You are on page 1of 10

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi kepelbagaian sosio-budaya ini melibatkan murid, guru,sekolah dan kurikulum tersirat . Murid Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa berada di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu murid berkomunikasi dengan lancar. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina mengikut batasbatas yang sepatutnya. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling menghormati antara satu sama lain. Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan bilik darjahku, rumahku.

Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi pak turut. Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru. Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama. Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.

Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Malaysia mempunyai lebih dari 27 juta penduduk pada tahun 2008. Rakyat dinegara kita ini terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Diantara kumpulan terbesar terdiri dari Melayu, Cina , India, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban dan lain-lain lagi. Kepelbagaian sosio-budaya Malaysia boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Bangsa Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993) pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama usulnya serta serupa sifatnya. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormatmenghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik. Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak

sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja. Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu: Penakrifan undang-undang Penakrifan antropologi Penakrifan undang-undang Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai 1. Seorang yang beragama Islam 2. Bertutur bahasa Melayu 3. Mengamalkan adat istiadat Melayu 4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

RUMUSAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO - BUDAYA GURU -Memastikan kaedah


p&p yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid.

MURID

SEKOLAH

KURIKULUM TERSIRAT

-Murid secara bersama- -.Mewujudkan sekolah -Kurikulum tersirat


yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang -Mewujudkan berlangsung dalam bilik pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa darjah. sekatan budaya dan - Murid harus bersosial masyarakat. di antara satu sama lain

memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan - Pihak berkuasa juga sebagai kurikulum tersirat. perlu memainkan -Kurikulum tersirat juga dalam melakukan aktiviti peranan dalam -Guru perlu membina perhubungan boleh dilaksanakan menerangkan kepada bagi memastikan objektif tersebut selain melalui aktiviti kopembelajaran dapat murid mengenai daripada sekolah. kurikulum seperti perlunya menghormati dicapai. aktiviti berpersatuan, kepercayaan setiap -Program Intergrasi - Murid juga perlu kegiatan panitia dan kaum . Untuk Perpaduan sebagainya. mengamalkan (RIMUP) adalah salah - Memberi ruang yang penggunaan bahasa satu aktiviti yang -Kurikulum tersirat yang standard dan sama rata kepada diusahakan oleh merangkumi nilai-nilai mengelakkan unsursemua murid untuk Kementerian Pelajaran yang dibentuk oleh mengambil bahagian unsur dialek mengikut bagi memastikan warga sekolah sendiri kaum. dalam aktiviti perpaduan dipupuk di seperti amalan, pembelajaran kalangan murid tanpa prosedur, peraturan, Kemahiran mengira latar pertalian dan struktur - Guru perlu belakang, agama, di sekolah. Ianya berkomunikasi menggunakan bahasa kaum, jantina dan dijalankan secara tidak memainkan peranan standard kebangsaan sebagainya langsung seperti murid penting ke arah yang boleh diterima mempelajari tingkah pembentukan budaya oleh semua lapisan laku baik guru, guru penyayang di kalangan Sekolah Wawasan murid mempamerkan akhlak murid ditubuhkan untuk mewujudkan budi pekerti, hubungan perpaduan dalam rapo di antara warga kalangan murid di sekolah dan sekolah. Sekolah ini sebagainya adalah antara sekolahyang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam
DIkirimkan oleh Cikgu Min Pada Saturday, September 15, 2012

EDU 3106 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO


Pengenalan. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lainlain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai 1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT. Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa itu. Pada era yang makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat setelah pemimpinpemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar hak keistimewaan Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Oleh hal demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali.

Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Definisi sosiobudaya Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosiobudaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budayaislam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan

pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah. 1. Guru. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang. Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam

kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysiayang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan. 2. Murid. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakanrakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.

Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya. 3. Sekolah Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini. Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan

dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang. 4. Kurikulum Tersirat Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.
DIkirimkan oleh Cikgu Min Pada Saturday, September 15, 2012

http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/09/edu-3106-implikasi-kepelbagaian-sosio.html

You might also like