P. 1
Ekonomi Tradisional

Ekonomi Tradisional

|Views: 92|Likes:
Published by Siti Zainon
mira
mira

More info:

Published by: Siti Zainon on Apr 09, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/15/2013

pdf

text

original

Ekonomi Tradisional ► Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional?

i) Bercucuk tanam ii) Menangkap ikan iii) Menternak binatang iv) Perlombongan v) Memungut hasil hutan ► Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional? 1. Merujuk kepada ekonomi sara diri dalam masyarakat Melayu. 2. Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan. 3. Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan, kenduri kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh. 4. Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa. 5. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan. 6. Menggunakan teknologi mudah, peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal dan tenggala. 7. Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan. 8. Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.Kawasan penangkapan dilaut,sungai atau sawah padi. 9. Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian. 10. Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil. 11. Aktiviti ekonomi,biasannya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli keluarga sahaja. 12. Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur. Ekonomi Dagangan

. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah. 5. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah. 8. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah. 3) Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan. 4. 5) Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan. 2) Aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan. Melibatkan lebihan pengeluaran. 1) Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah. 4) Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur. 7. 2. i) Ubi Kayu ii) Tebu iii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah ► Jelaskan kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu. 3. 6) Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.► Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan? 1. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah. 6. ► Senaraikan kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu. i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan ► Senaraikan jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu.

7) Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal. 4) Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.lada hitam.serta mendapat konsesi tanah yang luas dan pajakan yang lama. ► Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu . 8) Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri menyebabkan wujudnya dwiekonomi. 2) Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu. 6) Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China. 3) Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor. 9) British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan getah untuk tujuan eksport.Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu.gambir.► Huraikan perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu.Sabah dan Sarawak pada abad ke 19. 6) Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British. 5) Pada tahun 1860-an Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir. ► Apakah yang dimaksudkan sistem kangcu. 2) Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam. 4) Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.tebu. penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu. 1) Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu. 3) Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China. 5) Saiz setiap satu kangkar sekitar 2500 ekar hingga 20 000 ekar.teknologi. 1) Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.tembakau dan kopi.

6) Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut. 8) Penubuhan syarikat perwakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield.Boustead Buttery Estate Agency. 10) Pembinaan infrastruktur seperti jalanraya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dalam pusat pentadbiran. 3) Peranan Henry N. 4) Ridley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma. 12) Berlaku kejatuhan harga kopi.pada abad ke -20. ► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menstabilkan harga getah.iaitu sistem menoreh secara ibedem atau berbentuk tulang ikan kering. 11) Mebawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.basikal dan peralatan letrik.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.Guthrie dan Sime Darby. 1) Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai. 7) Kemasukkan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.yang tidak merosakkan pokok. .tayar. 5) Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai. 9) Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah. 2) Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta.

Raja Jumaat di Selangor dan Datuk Kelana Putera. 2) Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan. 5) Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah. 1) Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke -9 lagi. ► Huraikan sejarah perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British. 4) Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.1) Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922. 4) Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.alatan senjata dan alatan muzik seperti gong. 7) Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai Pertengahan abad ke -19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan. 3) Antara pembesar yang mempunyai lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar. 8) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan. 5) Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China.di Sungai Ujong ( Negeri Sembilan). .Jepun dan India.Ngah Ibrahim. 7) Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah. 8) Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah. 3) Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.Datuk Bandar dan datuk Muda Linggi. 6) Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa. 6) Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah. 2) Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.

i)Kwangtung ii)Kwangsi iii)Fukien ► Senaraikan cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu. ► Senaraikan wilayah di China penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. 10) Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri. 11) Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini. iii) Sistem Pengambilan rumah kongsi iv) Kemasukan Berkumpulan. ► Terangkan sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak .dijual semula kepada mereka. 12) Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal. 15) Pemodal Cina tidak berupaya bersaiang dengan Pemodal Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek. i) Sistem Tiket Kredit ii) Sistem Pengambilan Kakitangan. 13) Perusahaan Bijih Timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa. 18) Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah. 17) Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah. 16) Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.9) Para pembesar melayu akan memastikan hasil bijih yang dilombong. 14) Pada awal abad ke-20.industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.

2) Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh. 5) Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu. 2) British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan. 6) Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah. ► Bagaimanakah kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu abad ke – 19. 3) Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu. 7) Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini. 3) Sin Kheh diletakkan dibawah pengawasan nakhoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan. 1) Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran. 5) Sin Kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Sistem Tiket Kredit 1) Melalui sistem tiket kredit. 4) Orang Melayu tidak menentang imigran Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu.bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampungkampung di negara China oleh kheh-thau atau ketua. 4) Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.abad ke-19. 6) Sin Kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu. .

