You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris the sourse of the rising sun. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon.1Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). 2 Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial. 3 Pihak Shogun telah mengamalkan Dasar Tutup Pintu.Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatanya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun.Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama. 2.0 ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 ) Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat. 4 Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto
1 2

The Eccyclopedia Americana,Volume 15, hal .694. The Japan of Japan og Today, The International Society for Education Information Incorporation, Tokyo, 1989,hal .6 Robert A. Scalapino, the Foreign Policy In World Politics, Prentice-Hall, New Jersey, 1985,hal 300

Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun. KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPANPemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.5 Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis. 6 i.Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan EkonomiPrinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.7 ii.Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam PendidikanPrinsip ini mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmuilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin
4 5 6

Robert A.Scalapino, The Foreign policy In World Politics ( 6ed), Prentice-Hall, New Jersey, 1985, hal.300. Encyclopedia Americana,Volume 15, hal .694.

Herbert Norman, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden,(pntjmh) Hj. Ismail ahmad, Zizi Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1991,hal. 30
7

Ahmad Ali Bin Seman, Zaman Meiji Menyumbang ke Atas hlm 11.

maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.8 iii.Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat.Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian. 9 iv.Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa.Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orangorang Jepun melalui konsep kaizen dan arigato 10 3.0ASPEK SOSIALKerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.11 Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan
8

Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar

Ibid.

Ibid. hlm 12

10

Ibid hlm 12

11

Ibid hlm. 7

pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif. 12 Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah :-i.Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 ) berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan .Jepun telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan Russia.ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun) ,sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial).Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajarpelajar dan rakyat Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian,falsafah kokutai menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang u ntuk menjadikan orang-orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan sosial yang rukun damai bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang terjamin lagi aman.iii.Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu . Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu 1880 an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877, Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda 1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun. iv.Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan.Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat
12

12Makoto Aso & Ikyo Amano , Education and Japans Modernization, Ministry of Foreign Affairs, Japan, 1972. Hlm. 26.

lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan bukubuku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan bidang teknologi. 4.0 ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868- 1912
13

, telah mengambil daya usaha yang gigih

memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, 14 pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.Pada tahun1870,15 pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo,Osaka,Kyoto,Yokohama, 16 Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa.Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.17 Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu
13

Tsunehiko Yui &Keiichiro Nakagawa,Japanese Management in Historical Perspective, Tokyo, University of Tokyo, Press, 1989.

Hlm.96.
14

Teratani Takeaki, Nippon Kindai Zosen Shijosetsu(An introduction to the History of Modern Shipbuilding in

Japan),Shoten,Tokyo,1979. Hlm.32.
15

Ibid. hlm.33

16

Otsuko Hisao, Modernazation Reconsiderd with Special Reference to Industrization in Tobato Seeichi,The Modernazation ofJapan 1, The Institute of Asian Economic Affairs,1966 hlm.
17

17 Anthony J. Watts and brian G. Gordon, The Imperial Japanese Navy, mac on. London, 1971 hlm.29.

kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf.Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagaibagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesinmesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,simen, dan kertas ditubuhkan. Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanahtanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden,baja kimia ,cara mengawal penyakit,pemasaran dan sebagainya. Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha

memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi ,Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji 18. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya,landsan keretapi,penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara. Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri.19 Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik. Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem keretapi,sistem pos dan telegraf,penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilang-kilang. 5.0 POLITIK Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf

18

M. Rajendran, Sejarah Jepun Moden, Arenabuku sdn bhd, Kuala Lumpur,1988 .hlm 138.

19

19Shibusewa Keizo, Japanese Societyhlm 109-110

negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :i.Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen ii.Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran. iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan. iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan.20 Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. 21 Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. 22 Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi. 23 Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. 24

20

Mohd Yusuf Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1972, hlm

3.

21

Japanese National Commission, Japan ,Its Land, people and Culture, Ministry of education, Tokyo, Japan, 1964, hlm 52.

22

M.Rajendran, sejarah Jepun Moden..hlm.78.

23

Ahmad Ali Seman, Zaman Meiji Penyumbang ke Atas Kemajuan Pembangunan Moden Negara Jepun : Satu tinjauan ke Atas

Malaysia dalam Kertas Kerja seminar Fssk,Bangi,1998,hlm 4.


24

P.H. Clyde & B.F.Beer, The Far East: A History of the Western Impact & The Eastern response ( 1830-1970),Eagle Cliff, New

Jersey,1971, hlm 125.

