You are on page 1of 5

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR

Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS


UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009
BAGI SK SAMPIR KOTA MARUDU

PENGENALAN

Selaras dengan visi SK. Sampir “SK. Sampir cemerlang menjelang tahun 2011”,
serta intipati misi iaitu “ Cemerlang Kurikulum” maka kecemerlangan yang dicita-
citakan itu hendaklah mempunyai kesinambungan pencapaian
memberangsangkan dari tahun ke tahun khususnya dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua mata pelajaran yang diuji dalam
peperiksaan tersebut.

Dalam hal ini Panatia Sains telah menyediakan satu plan tindakan
kecemerlangan Sains khususnya dalam UPSR bagi maksud mempastikan kualiti
pencapaian subjek Sains dalam UPSR sentiasa konsisten dan mencapai
sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD Daerah dan Jabatan
Pelajaran Sabah secara khususnya. Berikut adalah pencapaian mata pelajaran
Sains sejak 8 tahun yang lepas.

CATATAN ( + / -
TAHUN % SAINS % UPSR % SAINS % UPSR

2000 100.0 80.00 - -


2001 94.70 84.20 - 15.3 + 4.2
2002 100.0 66.70 +15.3 -17.5
2003 100.0 62.50 0.00 - 4.2
2004 89.00 79.00 - 11.0 +16.5
2005 75.00 56.25 - 14.0 - 22.75
2006 88.88 44.44 - 13.88 -11.81
2007 100.0 43.75 +11.12 - 0.69
2008 92.90 78.60 - 7.10 +34.85

OBJEKTIF

Plan Tindakan Kecemerlangan Sains SK Sampir 2009 mempunyai objektifnya


seperti berikut :-

 Peratus lulus bagi subjek Sains dalam UPSR 2009 melebihi 85%

1
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

AHLI JAWATANKUASA PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS 2009

Pengerusi :
En. Asirul Hj Hama
Guru Besar SK. Sampir, Kota Marudu

Timbalan Pengerusi :
En. Yacob Antai
Penolong Kanan Kurikulum

Setiausha:
En. Zachary Marindal
Ketua Panatia Sains

Ahli Jawtankuasa:
Semua Guru Mata Pelajaran Sains
Tahun 1 hingga Tahun 6

PERANCANGAN STRATEGIK
 Menghabiskan silibus Sains Tahun 6 sebelum bulan Mei
 Mengulangkaji silibus Tahun 4 dan Tahun 5 ( Mei – Jun )
 Teknik menjawab Sains soalan UPSR
 Latih-Tubi
- Berdasarkan topik ( Jan – Jun )
- Keseluruhan topik ( Julai – Sept )

 Program “Study – Group”


 Program Bimbingan Rakan Sebaya

PERINCIAN PERANCANGAN STRATEGIK

(a) Menghabiskan Silibus Sains Tahun 6


Silibus Sains Tahun 6 hendaklah diselesaikan sebelum Mei 2009.
Rasionalnya, ulangkaji untuk silibus Sains Tahun 4 dan 5 dapat dibuat. Ini kerana
silibus Sains dalam Tahun 4 dan Tahun 5, turut ditanya dalam peperiksaan UPSR

2
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

sebenar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat mengingat semula pelajaran
yang dipelajari kira-kira 1 atau 2 tahun yang lepas.

(b) Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5


Mengikut perancangan, ulangkaji silibus Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 5
akan dimulakan pada Mei hingga Jun 2009. Berdasarkan kajian, didapati soalan-
soalan silibus Tahun 5 merangkumi hampir 50% daripada jumlah keseluruhan
soalan UPSR. Adalah sukar bagi murid untuk mengingati semula pelajaran lepas
tanpa bimbingan daripada guru-guru Sains.

(c) Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR


Melalui program ini, murid akan dibimbing secara intensif bagaimana teknik
menjawab soalan yang betul. Skop akan ditumpukan kepada kedua-dua sektor,
iaitu bahagian A (30 markah) dan bahagian B (20 markah). Mengikut penelitian
dan pengalaman murid menghadapi sedikit masalah dalam bahagian B. Ini
kerana soalan dan cara menjawab agak teknikal. Oleh itu, formula-formula
tertentu perlu ditekankan kepada murid. Ini termasuklah dalam kemahiran proses
Sains seperti, memerhati, meramal, mengawal pemboleh ubah, membuat
hipotesis, inferens, mentafsir maklumat, membuat kesimpulan serta mengukur
dan menggunakan nombor.

(d) Latih-Tubi
Latih-tubi akan dijalankan berdasarkan 2 peringkat. Latih-tubi pertama
berdasarkan topic. Ini bermaksud latihan diberikan secara on going mengikut
topik yang sedang dipelajari. Penilaian serta-merta dilakukan selepas sesuatu
topik itu diajar.

