You are on page 1of 25

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL DAN ARTIKEL

1.0

PENGENALAN Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,

saya memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru di sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih. 1.1 (a) ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH Tajuk Artikel : Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian Penulis : Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh

Bilangan muka surat : 9 muka surat Sumber : Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2):163-171(2004) ISSN: 01287702 Universiti Putra Malaysia Press

Jurnal ini adalah sebuah kajian penulis Mazanah Muhamad dan Adanan Mat Junih untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui program pengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL), Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap program tersebut. Penulis juga telah menjalankan kajian bagi 360 guru daripada empat pusat pembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data 'Educational Participation Scale' (EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973). Kajian ini mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah pembangunan professional, minat kognitif, kebajikan sosial, matlamat peribadi, aktiviti pembelajaran, jangkaan luaran, dan perhubungan sosial. Penulis juga mendapati tahap motivasi guru terhadap program pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi di antara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasi sekolah.

(b)

Tajuk Jurnal : SEKOLAH WAWASAN : Sejauh manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu padu di Masa Akan datang Penulis : Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya Amir Hamzah Abdul Sanif bin Sapaat Bilangan muka surat : 10 muka surat

Jurnal kedua bertajuk Sekolah Wawasan : Sejauh Manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu Padu Di Masa Akan Datang membincangkan konsep Sekolah Wawasan yang diwujudkan bagi membentuk masyarakat yang berbilang kaum bermula dari sekolah. Selain itu, jurnal ini juga membincangkan tentang Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan rusuhan kaum tiga kaum yang terdapat di Malaysia. Penulis telah mengaitkan Peristiwa 13 Mei dengan kebaikan dan kepentingan mewujudkan Sekolah Wawasan. Penulis juga mengkritik tindakan Dong Jiao Zhong yang tidak menyokong kewujudan Sekolah Wawasan. Bagi menegaskan kebaikan Sekolah Wawasan ini, penulis telah menunjukkan kebaikan dan keburukan Sekolah Wawasan bagi menguatkan lagi pendapat penulis mengenai Konsep Sekolah Wawasan tersebut.

(c)

Tajuk Artikel : Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah Penulis : Kamarol Baharen Mohd Rom , Johan @ Eddy Luaran (Ph.D)

Bilangan muka surat : 7 muka surat Sumber : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA

Artikel yang ditulis oleh penulis Kamarol Baharen Mohd Rom dan Johan @Eddy Luaran ini membincangkan tentang peranan kepimpinan guru dalam mata pelajaran sejarah. Penulis membincangkan tentang keperluan guru sejarah dan permasalahan mengenai guru yang terpaksa mengajar pelajaran ini kerana ketiadaan guru sejarah yang sanggup memikul tugas. Sifat kepemimpinan guru juga dijelaskan serta faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah khususnya semasa mengajar subjek sejarah. Di samping itu, kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru mengajar subjek sejarah turut dititikberatkan dan menjadi dasar kepada keberkesanan sesuatu pengajaran. 2

(d)

Tajuk Jurnal

: Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru

Penulis

: Boon Pong Ying

Bilangan muka surat : 8 muka surat Sumber : Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Jurnal ini membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Jurnal ini mengetengahkan peranan seorang guru yang perlu untuk meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi

amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Antaranya amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, perkembangan professional on-line serta aktiviti Pusat Kegiatan Guru dapat membawa kepada peningkatan professional diri guru. Strategi-strategi amalan refleksi merupakan jentera untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan pengajaranpembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reflektif, guru dapat meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta menjadi more thoughtful teachers.

(e)

Tajuk Artikel

: Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan

Penulis

: Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Bilangan muka surat : 24 muka surat Sumber : Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84

Jurnal yang ditulis oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini berkaitan dengan integrasi kaum di Malaysia yang agak kompleks. Ia kompleks berdasarkan sosio politik setiap kaum yang bersifat perkauman. Beberapa medium seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Berdasarkan itu, masalah perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi suatu isu dan cabaran yang perlu diketengahkan. Penulis membincangkan bahawa walaupun banyak kajian telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini namun 3 tidak banyak yang boleh

mengubahnya. Penulis menggunakan kajiannya untuk menilai sejauh mana pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan pendidikan yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi masih lagi samar.

(f)

Tajuk Jurnal

: Stres Kerja Guru : Punca, Kesan Dan Strategi Tindak Balas

Penulis : Sapora Sipon Bilangan muka surat : 10 muka surat Sumber : Jurnal dalam Prosiding Seminar Profesion Perguruan

Jurnal yang bertajuk Stres Kerja Guru : Punca Dan Strategi Tindak Balas adalah sebuah jurnal yang membincangkan tentang masalah stress yang dihadapi guru sama ada semasa berada di sekolah atau di luar waktu bekerja. Jurnal ini juga merupakan sebuah kajian yang mengandungi 10 muka surat dan diperolehi daripada Prosiding Seminar Profesion Perguruan. Tujuan jurnal ini ditulis adalah untuk melaporkan hasil kajian yang dibuat penulis tentang stres guru, punca dan strategi untuk menangani stres tersebut. Jurnal tersebut juga telah memuatkan beberapa data hasil kajian penulis mengenai tahap tekanan emosi dalam kalangan guru dan punca-punca yang menyebabkan kes Burnout guru.

1.2 (a)

PERBINCANGAN DAN ULASAN KRITIKAL Perbincangan Jurnal 1 Tajuk Artikel : Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

Jurnal yang ditulis oleh MAZANAH MUHAMAD dan ADANAN MAT JUNOH membincangkan tentang Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian. Penulis membincangkan tentang fenomena yang paling ketara iaitu pertambahan bilangan pelajar dewasa terutamanya daripada golongan guru yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Rohana 4

(1998) melaporkan bahawa 80% daripada 3800 pelajar yang mendaftar untuk mengikuti program pendidikan jarak jauh di Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi pengajian tahun 1998/99 adalah golongan guru. Proses pendidikan dan pembelajaran tidak terhad kepada kanak-kanak dan berlaku di peringkat persekolahan sahaja. Proses ini menjangkau jauh daripada itu dengan melibatkan pelajar dewasa di luar sistem persekolahan. Pendidikan dewasa boleh berlaku secara formal atau bukan formal. Penulis juga membincangkan hasil kajian yang menunjukkan bilangan guru lelaki yang melanjutkan pelajaran di IDEAL adalah lebih tinggi berbanding guru perempuan. Dapatan ini menyokong pendapat Rogers (1986) yang mengatakan bahawa kebanyakan kajian mendapati lelaki merupakan golongan dewasa yang paling ramai menyertai aktiviti pendidikan. Guru Melayu pula merupakan golongan responden yang paling tinggi (73.2%). Keputusan ini menunjukkan bangsa yang menjadi penduduk majoriti dalam sesebuah negara merupakan golongan yang paling tinggi terlibat dalam aktiviti pendidikan dewasa. Sebahagian besar responden mempunyai kelayakan akademik STPM kerana kelayakan minimum untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama adalah pada peringkat tersebut. Bilangan responden sekolah di luar bandar adalah lebih tinggi daripada responden sekolah di bandar. Kajian juga mendapati bilangan guru sekolah rendah adalah lebih tinggi daripada sekolah menengah. Keadaan ini mungkin berlaku kerana kebanyakan guru bukan siswazah berkhidmat di sekolah-sekolah rendah di luar bandar. Pendapat penulis sangat relevan kerana kementerian telah memberi keistimewaan kepada guru-guru yang belum mempunyai Ijazah Sarjana Muda untuk melanjutkan pengajian selama 4 tahun. Penulis menggambarkan guru-guru yang melanjutkan pelajaran sebagai pelajar dewasa. Istilah itu sesuai digunakan kepada guru-guru lama yang berumur 40 tahun ke atas. Saya bersetuju dengan penulis bahawa proses pendidikan dan pembelajaran tidak terhad kepada kanak-kanak hingga remaja tetapi seharusnya digalakkan belajar sepanjang hayat. Berdasarkan kajian beliau mengenai jumlah pelajar lelaki dewasa yang lebih ramai menyambung pelajaran, saya kurang bersetuju memandangkan beliau hanya membuat kajian di sebuah university sahaja. Tetapi saya bersetuju mengenai bagi bilangan kaum

Melayu yang lebih ramai memasuki pendidikan jarak jauh kerana guru-guru sekolah rendah kebangsaan lebih ramai memenuhi bilik kuliah institut pengajian mahupun memohon pendidikan jarak jauh. Pada masa sekarang, untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi, pemohon guru sekurang-kurangnya memiliki Diploma Pendidikan. Penulis seterusnya membincangkan tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran di IDEAL. Motif tersebut adalah pembangunan professional, minat kognitif, kebajikan sosial, matlamat peribadi, aktiviti pembelajaran, jangkaan luaran dan perhubungan sosial. Tiga motif yang paling utama adalah pembangunan profesional, minat kognitif dan kebajikan sosial. Motif Pembangunan Profesional menunjukkan tujuan guru melanjutkan pelajaran adalah bagi menyediakan diri dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk mempertingkatkan prestasi kerja supaya dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan yang bermutu kepada pelajar. Seterusnya motif Minat Kognitif menunjukkan tujuan guru melanjutkan pelajaran adalah bagi mendapat dan mendalami ilmu pengetahuan. Motif Kebajikan Sosial pula menunjukkan guru melanjutkan pelajaran adalah bagi menyediakan diri dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Hasil dapatan penulis mengenai motif pembelajaran sangat menarik. Penulis sangat berusaha dalam menjalankan kajian dan pemerhatian menggunakan persoalan motif guru menyambung pelajaran. Berdasarkan desakan pendidikan pada masa sekarang yang meminta guru mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda , saya bersetuju dengan motif utama yang dikemukakan penulis iaitu kerana pembangunan Profesional. Walau bagaimanapun, ketujuh-tujuh motif tersebut adalah bertepatan dengan tujuan guru untuk menyambung pelajaran. Penulis juga mendapati dapatan yang adalah konsisten dengan penemuan Arshad (1993). Walau bagaimanapun, dapatan ini agak berbeza dengan temuan Mohd Halimi (1996). Mohd Halimi mendapati faktor pembangunan profesional berada pada kedudukan keenam. Penulis turut membincangkan kedudukan perbezaan tahap motivasi berdasarkan bangsa. Berdasarkan bangsa, guru berbangsa Melayu mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi berbanding guru daripada kaum India, Cina dan bangsa lain. Saya juga bersetuju dengan pendapat penulis yang mendapati pengajian yang paling diikuti oleh guru adalah dalam 6

