You are on page 1of 11

REFLEKSI KENDIRI Setelah menjalani program Bina Insan Guru siri Anak Angkat ini, banyak perkara baru

yang telah saya pelajari. Program ini telah berlangsung di Kampung Sg. Daun Tengah selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13, 14 dan 15 Oktober 2011. Persiapan yang rapi telah dibuat bagi memastikan kelicinan perjalanan program ini. Perjalanan program ini sebenarnya bukan hanya pada tarikh perlaksanaan namun ianya telah bermula sejak perancangannya diatur.Terdapat beberapa kali mesyuarat dijalankan bagi mendapatkan perjalanan program yang sempurna dan menarik.Bagi projek Bina Insan Guru semester ini, saya telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa dokumentasi di mana saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar sepanjang program berlangsung. Sebenarnya, jawatankuasa ini telah dibina sejak bulan Mei lagi. Selepas beberapa mesyuarat diadakan, akhirnya kertas kerja BIG siri IV telah dihantar pada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan.Disangka panas hinga ke petang, namun hujan ditengah hari, begitulah perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan perjalanan perlaksanaan program.Segala persiapan masa terpaksa dirombak semula kerana terdapat pelbagai halangan dalam menjayakan program ini khususnya dari segi masa. Setelah menunggu dengan penuh sabar, kumpulan Pengajian Melayu P4B dan juga kumpulan Pengajian Pendidikan Khas berjaya menjalankan program selepas menerima lampu hijau dari pihak Hal Ehwal Pelajar. Saya sebenarnya begitu teruja untuk menjalankan program ini kerana saya ternanti-nanti pengalaman yang bakal saya perolehi.Sebelum saya pergi ke program tersebut, saya telah membuat persediaan peribadi terlebih dahulu.Persediaan peribadi itu sebenarnya ialah pergi mencari hadiah utuk keluarga angkat dan adik angkat.Sebenarnya agak suakar bagi saya memeilih hadiah tanda ingatan itu kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam memberi hadiah kepada keluarga angkat.Namun begitu, saya telah mencuba seberapa yang saya mampu untuk membelikan hadiah yang terbaik buat mereka.

Pada 13 September, saya telah bangun dari tidur lebih awal daripada biasa kerana begitu teruja dengan program yang bakal saya ikuti ini. Walaupun ia nampak seperti berlebihan namun tidak mengapa kerana program ini hanya sekali seumur hidup yang saya akan lalui. Saya telah bersiap pada jam 10 pagi dan kemudian menuju ke kafeteria untuk bersarapan pagi terlebih dahulu. Mengikut apa yang dijanjikan kami dekehendaki berkumpul pada jam 10.30 pagi. Namun apa yang saya dapat lihat, hanya guru pelatih Pengajian Melayu sahaja yang telah berkumpul pada waktu itu. Saya tidak tahu mengapa guru pelatih kumpulan Pengajian Khas masih belum menunjukkan diri pada waktu itu. Penungguan kami sebenarnya tidak membuahkan hasil kerana apa yang kami tunggu tidak tiba. Yang dijanjijan sepatutnya jam 12.00 tengah hari tidak menampakkan bayangnya. Selepas ajk pengangkutan mengenalpasti, rupanya bas tersebut

mengalami kerosakan tayar. Kami terpaksa menunggu bas sehingga jam 1.15 tengah hari sebelum bertolak ke Kg. Sg. Daun Tengah. Sebelum bertolak, semua guru pelatih yang beragama Islam telah bersembahyang Zohor terlebih dahulu di surau IPG KSAH.Setelah selesai bersolat, kedua-dua kumpulan guru pelatih berganding bahu dalam menyusun barang ke dalam bas.