Peringkat kedua adalah latih-tubi mengikut topik keseluruhan. Ini bermaksud


soalan-soalan daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan digabungkan untuk
menjadi satu set soalan ala-ala UPSR dan dijawab oleh murid. Kriteria
pemarkahan dan sebagainya akan diadaptasikan daripada format UPSR.
Sumber soalan-soalan UPSR lepas, soalan-soalan Sains daripada Jabatan
Pelajaran Negeri seluruh Malaysia, serta soalan Excell daripada Jabatan
Pelajaran Sabah akan menjadi bahan soalan utama. Ini kerana soalan-soalan ini
berkualiti dan dapat memenuhi tahap piawaian UPSR sebenar. Sasaran yang
hendak dicapai adalah murid sekurang-kurangnya menjawab dengan betul
melebihi 500 soalan pelbagai bentuk (pembetulan serta-merta akan
dititikberatkan).

(e) Program “Study-Group”


Keupayaan setiap murid adalah berbeza. Malah cara murid untuk menerima
sesuatu bentuk ilmu itu adalah berbeza mengikut situasi dan penyampai ilmu.
Lantaran itu, melalui study-group ini murid mampu belajar tanpa tekanan,
perasaan malu dan ilmu yang disampaikan disampaikan mengikut aras bahasa

3
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

dan penyampaian yang mereka mampu terima. Melalui study-group ini murid
berbincang sesama kumpulan. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras dan
akan datang membantu jika diperlukan. Untuk tidak membebankan murid, study-
group ini akan dijalankan pada hujung minggu atau mengikut keperluan ( ini
kerana murid turut terlibat dengan Skim Baucer Tuisyen) dan mempunyai “hub”
masing-masing mengikut kampung.

(f) Program Rakan Sebaya


Murid-murid yang dikenalpasti berpotensi dan cemerlang dalam subjek Sains
akan menjadi pembimbing kepada rakan yang agak lambat menerima
pembelajaran. Rasinonal daripada program ini adalah pembelajaran berlangsung
secara dua hala. Murid pembimbing dapat mengasah kebolehannya, manakala
murid dibimbing akan menerima tunjukajar daripada pembimbing.

(g) Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat


Sekolah / Zon / Daerah
Pihak sekolah akan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam program
kecemerlangan UPSR samada peringkat sekolah / Zon / Daerah dengan
menghantar murid-murid sekolah ini yang berpotensi dan cemerlang dalam
semua subjek UPSR. Program ini ternyata positif, apabila salah seorang murid
yang terlibat dalam program ini serta program-program yang dirancang
diperingkat sekolah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2008.

JADUAL PERANCANGAN STRATEGIK

PROGRAM MASA CATATAN

Menghabiskan Silibus Tahun 6 Januari - Mei


Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan
Tahun 5 Mei – Jun

Teknik Menjawab Soalan UPSR Julai


Latih-Tubi Januari - September Setiap murid mampu
menjawab melebihi 500
soalan sehingga peperiksaan
UPSR bermula.
Program “Study-Group” Januari - September Murid mempunyai “hub”
pembelajaran secara “study-
group” Contohnya hub Kg.
Birahan Darat, Kg. Tigaman
Darat, Kg. Sampir dan Kg.
Sampir Darat.

Ahli study-group dan hub

4
Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR
Sek. Keb. Sampir, Kota Marudu

masing-masing akan
diberikan oleh guru Sains
kepada murid.

Program Rakan Sebaya Januari - September Selain rakan sebaya menjadi


pembimbing, X-Student
(lepasan UPSR 2008 / 2007 )
yang cemerlang dalam Sains
boleh menjadi pembimbing
rakan sebaya. Keutamaan
diberikan kepada abang atau
kakak murid.
Melibatkan Diri Secara Aktif
Dengan Program Kecemerlangan Ikut Takwim Zon / Sekitar 2 – 3 orang terlibat
Peringkat Zon ataupun Daerah PPD Daerah (mengikut kuota PPD)

PENUTUP
Program seumpama ini telah lama dipraktikan oleh pihak sekolah. Program ini
agak berjaya membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam UPSR.
Namun demikian, program demi program semata-mata tidak akan mampu
membantu murid, jika murid tersebut tidak bersedia, tidak memiliki sikap kendiri
yang positif, tiada sokongan daripada keluarga ataupun keadaan minda murid
yang agak memang lambat menerima sesuatu sumber pembelajaran.

Disediakan Oleh,

( ZACHARY BIN MARINDAL )


Ketua Panatia Sains,
Sek. Keb. Sampir,
KOTA MARUDU.

You might also like