You are on page 1of 4

KOMPONEN BIOTIK DAN ABIOTIK

Komponen Biotik & Abiotik serta rantaian makanan yang berlaku dalam ekosistem hutan hujan tropika.

Komponen biotik yang terlibat dalam ekosistem hutan hujan tropika ialah seperti tumbuhan hijau yang bertindak sebagai pengeluar, pelbagai peringkat pengguna.

Manakala komponen abiotik ialah

Tenaga matahari: berperanan membekalkan tenaga kapada pengeluar & menjamin suhu yang tinggi.

Hujan: pembekal utama sumber air kepada komponen biotik. Hujan turun dengan lebat kira-kira 2000mm setahun.

Tanih: berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa kimia yang menghasilkan pelbagai jenis regolit @ tanih seperti tanah laterit, tanah liat, tanah pasir & sebagainya.

Proses-proses perpindahan tenaga dalam rantai makanan bagi ekosistem hutan tropika adalah:

Tenaga dipindahkan terus dari matahari

kepada pengeluar/tumbuhan untuk proses fotosintesis. Daun pokok akan melakukan proses fotosintesis untuk membuat makanan & hasilnya ialah tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak & asid tumbuhan.

Tenaga kimia & haba dipindahkan dari pengeluar/tumbuhan ke pengguna primer.

Tenaga kimia & haba dari pengguna sekunder akan berpindah kepada pengguna tertier (omnivor) iaitu apabila haiwan karnivor memakan karnivor yang lain @ memakan herbivor serta pengeluar.

Organisma pengurai seperti bakteria & kulat pula memperolehi tenaga kimia daripada molekul yang kaya dengan tenaga daripada

tisu organisma yang mereput & menguraikan jisim organik yang mati ialah seperti kulat, bakteria, ulat,& cacing tanah.

Kepentingan kpd alam sekitar manusia 1. Sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat orang asli yang menjalankan aktviti pertanian pindah, mengutip & berburu. 2. Penting untuk sektor pembalakan.menghesilkn sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan & juga dieksport. 3. Sektor pelancongan seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis flora & fauna mampu menarik pelancong & seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk & negara.m 4. Membantu memajukan industri yang berkaitan dengan sumber hutan seperti industri membuat perabot, pembinaan, serta industri pengangkutan.

5.

Menjadi kawasan tadahan air bagi membekalkan air kepada empangan & diproses seterusnya dijual kepada pnduduk @ dieksport ke negara lain yang menhasilkan pendapatan negara.

Kepentingan kepada alam sekitar fizikal 1. Hutan berfungsi sebagai habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan populasi & meneruskan generasinya.Selain itu, gangguan ekosistem akan menjejaskan rantai makanan. 1. Ia juga perlindungan daripada hakisan tanah. Liputan tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan percikan @ hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar & juga proses cegatan silarannya.sistem akar banir yang timbul di permukaan tanah akan menyekat @ memperlahankan had laju larian air permukaan. 2. Mengawal keseimbangan kitar hidrologi. Kawasan hutan tebal yang berlakunya proses transpirasi yang berkesan utk membebaskan wap-wap air ke udara.

Dalam konteks iklim mikro, peranan hutan untuk mengekalkan @ mengawal perubahan iklim mikro boleh ditinjau dari beberapa sudut seperti berikut; 1. Mengurangkan kelajuan angin. Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang & nyaman. Dgn perkataan lain angin bertiup sepoi2 bahasa. 2. Mengekalkan klmbapan udara. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat

& padat serta mendapat cahaya matahari yang cukup sudah tentu akan mengalami proses perpeluhan (transpirasi) dengan baik. Wap air akan disejat ke atmosfera sebaliknya diperangkap oleh daun & silara pokok yang tebal.

3.

Menyederhanakan suhu sekitar. Kelembapan udara yang tinggi di

kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana , tidak terlalu panas & tidak terlalu sejuk.

You might also like