Kami kemudiannya tiba di Sekolah Kebangsaan Sg. Daun Tengah pada jam 2.15 petang. Setibanya kami di sana, saya dapat melihat ramai penduduk kampung yang telah menunggu kedatangan kami. pada saat ini saya rasa gembira kerana mendapat

gambaran bahawa kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh semua penduduk kampung. kami kemudiannya telah menghadiri majlis perasmian Pembukaan program anak angkat BIG siri IV. Perasmian pembukaan ini telah dilakukan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Tn Hj. Ahmad Shobri.Selesainya majlis dirasmikan, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan anak angkat.Pada waktu ini saya sangat berdebar kerana perasaan saya bercampur gembira dan gementar.Akhirnya saya menerima ibu angkat yang juga merupakan ibu tunggal.

Setelah tamat majlis perasmian, kami semua telah dibenarkan untuk pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk beramah mesra dan bersuai

kenal.Sebelum saya pulang ke rumah mak angkat, saya telah singgah terlebih dahulu ke rumah kakak kepada mak angkat saya.Rupa-rupanya, ramai dari kalangan keluarga mak angkat saya terlibat dalam program BIG ini. Perkara ini menjadikan saya menjadi keluarga angkat dengan rakan yang lain. Antara rakan yang menjadi keluarga angkat saya ialah Amarlina, Akma, Adli, Geetha, Ain, Bahirah, Sahidah, dan juga Aini.Perkara ini menjadikan kami sebuah keluarga angkat yang sangat besar. Saya kemudiannya telah pergi ke rumah keluarga angkat saya. Pertama kali saya berada di sana, saya mendapati keluarga angkat saya merpakan sebuah keluarga yang sederhana. Adik beradik angkat saya seramai 4 orang.Kesemua mereka merupakan lelaki.Sepasang kembar yang berusia 16 tahun bernama Azam dan Azim.Anak ketiga mak angkat saya bernama Ejad berusia 12 tahun dan yang bongsu

berumur 7 tahun yang digelar sebagai Baby.Saya berpeluang untuk berkenalan serba sedikit dengan mereka kerana mereka agak malu dengan kehadiran saya.Mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai adik beradik perempuan.Saya juga

berkesempatan untuk melawat rumah saudara angakt saya yang berdekatan. Saya sangat teruja kerana keluarga angkat saya mempunyai cara yang tersendiri dari segi makan. Kawasan rumah keluarga angkat saya mempunyai empat rumah.Setiap rumah telah menyediakan makanan dan kemudiannya makanan tersebut dibawa le salah satu rumah untuk dimakan bersama-sama.Cara ini sebenarnya sangat baik kerana dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keluarga.Selepas makan malam, saya terus bergegas ke masjid untuk menunaikan soalt Maghrib seperti yang telah dijanjikan oleh ketua program.Selesai menunaikan solat Maghrib, semua jemaah diminta untuk membacakan surah Yasin mengikut tentatif program yang telah dibaut oleh pihak masjid. Selesai kami membaca Yasin dimasjid, kami digesa untuk ke sekolah kerana pihak kantin telah menunggu kedatangan kami untuk makan malam sejak petang lagi.Oleh itu, semua guru pelatih diminta untuk berada disekolah secepat yang mungkin.Mujurlah masjid berhampiran dengan sekolah, dapatlah kami menghadirkan diri disekolah sepantas yang mungkin. Selepas itu, agenda pada malam itu ilah sesi motivasi.Semua kanak-kanak yang berada di kampung tersebut dijemput hadir untuk menyertai sesi motivasi

tersebut.sungguh mengejutkan apabila ibu bapa kanak-kanak tersebut juga turut hadir memberi sokongan dalam perjalanan aktiviti motivasi ini daripada ia bermula sehingga ia tamat. Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan iaitu motivasi tanam impian, kereta api belon, kamil kata dan juga arigamiku. Setiap aktiviti mempunyai matlamat yang sama iaitu memotivasikan kanak-kanak ke arah yang lebih baik. Sebenarnya aktiviti ini bagi saya banyak memupuk kanak-kanak untuk