program Pengajian Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertarna (PBMP). Guru yang mengikuti pengajian Bahasa Malaysia ini sememangnya mempunyai tahap motivasi yang paling tinggi berbanding guru dalam Program Bimbingan dan Kaunseling (B&K) dan program Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Saya juga tertarik dengan penerangan penulis tentang tahap motivasi guru yang sedang berkhidmat di sekolah luar bandar mempunyai tahap motivasi yang Iebih tinggi berbanding guru di sekolah-sekolah di bandar. Ia mungkin disebabkan guru-guru di pedalaman kurang mengalami tekanan kerja yang banyak berbanding guru di sekolah bandar yang dibebani dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Kesimpulannya, jurnal ini telah memberi pengetahuan yang jelas tentang motif dan kesediaan guruguru sekolah rendah untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi walaupun sudah bekerja sebagai seorang guru.

(b)

Perbincangan Jurnal 2 Tajuk Jurnal : SEKOLAH WAWASAN : Sejauh manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu padu di Masa Akan datang

Jurnal yang ditulis oleh Azizi Yahya ini membincangkan tentang kemampuan Sekolah Wawasan untuk melahirkan generasi yang bersatu padu di masa akan datang. Penulis menyatakan sistem persekolahan sekarang masih lagi mewujudkan sekolah bersifat perkauman. Saya bersetuju dengan pandangan penulis kerana di Malaysia, masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India contohnya SK, SJKC dan SKKT. Penulis mengatakan bahawa pengujudan Sekolah Wawasan mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah variabel kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Pendapat penulis adalah sangat bernas dan sememangnya penubuhan sekolah-sekolah di Malaysia masih belum mencapai tahap perpaduan yang diharapkan. Sekolah Wawasan yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu sistem pendidikan yang jitu. Penulis menegaskan mungkin akan wujud pelbagai masalah daripada sistem ini. Jika hanya melihat dalam satu sudut pandangan memanglah amat baik 7

tetapi perlu juga difikirkan pro dan kontra dalam membina sesuatu sistem itu. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan isu-isu sensitif akan mengundang konflik yang membawa parah. Pada dasarnya, sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris iaitu pengasingan sekolah dan tiadanya peraturan yang seragam dipakai untuk semua sekolah telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal. Saya ingin mengulas tentang kesan negatif yang di bawah penjajah ke negara ini. Sikap penjajah yang ingin memecah belahkan kaum di Malaysia sepatutnya perlu difikirkan berkali-kali oleh semua masyarakat. Saya bersetuju dengan penulis bahawa isu-isu sensitif akan mengundang ketegangan dan rusuhan yang membawa padah. Penyata Razak 1956 yang menegaskan bahawa yang mana tujuan dasar pelajaran di dalam negara ini ialah bermaksud hendak menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar. Menurut penulis, Sekolah Wawasan tidak akan menghapuskan identiti SRJK tetapi Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK (Sekolah Rendah Kebangsaan), SRJKC (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina) dan SRJKT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil) dalam satu kawasan. Sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama atau dikongsi bersama. Manakala setiap sekolah tetap mempunyai bangunan dan pentadbiran mereka sendiri. Manakala murid-murid akan dibiarkan bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semula jadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Dengan cara ini dapat menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Saya juga bersependapat dengan penulis tentang kesan-kesan positif yang akan memberi impak kepada kesefahaman kaum bermula dari murid sekolah. Penulis turut membincangkan kesan Sekolah Wawasan kepada perpaduan iaitu pelajar sekolah rendah ini akan bergaul secara langsung apabila mereka

bersukan di padang, makan di kantin atau semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Konsep Sekolah Wawasan harus dilihat dari konteks dan perspektif yang positif iaitu mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bukannya bertujuan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum serta menghilangkan entiti SRJK. Penempatan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa Melayu. Ketegangan hubungan kaum dan masalah yang berkaitan berpunca daripada sikap prejudis serta perasaan curiga mencurigai, lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang terjalin di antara mereka. Penulis turut membincangkan kebaikan dan keburukan Sekolah Wawasan dimana tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut penulis, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan. Pada pendapat saya, kita juga perlu menghayati semula tujuan Penyata Razak 1956 yang di antaranya hendak menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran iaitu sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa Melayu Saya tertarik dengan ulasan penulis tentang kesan pengumpulan pelajar secara pemusatan yang akan menemukan kepelbagaian dalam budaya, agama, ras, sosial dan ekonomi setiap ahli sekolah berkenaan. Masyarakat Cina terutamanya, begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan yang akan menguburkan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang didukung selama ini. Saya bersetuju dengan penulis bahawa isu yang ditimbulkan oleh kaum cina akan lebih memporak-porandakan perpaduan kaum. Mereka ini sebenarnya khuatir kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Selain itu, penulis turut membincangkan tentangan yang dibuat oleh Dong Zong yang bermaksud persatuan sekolah Cina dan Jiao Zong yang bermakna guru-guru sekolah Cina yang menolak penubuhan Sekolah Wawasan. Kelebihan yang ada pada hasil penulisan ini ialah dengan menyatakan kebenaran alasan terbesar kaum

cina iaitu kekhuatiran akan kehilangan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan identiti orang Cina akan terhakis, walaupun telah di perjelaskan beberapa kali oleh pihak kerajaan namun mereka tetap sangsi dengan hasrat untuk menyatupadukan antara kaum. Mereka masih beranggapan terdapat sesuatu agenda yang tersirat yang dapat mengganggu gugat kepentingan mereka. Segelintir orang Cina yang tidak faham tentang konsep Sekolah Wawasan sehingga menganggap Sekolah Wawasan sebagai senjata untuk mengikis identiti orang Cina di Malaysia. Berbeza pula dengan pentadbir SJKT yang menerima baik dan bersikap terbuka dengan Sekolah Wawasan. Berdasarkan jurnal ini, saya mendapati penulis telah menunjukkan keberanian untuk menyatakan dengan jelas sikap orang cina yang merupakan penentang bagi pembentukan perpaduan di negara ini.

(c)

Perbincangan Artikel 3 Tajuk Artikel : Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah

Artikel yang ditulis oleh penulis ini membincangkan tentang

peranan

kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut penulis, guru mempunyai persepsi bahawa peranan kepimpinan guru terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sebuah sekolah bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar sahaja tetapi adalah didorong oleh kordinasi dan kolaborasi para guru selaku pemimpin pengajaran manakala pengetua adalah sebagai penyelaras atau pentadbir. Penulis telah membuat rumusan berdasarkan tiga definisi yang dinyatakan Cuban (1984), Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) dan Southworth (2002) iaitu kepimpinan adalah sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka yang mana keterlibatan mereka adalah secara suka rela dan berusaha ke arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Definisi yang dikemukakan penulis dapat merumuskan maksud kepimpinan tetapi saya kurang bersetuju dengan perkataan sukarela. Bagi saya, menjadi pemimpin bukanlah tugas yang sukarela tetapi tugas yang menunjukkan seseorang itu mempunyai keyakinan tinggi untuk menemui sesuatu kebenaran. Sungguhpun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan, 10

seringkali kepimpinan dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru di sekolah dan bilik darjah. Matlamat umum peranan kepimpinan guru ialah untuk menambah nilai (value added) atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan suasana pembelajaran murid. Menurut penulis, kajian menunjukkan dalam proses memimpin programprogram pengajaran, peranan guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan kecemerlangan akademik yang boleh

dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Hook dan Vass (2000) mendefinisikan peranan kepimpinan guru bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan gaya kepimpinan untuk ketrampilan dirinya dan berkomunikasi dengan yang lain. Penulis membincangkan peranan kepimpinan guru yang wujud dalam keadaan dimana murid-murid memperolehi sesuatu maklumat atau input yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam setiap bilik darjah, atau setiap kali apabila terdapat perkembangan yang positif yang secara langsung akan mempengaruhi personaliti mereka. Seterusnya, penulis membincangkan ciri-ciri peranan kepimpinan guru yang mengambil definisi beberapa penulis buku dan pakar iaitu seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah Buhler (1995), mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel serta keterbukaan (Zenger & Folkman, 2004). Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara pembelajaran berterusan akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Penulis telah mengemukakan banyak definisi ciri-ciri pemimpin berdasarkan pandangan penulis barat. Sebaiknya penulis lebih banyak menggunakan konsep-konsep atau definisi yang dikemukakan oleh penulis negara untuk menunjukkan masyarakat dan penulis tempatan mempunyai pendapat mereka sendiri mengenai isu-isu di negara sendiri. Menurut penulis, di antara faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah ialah mencari keseimbangan antara dorongan dengan teguran, membangunkan rapport bersama murid, melibatkan murid dengan aspirasi dan harapan,

mengekalkan hubungan kerja yang sempurna, mengamalkan cara membuat pilihan yang bererti, memberi jaminan faktor keselamatan dan keyakinan, meletakkan diri murid sebagai sebahagian daripada bilik darjah, fokus kepada perkara baik yang

11

dilakukan, dan ketrampilan guru. Penulis turut membincangkan bahawa peranan kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi dua aspek iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta kemahiran teknikal. Kemahiran intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya bersetuju bahawa guru yang berada di dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan murid. Selain itu, semasa mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku murid. Pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalah hak mutlak guru dalam mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru, usaha mendorong murid untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab ke arah peranan kepimpinan guru yang berkesan adalah rumit. Kesimpulannya, guru harus mendorong murid supaya bertanggungjawab ke atas perlakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini.

(d)

Perbincangan Jurmal 4 Tajuk Jurnal :

Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru

Jurnal ini membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Penulis menyatakan pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu, kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Penulis turut membincangkan strategi-strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan, perkembangan professional on-line dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru. Terdapat tujuh strategi yang dibincangkan penulis iaitu pertama peningkatan profesionalisme 12

melalui latihan dalam perkhidmatan. Saya kurang memahami maksud strategi yang dikemukakan penulis kerana bagi saya ianya tidak bertepatan dengan tajuk. Untuk menyatakan amalan reflektif guru ke arah peningkatan profesionalisme, ia seharusnya menggunakan tajuk Strategi Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru. Penulis membincangkan bahawa guru seharusnya mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaranpembelajaran baru melalui kursus pendek. Untuk itu, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Strategi kedua, amalan refleksi dan penulisan reflektif ke arah peningkatan profesionalisme guru. Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional dan bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri selaindapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Manakala strategi ketiga pula berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Penulis menyatakan bahawa pembentukan portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Menurutnya lagi, apabila seseorang guru meneliti amalan

13

pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Strategi keempat ialah penyelidikan tindakan amalan profesionalisme yang efektif iaitu menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional. Strategi kelima ialah amalan konsep Belajar Seumur Hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan

pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line. Seterusnya strategi kelima membincangkan satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru iaitu sistem pementoran di sekolah-sekolah. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat, dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Manakala strategi terakhir iaitu guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategistrategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi more thoughtful teachers. Kesimpulannya, kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan ini sangat menarik kerana di samping menyatakan kesan amalan reflektif, ia juga dapat memberi panduan kepada saya untuk mempelbagaikan cara membuat refleksi mengikut kesesuaian dan kemahuan pihak kementerian.

