P. 1
Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia

Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia

|Views: 187|Likes:

More info:

Published by: Fatin Syazrina Yusof on Apr 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/08/2013

pdf

text

original

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia

Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British. A. Pengenalan (3/2 markah) Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan. B. Isi 1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah) Kegiatan Ekonomi Saradiri a. Penanaman Padi. Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar. Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi. b. Tanaman-tanaman Lain. Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek. c. Hasil hutan . Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli. d. Memburu binatang Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut.  e. Penternakan Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu. f. Perikanan

Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor. Kegiatan Perlombongan a. jala. Negeri Sembilan dan Johor. Lada hitam dan gambir Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang. serkap dan lukah. Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor. gading gajah dan sebagainya. Di Kedah . Terengganu. pukat. dan Dinding di Perak. gawai. Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. a. dan sungai. jermal. ii. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain. tombak. pancing. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Bijih Timah Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg. b.Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai. a. Penanaman Padi. Perikanan. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat. kelong. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan. tangguk. a. Hasil Hutan Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Larut. Perak dan Terengganu. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Kopi Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Penduduk di Kelantan. Tanaman jualan lain Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar. Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor. Diusahakan secara bergotongroyong. jaring. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai. tali kail. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina.  Kegiatan ekonomi komersial. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19. sungai atau laut. Padi dan beras. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah ) Kegiatan Ekonomi Sara diri. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Bidayuh dan Kenyah. b. B. Negeri Sembilan dan Johor. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta. Diusahakan di Pahang. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan. jala. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka.Baram. Padi huma diusahakan oleh orang Iban. Emas. . Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat. jaring kelong dan rawai. damar. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. b. tasik. Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan. Kegiatan pertanian dagang. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Selangor dan Negeri Sembilan. bubu. b.

Tembakau mula diusahakan oleh orangorang . Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Kegiatan Ekonomi Komersial a.  c. Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Tanaman-tanaman lain. Pertukangan Dijalankan oleh kaum Bajau. buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan „ makanan selang” c. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi. Gambir. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. d. Sagu. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Perikanan Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil. Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia. Pada awal abad ke-20. Tanaman-tanaman lain Jagung. ubi kayu. Perlombongan. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebunpekebun kecil. Gambir ditanam secara meluas di Bau. d. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu. Saribas dan Batang Lupar. e. C. ( 5 markah ) Kegiatan ekonomi sara diri a. itik dan khinzir. c. Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura. Perlombongan Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran. Kegiatan ekonomi komersial a. e. ayam. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan. Tembakau SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei. Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Penanaman Padi Tanaman makanan utama. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. b.  d. Penternakan Binatang yang diternak ialah kerbau.  b. Perdagangan. Kegiatan ekonomi di Sabah. Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam. Keningau dan Tambunan. pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. keledek. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang. Penampang dan lembah bukit di Ranau. menenun kain dan memacu kuda. Lada hitam Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Papar. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris.

Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. b. -Kegiatan terpenting ialah pertanian. .Cina.tetapi tenaga ahli-ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluaran. tebu. sagu. Setelah kedatangan Barat. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah. aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dapat dihasilkan sendiri boleh dijalankan. terdapat juga tanaman seperti kopi. Selain itu. Terdapat dua jenis padi utama. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi. Selain itu. langsat dan lain-lain. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. terdapat juga kegiatan penternakan. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang. penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial yang berlandaskan perdagangan dan perlombongan. iii. terusan dan empangan. kancil dan ayam hutan. Kedah turut menjalankan sistem pajak (ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakan kegiatan ekonomi tertentu. Penutup ( 2/3 markah ) Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah dan rata. Di samping itu. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak mereka hasilkan seperti pakaian. penghasilan barang-barang kraftangan serta mencari hasil-hasil hutan. sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa. Dari aspek pertanian. iv. peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Selepas tahun 1884. padi merupakan tanaman utama. manggis. Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pahang dan Kelantan ii. C. 1. kabung. Ekonomi Sara Diri i. Ia memerlukan air yang banyak. nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. pisang. jagung. Pada tahun 1885. Di samping itu. kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. Jika berlebihan. Rakyat jelata tidak ada dorongan untuk mengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi dan sistem pemasaran adalah sesuatu yang mudah. Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. tembakau. sungai dan tasik v. masyarakat Melayu merupakan masyarakat tani. -Sekiranya ada lebihan. ubi kayu. Padi huma atau padi bukit ditanam dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. Tiada penggunaan teknologi moden. durian. Negeri Sembilan . Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB. Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke--19. Kegiatan Ekonomi Tanah Melayu sebelum kedatangan British PENGENALAN Sebelum campur tangan British. Kegiatan memburu binatang juga dijalankan seperti pelanduk. Perlombongan. Selain itu. Tanahtanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya perlu meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja. kegiatan menangkap ikan secara kecil-kecilan penting sebagai mata pencarian bagi penduduk Tanah Melayu yang tinggal berhampiran dengan laut.iaitu tanaman padi. Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air. Di negeri Perak. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot. lada hitam dan gambir. Di samping itu. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. terdapat juga pokok pinang.