berkerjasama dan menambah keyakinan diri mereka. saya paling berminat dengan aktiviti kamil kata yang dikepalai Bahirah. Aktiviti ini nampak sangat hidup dan semua hadirin begitu ceria.Bagi aktiviti origamiku pula sangat bagus kerana dapat mearik

perhatian kanak-kanak dengan helah yang digunakan saiful pada awal pengendalian aktiviti.Akhirnya, aktiviti tersebut dapat menjadikan kanak-kanak insaf dan menyayangi ibunya. Bagi pendapat saya, aktiviti kereta api belon agak membosankan kerana pengisian yang sedikit tetapi telah memakan masa yang agak lama. Namun begitu, saya merasa berbangga kerana rakan-rakan saya berani mencuba untuk

mengendalikan motovasi tersebut.

Selesai aktiviti motovasi, kami kemudiannya diarahkan untuk membina khemah.Berikutan pada siangnya kami tidak dapat mendirikan khemah, kami diminta untuk mendirikannya walaupun pada waktu malam.Kedudukan khemah guru pelatih lelaki dan perempuan di asingkan namun kedudukannya tidaklah begotu jauh. Sewaktu proses pemasangan khemah dilakukan, terdapat pelbagai kejadian yang berlaku. Salah satunya ialah khemah perempuan tidak dapat dipasang dikawasan yang telah diberikan pada waktu awal kerana terdapatnya rumah semut api dikawasan tersebut. perkara ini membimbangkan kerana dikhuatiri guru pelatih akan mengalami kecederaan jika kawasan khemah tidak diubah. Akhirnya kata sepakat talah diambil dengan mengubah kawasan khemah perempuan di kawasan asal khemah lelaki dan kemudiannya kawasan khemah lelaki beralih ke tempat parkir kereta berhampira pos pengawal keselamatan.

Selain itu, masalah lain yang hadir dalam proses pembinaan khemah ialah masalah khemah yang rosak. Ketika khemah ini hendak dipasang, didapati 2 khemah telah patah alangnya.Berkemungkinana lanag tersebut telah patah sejak di IPG lagi.Mungkin disebabakan tersalah pandang, khemah ini telah disemak secara sambil lewa.Namun begitu, kerosakan khemah ini tidak memberi penghalang. Ahli khemah yang rosak kemudiannya dibahagikan kepada khemah-khemah yang lain. namun, tidak disangkan guru pelatih lelaki telah bermurah hati dengan memberikan khemah mereka kepada guru pelatih perempuan. Bagi saya sikap prihatin dan bertanggunggjawab inilah yang perlu ada dalam setiap diri bakal guru.Selain itu, saya juga mendapat pengalaman yang baru dalam mendirikian khemah pada waktu malam.Aktiviti ini sangat mencabar bagi saya kerana memerlukan ketelitian yang tinggi.Setelah selesai mendirikan khemah, semua guru pelatih telah diberikan tugas untuk menjadi pengawal secara bergilir-gilir. Pada 14 September 2011, seawal jam 6 pagi lagi saya dapati ramai keluarga angkat telah datang untuk mengambil anak angkat masing-masing. Pemerhatian saya mendapati, kesan daripada pemergian guru pelatih terlalu awal mengakibatkan makanan untuk sarapan pagi mempunyai banyak lebihan.Saya telah ke rumah keluarga angkat agak lewat sedikit memandangkan keluarga angkat telah memberikan saya mptor untuk memudahkan pergerakan saya ke sekolah. Oelh itu, saya telah mengambil keputusan untuk ke rumah keluarga angkat lewat sedikit memandangkan saya agak kasihan melihat mak cik kantin yangtelah penat menyediakan makanan untuk kami. Saya kemudiannya ke rumah keluarga angkat.Memandangkan keluarga angkat saya merupakan ibu tunggal, saya tidak mempuyai anganan yang tinggi untuk ke manamana.Namun, mak angkat saya sungguh baik hati kerana dengan ikhlas membawa saya mengenalai dunianya.Pada awal pagi lagi saya sudah dibawa ke pasar jumaat.Kami telah membeli barangan dapur untuk dimasak pada hari tersebut, tidak saya jangkakan bahawa mak angkat saya membelikan saya gelang tangan dan juga gelang kakai.Pada awalnya saya menolak namun akhirnya saya menerima

memandangkan beliau bersungguh-sungguh untuk membelikannya sebagai tanda kenangan.

