakan pelajar datangnya daripada latar belakang yang berbeza-beza. memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan. pihak kerajaan seharusnya menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains. bertutur. Dengan keputusan ini. perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara telah tiba di kemuncaknya apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa . Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran. Penekanan dari segi menguasai teknik mengajar bahasa Melayu yang betul harus diberi perhatian. Di peringkat sekolah menengah. Pihak kerajaan harus percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Melayu.kebangsaan. Mengiktiraf Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi Wan Hashim Wan Teh (2010) mengatakan bahawa. membaca dan menulis. Bahasa yang dibawa oleh setiap pelajar mengikut kaum dan tempat asalnya. minat. seimbang dan holistik. tempat. menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan. transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar. Hal ini sedemikian dapat membantu perkembangan potensi diri guru-guru dan memperoleh ilmu yang lebih mendalam daripada tenaga pengajar yang sememangnya mahir dalam bidang bahasa Melayu. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar. jelas menunjukkan bahawa kemantapan bahasa Melayu banyak bergantung dengan masyarakat penuturnya terutamanya golongan pelajar yang mana golongan pelajar inilah yang menjadi titik tolak kepada kejayaan pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping tenaga pengajar yang komited dalam membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan impian kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. faktor ekonomi. Berdasarkan maklumat di atas. Masalah inilah yang menyebabkan perkembangan bahasa Melayu itu terganggu. Umum sedia maklum. Kementerian Pelajaran juga sewajarnya memberikan latihan dan kursus kepada guru-guru untuk memperdalam bahasa Melayu supaya guru-guru tersebut dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka peroleh kepada para pelajar. Matematik. jantina dan tahap pendidikan. Kementerian Pelajaran seharusnya melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. status sosial. nilai. Ismail Jusoh (2000: 48) dalam kajiannya mengatakan bahawa antara faktor umum yang melahirkan bahasa yang berbeza-beza ialah umur. Dengan adanya Dewan Bahasa dan Pustaka sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran untuk memantapkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Menaiktaraf Kelulusan Guru-Guru Bahasa Melayu Pihak Kementerian Pelajaran seharusnya menyediakan lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah pertama. bertutur. tidak semua golongan pelajar berbangsa Melayu dan menuturkan bahasa Melayu dengan betul. budaya masyarakat Malaysia. serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuasailah bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua.utusan. Di kalangan budayawan. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu.2. Kuala Lumpur: Media Printed (M). sebutan. Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu.pengantar utama dalam sistem pendidikan sehingga ke universiti. Dengan cara ini. Hamid Mahmood (1993). yang terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu.com. bahasa Melayu akan dapat bangun kembali. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah bangsa. Http://www. Diakses pada 14. Sejajar dengan hal itu. walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan. kosa kata dan laras bahasa. BIBLIOGRAFI Abd. bahasa baku dan bahasa standart. amat wajarlah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Malaysia kini diiktiraf sebagai bahasa ilmu tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa pembentuk budaya. Abdullah Hassan (1987). Usahlah dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. mengambil tempatnya yang asal apabila mendapat sokongan dan dukungan terhadap pengguna bahasanya terutama dalam konteks penggunaan di IPT. ia menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang tinggi pihak kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.my/utusan/info. bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai pengantar ilmu. Rumusannya. tatabahasa. pemikiran dan teknologi. peristilahan. bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Menurut beliau. PENUTUP Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Menurut pakar bahasa. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan. Guru dan Bahasa Melayu. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Usaha memperkasa Bahasa Melayu di IPT adalah menggunakannya dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cintakannya. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius setiap isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bidang pendidikan. Ani Awang dan Zumurni Hamzah. teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh.asp. Dengan kata lain. Dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa. budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu. Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020. pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu. Nik Safiah Karim. Menurut Mohd Amin Arshad (2005 :13) mengatakan istilah bahasa Melayu tinggi itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa rendah. generasi muda terutama pelajar sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah.2010. . Kemajuan pendidikan dalam Bahasa Melayu telah berlaku dengan pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa pengantar Melayu dan terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Sehubungan dengan hal itu.

Kamarudin Hj. UPM Serdang. Nik Safiah Karim (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Omar Mohd.Awang Sariyan (2006). Http://www. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992). Hashim (1993).Martabatkan Bahasa Melayu Pada Zaman Globalisasi. dan Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.2. Mohd Amin Arshad ( 2005). Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Jusoh (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses pada 14.my/utusan info. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Dlm Monograf Bahasa.utusan. Bahasa Melayu Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kachar (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.asp. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut Pengayaan Khazanah Ilmu. Sastera. Sufean Hussin (1996). Penyelesaian dan Harapan. . Bhd. Selangor.com.2010. Pembinaan Bahasa Melayu. Pendidikan Persoalan. Bahasa dan Masyarakat..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful