You are on page 1of 3

Thursday, May 29, 2008

TAZKIRAH AKHLAK ISLAMIYYAH


ADAB MELAYAN TETAMU
Siapakah tetamu?
Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama
ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan
tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang
paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah


memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat
bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah
menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh
layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan
yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”
Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu
yang hadir ke rumah kita.

Apa ada terhadap tetamu?


Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat
tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi
kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu
hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar
memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja.
Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu
bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu


Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada
orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam
tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan
menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar
kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang
termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah
ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan
bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan
bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan
seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.


Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir.
Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar
tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan
tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual,
selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1
perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?


Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan
ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang
diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan
Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan
ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan
tetamu.
Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat
dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan
memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah,
ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak
tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?


Jagalah adab-adab berikut:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating


pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk
terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah
yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk


tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah.

4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa,
jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat
jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak
melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin
dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak


elok.

6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu


atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan
rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah
ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah
tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan
salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.

Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus


harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak
jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan
silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.

You might also like