You are on page 1of 6

Ekosistem & Kepelbagaian Pemuliharaan ex-situ

PRAKTIKAL 3 PEMULIHARAAN EX-SITU : ZOO & TAMAN BOTANI

Bahan bacaan : Primack, R.B. (1998). Essentials of Conservation Biology 2nd edition. Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. Chapter 14 Ex situ Conservation Strategies

Pengenalan : Bagi jangka masa panjang, strategi terbaik untuk mempertahankan biodiversiti adalah dengan memulihara populasi semulajadi dan komuniti di dalam habitat semulajadi ( in situ). Walau bagaimanapun, beberapa spesies tidak mempunyai pilihan lain, alternatif tiruan habitat yang dicadangkan oleh individu-individu telah ditentang. Inilah yang dipanggil ex-situ atau pemeliharaan luar tapak. Kemudahan bagi pemeliharaan ex situ binatang dan tumbuhan termasuklah zoo, akuaria, program pembiakan berkurung, ladang, taman botani, arboreta dan bank benih. Praktikal ini memerlukan anda agar memberi penekanan terhadap dua aspek. Pertama, untuk menjadi kebiasaan dalam kepelbagaian biologikal dunia dengan melawat zoo dan taman botani. Kedua, untuk membincangkan merit, kesalahan dan tatasusila pemuliharaan ex situ.

Arahan : Buat lawatan ke Taman Zoologikal dan Taman Botanikal (atau kawasan zoo/tapak fauna/taman). Jika tidak dapat pergi ke salah satunya, lawat zoo maya atau taman maya di dalam laman web. Beberapa laman web telah disenaraikan untuk dilawati pada akhir praktikal ini, tetapi anda akan menemui dengan lebih banyak jika melawat tempat sekeliling anda.

Ekosistem & Kepelbagaian Pemuliharaan ex-situ

Laporan : Laporan anda bagi praktikal ini perlu mengandungi dua bahagian (1) pembentangan kumpulan dan (2) laporan individu.

Bahagian 1(Diabaikan) Di dalam kumpulan tidak lebih daripada tiga orang, sediakan pembentangan kelas selama 10 minit. Melalui pemerhatian anda , terangkan bagaimana satu jenis tumbuhan dan satu jenis binatang untuk terus hidup menggunakan strategi ex situ. Jika perlu, sediakan beberapa gambar untuk pembentangan ini. (Lakukan ini untuk PCK 2) Bahagian 2 Secara individu, bincangkan dalam bentuk laporan esei (300 p.perkataan), mengenai isu-isu di bawah. Berikan penyataan ringkas bagi tujuan praktikal, nyatakan rujukan anda dengan format yang betul.

Apakah julat kepelbagaian yang wujud? Bagaimana contoh bagi keseluruhan kepelbagaian di, (a) negara (b) tahap global untuk koleksi zoo dan taman? Adakah mereka memberi fokus pada beberapa kumpulan? Terangkan.

Apakah maksud in situ dan ex situ? Apakah kelebihan dan kekurangan bagi pemuliharaan ex situ?

Ekosistem & Kepelbagaian Pemuliharaan ex-situ

Mengapa sesetengah ahli ekologi percaya terhadap pemuliharaan in situ, dengan pengurusan habitat yang baik adalah satu-satunya cara pemuliharaan terbaik? Adakah tidak boleh diterima untuk mengekalkan spesies yang sudah kehilangan habitat semula jadinya dengan melakukan pembiakan di zoo/taman?

Mengapakah ramai orang berfikir bahawa tidak boleh untuk mencuba bring back spesies yang telah pupus seperti harimau Tasmanian? Apakah kesan pemuliharaan bagi tindakan ini? http://www.amonline.net.au/thylacine/index2.htm

Saintis sekarang menggunakan kaedah pengklonan untuk cuba mengadakan kembali spesies yang telah pupus. Tindakan ini ada baik dan buruknya. Sesebuah kerajaan akan melihat kelebihan dari kebangkitan semula spesies yang pupus ini. Sebagai contoh, spesies yang dihidupkan semula akan menarik pelancong, lebih-lebih lagi jika spesies itu mempunyai ciri-ciri yang luar biasa. Bukan itu sahaja, kebangkitan spesies tersebut akan membolehkan ahli-ahli sains untuk mengkaji tingkah laku dan keupayaan spesies yang kini pupus.