14

(e)

Perbincangan Artikel 5 Tajuk Artikel : Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan

Artikel ini telah membincangkan integrasi kaum di Malaysia agak kompleks. Cabaran Integrasi kaum ini sangat berkaitrapat dengan pendidikan dan merupakan salah satu cabaran bagi guru. Menurut penulis, integrasi perpaduan bermaksud mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik. sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan Melayu atau Tanah Melayu itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Istilah Tanah Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk pada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Saya bersetuju dengan perbincangan penulis bahawa reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union sememangnya telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Sokongan politik berlainan antara melayu dan cina menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman (komunalisme). Menurut penulis lagi, dalam sistem pendidikan, cabaran utama dalam integrasi kaum adalah keenganan kaum Cina mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Pada pandangan pengkaji, bukan soal kaum lain (termasuk orang Melayu) menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek sains dan matematik, tetapi isu yang lebih besar ialah penolakan mereka terhadap sebarang usaha untuk mengikis jati diri dan identiti sekolah Cina. Sesungguhnya terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti kecinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses integrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya parti-parti politik 15

berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak kepada institusi keluarga dan pendidikan. Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Penulis juga membincangkan kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Para pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa peranan agen keluarga dan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi (Langton 1969). Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan kerana ia amat berkait rapat dengan keluarga, disebabkan keluarga yang menentukan proses persekolahan anak-anak mereka. Berdasarkan perbincangan penulis mengenai isu di atas, saya sangat bersetuju bahawa kaum cina memang suka menentang perpaduan walau dalam sistem pendidikan sekalipun. Walau bagaimanapun, penulis sepatutnya dapat memberikan banyak contoh masalah perkauman yang disebabkan oleh isu pendidikan dan tidak memberi tumpuan kepada faktor politik sahaja. Ini memandangkan penulis cuba mengutarakan isu cabaran integrasi kaum di Malaysia yang melibatkan keluarga dan pendidikan.

(f)

Perbincangan Jurnal 6 Tajuk Jurnal Stres Kerja Guru : Punca, Kesan Dan Strategi Tindak Balas

Jurnal yang ditulis oleh Sapora Sipon ini membincangkan tentang isu stres dalam kalangan guru yang semakin menular hari demi hari. Sebelum itu, penulis telah membincangkan tentang peranan pendidikan yang meruapakan agenda utama negara bagi melahirkan modal insan di negara ini selaras dengan keperluan semasa pembangunan negara. Mutu pendidikan yang cemerlang adalah disebabkan produktiviti dan semangat gigih daripada warga pendidik untuk membantu negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Namun matlamat tersebut tidak mungkin akan 16

tercapai sekiranya guru mengalami tekanan kerja dan seterusnya tidak dapat melepasi cabaran pendidikan pada masa kini. Penulis menyatakan bahawa stress dalam kalangan guru merupakan halangan kepada produktiviti kerja yang baik dan memberi kesan fizikal serta psikologikal guru. Akibat stress, seseorang guru atau pekerja itu akan mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah, moral pekerja rendah, kemalangan kerja dan produktiviti menurun. Stress juga dilihat sebagai punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan (Barling,1990). Menurut penulis, Malaysia sebagai sebuah negara pesat

membangun perlu menghadapi pelbagai perubahan dan perkembangan dari aspek ekonomi, sosial dan teknologi. Justeru, guru juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang selari dengan kepesatan bidang pendidikan. Penulis membincangkan tugas guru untuk menanam kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang seiring dengan perkembangan teknologi dan proses globalisasi telah mewujudkan stress dalam kalangan guru. Guru-guru berada dalam dilema memandangkan guru terpaksa memikul berbagai permintaan seperti permintaaan daripada masyarakat. Di antara sebab utama kajian ialah kerana peningkatan ketidakhadiran kerja, pusingganti yang tinggi dan persaraan awal. Selain itu, stress merupakan penyebab kepada masalah kesihatan mental dan fizikal serta boleh mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar seterusnya mutu pendidikan. Penulis juga menjelaskan tentang kesan panjang stress yang tidak dikawal iaitu mengakibatkan burnout dalam kalangan guru. Aspek penting dalam kajian stress adalah ia memerlukan perhatian serius kepada kemahiran berdaya tindak kerana ia memainkan peranan penting dalam kerjaya guru. Guru akan sukar untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi sekiranya mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Saya menyokong pernyataan penulis bahawa pengurusan stress guru adalah sangat penting kerana ia memberi kesan kesihatan kepada guru tersebut. Pada masa sekarang, beberapa program pengurusan stress bertujuan untuk menangai stress kerja yang berterusan, membantu guru mengurangkan stress di tempat kerja. Pendidikan stress dan latihan pengurusan stress berfungsi dalam membantu individu untuk mengenalpasti symptom stress. Banyak kaedah pengurusan stress di