Pemerintah Meiji juga telah menamatkan system class. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan. 25 Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. 26 Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat. 27 Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi. 28 Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah PerkasaBerani Mati (Harakiri dan Kamekaze). KESIMPULAN Walaupun negara Jepun telah mencapai zaman kemodenan yang bermula semasa pemerintahan Meiji pada tahun 1868- 1912, namun unsur-unsur tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara sehingga ke hari ini. Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh Barat hasil pertembungannya dengan peradaban barat. Tamadun Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan seterusnya mengasimilasi teknologi tersebut supaya bersesuaian dengan budaya Jepun sendiri. Keberanian serta kepandaian pemimpin Jepun mengadakan pembaharuan-pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan
25

Mohd Yusuf Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1972, hlm

3.

26

Richard story, sejarah Jepun Modenhlm. 86.

27

Japanese National Commision, Japan..hlm.54.

28

Ahmad Ali Seman, Zaman Meiji Penyumbang ..hlm.4.

untuk rakyat Jepun sehingga negara Jepun dapat mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini. http://www.scribd.com/doc/2579073/PEMODENAN-MEIJI-baru Pemulihan Meiji Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pemulihan Meiji (

Meiji-ishin?), juga dikenali sebagai Revolusi atau

Pembaharuan Meiji ialah seurutan peristiwa yang mencetuskan perubahan besarbesaran dalam struktur politik dan struktur Jepun yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang menyaksikan pengakhiran zaman Edo (atau Zaman Syogun Tokugawa Akhir) dan kebangkitan Zaman Meiji. Pemerian peristiwa penting antara tahun 186269 yang paling utama pernah dibuat oleh pihak asing barangkalinya terkandung dalam A Diplomat in Japan oleh Sir Ernest Satow. Pemulian ini merupakan tindak balas secara langsung kepada pembukaan Jepun oleh Kapal-kapal Hitam pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry. Pemulihan ini membolehkan Empayar Jepun bangkit sebagai kuasa besar. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemulihan_Meiji ABSTRAK Negara Jepun adalah sebuah negara yang moden yang pesat pada masa kini di rantau asia. Walhal, negara Jepun tidak terelak daripada peperangan dunia kedua yang memberi kesan kepada seluruh negara di dunia. Hasil pembacaan saya membongkar rahsia kejayaan negara Jepun dengan melihat pencapaian-pencapaian di zaman pemerintahan Meiji yang lebih di kenali sebagai Era Pemulihan Meiji (Meiji Restoration) ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 1912)

Pendahuluan Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud pemerintah yang menerima pencahayaan, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat Jepun Baru, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di bawah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Penghapusan sistem feudalisme Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut Komunikasi dan perhubungan Pendidikan Undang-undang Kesusasteraan Ideologi dan agama Ekonomi Perindustrian

10. Dasar kewangan dan fiskal

11. Politik 12. Media cetak 13. Kebudayaan Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam perenggan yang seterusnya. Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita dapat melihat keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak pemerintahan. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai (zaman peperangan yang berlaku pada 1460 1573M). Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. Namun, ketika era pemerintahan beliau, amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di bawahnya pula di susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Di zaman itu, hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang. Kemudian di ikuti oleh Petani, Petukang dan akhir sekali golongan saudagar. Rajah 1 di sebelah dapat memberikan penjelasan kepada struktur sistem feudalisme Kesyogunan Tokugawa. Di zaman ini juga, Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Namun, segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. Ketika itu juga, kewibawan para samurai jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan saudagar semakin meningkat. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di dalam status feudal Jepun ketika itu. Di samping itu juga, kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada

1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka kepada orang asing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila terlalu ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginankeinginan tertentu. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang asing. ERA PEMERINTAHAN MEIJI : PENCAPAIAN PENCAPAIAN Pemansuhan Sistem Feudalisme Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment). Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut

Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing. Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo. Atas usaha ini, Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun. Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun. Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu. Komunikasi dan Perhubungan

Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun. Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu.

Pendidikan Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan pendidikan adalah kunci kecemerlangan. Walaupun begitu, mereka masih perlu

membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun. Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan. Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajarpelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze. Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat. Undang undang

Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888. Kesusasteraan Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrims Progreess dan The Bible(Old Testament). Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan beliau, telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan telah di gunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat oenting ketika era pemulihan Meiji. Ideologi dan Agama Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di

namakan Kokutai secara rasmi. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci. Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Namun, setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempattempat Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze). Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung Buddha juga tidak terkecuali. Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di hamkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di terima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara

dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun. Ekonomi Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000. Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870 1880. Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan di Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka. Perindustrian Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka.

Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru. Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain lain. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu. Dasar Kewangan dan Fiskal Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai. Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat. Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai.

Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat. Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya. Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan. Politik Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck, seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada tahun 1870 dan di gelar Canselori Waja. Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan

ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Namun, kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di ganti dengan sistem demokrasi. Media Cetak Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai. Kebudayaan Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak pring piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di samping itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat.

Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya. http://ayeplah.tripod.com/

You might also like