Namun, orang ramai berfikir bahawa ia tidak boleh dilakukan kerana tidak ada peluang sama sekali bahawa spesies akan bangkit semula secara keseluruhannya daripada pengklonan. Ini kerana spesies memerlukan kolam gen yang tidak dapat disediakan oleh individu tunggal yang diklon. Maksudnya, ia tidak akan sama seperti haiwan yang asal. Pasti ada kekurangan. Spesies yang telah diklonkan itu kebanyakannya tidak akan hidup lama. Kadang kala, orang ramai

Ekosistem & Kepelbagaian Pemuliharaan ex-situ

fikir ia tidak perlu kerana ia melanggar hukum alam dengan mencipta benda hidup.

Pada pendapat saya, haiwan yang pupus pasti ada tujuannya. Sebagai contoh dinasour, dan haiwan lain yang telah pupus berjuta tahun dahulu. Jika kita membawa spesies ini kembali, berkemungkinan manusia yang akan pupus disebabkan berlakunya persaingan dari segi keperluan seperti kawasan habitat dan tempat tinggal. Namun, dari aspek yang lain, untuk tujuan penyelidikan, cara ini bagus kerana boleh dijadikan sebagai bahan spesimen ke atas spesies yang hampir pupus untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkannya daripada pupus. Namun, suatu hari nanti, ianya tetap akan pupus.

Penutup Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies tumbuhan atau haiwan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Strategi ini penting bagi membantu mengekalkan spesies daripada pupus. Tarikh serah : Semak butiran penilaian bagi tarikh. Pembentangan adalah merangkumi 10% daripada jumlah markah. Laporan bertulis adalah merangkumi 5% daripada jumlah markah.

Ekosistem & Kepelbagaian Pemuliharaan ex-situ

PERUNTUKAN MARKAH PRAKTIKAL 3 : PEMULIHARAAN EX-SITU

Bahagian 1 Pembentangan Kumpulan Adakah pembentangan selama 10 minit? Adakah seluruh ahli kumpulan terlibat ? Adakah zoo, taman, laman web dan lokasi lain telah dilawati? Penyataan yang cukup bagi masalah tumbuhan dan bintang? [1m] [1m] [1m] [1m]

Penyataan yang cukup mengenai bagaimana tumbuhan/binatang meneruskan hidup dengan menggunakan strategi pemuliharaan ex situ? [1m]

Adakah perancangan pemuliharaan dirancang secara kasar? Ie : apakah tujuan ex situ? [1m] [1m]

Adakah pembentangan mempunyai gambaran?

Bahagian 2 Individu (Esei)

Ekosistem & Kepelbagaian Pemuliharaan ex-situ

Laporan mempunyai

: Tajuk & Pengenalan ringkas ( ) : Rujukan ( ) [1m]

Apakah julat kepelbagaian yang wujud? Bagaimana contoh bagi keseluruhan kepelbagaian di, (a) negara (b) tahap global untuk koleksi zoo dan taman? Adakah mereka memberi fokus pada beberapa kumpulan? Terangkan. [1m]

Apakah maksud in situ dan ex situ? Apakah kelebihan dan kekurangan bagi pemuliharaan ex situ? [1m]

Mengapa sesetengah ahli ekologi percaya terhadap pemuliharaan in situ, dengan pengurusan habitat yang baik adalah satu-satunya cara pemuliharaan terbaik? Adakah tidak boleh diterima untuk mengekalkan spesies yang sudah kehilangan habitat semula jadinya dengan melakukan pembiakan di zoo/taman?

Mengapakah ramai orang berfikir bahawa tidak boleh untuk mencuba bring back spesies yang telah pupus seperti harimau Tasmanian? Apakah kesan pemuliharaan bagi tindakan ini? [1m]

You might also like