Saya kemudiannya menolong mak serta mak cik angkat saya menyediakan makanan tengahari dan juga menyediakan bahan untuk dibuat laksa.Ketika ini saya mengambil kesempatan untuk mengenal dengan lebih rapat lagi keluarga angkat saya.Menurut pandangan saya, mak angkat saya seorang yang banyak memberi nasihat. Beliau sering bercerita tentang pengalamannya dan masih segar di ingatan bagaimana beliau menceritakan perihal orang Melayu zaman kini. Bagi saya, mak angkat saya seorang yang berjiwa patriotik dan sayangkan bangsanya sendiri.Selain itu, pada saat ini saya rasa begitu terharu dengan layanan yang diberikan kerana meraikan saya dengan begitu sekali.Saya membantu mereka menyiapkan makanan dan kemudiannya membawa makanan tersebut ke rumah makcik angkat.Pengalaman makan bersama-sama menjadikan hubungan kami bertambah erat. Setelah memerah keringat membantu keluarga angkat, saya kemudiannya berpeluang bersiar-siar disekitar Yan.Saya sangat terharu memandangkan mak angkat saya merupakan ibu tunggal dan tidak mempunyai kereta.Namun disebabkan meraikan saya, beliau dan adiknya telah berpakat untuk membawa saya dan Amarlina berjalanjalan.Keluarga angkat telah membawa kami ke Air Terjun Titi Hayun untuk bermandimanda. Rupa-rupanya saya bertemu dengan rakan lain di Titi Hayun.mereka juga dibawa oleh keluarga angkat masing-masing untuk berkelah. Setelah kami berada di Titi Hayun, kami kemudiannya di bawa ke rumah Budi kerana ingin melawat adik angkat saya disana.Pengalaman berjumpa adik angkat di rumah Budi merupakan satu pengalaman yang berlainan.Adik angkat saya begitu peramah walaupun kami baru berjumpa dalam masa yang sangat singkat. Saya bertekad perjumpaan itu bukan kali terakhir antara kami dan saya pasti akan mengekalkan ikatan silaturahim antara kami. Kami kemudiannya dibawa ke pantai Murni.Namun disebabkan pembaikpulihan sedang dijalankan di pantai tersebut, kami tidak berpeluang untuk makan ABC yang telah diceritakan keenakannya.

Selepas itu keluarga angakat terus membawa kami ke Pulau Bunting. Pengalaman disana merupakan pengalaman yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya pernah ke Yan namun saya hanya dapat melihat Pulau bunting dari jauh sahaja. Namun segala persoalan di fikiran terungkai apabila Pulau Bunting didepan mata.Pemandangan disana begitu cantik dan saya dapat melihat ramai kaki pancing datang untuk memancing disana.Namun begitu keindahan tersebut telah banyak tercemar dengan gejala sosial yang tidak dibendung dengan baik.Saya dapat melihat bagaimana anak muda keluar masuk pulau bunting dengan sewenang-wenangnya tanpa batasan lelaki dan perempuan.Perkara ini sememangnya sangat

mengecewakan.Menurut mak angkat saya, kawasan Pulau Bunting yang dulunya antara tempat pelancongan kini telah menjadi sarang maksiat bagi anak-anak muda.Saya berdoa semoga anak muda yang baru mengenal usia itu dapat berubah. Setelah penat berjalan kami kemudiannya pulang semula kerumah mak angkat. Saya kemudiannya telah ke sekolah pada jam 8.45 malam. Pada malam itu mengikut tentatif program akan berlangsungnya sesi refleksi sesama guru pelatih. Setelah semua guru pelatih berkumpul, sesi refleksi itu kemudiannya dijalankan dengan pantauan pensyarah.Sewaktu sesi refleksi dijalankan, banyak kisah yang tidak terjangkau fikiran telah diluahkan.Majoroti luahan refleksi itu menceritakan tentang kehebatan dan kebaikan keluarga angkat dalam melayan kerenah kami semasa berada di kampung.sesi itu sebenarnya banyak memberi kesedaran kepada guru pelatih sama

ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tamat sesi itu, kami kemudiannya diminta untuk membantu penduduk kampung bergotong-royong untuk majlis keesokan harinya. Pagi 15 September saya telah bangun awal kerana banyak persiapan yang harus saya lakukan memandangkan pada hari tersebut merupakan hari terakhir saya berada di kampung tersebut.pagi itu saya menyempatkan diri untuk ke rumah keluarga angkat memandangkan keluarga angkat datang mencari saya di sekolah semata-mata untuk membawa saya pulang bersarapan dengan mereka di rumah. Sebagai tanda penghargaan dan menghormati keluarga angakat, saya telah mengambil sedikit ruang dan masa untuk ke rumah keluarga angkat semula.Hanya itu yang saya mampu untuk membalas keikhlasan mereka kepada diri saya. Selepas bersarapan pagi, semua guru pelatih telah bergerak menuju tempat tugasan masing-masing menikut agihan yang diberikan.Kami telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian sekolah dan bahagian masjid.Memandangkan saya ajk dokumentasi, saya telah dipertangunggjawabkan untuk mengambil gambar segala aktiviti yang dijalankan disekolah.Antara aktiviti yang dijalankan iala gotong-royong memasak, mengajar kawad kaki, pertolongan cemas dan juga ikatan.Setiap guru pelatih telah dibahagikan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Sebagai ajk dokumentasi, saya bukanlah hanya mengambil gambar, namun saya juga turut membatu rakan yang lain sekiranya saya mampu untuk membantu.

Pada jam 11.00 pagi, ketibaan Tuan Pengarah IPG kampus Sultan Abdul Halim menjadikan semua hadiran masuk ke dalam dewan. Tuan Pengarah telah singgah ke program ini bagi merasmikan majlis penutupan program BIG siri IV ini.Selesai majlis

penutupan, guru pelatih dan keluarga angkat dijemput untuk naik ke atas pentas bagi penyerahan semula anak angkat kepada pihak IPG.Tugas sesi ini agak sukar kerana saya perlu mengambil gambar setiap keluarga angkat.Ketika itu, saya menghadapi masalah kehabisan bateri kamera saya.Mujurlah adanya Tamil untuk memberi pinjam kameranya.Masalah saya selesai disitu.

Semua hadirin kemudiannya dijemput untuk makan tengahari.Semua guru peltih mengambil peluang untuk bersama keluarga angkat masing-masing sebelum sesi perpisahan.Saya juga turut serta untuk bersama-sama keluarga angkat.Kami telah makan bersama-sama.Banyak juga perkara yang kami bincang dan bualkan.Setelah selesai makan, semua guru pelatih diminta untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang telah digunakan.Saat ini, kesabaran yang tinggi amat diperlukan kerana semua guru pelatih agak penat dan masing-masing ingin melayan keluarga angkat.Mujurlah dengan adanya fikiran yang waras serta arahan dari ketua yang jelas, semua guru pelatih dapat menyelesaikan tugas terakhir dengan pantas. Akhirnya tamat episod guru peltih P4B dan P4F di Sekolah Sg. Daun Tengah. Episod terakhir ini merakamkan pelbagai gaya dan paparan perpisahan antara guru pelatih dan keluarga angkat. Ada yang menangis kesedihan kerana berpisah dan ada juga yang gembira kerana berpeluang untuk merasai kemanisan tinggal di Kg. sg. Daun Tengah. Segala memori di Program BIG ini akan sentiasa tersemat dilubuk hati anak P4B dan P4F hendaknya.

You might also like