17

Barat yang terbukti berkesan yang menggunakan pelbagai orientasi dan pendekatan. Murphy (1998) menjelaskan program stress telah menghasilkan kesan positif jika dapat disesuaikan dengan keperluan tempatan. Berdasarkan kenyataan penulis, kejayaan pengurusan stress guru di tempat kerja ialah melalui kajian-kajian yang dijalankan oleh Turner & Clannay (1998) yang menkaji keberkesanan jenis model kaunseling kelompok, terapi nasional emotif dan pemusatan klien. Salah satu cara untuk mengenalpasti tahap stress di tempat kerja ialah melalui odit stress. Odit stress digunakan untuk tujuan baseline, menentukan sikap pekerja dan untuk memberi maklumat sebelum intervensi dilaksanakan. Penulis juga membincangkan kajian yang dibuat terhadap 110 orang guru dengan menggunakan skala Sumber Stres mengandungi 61 item yang dibahagikan kepada enam sub-skala iaitu faktor intrinsik kerja, peranan pengurusan, hubungan dengan orang lain, kejayaan dan pencapaian, struktur dan iklim organisai dan halangan-halangan kerja rumah. Hasil keputusan kajian tersebut, didapati punca stress tertinggi ialah disebabkan peranan pengurusan. Seterusnya punca

disebabkan hubungan kerja rumah, struktur klimaks organisasi, perhubungan dengan orang lain, faktor intrinsik kerja serta kerjaya dan pengurusan. Kajian tersebut juga telah menghasilkan rumusan guru wanita dan lelaki menunjukkan perbezaan punca stress berdasarkan 6 sub-skala tersebut. Kajian yang dibuat ke atas 110 orang guru memang ramai tetapi penulis sangat bersungguh-sungguh untuk mengkaji cabaran yang dihadapi guru. Sahsiah dan usaha bersungguhsungguh penulis ini seharusnya patut dicontohi dan dipuji.

18

TEKANAN EMOSI KANAN-KANAK

2.0

PENGENALAN Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan

masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996 (Utusan Malaysia 22 Sept. 2011). Tidak semua kanak-kanak dibesarkan dalam keadaan mewah. Tidak dinafikan masih ramai kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka biasanya tidak mempunyai bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Manakala sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Kesannya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , kanak-kanak tersebut akan mengalami ketegangan jiwa. Mereka akan berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Ibu bapa dan guru perlu berperanan lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. 2.1 Tanda-Tanda Gangguan Emosi Kanak-kanak Tanda-tanda gangguan emosi murid yang boleh dilihat dan diberi perhatian oleh guru khususnya dan ibu bapa ialah murid berasa murung hampir setiap hari. Manakala minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti dan pembelajaran di sekolah turut merosot. Selain itu, berat badan menyusut secara signifikan dan tiada selera makan. Mereka juga menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung. Manakala gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor juga kadangkala boleh berlaku. Ibu bapa dapat melihat perubahan anak mereka yang sentiasa berasa letih dan tidak bermaya. Kanak-kanak yang mempunyai gangguan emosi akan berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya. Semasa di sekolah, mereka ini mempunyai menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan perhatian atau membuat keputusan. Tidak dinafikan sesetengah mereka sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri. 19

2.2

Punca-Punca Gangguan Emosi Terdapat banyak punca gangguan emosi yang terjadi pada murid-murid di

sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid di sekolah adakalanya berkaitrapat dengan masalah yang dialami di rumah. Walau bagaimanapun, ada segelintir muridmurid yang tidak menghadapi tekanan emosi yang membimbangkan semasa di rumah tetapi menghadapi tekanan semasa berada di sekolah. Ia berpunca daripada beberapa situasi yang boleh dikenalpasti oleh guru-guru di sekolah. Punca pertama disebabkan penerimaan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah orang yang paling rapat dengan seseorang dan sering menjadi pasangan atau kawan untuk melakukan apa-apa pekerjaan atau permainan di sekolah. Rakan sebaya yang ramai akan menjadikan seorang kanak-kanak itu mempunyai keyakinan pada diri sendiri dan bangga kerana mendapat sokongan daripada rakanrakan sebaya. Tekanan emosi murid berlaku apabila seseorang murid itu tidak mempunyai rakan sebaya sekaligus kurang diterima oleh rakan-rakan sebayanya. Murid yang tidak mempunyai rakan sebaya akan rasa terpinggir, tidak mempunyai kawan untuk bermain, kurang keyakinan diri dan suka bersendirian. Keadaan sedemikian akan menimbulkan tekanan emosi terhadap murid tersebut. Persekitaran sekolah atau bilik darjah yang tidak kondusif juga menjadi salah satu punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid. Sekolah yang menempatkan 40 orang murid dalam sebuah kelas akan mengalami kesesakan dalam susunan kerusi dan meja yang baik. Apabila kesesakan dalam bilik darjah berlaku, masalah gangguan daripada rakan-rakan yang nakal sudah pasti berlaku. Ia termasuk masalah bising di dalam kelas, tidak bebas untuk bergerak dan menyukarkan komunikasi antara murid. Selain itu, bilik darjah yang kotor, tidak ceria dan tidak mesra maklumat juga akan menyebabkan emosi murid-murid dalam pembelajaran terganggu. Murid-murid tidak mendapat maklumat atau bahan rujukan yang cukup semasa berada di dalam bilik darjah. Selain itu, punca gangguan emosi berdasarkan persekitaran sekolah juga adalah seperti kawasan sekolah yang dipenuhi sampah sarap, tidak mempunyai padang permainan ataupun berbahaya terhadap keselamatan murid. Murid-murid tidak akan dapat bermain dan bebas untuk bergerak kerana khuatir dengan keselamatan dan kebersihan persekitaran.