getah perca. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. bijih timah. buah pala. Pengeluaran emas dikuasai oleh orang-orang Cina. ix. gajah. Terengganu menjalankan kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain.cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19. v.menghantar surat dan berita dan menjaga kepentingan pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya viii. Dianggarkan bahawa hanya 500 tan bijih timah setahun diusahakan oleh orang-orang Melayu hingga pertengahan abad ke19. garam dan kain. ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina telah dimajukan di Johor. penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan perdagangan dan perlombongan ii. Kelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas.terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga daripada tanah. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas. Khidmat yang diberikan seperti membuat jalan. kegiatan ini dipanggil “meramu”. Baginda mengarahkan supaya kegiatan carigali emas di Ulu Nerus dan biji timah di Kemaman dipergiatkan. Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip hasil hutan seperti damar. Terengganu mengimport barangan seperti candu. sutera mentah dari China. terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka. beras. pinang. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing. Di samping itu. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras.menjaga perahu. Dalam masyarakat Melayu tradisional. barang-barang buatan British dan barang-barang dari China. bertenun. rotan dan damar. . kayu gaharu dan kain songket. pinang.lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahuntahun 1840-1850-an. Pengeluaran terhad kerana kaedah yang digunakan ialah mendulang. sistem kerah yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat dengan pembesar termasuk raja merupakan ciri penting. Perdagangan dengan negara-negara Eropah dijalankan melalui pelabuhan entrepot Singapura dan ke China iii. Kawasan utaman ya ialah di Pulai.jambatan. Melaka. Selain itu. candu. Kegiatan pertukangan melibatkan pertukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata. viii. rotan. songket dan membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh 2. Masyarakat Cina Terengganu sudahpun mempun yai seorang kapitan China. vii. menganyam kain dan menghasilkan kraftangan. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan Eropah vi. getah perca. Pertanian dagangan merupakan kegiatan pertanian yang dijalankan untuk perdagangan di samping kegunaan harian iv. Sebelum campur tangan British. Dianggarkan pada tahun 1860. Awal abad ke-19. bijih timah. getah perca. Hasil eksport Kelantan yang lain seperti kayu-kayan. Ekonomi Komersial i. ix. buluh. Import utamanya ialah barang-barang kapas dari India dan Britain. pelutung. kopi. Di Seberang Perai. vii. Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu. kerbau dan ayam itik dilakukan disamping kegiatan pertanian. Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang. Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor. tembakau dan lain-lain. kayu dan buluh. Perlombongan bijih timah telahpun diusahakan oleh orang-orang Melayu (pembesar-pembesar Melayu).vi. Gua Musang. Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19.buluh dan sebagainya. lada hitam. damar .

Lebih daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut. contohnya Kapitan Chong Ah Kwee. Ia dieksport ke luar pada tahun 1859 xii. Di Perak.19 lagi. pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828. Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutamanya Melaka xiii. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an xi. Di Pahang. kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dariKesultanan Selangor.19 di bawah Dato‟ Bandar Kulup Tunggal dan Dato‟ Kelana.Air Panas dan Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-an xiv. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan abad ke. Di Negeri Sembilan pula. Kawasan Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah. sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada perlombongan dan perdagangan Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan negaranegara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal. Di Selangor.kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagar-saudagar negeri-negeri Selat KESIMPULAN Kesimpulannya. Eksport bijihnya meningkat daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun 1855.x. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan . bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke-19 oleh pelombong cina dari Pulau Pinang. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->