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi 1) Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. 2) Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.Sistem Pengambilan Kakitangan 1) Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh. 3) Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi. ► Bagaimanakah kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke -19. Kemasukan secara berkumpulan 1) Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. 2) Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu. 3) Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya. . ► Apakah yang dimaksudkan dengan kangani Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India. 3) Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya. 2) Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.

Sistem Buruh Bebas 1) Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas.Zain kerana telah memberi bimbingan dan . 3) Setelah tiba di Tanah Melayu. Mariam Bt Md. Sistem Kontrak Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Kerja Kursus Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan "Sekolah Saya". Sistem Kangani 1) Seorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan. 2) Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki. 3) Seorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya menyempurnakan folio saya ini. Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu Pn. 2) Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu. ontoh PENGHARGAAN: Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya.akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.

(Nyatakan siapa yang ditemubual) (b) Kaedah Analisis Dokumen : memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail kurikulum dan kokurikulum sekolah (Nyatakan maklumat dokumen yang digunakan) (c) Kaedah Pemerhatian: membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti asrama. Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka. mengumpul. OBJEKTIF KAJIAN: (contoh ini hanya sesuai digunakan untuk kerja kursus T2) (a) Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah (b) Mengenali nama dan lambang-lambang sekolah (c) Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah (d) Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam warga sekolah (e) Menguasai kemahiran mencari. Sekian. terima kasih. 3. merekod. Internet Melawat Tempat Kajian (masukkan gambar2 yang diambil di tempat kajian) VCD (simpan gambar & video berkaitan tajuk kajian) . Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas 2 Rancangan Khas 1 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio ini seperti yang telah ditetapkan. pusat sumber. guru dan tokoh pelajar.teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini. dan menganalisis maklumat tentang sekolah KAEDAH KAJIAN: (a) Kaedah Lisan/ Temubual : menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat. 2. menemubual tokoh seperti pengetua. dan makmal ICT (d) Kaedah Melawat Tempat Kajian: nyatakan tempat yang dilawati (e) Kaedah Melayari Internet:mendapatkan maklumat daripada internet (Nyatakan laman web yang digunakan) KERJA KURSUS TINGKATAN 3 Elemen 1 (Mengumpul Fakta Sejarah) 1.

0 Latar Belakang 2.alamat dan umur serta mesti ada transkripsi perbualan) 6. 4. Akhbar 5.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi 1.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 3.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi 1.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan 2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan 2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL) 2. Majalah/ risalah Elemen 2 BIL PERKARA 1.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial 3. 6.0 Maklumat Asas 1.4.4 Pihak yang mengusahakan/ individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan 2.2 Identiti Keluarga/ Kawasan 3.3 Sumber Pendapatan 3.6 Kos Pengendalian (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 3. 2. 5.4 Penerusan Tradisi Keluarga MUKA SURAT (i) (ii) (iii) 1 2 .4 Produk yang dihasilkan 2. 3.3 Lokasi/ Tempat Kajian 1.1 Tujuan dijalankan 2. Orang Sumber (mesti ada nama. TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1.

9. dan jata negara) menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa berbangga dengan sejarah negara Bersemangat Setia Negara . RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN Elemen 3 Nilai-nilai Patriotisme yang perlu pelajar masukkan dalam tugasan 2 (sekurang-kurangnya 5 nilai patriotisme dimasukkan dalam tugasan 2.3.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi 4.6 Pembangunan kawasan setempat 3.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat 4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta 4.10 Pelancongan 3.) Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia       menghormati raja dan pemimpin negara menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera. lagu kebangsaan.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan 3.4 Saranan dan harapan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 7.7 Hubungan Kemasyarakatan 3.8 Industri Hiliran 3. 8.11 Peluang Pekerjaan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 4.0 Prospek 4.5 Memenuhi Permintaan 3.

bertatasusila dan berhemah tinggi bertindak wajar bersifat amanah dan jujur berlaku adil dan bertimbang rasa Berusaha dan Produktif    rajin dan gigih berdikari tabah menghadapi cabaran .       cinta akan bangsa dan negara taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara sedia berkorban untuk bangsa dan negara bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara bersyukur sebagai warganegara Malaysia Bersemangat Kekitaan      bersatu padu dan berharmoni-bertolak ansur dan bertoleransi bekerjasama dan tolong-menolong hormat-menghormati bersefahaman dan bermuafakat muhibah atau semangat bermasyarakat Berdisiplin        berakhlak dan berbudi pekerti mulia mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara mematuhi peraturan dan undang-undang berkelakuan sopan.

Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu. Isi 1. A. B. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). ¬ Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor. kuku kambing untuk menanam padi. bukan untuk jualan. ¬ Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma. Bidayuh. Penanaman Padi. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau. b. ¬ Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Dataran Perlis. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar. Tanaman-tanaman Lain. .   menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan berganding bahu membangunkan Negara berilmu dan berketrampilan Tugasan 2: Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. najis binatang. padi sawah. Pahang dan Negeri Sembilan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Perak dan Negeri Sembilan. Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri. Seberang Prai. mencari hasil hutan dan memburu binatang. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah) Kegiatan Ekonomi Saradiri a. Berikan pendapat anda. Pengenalan (3/2 markah) Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Melayu Brunei dan Kedayan. Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai. Padi sawah memerlukan banyak air. Kadazan/Dusun. Melanau dan Melayu. kincir air dan terusan. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor.

Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. kayu-kayan.di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. pisang tebu. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan. jala. tembakau. Perak dan Terengganu. rotan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Memburu binatang ¬ Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat. damar. e. kapur barus. buluh. getah jelutung. dan sungai. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. b. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. lada hitam gambir. rusa. binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu. jaring kelong dan rawai. ¬ Di Kedah . Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan. tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung. kancil. lembu dan kerbau. Perikanan ¬ Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai. a. ¬ Penduduk di Kelantan. Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. itik. jala. tangguk. serkap dan lukah. tali kail. jermal. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain. Kegiatan pertanian dagang. c. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus. nipah. kelapa dan keledek. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. gading gajah dan sebagainya.¬ Selain tanaman padi. damar. Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah . Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . kopi. Hasil Hutan ¬ Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. pukat. Kegiatan ekonomi komersial. sungai atau laut. buah-buahan. seladang dan ayam hutan. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi . ubi kayu. d. Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Lada hitam dan gambir ¬ Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. f. kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. pancing. bubu. tombak. Selain menjadi sumber makanan. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli. ¬ Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang. jaring. kelong. Padi dan beras. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor. gawai. Penternakan ¬ Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam. a. Hasil hutan . madu lebah. tasik.

Selangor dan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dan Johor. Perikanan. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Kopi ¬ Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura. Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Negeri Sembilan dan Johor. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Bidayuh dan Kenyah. . Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah ) Kegiatan Ekonomi Sara diri. ¬ Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam. Emas. pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Bijih Timah ¬ Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Tanaman-tanaman lain. Tanaman jualan lain ¬ Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. dan Dinding di Perak. Terengganu. Perlombongan ¬ Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19.kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai. Larut.Baram. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Lada hitam ¬ Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. B. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg. d. ¬ Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang. ¬ Diusahakan di Pahang. c. Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. b. a. ii. Perdagangan. ¬ Padi huma diusahakan oleh orang Iban. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah. Kegiatan Perlombongan a. b. Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor. Saribas dan Batang Lupar. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar. b. ¬ Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Diusahakan secara bergotongroyong. e. Penanaman Padi. Kegiatan ekonomi komersial a.

Gambir. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebunpekebun kecil. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. menenun kain dan memacu kuda. Perikanan ¬ Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. d. Tembakau ¬ SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau. itik dan khinzir. c. keledek. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Pada awal abad ke-20. Perlombongan. Keningau dan Tambunan. ¬ Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pertukangan ¬ Dijalankan oleh kaum Bajau. ubi kayu. ayam. Penampang dan lembah bukit di Ranau. Kegiatan Ekonomi Komersial a. Penternakan ¬ Binatang yang diternak ialah kerbau. e. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. Pada penghujung abad ke19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran. Papar. b. tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. ¬ Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Penanaman Padi ¬ Tanaman makanan utama. C. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. Selepas tahun 1884. Perlombongan. Kegiatan ekonomi di Sabah. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu. Tanaman-tanaman lain ¬ Jagung. buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang” c. ( 5 markah ) Kegiatan ekonomi sara diri a. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia. b. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan. b. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. ¬ Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Sagu. ¬ Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama.¬ Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei. d. . Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. ¬ Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina.

Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.C. Setelah kedatangan Barat. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Penutup ( 2/3 markah ) Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->