20

Kes buli di sekolah rendah mungkin jarang didengar atau dihebahkan dalam media massa. Tetapi kes buli ini sebenarnya terjadi tanpa kita sedari sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Murid yang sering dibuli oleh rakan sebaya semestinya mengalami gangguan emosi yang jika tidak dikawal menjadi tekanan emosi terhadap dirinya. Sehinggakan ada murid-murid yang tidak mahu ke sekolah kerana takut atau serik dibuli oleh rakan sebaya mereka. Di antara kes buli yang sering terjadi semasa sekolah rendah ialah diminta wang saku, sering ditengking oleh rakan, diarahkan membuat sesuatu pekerjaan dengan paksa, diejek dan kecurian alat tulis. Ramai berpendapat, kanak-kanak yang sering dibuli dan takut dengan rakan sekolahnya adalah mereka yang sering dimarahi di rumah, dihukum, ditengking dan dipukul oleh ibubapa jika melakukan kesalahan. Tetapi jika diperhatikan, murid-murid yang tidak atau kurang melawan ini adalah kerana mereka diajar dengan sikap lemah lembut, bersopan-santun, menghormati orang lain dan tidak suka bergaduh. Walau bagaimanapun, sikap yang baik itu sering menjadi mangsa buli kerana mereka tidak mampu untuk menengking apatah lagi bersikap kasar terhadap rakan. Kanak-kanak tersebut sudah tentu mengalami gangguan emosi yang akan memberi tekanan sekiranya guru atau ibubapa tidak

mengendahkan perkara tersebut atau melihat perkara tersebut sebagai hal remeh sahaja. Selain itu, gangguan emosi murid-murid di sekolah juga disebabkan mereka tidak dapat memahami isi pelajaran dengan jelas. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab, sebilangan murid dapat menguasai bahasa itu dengan baik. Tetapi bagi murid yang kurang baik dari segi pelajaran jawi, mata pelajaran itu mungkin satu bebanan kepada mereka. Murid-murid yang mempunyai pendidikan awal dalam prasekolah agama atau kelas KAFA mungkin tidak mempunyai banyak masalah mempelajari bahasa Arab tetapi bagi golongan murid yang tidak pernah didedahkan dengan pelajaran jawi atau arab sudah tentu mengalami masalah untuk mempelajari bahasa tersebut. Ditambah lagi dengan sikap tegas guru yang suka mendenda murid sekiranya tidak dapat menguasai bahasa Arab maka gangguan emosi murid tersebut lama-kelamaan menjadi tekanan emosi kepada mereka. Apabila gangguan emosi berlaku maka sudah tentu murid-murid tersebut sentiasa takut, kurang yakin, tidak menonjol dan tidak bermotivasi untuk meningkatkan prestasi. Walau bagaimanapun, sekiranya guru dapat memahami keperluan dan kelemahan murid, 21

maka sudah tentu murid tersebut tidak mengalami gangguan emosi sebaliknya bermotivasi untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan penuh minat.

2.3

Cadangan Cara Mengatasi Masalah Tekanan Emosi Murid Gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah perlu diberi perhatian dan

dibendung agar murid tidak mengalami tekanan emosi yang lebih membimbangkan seperti stress dan depresi. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru, ibu bapa dan juga masyarakat untuk mengatasi masalah gangguan emosi tersebut. Cara terbaik menangani gangguan emosi ialah dengan mengenal pasti punca masalah dan cuba mengatasinya Di antara cadangan-cadangan bagi mengatasi gangguan emosi murid di sekolah adalah seperti aktiviti promosi kesihatan mental, menyediakan lebih ramai kaunselor terlatih, memahami keperluan pembelajaran murid serta peranan guru dan ibu bapa. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), tugas seorang pendidik itu boleh dikategorikan kepada beberapa perkara iaitu sebagai seorang penyampai maklumat, pemindah maklumat, pendorong pembelajaran dan mencipta konteks pembelajaran yang melibatkan murid terlibat secara aktif dan pembina manusia yang lebih baik. Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab sekolah. Pihak sekolah dan guru dapat mengambil inisiatif mengadakan perbincangan yang berkaitan dengan kesihatan mental bagi memberi pendidikan kesihatan dan psikologikal. Bagi murid yang berada dalam

tahap satu, pameran dan kuiz boleh dijadikan aktiviti yang menarik dan menyampaikan cara berkesan untuk menangani gangguan emosi mereka. Manakala bengkel dan ceramah pula sesuai diadakan bagi murid tahap dua yang mungkin mempunyai banyak pertanyaan dan cadangan bagi menangani masalah gangguan emosi di sekolah. Selain daripada itu, aktiviti bersukan dan riadah juga dapat membantu menangani masalah gangguan emosi murid. Murid-murid yang beriadah semasa rehat dapat bekerjasama dengan ramai rakan baru dan sesuai dengan minat mereka. Murid-murid akan tidak memikirkan soal gangguan emosi mereka semasa bermain dan sekaligus membantu mereka mencari penyelesaian sendiri

22

terhadap masalah yang dihadapi contohnya masalah tidak mempunyai rakan sebaya. Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untuk membimbing dan membantu murid untuk menguruskan stres. Perkembangan sahsiah murid-murid di sekolah memerlukan bimbingan yang lebih berbanding golongan dewasa. Dengan keadaan fizikal atau mental mereka, menyebabkab mereka sering menghadapi masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah untuk membawa perubahan positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka seadanya dan membentuk perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh dirancang dan dijalankan oleh kaunselor untuk mengatasi masalah ini. Personaliti individu adalah dinamik, yakni sikap seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut kehendak dan keperluannya. Kaunselor melalui proses kaunselingnya, boleh mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program perubahan tingkah laku ini amat berguna kepada murid-murid yang kurang yakin terhadap diri sendiri. Oleh kerana keadaan dan kemampuan murid adalah berbeza satu sama lain menyebabkan segelintir mereka ketinggalan dalam pelbagai perkara. Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk perbualan, sama ada melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal. Kaunselor akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu melalui keperluan dan kehendaknya. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid dari segi jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu menghadapi masalah penyesuaian peringkat awal di sekolah, murid itu boleh dirujuk kepada kaunselor untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya supaya dia boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru. Kaunselor juga boleh memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong murid-murid menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain, untuk penyelesaian masalah jangka panjang. Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut,

23

namun anak-anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka. Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar dari masalah tersebut. Selain daripada itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan bilik darjah dan persekitaran yang kondusif kepada murid-murid. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Dari segi membina keyakinan diri dalam pergaulan pula, ibu bapa adalah menjadi contoh utama kepada anak-anak. Dalam membantu anak berkomunikasi, perkara penting yang perlu diingatkan adalah ibu bapa perlu menghindar dan mengelak daripada tabiat mengkritik. Kadangkala ibu bapa mendapati tingkah laku anaknya tidak menyenangkan tetapi perlu diingat teguran dapat dibuat secara lembut. Sekiranya ibu bapa kerapkali menyindir serta berleter, anak akan mudah berasa rendah diri dan sudah pasti hilang kepercayaan pada ibu bapa dan keadaan ini seterusnya mengelakkan mereka daripada berkomunikasi dengan ibu bapa. Tidak hairanlah jika anak-anak jarang menyatakan masalah yang berlaku di sekolah dan lebih suka mendiamkan diri kerana takut untuk dimarahi atau dipersalahkan lagi. Sekolah adalah tempat kedua pentingnya selepas institusi kekeluargaan. Guru perlu menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Oleh itu, guru perlu lebih prihatin dengan beberapa proses perkembangan yang dilalui oleh pelajar kerana mereka berdepan dengan kelompok ini sepanjang masa. Walaupun murid24

murid adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun tetapi mereka tetap mempunyai emosi yang boleh terganggu sekiranya tidak mendapat perhatian sepatutnya. Di antara peranan guru ialah guru perlu menunjukkan minat pada hobi murid. Guru perlu mengelakkan sikap suka mengongkong murid. Murid memerlukan masa untuk belajar, oleh itu guru perlu memberikan masa yang mencukupi kepada mereka untuk mendorong mereka memahami dan mengikuti pelajaran dengan berkesan. Hukuman yang agak keterlaluan dapat menjejaskan perhubungan antara guru dan pelajar yang seterusnya mencetuskan gangguan emosi. Oleh yang demikian, guru tidak perlu bertindak dengan cara keterlaluan seperti menengking, mendenda apabila murid melakukan kesalahan atau tidak dapat menjawab soalan.

1.4

Rumusan Berdasarkan perbincangan di atas, tekanan emosi murid telah menjadi satu

isu penting yang perlu dikawal dan diuruskan secara bijaksana, berhati-hati dan berhemah oleh semua pihak supaya ia tidak menjadi masalah disiplin yang serius di sekolah rendah negara ini. Manakala tekanan dan punca-punca tekanan yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja mungkin berbeza dari segi tahapnya sama ada rendah atau tinggi. Walau bagaimanapun, kesan dari tekanan kerja yang dialami yang kebanyakannya berbentuk tekanan emosi adalah hampir sama iaitu

menyebabkan penurunan dalam pelajaran dan penampilan, kemurungan, gangguan kesihatan, masalah disiplin yang kronik seperti ingkar arahan, ponteng kerja, gagal mengawal emosi dan sebagainya. Justeru itu, isu ini perlu ditangani dengan kaedah yang terbaik oleh semua pihak bagi mengelakkan ianya menjadi gejala yang tidak terkawal dan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru, ibu bapa dan pihak sekolah perlu mengurus dan menangani tekanan emosi yang dialami oleh muridmurid sekolah dengan bijaksana demi memastikan prestasi dan pencapaian dapat dikekalkan dan dipertingkatkan demi melahirkan modal insan yang berkualiti dan sihat dari segi kesihatan mahupun pemikiran.

25

You might also like